Posted on Wednesday, February 20 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: senik
"Assalamualaikum,,..
Mahathir selepas merapu bertukar menjadi ngok! Dia makin berani mencabar ALLAH dengan pendapat akalnya yang sudah tidak waras! Mendakwa PAS tidak bolih melaksanakan hudud dengan adil, hujahnya, hudud hanya untuk orang Islam, orang bukan Islam tidak tertakluk kepada hudud, ini yang dikatakan tidak adil kerana hudud mesti dilaksanakan kepada semua tak kira Islam atau tidak.
Inilah sebab kenapa hudud PAS ditolak.
Kata Mahathir yang ngok, kita pegang kepada hudud ALLAH dan dalam quran berkali kali mengingatkan kita supaya jangan zalim. Otak hang, Mahathir. Selama 22 tahun memerintah, apakah Mahathir berpegang dengan hudud ALLAH? Apakah Mahathir berhukum dengan hukum ALLAH untuk semua? Bodoh, kerana dalam kes khalwat yang melibatkan orang Islam dan bukan Islampun, undang undang syariah yang ada sekarangpun tidak akan menuduh orang bukan Islam. Apakah ini adil pulak?
Mahathir juga begitu berani melawan suruhan ALLAH, dengan katanya kalau tiada saksi tidak bermakna tidak bolih didakwa, sebaliknya Islam membenarkan bukti bukti lain, contoh yang diberi Mahathir kalau seseorang dirogol tanpa saksi, tidak bermakna dia tidak dirogol. Jelas dan terang, Mahathir tidak tahu apa apa pasal hukum Islam, tidak tahu beza antara hudud dan takzil, tidak tahu beza antara hudud dan qisas, dan tidak tahu makna perintah ALLAH untuk melaksanakan hudud.
Mahathir bercakap macam seorang mekanik kereta yang berlagak sebagai doktor. Percakapan manusia yang bodoh sombong atau ngok. Seseorang yang tidak tahu berlagak tahu merupakan manusia yang bodoh sombong,bodoh tak bolih diajar, cerdik tidak boleh ditumpang.
Mahathir juga bercakap pasal adil dan zalim. Apakah dia tidak zalim ketika merampas wang royalti minyak milik rakyat Terengganu yang memberi hak kepada kerajaan PAS pada tahun 1999. Apakah dia tidak zalim ketika menuduh DSAI mencederakan dirinya sendiri walhal dia tahu siapa yang mencederakan DSAI?
Mahathir tidak layak bercakap pasal adil dan zalim. Mahathir cuma menyerlahkan kebodohannya sendiri. Ketika mengaku berpegang dengan hudud ALLAH, tidak ada satupun hukum hudud ALLAH yang cuba dilaksanakannya selama dia berkuasa sebaliknya menuduh hudud PAS sebagai tidak adil dan menolaknya, Mahathir mengakuinya sendiri.
Yang lebih parah, golongan yang mendengar pembohongan Mahathir, orang FELDA yang bermakna orang melayu. "
Mahathir: Pas tak mampu laksana hudud dengan adil
Posted on Tuesday, February 19 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: imamsurau
"KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan cara pelaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas tidak
mampu dilaksanakan dengan adil.
Beliau berkata, ini adalah kerana ia tidak mengikut tuntutan Islam berikutan tidak mengenakan hukuman yang sama bagi kesalahan yang sama bagi semua pihak.
"Secara terbuka dia (Pas) buat kenyataan kata orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena...kerana takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka.
"Bila hukum, hukumlah dengan adil. Yang ditekankan dalam al-Quran berkali-kali, adalah jangan kita zalim. Jadi bila hukum disebabkan kepentingan
politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah," katanya semasa berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata Malaysia selama ini cuba bersikap adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjatuhkan hukuman, dan tidak menuduh secara
membuta tuli.
"Kita pegang kepada hukum hudud Islam tetapi laksanakan secara adil supaya sesiapa saja yang buat jenayah yang sama, kita kena hukum yang sama. Tak boleh lain," katanya.
Beliau menegaskan, selain saksi, Islam juga membenarkan bukti-bukti lain dikemukakan untuk menyokong pertuduhan yang dibuat.
"Kalau tiada saksi yang cukup, adakah kita nak kata bahawa seseorang itu tak kena rogol? Padahal kita tahu apa terjadi pada dia. Tak boleh," tegasnya.
Mahathir berkata, atas sifat tidak adil yang diamalkan Pas itulah menyebabkan mereka dengan mudah melabel mana-mana pihak sebagai kafir tanpa bukti yang sewajarnya. - Bernama
sumber"
Manifesto Rakyat, kempen awal Pakatan tawan Putrajaya
Posted on Wednesday, February 20 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Norutul Ilham
PETALING JAYA 19 FEB: Manifesto Pakatan Rakyat yang bakal dilancar pada Konvensyen Pakatan 25 Februari ini dengan tema Pakatan Harapan Rakyat merupakan kempen awal menawan Putrajaya.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Pakatan lebih komited untuk membela rakyat berbanding Umno BN yang masih belum memperincikan manifesto untuk menghadapi pilihan raya.
Pelancaran Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat menandakan bermulanya kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
“Kami mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam Manifesto Rakyat.
“Pelancaran awal manifesto ini membuktikan juga komitmen Pakatan untuk memastikan kempen pilihan raya umum kali ini tertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa BN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Konvensyen keempat Pakatan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Isnin ini bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.
Menurut Rafizi, manifesto yang bakal dibentang pada konvensyen itu kemuncak gabungan dasar bersama Pakatan termasuk tawaran baru.
“Manifesto kita lebih mudah untuk rakyat faham, tidak seperti BN. Kita akan pastikan perkara ini tidak berlaku kepada Pakatan. Manifesto ini mengambil kira penyelidikan bukan sahaja kepada Umno BN, tetapi di seluruh negara,” jelas Rafizi.
“Manifesto adalah janji kita kepada rakyat. Kita yakin kandungan manifesto akan kita laksanakan. Termasuk perincian mengikut tahun kita tadbir seperti lima tahun pertama, 10 tahun dan seterusnya,” tambahnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang juga Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan turut menyeru rakyat memilih Pakatan pada PRU 13 kerana tawaran Pakatan memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat.
“Jika dulu, kenapa rakyat pilih Pakatan kerana tidak suka Umno BN…Tapi kali ini kita mahu pastikan rakyat pilih kerana tawaran menarik yang ditawarkan kepada mereka.
“Ia meliputi semua perincian bagi kesenangan mereka. Dasar Pakatan untuk membela rakyat,” katanya.
Hadir sama, Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad.
Sumber: keadilandaily.com
Hak Penduduk Asal Dicerobohi Tanpa Ada Kad Pengenalan
Posted on Wednesday, February 20 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Jofri Jaraiee
Berikan Hak Kerakyatan Kepada Penduduk Asal Sarawak
Baru-baru ini rombongan PAS, PKR dan DAP bersama-sama dengan penduduk asal Sarawak telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Miri menuntut agar mereka diberi taraf kerakyatan yang sah sebagai warganegara Malaysia.
Rombongan PAS diwakili oleh Robby Tandang Ketua Pemuda PAS Sibuti, bersama dengan Dr Teo dari PKR dan YB Alan Ling dari DAP. Mereka telah berjumpa dengan pegawai JPN Miri ingin tahu masalah sebenar yang dihadapi oleh pribumi yang tidak boleh mempunyai kad pengenalan / MyKad. Menurut para pegawai tersebut semua keputusan bergantung dengan Kementerian Dalam Negeri, kerana mereka yang berkuasa untuk menerima atau menolak sesuatu permohonan.
Sebelum ini kami juga menerima banyak aduan dari penduduk asal di kawasan parlimen Sibuti yang mereka tidak memiliki kad pengenalan dan juga tidak memiliki surat beranak. Mereka sudah banyak kali mengadu masalah ini kepada pihak JPN di Miri tetapi sehingga kini tiada jawaban yang diberi mengapa mereka masih belum lagi dapat memiliki Mykad. Mereka juga kesal dengan sikap pihak JPN yang tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara Malaysia sedangkan mereka adalah penduduk asal bukannya pendatang asing.
Menurut mereka pemohonan ditolak dengan alasan mereka tidak memiliki dokumen yang lengkap serta tiada surat beranak walaupun ada diantara mereka ini sudah mendapat pengesahan dari Tuai Rumah yang mereka adalah penduduk asal di kawasan tempat mereka tinggal.
Disebabkan mereka tidak mempunyai kad pengenalan, mereka terus terpinggir dan nasib mereka lebih teruk dari pendatang tanpa izin. Mereka tidak mendapat bantuan kebajikan, BR1M dan bantuan persekolahan. Anak-anak mereka tidak dapat bersekolah dan melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti akibat tiada kad pengenalan.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah
Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab dalam urusan mendaftar
setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan,
perkahwinan dan perceraian. Di samping itu JPN juga bertanggungjawab
dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan
dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang
layak.
Sepatutnya JPN yang bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran orang awam, turun padang berjumpa dengan rakyat tempatan yang masih belum memiliki kad pengenalan dan surat beranak terutama sekali penduduk tempatan yang tinggal jauh di pedalaman.
Ada beberapa sebab kenapa ramai penduduk asal Sarawak terlalu sukar untuk mendaftar dan memiliki surat beranak kerana faktor jalan penghubungan sukar ditembusi serta kos pengangkutan yang mahal terutama sekali yang tinggal jauh di pedalaman. Setelah sekian lama mereka menanti, mereka berharap pemohonan mereka untuk memiliki kad pengenalan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri demi masa depan mereka dan anak cucu mereka.
Kami mengesa agar pihak Kementerian Dalam Negeri yang berkuasa dalam memberi dan mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada penduduk asal Sarawak. Jangan biarkan penduduk asal Sarawak hak mereka diceroboh dan terus terpinggir dari arus pembangunan kerana mereka adalah penduduk asal yang sepatutnya diberi hak sebagai warganegara yang sah bukannya pendatang asing.
Kita mengesa agar pihak kerajaan jangan pilih bulu dalam mengatasi masalah rakyat ini. Kita harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Give the Citizenship Rights to the Origin inhabitants of Sarawak
Recently entourage of PAS, PKR and DAP together with the natives of Sarawak went to the National Registration Department (NRD) in Miri demanded that they be given legal status of citizenship as a citizen of Malaysia.
PAS delegation represented by Robby Tandang Sibuti PAS Youth chief, along with Dr Teo from PKR and DAP YB Alan Ling. They met with the Miri NRD officers want to know the real problems faced by indigenous that cannot have an identity card / MyKad. According to the officers all rely decision with the Ministry of Home Affairs, because those in power to accept or reject an application.
Previously we have also received many complaints from the original population of Sibuti parliamentary area that they do not have identity cards and also does not have a birth certificate. They had many times complained about this problem to the NRD in Miri but until now no answer given why they have yet to have a MyKad.
They also expressed disappointment with the attitude of the NRD does not recognize them as citizens of Malaysia whereas they are the original inhabitants instead of immigrants.
According to them the application rejected with reason that they do not have a completed document and without a birth certificate even though some of them had received confirmation from the Tuai Rumah (Longhouse chief) that they are the original inhabitants of the area where they lived.
Because they do not have identity cards, they continue to be marginalized and their fate is worse than illegal immigrants. They do not get a welfare assistance, BR1M and school aid. Their children cannot go to school and further studies up to university level due to no identification cards.
National Registration Department (NRD) is a department under the Ministry of Home Affairs. It is responsible for managing the registers of individuals’ information such as birth, death, adoption, marriage and divorce. In addition NRD also responsible in determining citizenship status and thus produce identity documents in the form of individual identification cards to those who qualify.
Supposed NRD is responsible for the registration of the public, down to the ground to meet local people who still do not have identity cards and birth certificates, especially the locals who live far inland.
There are several reasons why many of the original inhabitants of Sarawak too difficult to register and have a birth certificate because of the factor of connecting road is difficult to penetrate and expensive transportation costs, especially those who live in remote areas. After a long time they waited, they hope their application for an identity card to get due consideration from the government and the Home Ministry for their own future, their children and grandchildren.
We urge that the Home Ministry authorized in giving and issue individual identity documents in the form of identity cards to the natives of Sarawak. Do not let the natives of Sarawak their rights encroached upon and continue to be marginalized from the mainstream of development because they are the origin inhabitants who should be given the legal rights of citizens instead of immigrants.
We urge that the government is not favoritism in overcoming the problems of this people. We hope that this matter can be resolved quickly and the cooperation with the relevant authorities is very much appreciated.
Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief
Sumber: pas-miri.blogspot.com

Anifah Aman ajak berzikir melalui baner kempen
Posted on Tuesday, February 19 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: laniismaa
"
“Bahagialah jiwa yang berzikir” itulah kata-kata kempen Anifah Aman dan Arifin Aril kali ini untuk Parlimen P176 Pensiangan, Sabah.
Seronok kita mendengarnya dan seolah-olah UMno BN yang paling baik. Adakah BN telah bertaubat? Adakah BN kini tak makan rasuah lagi? Adakah UMno BN kini menjadikan zikir sebagai rutin dalam pentadbiran negara. Tak menyamarkah?
Anifah Aman dah dikenakan cat merah oleh orang-orang Sabah dan lihatlah tajuk yang macai karang. Mungkin macai ini juga kuat berzikir nih!! LAGI"

Kabel Putus Nyawa Tercabut
Posted on Tuesday, February 19 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: amkns
"Harian Metro 19 Feb 2013 - “Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini,” kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus.
Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan.
Rafie berkata, lif di pangsapuri itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin pengangkat itu boleh digunakan.
“Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu sudah ‘haus’ kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman ini,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu.
Menurutnya, beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan dari dalam lif berkenaan.
“Ketika itu, isteri tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk dan kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu.
“Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu,” katanya. Rafie berkata, dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi yang amat mengerikan itu.
Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.
hmetro.com.my"

Gambar Sedih menyayat hati Akibat 'No For BN' - silupa mau langis lorr
Posted on Tuesday, February 19 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Gendang Perang
Memang kejam orang Penang. Dah dihidangkan dengan hiburan bertaraf dunia bernilai RM2 juta pun diorang tak mengenang budi. Apa lah sangat sekadar menyebut 'yes' untuk mengambil hati orang yang membayar RM2 juta untuk menghiburkan orang Penang.
Tengok apa kesan daripada perkataan 'NO' yang mereka nyatakan sebagai membalas pertanyaan Perdana Menteri. Semua pemimpin berasa Sambutan Tahun Baru Cina tahun 2013 sebagai menyedihkan. Semuanya gara-gara orang Penang...
Sumber: wasukalu.com

Perjanjian Boustead dan Syarikat Milik Wanita Umno Selangor Disemak
Posted on Tuesday, February 19 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Siraj Mohd Zaini
HULU KELANG 17 FEB: Perjanjian jual beli tanah yang melibatkan Boustead Holdings Berhad (Boustead), dan syarikat milik Deepak Jaikishan dan syarikat milik Ketua Wanita Umno Selangor, akan disemak bagi meneliti jika wujud penyelewengan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau kini merupakan pemegang saham Boustead yang membolehkannya menyemak perjanjian itu jika terdapat bukti penyalahgunaan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Sebelum ini, Boustead yang merupakan unit pelaburan LTAT, telah membeli syarikat kepunyaan Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah dan syarikat Deepak dengan wang berjumlah RM 160 juta.
“Bulan lepas saya dah beli saham Boustead dan sekarang saya dalah pemegang saham rasmi Boustead Holdings.
“Hari Rabu ini, Insyallah, kita akan pergi beramai-ramai ke Boustead, kita akan semak setiap helai daripada perjanjian.
“Kalau ada sikit penyelewengan pun dan kalau ada sikit kesilapan pun, kita akan bawa ke mahkamah supaya wang RM 160 juta ini kita dapat selamatkan daripada dicuri mana-mana pihak,” tegasnya dalam satu siri ceramah di Taman Rekreasi AU3, Keramat Wangsa semalam.
Baru-baru ini, Rafizi dan beberapa bekas anggota tentera dihalang oleh pengurusan Boustead daripada menyemak perjanjian itu.
Alasan Boustead adalah pencarum LTAT tidak dibenarkan menyemak dokumen jual beli tanah itu.
LTAT menyimpan caruman daripada potongan gaji anggota tentera.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa Boustead membeli kedua-dua syarikat itu dengan alasan mahu memiliki tanah berkeluasan 200 ekar di Bukit Raja, Klang.
Sumber: selangorku.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan