Rabu, 20 Februari 2013

ADA BERAN KE@ADA BERANI KE

SPRM digesa siasat premis awam jadi bilik gerakan BN
Posted on Tuesday, February 19 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Perakitedaily

IPOH: PAS Negeri Perak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memantau kesemua 7,531 bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN sepertimana yang telah diumumkan oleh Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Salman Saleh berkata, ianya berdasarkan percanggahan penggunaan premis awam seperti dewan orang ramai atau balai Raya.

“Umum mengetahui banyak dewan orang ramai atau balai baya ketika ini penuh dengan Bendera Umno dan BN, malah telah dijadikan PDM bagi BN menjelangnya PRU13 nanti.

“Sedangkan ianya bercanggah dengan Peraturan Baru SPR yang melarang semua premis awam digunakan bagi tujuan tertentu sahaja,” katanya.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak itu berkata, pihaknya melahirkan kekesalan terhadap penyalahguanaan dewan orang ramai atau balai raya untuk tujuan politik.

“Pihak kami berharap pihak bertanggungjawab melakukan pencegahan terhadap penyalahgunaan premis awam bagi tujuan politik.

“PAS berharap SPRM turut membuka kertas siasatan terhadap penyalahgunaan premis awam tersebut,” tegas Salman.

Jelasnya, ianya jelas suatu unsur salah urus tadbir ke atas premis awam yang sepatutnya untuk kegunaan umum dan bukannya atas tujuan politik.

Sumber: perakitedaily.blogspot.com


  Juanda: Malaysia perlukan landskap politik baru
Posted on Tuesday, February 19 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"SHAH ALAM - Malaysia perlukan landskap politik baru yang lebih bertanggungjawab akibat taraf pendidikan meningkat dan rakyat semakin matang dan memilih.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, seseorang pemimpin perlu memahami aspirasi politik semasa kerana yang majoriti besar pengundi adalah terdiri daripada golongan muda.

Menurutnya, ahli politik perlu berubah dan lebih bertanggungjawab jika mahu kekal relevan.

“Satu pandangan penting daripada seseorang pemimpin muda yang memahami aspirasi politik semasa yang majoriti besarnya adalah pengundi muda.

“Semua maklum Malaysia sedang mengalami transformasi besar-besaran dalam semua perkara terutama politik, sosial dan agama,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menegaskan ulama bebas untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memilih mana-mana parti yang mereka mahukan.

sumber "


 KPDNKK temui Jakim bincang isu air jampi
Posted on Tuesday, February 19 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membincangkan isu penjualan air jampi yang dilihat semakin berleluasa pada masa ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha itu juga diambil untuk mengawal penjualan air jampi di pasaran sekiranya terdapat unsur penipuan dan mendatangkan kekeliruan kepada pengguna.

"Kami akan bincang dulu dengan Jakim supaya kita boleh kawal air jampi yang menggunakan iklan yang boleh mengelirukan pengguna sekaligus menipu mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada 8,531 penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, semalam.

Beliau berkata walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan.

"Kami telah keluarkan peraturan bahawa tidak boleh mengeluarkan iklan yang mengelirukan semata-mata untuk menarik pengguna membeli sesuatu produk dan garis panduan itu hendaklah dipatuhi oleh mereka," katanya.

Beliau berkata kedegilan pengusaha produk untuk mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan kerana cuba menipu orang ramai.

Ismail Sabri berkata tindakan juga boleh dikenakan terhadap mereka yang mengeluarkan testimoni tidak tepat setelah menggunakan sesuatu produk kerana ia mengundang kekeliruan orang ramai terhadap produk itu.

"Testimoni pengguna kena tepat iaitu mereka mesti buktikan sesuatu produk yang diambil itu berkesan atau tidak ke atas mereka, sekiranya didapati testimoni tidak tepat, dia boleh diambil tindakan kerana menipu," katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan para penuntut supaya tidak menyalah guna BB1M dengan menukarkannya dalam bentuk wang tunai dengan pihak ketiga.

Tindakan itu boleh membantut hasrat kerajaan yang mahu meringankan bebanan penuntut ketika membeli bahan bacaan yang diperlukan untuk pembelajaran, katanya sambil menggalakkan mahasiswa membeli buku di koperasi universiti masing-masing. - Bernama

sumber"


 Rosmah Lancar Tabung Kesejahteraan Kanak2 Sedunia , Bantu juga anak Altantuya!
Posted on Tuesday, February 19 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Drs. Khalil Idham Lim

Saya tertarik dengan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang melancarkan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia bagi memberi sinar kebahagiaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh dunia.

Beliau berkata, tabung yang menyasarkan kutipan dana sebanyak mungkin itu akan membantu kanak-kanak yang terlibat dengan pelbagai bentuk musibah seperti peperangan, bencana alam, kebuluran dan kemiskinan.

"Saya berharap badan-badan korporat dan individu agar tampil menghulurkan sumbangan bagi tabung itu," katanya.

Harapan saya Nasib anak kepada Wanita Monggolia yang dibunuh menggunakan C4 yang berada dalam kawalan ketat Kementerian pertahanan semasa Najib Razak menjadi Menteri Pertanahan juga terbela dengan tabung yang dikumpulkan itu.

Bantuan kepada anak Altantuya itu saya kira malah perlu didahulukan.

Sumber: idhamlim.com


  Hari ini MB Pahang tok Nan Paksa guru KEMAS beramah mesra
Posted on Tuesday, February 19 @ 15:02:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog King of Goblok

Satu majlis beramah mesra dengan MB Pahang hari ini bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Syah pada jan 6 Petang hari ini 19 /2/2013.

Tok Nan ketakutan hilang telinga barangkali MEWAJIBKAN kehadiran semua kakitangan KEMAS untuk bermesra mesra dengannya.. heheheh.. tengok tajuk tu.. gua fitnah ker beb..

kah kah kah!!



Nak bermesra pon kena paksa!! puii

Sumber: kingofgoblok.blogspot.com



UMNO edar risalah perbodohkan Melayu di Felda..
Posted on Tuesday, February 19 @ 13:39:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh AnakSgDerhaka

Tak cukup dengan Mahathir, filem 'Tanda Putera' .. UMNO juga edar risalah perbodohkan Melayu di Felda..

Semalam Malaysiakini telah melaporkan Felda telah menganjurkan tayangan filem propaganda UMNO 'Tanda Putera' kepada kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Program tayangan khas itu diumumkan oleh timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Beliau juga mengumumkan bahawa acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Tayangan tersebut diadakan bermula jam 1 tengah hari selepas sesi ucapan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga ucapan Mahathir di program 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' itu.

Filem itu mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Sebelum itu Mahathir dilaporkan telah melabel para Peneroka yang menentang Kerajaan sebagai 'haiwan' bila berkata "Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah,"..

Beliau juga turut menyeru warga Felda agar membalas budi pihak yang memberi nikmat kepada mereka dengan mengundi kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Jasa atau tanggungjawab kerajaan?

Sebenarnya sebelum majlis 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' yang mana Mahathir cuba memperbodohkan warga Felda itu berlangsung, UMNO dilaporkan telah mengedarkan risalah 'Memperbodohkan Melayu' di kebanyakan Felda di pantai timur...

Menurut seorang sahabat yang mengirimkan risalah ini melalui e-mail beliau memperolehinya ketika pulang bercuti ketika perayaan Tahun Baru Cina yang lalu..

Dari apa yang tercetak pada risalah ini.. jelas ianya hanya memperbodohkan Melayu yang kurang mahir dalam mencari berita alternatif di internet..



Sumber: darisungaiderhaka.blogspot.com


  Umno Sudah Tutup Buku Akaun?
Posted on Tuesday, February 19 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Skuad BO

KEMAMAN - Puan Mahani Binti Ibrahim, 50, dari Kampung Kuala Kemaman dekat sini, mengidap penyakit kencing manis tahap 'kronik' dan pernah melakukan pembedahan. Oleh kerana tidak mampu, beliau sekeluarga tinggal di rumah yang sangat dhaif dengan sebahagian dinding, hanya menggunakan zink.

Suaminya, Mat Akil, ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada PAS Dun Chukai kerana membantu beliau mendirikan sebuah rumah kecil untuk tujuan rawatan penyakit isterinya.

"Doktor minta (di) sediakan sebuah bilik yang bersih untuk isteri saya yang sakit kencing manis, tapi saya tak mampu, saya tak tahu tahu apa nak buat......... kawan saya bawa saya (ber)jumpa dengan Ketua Pemuda PAS Chukai untuk pohon pertolongan,

"AlhamduliLlah, saya ucapkan terima kasih kepada PAS yang memberikan bantuan dan bergotong royong buat rumah untuk isteri saya,"ujarnya.

Beliau yang bekerja mengambil upah membawa lori mendakwa, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan tidak peduli kepada rayuannya.

Katanya, sudah berkali-kali beliau menemui JKKK bagi memohon bantuan, namun pada setiap kali JKKK akan memberi jawaban 'tidak ada peruntukan'.

Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Haji Hanafiah berkata, Umno sudah tutup 'buku akaun' dan tidak lagi boleh diharapkan untuk membantu rakyat.

"Dah tutup akaun dah gamaknya (mungkin), tak dok pitih (tak ada wang) dah tak boleh nak bantu rakyat............. ini bukan kali pertama, sudah berkali-kali jawapan yang kita dengar JKKK kata tidak ada peruntukan........ tak ada duit,

"tapi pemimpin Umno terus hidup mewah, terus berhibur........ sanggup bawa artis dari luar negeri dan belanja RM6 juta...... pada masa yang sama, rakyat nak minta bantuan kecil pun tak ada duit,"kata Hanafiah yang turut bersama-sama turun padang.

Menurut Hanafiah, MTD Chukai mengeluarkan perbelanjaan sebanya RM7000 bagi membina sebuah rumah kecil bersaiz 16x14 dengan kemudahan tandas dan bilik air.

Katanya, keadaan dalam rumah Puan Mahani tidak mempunyai ruang untuk ditambah sebuah bilik menyebabkan pihaknya terpaksa mendirikan sebuah binaan berasingan.

Sumber: buletinonline.net




Jika Parlimen Bubar 22.2.2013, Mengundi 30.3.2013
Posted on Tuesday, February 19 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Utusankini

Berdasarkan keadaan terkini Perdana Menteri dijangkakan akan membubarkan parlimen pada 22.2.2013 (Jumaat). Kini semua orang sedang ternanti-nanti waktu pembubaran yang akan diumumkan. Adakah tarikh 22.2.2013 akan benar-benar mejadi kenyataan atau hanya spekulasi seperti sebelumnya.

Walaupun sebelum ini telah banyak tarikh dan spekulasi mengenai PRU13 ini diramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan. Ianya berlalu begitu sahaja sehinggakan peramal dan ahli nujum sudah hilang minat untuk memperkatakan bila tarikh pembubaran parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.



Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikh sebenarnya bila pembubaran parlimen akan diumumkan. Sehinggakan Datin Seri Rosmah Mansor ada berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya.



Secara berseloroh, Rosmah berkata: "Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga," katanya.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat kejutan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei. Katanya ini adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah bersedia.

"Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan...ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi,"

Beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya. Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya.



Tanda PRU13 yang paling nyata akan dibuat Mac 2013 bila semua pembayaran beberapa bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 sedang rancak dilaksanakan. Antaranya bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), Bantuan Khas Awal Persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia.

Perdana Menteri tentunya tidak mahu membiarkan Menteri Besar Selangor mendahuluinya atau membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya pada hujung April 2013.

Jika benar tarikh 22.2.2013 Parlimen dibubarkan. Penamaan calun dijangkakan pada 16.3.2013. Pengundian pula akan dibuat pada 30.3.2013. Tarikh pengundian ini bertepatan dengan cuti persekolahan. Tentunya Perdana Menteri mengambil kira semua ini bagi memudahkan SPR membuat persedian sebelum pengundian.

Sumber: utusankini.com


  Apa sebenarnya kesalahan Yazid Sufaat
Posted on Tuesday, February 19 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Artikel Blog Gendang Perang

Dilahirkan di Johor, Malaysia dengan kad pengenalan A10472263, Yazid merupakan seorang ahli patologi yang telah belajar mikrobiologi di California State University, Sacramento, Amerika Syarikat.

Dia pernah menjadi kapten dalam Angkatan Tentera Malaysia dan kemudian berhenti untuk menjadi ahli perniagaan.

Peranan Yazid dikatakan diminta oleh Hambali Rasimudin, salah seorang pemimpin al-Qaeda Asia Tenggara untuk membina senjata biologi di Indonesia yang berkaitan dengan antraks.

Majalah Newsweek menuduh Pertubuhan al Qaeda dipimpin oleh Osama bin Laden, seorang warganegara Arab Saudi.

Operatif Serangan 9/11

Kondominium Yazid di Kajang ( Kuala Lumpur ? ) dikatakan menjadi tempat mesyuarat penyerang berani mati al Qaeda sebelum Serangan 911 dilakukan. Sasaran utama ialah Menara Pusat Perdagangan Dunia di New York. Yazid pernah berjumpa dengan 2 suspek pengebom berani mati.

Yazid juga menjadi majikan kepada seorang lagi suspek iaitu Zacarias Moussaoui. Yazid Sufaat disyakki menjadi operatif Serangan 9/11 . Dia dipercayai membayar sejumlah wang kepada Zacarias Moussaoui sebanyak US35,000 dalam mesyuarat di Kuala Lumpur pada tahun 2000.

Yazid juga bersetuju membayar US2,5000 setiap bulan selepas itu. Yazid turut hadir dalam mesyuarat sebelum Serangan 9/11 . Penyerang pernah memesan 4 tan bahan untuk membuat bom. Yazid pernah berlatih menggunakan senapang di Afghanistan .

Yazid ditahan

Yazid ditahan oleh kerajaan Malaysia pada 9 Disember 2001. Beliau ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak memerlukan seseorang itu dibuktikan sebagai bersalah atau tidak. Yazid ditahan di Imigresen Bukit Kayu Hitam, sempadan Malaysia-Thailand ketika dalam perjalanan pulang dari Afghanistan dan Bangkok . Beliau ditahan di Kem Kamunting, Taiping, Perak. Kem ini biasa menjadi tempat tahanan politik yang ditahan melalui ISA. Beliau ditahan bersama 23 ahli Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang lain yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan dan mendirikan sebuah negara Islam di Malaysia.

Akta Keselamatan Dalam Negeri

Melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) , seseorang tidak perlu dibicarakan sebagaimana Akta Patriot di Amerika Syarikat. Malahan , Akta Patriot di Amerika mengambil iktibar dari Malaysia. Anehnya Yazid Sufaat tidak dihantar ke Amerika Syarikat untuk disiasat . Kerajaan Malaysia hanya membenarkan beberapa pegawai CIA datang membuat soal siasat. Jika tidak, Yazid mungkin ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo , Cuba. Kerajaan Amerika pernah cuba mengektradisi Yazid ke Amerika Syarikat, tapi Malaysia dan Amerika tidak ada perjanjian seumpama itu.

Isteri

Isteri Yazid ialah Sejahratul Dursina @ Chomel Mohamad , telah berkahwin 17 tahun . Sejahratul turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Anak mereka 4 orang. Ibu Sejahratul Dursina bernama Tumina Kasmuri. Berumur 37 tahun pada tahun 2001. Beliau ditahan oleh polis di Ampang , Kuala Lumpur , yang diketuai oleh ASP Mariam Mohd Tahir . Sebuah komputer peribadi dan pelbagai dokumen lain turut dirampas.

Peguam

Peguam keluarga Yazid ialah Saiful Izham Ramli. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pernah merayu mereka dibebaskan kerana tidak ada bukti mereka bersalah dan tidak dibenarkan berjumpa dengan ahli keluarga.

Dibebaskan

Pada 10 Disember 2008, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengumumkan Yazid Sufaat telah dibebaskan pada November 2008. Beberapa tahanan lain turut dibebaskan . Dua warga Thailand yang dituduh anggota kumpulan pemisah iaitu Mohd Faisal dan Ambalan. Mereka dihantar pulang ke Thailand selepas dibebaskan. Tiga rakyat Malaysia iaitu Abdul Rahman dan Tarmizi yang terlibat sebagai agen perisikan asing manakala Murad Sudin pula adalah anggota JI.

Tahanan berkurang dari 75 kepada 46 orang sahaja iaitu 16 anggota kumpulan militan JI, 13 orang dari kumpulan Darul Islam, 10 orang kerana terlibat dalam pemalsuan dokumen kad pengenalan dan pasport, 5 pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dan dua individu yang bekerja dengan agensi perisikan asing.

Ditahan semula

Yazid ditahan semula dibawah Seksyen 130 (G) Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti keganasan pada 6 Februari 2013.

Yazid Sufaat dan Halimah Hussein didakwa kerana melakukan kesalahan tersebut di rumah Yazid di Taman Bukit Ampang, di antara 1 Ogos hingga 20 Oktober 2012.

Yazid, 49 dan Halimah, 52 tahun ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), kerana dituduh mempromosi keganasan dengan merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai aktiviti keganasan.

Menurut Berita Harian 8.2.2103

Mengikut kertas pertuduhan, Yazid, 49, didakwa mengalakkan perlakuan, perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan sesuatu tujuan ideologi. Perbuatan itu boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk menggugut orang awam di Syria.

Setiap kesalahan harus diadili dengan perbicaraan. Tanpa perbicaraan segalanya boleh dipertikai.

Sumber: wasukalu.com



 Mahathir makin kuat merapu!
Posted on Tuesday, February 19 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Apa nak jadi dengan  mantan PM, Mahathir yang semakin kuat merapu. Kalau pada tahu 1998 dulu dia pernah berkata, DSAI mencederakan dirinya sendiri ketika di lokap polis dan kemudiannya, Rahim Noor mengaku menumbuk DSAI sehingga beliau cedera, kali ini Mahathir mendakwa ada sekumpulan rakyat yang hadir di pesta Tahun Baru Cina dengan video dan microphone untuk merakam jawapan "NOO" kepada soalan Najib sehingga jawapan Yes tenggelam. Video yang diedit inilah menurut Mahathir yang diupload di youtube.

Mahathir berkata perkara yang bohong bolih dijadikan kelihatan benar dan yang benar boleh dijadikan kelihatan bohong. Pandai Mahathir kerana dialah yang paling berpengalaman membuat perkara benar seperti bohong dan yang bohong seperti benarr, malah dalam posting di blognya ini juga menampakkan yang benar itu bohong dan yang bohong itu benar. Pendek kata Mahathir semakin kuat merapu, sedangkan ketika bersara dulu dia beriya iya mengatakan akan menumpukan kepada ibadat!

Mahathir menyalahkan siaran media alternatif yang tidak ditapis di mana media alternatif ini kata Mahathir bolih menyiarkan apa saja yang mereka mahu. Sedarkah Mahathir ketika membuat dakwaan ini? Apakah Mahathir kira media alternatif tidak beretika sama seperti media arus perdana? Lagipun kalaulah media altenatif menjadi wadah propaganda pembangkang, bagaimana pula media arus perdana sehingga kisah kisah yang mengaibkan seseorangpun turut disiarkan?

Mahathir mahu kerajaan menapis media alterntif dan membiarkan media arus perdana menjadi media yang tidak beretika, bolih siarkan apa saja termasuk berita yang mengaibkann orang. Mahathir mungkin tidak sedar bahawa sudah berapa kes mahkamah yang utusex kalah? Kenapa kalah? sebab mereka di pihak yang salah, menyiarkan berita yang tidak benar.

Oleh itu, Mahathir dan UMNO juga berhak membawa kes "NOO" ke mahkamah kalau Mahathir merasakan ianya dimanupulasikan malah itu jauh lebih baik dari duk merapu dalam blog. MALAYSIA KINI antara media alternatif yang menyiarkan video tersebut, kenapa tidak saman MALAYSIAKINI, begitu juga TKO, silakan saman TKO kalau Mahathir seorang yang waras dan jujur.

Mahathir dah macam pencacai UMNO yang lain, apa saja yang tidak menguntungkan UMNO dianggap pembohongan dan apa jua yang bolih memberi keuntungan itu dianggap benar.

Dasar yang jauh menyimpang dari cita cita asal Mahathir untuk membanyakkan ibadat kerana ibadat turut mempertahankan yang benar walaupun pahit dan menolak kebathilan walaupun ianya menguntungkan diri sendiri.

Tetapi Mahathir melakukan sebaliknya malah dengan kesungguhan yang menyebabkan dia akhirnya merapu dan terus merapu mungkin sampai ke hujung hayatnya.

Tetapi selagi hayat dikandung badan, magfirah ALLAH itu luas, jadi insaflah Mahathir, berhentilah merapu, tak usah takut dengan balasan di dunia, kerana balasan di akhirat itu lebih dasyat!"

 Ceramah Kelompok UPU Semerbok bangkitkan isu tempatan
Posted on Tuesday, February 19 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Rembau 18 Feb 2013 – Ceramah kelompok yang diberikan oleh Sdr Sahrizal Masrudin selaku Pengerusi Suara Anak Muda Rembau di UPU Kg Semerbok di DUN Kota dalam Parlimen Rembau malam tadi telah membangkitkan banyak isu-isu tempatan yang menarik perhatian mereka yang hadir.

Antara isu yang dibangkitkan ialah pampasan tanah adat yang tidak munasabah untuk tanah adat dan orang kampung di Rembau sekitar RM1-RM2 sekaki persegi atau sekitar RM50,000-RM100,000 seekar, berbanding dengan tanah untuk tapak hospital Rembau pada kadar RM22 sekaki persegi atau hampir RM1 juta seekar.

Memang memeranjatkan mereka yang mendengarnya terutama orang kampung di kawasan berhampiran seperti di Sawah Raja dan Titian Bintangor yang terlibat dengan projek empangan dan bekalan air, mereka yang di Penajis, Chengkau, Chenong, Astana Raja, Nerasau yang terlibat dengan pelebaran jalan Chengkau-Astana Raja juga mereka yang di Kg Gadong, Kg Jawa, beberapa tempat sekitar DUN Chembong yang terlibat dengan projek landasan keretapi berkembar.



Turut dibangkitkan ialah janji PRU-12 tahun 2008 iaitu pembinaan Hospital Rembau yang sehingga kini tender untuk mendirikan bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan oleh pihak JKR.

Disebabkan kesuntukan masa Sdr Sahrizal hanya sempat membicarakan sedikit mengenai isu cadangan pembinaan Kampus UiTM Rembau dan perkembangan Landasan Terbang di Batu Hampar, Rembau.

Gambar-gambar sekitar Ceramah Kelompok di UPU Kg Semerbok di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/02/ceramah-kelompok-upu-semerbok.html

Kepada mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA

No akaun : 05-021-02-011755-8

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad"



Sorok rahsia diperkosa buruh binaan

Posted on the February 19th, 2013 under Jenayah by admin


Rembau: Akibat malu dan takut dimarahi keluarga, seorang gadis sanggup merahsiakan kejadian dia diperkosa dua bulan lalu, namun rahsia itu terbongkar apabila dia disahkan mengandung enam minggu ketika melakukan pemeriksaan kesihatan beberapa hari lalu.
Gadis berusia 20 tahun yang juga pekerja am di sebuah syarikat swasta itu dikatakan baru dua minggu mengenali suspek buruh binaan warga Indonesia berusia 44 tahun.
Menurut sumber, kejadian berlaku pada 29 Disember lalu apabila suspek mempelawa mangsa datang ke rumahnya mengambil kacang panjang ditanam. Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki suspek mempunyai niat tidak baik datang ke rumah lelaki itu.

“Tindakan mangsa mengundang padah apabila suspek menariknya masuk ke dalam rumah lalu merogolnya,” katanya.
Sumber berkata, begitupun perubahan diri yang berlaku pada mangsa disedari ahli keluarganya menyebabkan dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengandung dua minggu. “Ahli keluarganya membuat laporan polis pada 15 Februari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau. Susulan laporan berkenaan, suspek ditangkap keesokan hari di kediamannya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Johor "medan pertempuran" paling sengit PRU13
Posted on Tuesday, February 19 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Mulanya saya bercadang ke Johor setakat dua hari. Bertolak pagi Jumaat, singgah sekejap di UKM, Bangi, berjumpa Dr Nidzam Sulaiman, menyiapkan wawancara sekitar isu-isu berkaitan PRU13 dari sudut pandang sarjana sains politik, dan balik Kuala Lumpur esok petangnya.

Hari Ahad sudah dirancang program bersama keluarga. Dan terpaksa bertugas pada cuti Tahun Baru Cina pada Isnin dan Selasa. Bagaimanapun, Johor berjaya menambat kaki saya sehingga pagi 11 Februari.

Hasrat awal saya sekadar bertemu dan berbincang dengan seorang dua pimpinan PAS Johor, khususnya Pesuruhjaya Negeri, Dato' Dr Mahfodz Mohamad. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, mudah diajak bersembang di pejabat Harakah, Jalan Pahang.

Selain mendapatkan sudut pandang langsung aktivis akar umbi, naluri saya terdorong untuk merasai debar dan getar suasana sebenar di lapangan. Johor, yang pernah menyaksikan kekalahan teruk sehingga hilang wang pertaruhan calon-calon PAS, kini menjadi tumpuan ramai pemerhati.

Apabila mengetahui saya turun Johor Bahru, empat lima rakan-rakan tidak sabar-sabar bertanya soalan, hampir sama: "Pakatan boleh menang? Macamana mood rakyat Johor?" Seorang sahabat lebih prihatin dengan kecenderungan mengundi masyarakat Melayu -- yang dilihat sebagai faktor penentu siapa menerajui Nusajaya -- selepas kaum Tionghua "berpatah arang" dengan BN.

Daripada sebuah negeri yang dikenali kubu terkuat Umno dan langsung tidak terusik kekuatannya walaupun ketika negara digoncang kuat gelombang reformasi pada 1998-99, Johor selepas PRU12 bertukar menjadi medan sengit buat BN dan Pakatan meraih sokongan rakyat.

Berbekalkan jumlah kerusi Parlimen yang agak besar, iaitu 26, yang semuanya sekarang dikuasai BN kecuali satu, maka perubahan sokongan pengundi Cina, kelas pertengahan dan generasi muda dilihat satu kelebihan besar buat Pakatan dalam "roadmap" ke Putrajaya, selain memastikan Nusajaya (pusat pentadbiran negeri) juga bertukar tangan.

Setiausaha Perhubungan PAS Johor, Onn Jaafar menyambut saya, wartawan kanan Wan Nordin Wan Yaacob dan jurufoto Wan Zahari Wan Salleh, di bilik gerakan PRU13 Parlimen Pulai, Taman Munshi Ibrahim, Johor Bahru. Salahuddin menunggu kami di bilik atas.

Salahuddin yang dijangka bertanding Parlimen Pulai dan Dun Nusa Jaya kelihatan menyimpan keyakinannya. Bicaranya tenang, menjelaskan kerencaman politik Johor dan harapan tinggi rakyat untuk melihat perubahan.

Beliau mahu saya menyelami isu-isu kritikal yang menyentuh sekali gus menekan kehidupan seharian bukan saja penduduk sekitar JB tetapi juga seluruh negeri. Sepintas lalu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyentuh persoalan kenaikan harga barangan, masalah pemilikan tanah, saingan hebat daripada orang luar, gejala sosial termasuk isu keselamatan.

Ketika mengiringinya -- setakat dua tiga kedai sahaja kerana keletihan -- untuk mengagihkan buah limau di Taman Universiti, Skudai, saya dapat mengesan reaksi positif masyarakat Cina terhadap Salahuddin.

"Sambutan lebih hebat diberikan kepada Salahuddin dalam majlis-majlis makan malam sebelum ini," kata Onn. "Saya sendiri saksikan orang Cina meraikannya bagaikan seorang MB baru. Mereka ternyata menaruh harapan dan keyakinan begitu tinggi kepada Salahuddin. Apa pun, fokus kita di Johor masih pengundi Melayu, bukan saja di Felda dan kampung tradisi, malah di kawasan bandaraya seperti JB ini, terutama kawasan terpinggir," tambahnya.

Esoknya, Sabtu, kami ke Pejabat PAS Kawasan Simpang Renggam. Onn memberitahu, ada pertemuan Dewan Harian PAS Johor dan kami boleh mengadakan wawancara dengan Dr Mahfodz seusai mesyuarat. Dijangkakan ia berakhir sekitar jam 12 tengahari tetapi terlajak menjelang Zuhur.

Sementara menunggu selesai mesyuarat, saya berbual-bual dengan dua aktivis parti setempat. Rupanya mereka cukup mengambil berat perkembangan Harakah dan nampak seronok memberi komentar bagaimana kami seharusnya menyorot sesuatu isu.

Saya tertarik dengan pandangan tajam "di luar kotak" seorang penggerak PAS kawasan, seorang pesara kerajaan, yang pernah bertugas selama 23 tahun di Kelantan. "Saya mungkin berbeda dengan orang lain, tapi yang penting PAS di Johor ini, perlu pendekatan lebih segar, lebih berani, proaktif, jangan malu-malu lagi, biarlah kalau orang nak kata kurang ajar pun," tambahnya, dengan nada penuh yakin.

Ditanya persepsinya mengenai sambutan rakyat Johor terhadap PAS, beliau berkata: "Saya tak pandai mentafsir. Cuma, kepada petugas parti, tidak ada segan silu berlebihan macam dulu. Kami seronok buat kerja, yakin dengan diri sendiri. Suasana meriah, sama-sama pasang poster, sediakan tempat ceramah.

"Kalau dulu kita takut-takut berkempen, sekarang tidak lagi. Ibarat pasukan bola, kita bersedia berlawan dengan siapa saja. Sebaliknya, penyakit kita dulu, yang segan-segan dan malu-malu untuk ke depan, sudah beralih kepada orang Umno. Kita bukan dikongkong psikologi orang kalah lagi, Alhamdulillah. Harapnya Harakah dapat menyiarkan bahan-bahan yang mampu menyemarakkan semangat petugas-petugas parti."

Kami kemudian diajak ke majlis kenduri penyokong PAS, Daud Ithnin. Rumahnya tidak jauh. Kami menumpang kereta Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda Negeri, yang dijangka bertanding Parlimen Simpang Renggam. Kata Suhaizan, hari itu saja dia mendapat enam undangan majlis kahwin.

Wawancara dengan Pesuruhjaya Dr Mahfodz cukup menarik. Naib Ketua Dewan Ulama Pusat, yang juga Ahli Majlis Syuara ini bersuara perlahan dan teratur tetapi penuh yakin.

Beliau menitipkan pesanan kepada anggota parti agar lebih gigih berusaha, menyusun gerakerja dan jangan tunggu sehingga Parlimen dibubarkan. Dr Mahfodz berkongsi harapan; daripada 29 Dun yang ditandingi, sasarannya 17 kerusi. Di peringkat Parlimen, katanya, daripada lapan kerusi yang ditandingi, tiga kerusi menjadi tumpuan, iaitu Pulai, Simpang Renggam dan Ayer Hitam.

Bekas tokoh akademik, yang kini menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), begitu teliti untuk menzahirkan keyakinannya terhadap kemenangan Pakatan di Johor.

"Asas sokongan kita masih orang Melayu, kita perlu mendekati mereka dengan ikhlas, memang ada kesukaran terutama di kawasan Felda dan Felcra, tapi kita mesti giatkan gerakerja," ujarnya.

"Kita ada bincangkan hal ini dalam mesyuarat Dewan Harian tadi, bagaimana untuk mengatasi kelesuan di tempat tertentu," tambah Dr Mahfodz.

Jam 3 petang, kami bergegas ke Parit Yaani, Batu Pahat, menjenguk kawasan yang bakal ditandingi Timbalan Pesuruhjaya I, Aminolhuda Hassan. Hujan lebat menyambut kami.

Pertemuan diatur dengan penduduk Kg Mohd Noor, yang berdepan dengan "projek sampah" Bukit Payong. Asalnya mereka penyokong tegar Umno. Sejak merdeka, parti pembangkang tiada ruang di sini.

Kesetiaan terhadap Umno tidak dihargai. Bantahan penduduk tidak dipeduli. Malah, wakil rakyat yang diberi kepercayaan bertindak menghina mereka.

Abang Utuh atau nama sebenar Abd Samad Saharan belum balik daripada rawatan dialisis ketika kami sampai. Bendera PAS dan KeADILan berkibar sepanjang lorong ke rumahnya.

Anak beliau, Mohd Nazreen, mesra mempersilakan kami masuk. Nazreen, yang lebih dikenali sebagai Black masih Timbalan Ketua Pemuda Cawangan Umno kampungnya, tetapi bertindak nekad menyuarakan keresahan penduduk, termasuk di atas pentas Pakatan.

Abd Samad menjelaskan sebab penentangan terhadap pfojek pelupusan sampah Bukit Payong, yang bakal menyumbangkan bau busuk dan pencemaran udara, selain masalah lalulintas daripada lori berulang ali membawa lebih 600 tan sampah setiap hari.

"Kalau diteruskan juga projek sampah ini, mungkin akan bermula Arab Spring di Batu Pahat ini," katanya. Walaupun kami ketawa mendengarnya, saya yakin Abang Utuh mahu menunjukkan beliau dan penduduk serius mempertahankan hak.

"Kalau Mohamad Sabu dapat datang ke sini, cukup baik sekali. Kita gotong-royong buat kenduri. Lebih baik kalau Anwar Ibrahim turut sama, sekurang-kurangnya dapat makan tengahari di rumah saya," harapnya ikhlas.

Abd Samad pernah menjadi Ketua Cawangan Umno selama 25 tahun, dan timbalan ketua, 9 tahun. Beliau menubuhkan Umno cawangan Kg Mohd Noor pada 1974. Dilantik ketua kampung daripada tahun 2004-2009.

Saya perhatikan mereka dua beranak begitu menghormati Aminolhuda, seolah-olah sudah kenal lama. Sebelum pulang, saya hadiahkan buku Detik Utopia buat mereka, di samping memberi jaminan untuk sama-sama menyokong bantahan penduduk.

Pagi Ahad, hari pertama Tahun Baru Cina, dari JB, kami bertolak ke Kulai, bilik gerakan PRU13 Dun Bukit Permai. Mazlan Aliman, Yang Dipertua PAS kawasan, Hisham Zin dan hampir 20 petugas parti sedia untuk bersarapan sekali.

Tidak boleh menunggu lama, walaupun teruja untuk menyelami pengalaman aktivis akar umbi, kami memburu masa ke Pengerang, ditemani Mazlan.

Lokasi paling selatan di timur Johor itu memang mendamaikan terutama dalam keadaan hujan renyai. Pekan Sungai Rengit memikat hati saya, apatah lagi apabila menyusuri jalan pantai ke Tanjung Pengelih. Pemandangan cukup cantik.

Apa pun saya tidak dapat melupakan hati budi dan keramahan Bendahari Gabungan NGO Pengerang (GNP), Chua Peng San atau lebih popular dengan panggilan Ah Chai.

Dari tengahari ke malam, pada hari raya Cina -- dan beberapa tetamunya terpaksa pulang hampa -- dia mengiringi kami ke tempat strategi, dari kubu tentera Jepun ke perkuburan Islam yang dipindahkan, meninjau jirat Cina yang masih dapat dipertahankan, melihat keunikan hubungan muhibbah di antara penduduk Melayu dan Tionghua yang bukan saja berjiran tetapi saling menumpang tanah.

Cukup serasi sekali hubungan anak gadis lulusan UTM, Anis Afida Azli, yang juga Pengerusi GNP, yang dianggap seperti anak angkat keluarga Ah Chai.

Saya akan merakamkan pengalaman seharian bersama Ah Chai dan Anis di bumi Pengerang yang kini menangis, dalam keluaran Harakah akan datang.

Sumber
 

Tiada ulasan: