Rabu, 13 Februari 2013

MENYOKONG KEZALIMAN SERTA MAKSIAT ADALAH DILARANG OLEH ALLAH SWT

Mempertahan Umno seperti menzalimi diri sendiri

Harakahdaily, 13 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Kita lupakan Umno buat kali ini kerana jika kita masih memberikan sokongan dan undi untuk Umno, kita sesungguhnya sedang menzalimi serta memusuhi diri kita sendiri.
Demikian tulis Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Beliau menyatakan demikian ekoran di Hutan Melintang semalam, Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO mengingatkan Pakatan Rakyat tidak membuat huru hara jika kalah dalam pilihanraya yang akan datang.

Baginya, Zahid bercakap senada dengan apa yang diperkatakan oleh Najib dan beberapa orang pimpinan Umno sejak akhir-akhir ini seolah-olah Pakatan Rakyat akan melakukan keganasan seandainya kalah dalam PRU nanti.

Berikut ulasan penuh beliau.

Di Hutan Melintang semalam Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO mengingatkan Pakatan Rakyat tidak membuat huru hara jika kalah dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau bercakap senada dengan apa yang diperkatakan oleh Najib dan beberapa orang pimpinan UMNO sejak akhir-akhir ini seolah-olah Pakatan Rakyat akan melakukan keganasan seandainya kalah dalam PRU nanti.

Kata-kata ini seolah-olah hendak mempersediakan pemikiran rakyat yang huru hara akan berlaku jika Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya kali ini. Tetapi sebaliknya UMNO lah yang mempunyai kecenderungan untuk melakukannya jika kalah dalam pilihanraya nanti. UMNO dan BN sebelum ini tidak pernah merasakan kekalahan dalam mana-mana pilihanraya, maka kekalahan mereka kali ini terpaksa kita berhati-hati menghadapi sentimen buruk yang akan ditunjukkan oleh UMNO itu nanti.

Pakatan Rakyat dan pembangkang telah biasa dengan kekalahan setiap kali pilihanraya dan tidak pernah melakukan huru hara kepada negara. Hanya kali ini pembangkang akan menerima giliran untuk memenangi PRU ini. Sebaliknya dalam rekod sejarah negara huru-hara hanya berlaku jika BN kalah atau hampir kalah seperti yang berlaku pada tahun 1969 dahulu. Kejadian 13 Mei adalah hasil dari keputusan pilihanraya yang mengejutkan Perikatan semasa itu apabila parti-parti dalam Perikatan telah banyak yang kalah.

Semasa Zahid menyeru supaya Pakatan Rakyat tidak melakukan huru hara, di Pekan, kawasan Najib sendiri, seorang mahasiswa Ali Ashraf telah dibelasah oleh penyokong UMNO kerana mengedarkan risalah untuk persediaan mahasiswa bertanding di kawasan itu menentang Najib. Oleh itu kita mesti ingat jika BN kalah lah yang memungkinkan huru hara itu akan berlaku kerana yang kalah (BN) akan berada di dalam ketakutan.

Saya membuat komen ini kerana tidak ada sesiapa di pihak pembangkang berniat untuk melakukan keresahan tetapi yang mempunyai kebarangkalian untuk melakukan huru hara itu ialah UMNO dan BN. UMNO mahukan kesempatan untuk membawa dan memaksa semua pihak bersatu dan UMNO tidak ditinggalkan dalam perbincangan untuk memulakan politik baru dalam negara ini.

UMNO telah menunjukkan bukti berkali-berkali mereka lebih beruntung jika ada kekecohan dalam negara. UMNO selama ini kekal di atas perpecahan rakyat. UMNO sekarang ini tidak seperti UMNO asal dahulu dalam mana parti yang asal itu diasaskan kerana penyatuan umat Melayu sedangkan UMNO baru ini terasas di atas perpecahan parti itu pada tahun 1987 dahulu.

Itu sebabnya saya dan ramai yang lain selalu menasihatkan orang ramai supaya jangan berbuat apa-apa selepas mengundi kerana UMNO hanya menunggu alasan untuk melakukan kerja yang tidak baik bagi membawa negara ke arah pembentukan pentadbiran ala MAGERAN dahulu.

Bagi saya, jika ada kekecohan ia akan datang dari pihak UMNO. UMNO adalah parti yang tidak ‘gentleman’ dan amat takut dengan kehilangan kuasa. Kita mesti ingat dan jangan mudah lupa yang Najib pernah berkata yang beliau akan lakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya, itu milik BN. Dan salah satu peristiwa awalan yang akan berlaku telah pun berlaku apabila Ali Ashraf telah dibelasah oleh penyokong Najib di Pekan semalam.

Apakah itu bukan bayangan apa yang BN akan lakukan jika mereka kalah dalam pilihanraya nanti? Pandai-pandailah berfikir siapa yang akan melakukan jenayah jika kalah dalam pilihanraya ini nanti.

Tetapi kita wajar melaksanakan tugas kita dengan memberikan sokongan kali ini terhadap Pakatan Rakyat, kerana kecelaruan pimpinan BN tidak boleh kita biarkan berlarutan.

Kita lupakan UMNO buat kali ini kerana jika kita masih memberikan sokongan dan undi untuk UMNO, kita sesungguhnya sedang menzalimi serta memusuhi diri kita sendiri.

Penerima BR1M pakai t-shirt Bersih, Royalti

Aslani M, 13 Feb 2013
KOTA BHARU: Kalau tahun lepas penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) lebih berhati-hati ketika datang mendapatkan bantuan BR1M, tanpa mempamerkan ideologi politik mereka.

Namun situasi seperti itu sudah beransur hilang. Malah ramai yang datang mengambil bantuan BR1M daripada pemimpin Umno memakai pakaian termasuk logo Bersih dan Royalti.

Pengerusi Amanah Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh (gambar) berkata, sekarang orang ramai sudah faham duit BR1M sebanyak RM500 yang diterima daripada peruntukan kerajaan dan tiada kaitan dengan Umno.

“Sebab itulah sekarang mereka yang datang menerima bantuan BR1M memakai baju Bersih dan Royalti. Ini bermakna hasrat pemimpin Umno mengumpan BR1M bagi menarik simpati rakyat dianggap sudah tidak berkesan.

“Isu duit BR1M mungkin tidak lagi berbekas kepada majoriti rakyat. Sedangkan pemimpin Umno menggunakan BR1M bagi memancing undi,” katanya pada ceramah sempena perasmian Markas Pemuda PAS Kota Bharu di Batu 2, Jalan Kuala Krai malam tadi.

Perasmiannya disempurnakan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Hadir sama Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Bangunan dua tingkat yang dijadikan markas Pemuda PAS Kota Bharu mulai beroperasi 1 Febuari lalu. Tingkat atas dijadi tempat mesyuarat dan bahagian bawah bilik operasi jentera pilihan raya.

Pada Januari Muslimat Kota Bharu membuka secara rasmi Markas Helwa di Jalan Long Yunus. Manakala Markas Urusan Ulama Kota Bharu akan dirasmikan pada 14 Febuari ini bertempat di belakang Hospital Pakar Perdana.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan hari ini menjelaskan kerajaan BN akan meneruskan program BR1M sekiranya BN mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Dr Zaiyadi yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan pada sesi 1996-1998 berkata, kemungkinan Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin tidak lepas daripada tapisan SPRM memandangkan pernah mengakui wang sumbangan dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

“Kita hendak tengok Ketua Umno Bachok lepas atau tidak tapisan dibuat SPRM untuk membolehkan beliau menjadi calon,” katanya.

Mahfuz pula menyifatkan kerajaan cuba membohongi rakyat apabila sering menyebut kerajaan BN memberi subsidi tambang kepada bakal haji yang kali pertama menunaikan ibadat haji.

“Sebenarnya duit pencarum sendiri yang digunakan bagi tujuan itu dan bukannya subsidi kerajaan membolehkan tambang pergi ke Makkah kekal seperti sekarang,” ujarnya.

Polisi baru Petronas sisih syarikat bumiputera

Harakahdaily, 13 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mendesak kerajaan agar polisi baru yang berkaitan dengan anugerah tender yang kini berjalan di bawah Presiden dan CEO Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas disemak semula.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, walaupun CEO Petronas  tersebut ada menyatakan mahu melakukan reformasi besar dalam pengurusan Petronas, namun perubahan polisi yang menyisihkan syarikat tempatan dan syarikat bumiputera bukanlah perubahan yang dapat diterima.

“Berdasarkan perkembangan terkini yang melibatkan penganugerahan konsesi Petronas kepada syarikat asing, peranan Petronas untuk meningkatkan penyertaan syarikat bumiputera dalam industri minyak dan gas kini terjejas,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kenyataan beliau selanjutnya seperti di bawah.

Perubahan dari polisi yang asal kepada yang baru dalam Petronas jelas tidak memenuhi aspirasi Petronas untuk membantu membina keupayaan syarikat kontraktor tempatan terutama syarikat bumiputera untuk aktif dalam industri minyak dan gas.

Kami mengikuti perkembangan sebuah syarikat luar Technip yang telah membolot konsesi yang besar dari projek tanpa tender dan tender tertutup Petronas sehingga banyak syarikat bumiputera yang dahulu dapat turut serta dalam industri hiliran minyak dan gas kini tersisih.

Kami amat prihatin bagaimana sebuah GLC gergasi yang merupakan agensi tulang belakang ekonomi negara kini semakin menyisihkan peranannya untuk membantu bumiputera untuk maju dalam industri berkenaan.

Kami menggesa bahawa kategori yang khusus untuk vendor bumiputera sepatutnya diteruskan, bukan membatalkan pelesenan yang biasa untuk penyertaan syarikat bumiputera seperti yang berjalan dalam polisi yang asal.

Petronas yang selama ini mewujudkan Program Pembangunan Vendor (VDP) tidak sepatutnya memberhentikan polisi ini malah harus diperkemaskan serta dikukuhkan.

Teras tidak dapat menerima perubahan polisi di bawah kepimpinan Petronas kini yang memberi keutamaan kepada syarikat luar.

Kami dimaklumkan Program Pembangunan Fabrikasi dihentikan untuk syarikat tempatan. Ini sangat bertentangan dengan dasar mengutamakan syarikat tempatan yang seharusnya diberi ruang dan peluang mengukuhkan keupayaan syarikat bumiputera.

Soalnya apakah syarikat luar terjamin mampu melaksanakan program fabrikasi yang belum tentu sempurna berbanding jika ia diberi kepada syarikat tempatan?

Ternyata kepimpinan Petronas sekarang yang tidak menjiwai perjuangan memperkasa syarikat Melayu untuk industri penting dalam negara ini akan menjejaskan matlamat memperkasa syarikat Melayu. Kepimpinan pengurusan Petronas dengan ini harus disemak semula.

Jawatan "Executive Vice President" (Exploration and Production Bussiness) hendaklah terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam urusan industri minyak dan gas di kalangan kakitangan Petronas sendiri yang sekaligus memahami aspirasi Petronas.

Malah Pengarah Urusan dan CEO Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MMHE) milik negara yang bukan dari rakyat Malaysia seharusnya disemak semula kerana ada ahli professional tempatan yang layak untuk menjawat jawatan strategik tersebut.

Keuntungan MMHE di bawah CEO yang ada sekarang semakin menurun sejak 2 tahun kebelakangan ini, oleh itu pihak pengurusan atasan Petronas harus menjelaskan kenapa ini boleh berlaku.

Dominique De Saros  yang diberi jawatan CEO di MMHE sejak 1 Februari 2011 pernah memegang jawatan President Subsea dalam Technip sejak Oktober 2007.  Technip adalah sebuah syarikat asing berpusat di Perancis kini diberi keutamaan dalam semua tender tertutup dalam industri minyak di Malaysia melalui MMHE.

Syarikat Technip yang melibatkan bidang kejuruteraan, pembinaan dan perkhidmatan, bertaraf global ini terlibat dengan kes rasuah di Nigeria untuk mendapat projek bernilai USD6 bilion. Ia didapati bersalah pada tahun  2010 oleh Securities and Exchange Commission US berkaitan dengan Foreign Corrupt Practices Act (FCPA). Technip terpaksa membayar USD 338 juta untuk menyelesaikan kes rasuah tersebut. Ia didapati merasuah pegawai kerajaan Nigeria sepanjang tempoh 10 tahun untuk mendapat kontrak.

Suatu siasatan oleh SPRM  dan Suruhanjaya Sekuriti Bursa Saham KL  terhadap semua tender MMHE yang diberi kepada Technip hendaklah dijalankan untuk mengenalpasti sama ada ada kepentingan peribadi terlibat dalam penganugerahan tender.

Kami berpandangan mereka yang menjawat jawatan kanan dalam pengurusan Petronas perlulah mempunyai komitmen yang tinggi untuk merealisasikan matlamat meningkatkan penyertaan syarikat Melayu dalam industri minyak dan gas. Pengurusan oleh warga asing tidak menjamin kepentingan bumiputera diutamakan seperti terbukti dalam perlaksanaan polisi baru yang kini sedang digunapakai oleh Petronas.

Pemberian konsesi kepada syarikat luar iaitu Technip yang dipersoalkan kepakaran dan rekod pencapaiannya adalah sangat dikesali. Bukan sahaja Petronas telah mengenepikan syarikat tempatan malah ia telah mengadai khazanah negara kepada syarikat asing.

Jikapun syarikat bumiputera tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi apakah pihak agensi yang berkenaan seperti Pemandu dan MTEM tidak boleh membantu meningkatkan keupayaan mereka melalui pengawasan yang rapi?

Pemberian lesen dan tender Petronas kepada syarikat tempatan sememangnya patut disaring dengan rapi tetapi kami berpendapat syarikat tempatan terutama syarikat Melayu tetap perlu diutamakan bagi memberi peluang kepada syarikat bumiputera untuk membangunkan kemahiran dalam sektor ini.

Kami yakin ramai anak Melayu yang sudah mampu mengendalikan operasi korporat gergasi seperti Petronas dan MMHE setelah sekian lama industri minyak dan gas bertapak di negara ini.

TERAS juga mengingatkan anak-anak syarikat Petronas di luar negara yang berpotensi besar dan memberi keuntungan tidak dijual dan digadaikan memandangkan peluang ekonomi di peringkat antarabangsa semakin mengecil untuk diterokai kembali.

TERAS menuntut supaya Presiden/CEO Petronas mengambil perhatian terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Dasar membuka ruang kepada syarikat asing dan warga asing menguruskan industri minyak dan gas akan merugikan negara dalam jangka masa panjang.

Rakyat akan terus meletakkan tanggungjawab ini kepada kerajaan jika wang Petronas dibolot oleh warga dan syarikat asing. Jika kerugian ini terus diselindung, rakyat akan menunjukkan amarahnya dalam Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.

Deepak buat surat terbuka untuk Dr Mahathir

Harakahdaily, 13 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Deepak Jaikishan hari ini menghantar surat terbuka kepada bekas Perdana Menteri, Tun  Dr Mahathir Mohamad mengulangi sejarah suratnya kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sebelum ini.

Surat ini dibuat Deepak bagi memberitahu Dr Mahathir, bahawa beliau sedia menerima nasihatnya dan inilah yang beliau buat sejak  dua tahun lalu.

Namun segala usahanya tidak mendatangkan hasil kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak peduli kepadanya.

Deepak membuat surat ini ekoran nasihat Dr Mahathir kepada Najib agar 'jangan pedulikan Deepak' (Ignore Deepak) sebagaimana yang disiarkan oleh media sebelum ini.

Mahathir berkata, isu Deepak patut diselesaikan melalui proses mahkamah.

Berikut adalah surat penuh Deepak yang dibuat dalam Bahasa Inggeris kepada Tun Dr Mahathir.

Open letter to Tun Mahathir  13/02/2013


Dear Tun,

I refer to your statement "Ignore Deepak" as your advice to DS Najib & DS Rosmah, I also take heed of your advice to me to seek the courts involvement and not use political channels to claim my rights and remedies.

Tun,

For your kind information, this is exactly what I have been doing the last 2 years from 2010 till to date and the courts have been fair and granted Judgment in my favor, however Najib's administration is "ignoring" these Judgments and evidence produced in Courts and almost all the Government Institutions have either swept DS Rosmah dirt under the carpet or just not replying to our various written testimonies and Courts Judgment; as such I would like to seek Tun's advice. What would Tun do in my place? Being of similar paternal ancestral background I am sure what I put forward in this letter would be exactly what Tun would have done in my situation or already done under different circumstances when Tun wrote the "historic 17th.June 1969" open Letter to Tunku Abdul Rahman.

Tun,

I was raided by Bank Negara Malaysia in 2010 for foreign currency exchange through money changers amounting to substantial amount of Singapore Dollars and US Dollars. The investigation was for a period of six (6) weeks and we divulged that the foreign currency was delivered to DS Najib & DS Rosmah as payments for various deals that I had acted on as their conduit including Bangunan Angkasa Raya, Bukit Raja Land and Glomac Tower (Now known as Wisma Prestige).The matter was not pursued any further.

I was also asked to be part of an investigation by MACC into the sale of an office Building at KLCC to an International Islamic Bank, we had proved through payment slips, video statements and written testimony that I was merely acting as a conduit for DS Najib and DS Rosmah and monies were given by hand to both of them in various occasions over a period of two (2) years, Dato' Jamidan a senior Director of MACC who was also involved in the Sime Darby case.

Now why it is after such clear incriminating evidence till to date there has been no investigation on DS Rosmah, DS Najib or D.Nazim? This takes selective prosecution  to an entirely different level doesn't it? How does Tun suggest I seek duress then? Let's talk about my Court experience now.

Tun,

I had bought a 200 acres piece of land from Raja Ropiah in 2007 who is now UMNO Selangor Wanita Chief and BN Wanita Chief. We paid her cash RM 13,000,000.00 and issued a Land Bond (Bank Guarantee) of RM 72,500,000.00 to complete the purchase consideration. Raja Ropiah after collecting the money, purposely delayed the issuance of the Land Title to us by completely neglecting her responsibilities to deliver this Land Title and in the sly by committing CBT sold the land to another company at a higher price and also collecting close to RM 90,000,000.00 in cash and Bank Guarantees from them, this too while our "Land Bond" was still valid and collecting Rm 13,000,000.00 from us in cash. We also paid as disclosed in open court RM 8,000,000.00 to DS Najib family. I have lodged police reports and to date zero action has been taken on Raja Ropiah and the other "R"

Instead I had to go through a harrowing experience of receiving a Foreclosure notice called a "16 D" by non other that DS Najib brother's; D Johari Razak law firm Shearn Delamore exactly 24 hours after my press conference informing the media of the corruption and malpractice of this couple. Tun, pray advice me which bank does a foreclosure without even going through the legal process involved?

Anyway by sheer "coincidence" their foreclosure was for RM 30,000,000.00 and Boustead Holding suddenly appears out of nowhere to agree to Purchase our Company that owns this 200 Acre letter under the name of Asta Canggih Sdn Bhd for the same RM 30,000,000.00 !! Wonders of Wonders right ? The best part is Boustead also paid us in "advance" before signing the Agreement on condition that we withdraw the case from the courts immediately as the open court  date was in the same week, Now Tun, please advice me what you would have done in this circumstances?? The best part is that Raja Ropiah was paid a further RM 29,000,000.00 as her “sentence” for the CBT.

Tun,

We had sold a building to a subsidiary of an International Islamic Bank in 2008 and they defaulted in the payment to us in 2010 when the new shareholders came in, now we won this landmark case in court via a Judgment on 07th November 2012 and the Court Judgment found that an International Islamic Bank;-

a)  used unlawful means to conspire against us with the predominant purpose of injuring us

b)  Committed breach of the Letter of Undertaking they issued to us

c)  Involved in the issuance & release of fraudulent letters to injure us and our business

The bank was also exposed in open court of:-

i) Cheating its Depositors by purchasing Assets using an "associate" company where they initially claimed ownership of 19% but in actual fact owned 100% through A  "Declaration of Trust Deed" which they later were forced to admit in open Court upon the presentation of the "Declaration of Trust Deed"

ii) Cheating the various statutory bodies like Bank Negara Malaysia, SC, FIC and ROC by using these Malaysian nominees’ shareholders to circumvent foreign ownership declarations and Approvals required.

iii) Cheat Bank Negara Malaysia, by showing loans exceeding its own Paid up Capital at the material time as loans to third party Companies when in fact it was loans to its own subsidiary.

Tun,

We had written to Bank Negara Malaysia to take necessary action against this International Islamic Bank as per the Banking Laws:-

a) Removing the CEO immediately

b) Limiting or revoking the Bank's License to prevent the Bank from taking Depositors

c) Having the Bank announce this unlawful conspiracy and breach to depositors and share holders in Malaysia & the middle east where it is a Public Listed Company and  also Governed by a Board of Trustees.

Tun,

My numerous letters to Tan Sri Zeti and the Board of Directors of Bank Negara Malaysia till to date have remained unreplied, why? Because Bank Negara knows that D Rosmah and D Nazim was involved in the Building sale, why? Because our written and video testimony to MACC in 2011 has confirmed the involvement of both D Rosmah and D Nazim in the transcript including evidence of payments made.

Hence, Tun, having a court Judgment is not enough today in Malaysia where even our most sacred Institution Bank Negara Malaysia sings to the tune of D Rosmah and no longer "I did it my way" anymore.

May I ask Tun, do you want to see Barisan Nasional and Malaysia destroyed by these blatantly corrupt couple, I seek your advice, What do I do after going to Court and winning the case? All the institution is under the control of this Bonnie & Clyde couple? Where do we go from here? The International Court of Justice? The Media? Or The Opposition? Please advice me through your Wisdom Tun as I am both perplexed and disgusted with what has happened to Malaysia the last 11 years through the paralysis of our Government

I am sadly disappointed with Tun’s press statement asking that I be ignored, how can I be ignored when we are defending the same country’s dignity and integrity. Maybe Tun is listening to the wrong people who tell Tun that I am working with the opposition to topple the Government, Tun I am a nationalist, I won’t help anyone topple my country’s dignity, No ONE.

Tun, you yourself have said that Najib is very weak, which is a reality, the Chinese know the level of corruption is not going to end and the Malays know that only a handful of “elite” Malays get very rich and the rest rely on scholarship, KR1M, BR1M and DR1M, eventually we all will become beggars or maids at the rate things are going where our debt will hit RM 1 Trillion by 2014. Everyone knows that Najib is Santa Claus PM giving “cash” to everybody to win by BRIBING THE NATION!! Everyone knows the real PM is Rosmah and Najib is just the happy Santa Claus PM.

My concern is not only about the country going into riots during or after election but also if the military takes control in all the chaos that will precede a dirty election. With the risk of facing the severe consequences of my words, I ask that Tun M propose that Najib be asked to resign and his deputy to lead a refreshed BN into the election mode which must happen in the next 60 days.

Tun,

I hope that my letter is accepted by Tun in as sincere a manner that it is written for and that no matter how bitter the truth is, it will still remain the truth and will always prevail over the lies and denials of Plunderers and Murderers.


Yours Sincerely,

DEEPAK J TEKWANI

Najib terima bahana akibat terlalu politikkan hiburan

Mohd Sabri Said, 13 Feb 2013
PULAU PINANG: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya menerima kesan yang memalukan akibat terlalu menggunakan hiburan untuk tujuan politik.

Beliau mengulas reaksi spontan penonton ketika Najib bertanyakqn adakah anda bersedia untuk Barisan Nasional (BN) sebelum persembahan Penyanyi Korea Selatan, Park Jae Sang (Psy) sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Kolej Han Jiang beberapa hari lalu.

Bagi beliau, apa yang berlaku mengambarkan rakyat sudah muak dengan sikap Najib, Umno dan BN yang selalu mengambil peluang terhadap bidang hiburan.

"Itulah risikonya akibat terlalu bermain politik dalam hiburan.  Kesannya makan diri.  Sebab rakyat kini bukan rakyat macam dulu tambahan golongan Tionghua yang bijak berpolitik,"
ujarnya.

Baginya, Najib tidak ikhlas mengadakan program seumpama itu dengan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak semata-mata untuk menarik sokongan golongan muda.

Paling mengecewakan, apabila pihak BN sampai kini tidak menonjolkan siapakan atau syarikat mana yang membiayai Psy ke Malaysia.

Memang pelik kenapa penaja tidak ditonjolkan sedangkan lazimnya penaja akan ke hadapan untuk kepentingan perniagaanya.

Ini mungkin sambung Mohamad, ada benda yang ingin diselindungkan daripada pengetahuan rakyat yang perihatin.

Sebagai rakyat, katanya, mereka mahu tahu siapa penajanya kerana  ia menelan jutaan ringgit wang rakyat.

"Jika tak salah kenapa sembunyikan siapa penaja Psy," soalnya.

Siswi diserang dengan parang di Pekan

Hazayani Zakaria, 13 Feb 2013
PEKAN: Dua siswa dan dua siswi diserang oleh individu yang tidak dikenali dengan parang di Felda Chini 4 pagi ini.

Mereka diserang ketika sedang mengedarkan risalah dan surat 'Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan'.

Serangan itu berlaku ketika mereka sedang mengedarkan surat itu dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan pagi ini.

Ini adalah kejadian kedua selepas mahasiswa turun berkempen di kawasan parlimen Datuk Seri Najib Razak itu.

Jam 1 tengahari semalam, tiga mahasiswa telah ditendang dan ditumbuk oleh lelaki yang tidak dikenali di Kampung Datuk Keramat, Ganchong, Pekan.

Mereka disekat ketika mengedarkan surat yang sama kepada pengundi di kampung berkenaan.

Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pekan mengenainya.

Dalam kejadian itu, mereka mendakwa kereta yang mereka naiki  disekat, kemudian diminta kad pengenalan.

Selepas itu, mereka ditarik dari kereta dan ditumbuk serta dibelasah oleh orang tidak dikenali itu.

Pohon maaf

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini membidas tindakan pengecut ahli Umno di Pekan yang bertindak ganas dengan memukul mahasiswa ketika selesai mengedarkan risalah 'Harapan Malaysia' semalam.

Ekhsan Bukhari, bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) di pukul di Kampung Datuk Keramat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis dalam Parlimen Pekan.

AMK Selangor melihat insiden keganasan terbaru ini sebagai satu lagi siri kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, dan juga Ketua Umno Bahagian Pekan yang tidak mampu melakukan transformasi terhadap ahli parti di bahagian sendiri.

Kegagalan Najib Razak ini juga dilihat sebagai satu simbol kelemahan pentadbiran beliau yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia, kata Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri (gambar).

Beliau mempersoalkan sekiranya benar Najib Razak diterima oleh majoriti mahasiswa seperti yang didakwa dalam satu kajian, mustahil Perdana Menteri itu boleh goyang apabila berhadapan dengan kempen demokrasi yang dilakukan oleh lima orang mahasiswa sahaja?

"Jelas ada kegusaran sebenar yang disembunyikan Najib Razak selaku orang nombor satu Umno yang bukan sahaja goyah di peringkat Nasional, tetapi juga mungkin merasa bahang dibenci di bahagian sendiri," dakwanya.

Ekoran itu, beliau menuntut Najib Razak meminta maaf atas kekasaran ahlinya itu.

Najib tunda PRU13 kerana maklumat ‘dalaman’?

Harakahdaily, 13 Feb 2013


KUALA LUMPUR: Jadual di bawah ialah rumusan jumlah di mana maklumat dalaman 'mereka' sendiri menyatakan bahawa mereka akan hilang kerusi jika Pilihan raya Umum (PRU) diadakan hujung tahun lepas.

Table 1: The possible outcome in GE13.
no STATE PR BN
1 PERLIS 1 2
2 KEDAH 13 2
3 KELANTAN 13 1
4 TERENGGANU 4 4
5 PENANG 12 1
6 PERAK 18 6
7 PAHANG 5 9
8 SELANGOR 20 2
9 WILAYAH PERSEKUTUAN 10 1
10 PUTRAJAYA 0 1
11 NEGRI SEMBILAN 6 2
12 MELAKA 2 4
13 JOHOR 12 14
14 LABUAN 1 0
15 SABAH 12 13
16 SARAWAK 16 15


145 77

Justeru, bagi Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard, tidak kisah sama ada anda bersetuju atau tidak bahawa Umno BN akan kehilangan Putrajaya pada PRU13 nanti.

Baca di sini.

Psy: TV Singapura ada laporan jujur untuk Najib

Harakahdaily, 13 Feb 2013



KUALA LUMPUR: Ketika TV Malaysia menyiarkan kononnya rakyat menyokong Datuk Seri Najib apabila membawa penyanyi pop Korea, Psy, TV Singapura, Channel News Asia (CNA) melaporkan sebaliknya.

TV Singapura itu juga menyiarkan rakaman bagaimana Najib dimalukan dengan ungkapan 'No' kepada pertanyaan Najib, 'Are You ready for BN?'.

Ia dilihat dengan jelas melalui laporan itu apabila CNA menyiarkan perkara itu di dalam sarikata di bawahnya. Untuk "Are you ready for Psy? "yes" tetapi untuk "Are you ready for BN? tidak ada jawapan yang ditulis.

TV itu juga melaporkan Najib membelanjakan RM2 juta untuk membolehkan BN membawa hampir 60,000 ke padang Sekolah Han Jiang High School di Pulau Pinang itu.


Sehingga berita ini ditulis, sudah 16, 444 sudah berkongsi video ini.

"Ia sepatutnya menjadi janji 45 tahun lalu ketika BN berkuasa di negeri ini," kata salah seorang penonton yang dipetik oleh CNA itu ketika mengulas janji-janji Najib itu.

Najib dalam ucapan di majlis itu berjanji akan membuat monorel untuk mengurangkan kesesakan di Pulau Pinang dan rumah mampu milik untuk rakyatnya.

Seorang lagi penonton yang dipetik CNA berkata, "BN cuba membawa balik keyakinan pengundi."

Ketika ditanya, apakah Najib berjaya, penonton itu dengan penuh sindiran menjawab "Ya ya...mereka boleh membelanjakan sebanyak mungkin wang untuk orang Pulau Pinang."

Klik gambar di atas untuk menonton laporan CNA sepenuhnya.

Siasat 11 projek BN Kedah rugi RM403 juta

Harakahdaily, 13 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pendedahan terhadap kerugian yang didakwa bernilai RM403 juta dalam 11 projek awam ketika kerajaan BN memerintah negeri Kedah perlu mendapat penjelasan daripada pentadbiran ketika itu dan pihak Jabatan Audit Negara perlu membuat siasatan.


Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri seperti Kedah yang bukan sahaja memberi kesan  kepada aliran kewangan pembendaharaan negeri malah boleh menjejaskan integriti kerajaan di kaca mata kerajaan Pusat dan institusi kewangan.


“Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat. Jika perbelanjaan tersebut dikeluar di zaman BN memerintah negeri Kedah sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat dan negeri disiasat,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Beliau berpendapat jika segala pengurusan 11  projek tersebut berjalan mengikut prosedur, pihak ketua kerajaan di zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan asalkan fakta dan rekod yang ada tidak diselewengkan.


Tetapi, ujarnya jika jelas ada penyelewengan, maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam.



Semalam, Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, sebanyak 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini yang mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta.

Bercakap dalam sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, beliau berkata, penyelewengan yang dilakukan oleh BN adalah berkenaan dengan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta.
"Kerajaan negeri di zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh kerajaan pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman.

"Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman," katanya.

Justeru, kata Mohd Azmi, Teras kesal isu penyelewengan dalam pelaksanaan projek kerajaan masih berleluasa seperti yang digambarkan dalam Laporan Audit Negara.

Menurutnya lagi, rekod salahguna kuasa dan mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi telah merosakkan imej negara di kacamata pelabur dalam dan luar negara.


Beliau berkata, jika kerajaan BN Negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja di luar prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan (over inflate) untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu, maka tindakan tegas perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu dipertanggungjawabkan.


“Kami mengingatkan segala kerugian ini bukan sahaja akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Kedah sendiri namun kerugian itu juga menjadi hutang yang akan terbeban kepada kerajaan negeri sekarang dan juga generasi mendatang.


“Kami menegaskan ini jelas adalah satu perompakan harta generasi selanjutnya. Pecah amanah dalam menjaga perbendaharaan negeri adalah suatu pengkhianatan yang tidak boleh dikompromi,” katanya.


Pihak berkuasa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan pembayaran hendaklah dijejaki sehingga mereka yang terlibat menyebabkan kerugian yang ditanggung diambil tindakan sewajarnya.


Mohd Azmi berkata, Teras akan turut mengesan pelbagai projek negeri dan Persekutuan yang  mengeluarkan perbelanjaan besar yang tidak sepatutnya supaya dapat mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang terjadi.


Katanya, rakyat tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kerajaan yang mengurustadbir kewangan awam dengan cara menyalah guna kuasa dan penyelewangan dalam melaksana projek kerajaan.


“Kami menuntut ketelusan pihak kerajaan yang bertanggungjawab ketika 11 projek tersebut dilaksanakan. Pihak Audit Negara harus menghantar pasukan khas untuk menyiasat semua rekod projek yang berkenaan,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: