Posted on Thursday, February 21 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: notan
"Assalamualaikum,,..
Berita terbaru, Stadium yang pernah runtuh empat Tahun lalu, runtuh lagi! Penduduk Kuala Nerus menyaksikannya. Sesudah empangan Pegu pecah dan menyebabkan banjir yang menysahkan penduduk, Stadium pulak runtuh dengan khabar ada yang cedera kali ini.
Tambah memalukan lagi Stadium ini membawa nama Sultan yang dikasihi rakyat.
PRU13 sudah terlalu hampir, bendera bendera BN yang tertulis BN Terengganu di hatiku berkibar megah, lantas saya ingin bertanya rakyat Terengganu, Apa khabar Teganu kiter, nak negri hancur? UNDILAH BN!
Pilihlah lagi Mat Said yang pandai memerintah, opsss, silap, yang pandai perabihkan duit rakyat, perabih kepada mini zoonya, perabih kepada cina kena buang daerah, AH GU, perabih kepada ubat nyamuk yang berharga 4 juta RM, perabih kepada sambutan Maulidur Rasul, perabih kepada kroni yang buat empangan, baiki stadium dan perabih kepada Hj. DOL dan banyak lagi.
Pangkahlah BN masa PRU13 nanti wahai orang Teganu kiter, kalau nak tengok negri runtuh lagi dan kalau nak lihat orang luar pelahap hasil minyak kita dengan rakyat tempatan melopong tengok!"
Kesian kat Tun Mahathir
Posted on Thursday, February 21 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: anaabdullah
"Ada orang cakap pada penulis, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak takut pun dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pakatan rakyat.
Penulis cakap sudah tentu ada sebab musabahnya. Betul tu, memberi jawapan sambil menyatakan yang takut itu mesti dia buat salah.
Oleh itu, tiada sebab mengapa Tun Abdullah Ahmad Badawi mesti takut dengan Anwar,sedangkan dia tak buat salah, malah dia selamatkan Anwar.
Ingat tak lama dulu, betapa marahnya Tun Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, sehingga tergamak kata huduh huduh dan keluar umno.
Dan serta berkata yang dia tak akan masuk semula umno jika perdana menteri ke 5 masih kekal jadi presiden.Begitulah kebencian yang dtunjukkanya.
Bukan setakat itu sahaja, malahan di labelkan umno sebagai sebuah parti yang buruk dan busuk ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi presiden.
Menantu Tun Abdullah, Khairy Jamaluddin yang menang Ketua Pergerakan pemuda Umno diharamkan memegang sebarang jawatan, sedangkan Datuk Razali Ibrahim timbalan ketua pemuda di lantik timbalan menteri.
Lagi pelik, Datuk Mukhriz Mahathir yang kalah ketua pergerakan pemuda dapat jawatan timbalan menteri industeri antarabangsa.Pelik kan.Itulah kehendak Tun Mahathir Mohamad.
Memang kesian sungguh dengan Tun Mahathir.Kesian kerana terlalu takut dengan Anwar Ibrahim bakal dilantik perdana menteri jika pembangkang menang PRU 13 ini.
Kalau dia tak takut dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mana mungkin keluar perkataan macam macam yang tak masuk akal, termasuk tak boleh lantik dia (Anwar) sebagai perdana menteri jika pembankang menang PRU 13 ini.
Bukan setakat itu sahaja, malahan beliau berkata Anwar Ibrahim tidak layak jadi perdana menteri, kerana aklahknya.Lebih lebih lagi syura ulamak PAS menolak Anwar sebagai perdana menteri Jika pakatan rakyat menang.
Antara lain beliau berkata, orang macam itu nak lantik jadi perdana menteri.Ini menujukkan Tun Mahathir sangat takut.Maklumlah orang pernah buat salah.
Mengapa perlu takut dengan Anwar. Kan UMNO boleh menang mudah PRU 13 ini.
Rakyat kenal siapa Tun Mahathir dan siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kan Anwar pernah dilantik sebagai timbalan perdana dan menteri kewangan. Orang nombor dua katakan.Beliau Sudah ada pengalaman yang cukup layak dilantik sebabagi perdana menteri ke -7
Ini pernah dinyatakan sendiri Tun Mahathir bahawa umno/BN boleh menang 2/3 Pru 13 ini. Jadi tiada sebab mengapa mesti takut dengan Anwar, sedangkan dia sudah nyatakan yang dia tidak akan berdendam.
Bukan macam umno dendam mendendam amalan yang hakiki. Kalah di Terengganu royalty minyak ditarik balik.
Boleh lihat dengan kerajaan PAS Kelantan,Apakah yang dilakukan dengan kerajaan yang memerintah semalam 20 tahun itu.
Di tuduh dengan pelbagai tuduhan, termasuk memburkkan petadbiran, sedangkan umnolah punca segala galanya. segala projek dilambat lambatkan, termasuk menafikan royalty minyak.
Lihat sahaja di Terengganu. 50 ribu Lot tanah yang diberi kepada rakyat Terengganu dirampas semula jika orang itu orang PAS.
Bukan setakat itu sahaja, tanah yang sudah dibayar perimiumnya juga ditarik balik, termasuk dihilang nama pemiliknya dalam computer pejabat tanah seluruh negeri.
Inilah kerja dendam yang dilakukan oleh umno yang boleh menakutkan rakyat sehingga hari ini. Membuat rakyat entah berentah untuk mengundi pembangkang. "
CCTV wajar di pasang pada pintu semua pusat mengundi.
Posted on Thursday, February 21 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: shadow
"Saya adalah salah seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia[SPR] yang lepas [bertugas sebanyak 4 kali PRU].
Bayangkan dalam 4 kali bertugas, banyak asam garam karenah pengundi, masalah dan perkara berbangkit yang di tempuhi, suka saya syorkan agar CCTV di pasang pada pintu masuk setiap pusat mengundi agar rakaman wajah pengundi boleh di semak jika berlaku pertikaian, pengundi hantu atau penipuan serta banyak lagi masalah yang bakal di selesaikan.
sepanjang bertugas, sebagai pegawai SPR saya telah menemui kes pengundi yang berjaya mengundi sebanyak 2 kali pada pusat yang sama, pengundi berkenaan memang licik dan terlatih untuk berbuat demikian memandangkan tahu kelemahan sistem yang digunakan pada masa itu.
Dia telah mengundi pada awal pagi dan sebelah petang, dimana berlaku pertukaran pegawai untuk menunaikan solat zohor, mungkin ada pakatan dengan pegawai yang menanda/memotong senarai daftar pemilih yang telah mengundi tidak menanda.
Polis ejen parti "A"yang bersubahat dengan penipuan ini juga telah tidak memotong senarai pemilih, jadi hanya polis ejan parti "B" yang memotong. kesempatan ini akan digunakan untuk mengundi pada masa longgar pegawai SPR pergi solat, berlaku pertukaran pegawai yang membaca/ menanda nama pemilih/ memberi kertas undi, dalam kes yang berlaku di pusat saya, perkara ini hanya di sedari pada masa kertas undi telah di berikan dan di tanda, sedia untuk di masukan kedalam peti undi.
Polis ejen parti "B" menjerit mengatakan bantahan beliau,bayangkan setelah separuh senarai pemilih telah keluar, pasti banyak nama yang telah di potong, polis ejen parti akan mengambil masa untuk menyemak senarai [nampak di sini pengundi itu telah terlatih dan taku kelemahan sistem lama] tetapi pengundi berkenaan terus memasukan kertas undi berkenaan dan terus melarikan diri dan menyorokkan diri dalam kesibukan orang ramai di luar dewan.
Pihak polis juga telah gagal membuat apa apa kerana hanya dapat mengejar beberapa meter sebelum berpatah balik untuk mengawal dewan mengundi, penyelia kawasan mengundi juga mengatakan beliau tiada kuas, beliau mengatakan KTM [ketua tempat mengundi] yang berkuasa.
Perkara ini di selesaikan bila kedua polis ejen parti sedia menerima keputusan bersama, andai kata kertas berlebihan dari daftar pemilih, bererti kes tadi akan di buka semula. kertas undi tadi akan di tolak! kes ini berlaku pada PRU tahun 2008.
Dalam PRU13, pengunaan dakwat kekal mula digunakan. walaupun pada PRU12 dulu, pada awalnya dakwat ingin digukanan, tetapi di batalkan pada saat akhir. Jadi adalah sabgat wajar jika CCTV di pasang pada setiap pintu masuk ke pusat mengundi, agar semua wajah pengundi boleh di rekod dan di semak jika berlaku penipuan, seterusnya boleh menjadi bahan sokongan yang lebih kukuh, khasnya kes pengundi hantu, pengundi oleh projek ic dan sebagainya.
"Apalah sangat CCTV jika hendak dibandingkan denga AES yang harganya lebih mahal" "
Berjuanglah Menegakkan Agama Allah
Posted on Thursday, February 21 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Y.A. B. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Allah Taala berfirman di dalam al-Quran, bermaksud:
"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah al-Baqarah : ayat 195).
Makna bagi ayat "...mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" di sini ialah kamu tidak menjalankan tugas jihad. Tetapi ada manusia menyalahgunakan ayat ini. Mereka berkata, tidak ada gunanya kita berjuang untuk Islam, nanti kita akan dipenjarakan, ditukar tempat kerja atau dibuang kerja dan sebagainya sedangkan Allah Taala mengatakan, "...Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan". Inilah cara bagaimana cakap-cakap yang berdalilkan ayat dengan cara yang salah kerana ayat ini mempunyai hubungan dengan menegakkan agama Allah Taala, bahkan orang yang tidak berani menegakkan agama Allah itulah orang yang mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan.
Diriwayatkan oleh Imam at-Tabari ketika orang-orang Islam berperang dalam rangka menawan kota Constantinople (Istanbul, Turki), tiba-tiba orang Islam berdepan dengan tentera Rom yang terlalu ramai. Ada antara orang Islam itu seorang pahlawan yang terlalu berani, menawarkan untuk masuk ke dalam pasukan tentera Rom yang ramai bersendirian walaupun akibatnya yang bakal diterima pasti dia dibunuh. Lalu orang ramai mengatakan, "Kenapa sanggup membinasakan diri? Tidakkah Allah mengatakan dalam Al Quran; “...Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan?"
Kebetulan di dalam peperangan tersebut ada seorang Sahabat Nabi yang umurnya telah menjangkau 80 tahun, namanya Abu Ayub al-Ansari RA iaitu sahabat yang diberi kelebihan ketika Rasulullah SAW berhijrah, unta Baginda SAW telah berhenti di laman rumah Abu Ayub sebagai isyarat Baginda memilih rumahnya untuk bermalam di situ sebelum Baginda memiliki rumah sendiri di kota Madinah. Abu Ayub telah tua ketika bersama tentera Islam dalam peperangan menentang Rom.
Apabila Abu Ayub al-Ansari mendengar seseorang membaca ayat tersebut, dia naik radang sambil berkata, "Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah mentakwilkan ayat ini dengan takwil yang begitu rupa (pentakwilan yang menyeleweng). Sesungguhnya ayat ini diturunkan kepada kami golongan Ansar ketika kami telah mendapat ganjaran daripada Allah Taala, iaitu ketika Allah memenangkan agama-Nya dan ramai orang yang menolong agama-Nya.”
"Maka berkatalah segelintir kami kepada segelintir yang lain. Kami berbisik sesama kami, dengan harapan hal itu tidak diketahui oleh Baginda Rasulullah SAW bahawasanya harta manusia sudah banyak; Kita ketinggalan dalam memajukan dan mengumpul harta benda kerana terlalu mementingkan jihad (di medan perang), kita tidak dapat menguruskan kebun dan perniagaan dengan baik (kerana asyik berjihad).”
"Sesungguhnya Allah memberi kemenangan kepada Islam dan orang yang menegakkan agama Islam sudah ramai, maka langkah sebaiknya kita semua tinggal di Madinah, tidak payah lagi berperang. Kita serahkan urusan jihad itu kepada orang lain kerana kita mahu membaiki dan menjaga kebun kita dan apa yang ketinggalan selama ini dalam harta benda, agar kita dapat mengatasinya semula.”
"Justeru, Allah Taala menurunkan ayat ini kepada Nabi-nya sebagai menolak apa yang kami katakan, "...Dan berbelanjalah kamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan".
Abu Ayub RA adalah seorang Sahabat yang berani, sekalipun dalam keadaan sakit beliau mewasiatkan supaya dikebumikan mayatnya di tepi kota itu (Kota Constantinople) dan melarang tentera Islam membawa pulang mayatnya ke Madinah. Hal ini kerana beliau mahu kuburnya dipijak oleh kuda-kuda tentera Islam yang meneruskan perjuangan Islam, menawan kota tersebut dari tangan musuh.
Orang Islam berjihad beratus-ratus tahun lamanya untuk menawan kota Constantinople kerana kerajaan Rom Timur mempunyai teknologi yang kuat dan lebih daripada orang Islam. Mereka mempunyai berbagai-bagai senjata moden pada zaman itu antaranya mereka boleh melontarkan peluru api yang boleh bernyala di dalam air sehingga kapal-kapal tentera Islam terbakar.
Akhirnya Allah Taala memberi kurniaan kepada Sultan Muhammad al-Fateh iaitu Sultan kerajaan Islam Uthmaniyah yang memimpin tentera Islam dalam usia 20-an. Baginda diberi kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bahawa Baginda boleh menawan kota itu semula dan memimpinnya.
Setelah kota itu ditawan orang Islam, mereka menukar namanya kepada Istanbul dan gereja Es Sophia (Aya Sophia)yang besar itu berhasil ditawan oleh orang Islam. Patung-patung yang dibina di dalam dan persekitarannya di buang serta ditukar menjadi masjid yang agung hingga ke hari ini. Sehingga sekarang masjid itu dikenali dengan Masjid al-Fateh atau Masjid Es Sophia tetapi sayangnya apabila Mustafa Kamal Ataturk berkuasa di Turki, dia telah menjadikan masjid itu sebagai muzium. Tetapi alhamdulillah setelah orang Islam kembali sedar, muzium itu ditukar semula kepada masjid.
Berdasarkan kepada ayat yang ditafsirkan ini dan berdasarkan kepada riwayat Abu Ayub al-Ansari, orang Islam boleh menunjukkan keberanian sehingga ke peringkat mati menentang musuh yang lebih ramai jika sekiranya tindakan itu memberi semangat kepada tentera-tentera Islam yang lain.
Memang berlaku di kalangan orang Islam apabila hatinya terlalu kuat hubungannya dengan Allah Taala, di hadapan matanya hanyalah balasan baik daripada Allah dan janji-Nya. Apabila berlakunya hubungan langit dan bumi yang terlalu erat dan tidak ada pemisahan lagi, maka seseorang itu tidak akan takut lagi kepada mati.
Kesimpulannya, mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ini ialah ditujukan kepada orang yang tidak berjihad dan tidak memberi sumbangan harta benda serta jiwa raganya untuk meninggikan agama Allah.
Sumber: blog.tarbawi.my
Kata hendak saman saya, samanlah kalau berani
Posted on Thursday, February 21 @ 04:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: setisab
"Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sehingga hari ini masih menunggu surat saman enteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pendedahannya mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad.
“Saya sampai hari ini masih menunggu saman beliau yang belum dihantar kepada saya agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah. Saya hanya terima surat tuntutan (demand), bukan surat saman,” kata Rafizi.
Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu.
“Selepas saya mendapat maklumat (dokumen perjanjian Boustead), saya lebih dari bersedia untuk ke mahkamah. Saya ingin menegaskan Datuk Seri Zahid gagal dalam menjaga kebajikan angkatan tentera,” katanya.
Dalam pada itu, Rafizi berpandangan ada ‘orang lain’ yang mendapat keuntungan dari semua urusniaga, transaksi dan pindah milik tanah antara Boustead Holdings dengan Awan Megah dan Asta Canggih Sdn Bhd.
“Saya rasa Raja Ropiah Abdullah adalah proksi kepada pihak tertentu. Raja Ropiah tak penting untuk segala terma perjanjian yang berjumlah ratusan juta ringgit.
“Kontrak dianugerah selepas Awan Megah gagal melaksanakan projek Puspahanas (Pusat Latihan Pertahanan Nasional), selepas anugerah (kontrak) Kementerian Pertahanan menjadi kontroversi,” kata Rafizi.
Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 setiap satu, sebagai tindakan membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan akses kepada dokumen unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Klik di sini, foto pemberi dan penerima rasuah "
Hot : Serangan terkini umno kepada rakyat marhaen!
Posted on Thursday, February 21 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Blog Ameno World
Umno dah gila! !!!!!!!
Agak2la kau. Sampai kat kicap dan sos cili pun ko berkempen bagai nak rak.
Apa ko ingat kita orang suka ke? Makin muak ada lah. Hari2 ngadap ko. Kadang dalam paksa. Kadang dalam rela. Tapi most of the time memang terpaksa pun. Lama2 bleh sawan umno aku di buatnya. Tau tak???
Minta tolong umno. Cukupla tue. Cover sikitla. Janganla mengbarisannasionalkan malaysia neh. Tolongla faham.. Kami mao bernafas dan hidup juga. Tolongla bagi ruang supaya kami bleh bernafas dengan selesa..
Pleaseeee...
Sumber: amenoworld.blogspot.com
PANAS! AYoo Yoo...Gambar Yang Buat Macai UMNO Sasau...!!!
Posted on Thursday, February 21 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Blog Kedah Kini
Gambar yang di upload oleh Sdra. Kumar Ayavoo. Kelab Penyokong PAS sedang menaikkan bendera parti di kawasan Indian Settlement, Kg Pandan (Parlimen Titiwangsa).
10-20 tahun lalu, kita tidak pernah fikirkan suasana begini akan berlaku.
Marilah kita sama-sama jangan khianati perjuangan ini.
Sumber: pkrl.blogspot.com
Kisah disebalik Stadium Runtuh di Terengganu
Posted on Thursday, February 21 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh ALBA
Cerita Stadium Terengganu yang runtuh dan runtuh lagi. Kena tahu siapa yang mula-mula kerja ini dan kenapa boleh jadi seperti sekarang??
Paparan lebih jelas
Bumbung stadium di T'ganu runtuh kali kedua
VIDEO l 54 secs
Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini.
Laporan Bernama petang ini menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.
Kerangka lama bumbung stadium berkenaan, yang sedang dibaik pulih, runtuh dan mencederakan lima orang pekerja.
Tiga daripadanya cedera parah, menurut laporan itu lagi yang memetik kenyataan timbalan ketua polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil.
Katanya, runtuhan itu melibatkan sebahagian daripada struktur asal bumbung tersebut, dianggarkan sepanjang 137 meter.
Kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung, katanya.
Dua lagi yang cedera ringan ialah ringan Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31.
Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial.
Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini.
Laporan Bernama petang ini menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.
Kerangka lama bumbung stadium berkenaan, yang sedang dibaik pulih, runtuh dan mencederakan lima orang pekerja.
Tiga daripadanya cedera parah, menurut laporan itu lagi yang memetik kenyataan timbalan ketua polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil.
Katanya, runtuhan itu melibatkan sebahagian daripada struktur asal bumbung tersebut, dianggarkan sepanjang 137 meter.
Kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung, katanya.
Laporan
itu turut memetik kenyataan menteri besar Datuk Seri Ahmad Said yang
mahu kontraktor bertanggungjawab atas kejadian yang dipercayai berpunca
daripada kecuaian pihak berkenaan.
Katanya, kontraktor itu bertanggungjawab untuk memastikan kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat.
Menurut laporan itu, stadium berkenaan sedang dibaikpulik dengan kos RM15 juta.
Bumbung
utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan
kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah, menurut laporan itu
lagi.
Mangsa kejadian kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Tiga
yang cedera parah itu dikenalpasti sebagai Mohd Nazirul Nizam Marzuki,
22, Mohd Saidi Ismail, 21, dan Safian Abdul Manaf, 21.Dua lagi yang cedera ringan ialah ringan Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31.
Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial.
Khalid Al-Walid Minum Racun
Posted on Thursday, February 21 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: kamal_hasan
"Bila namanya disebut, gentar hati musuh. Seorang sahabat Rasulullah yang berjaya memimpin pasukan tentera mengalahkan tentera Parsi dan Rom. Gelaran Pedang Allah / Saifullah tidak membuatkan dirinya sombong. Bahkan beliau mengharapkan keredhaan Allah. Berperang kerana Allah bukan kerana arahan khalifah.
Beliau mendambakan mati syahid tetapi akhirnya beliau menemui Allah di atas katil. Semua ini ketentuan Allah. Hanya Allah yang mengetahui tempat dan waktu ajal kita.
Pernah suatu ketika, Khalid bin Al-Walid memerintahkan tenteranya mengepung benteng-benteng ini. Namun begitu, terdapat juga anggota tenteranya yang tidak sabar mahu menyerbu masuk bagi menamatkan pengepungan itu. Bagi mereka, penantian itu suatu penyeksaan.
"Tentera kita sudah berpengalaman menembusi benteng seperti ini. Mereka hanya menunggu perintah daripada panglima bagi membuat serbuan," kata Yazid.
"Mereka yang berlindung di sebalik benteng itu kebanyakannya terdiri daripada wanita yang suaminya dibunuh dalam peperangan dan kanak-kanak yang kehilangan bapa. Tentera yang mempertahankan benteng itu kurang hebat kerana pahlawan yang terbaik sudah kita bunuh," jelas Khalid bin Al-Walid.
"Cukup sekadar serang dari luar sahaja. Saya yakin tidak lama lagi mereka pasti kalah," sambung Khalid lagi.
Beliau mahu tentera Islam sabar. Kejayaan pasti menjadi milik mereka, cuma kesabaran itu perlu disemai supaya tidak berlaku pertumpahan darah yang banyak, terutama sekali di kalangan wanita dan kanak-kanak. Mereka tidak patut diperangi tetapi perlu dibantu.
Tentera Islam mematuhi arahan itu. Mereka menghujani benteng itu dengan anak panah, api dan batu yang dilontar dengan menggunakan pelantik. Ramai musuh yang terbunuh dan cedera akibat serangan itu. Ada juga sebahagian benteng yang mula pecah akibat hentaman batu yang dilemparkan oleh tentera Islam.
"Musuh yang mempertahankan benteng Benbaqilla mengibarkan bendera putih. Mereka mahu menyerah kalah," kata Muthana bin Harith kepada Khalid bin al-Walid.
"Suruh mereka buka pintu bentang dan berjalan keluar tanpa memegang senjata. Pastikan itu bukan muslihat peperangan," Khalid bin Al-Walid mengingatkan Muthana.
Dalam peperangan apa asahaja boleh berlaku. Mereka perlu bijak dan berwaspada selalu. Tidak lama kemudian, pintu benteng itu dibuka. Mereka yang berkubu di salamnya keluar sambil mengibarkan bendera putih dan mengangkat tangan tanda menyerah kalah. Khalid menyuruh ketua mereka datang menghadap.
"Siapa nama saudara?" tanya Khalid. dia bertanya dengan penuh hormat walaupun dalam ketegasan.
"Nama saya Amru al-Masih, tetapi kaum saya memanggil dengan nama Ibnu Baqilah," jawabnya.
"Berapa tahun umur saudara?" tanya Khalid al-Walid lagi.
Dia tidak faham kenapa insan tua seperti itu boleh terlibat dalam perang. Jawatannya sebagai ketua mendatangkan pertanyaan di mindanya dan menimbulkan rasa hairan di hatinya. Matanya masih tertancap pada insan yang sedang berdiri di hadapannya.
"100 tahun," jawab Ibnu Baqillah.
Khalid tersentak sedikit tetapi dia pandai menyembunyikan rasa terkejutnya.
"Mengapa saudara dilantik menjadi ketua dalam umur begini?" Akhirnya terkeluar juga persoalan yang berlegar-legar di mindanya.
Ibnu Baqillah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Memang dia sudah menjangkakan soalan itu pasti terbit dari bibir pahlawan yang digeruni ramai itu.
"Ini kerana saya lebih bijak daripada kaum saya,' jawabnya tanpa ada perasaan megah. Dalam hatinya, dia baru sahaja berniat mahu berdamai dengan tentera Islam.
"Mengapa saudara membuat benteng?" tanya Khalid.
"Saya mengurung orang bodoh supaya dibuka oleh mereka yang cerdik," Khalid tersenyum mendengar jawapan itu.
"Adakah saudara ingin menyerah diri atau berperang?" tanya ketua pahlawan Islam itu lagi.
"saya mahu menyerah diri," katanya dengan yakin.
"Mengapa perlu berperang sekiranya sudah tahu kemenangan pasti menyebelahi pihak musuh? Langkah paling bujak adalah berdamai," tambahnya lagi.
"Saudara mahu memeluk islam atau membayar jizyah?"
"Saya mahu membayar jizyah," jawab Ibnu Baqillah.
"Saudara boleh hidup dengan aman dan berpegang kepada agama asal," balas Khalid bin al-Walid lagi.
Tiba-tiba Khalid ternampak botol kecil trejatuh dari saku baju Ibnu Baqilah. Serentak dengan itu, dahinya berkerut sehingga keningnya hampir bercantum dua.
"Apa yang terkandung dalam botol itu?" tanya Khalid.
"Sejenis racun yang amat bisa. Sesiapa yang meminumya pasti mati serta merta," jawab Ibnu Baqilah.
"Mengapa saudara bawa racun ini?" tanya Khalid al-Walid. Dia benar-benar hairan.
"Sekiranya dipenjarakan, saya mahu minum racun ini kerana saya lebih rela mati daripada dipenjarakan. Sekiranya tindakan saya berunding dengan saudara tidak dipersetujui oleh kaum saya, saya lebih rela mati daripada hidup dibenci oleh kaum sendiri," Ibnu Baqilah memberitahu Khalid dengan jujur tanpa berselindung.
Khalid al-Walid mengambil racun itu lalu berkata dengan penuh yakin,"Racun ini tidak boleh membunuh orang selagi belum sampai ajalnya."
Baginya, seseorang itu tidak akan mati tanpa izin dari Allah.
"Racun itu amat berbisa. Sesiapa sahaja yang meminumya boleh mati serta merta," Ibnu Baqilah membantah kata-kata Khalid bin Al-Walid.
Beliau kelihatan yakin. Penutup botol dibuka. orang lain memandangnya dengan cemas.
"Jangan minum racun itu. Ia akan memudharatkan tuan," Yazib cuba menghalangnya.
"Lebih baik buang sahaj racun itu," kata Muthana.
Namun begitu Khalid tetap bertegas mahu meminumya.
"Saya mahu buktikan racun ini tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya dengan izin Allah," ujar Khalid.
Kemudian Khalid berdoa yang membawa maksud,
"Dengan nama Allah yang sebaik-baik nama, Tuhan penguasa bumi dan langit yang dengan namanya racun ini tidak mendatang mudharat."
Selepas membaca doa itu, Khalid mendekatkan botol beracun itu ke bibirnya.
"Jangan minum!" ada suara yang menjerit dnegan tindakannya.
Khalid terus meneguk racun itu dan menelannya.
Orang ramai terpegun. Masing-masing bingung dengan keberanian pahlawan Islam itu. Ibnu Baqilah adalah orang yang paling terkejut kerana Khalid mampu tersenyum dan berdiri selepas menelan racun itu.
"Mustahil tiada apa-apa berlaku selepas meminum racun itu," bisik hatinya.
Mulutnya melopong kerana kehairanan.
"Saya sudah beritahu saudara yang racun itu tidak boleh memudharat sesiapa dengan izin Allah," Khalid Al-Walid mengulangi kata-katanya.
Hebatnya keyakinan para sahabat. Mungkin kita tidak seyakin Khalid untuk bertindak sedemikian. Dengan tindakannya ini, ramai yang memeluk Islam. Subhanallah!
Khalid al-Walid juga seorang yang pandai mengatur strategi peperangan. Dalam peperangan melawan tentera Rom 240 000 tentera. Manakala tentera Islam seramai 40 000 orang sahaja. Jika dikira secara logik mustahil tentera Rom boleh kalah.
Antara rahsianya yang disebut oleh tentera Rom kepada Maharaja Hercules.
"Tuanku, tentera kita berperang dengan satu kaum yang berpuasa pada siang hari dan beraml ibadat pada waktu malam. Mereka berpegang teguh pada janji, saling berkasih sayang sesama mereka bagaikan saudara sendiri. Mereka sentiasa mengerjakan kebaikan dan tidak melakukan kemungkaran," katanya dengan jujur.
"Tentera kita pula suka minum arak, melakukan zina, selalu mungkir janji, suka berbuat jahat dan melakukan kezaliman. Disebabkan itulah kita kalah," tambahnya lagi walaupun suaranya ketakuta dihadapan maharajanya.
Sila lihat video berkaitan di sini
Tamin taja Umi Felda kempen untuk BN
Posted on Thursday, February 21 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Blog Marhaen
Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini diketahui menjadi panaja kepada Roadshow Umi Hafilda.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan muncul pada bila-bila masa, syarikat ini turut memperomosikan BN dengan menampal pelekat 'Pangkah BN' pada setiap botol keluaran syarikat ini.
Pemilik Syraikat Kicap Tamin, Puan Sharifah bt. Mohd Tamin (gambar) adalah merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Siput dan juga AJK Wanita Umno Perak. Jadi tidak hairanlah jika syarikat yang menaja Roadshow Umi Hafilda ini akan juga berkempen untuk Barisan Nasional melalui penjualan produk yang berasas kicap dan sos.
Kepada para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat khususnya di Perak dan bahagian Utara, eloklah mengelak diri daripada membeli produk keluaran Syarikat Tamin penaja Ummi Hafilda dan Umno ini.
Petikan akhbar:
utusan.com.my
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan