Ahad, 17 Februari 2013

ORANG LAIN KAHWIN...KITA KATA MUSNAH...BIARLAH...TU RUMAH TANGGA MEREKA...KENYATAAN BEGINI MACAM DENGKI SERTA MACAM TAKUT KALAH....SERONOK PULA MENYOKONG ORANG YANG NAK REBAH

Tunku Aziz: Kerjasama PAS, DAP umpama 'perkahwinan yang musnah'

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan kerjasama antara PAS dan DAP umpama 'sebuah perkahwinan yang gagal' dan hanya sebuah hubungan untuk mencapai cita-cita politik.
  
"Hubungan mereka benar-benar tidak berdaya maju tetapi kerana pilihan raya, mereka main wayang kulit sahaja yang kononnya DAP dan Pas boleh bekerjasama," katanya kepada pemberita pada pelancaran Gerakan Aktivis Sahabat Sayangi Malaysia di Sepang semalam.
  
NONEBeliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang mendakwa hubungan kedua-dua parti pembangkang masih utuh.
  
Tunku Abdul Aziz berkata jika benar utuh, mengapa sering ada masalah dan isu seperti hudud, serta siapa akan menjadi perdana menteri yang acapkali menjadi pertelagahan kedua-dua parti.
  
"Politik yang dimain mereka amat bahaya, jadi rakyat perlu fikir dengan betul-betul untuk menyerahkan kerajaan kepada orang seperti mereka," katanya.

Justeru, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menang pilihan raya akan datang kerana politik BN adalah politik menyatukan bukan memecahbelahkan rakyat.
  
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bekerja keras dan bukan sekadar mendengar keluhan rakyat, malah melaksanakannya," katanya.

- Bernama
Tunku Aziz dakwa Pas-DAP main wayang kulit

16 Februari 2013
SEPANG - Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan kerjasama antara Pas dan DAP umpama 'sebuah perkahwinan yang gagal' dan hanya sebuah hubungan untuk mencapai cita-cita politik.

"Hubungan mereka benar-benar tidak berdaya maju tetapi kerana pilihan raya, mereka main wayang kulit sahaja yang kononnya DAP dan Pas boleh bekerjasama," katanya kepada pemberita pada pelancaran Gerakan Aktivis Sahabat Sayangi Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata, demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang mendakwa hubungan kedua-dua parti pembangkang masih utuh.

Tunku Abdul Aziz berkata, jika benar utuh, mengapa sering ada masalah dan isu seperti hudud, serta siapa akan menjadi Perdana Menteri yang acapkali menjadi pertelagahan kedua-dua parti.

"Politik yang dimain mereka amat bahaya, jadi rakyat perlu fikir dengan betul-betul untuk menyerahkan kerajaan kepada orang seperti mereka," katanya.

Justeru, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menang pada pilihan raya akan datang kerana politik BN adalah politik menyatukan bukan memecahbelahkan rakyat.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bekerja keras dan bukan sekadar mendengar keluhan rakyat, malah melaksanakannya," katanya. - Bernama
Bob Lokman sah tidak bertanding
Wartawan Sinar Harian
16 Februari 2013
bob lokman
$entry.content.caption.value
KOTA BHARU - Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang kini penceramah agama dan politik Pas mengesahkan beliau tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkata, wakil Pas pernah menawarkan beliau untuk menjadi calon di kawasan Subang, Selangor akhir tahun lalu, namun tawaran itu terpaksa ditolak atas sebab kesihatan.

“Saya mengalami sakit jantung sejak tujuh tahun lalu. Biarpun berminat dalam bidang politik, saya menolak tawaran Pas sebab saya tidak bertenaga, jadi wakil rakyat perlu kuat dan bertenaga untuk bekerja siang dan malam.

“Kalau dikira dalam bidang politik, jika untuk bantu orang, saya memang berminat. Walaupun tidak bertanding, saya kini giat membantu parti dengan memberi ceramah kepada orang ramai bergantung kepada jemputan penganjur,” katanya semalam.

Bob Lokman sememangnya dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas 19 Februari 2011 di Kedah lalu memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu termasuk Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.

Beliau berkata, ceramah disertainya bagi  memudahkan orang ramai berfikir untuk menentukan parti terbaik yang perlu dipilih pada PRU13 nanti.

“Dalam semua parti, perjuangan Pas mempunyai jalan yang paling panjang kerana kalau kita mendengar ceramah Pas, ia berkisarkan tentang dunia dan akhirat.

“Berlainan pula dengan parti lain yang berceramah hanya cenderung kepada dunia sahaja termasuk hal ekonomi,” katanya.

Kata beliau, selagi Islam tidak menang, ini bermakna Pas belum menang secara keseluruhan, sebaliknya jika Islam diterima oleh semua orang, ia membawa Pas berada di atas.

Ditanya mengenai rakan artis iaitu penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin, 48, yang dikhabarkan menjadi calon pada PRU13 nanti, beliau berkata, khabar angin itu diterima secara positif.

“Beliau layak bertanding kerana mempunyai personaliti menarik. Lagipun beliau (Aishah) memang belajar dalam bidang Sains Politik sebelum ini,” katanya.
Orang lama tidak terpilih jadi calon tidak boleh kecil hati - Isa Samad

16 Februari 2013
Empat peneroka dapat kebenaran cabar status Mohd Isa
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
SHAH ALAM - Wakil rakyat veteran atau yang telah lama berkhidmat tidak seharusnya berkecil hati sekiranya tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Katanya mereka yang tidak terpilih wajar menerima dengan hati terbuka dan bersedia memberi peluang kepada pemimpin pelapis untuk memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno terus relevan.

"Orang macam saya kalau tidak terpilih tidak boleh kecil hati kerana sudah bertanding berkali-kali," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program televisyen Sentuhan Ikon terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Felda berkata mereka yang tidak terpilih juga perlu terus memberi sokongan kepada calon yang dipilih iaitu turut turun berkempen di seluruh negara.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding, Mohd Isa berkata: "Kalau tidak terpilih kita turun bantu jentera parti berkempen, sebab zaman saya dulu bertanding orang lain juga turun bantu kita."

Mengulas mengenai dakwaan kumpulan pelajar dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dihalang ketika mahu memasuki kawasan Felda di Pahang baru-baru ini, Mohd Isa berkata pihak berkenaan perlu berfikir mengapa mereka tidak diterima masyarakat setempat.

"Kalau orang tidak bagi masuk, kenapa mahu masuk juga. Macam orang tidak beri kita masuk rumah, mengapa kita perlu masuk. Masyarakat tidak terima kerana mereka hidup aman damai kenapa perlu masuk untuk pecah belahkan dan kacau harmoni," katanya.

Terdahulu, Mohd Isa turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara RTM, Felda dan syarikat produksi Marhaen Production yang terbabit dalam rancangan Sentuhan Ikon itu.

Sentuhan Ikon, yang ditaja oleh Felda, ialah rancangan realiti televisyen membabitkan 18 kumpulan muzik amatur yang bertanding dan dibimbing di bawah tiga ikon kumpulan muzik tersohor negara iaitu Lefthanded, Alleycats dan May. - Bernama
Hishammuddin: ROS boleh mula siasat DAP

16 Februari 2013
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
PUTRAJAYA - Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh memulakan siasatan terhadap DAP apabila parti itu gagal mengemukakan laporan kepada badan itu sehingga semalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata parti itu sepatutnya menyerahkan laporan tersebut dalam tempoh 60 hari selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) 12 Disember lepas, namun didapati tidak berbuat demikian sehingga tempoh berkenaan berakhir semalam.
"Ini tidak ada bezanya dengan Umno yang dahulu diharamkan, jadi kita akan ikut undang-undang sedia ada.
"Kita tunggu tempoh ia berlalu, semalam dah sampai masanya. ROS akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program Jelajah Anak Malaysia di Stadium Mini Pancarona hari ini.
Hishammuddin berkata isu yang boleh disiasat termasuk berkaitan kesahihan jawatan tertentu dalam parti serta proses pemilihan pemimpin. - Bernama
Orang terkaya Malaysia: 31 bilionair, Syed Mokhtar kekal tangga ke-5

16 Februari 2013
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Ananda Krishnan
Ananda Krishnan
Robert Kuok
Robert Kuok
KUALA LUMPUR - Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88 peratus daripada RM45.7 bilion tahun lepas, diikuti oleh ahli perniagaan Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.

Ananda, yang menduduki tempat kedua sejak 2004, telah mengalami penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun lepas, dengan aset yang dipegang melalui Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM32.90 bilion setakat tarikh pengiraan pada 18 Januari, 2013.

Teh, mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan aset bernilai RM13.73 bilion, demikian menurut Malaysian Business, majalah perniagaan perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari.

Ia berkata kekayaan tergabung 40 individu terkaya Malaysia itu meningkat sedikit tahun ini meskipun dalam keadaan pasaran modal yang turun naik dan tidak menentu.

Secara kolektif, 40 orang terkaya Malaysia itu bernilai RM194.86 bilion pada 18 Januari. Ini merupakan peningkatan kecil sebanyak 0.86 peratus berbanding RM193.2 bilion setahun lalu.

Semasa Malaysian Business mula-mula menilai kekayaan 40 individu terkaya Malaysia pada 2002, aset tergabung mereka berjumlah RM41.7 bilion dan Robert Kuok Hock Nien muncul pada kedudukan teratas.

Majalah itu berkata keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan, yang melonjak daripada kedudukan keenam tahun lepas, menggantikan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group, yang turun ke tempat keenam.

Kekayaan Quek, melalui syarikat utamanya, Hong Leong Group dan Guoco Group, bernilai RM11.09 bilion tahun ini.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukan kelimanya tahun ini dengan kekayaan berjumlah RM10.60 bilion, meningkat daripada RM9.53 bilion tahun lepas.

Tan Sri Lee Shin Cheng, melalui syarikatnya, IOI Group, turun dari kedudukan keempat pada 2012 ke tempat keenam dengan aset bernilai RM10.56 bilion.

Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay, dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan. Kekayaan Lim bertambah 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion manakala Lee menambah kekayaannya
sebanyak 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion.

Tan Sri Tiong Hiew King, melalui jenteranya, Rimbunan Hijau Sdn Bhd, berada di tempat kesembilan tahun ini dengan aset bernilai RM6.35 bilion, susut 1.01 peratus daripada kekayaannya tahun lepas.

Melengkapi senarai 10 terkaya ialah jutawan harta yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng, melalui Hotel Properties Ltd, dengan kekayaan berjumlah RM4.02 bilion, setelah mengalami penyusutan sebanyak 18.36 peratus daripada tahun lepas.

Malaysian Business berkata satu hakikat menarik ialah sejak 2002, seramai 81 tikun telah menyertai senarai 40 Orang Terkaya Malaysia dan daripada jumlah itu, 15 berjaya terus kekal dalam senarai.

Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan hartawan-hartawan ini boleh dikaitkan dengan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan sebahagian besar kekayaan mereka adalah berdasarkan pegangan saham masing-masing.

Ia juga mencerminkan prestasi syarikat mereka dan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia dalam 12 tahun lalu.

Bagi tahun ini, ada 31 bilionair – bertambah seorang lagi sejak tahun lepas - dan 23 daripada 40 orang dalam senarai itu menyaksikan aset mereka meningkat daripada tahun lepas. Daripada seramai ini, 14 mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.

Senarai itu juga mencatat tiga pendatang baharu. Datuk Desmond Lim dari Pavilion REIT muncul kali pertama dalam senarai itu pada tempat ke-15, dengan kekayaan bernilai RM1.869 bilion. Dua lagi, Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Motors Holding dan Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group, memasuki semula senarai itu, masing-masing pada tempat ke-37 dan ke-40.

Senarai penuh 40 tikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu. Ia juga memaparkan senarai 10 tikun terkaya dalam Pasaran ACE.

Seperti pada tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat-syarikat tersenarai pada 18 Januari.

Malaysian Business diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd. - Bernama
Najib sifat pembangkang umpama 'air dan minyak'

12 Februari 2013
KULAIJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan pemimpin  tertinggi Pas, DAP dan PKR seperti 'air dan minyak' yang tidak boleh bersatu untuk memimpin negara ini.

Menurut Perdana Menteri, pemimpin pembangkang mempunyai pandangan, ideologi perjuangan dan agenda politik yang amat berlainan, sehingga menyukarkan mereka untuk bekerjasama antara satu sama lain.
"DAP dengan Karpal Singh, Lim Kit Siang manakala Pas dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka ini seperti 'air dan minyak' yang mustahil untuk disatukan.
"Pada masa yang sama, di mana pulak mereka hendak selitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (di antara pemimpin pembangkang). Kesemua mereka amat berlainan daripada segala segi," katanya hari ini.
Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian di hadapan lebih 10,000 yang menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Johor di sini.

Berlainan dengan pemimpin pembangkang yang disifatkan seperti '"air dan minyak', BN yang mengamalkan konsep perkongsian kuasa di antara parti-parti komponennya telah memegang tampuk pemerintahan negara ini sejak ia merdeka, katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri turut meminta rakyat Johor supaya menolak kedatangan Menteri Besar Selangor Datuk Khalid Ibrahim ke negeri itu hari ini dan tidak terpengaruh dengan janji-janji pemimpin PKR itu.
Khalid sama seperti pemimpin PKR dan pembangkang yang lain katanya, merupakan 'penjual-penjual janji' yang tidak berminat untuk menunaikannya, walaupun janji itu terkandung di dalam manifesto parti mereka.
"Mereka (pembangkang) kata janji-janji yang terkandung di dalam manifesto parti mereka itu bukanlah suatu janji dan ia tidak perlu ditunaikan. Jikalau Khalid (Ibrahim) datang ke sini (Johor), suruh dia balik," katanya.
Semenjak 2008, kata Najib, rakyat Selangor masih menunggu pelaksanaan pelbagai janji kosong oleh kerajaan negeri Selangor, termasuk melibatkan janji bekalan air percuma, bantuan untuk ibu tunggal, warga emas dan lain-lain lagi.
"Nilai bagi sesebuah kerajaan itu adalah pada pelaksanaan janjinya kepada rakyat. Itulah yang dilakukan oleh Barisan Nasional, apa sahaja yang dijanjikan oleh kita, kita akan menunaikannya," katanya.
Najib berkata BN berjanji akan menunaikan apa sahaja yang dijanjikan oleh BN kepada rakyat di dalam manifesto pilihan raya umum nanti.
Kerajaan BN berusaha membantu rakyat dan ia dibuktikan dengan penyediaan pelbagai barangan dan perkhidmatan di bawah konsep 1Malaysia, bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, katanya.
Beliau berkata dalam dalam tempoh yang singkat, sebanyak 139 barangan dan perkhidmatan di bawah 1Malaysia telah berjaya diwujudkan untuk kemudahan rakyat.
"Berlainan dengan pembangkang, mereka hanya tahu menganjurkan demonstrasi jalanan dan menterbalikkan kereta polis. Mereka (pembangkang) dengan Bersih 1.0, Bersih 2.0, tetapi kita dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 1.0, 2.0 dan seterusnya BR1M 3.0 untuk membantu rakyat," kata Najib. - Bernama
Pakatan dirangsang desas-desus keretakan Umno Perak

Kes tiga menteri pusat menyuarakan sokongan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dilihat sebagai "satu tabir" untuk menyembunyikan keretakan dalam Umno Perak, dakwa pengarah pilihan raya PAS Perak,  Asmuni Awi.

Katanya, terdapat cakap-cakap di peringkat akar umbi sejak beberapa bulan kebelakangan ini bahawa Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga menteri pertahanan, dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

NONE"Dakwaan ini timbul setiap hari bukan sahaja di kalangan
pembangkang tetapi juga dalam BN dan Umno," katanya sambil menambah bahawa jaminan Ahmad Zahid itu hanya sebagai tabir ketika rasa tidak puas hati terhadap Zambry menjadi bahan percakapan dan kemungkinan beliau digantikan.

Walaupun apa pun, tambah Asmuni (kiri), PAS Perak serta Pakatan Rakyat bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja yang akan menjadi calon menteri besar BN.

Ditanya sama ada beliau ada mendengar kerusi yang dikatakan akan ditandingi Ahmad Husni jika beliau akan menjadi menteri besar, Asmuni berkata, terdapat khabar angin bahawa menteri kewangan kedua, yang juga ketua Umno bahagian Tambun itu, mungkin bertanding di Ulu Kinta, manakala Ahmad Zahid pula di Hutan Melintang.

NONEKhabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan Zambry (kanan) berpindah ke kerusi Parlimen, dan Ahmad Husni atau Ahmad Zahid mungkin menggantikannya sebagai menteri besar.

Zambry dikatakan menjadi calon pilihan Ahmad Zahid sebagai menteri besar semasa krisis perlembagaan Perak empat tahun lalu, manakala Ahmad Husni dilihat sebagai orang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Khamis lalu, beberapa akhbar melaporkan Ahmad Zahid menyatakan bahawa tiga menteri - semua dari Perak - mahu Zambry kekal sebagai menteri besar Perak.
Selain Ahmad Zahid, dua lagi menteri ialah Ahmad Husni adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

'Umno Perak bersatu sokong Zambry'


Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Larut, Mohamad Anuar Ariffin menolak desas-desus tentang wujudnya keretakan dalam Umno negeri itu, tetapi sebaliknya menegaskan bahawa parti itu bersatu menyokong Zambry.

husni eon bank function 120310 ahmad husni"Saya juga ada mendengar pihak pembangkang mendakwa pada masa lalu terdapat perselisihan di antara Zambry dan
Ahmad Husni (kiri).  Ini tidak benar sama sekali kerana dalam mesyuarat kedua-duanya sangat mesra dan hubungan mereka baik," kata Mohamad Anuar, yang juga ahli Jawatankuasa Perhubungan Umno Perak, kepada Malaysiakini.Ahmad Husni (kiri) adalah timbalan pengerusi Umno Perak, yang dipengerusikan oleh Zambry.

Mohamad Anuar menganggap cakap-cakap tersebut sebagai propaganda pembangkang semata-mata.

"Dakwaan ini dibuat oleh orang luar dan pembangkang. Bagaimanapun dalam Umno, kita bersatu menyokong Zambry," katanya sambil menambah Zambry selaku menteri besar telah banyak berusaha untukmemenangi rakyat semula sokongan rakyat kepada Umno dan BN.

katanya, sokongan yang disuarakan oleh Ahmad Zahid itu, yang mewakili tiga lagi menteri,  telah mencerus spekulasi tersebut.
Dr M: Yang penting ialah kemenangan

Tun Dr Mahathir Mohamad masih cergas dan terus bekerja walaupun sudah hampir 10 tahun bersara daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia.
  
Pada usia hampir menjangkau 88 tahun pada 10 Julai ini, beliau masih ke pejabat pada setiap hari bekerja manakala pada hujung minggu, menyampaikan ucapan apabila menerima jemputan.
  
Selain itu, beliau turut menulis di dalam blognya, CheDet, dan menyumbang artikel kepada akhbar The News Straits Times dan Utusan Malaysia.
  
Dalam temubual dengan wartawan Bernama, Abdul Aziz Harun, Massita Ahmad, Zairulliati Mali dan Prem Kumar Panjamorthy di pejabatnya di sini baru-baru ini, Dr Mahathir berkongsi pandangan dan harapan beliau mengenai pentingnya perpaduan kaum di Malaysia, pilihan raya umum akan datang serta soal ekonomi.     
  
Berikut petikan temu bual tersebut:  
  
Soalan: Tun nampak sihat. Bagaimana Tun meneruskan kehidupan ini sebab selepas 10 tahun bersara, Tun nampak masih aktif?
  
Tun M: Umumnya saya masih boleh bergerak, boleh bercakap, boleh main kuda pun, tapi memanglah bila dah tua adalah masa-masa sikit sebanyak, penyakit, batuk penat, itu semua biasa saja. Tapi tentang nak buat kerja saya buat kerja macam biasa. Saya datang pejabat tiap-tiap hari bekerja bahkan hujung minggu pun saya dijemput untuk bersyarah jadi saya kerja sepenuh masa. Alhamdulillah saya masih boleh.
  
Soalan: Ada sesetengah orang bila bersara, mereka bersara terus tapi Tun masih aktif, adakah Tun ada sasaran yang nak dicapai?
  
Tun M: Dulu masa saya jadi doktor saya nasihat sesiapa yang bersara supaya terus aktif kerana kalau kita bersara, lepas tu kita tak buat apa-apa kita akan dapat penyakit. Ini saya perhatikan, saya nampak, saya lihat. Ramai yang bila bersara dia tarik diri dari masyarakat dia tak boleh nak sihat. Sebab itu saya terima nasihat saya sendiri, iaitu bila bersara mesti terus aktif dan minat saya masih dalam bidang politik, sebab itu saya masih aktif dalam politik. Pasal saya nak jaga kesihatan saya dan saya masih berminat dengan politik yang berlaku dalam negara kita.
  
Soalan: Apa aktiviti Tun selain politik?
  
Tun M: Saya baca buku banyak, saya tulis itu ini, saya ada blog, saya tulis juga artikel untuk (The New) Straits Times, untuk Utusan Malaysia, dan saya dapat surat banyak dari luar negeri saya cuba jawab. Selain itu ramai yang datang berjumpa dengan saya dari dalam dan luar negeri dan setakat yang saya ada masa saya cubalah berjumpa dengan orang. Itulah aktiviti saya. Saya juga cuba bersenam sikit, buat 'treadmill', kadang-kadang angkat dumbel, naik kuda, berjalan, itu biasa sajalah.
  
Soalan: Dalam setiap pilihan raya, keadaan bagi parti bertanding adalah menentukan hidup atau mati". Dalam pilihan raya akan datang, adakah keadaan yang sama?
  
Tun M: Keadaan berbeza. Keretakan di kalangan masyarakat umumnya sudah jadi lebih mendalam. Di masa saya dulupun terdapat juga pembahagian terutamanya di kalangan orang Melayu kepada parti-parti yang berlainan tapi umumnya sokongan kepada Umno begitu kuat dan ramai yang lebih berminat untuk menyokong Umno daripada parti-parti lain. Apabila ada serpihan pun macam Tengku Razaleigh (Hamzah) menubuhkan parti Semangat 46 mereka tak dapat tarik banyak ahli Umno. Datuk Seri Anwar (Ibrahim) lebih berjaya sikit tapi masih lagi tak dapat
mengalahkan Umno. Sebab itu pada tahun 1999 kemenangan BN masih lagi tinggi walaupun ramai juga orang Melayu yang berpendapat bahawa Anwar telah dianiaya dan dengan itu mereka tak sokong tapi orang Cina sokong dengan cukup kuat, kita masih dapat dua pertiga.

Tapi selepas itu kita dapat pemerintahan tidak menumpu kepada keperluan rakyat, sebaliknya lebih utamakan memperkayakan diri dan sebagainya. Pemimpin juga begitu, pemimpin di semua peringkat pun masing-masing nak cari peluang daripada politik untuk nak isi poket. Dengan itu orang pun mula hilang kepercayaan. Hari ini kita dapati kepercayaan itu belum kembali sepenuhnya. Tapi (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ni cuba memulih semula dan sedikit sebanyak dia berjaya.
  
Soalan: Pengundi bawah umur 40 tahun adalah pengundi muda. Senario sebelum ini macam mana? Sebab ada yang kata 40 peratus daripada pengundi sekarang berumur bawah 40 tahun. Sebelum ini golongan muda macam mana sokongan dia pada kerajaan?
  
Tun M: Dulu golongan muda pun dia dapat melalui zaman dulu dan zaman sekarang. Umpamanya golongan muda dulu melalui zaman yang mana tidak banyak pembangunan di Malaysia bahkan kita dianggap sebagai negara membangun yang daif dan miskin. Dan mereka melihat perubahan yang berlaku dan mereka menghargai perubahan yang berlaku di zaman mereka. Sebaliknya pemuda sekarang ini mereka dilahirkan setelah negara sudah maju. Bagi mereka memanglah negara ini begini. Dia tidak pernah mengalami keadaan yang mana negara miskin, mereka tidak ada peluang bekerja, tak dapat peluang belajar, tak dapat peluang untuk menjadi ahli profesional. Dulu tiada. Sekarang ni ini dianggap sebagai perkara biasa. Dan bila kita anggap sesuatu sebagai perkara biasa kita tidak begitu menghargai. Kita menghargai bila kita dapat sesuatu yang kita tak pernah dapat.

Tapi mereka dilahir di zaman negara kita sudahpun maju dan bagi mereka ini memang keadaan biasa. Jadi dengan itu mereka tidak menghargai sebaliknya mereka terdedah dengan pengaruh-pengaruh dari Barat umpamanya berkenaan kebebasan dan macam-macam lagi dan mereka berpendapat mereka belum cukup bebas. Masih lagi tersekat dalam perkara itu dan ini. Mereka lihat di barat sana semuanya bebas, apa juga boleh lakukan, ini yang menyebabkan mereka berasa tidak puas hati lagi. Mereka nak kebebasan yang lebih lagi, yang bertambah dan sebagainya, dengan itu mereka ingin melihat perubahan berlaku. Bagi mereka perubahan akan datang hanya kalau parti lawan menang. Pasal parti lawan ini janji untuk membawa perubahan. Apa juga yang dikatakan oleh pihak BN umpamanya tidak berkesan. Walaupun benar dan nyata tapi tak berkesan kerana mereka taksub dengan kepercayaan bahawa
perubahan pemerintahan akan membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Sebab itu keadaan sekarang berbeza dari dulu.
  
Soalan: Pendekatan yang diguna pakai Datuk Seri Najib mungkin berbeza dari dulu untuk mendekati orang muda, adakah pendekatan itu nampak berjaya?
  
Tun M: Ada kejayaan tapi tak mencukupi kerana kedudukan parti sudah jadi begitu, dalam persepsi orang, kurang baik. Sebab itu susah untuk mendapat balik sokongan.
  
Soalan: Mungkin ada banyak yang perlu dilakukan oleh Datuk Seri Najib?
  
Tun M: Dia pun tak ada masa banyak dah, tak lama lagi nak ada pilihan raya, nak buat apa dah. Bila-bila masa, jadi nak kena turun, nak jumpa seberapa banyak rakyat apa semua, susah. Jadi, ada la masalah. Masing-masing akan keluarkan masalah baru dan untuk menangani masalah-masalah ini memerlukan masa, dan dia sekarang ni tak ada masa dah. Tapi saya pikir dia dah usaha secukup mungkin. Dia bekerja keras.
  
Soalan: Pengalaman Tun sendiri macam mana? Bila tiba pilihan raya, nampak banyak tuntutan daripada dalam parti sendiri dan dari luar BN. Mereka macam mengambil peluang ketibaan pilihan raya ini untuk membuat tuntutan?
  
Tun M: Masa saya dulu orang tak tahu bila pilihan raya nak ada, jadi dengan itu belum mereka buat tuntutan kita ada pilihan raya. Tapi bila kita tunggu sampai dah nak saat terakhir yang mana kita terpaksa bubar Parlimen, tidak ada elemen kejutan lagi. Jadi semakin dekat pilihan raya semakin banyaklah tuntutan.

Soalan: Tapi Datuk Seri Najib perlukan masa?
      
Tun M: Ya, saya percaya dia perlukan masa.
  
Soalan: Tuntutan agak drastik daripada bukan Melayu, macam mana Tun lihat dia boleh buat keseimbangan untuk memenuhi tuntutan dari dalam parti yang diterajui dan dari luar parti?
  
Tun M: Kita berada dalam keadaan serba salah. Tuntutan yang dibuat parti lawan menyentuh kedudukan orang Melayu umpamanya. Bila orang Melayu nak jawab, kalau tak pandai jawab, dia nampak seperti rasis. Dia terlalu utamakan bangsa daripada bangsa Malaysia jadi kita dapati orang Melayu tak dapat nak menjawab kerana takut dituduh. Dengan itu mereka cuma berasa marah. Mereka tak dapat lawan apa, mereka marah tapi itu tidak begitu berkesan. Inilah jadi masalah bagi orang Melayu dan masalah juga bagi kaum-kaum yang lain kerana kita lihat
sekarang ni perpecahan antara kaum lebih ketara daripada di zaman dulu.
  
Soalan: Mungkin ini program sentuhan hati yang perlu ditangani Datuk Seri Najib, perlu berusaha lebih ke arah perpaduan?
  
Tun M: Yalah kita ada 1Malaysia dan sebagainya tapi itu sebagai slogan. Kita harus dapat sambutan daripada semua kaum tapi saya perhatikan sambutan itu datang lebih daripada orang Melayu saja.
      
Soalan: Jadi masih banyak yang perlu dilakukan untuk bukan Melayu? Bila dilakukan banyak untuk bukan Melayu, tuntutan dalam parti pun memuncak?
  
Tun M: Saya fikir tuntutan daripada bukan Melayu dah banyak layanan dah bagi. Tapi bila mereka berpendapat mereka akan menjadi penentu dalam pilihan raya ni, akan mereka timbul lagi macam-macam tuntutan.
  
Soalan: Perpaduan dalam parti macam mana, sebab sebelum ini nampaknya kekalahan BN disebabkan dalam parti bukan kekuatan lawan?
  
Tun M: Saya ingat keadaaan reda sedikit. Kalau dulu memanglah kalau tak dapat jadi calon, akan menentukan calon yang dipilih akan kalah. Tapi nampak sekarang ini kurang sikit. Ada pengakuan mereka tidak akan cantas, mereka tidak akan sabotaj, tapi kita tunggulah sehingga pilihan raya nak tau sama ada betul mereka pegang kepada janji-janji mereka atau tidak.
Soalan: Nasihat Tun kepada mereka?
   
Tun M: Mereka harus ingat kalau amalan cantas-mencantas ini diteruskan kalau mereka jadi calon pun mereka akan kalah, akan dicantas juga. Yang penting bukan mereka menang, yang penting parti menang. Untuk parti menang maka calon-calon parti mestilah diberi kemenangan. Sama ada suka tak suka itu soal lain, pasal dia calon parti kita. Kalau kita tak bagi dia menang maka parti akan kalah. Parti akan kalah kedudukan kita tetap akan terancam.
       
Soalan: Mesej Tun kepada pengundi Cina?
   
Tun M: Selama kita Merdeka sejak tahun 1957, kerjasama antara Melayu-Cina-India MCA-Umno-MIC-Gerakan ini telah membawa banyak kemajuan bagi negara kita. Dia menyebabkan negara kita jadi stabil. Sebabnya ialah kerana ketiga-tiga kaum ini bersetuju untuk kongsi kuasa. Kerana kita berkongsi, bukan Umno ambil semua untuk Umno ataupun MCA ambil semua untuk dia, tapi kita sanggup kongsi. Kerana kita sanggup kongsi maka negara kita tidak memperlihatkan huru-hara, dan dengan itu negara kita dapat dimajukan. Kalau hari ini masing-masing kaum nak semua yang mereka tuntut, dan ini sudah tentu kaum-kaum yang lain akan berasa tidak puas hati, maka kestabilan negara akan tergugat dan kalau kestabilan negara tergugat kemajuan tidak akan tercapai, ekonomi tidak dapat tumbuh dan kita semua tidak akan dapat nikmat. Ini patut semua kaum faham terutama orang Cina yang berniaga. Mereka tak akan boleh berniaga dalam keadaan rusuhan kaum berlaku.
       
Soalan: Di Kedah macam mana peluang BN?
   
Tun M: Di Kedah dulu kita tak pernah kalah sehingga tahun 2008. Biasanya kita menang dua pertiga di Kedah. Tetapi timbul perasaan kecewa dan tidak puas hati di kalangan majoriti penduduk Kedah iaitu orang Melayu. Mereka kecewa dan mereka membuat keputusan untuk tidak menyokong BN. Mereka mengundi parti lawan walaupun kata mereka pedih, sakit nak undi parti lawan. Tapi saya dapati sekarang ini mereka sudah kembali percaya kepada BN dan saya yakin besar kemungkinan BN akan menang di Kedah.
   
Soalan: Timbul persoalan siapa MB Kedah nanti?
   
Tun M: Siapa MB itu tak penting. Yang penting ialah kemenangan. Kalau tak menang siapa pun tak boleh jadi MB. Kalau dok main cantas, kalah parti takdakla MB. Boleh jadi ketua pembangkang, sekarang ini kita ada ketua pembangkang di Kedah. Kalau nak dia kekal jadi ketua pembangkang, cantaslah.
   
Soalan: Timbalan Perdana Menteri Thailand dikatakan bertemu Tun di Langkawi untuk cari keamanan di selatan Thai. Adakah berlaku pertemuan itu?
   
Tun M: Saya ada berjumpa dengan Gabenor tapi saya tak bincang khusus berkenaan perkara ini. Sebaliknya kita dapati kerajaan mereka memang nak keamanan tercapai di selatan Thai tapi ia bukan mudah kerana orang-orang yang memberontak di selatan Thai ini berpecah. Kalaupun ada yang bersetuju supaya dihentikan rusuhan, ada pihak yang tak bersetuju. Jadi sementara orang ini mungkin tandatangan persetujuan, yang lain mungkin akan melakukan serangan bom dan sebagainya. Ini yang jadi masalah di selatan Thai. Kalau mereka ada satu badan saja yang berjuang dan keputusan dibuat oleh badan itu, kita dapat tamatkan rusuhan tapi setakat ini setakat yang saya tahu mereka berpecah kepada puak-puak dan kadang-kadang orang individu sendiri yang ambil tindakan.
   
Soalan: Tapi adakah wakil daripada pihak kerajaan Thailand datang jumpa Tun baru-baru ni?
   
Tun M: Adalah jugak.
   
Soalan: Jadi bolehkah Malaysia memainkan peranan seperti di Filipina, dengan menghimpunkan puak-puak yang ada kepada satu?
   
Tun M: Ini sebenarnya masalah dalam negeri Thai, jadi kita tak boleh langsung aktif. Namun demikian ada orang-orang ini yang kadang-kadang menyeberang masuk Malaysia. Jadi kita mungkin boleh cuba pujuk mereka supaya menamatkan perjuangan yang tak mungkin selesai ini kerana tak mungkin mereka dapat kebebasan. Itu yang patut mereka terima. Kalau mereka nak hantuk kepala di dinding sampai pecah kepala tak ada apa nak dapat. Jadi kita kena terima realisme, benda yang benar.
Soalan: Untuk menjadi sebuah negara maju pada 2020, kita perlu mencapai KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) purata enam peratus setahun. Namun pada tahun lepas dan pada tahun ini, dijangka KDNK akan berkembang sekitar empat hingga lima peratus sahaja. Adakah ini akan menjejaskan sasaran menjadi negara maju itu?
   
Tun M: Kalau kita tidak capai enam peratus tiap tahun dari segi angka mungkin kita tidak capailah. Tapi kita berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan negara maju adalah dalam acuan kita sendiri. Yang penting rakyat dapat kemudahan-kemudhaan infrastruktur tidak terhad kepada bandar-bandar sahaja tetapi di kawasan luar bandar juga. Kalau kita ambil kira sekarang ini di Kuala Lumpur sudah pun sampai ke tahap negara maju tetapi kita perlu tumpu kepada kawasan-kawasan yang terpencil.
   
Soalan: Adakah kadar nisbah hutang kepada KDNK pada tahap 53 peratus dianggap masih “sihat”?
   
Tun M: Saya ingat masih lagi sihat. Pendapatan kita masih meningkat. Dagangan kita masih positif. Jadi walaupun kita kira 50 peratus kita harus ingat negara seperti Greece umpamanya hutang dia lebih dari 100 peratus. Dia tidak mungkin bayar. Kita masih boleh bayar. Kita masih boleh bayar dan sekarang ini kita nampak pelaburan keuntungan tinggi. Dulu masa saya dulu Maybank untung RM300 juta kita anggap besar. Sekarang Maybank untung RM6 bilion.
   
Soalan: Adakah dagangan kita masih bergantung kepada Barat.
   
Tun M: Kita tidak lagi bergantung kepada Barat. Barat sudah merosot. Eksport kita ke Barat pun tidak boleh meningkat dan Barat juga tidak mampu untuk melabur sekarang ini. Kita lihat pelaburan datang dari Timur dan dagangan kita dengan Timur pun meningkat. Dagangan kita dengan negara China umpamanya sudah baik cukup tinggi. Dagangan kita dengan Asean juga meningkat. Jadi kita tidak perlu nilai kemajuan ekonomi negara kita berasas kepada Barat. Sebaliknya kita ambil keseluruhan dunia dan daripada segi keseluruhan dunia kita dapati bahawa eksport kita masih meningkat, lebihan kita masih meningkat. BNM (Bank Negara Malaysia) mempunyai simpanan sebanyak US$42 bilion...dulu masa saya US$30 bilion sahaja.
Simpanan kita memang besar...simpanan kita tinggi...umpamanya di Tabung Haji. Kita ada simpanan dalam PNB (Permodalan Nasional Bhd)...simpanan macam-macam. Lagi badan termasuk juga macam Felda. Ini simpanan cukup besar. Kita ada simpanan yang cukup besar...cukup tinggi.
   
Soalan: Tun pernah mengatakan negara akan muflis jika kenaikan gaji tidak seiring dengan produktiviti. Kerajaan hari ini telah menaikkan gaji penjawat awam dan menekankan tentang KPI (Petunjuk Prestasi Utama). Adakah Tun masih berpegang kepada kenyataan Tun sebelum ini?
   
Tun M: Saya masih berpendapat kenaikan gaji mesti disertai dengan produktiviti kalau tidak kita punya kos tinggi. Kita tidak lagi kompetitif dalam pasaran dunia. Sebaliknya negara kita adalah negara dagang yang kemajuannya bergantung kepada dagangan. Kalau kita tidak bersaing dengan negara-negara lain maka sudah tentu prestasi ekonomi kita akan merosot sebab itu amat penting kenaikan gaji diimbangi dengan kenaikan produktiviti. Juga kita perlu ingat bahawa bila kita naik gaji kosnya cukup tinggi kerana... umpamanya kita ada gaji minimum. Gaji minimum ini kita nak tentukan kita kena kaji dengan cukup mendalam pasal bila kita naik satu orang... katakanlah gaji dia RM700 kita naik RM900...orang yang mendapat RM900 sekarang ini dia tengok orang di bawah naik gaji sama dengan dia... dia tidak puas hati... dia nak naik juga. Bila dia naik orang lain di atas dia pula berasa tidak puas hati. Sampai ke atas sekali. Bermakna bukan naik RM200 saja...ini naik berjuta-juta kerana seluruh skim gaji perlu disesuaikan dengan kenaikan gaji minimum.
Soalan: Dalam Proton, Tun pernah berkata bahawa Proton tidak akan mengeluarkan kereta murah lagi, jadi adakah ini bermakna harga kereta itu akan naik atau ia datang bersama kualiti?

Tun M: Ia akan naik, tetapi di samping itu, kualiti kereta itu akan ditingkatkan, seumpamanya Preve yang baru kita lancar ini, dia dilancar pada masa ia belum sedia dilancar, dengan itu, kereta 1,000 pertama yang dilancar itu mempunyai banyak masalah, tetapi pengurusan Proton sekarang ini sudah mengenal pasti masalah ini dan betulkan, jadi ia adalah satu kereta yang
mempunyai teknologi tinggi yang lebih kurang sama dengan kereta-kereta yang lain. Jadi saya harap gambaran pertama berkenaan dengan Preve ini dapat dihapuskan, dan mereka akan menggunakan Preve ini kerana fungsinya cukup baik dan tidak seperti masa ia dilancarkan.
   
Soalan: Pada masa ini Tun adakah Proton akan kembali dibanggakan kerana sekarang ini jenama-jenama seperti Toyota, Honda telah mengambil alih TIV?
   
Tun M: Saya mendapati bahawa kita sahaja amalkan dagangan terbuka ini, kita buka negara kita kepada import tambahan, dengan itu kereta dari negara asing masuk, mereka dikeluarkan oleh syarikat-syarikat gergasi yang mana overhed mereka sudah pun dihapuskan, ia dah pulih semua, jadi dia boleh jual dengan harga murah di sini kerana pasal dia dah dapat balik dah pelaburan dia, melunaskan sepenuhnya pasal dia keluar katalah satu satu unit, dia keluar satu juta biji, dijualnya di negara lain apa semua lebih daripada 900,000 kereta dan di Malaysia dia jual 50,000, ini dia kurangkan separuh harga pun dia masih untung, tapi Proton tak boleh buat macam itu kerana kita keluar 150 biji kereta, bermacam-macam model, kita punya kos overhed sangat tinggi, kalau kita disuruh bersaing dengan pengeluar kereta daripada negara maju, sudah tentu kita tak mampu, sebab sekarang jualan Proton dia turun dari 80 peratus kepada 26 peratus dan kita dapati orang Malaysia sendiri tidak percaya kepada Proton, kalau harga murah pun mereka tak beli juga, kalau kualiti baik pun mereka tak beli pasal
masing-masing nak beli kereta import sebab ada jenama import dengan dia punya reputasi dia lebih baik lah, tapi kalau kita nak bagi maju kalau pasaran sendiri tak menolong kita, mustahil kita boleh dapat bantuan daripada pasaran lain.
   
Soalan: Jadi adakah ini bermakna bahawa Proton harus fokus kepada pasaran eksport?

Tun M: Ya, kita mesti, dan akan pergi ke pasaran eksport, ini memang rancangan kita, pasal pasaran domestik ini kecil, kalau kita nak keluar kata lah 500,000 setahun, kita mesti pasaran eksport, tetapi di masa yang sama kita punya pasaran domestik mestilah menerima kita kalau kita buka negara kita kepada import begitu banyak, walaupun Proton mengeluarkan kereta yang berkualiti dan harganya murah, tetapi kereta asing ini dia jual banyak mana pun, dia boleh turun harga RM10,000, Proton tak mampu, kerana dia untung di tempat lain, dia nak bagi turun harga di sini supaya dia dapat menembusi pasaran, itu mudah bagi dia.

Soalan: Dan bagaimana pula dengan inisiatif hijau?
   
Tun M: Yang inisiatif hijau sebenarnya kita banyak bercakap mengenai inisiatif hijau, kebanyakan orang tak sedar. Sebenarnya semua jenis kereta gagal. Yang membuat kereta elektrik dari negara-negara maju, semuanya gagal, semuanya tak boleh capai sasaran yang ditentukan, jadi kita sedang berusaha, tapi kita juga tak capai, demikian juga dengan apa nama hibrid. Hibrid pun belum maju dan kos bateri kadang-kadang begitu tinggi sehingga satu jenama itu, kos kereta itu empat kali ganda kereta besar itu yang pakai elektrik, empat kali ganda... siapa nak beli? Sebab itu sehingga sekarang walaupun ada subsidi kerajaan masih tak laku, yang ini kebanyakan daripada wartawan Malaysia pun tak tahu, tetapi sepatutnya buat kajian tengok apa jadi kepada syarikat-syarikat yang mengeluarkan kereta elektrik seumpamanya dia boleh jual. Apa dia punya harga pasal kos bateri sangat tinggi? Satu bateri RM1,000, kalau kita pakai 24
bateri RM24,000, itu kos bateri sahaja, kadang-kadang lebih daripada itu. Jadi soalnya kalau kita nak hijau kita kena bayar, tapi siapa nak bayar, dia tengok oh ini pasal lebih baik bayar, ...ICE punya kah, injin 'internal combustane'.

Soalan: Tun pergi (lawat) LIMA (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi) tahun ni?
   
Tun M: Kena pergila...saya seronok tengok kapal terbang.
   
Soalan: Anda akan mencapai umur 88 tahun ini, dan biasanya bagi orang Cina angka 88 itu ong (bertuah). Jadi apa harapan Tun untuk tahun ini?
   
Tun M: Tak tahulah ong tak ong yang tau saya dah 88. Berapa lama lagi ada itu tak tahulah itu yang penting. Orang tua dia pi lah. Orang muda pun kadang-kadang pergi dulu tapi orang tua dia tetap tak boleh lari.
   
Soalan: Tun masih aktif. Dah 10 tahun bersara tak nampak menurun.
   
Tun M: Selagi kita sihat, boleh buat kerja, duduk melengung di rumah apa buat. 
   
Soalan: Pasal pilihan raya...macam mana dengan Pas?
   
Tun M: Dia boleh balik sertai dengan Umno tapi kena diperbetulkan. Macam dia panggil 3 juta ahli Umno ni kafir, murtad, takkan kita nak kerja dengan orang yang panggil kita murtad. Dia kena pegang kepada ajaran Islam. Itu bukan asas ajaran Islam. Dalam Islam kamu tak boleh kafir orang dengan mudah. Dalam Islam mesti adil, adil bermakna kamu kena hukum setelah mendengar semua bukti-bukti kata orang ini kafir. Ini dengan sewenang-wenangnya (Menteri Besar Kelantan Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) kata orang Umno semua kafir. Kita ada 3 juta orang Umno. Bolehkah dengan begitu saja kata orang kafir. Saya ni kafir? Sekarang ni ada buku keluar (bertajuk) Kafirkah Aku? Ini semua politik. Ini politik nak menang pilihan raya. Supaya pengikut dia anggap saya ni kafir. 
   
Soalan: Pengaruh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) macam mana?
   
Tun M: Anwar cuma nak jadi Perdana Menteri. Dia tak kira apa. Dia punya jiwa pun dia jual. Asal jadi Perdana Menteri ja. Dia buat (parti) Keadilan bukan pasal keadilan, pasal nak jadi Perdana Menteri. Kalau dia Perdana Menteri adillah tu. Macam mana pun takpalah.
   
Soalan: Tapi kenapa dalam Pakatan mereka tidak mencapai persetujuan siapa nak jadi Perdana Menteri?
   
Tun M: Dia bukan gabungan. Jangan lupa ini bukan satu gabungan. BN satu gabungan. Dia ada satu kepala. Kita duduk bersama dalam satu mesyuarat. Dia tak ada gabungan dia cuma pakat nak menang saja. Lepas tu bila nak jadi pemerintah, PAS cari belah sini, DAP belah sini, Keadilan dia jadi Perdana Menteri yang tu saja.
       
Soalan: Sokongan orang muda Tun nampak macam mana kepada Anwar atau bagaimana?
   
Tun M: Ada orang muda yang sedar. Tapi ada juga orang muda yang terpengaruh dengan barat umpamanya. Terlalu lama BN memerintah kita nak ubah itu saja. Pasal mereka dilahir setelah kita dah maju. Jadi dia tak tau keadaan sebelum maju jadi dia tak hargai. Dia dapat biasiswa, dia dapat pelajaran pun kerana kita. Tapi la ni orang Melayu diajar supaya jangan berterima kasih, jangan bersyukur. Terima duit RM500 tapi jangan undi, jangan kata terima kasih. Ini budaya Melayu yang baru. Jangan kata terima kasih.

- Bernama
Meteor besar terhempas di Rusia, 950 cedera

  • AFP
  • 9:33PM Feb 15 2013
MOSCOW: Sebuah meteor besar menjunam dan meletup di wilayah tengah Rusia hari ini dan mencetuskan gelombang kuat yang memecahkan tingkap dan mencederakan sekitar 950 orang dalam kejadian yang belum pernah berlaku di zaman moden ini.

Kejadian luar biasa itu mengakibatkan lalulintas terhenti di bandaraya Chelyabinsk apabila orang ramai yang terkejut, berhenti memandu untuk melihat meteor yang menyala bergerak melintasi ruang udara.

Para pakar berkata hentaman meteor sebesar itu yang dianggarkan seberat puluhan tan, amat jarang berlaku, begitu juga dengan jumlah mangsa di tempat kejadian.

Kementerian kecemasan pada awalnya menganggarkan lebih 500 orang cedera, 112 dimasukkan ke hospital.
Tingkap hancur dilanda gelombang tersebut di wilayah bandaraya itu, dengan pihak kementerian menganggarkan hampir 300 bangunan rosak termasuk, sekolah, hospital, sebuah kilang zink dan sebuah stadium hoki ais.

Dalam perkembangan terkini, gabenor wilayah tersebut, Mikhail Yurevich berkata angka kecederaan telah meningkat kepada sekitar 950 orang.
Mikhail yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti, berkata dua pertiga daripada mereka cedera ringan terkena pecahan kaca dan bahan-bahan lain.

Di bandaraya Chelyabinsk sahaja, 758 orang memerlukan bantuan perubatan.
AFP
Hadi: Pas tidak mahu 'dipatuk' Umno sekali lagi
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
3 Februari 2013
Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Dilihat teguh dengan pendirian bahawa Pakatan Rakyat adalah perikatan yang kukuh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan, Pas sama sekali tidak akan mengulangi jalinan kerjasama politiknya dengan Umno.

"Kita sudah bekerjasama sebelum ini dan kita telah dikhianati. Kita tidak akan adakan sebarang kerjasama politik lagi dengan Umno.

"Kita tidak akan dipatuk melalui satu lubang yang sama sekali lagi," tegas pemimpin utama parti itu ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas dekat sini hari ini.
Jelas Hadi, Pas sama sekali tidak akan mengkhianati janjinya kepada rakyat walaupun terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu termasuk Umno untuk memporak-perandakan Pas dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

"Bukan kita tak boleh bekerjasama. Dalam isu Palestin, kita boleh bekerjasama... Dalam isu politik tak boleh kerjasama," tegas Hadi lagi.
Bahkan ujarnya Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada pendirian bahawa penggabungannya bersama-sama PKR dan DAP adalah satu perikatan utuh untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang diimpikan rakyat.

"Mesej Pas, kita tidak akan berganjak. Kerjasama Pakatan Rakyat, Pas menerima dengan syarat apa yang ada dalam Perlembagaan, Islam agama Persekutuan, agama lain dilayan dengan adil, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, hak adil kepada semua kaum, ini suruhan Islam.

"Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa ibunda ada hak, bahasa asing boleh belajar, Raja mesti ikut Perlembagaan, ini kita terima," kata Hadi.

Pada majlis pada hari ini kira-kira 200 ahli baru Pas dari pelbagai latar belakang berkongsi impian dan harapan mereka dalam Pas khususnya dan Pakatan Rakyat amnya dalam menghadapi pilihan raya paling genting ini seterusnya membentuk kerajaan baru di Putrajaya.

Turut serta dalam majlis ini ialah ahli baru Pas daripada golongan akademik, profesional, agamawan, mahasiswa, artis dan ramai lagi.

Tiada ulasan: