Masalah ubat tiruan di Asia semakin meningkat
Philip Stevens , | 13 Feb 2013 |
Mungkin banyak pengguna yang tidak terlalu kisah jika mereka terbeli beg
tangan atau kasut tiruan. Lain halnya kalau ubat yang mereka beli
ternyata adalah ubat tiruan. Kalau bernasib baik, ubat tiruan cuma akan
membuatkan orang yang menelannya tidak sembuh; kalau bernasib buruk,
ubat tiruan boleh membunuh, terutama jika ia mengandungi bahan beracun
seperti arsenik atau bahan anti-sejuk beku.
Di seluruh dunia, perdagangan ubat tiruan semakin menguntungkan. Pengeluar-pengeluar ubatan tiruan mengembangkan operasi mereka dari bentuk pengeluaran kecil-kecilan dalam rumah kedai kepada pengeluaran berskala perindustrian. Ubat-ubatan tiruan berjaya menembusi rangkaian pembekalan farmasi di Asia, membawa kepada peningkatan masalah kemerosotan daya penerimaan penghidap batu kering dan malaria terhadap ubat untuk kedua-dua penyakit berkenaan, kerugian dari segi ekonomi bagi para pesakit dan juga sistem penjagaan kesihatan secara amnya, serta peningkatan kadar kematian kerana pesakit tidak mendapat penawar yang tepat.
Masalah ubat tiruan semakin besar. Menurut International Medical Products Counterfeiting Taskforce, sekitar 10 hingga 30 peratus ubat-ubatan yang terdapat dalam negara-negara membangun adalah tiruan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula, 50% ubat-ubatan yang dibeli melalui internet (daripada laman-laman web tidak sah yang tidak mendedahkan alamat surat-menyurat mereka) adalah tiruan.
Asia paling terdedah kepada ubat tiruan. Menurut Pharmaceutical Security Institute, Asia memiliki angka jenayah farmaseutikal tertinggi untuk tahun 2011. Masalah utama bagi benua Asia Tenggara ialah meluasnya pengedaran ubat pencegah malaria tiruan, di mana 50% daripada sampel yang diteliti mengandungi kadar ramuan aktif yang tidak tepat.
Malah, Malaysia yang telah mempunyai peraturan dan sistem perundangan yang agak baik tidak terlepas daripada masalah ini apabila sekitar 3–5% daripada ubat-ubatan yang beredar dalam pasaran negara ini adalah tiruan.
Peratusan ubat tiruan yang beredar di negara-negara jirannya yang lebih miskin adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, International Pharmaceutical Manufacturers Group (IPMG) di Indonesia menganggarkan ubat tiruan meliputi 25% daripada ubat-ubatan yang terdapat dalam pasaran farmaseutikal di Indonesia yang nilainya mencecah US$2 bilion. Angka ini menunjukkan adanya krisis besar dalam sistem penjagaan kesihatan di negara itu.
Ubat-ubat generik paling banyak menjadi sasaran peniruan di negara-negara Asia yang miskin: lima daripada ubat yang paling banyak ditiru di Indonesia dan Filipina adalah ubat-ubatan biasa dan murah yang telah luput tempoh hak dagangnya, seperti ubat penahan sakit dan anti-lelah.
Ini menunjukkan bahawa para pengeluar ubat tiruan yang menjadikan negara-negara Asia sebagai sasaran lebih gemar mengeluarkan jenis-jenis ubat yang besar pasarannya, berbanding jenis-jenis ubat yang lebih mahal, iaitu ubat-ubat yang hak dagangnya masih sah (dan biasanya mempunyai pasaran lebih kecil). Bagaimanapun ada juga pengecualian bagi hal ini, misalnya apabila sebuah kajian yang dibuat pada tahun 2005 di Malaysia menunjukkan bahawa 8.5% ubat mati pucuk di Malaysia adalah tiruan.
Walaupun kadar pengedaran ubat tiruan di Malaysia adalah lebih rendah berbanding di negara-negara ASEAN yang lain, beberapa pihak menimbulkan kebimbangan tentang mutu dan integriti banyak ubat-ubatan tradisional yang dijual secara meluas dalam negara ini. Pada tahun 2012, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan telah menasihatkan orang ramai agar berhenti membeli produk tradisional Mymen Plus setelah ia didapati mengandungi bahan yang disenaraikan sebagai racun, manakala pada tahun 2005 sebanyak 14% daripada produk Akarbanar yang diuji mengandungi tahap merkuri melebihi had yang dibenarkan.
Jadi, apa yang boleh dibuat untuk mengekang masalah yang sedang merebak ini? Memandangkan perdagangan ubat tiruan berkembang menerusi globalisasi rangkaian pembekalan farmaseutikal, banyak pakar dasar penjagaan kesihatan dan pakar perundangan mendesak agar diwujudkan satu perjanjian baru di peringkat antarabangsa untuk menyelaraskan usaha membasmi ubat-ubatan tiruan.
Menurut kalangan yang menyokong usaha ini, tanpa perjanjian antarabangsa kita tidak dapat menentukan secara sepakat dan jelas ubat mana yang tidak sah. Selain itu, tanpa perjanjian antarabangsa polis tidak akan bekerjasama dengan rakan sejawat mereka di negara lain untuk menjalankan penyiasatan di peringkat antarabangsa, manakala para pendakwaraya pula tidak dapat diwajibkan untuk berkongsi bukti atau memberi respons terhadap tuntutan ekstradisi untuk menghadapkan pihak yang disyaki terlibat ke mahkamah.
Perjanjian antarabangsa dapat membuka jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah sedemikian dengan menyediakan bagi negara-negara penandatangan definisi antarabangsa yang dipersetujui untuk pelbagai jenis ubat tiruan; menjelaskan jenayah jenis baru ke atas kesihatan orang awam menurut undang-undang antarabangsa berkaitan pengeluaran dan perdagangan ubat tiruan; dan menyediakan sumber-sumber baru untuk menguatkan keupayaan keperaturan di negara-negara yang memiliki peraturan-peraturan yang longgar.
Perjanjian berkaitan ubat tiruan akan membantu usaha memerangi perdagangan ubat-ubatan tiruan antarabangsa secara perundangan. Bagaimanapun, masa yang panjang diperlukan untuk mengatasi masalah ini kerana ia melibatkan kepentingan pelbagai pihak dalam negara-negara yang sektor perindustriannya sedang berkembang.
Pada masa yang sama, kerajaan di setiap negara dan sektor swasta perlu meneruskan usaha mereka untuk mengatasi masalah ubat tiruan. Kerajaan Malaysia misalnya telah melangkah lebih maju dalam hal ini dengan memperkenalkan skim Meditag, manakala syarikat-syarikat farmaseutikal telah mula meneroka teknologi baru untuk melindungi mereka daripada kegiatan peniruan, misalnya menerusi penggunaan kod bar jenis 3D dan nombor bersiri jenis mass serialization.
Lebih penting, orang awam perlu sentiasa berjaga-jaga dan memastikan ubat-ubatan dibeli hanya daripada pembekal-pembekal yang mempunyai nama baik.
Penulis adalah pengarah eksekutif Emerging Markets Health Network, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Kuala Lumpur.
Seorang aktivis mahasiswa dari Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) yang
merupakan graduan Universiti Selangor, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham
mendakwa telah dipukul oleh samseng ketika menjalankan kempen pilihan
raya bagi merealisasikan impian mereka untuk menghantar calon pada
pilihanraya akan datang. Kejadian ini disahkan sendiri oleh Pengerusi
Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), Syis Abdul Kadir yang mendakwa samseng
telah bertindak kasar ketika kempen diadakan di kawasan Parlimen Pekan
(P84).
Selain itu, mahasiswa juga mendakwa bahawa kejadian ini didalangi oleh samseng dari United Malays National Organization (UMNO) serta hal ini jelas menunjukkan bahawa Najib Razak selaku Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO gagal menjaga kawasannya daripada anasir yang tidak sepatutnya.
Melihat kepada perkara ini, saya menjadi musykil dan tertanya-tanya. Fikiran kini menerawang jauh mengingat kembali cebisan sejarah silam. Jika merujuk kepada sejarah, gerakan mahasiswa suatu ketika dahulu pernah dipimpin oleh individu-individu ‘brutal’ seperti Hishamuddin Rais, Kamarulzaman Yaacob, Syed Hamid Ali dan beberapa lagi yang kebanyakannya daripada aliran sosialis. Mengikut sejarah, mereka ini sering kali bertindak ‘nakal’ terutamanya apabila berdepan dengan aparat penguasa dalam demonstrasi pelajar dan rakyat. Contohnya, Ibrahim Ali yang merupakan Presiden Kesatuan Siswa-Siswi Institut Teknologi MARA (KSITM) satu masa dahulu pernah merempuh pihak FRU dalam satu perarakan dari ITM Shah Alam ke Parlimen bagi mengusul supaya kursus ijazah diadakan di institut bumiputera itu.
Catatan ini jelas menunjukkan bahawa anak muda secara zahir dan lahiriah kadang-kala bersifat nakal. Justeru, saya tidak hairan sekiranya perkara sebegini terjadi terutamanya kepada anak muda. Disamping sikap biadap samseng yang bertindak memukul, besar kemungkinan terdapat provokasi yang datangnya daripada anak mahasiswa sendiri. Selain itu, samseng juga mungkin tidak senang dengan kempen Anti-Najib yang dijalankan di Pekan yang merupakan kawasan ‘totok’ anak beranak Tun Razak.
Ekhsan sebelum ini telah beberapa kali dipukul dan bergelut dengan penguasa. Antara yang masih segar ialah bagaimana Ekhsan telah diugut dan dipukul ketika ingin mengadakan ceramah di Pendamar, Pelabuhan Klang. Namun, saya melihat perkara ini suatu lumrah dari segi biologi buat seorang anak muda.
Seperti tulisan saya sebelum ini, saya pernah bertanya beberapa soalan kepada mahasiswa adakah sudah bersedia daripada segenap aspek termasuk fizikal, mental dan kewangan? Dalam soal menghantar calon mahasiswa bertanding adalah sesuatu yang asing dalam negara ‘demokrasi kangkung’ ini. Tambahan pula, mahasiswa harus sedar kawasan yang mereka gempur adalah kawasan ‘bapak UMNO’ keenam. Mahasiswa harus sedar bahawa dalam keadaan genting sebegini UMNO akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan dengan cara kasar. Persediaan untuk bertanding itu penting, mahasiswa harus memahami lokaliti dan mengkonstruk strategi dengan baik supaya tiada sebarang masalah besar yang akan datang. Atas sebab itu ramai yang tidak bersetuju tindakan mahasiswa untuk bertanding kerana kelihatan ‘poyo’ dan keterlaluan. Bukan kerana dengki atau iri hati dengan keputusan itu.
Hakikatnya, tahap pemikiran warga kita tentang politik masih jauh ketinggalan berbanding negara luar. Tugas sebenar mahasiswa adalah menyedarkan warganegara tentang asas politik dan hak mereka serta calon yang sepatutnya mereka pangkah dalam PRU. Aksi mahasiswa saat ini haruslah memfokuskan tentang kehendak rakyat sendiri. Sebagai contoh, kita dapat lihat bagaimana kempen pilihan raya oleh mahasiswa yang diadakan pada tahun 1969 yang member impak besar sehingga terlingkupnya kerajaan Perikatan ketika itu sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei serta mendesak Dr. Mahathir yang ketika itu bertindak sebagai Menteri Pendidikan mencipta undang-undang drakonian Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Ini yang harus mahasiswa contohi dan usahakan, bukan usaha sebelum ini tidak ada. Tetapi tidak cukup! Kepercayaan rakyat kepada mahasiswa masih rendah.
Akhir sekali, buat kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak, usah terlalu keras dengan anak muda sekiranya cetusan tranformasi dan demokrasi yang kalian uarkan itu benar. Selama lebih lima dekad memerintah, sikap pihak kerajaan UMNO/BN tidak ubah seperti British dahulu dan buat mahasiswa, teruskan perjuangan dengan apa yang kalian percaya. Namun begitu, keputusan untuk bertanding adalah sesuatu yang silap dan masih belum terlambat untuk mengubah fikiran. Semoga segalanya baik sahaja.
Penulis ialah mahasiswa Undang-Undang UiTM.
BUKIT KATIL: Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab (gambar)
mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya
mempertahankan kerusi Dun Bukit Baru yang disandangnya sekarang.
"Ketua Menteri jangan cuba lari dari bertanding di Dun Bukit Baru kalau beliau benar-benar anak jantan. PAS dan rakyat Dun Bukit Baru menunggu beliau di Dun ini.
"Dun Bukit Baru sangat sinonim dengan beliau kerana di dalamnya terletak kampung beliau, di sini ramai sanak saudara dan penyokong beliau jadi buat apa beliau hendak bertanding di kawasan lain," ujar Yusof yang juga Penyelia Dun Bukit Baru.
Yusof berkata sebagai seorang Ketua Menteri, Mohd Ali sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di dalam Dun Bukit Baru di mana masih ramai rakyat yang susah dan miskin yang memerlukan bantuan.
"Bila kita turun padang bertemu rakyat, kita jumpa macam-macam kategori orang susah, ada yang miskin, tiada bantuan, cacat anggota akibat kemalangan dan sebagainya.
"Ramai di kalangan mereka tidak dapat bantuan, ada yang dapat bantuan tetapi tidak cukup.Mana perginya wang zakat yang ada lebihan, mereka yang seperti inilah yang sepatutnya dapat bantuan tersebut. Sebagai Adun Bukit Baru, Mohd Ali mesti bertanggungjawab," tambahnya.
Beliau berkata Mohd Ali juga mesti bertanggungjawab terhadap hutang kerajaan negeri yang sudah mencecah lebih RM850 juta seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.
"Beliau jangan cuba lari ke bertanding di kerusi Parlimen, siapa hendak jawab tentang duit rezab kerajaan negeri yang tinggal RM8 juta sahaja sekarang," ujarnya.
Baru-baru ini Mohd Ali dalam kenyataan di media arus perdana menyatakan berminat untuk bertanding di kerusi parlimen.
"Saya nasihatkan beliau supaya tidak bertanding di Parlimen sebab tiada jawatan yang sesuai dengan beliau di dalam kabinet, itupun kalau BN menang," kata Yusof.
KUALA TERENGGANU: Perbuatan khianat terhadap markas PAS, bendera, kain rentang dan papan tanda besar parti semakin menjadi-jadi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ini berikutan, beberapa siri ‘serangan’ dipercayai didalangi oleh sebuah parti politik yang semakin tergugat menjelang pilihan raya tidak lama lagi.
Tinjauan Harakahdaily mendapati provokasi tersebut dilakukan di beberapa lokasi serentak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat, Rhu Rendang, Bukit Payong dan Bandar.
Perbuatan khianat itu menggunakan cat merah yang dimasukkan ke dalam telur dan dilemparkan ke markas-markas PAS, billboard serta dirosakkan kain rentang yang dipasang oleh parti.
Di Markas PAS Unit Peti Undi (UPU) Banggol Tok Ku di Kampung Baru Serada, Dun Alor Limbat turut dirosakkan papan tanda besar 10 Tawaran Awal Manifesto PAS Terengganu serta disimbahi cat merah pada bangunannya.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai dilakukan selepas jam 3.00 pagi kerana sebelum itu kedai-kedai makan berhampiran masih beroperasi.
AJK Pemuda PAS Dun Alor Limbat, Mohd Taufik Yusof berkata perbuatan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab itu disedari awal pagi sekitar jam 7.30 pagi.
Sementara itu, di Markas PAS UPU Kepong di Kampung Pengadang Baru turut menerima nasib sama disimbahi cat merah pada gambar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Perbuatan khianat tersebut dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama berdasarkan modus operandi menggunakan cat merah yang dimasukkan ke dalam objek telur.
Malah, lebih tidak bertanggungjawab apabila Markaz PAS di UPU Gelugor di Kampung Pengkalan Setar bukan sahaja disimbahi cat merah tetapi dilakarkan dengan lambang salib.
Di seluruh dunia, perdagangan ubat tiruan semakin menguntungkan. Pengeluar-pengeluar ubatan tiruan mengembangkan operasi mereka dari bentuk pengeluaran kecil-kecilan dalam rumah kedai kepada pengeluaran berskala perindustrian. Ubat-ubatan tiruan berjaya menembusi rangkaian pembekalan farmasi di Asia, membawa kepada peningkatan masalah kemerosotan daya penerimaan penghidap batu kering dan malaria terhadap ubat untuk kedua-dua penyakit berkenaan, kerugian dari segi ekonomi bagi para pesakit dan juga sistem penjagaan kesihatan secara amnya, serta peningkatan kadar kematian kerana pesakit tidak mendapat penawar yang tepat.
Masalah ubat tiruan semakin besar. Menurut International Medical Products Counterfeiting Taskforce, sekitar 10 hingga 30 peratus ubat-ubatan yang terdapat dalam negara-negara membangun adalah tiruan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula, 50% ubat-ubatan yang dibeli melalui internet (daripada laman-laman web tidak sah yang tidak mendedahkan alamat surat-menyurat mereka) adalah tiruan.
Asia paling terdedah kepada ubat tiruan. Menurut Pharmaceutical Security Institute, Asia memiliki angka jenayah farmaseutikal tertinggi untuk tahun 2011. Masalah utama bagi benua Asia Tenggara ialah meluasnya pengedaran ubat pencegah malaria tiruan, di mana 50% daripada sampel yang diteliti mengandungi kadar ramuan aktif yang tidak tepat.
Malah, Malaysia yang telah mempunyai peraturan dan sistem perundangan yang agak baik tidak terlepas daripada masalah ini apabila sekitar 3–5% daripada ubat-ubatan yang beredar dalam pasaran negara ini adalah tiruan.
Peratusan ubat tiruan yang beredar di negara-negara jirannya yang lebih miskin adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, International Pharmaceutical Manufacturers Group (IPMG) di Indonesia menganggarkan ubat tiruan meliputi 25% daripada ubat-ubatan yang terdapat dalam pasaran farmaseutikal di Indonesia yang nilainya mencecah US$2 bilion. Angka ini menunjukkan adanya krisis besar dalam sistem penjagaan kesihatan di negara itu.
Ubat-ubat generik paling banyak menjadi sasaran peniruan di negara-negara Asia yang miskin: lima daripada ubat yang paling banyak ditiru di Indonesia dan Filipina adalah ubat-ubatan biasa dan murah yang telah luput tempoh hak dagangnya, seperti ubat penahan sakit dan anti-lelah.
Ini menunjukkan bahawa para pengeluar ubat tiruan yang menjadikan negara-negara Asia sebagai sasaran lebih gemar mengeluarkan jenis-jenis ubat yang besar pasarannya, berbanding jenis-jenis ubat yang lebih mahal, iaitu ubat-ubat yang hak dagangnya masih sah (dan biasanya mempunyai pasaran lebih kecil). Bagaimanapun ada juga pengecualian bagi hal ini, misalnya apabila sebuah kajian yang dibuat pada tahun 2005 di Malaysia menunjukkan bahawa 8.5% ubat mati pucuk di Malaysia adalah tiruan.
Walaupun kadar pengedaran ubat tiruan di Malaysia adalah lebih rendah berbanding di negara-negara ASEAN yang lain, beberapa pihak menimbulkan kebimbangan tentang mutu dan integriti banyak ubat-ubatan tradisional yang dijual secara meluas dalam negara ini. Pada tahun 2012, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan telah menasihatkan orang ramai agar berhenti membeli produk tradisional Mymen Plus setelah ia didapati mengandungi bahan yang disenaraikan sebagai racun, manakala pada tahun 2005 sebanyak 14% daripada produk Akarbanar yang diuji mengandungi tahap merkuri melebihi had yang dibenarkan.
Jadi, apa yang boleh dibuat untuk mengekang masalah yang sedang merebak ini? Memandangkan perdagangan ubat tiruan berkembang menerusi globalisasi rangkaian pembekalan farmaseutikal, banyak pakar dasar penjagaan kesihatan dan pakar perundangan mendesak agar diwujudkan satu perjanjian baru di peringkat antarabangsa untuk menyelaraskan usaha membasmi ubat-ubatan tiruan.
Menurut kalangan yang menyokong usaha ini, tanpa perjanjian antarabangsa kita tidak dapat menentukan secara sepakat dan jelas ubat mana yang tidak sah. Selain itu, tanpa perjanjian antarabangsa polis tidak akan bekerjasama dengan rakan sejawat mereka di negara lain untuk menjalankan penyiasatan di peringkat antarabangsa, manakala para pendakwaraya pula tidak dapat diwajibkan untuk berkongsi bukti atau memberi respons terhadap tuntutan ekstradisi untuk menghadapkan pihak yang disyaki terlibat ke mahkamah.
Perjanjian antarabangsa dapat membuka jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah sedemikian dengan menyediakan bagi negara-negara penandatangan definisi antarabangsa yang dipersetujui untuk pelbagai jenis ubat tiruan; menjelaskan jenayah jenis baru ke atas kesihatan orang awam menurut undang-undang antarabangsa berkaitan pengeluaran dan perdagangan ubat tiruan; dan menyediakan sumber-sumber baru untuk menguatkan keupayaan keperaturan di negara-negara yang memiliki peraturan-peraturan yang longgar.
Perjanjian berkaitan ubat tiruan akan membantu usaha memerangi perdagangan ubat-ubatan tiruan antarabangsa secara perundangan. Bagaimanapun, masa yang panjang diperlukan untuk mengatasi masalah ini kerana ia melibatkan kepentingan pelbagai pihak dalam negara-negara yang sektor perindustriannya sedang berkembang.
Pada masa yang sama, kerajaan di setiap negara dan sektor swasta perlu meneruskan usaha mereka untuk mengatasi masalah ubat tiruan. Kerajaan Malaysia misalnya telah melangkah lebih maju dalam hal ini dengan memperkenalkan skim Meditag, manakala syarikat-syarikat farmaseutikal telah mula meneroka teknologi baru untuk melindungi mereka daripada kegiatan peniruan, misalnya menerusi penggunaan kod bar jenis 3D dan nombor bersiri jenis mass serialization.
Lebih penting, orang awam perlu sentiasa berjaga-jaga dan memastikan ubat-ubatan dibeli hanya daripada pembekal-pembekal yang mempunyai nama baik.
Penulis adalah pengarah eksekutif Emerging Markets Health Network, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Kuala Lumpur.
Kartun terbaik 2013...No...
http://sharpshooterblogger.blogspot.com, | 13 Feb 2013 |
Catatan buat mahasiswa mahu bertanding dan dipukul
Suhaimi. A, |
Selain itu, mahasiswa juga mendakwa bahawa kejadian ini didalangi oleh samseng dari United Malays National Organization (UMNO) serta hal ini jelas menunjukkan bahawa Najib Razak selaku Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO gagal menjaga kawasannya daripada anasir yang tidak sepatutnya.
Melihat kepada perkara ini, saya menjadi musykil dan tertanya-tanya. Fikiran kini menerawang jauh mengingat kembali cebisan sejarah silam. Jika merujuk kepada sejarah, gerakan mahasiswa suatu ketika dahulu pernah dipimpin oleh individu-individu ‘brutal’ seperti Hishamuddin Rais, Kamarulzaman Yaacob, Syed Hamid Ali dan beberapa lagi yang kebanyakannya daripada aliran sosialis. Mengikut sejarah, mereka ini sering kali bertindak ‘nakal’ terutamanya apabila berdepan dengan aparat penguasa dalam demonstrasi pelajar dan rakyat. Contohnya, Ibrahim Ali yang merupakan Presiden Kesatuan Siswa-Siswi Institut Teknologi MARA (KSITM) satu masa dahulu pernah merempuh pihak FRU dalam satu perarakan dari ITM Shah Alam ke Parlimen bagi mengusul supaya kursus ijazah diadakan di institut bumiputera itu.
Catatan ini jelas menunjukkan bahawa anak muda secara zahir dan lahiriah kadang-kala bersifat nakal. Justeru, saya tidak hairan sekiranya perkara sebegini terjadi terutamanya kepada anak muda. Disamping sikap biadap samseng yang bertindak memukul, besar kemungkinan terdapat provokasi yang datangnya daripada anak mahasiswa sendiri. Selain itu, samseng juga mungkin tidak senang dengan kempen Anti-Najib yang dijalankan di Pekan yang merupakan kawasan ‘totok’ anak beranak Tun Razak.
Ekhsan sebelum ini telah beberapa kali dipukul dan bergelut dengan penguasa. Antara yang masih segar ialah bagaimana Ekhsan telah diugut dan dipukul ketika ingin mengadakan ceramah di Pendamar, Pelabuhan Klang. Namun, saya melihat perkara ini suatu lumrah dari segi biologi buat seorang anak muda.
Seperti tulisan saya sebelum ini, saya pernah bertanya beberapa soalan kepada mahasiswa adakah sudah bersedia daripada segenap aspek termasuk fizikal, mental dan kewangan? Dalam soal menghantar calon mahasiswa bertanding adalah sesuatu yang asing dalam negara ‘demokrasi kangkung’ ini. Tambahan pula, mahasiswa harus sedar kawasan yang mereka gempur adalah kawasan ‘bapak UMNO’ keenam. Mahasiswa harus sedar bahawa dalam keadaan genting sebegini UMNO akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan dengan cara kasar. Persediaan untuk bertanding itu penting, mahasiswa harus memahami lokaliti dan mengkonstruk strategi dengan baik supaya tiada sebarang masalah besar yang akan datang. Atas sebab itu ramai yang tidak bersetuju tindakan mahasiswa untuk bertanding kerana kelihatan ‘poyo’ dan keterlaluan. Bukan kerana dengki atau iri hati dengan keputusan itu.
Hakikatnya, tahap pemikiran warga kita tentang politik masih jauh ketinggalan berbanding negara luar. Tugas sebenar mahasiswa adalah menyedarkan warganegara tentang asas politik dan hak mereka serta calon yang sepatutnya mereka pangkah dalam PRU. Aksi mahasiswa saat ini haruslah memfokuskan tentang kehendak rakyat sendiri. Sebagai contoh, kita dapat lihat bagaimana kempen pilihan raya oleh mahasiswa yang diadakan pada tahun 1969 yang member impak besar sehingga terlingkupnya kerajaan Perikatan ketika itu sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei serta mendesak Dr. Mahathir yang ketika itu bertindak sebagai Menteri Pendidikan mencipta undang-undang drakonian Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Ini yang harus mahasiswa contohi dan usahakan, bukan usaha sebelum ini tidak ada. Tetapi tidak cukup! Kepercayaan rakyat kepada mahasiswa masih rendah.
Akhir sekali, buat kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak, usah terlalu keras dengan anak muda sekiranya cetusan tranformasi dan demokrasi yang kalian uarkan itu benar. Selama lebih lima dekad memerintah, sikap pihak kerajaan UMNO/BN tidak ubah seperti British dahulu dan buat mahasiswa, teruskan perjuangan dengan apa yang kalian percaya. Namun begitu, keputusan untuk bertanding adalah sesuatu yang silap dan masih belum terlambat untuk mengubah fikiran. Semoga segalanya baik sahaja.
Penulis ialah mahasiswa Undang-Undang UiTM.
Mohd Ali dicabar pertahan kerusi Dun Bukit Baru
Ahmad Danial, | 13 Feb 2013 |
"Ketua Menteri jangan cuba lari dari bertanding di Dun Bukit Baru kalau beliau benar-benar anak jantan. PAS dan rakyat Dun Bukit Baru menunggu beliau di Dun ini.
"Dun Bukit Baru sangat sinonim dengan beliau kerana di dalamnya terletak kampung beliau, di sini ramai sanak saudara dan penyokong beliau jadi buat apa beliau hendak bertanding di kawasan lain," ujar Yusof yang juga Penyelia Dun Bukit Baru.
Yusof berkata sebagai seorang Ketua Menteri, Mohd Ali sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di dalam Dun Bukit Baru di mana masih ramai rakyat yang susah dan miskin yang memerlukan bantuan.
"Bila kita turun padang bertemu rakyat, kita jumpa macam-macam kategori orang susah, ada yang miskin, tiada bantuan, cacat anggota akibat kemalangan dan sebagainya.
"Ramai di kalangan mereka tidak dapat bantuan, ada yang dapat bantuan tetapi tidak cukup.Mana perginya wang zakat yang ada lebihan, mereka yang seperti inilah yang sepatutnya dapat bantuan tersebut. Sebagai Adun Bukit Baru, Mohd Ali mesti bertanggungjawab," tambahnya.
Beliau berkata Mohd Ali juga mesti bertanggungjawab terhadap hutang kerajaan negeri yang sudah mencecah lebih RM850 juta seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.
"Beliau jangan cuba lari ke bertanding di kerusi Parlimen, siapa hendak jawab tentang duit rezab kerajaan negeri yang tinggal RM8 juta sahaja sekarang," ujarnya.
Baru-baru ini Mohd Ali dalam kenyataan di media arus perdana menyatakan berminat untuk bertanding di kerusi parlimen.
"Saya nasihatkan beliau supaya tidak bertanding di Parlimen sebab tiada jawatan yang sesuai dengan beliau di dalam kabinet, itupun kalau BN menang," kata Yusof.
Tiada huru-hara BN kalah, pegang janji Zahid Hamidi
Harakahdaily, | 13 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Kenyataan
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu dipegang
sebagai suatu jaminan atau janji dari Umno bahawa mereka akan menerima
keputusan rakyat dalam PRU13 dan tidak membuat huru-hara jika PR menang
kelak.
“Seharusnya kenyataan beliau perlu diasaskan kepada jaminan yang kukuh bahawa BN benar-benar akan menghormati keputusan rakyat,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Ini, katanya kerana sejarah telah menunjukkan bagaimana kerajaan negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat atau pembangkang telah disabotaj, diskriminasi serta provokasi bagi memastikan kerajaan tersebut jatuh.
Beliau berkata, rakyat tidak melupakan bagaimana kerajaan Terengganu telah dikhianati apabila royalti minyak ditarik balik serta tumbang melalui projek ‘pengundi luar’, kerajaan Kelantan yang disekat dari menerima royalti serta kerajaan Selangor yang disabotaj dengan bekalan air yang disekat juga manipulasi media yang melampau terhadap kepemimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tambahnya, yang paling tidak dilupakan adalah bagaimana kerajaan Perak ditumbangkan melalui projek ‘membeli wakil rakyat’ serta menghianati kuasa Speaker Perak sehingga beliau dimalukan sedemikian rupa apabila ditarik keluar dari kerusinya dan dikurung dalam bilik.
“Selepas meneliti kesemua kisah negeri-negeri di atas, siapakah yang tidak menghormati keputusan rakyat serta pencetus huru-hara di negara ini?” tanya beliau.
Tegasnya, pemimpin PR tidak pernah bercadang mencetuskan suasana huru hara sekiranya kalah PRU13 kerana sudah 12 kali PAS bersama parti komponen lainnya mengharungi pilihanraya umum.
Namun, ujarnya pemimpin PR tidak bersedia menerima jika berlakunya penipuan dalam sistem pilihanraya.
Katanya lagi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai pengurus sistem ini perlu memastikan perjalanan sistem pilihanraya berlangsung dengan adil dan bersih.
Beliau menegaskan, negara akan aman sekiranya sistem pilihanraya berlangsung dengan adil dan telus sebaliknya penipuan dan penyelewengan yang akan mencetus suasana huru-hara kerana rakyat bangkit dengan kemarahan menentang kebejatan.
Tambah beliau, tidak ada manusia yang waras akalnya boleh menerima hakikat mereka tertipu melalui sistem pilihanraya di negara ini.
Justeru, beliau merasa yakin, bukan sekadar PR, BN juga pasti akan merasai kemarahan yang sama jika mereka juga ditipu oleh suatu sistem yang menjerat.
“Saya juga tidak boleh membayangkan bagaimana BN berada di suatu pihak yang mengharungi pilihanraya dengan sabar, jika sistem undi pos di mana-mana kawasan tidak memihak kepada mereka kerana terdapat banyak kecurigaan dalam sistem tersebut, warga asing yang diberikan hak kerakyatan dan dibenarkan mengundi serta diarahkan mengundi parti lain, daftar pemilih yang amat meragukan ditemukan di banyak tempat, rasuah pilihanraya melalui projek segera, kekangan terhadap media, serta kerahan terhadap institusi kerajaan untuk memenangkan suatu pihak,” katanya.

Markas dan papan tanda PAS dikhianati
Khairul Azlam Mohamad, | 13 Feb 2013 |
KUALA TERENGGANU: Perbuatan khianat terhadap markas PAS, bendera, kain rentang dan papan tanda besar parti semakin menjadi-jadi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ini berikutan, beberapa siri ‘serangan’ dipercayai didalangi oleh sebuah parti politik yang semakin tergugat menjelang pilihan raya tidak lama lagi.
Tinjauan Harakahdaily mendapati provokasi tersebut dilakukan di beberapa lokasi serentak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat, Rhu Rendang, Bukit Payong dan Bandar.
Perbuatan khianat itu menggunakan cat merah yang dimasukkan ke dalam telur dan dilemparkan ke markas-markas PAS, billboard serta dirosakkan kain rentang yang dipasang oleh parti.
Di Markas PAS Unit Peti Undi (UPU) Banggol Tok Ku di Kampung Baru Serada, Dun Alor Limbat turut dirosakkan papan tanda besar 10 Tawaran Awal Manifesto PAS Terengganu serta disimbahi cat merah pada bangunannya.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai dilakukan selepas jam 3.00 pagi kerana sebelum itu kedai-kedai makan berhampiran masih beroperasi.
AJK Pemuda PAS Dun Alor Limbat, Mohd Taufik Yusof berkata perbuatan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab itu disedari awal pagi sekitar jam 7.30 pagi.
Sementara itu, di Markas PAS UPU Kepong di Kampung Pengadang Baru turut menerima nasib sama disimbahi cat merah pada gambar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
Perbuatan khianat tersebut dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang sama berdasarkan modus operandi menggunakan cat merah yang dimasukkan ke dalam objek telur.
Malah, lebih tidak bertanggungjawab apabila Markaz PAS di UPU Gelugor di Kampung Pengkalan Setar bukan sahaja disimbahi cat merah tetapi dilakarkan dengan lambang salib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan