Ahad, 24 Februari 2013

JANGAN JADI BIDANG DAKWA MENCARI KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN....AGAK2LAH...RASULLULLAH SAW HIDUP SEDERHANA...TAK DE BMW ATAU MECEDES SAMPAI KE JOHORE...SEMATA2 KERANA NATRAH...KHABARNYA NAIK BASIKAL DARI UTARA TANAH AIR KERANA NAK SELAMATKAN AKIDAH

Usamah bin Zaid- Panglima Termuda Kecintaan Rasulullah
Posted on Sunday, February 24 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: kamal_hasan

"

Pada tahun kesebelas hijriah Rasulullah menurunkan perintah agar menyiapkan bala tentera untuk memerangi pasukan Rum. Dalam pasukan itu terdapat antara lain Abu Bakar Shidiq, Umar bin Khattab, Sa’ad bin ABi Waqqas, Abu Ubaidah bin Jarrah, dan lain-lain sahabat yang tua-tua.
Rasulullah mengangkat Usamah bin Zaid yang muda remaja menjadi panglima seluruh pasukan yang akan diberangkatkan. Ketika itu usia Usamah belum melebihi dua puluh tahun.


Usamah bin Zaid merupakan tokoh Islam yang tidak asing lagi. Beliau merupakan panglima perang yang dikasihi Rasulullah sejak beliau masih bayi. Beliau menjadi panglima perang semasa usianya baru berumur 19tahun namun kehebatannya tidak bisa ditandingi.

Ibu beliau bernama Ummu Aiman wanita Habsyi yang diberkati dan ayahandanya Zaid bin Haritsah yang merupakan anak angkat Rasulullah sebelum Zaid memeluk Islam.
Sejak Usamah meningkat remaja, sifat-sifat dan pekerti yang mulia sudah kelihatan pada dirinya, yang memang patut menjadikannya sebagai kesayangan Rasulullah. Dia cerdik dan pintar, bijaksana dan pandai, takwa dan wara. Ia sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan tercela.

Waktu terjadi Perang Uhud, Usamah bin Zaid datang ke hadapan Rasulullah saw. beserta serombongan anak-anak sebayanya, putra-putra para sahabat. Mereka ingin turut jihad fi sabilillah. Sebagian mereka diterima Rasulullah dan sebagian lagi ditolak karena usianya masih sangat muda.

Usamah bin Zaid teramasuk kelompok anak-anak yang tidak diterima. Karena itu, Usama pulang sambil menangis. Dia sangat sedih karena tidak diperkenankan turut berperang di bawah bendera Rasulullah.

Dalam Perang Khandaq, Usamah bin Zaid datang pula bersama kawan-kawan remaja, putra para sahabat. Usamah berdiri tegap di hadapan Rasulullah supaya kelihatan lebih tinggi, agar beliau memperkenankannya turut berperang.

Rasulullah kasihan melihat Usamah yang keras hati ingin turut berperang. Karena itu, beliau mengizinkannya, Usamah pergi berperang menyandang pedang, jihad fi sabilillah. Ketika itu dia baru berusia lima belas tahun.
Ketika terjadi Perang Hunain, tentera muslimin terdesak sehingga barisannya menjadi kacau balau. Tetapi, Usamah bin Zaid tetap bertahan bersama-sama denga ‘Abbas, Sufyan bin Harits, dan enam orang lainnya dari para sahabat yang mulia. Dengah kelompok kecil ini, Rasulullah berjaya mengembalikan kekalahan para sahabatnya menjadi kemenangan.
Dalam Perang Mu’tah, Usamah turut berperang di bawah komando ayahnya, Zaid bin Haritsah. Ketika itu umurnya kira-kira delapan belas tahun. Usamah menyaksikan dengan mata kepala sendiri tatkala ayahnya tewas di medan tempur sebagai syuhada. Tetapi, Usamah tidak takut dan tidak pula mundur. Bahkan, dia terus bertempur dengan gigih di bawah komando Ja’far bin Abi Thalib hingga Ja’far syahid di hadapan matanya pula.

Setelah peperangan, Usamah kembali ke Madinah dengan menyerahkan kematian ayahnya kepada Allah SWT. Jasad ayahnya ditinggalkan di bumi Syam (SYiria) dengan mengenang segala kebaikan almarhum.

Pada tahun kesebelas hijriah Rasulullah menurunkan perintah agar menyiapkan bala tentera untuk memerangi pasukan Rum. Dalam pasukan itu terdapat antara lain Abu Bakar Shidiq, Umar bin Khattab, Sa’ad bin ABi Waqqas, Abu Ubaidah bin Jarrah, dan lain-lain sahabat yang tua-tua.

Rasulullah mengangkat Usamah bin Zaid yang muda remaja menjadi panglima seluruh pasukan yang akan diberangkatkan. Ketika itu usia Usamah belum melebihi dua puluh tahun.

Usamah terus maju membawa pasukan tentara yang dipimpinnya. Segala perintah Rasulullah kepadanya dilaksanakan sebaik-baiknya. Tiba di Balqa’ dan Qal’atud Daarum, termasuk daerah Palestina, Usamah berhenti dan memerintahkan tentaranya berkemah. Kehebatan Rum dapat dihapuskannya dari hati kaum muslimin. Lalu, dibentangkannya jalan raya di hadapan mereka bagi penaklukan Syam (Syiria) dan Mesir.
Usamah berjaya kembali dari medan perang dengan kemenangan gemilang. Mereka membawa harta rampasan yang banyak, melebihi perkiraan yang diduga orang. Sehingga, orang mengatakan, “Belum pernah terjadi suatu pasukan bertempur kembali dari medan tempur dengan selamat dan utuh dan berhasil membawa harta rampasan sebanyak yang dibawa pasukan Usamah bin Zaid.”
Artikel berkaitan:
1.  Bongkar Fitnah umno: isu penyelewengan tabung memali
2.  kisah seorang syahid yang hidup kembali.

 Fadzilah Kamsah mohon maaf
Posted on Sunday, February 24 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: imamsurau

"SHAH ALAM - Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah meminta maaf kepada semua pihak terhadap kenyataan beliau berhubung isu doa baru-baru ini.

Dalam laman sosial Facebook miliknya, Fadzilah tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan salah faham semua pihak dan membersihkan maruah keluarganya.

“Saya hanya seorang rakyat biasa dan bukan bercakap sebagai orang politik. Saya langsung tidak bermaksud untuk memalukan mana-mana pihak. Amat malang sekali bila komen saya dipolitikkan hingga menyebabkan kemarahan pelbagai pihak,” katanya.

Jelasnya, apabila bercakap tentang kezaliman, beliau memberikan pandangan secara umum dan membandingkan situasi di Malaysia dan situasi dan penderitaan rakyat Palestin.
Katanya, di majlis Bantuan Amal Palestin itu, melalui ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan mengenai kezaliman Israel terhadap saudara sesama Islam kita di Palestin.
“Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia dan tidak dizalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

“Justeru, saya amat sedih bila orang mendoakan kehancuran saudara sesama Islam sama ada di Malaysia atau di mana-mana di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu disalahertikan oleh orang bukan Islam di Malaysia," katanya.

Fadzilah turut menjelaskan, rakaman temuramah tersebut dilakukan dalam suasana sekitar yang agak bising menyebabkan beliau menguatkan suara untuk menenggelamkan kebisingan di persekitaran.

“Saya ditemu ramah lebih 10 kali oleh pelbagai stesen TV, radio, akhbar, majalah & blogger.

“Ini menyebabkan suara saya dianggap kasar bila menjawab soalan yang diajukan. Bila dah menjawab terlalu banyak soalan, maka soalan daripada blogger (penemuramah terakhir) saya jawab dalam keadaan yang tergesa-gesa dan mungkin tidak berfikir dengan mendalam,” katanya.

Beliau juga sedih terhadap tindakan segelintir pihak memuat naik gambar anak-anaknya dan menjelaskan gambar tersebut diambil setelah mereka berkahwin.
“Saya amat sedih apabila gambar anak disebarkan semula. Gambar anak lelaki saya dan isterinya juga disebar, walhal gambar tersebut selepas mereka berkahwin,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang bertanggungjawab memuat naik rakaman video dan gambar-gambar tersebut bertindak memadamkannya bagi menjaga maruah keluarganya.

sumber


Tayang ‘Tanda Putera’ kepada FELDA bukti filem berbau perkauman, kata Ambiga
Posted on Sunday, February 24 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Datuk Ambiga Sreenavasan hari ini mempersoalkan tujuan disebalik tayangan filem "Tanda Putera" secara tertutup kepada peneroka tanah rancangan FELDA baru-baru ini, serta mendakwa filem tersebut berkemungkinan memaparkan babak berbau perkauman dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Pada 18 Februari lalu, seramai 3,000 peneroka daripada program Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditayangkan pra-tonton mengejut filem kontroversi tersebut yang mana pembangkang mendakwa ia cubaan untuk "mencuci otak" mereka daripada mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya 2013 nanti

Pada 18 Februari lalu, seramai 3,000 peneroka daripada program Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditayangkan pra-tonton mengejut filem kontroversi tersebut yang mana pembangkang mendakwa ia cubaan untuk "mencuci otak" mereka daripada mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya 2013 nanti.
"Isu saya tentang Tanda Putera ialah mengapa mereka hanya mahu tayangkan kepada peneroka FELDA sahaja.
"Tunjuklah kepada kita semua. Biar kita adili dan percayalah kami akan adilinya... kenapa hanya kepada beberapa orang yang terpilih? Itu menunjukkan isu tersebut timbul," kata bekas presiden Majlis Peguam (gambar) pada forum berkenaan perkauman yang diadakan di Kelab Golf Penjawat Awam disini.
Filem "Tanda Putera" itu memaparkan kisah perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.
Filem sejarah terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama tersebut Finas melibatkan belanja RM4.8 juta dan diarahkan Datin Suhaimi Baba yang sepatutnya ditayangkan pada 15 November tetapi ia telah ditangguhkan.
Anak Abdul Razak, Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika ini adalah perdana menteri negara.
Pemimpin PR, terutamanya parti yang dominan dengan kaum Cina iaitu DAP mendakwa filem itu bertujuan untuk menyemarakkan kebencian kaum di kalangan majoriti masyarakat Melayu sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan sokongan yang semakin kuat kepada pembangkang.
Pemerhati memandang serius terhadap kemungkinan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan pusat baru pada Pilihan Raya 2013, yang perlu diadakan selewat-lewatnya Jun ini.
Ambiga menyifatkan taktik itu digambarkan sebagai sebuah perkauman yang "diiinstitusikan".
Peguam tersebut yang juga merupakan pengerusi bersama kumpulan Bersih 2.0 menambah bahawa masalah utama perkauman dalam negara mungkin disumbangkan oleh sistem politik yang mempromosikan pengasingan melalui kewujudan parti berasaskan kaum.
"Ia menghalalkan segala apa yang berlaku di negara ini, "kata pemimpin Bersih, merujuk kepada pelbagai insiden bersifat perkauman pelbagai yang timbul kebelakangan ini.
Beliau memberikan contoh yang didakwanya perkauman yang dianjurkan menerusi sistem pendidikan dengan penubuhan program Biro Tata Negara (BTN) dimana pengendalinya dilaporkan memberitahu kepada peserta bahawa bukan Melayu adalah pendatang asing yang tidak diundang.
"Apa yang mereka lakukan kepada anak-anak kita adalah jenayah," tambah beliau yang mengakui anak yang masih bersekolah juga telah mengalami sistem yang didakwanya menyebabkan persengketaan kaum di Malaysia.
Ambiga berkata salah satu cara untuk menangani isu adalah parti yang bertanding dalam Pilihan Raya 2013 perlu juarai tetapi malangnya sehingga kini para pemimpin politik masih berdiam diri.
Beliau mendakwa ahli politik mengelak daripada menangani masalah perkauman kerana bimbang ia mengurangkan sokongan daripada kaum masing-masing.
Ambiga berkata, cara terbaik untuk berurusan dalam isu ini adalah dengan "menyingkir perkauman dan seksis" keluar pada pilihan raya akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya Jun.
"Saya mahu seorang negarawan, bukan seorang ahli politik,"katanya - MI





Najib Ketar Dikepung Mahasiswa
Posted on Sunday, February 24 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh A.S



Lebih kurang 350 mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Zon Timur yang mewakili GAMIS Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan telah mengadakan satu protes besar-besaran terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.


Dato’ Seri Najib yang menghadiri mesyuarat tertutup bersama Kompenen Barisan Nasional Negeri Terengganu di Ri-Yaz Heritage, Kuala Terengganu telah menerima tamparan hebat apabila mahasiswa menanti di luar dengan pelbagai sepanduk yang menyatakan protes terhadap kepimpinan beliau dan Barisan Nasional.
Mahasiswa yang dilihat memenuhi kawasan luar pagar Ri-Yaz Heritage sejak jam 4.20 minit petang telah berhimpun lebih kurang 1 jam setengah menanti  Perdana Menteri keluar dari kawasan resort berkenaan. Namun Perdana Menteri dilihat masih tidak mahu keluar dari resort berkenaan walaupun  mesyuarat telah pun sedia tamat 5.00 petang dan dilihat Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu telah meninggalkan kawasan resort seorang demi seorang.

Sepanjang himpunan protes berkenaan, pemuda-pemuda UMNO kampung Pulau Duyong melakukan provokasi dengan menyerang beberapa pimpinan mahasiswa. Pegawai polis pula cuba meleraikan himpunan protes agar mahasiswa bersurai tanpa diberi izin bersemuka dengan Dato Seri Najib Tun Razak.
Akhir sekali, ketakutan Najib Tun Razak begitu terserlah apabila hampir jam 6.00 petang beliau keluar dengan rombongan keretanya di dalam keadaan trak polis, pegawai polis dan orang kampung dengan bendera-bendera Barisan Nasional menjadi benteng penghalang untuk menuntup sepanduk-sepanduk yang dibawa mahasiswa untuk tidak dilihat oleh Najib Tun Razak. Walau bagaimana pun, rombongan kereta PM Malaysia diiringi dengan laugan ‘Hidup Mahasiswa’ oleh mahasiswa yang berkumpul di luar perkarangan Ri-Yaz Heritage..

Presiden GAMIS, Muhamad Azan Safar yang mengetuai himpunan protes tersebut berkata ketika diminta komentar, ‘Kita kesal kerana permohonan kita hanya satu, untuk bersemuka dengan Perdana Menteri Malaysia bagi menyerahkan satu memorandum terhadap kegagalan beberapa urustadbir kerajaan dibawah pemerintahan Barisan Nasional. Tapi nampak PM terlalu takut dengan suara mahasiswa apabila untuk berjumpa dengan setiausaha khasnya pun, tidak diberikan keizinan,’        
Normal 0 21 false false false EN-US X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-para-margin-top:0cm; mso-para-margin-right:0cm; mso-para-margin-bottom:10.0pt; mso-para-margin-left:0cm; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-ansi-language:EN-US; mso-fareast-language:EN-US;} 


 Mat Said tetap calun MB Terengganu. yang lain semuanya merapu
Posted on Sunday, February 24 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"Terengganu menjadi fokus utama Bn/UMNO pusat dan negeri. Barisan Nasional mahukan negeri Terengganu menjadi penyumbang utama kemenangan PRU13. Jka dilihat artikal dalam alam siber Mat Said diantar calun MB yang tertinggal atau tidak lagi menjadi MB Terengganu tak kira dari sumber berita.

Namun lawatan Najib Razak ke Kuala Terengganu dengan kehadiran puluhan ribu umat Melayu bersama menteri besar Mat Said menjawap semua andaian yang karut tentang Mat Said. Hanya dengan beberpa kalimah "MAT SAID TETAP MENJADI MB TERENGGANU JIKA BN/UMNO MENANG PRU13".

Dari sumber maklumat Najib Razak akan mengekalkan Mat Said bertanding di DUN Kijal dan jawatan menteri besar bakal kekal didakap kemas oleh Mat Said. Malah hampir semua calun yang yang bertanding PRU13 disetuju hampir 95 peratus oleh Najib Razak.
Timbul persoalan yang mungkin menjadi sukar dan peluang PAS Terengganu merampas semula  PRU13 memandangkan puluhan ribu umat Melayu Terengganu bersama Najib Razak dan Mat Said berhimpun di Dataran Shah Bandar menyokong penuh BN/UMNO.
Rata rata yang hadir adalah rakyat Terengganu yang baru mendapat BR1M (RM500) satu tahun bermula tahun 2012 dan pemuda pemudi yang berumur 21 tahun keatas dengan RM250 seorang.
Malah Mat Said memperakukan kepada Najib Rzak rakyat Terengganu akan memberi undi dalam pilihanraya umum ke13 dan Terengganu kekal dibawah kuasa BN/UMNO selagi beliau menajdi ketua perhubungan UMNO Negeri.
PAS mungkin sukar menawan Terengganu dengan kehadiran BR1M dengan ditokok tambah bermacam dana dan imbuhan wang sebagai hadiah dari BN/UMNO Terengganu. Dalam bab mengambil hati rakyat Terengganu Mat Said bijak dan cukup pandai dan cukup licin juga merompak wang rakyat untuk diisi dalam karung semua pemimpin UMNO Terengganu termasuk Mat Said sendiri.
Terpulang kepada rakyat Terengganu rata miskin dan umat melayu membuat  keputusan dalam PRU13. Sejarah lampu mengesahkan rakyat Terengganu sukar berubah dalam arus politik atau lambat membuat perubahan lanskap politik. 
Tahun 1999 rakayat Terengganu membaut perubahan politik selepas ditindas dan ditipu oleh pemerintah UMNO selama hampir 23 tahun barulah PAS dapat mengalahkan pengkhianat bangsa Melayu selepas puluhan juta wang royalti minyak masuk dalam poket pemimpin UMNO .
Mungkin 20 tahun lagi barulah rakyat Terengganu bangkit dan mengundi PAS dan PAS berkuasa memerintah Terengganu selepas UMNO merampas semua tanah milik Melayu dibandar dan tanah rezab melayu dijual dan digadai oelh UMNO kepada kaum China dan rakyat asing.  sekian sedih dan hinanya bangsa melayu dibumi Terengganu oleh orang melayu bertakhtakan UMNO. 

 Ini lawak tau: Jangan tengok kalau tak tau nak gelak.
Posted on Sunday, February 24 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: modayu

"Sana sini semua orang tengah serius memikirkan bila tarikh pilihanraya PRU13 akan diadakan. Semua orang pening kepala memikirkan tarikh yang tidak kunjung datang.

Oleh itu mari kita berehat sambil kita tonton video yang amat kreative ini.Saya pun tak tau siapa pencipta video ini tapi sekadar untuk tontonan 18 tahun dan memerlukan 'pengawasan'dari yang lebih dewasa..so kepada tuan punya video ini minta halal utk dikongsikan di youtube ini dengan sedikit penambahan.





 Semua cerita didalam video ini sekadar rekaan dan hiburan ringan sahaja oleh pihak yang merekacipta video ini. Ianya bukanlah kejadian sebenar dan adegan2 itu hanyalah khayalan pihak perekanya.
Yang baik itu hak Allah dan yang buruk itu saya sendiri.

semoga terhibur
md daud yusri alhutan melintangi.
www.dadiydoo.com


Note: Dah keluar sebelum ini, tapi banyak kali pun rasa tak apa pasal ada humor - PK"


 Datuk Seri Najib Tun Razak: Harga rakyat cuma RM41.60 sahaja
Posted on Sunday, February 24 @ 06:13:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

" Umno Pengkhianat agama bangsa negara

Haramjadah punya perdana menteri... !! Kau dengan bini engkau berbelanja mewah, rakyat kau nilai dengan harga RM41.60 sebulan.. !! 


Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.
  
"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) 
RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.
  
"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

PM: Satu undi untuk PAS bawa kepada perpecahan umat Islam
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawakerosakan akidah kepada negara.

"Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.

Perdana menteri berkata sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
  
"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.
  
Sebaliknya, Najib berkata PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.
  
"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Sementara itu, perdana menteri menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
  
Katanya, apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.
  
"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.
  
Perdana menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.
  
"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.
  
"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

  
Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.
  
Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.
  
Bernama

Nah !! ini bukti betapa Najib membiarkan, malah turut sama dalam persundalannya bininya, Rosmah Mansor. 
Malaysians think obesity is not a problem. What really makes
Blogger-blogger PR ni suka sangat fitnah Rosmah Mansor..
Rosmah Mansor ni memang 'pengasih' orangnya!! 
Selepas mendapat peruntukan RM211 juta, Datin Seri Rosmah Mansor mahu peruntukan yang lebih





Tiada ulasan: