Sabtu, 16 Februari 2013

BERANI KAT PEMPUAN...MAKA AKAN HILANG UNDI BAGI KAUM HAWA

Pemuda PAS kerah ahlinya bantu mahasiswa

Harakahdaily, 15 Feb 2013

(Kekecohan berlaku apabila 30 mahasiswa sedang dikepung)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerahkan anggota di sekitar Pekan, Pahang ke Madrasah Darul Husna, bagi membantu mahasiswa yang sedang dikepung samseng.

Ia berikutan sekumpulan 30 mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) dikepung samseng di madrasah tersebut yang merupakan markas PAS.

Menurut maklumat daripada mahasiswa yang berada di sana, sekumpulan samseng mengepung mereka di luar pagar bagi menghalang mereka meneruskan program edaran risalah ke kampung-kampung.

"Pemuda dah dikerah ke lokasi. Semalam mereka dah diserang, pemuda kita ada di sana dan petang kena lagi sewaktu mereka di pejabat PAS kawasan Pekan.

"Insyaallah kita kerah orang kampung dan petang ini juga Ketua Pemuda Kawasan akan pergi ke sana," kata Ketua DPPM, Nasrudin Hassan kepada Harakahdaily.

Beliau juga menasihatkan mahasiswa agar bersabar menghadapi ujian dan tidak gentar meneruskan perjuangan.

(Sebahagian dari mahasiswa yang dikepung dalam madrasah Darul Husna)

"Sebelum ini ANAK diserang kini Mahasiswa,  apa nak jadi dengan politik negara kita?

"Saya nasihatkan rakan-rakan mahasiswa sabar hadapi ujian ini dan jangan gentar untuk terus berjuang menepati idealisme mahasiswa dan lunas demokrasi negara," katanya.

Beliau juga berharap agar pihak polis memberikan jaminan keselamatan kepada mahasiswa.

"Malaysia bukan negara gengster dan mafia. Semoga pihak PDRM dapat bantu memberi hak aman dan selamat kepada mahasiswa G13 di Pekan," katanya.

Sebelum ini, mahasiswa dua siswa dan dua siswi dari kumpulan GM13 diserang dengan parang oleh samseng di Felda Chini 4.

Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat ‘Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan’ dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan.

Terdahulu, seorang aktivis GM13, Ekhsan Bukhari diserang di Kampung Datuk Keramat dalam Dun Pulau Manis.
Aktivis pelajar dakwa ahli Umno tarik tudung di Pekan
 
Dua aktivis pelajar perempuan mendakwa dua ahli Umno menarik tudung mereka ketika mereka sedang mengedar risalah anti-BN di Pekan petang ini.

Norfatehah Ahmad, 23, memberitahu Malaysiakini bahawa dua lelaki itu, yang memperkenalkan diri mereka sebagai ahli Umno, juga bertindak merampas risalah mereka.

NONEKejadian itu didakwa berlaku di pasaraya Mydin pada jam 3 petang.
Menurutnya, kedua-dua lelaki itu juga cuba mengheret mereka ke
bangunan Umno yang terletak beberapa meter dari situ, dengan menarik tangan dan tudung mereka.

"Kami enggan ikut. Selepas itu, mereka menarik lagi tangan saya dan mengugut untuk melakukan sesuatu kepada saya jika saya tidak ikuti mereka," kata pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

"Malah mereka juga menunjukkan penumbuk kepada kami dan memberi amaran supaya kami jangan berada (di kawasan pilihan raya) Pekan. Saya begitu takut dan menangis. "

Selepas memanggil rakan-rakan mereka supaya membantu, kedua-dua aktivis pelajar itu diiringi oleh dua penduduk tempatan dan menyertai semula rakan-rakan mereka 30 minit kemudian.
Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Kamaruddin memberitahu Malaysiakini, kira-kira 20 penduduk tempatan dan anggota PAS membantu membawa mereka ke sebuah madrasah yang juga merupakan bilik gerakan PAS.

NONEDalam SMS kepada Malaysiakini,  Ahmad Syukri bagaimanapun mendakwa sekumpulan lebih 50 orang yang datang menaiki kereta dan bermotosikal bertindak mengepung madrasah itu.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut beredar dari madrasah dan menunggu di jalan masuk, selepas lebih ramai penduduk datang membantu pelajar berkenaan.

Ahmad Syukri memberitahu bahawa mereka berjaya mendapatkan sebuah bas untuk membawa pelajar keluar dari Pekan malam ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Ahmad Syukri berkata mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur "atas sebab keselamatan".

"Kita akan buat berbincang mengenai isu ini," katanya.

Menurutnya, mereka akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan sebuah bas dan dua buah kereta kira-kira jam 10 malam ini.
Sebelum itu, Ahmad Syukri mendakwa kira-kira 30 penyokong Umno bertindak merampas dan membakar risalah itu yang bertajuk 'surat dari mahasiswa untuk warga Pekan.'

Katanya, salah seorang penyokong Umno itu mahu mereka meninggalkan Pekan pada hari ini juga.

Menurut Ahmad Syukri lagi, lelaki itu mengherdik mereka dengan berkata: "Ini tempat PM kami. Kita jaga tempat ini. Kamu berambus dari Pekan sekarang juga.
Nota: Laporan tambahan oleh Abdul Rahim Sabri 

 
  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 559 orang pelanggan
    Akibat percaya pada doktrin sesat UMNO, ada melayu yg lupa asal usul mereka...berlagak kuat pada yg lemah, berlagak samseng bila ramai.. tapi mereka sebenarnya bangsa yg paling lemah kerana mudah terpedaya dgn tipu muslihat UMNO....
    • Huzaimi Hashim · Pengulas Tertinggi · Kampong Baharu Cheras Batu Sembilan, Negeri Sembilan, Malaysia
      Cis samseng taik minyak. Berdebat takut, nak pukul orang sj tau...akai takdak...
    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 559 orang pelanggan
      Huzaimi Hashim.. serang dari belakang bukan budaya melayu.. tapi UMNO..
    • Uwajin Suprato · · Pengulas Tertinggi · Eksekutif Kanan di Kuala Lumpur, Malaysia
      Aku akan ajar puak2 UMNO ni jika mereka berlebih2 dengan tindakan mereka. Pihak Polis jangan memandang sepi dalam hal ini. Dah la UMNO sasau, jangan pulak pihak Polis yg gaji mereka dibayar dari hasil pembayar cukai boleh tutup sebelah mata dalam hal ini...........are u ready to fight yesssssssssss........are u ready for BN.............butuh hang.......maaf kerana UMNO dah melampau......mana boleh tahan.
    • Huzaimi Hashim · Pengulas Tertinggi · Kampong Baharu Cheras Batu Sembilan, Negeri Sembilan, Malaysia
      Kekejaman dan ketidakadilan bn amat jelas...pemimpin2 umno hanya berdiam diri(altantuya, teoh beng hock, ahmad sarbini, sugumaran dll belum lagi terbela).....kini samseng umno bermaharalela....polis tutup mata...
    • Abd Khadar Karim · Tuaran
      perasaan ko ja tu melampau. kitorang ni hidup aman damai dibawah kerajaan umno. hidup umno...
    • Huzaimi Hashim · Pengulas Tertinggi · Kampong Baharu Cheras Batu Sembilan, Negeri Sembilan, Malaysia
      Ribut taufan, hang cakap pakai fakta ka pakai auta? Hang ada solid hard fakta? Jgn main serkap jarang...hahaha....
    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi · 559 orang pelanggan
      Abd Khadar Karim Sebab nko adalah pendatang haram yg diberi IC oleh UMNO...
    • Bin Jai
      berambus ko abd khadar karim...base pendatang nih...blah ko...
    • Inginkan Kebenaran · Pengulas Tertinggi · Kolej bandung
      Bak pesanan PM yg tersayang kepada Pakatan Rakyat "Jangan buat rusuhan sekiranya kalah pada PRU13" itulah katanya kepada penyokong Pakatan Rakyat.. Alahai, tepat sekali pesanan PM ini, lom kalah lagi dah buat rusuhan. Lepas PRU13, boleh istiharkan MAGERAN ler kan. Tahniah kpd pemuda-pemuda UMNO kerana tunjuk berani dgn studen pompuan.
    • Badrul Hisham Abdul Hamid · Pengulas Tertinggi · KOLEJ
      Ramai2 kita tolak BN dan undi pakatanrakyat..
    • Zul Inspira · Pengulas Tertinggi
      Raja Mohd Shahrim umno celaka..celaka laknat wahai umno dajal
    • Hisham Yahya · Pengulas Tertinggi
      nak jadi pejuang mcm mana.kena gertak sikit dah nangis. tgk abe jak siap angkat kain lagi , tu baru betul hero Malaya
  • Md Bashir Alliqa Alvierra · Pengulas Tertinggi · Pondok
    samseng kampung...., nak lawanb oghe tina x de otak ke,
    • Abdul Yahaya · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Makan gaji sendiri
      x bg ke? umngok tu RAJA
    • Man Yong · Pengulas Tertinggi · Pathologist di Self employer
      dasar budak tak reti bahsa...kita pulak dituduh jahat
      woi budak-budak... dah tau orang kampung tak suka korang datang buat apa lah terhegeh-hegeh nak cari pasal, kalau korang datang tempat aku gerenti aku ramas buahdada korang sorang2
    • Mikaelle Senedera
      Man Yong : Bodoh, cakap macam perogol jalanan. Takda moral punya orang
    • Khir Rahman · Pengulas Tertinggi
      Man Yong, ini style amno ke, gerenti u dan ketua mu algib gore akan berkubur bersama dlm PRU 13. ALLAH SWT AKAN BERSAMA DAN MEMBANTU MEREKA YANG DI ANIYAI
    • Sokkeria Hamid · Pengulas Tertinggi · Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia
      Ni kan negara demokrasi....kalau x suka buang ja risalah tu...bg peluang orang lain menilai...
    • Zaidi Dali · Pengulas Tertinggi · Uni Putra Malaysia
      Sebab Man Yong tu BODOH ler dia tulis begitu... :)
    • Yen Wah Lee · Salem High School
      Man Yong ,mulut manyak jahat,itu majam pun berani cakap sebab mau lawan dan menang. kawan ,jaga balasan dari ....... . wa tak berani komen banyak .
    • Jula Juliz · Pengulas Tertinggi · MRSM Beseri
      Jgn dilayan komen man yong iki.. Hempeh heehh
    • Niru Ssb · · Pengulas Tertinggi · Smk simunjan no 1
      Mikaelle senedera.....memangpun.....manusia jenis macam man yong inilah yg ada kat umno-bn.......
    • Jiman Aiman · Pengulas Tertinggi
      man yong tolol dan bahlul...
      pekan tu tempat jin belaan najib/s berkeliaran...kebanyakannya duduk dalam hutan dan atas pokok... mana pernah keluar dan jumpa orang luar.. najib kurung mereka mcm lembu supaya mudah kena tipu... itu pasal bila orang luar datang perangai semua mcm monyet... tak mau duduk diam...
      pemimpin dan penyokong semua bodoh cam lembu nfc... cam najib gak takda telor.. menang undi pun cara haram... itupasal hidup tak berkat... dpt menantu penyangak no. 1... hidup pun diburu hantu.... hantutuya.... puuuiiiiii.....
    • Mohd Salim Mostan · Pengulas Tertinggi · IKM (Insttut Kemehiran MARA Johor Bahru)
      Mikaelle Senedera bermaharaja lela,,tgu pru13 rakyat hukum
    • Mazlan Abd Aziz · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Freelance Inspector
      Man Yong ,ko tak ada anak atau adik perempuan ke? Camna kalau orang buah macam tu kat adik perempuan kau atau kat mak ko..........mungkin ko akan berbangga sebab ko BANGANG.
    • Jiman Aiman · Pengulas Tertinggi
      Man Yong ... pas ni orang pekan jgn dtg tempat orang plak ye.. kalu dtg jugak confirm yg lelaki kena kerat telor dan yang perempuan kena selak kain mcm kak ijat lembu nfc tu ya...

      bangang nak mampus... sampai bila pak jib nak perbodohkan orang melayu terutama melayu2 haprak umno tu ya.... puuuiiii...
    • محمد ءززيزوددين ادريس · · Pengulas Tertinggi
      Man Yong jangan tunjuk lagak mcm kinzir.
    • Higher Commentator · Pengulas Tertinggi · University of Life
      Man Yong.... Jangan layan mamat cibai ni.
    • Asraf Wan Zul · Technition di Tenaga gemilang automobil sdn.bhd
      Man Yong :jngan cakap guna kebodohan anda....
    • Lutfi Ahmad · Ikip
      Man Yong... Jom kita ramai2 doa bagi man yong jadi katak..!
    • Abd Khadar Karim · Tuaran
      caya la man yong.
    • Ahmad Aidil · · Mecca, Saudi Arabia
      Man Yong nak berhujah gunalah akal..beza binatang dengan manusia adalah akal.. kalau hujag guna otak, samalah dgn binatang..sbb binatang xada akal...
    • Bin Jai
      Man yong.....meh sini aku tarik kote ko...celaka ko...mmg umno jenis giler seks....
    • Bin Jai
      Man Yong ko mmg jahat...jenis manusia gile seks...puiiii
    • Hassan Basiron · Tawau
      wah!!!!!! Man Yong ini sudah lebih mai ramas buahdada plk.... u punya perut banyak bosat ho. haha.
    • Benz Yusof · · Sabah, Malaysia
      biasalah, umno punya komen.
      memang umporno..
    • Rosihan Ismail Al Marisi · Pengulas Tertinggi · Charleroi
      celaka betoi man yong ni
    • Mohd Ramlee · Pengulas Tertinggi
      Mikaelle Senedera ,dia binatang belaan umno
    • Jans Faizal · Pengulas Tertinggi · Racer di TRD
      Man Yong Butuh Pak Hang!
    • Cleo Petra
      ini kali lah TUKAR
    • Abedee Dee · Sek pondok-pondok
      lepas ni jgn layan man yong tuu..kesian dia..bertambah giloooooo
    • Badrul Hisham Abdul Hamid · Pengulas Tertinggi · KOLEJ
      Man Yong bodoh negara demokrasi bebas bersuara dimana2..hang tak faham demokrasi kah..masuk tadika balik lah bodooh..
    • Pantai Timor · Pengulas Tertinggi · -
      Man Yong : Kalau begitu perangai kau, samalah macam orang yahudi..bacalah sejarah dimana orang yahudi memalukan wanita islam..selepas itu berlaku pembunuhan dan peperangan diantara orang islam dan yahudi di MADINAH...jangan jadi jahil sangat...
      Nak sokong UMNO tak salah tapi jangan yang JAHAT pun sokong jugak...
    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Man Yong. Si gendut ni ambil photo pada imej 'obesity guy'. Tapi memang keadaan sebenar dia memang gendut boroi pun! Itulah watak si pencacai umno taraf BR1M. UMNO NAZAK!!!!
    • Md Bashir Alliqa Alvierra · Pengulas Tertinggi · Pondok
      Man Yong ; mu besak perut dari kepala, banyak taik dari otak, kena fikir le yg mu tuu x guna akae di kepala, tuhan suruh guna akal kat otak..., amacam kalaa mak mu kena ramas samaa, sebab tuu mu kena gi ngaji agama, ...jgn jadi macam najib tuu pi ngaji kat pope paul, gi zikir kat Psy.... mu x reti tobat ke
  • Kamarul Azman Sapian · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Labourer/Machine Operator
    siapa yang mengajar dan mendidik Melayu jadi KURANG AJAR DAN BIADAP.Ingat ah pencacai umno sekeian bahawa bumi ini ALLAH SWT yang punya bukan NAJIB/UMNO yang punya.
  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    Knape sejak 2 menjak ini, ahli2 umno semakin biadap?? Knape agaknya semakin mereka berperangai mcm org jahiliyyah, didlm era & alaf baru nih?? Dah buang tabiat nak mampus ker?? Bangang sungguh. Klau betul nak kojol pun tunggu lah time2 PRU13 nnti, jgn buat perangai mcm org hilang akal! Hangpa buat mcm ni, semakin la undi utk hangpa hilang, baguih sesangat!!...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Betul lah kata org alim, 'klau baik yg diatas, maka baik jugak yg dibawah. Klau buruk yg diatas, maka buruk jugak yg dibawah'. Inilah yg berlaku dlm umno skrg nih....
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Tarik tudung ini adalah tanda perangai terlampau kurang ajar. Rasa2nya aku nak bagi penampar sj seko2 tu. Dgn perempuan berani lah. Siapa yg jadi ketua umno Pekan tu, nasihat sikit geng2 bangang kamu nih...
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      "Ini tempat PM kami. Kita jaga tempat ini. Kamu berambus dari Pekan sekarang juga."
      Woi samdol, PM tu ketua gengster ker, smpai tempatnya kamu nak kena jaga mcm tempat gengster? Pekan ke, kl ke, kb ker, semua ini adalah negara malaysia, bukan kawasan gengster. Klau kamu anggap Pekan itu tempat gangster, kamu silap tempat. Kamu bukan hanya memalukan diri kamu, kamu juga memalukan seluruh kem umno. & yg lagi penting, kamu juga telah menampal lumpur dimuka PM kesayangan kamu...
    • Higher Commentator · Pengulas Tertinggi · University of Life
      Ni tanda depa nak kalah. Tu sbb depa bertindak macam samseng. Kalau depa rasa depa kuat depa tak buat dah lagu tu. Bagus la dan buat la selalu supaya cepat parti bangsat ni jadi bungkus nasi lemak. Seluruh dunia tau dah. Jelas2 yang jadi pengikut PM ni orang2 bodoh yang tak tau saikologi. Lagi cepatla hampa jatuh. Selamat Bersamseng.
    • Bin Jai
      celaka...umno parti samseng dan pangganas....
    • Badrul Hisham Abdul Hamid · Pengulas Tertinggi · KOLEJ
      Kurang ajar betul..manusia tiada akhlak..mereka diajar oleh ketua mereka..
    • Sulaiman Mohd Daud · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      salam. Jangan makan duit haram, jangan ambil hak orang, jangan merasuah.....akibatnya hati tu keras dan mati utk kebaikan. Fikiran jumud dan taksob dgn bangsa dan kroni. Fikir2kanlah
    • Syrayhan Ahmad · · Pengulas Tertinggi · UiA
      Wan Adib Wan Roslan Dalam pas atas bawah tak baik....
    • Syrayhan Ahmad · · Pengulas Tertinggi · UiA
      Wan Adib Wan Roslan Saya tak cayalah org UMNO buat gitu...mesti gimik dr pr....
  • Pas Kaw Batu Pahat (Offical)
    Sopo Wong Batu Pahat, yok melebu masuk neng jero. Sesok nek eneng koyo iki neg batu Pahat, iso bincang peye arek ngaie..maksudnya: Siapa org batu pahat, dijemput masuk, besok lusa kalau ada umno buat mcm ni kat batu pahat, kita boleh bincang sama2 kat sini
    • Czar Mull · Pengulas Tertinggi · Bekerja di RF TELECOMMUNICATION consultant
      kulo wong bagan semerah..iso join ..nek banyak hal kulo sempiok..ojo seng ora ora..
    • Marto Petok · Pengulas Tertinggi · UPM Serdang
      podo karo kulo. nek eneng koyo iki neng kene, kulo mboten meneng waei. aku bersedia ikut arahan pihak atasan, sabar ono watese, langgar pun bole. biar mati utk kebenaran jgn takut mati utk menegakkan kebenaran. Lilllahi Taala.
    • Satu Dua · Pengulas Tertinggi
      bahasa jawa halus atau atau biasa atau campur-campur ni?
    • Belangkon Jb · 43 years old
      nek terra eh wani tenan yok mateni cino-cino ,uwong2 ireng .'.kalimah Allah perlu diperjuangkan' waniney neng keney waeh, waniney podo bangsaney dewe..
    • Mohd Mokhtar Saem · Sekolah Menengah Dato' Sulaiman
      aduhai...jawa bila ditaipkan,aku jadi payah nak paham pulak...ehehehe...apa pon,kesamsengan mereka semakin terserlah akhir2 ini...semakin berani....inilah musuh islam..org islam itu sendiri...tok sah citer pasal demokrasi...yg samseng ni bukan paham pon...
    • Che Mustopha Che Musa · Pengulas Tertinggi · SMK Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan
      haji najib tolong gi pekan ,anak 2 buah mu dah mengila klu mu tak nak kalah di pekan .kepada mat2 tentera tolong perhatikan perangai mereka ,dan kamu terjemah dalam pr nati
  • Aida Murni Jasin · Pengulas Tertinggi
    Haram jadah perkataan yang dikeluarkan oleh Najib. Haram jadah juga pada puak umno ini. Sanggup bully orang perempuan.
    • Johan Mansor · Pengulas Tertinggi
      tangan yg tarik tudung tu memang tahan api neraka
  • Jackson Lee · Pengulas Tertinggi · New York, New York
    bagus... pasti najib hilang banyak undi dari perempuan se Malaysia .... apakata Umno Wanita , MCA amoi ? takan tak tolong wanita sendiri ? talik tudung perbuatan yang paling biadap disisi agama org islam.... dan kawan si Man Yong hendak ramas buah dada org pulak ? kan lagi baik ramas buah dada lembu kat lagi baik... dapat gaji dan jugak free susu ... kalau tak suka gi ramas buah mak hang sungguh2
  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi · 253 orang pelanggan
    SYAITAN mana boleh tengok orang senang.

    Siapa yang ajar nie?

    "Lebih baik berkawan dengan SYAITAN yang dikenali dari MALAIKAT yang tak dikenali." Mahathir 2012.

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!
    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      Samseng memang budaya tegar umno. Ketua wanitanya singsing lengan, angkat kain nak bergaduh kununnya di PWTC. Si Denan Yaacob MB Pahang, tunjuk isyarat lucah dan punggung masa PRK tapi polis tak tangkap pulak. Jadi tak hairan kalau ahli2 umno jadi super samseng. UMNO NAZAK!!!!!
  • Sabtu Ahad · Pengulas Tertinggi · UKM(Kej Awm)
    ameno sudah jadi samseng!
  • Shahrial Pilihan Sulaiman · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Abdul Jalil, Hulu Langat, Selangor
    orang orang pekan aku nak nasehat pada kalian semua khusus buat perlimen pekan. saya itu hari datang melihat bandar pekan pembangunan langsung x ada hotel jgn kan 5 bintang 1/2 bintang pun x ada dan pekan ini kawasan najib . pekan ibarat sebuah bandar hantu jam 7 mlm suasana sunyi sepi bagi saya sangat memalukan dgn pembangunan di pekan ini. dan dimana tanggung jawab seorang ahli perlimen yg bernama datuk seri najib abdul rajak . banyak saya lihat rumah penduduk yg daib miskin kais pagi makan pagi kais petang makan petang inilah kehidupan penduduk pekan sangat 2 memalukan terhadap PM najib rajak . bagi samseng 2 upahan umno/bn sedarlah kamu dan pikirkan nasib anak cucu kita yg akan datang kalau x kita yg merubah siapa . jgn kita berharap pada pemimpin umno/bn mereka ini tidak akan memperdulikan kita dan mari kita tukar umno kepada pakatan rakyat yg membawa kebahagian hidup untuk selamanya
  • Steve Ng · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Sekarang baru ternampak orang Umno yang busuk hati dan tidak berpegang kepada agama mereka. Inilah hasil pengaruh Dr Mamak Mamad Gaddafi. Orang Umno sendiri di kawasan Parlimen Najib berperangai sebegitu angkuh sekali. Apa gunanya kita menyokong lagi Umno?
  • Benz Yusof · · Sabah, Malaysia
    Ni ka cara UMNO berhadapan dengan Mahasiswa?
    macam ni ka keadaan kawasan Najib Razak..
    seorang pemimpin negara..
    memalukan
  • Monster Crab · Pengulas Tertinggi · 41 years old
    Beruk ni ajaran DUN dan MP Pekan. Siapa MP Pekan yg banggang nak mampos suruh samseng pukul pompuan? Nak jawab tak? Nak jawab tak? Najab jawab tak? Haramjadah!!!
  • Aduka Ceria · Pengulas Tertinggi · Pembantu perputakaan di Pesara Kerajaan
    lembu bila kena sembeleh bila nak habis nyawa macam tu lah keadaan nya.demikian hal nya dengan Uuuumno
  • Hj Dolmat · PASTI
    pemimpin bodoh...pengikut pun bodoh
    pemimpin songlap...pengikut biadap
    pemimpin kencing berdiri..pengikut kencing berlari
    inilah wajah umno masa kini....hilang akal budi....hilag maruah diri...
    inilah wajah2 syaitan yang dikenali.
  • Rajan Raj · Pengulas Tertinggi · University of pluto
    najib patut malu.. ini ka negara aman? guna samseng utk ugut... rakyat kena faham tindakan terdesak BN... semakin hancur... memang biadap!!! tunjuk kejantanan kamu di PRU13.. bukan pada perempuan.. pondan namanya...
  • Suhaimi Mie · Pengulas Tertinggi · Technical University of Madrid
    tarik tudung pastu tarik tangan dgn paksaan.. inilah sikap dan perangai zionis di Palestin.. tapi ni kat malaysia.. persamaan tetap sama.. zionis2 melayu nie cukup kurang hajar.... bertuhankan PM!
  • Cokelat Sedap Dimakan
    itulah yang dinamakan mahasitua gila. tak insaf kedirri.terpedayya dg dakyah al juuuu........i. nak tengok. geng2 ni boleh tahan laman mna?
  • Leftenan Nan · Pengulas Tertinggi · Statsaut. ejendomsmægler di KGB
    Amat sesuai sekarang nama UMNO di terjemah seperti ini............U-nited M-ONKEYS N-ational O-rganisation kerana sikap buas mereka sama seperti monyet dan bukan lagi seperti orang melayu yang sopan dan berbudi bahasa...
  • Abu Muhammad Amir Al-Amin · Pengulas Tertinggi
    Untuk Pemuda-Pemuda UMNO PEKAN jika nak biadap jangan buat pada kaum HAWA buatlah BIADAP pada KAUM ADAM...buatlah biadap pada aku menatang berayok...tulisan ini aku tujukan pada PEMUDA UMNO PEKAN...

PAS Pekan bantu mahasiswa sewa bas balik KL

Harakahdaily, 15 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang dikepung samseng di sebuah madrasah di Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur menggunakan bas yang disewa PAS Kawasan Pekan.
Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menghubungi Harakahdaily jam10.30 malam ini berkata pelajar sedang menaiki bas untuk bertolak ke Kuala Lumpur sambil diiringi polis sehingga ke Gambang.

“PAS Pekan sewa sebuah bas RM1,600 untuk hantar pelajar ke terus ke KL, polis iring sampai Gambang,” katanya.

Petang tadi, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerahkan anggota di sekitar Pekan, Pahang ke Madrasah Darul Husna, bagi membantu mahasiswa yang dikepung samseng.

30 mahasiswa dikepung di madrasah tersebut yang merupakan markas PAS.

Menurut maklumat daripada mahasiswa yang berada di sana, sekumpulan samseng mengepung mereka di luar pagar bagi menghalang mereka meneruskan program edaran risalah ke kampung-kampung.

"Sebelum ini Anak diserang kini mahasiswa,  apa nak jadi dengan politik negara kita?

"Saya nasihatkan rakan-rakan mahasiswa sabar hadapi ujian ini dan jangan gentar untuk terus berjuang menepati idealisme mahasiswa dan lunas demokrasi negara," kata kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Beliau juga berharap agar pihak polis memberikan jaminan keselamatan kepada mahasiswa.

"Malaysia bukan negara gengster dan mafia. Semoga pihak PDRM dapat bantu memberi hak aman dan selamat kepada mahasiswa G13 di Pekan," katanya.

Sebelum ini, mahasiswa dua siswa dan dua siswi dari kumpulan GM13 diserang dengan parang oleh samseng di Felda Chini 4.

Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat ‘Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan’ dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan.

Terdahulu, seorang aktivis GM13, Ekhsan Bukhari diserang di Kampung Datuk Keramat dalam Dun Pulau Manis.

Demokrasi apakah ini?

Abu Umar,
Tidak pernah terlintas di fikiranku seorang Perdana Menteri yang dipilih atas landasan demokrasi boleh mengugut dan merasuah rakyatnya di atas pentas kerajaan. Seolah-olah kerajaan ini parti dia yang punya. Seolah-olah kakitangan awam itu semuanya dibayar gaji dan pencennya oleh Barisan Nasional. Seolah-olah dunia ini akan kiamat jika bukan BN yang menang? Demokrasi apakah ini?

Sewaktu belajar di Ireland, aku melihat integriti dan professionalisme yang tinggi. Ireland mempunyai sejarah hitamnya yang tersendiri. Fanatik Kristian Protestan dan Katholik membawa kepada implikasi sosiopolitik yang hakikatnya merumitkan  demokrasi. Namun, isu-isu kepartian hanya menonjol sewaktu pilihanraya dan isu-isu yang ditonjolkan melambangkan idea dan gagasan yang diperjuangkan, jauh sekali slogan ataupun janji-janji manis  jalanraya ataupun stadium apatah lagi serangan peribadi mahupun ugutan-ugutan yang tidak dapat diterima oleh akal-akal yang memahami hak dan kebebasan individu yang dibela oleh prinsip demokrasi.

Demokrasi menekankan hak dan kebebasan individu untuk memilih. Hari ini, hak dan kebebasan tersebut dikawal sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Rakyat diberitahu berulang-ulang kali bahawa mereka sahajalah yang membawa pembangunan, mereka sahajalah yang berjuang demi kemerdekaan, mereka sahajalah yang bertungkus lumus menjana ekonomi negara, mereka sahajalah yang bekerja di agensi kerajaan. Rakyat tidak diberi pilihan yang seluasnya, media arus perdana dilacur habisan sehinggakan timbul satu kefahaman di mana yang baik itu datangnya dari Barisan Nasional dan yang lemah serta pincang itu datangnya dari parti selainnya. Demokrasi apakah ini?

Harus difahami konsep demokrasi yang sebenarnya adalah untuk membentuk sebuah pemerintahan yang membawa keuntungan kepada pemilih iaitu rakyat. Demokrasi tidak memberi sebarang pemberat kepada parti politik sebaliknya penekanan utama adalah rakyat diberi kebebasan maklumat dan hak untuk memilih. Hari ini, kebebasan tersebut dicabul oleh BN dengan sewenangnya. Ahli politik lebih berkuasa daripada pegawai kerajaan walhal seharusnya tugas ahli politk adalah mewakili rakyat dan menggubal dasar dan bukannya mencampuradukkan urusan tadbir negara demi kepentingan mereka ataupun parti.

Oleh itu, bukan tugas ahli politik untuk menentukan di mana jalanraya perlu dibina, kerana kalau lah sememangnya tugas ahli politik, maka BN seharusnya dibuang jauh-jauh dari peta politik Kelantan. bancian penggunaan jalan raya oleh kementerian kerja raya telah berkurun menunjukkan bahawa rakyat Kelantan berhak kepada  lebuhraya, namun diketepikan oleh pemimpin BN untuk dijadikan rasuah pilihanraya. Demokrasi apakah ini?

Sistem pendidikan negara adalah mangsa kerakusan BN. Sekolah-sekolah umpama bilik gerakan BN, digunakan sewenangnya untuk terus menguasai fikiran rakyat. Polemik PPSMI yang tidak berkesudahan hanya menunjukkan kelemahan BN untuk merancang agenda pendidikan yang utuh demi rakyat. Sebaliknya BN tidak mahu rakyat yang berilmu, berfikiran terbuka, kritis, analitikal ataupun sekurang-kurangnya faham apa itu demokrasi. BN hanya mahu rakyat yang boleh ditipu oleh pembaca berita Buletin Utama dan boleh diperkuda sebagaimana BN memperkuda warga pendidik untuk hadir ke program-program mereka. Aku cukup sedih dengan warga pendidik yang merupakan kakitangan awam paling ramai di Malaysia tetapi seringkali dipergunakan oleh BN sehinggakan permohonan tukar tempat kerja pun memerlukan sokongan BN. Walhal, BN yang sepatutnya menagih sokongan mereka. Demokrasi apakah ini?

Di universiti, kebebasan ahli akademik dibataskan hanya pada dewan kuliah dan makmal sahaja. Pelantikan professor dikawal sepenunya oleh ahli-ahli politik. Di barat, aku melihat ahli akademik disanjung atas kredibiliti dan integriti mereka, muncul dengan bebasnya di media dengan kemantapan idea dan hujah  tanpa mengira pendirian parti yang memerintah . Malangnya, di tanah tumpah darah ini, hanya ahli akademik yang mereka golongkan  sebagai "orang kita" sahaja yang ditonjolkan. Natijahnya, lahirlah yang mahasiswa yang kaku, menunggu untuk disuapkan, tiada kreativiti mahupun inisiatif dan mandulnya dunia akademia.

Di Kementerian Kerja Raya pula, mesyuarat mereka umpama mesyuarat parti. Projek hanya dijalankan di kawasan BN dan pencalonan kontraktor perlu mendapat restu wakil rakyat BN. Natijahnya, projek dianugerah kepada konco BN yang tidak pernah membina sebatang jalan ataupun sebuah rumah pun sebelum ini, inikan pula nak bina jambatan atau bangunan sekolah. Tengok sahaja pada projek makmal komputer, berapa peratuskah yang berjaya tetapi berapa keratkah yang dipanggil spr? Tengok sahaja pada Jambatan Sultan Yahya Petra, berapa tahun baru siap? Itupun setelah beberapa kali tukar kontraktor dan berapa juta kos meningkat? Namun, atas sebab PRU semakin dekat,  diseparuhsiapkan juga.

Terkini, para pemimpin BN dengan bangganya menjaja pemberian BR1M sebagai usaha BN walhal wang tersebut adalah wang rakyat. Cukup meloyakan apabila tanpa segan silu mereka berdiri di atas pentas-pentas kerajaan, mengakui pemberian tersebut adalah daripada BN sempena pilihanraya. Kewajaran pemberian tersebut tidak dipersoalkan sama sekali. Di Ireland, pemberian sebegini termaktub sebagai hak rakyat dan bukannya pada simpati mana-mana parti. Malah, pemberian tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan mereka membebaskan rakyat daripada kemiskinan. Berbeza dengan BRIM yang bersifat once off, BN sekali lagi menonjolkan kerakusan mereka kepada kuasa seolah mereka tidak akan mati. Mereka hanya mahukan undi, mereka tidak mahukan masyarakat yang maju dan berdaya saing. Mereka hanya mahu pulang tidur lena memikirkan duit rakyat yang telah ditabur untuk undi yang mereka tidak pernah layak

Tulisan ini mungkin tidak berkesudahan, sebagai penjawat awam aku sudah muflis kosa kata untuk dicoretkan bagi menggambarkan betapa hancur luluhnya hati ini melihat BN yang selama pemerintahannya telah gagal mengurus tadbir negara ini dengan baik. Harus diingat segala pencapaian negara selama ini, di sebalik kelemahan dan ketamakan BN, hanya menunjukkan betapa besarnya potensi yang kita miliki untuk maju. Oleh itu, aku menyeru atas nama demokrasi, buanglah BN daripada kerajaan. Jauh di lubuk hati, penjawat awam terutamanya menyedari hakikat kezaliman BN terhadap rakyat Malaysia. Oleh itu, marilah kita bersama bangkit melawan kejahilan BN terhadap prinsip dan nilai demokrasi. This is it!

Nube tuntut adik Najib selesai isu pekerja CIMB

Khairil Abdul Rahim, 15 Feb 2013

Kumpulan Nube berhimpun di hadapan CIMB Temerloh hari ini hingga menarik perhatian banyak pihak.

TEMERLOH: Kira-kira 100 anggota National Union of Bank Employees (Nube) dari seluruh negara hari ini mengadakan perhimpunan aman di hadapan CIMB Cawangan Temerloh bagi mendesak Datuk Seri Nazir Razak menyelesaikan beberapa tuntutan mereka.

Kumpulan yang diketuai Setiausaha Agung Nube, J.Solomon yang berhimpun sekitar jam 11.45 pagi itu antara lain menuntut diberi perhatian soal gaji, kebajikan dan faedah perubatan kakitangan CIMB daripada kumpulan pengurusan diketuai oleh adik Perdana Menteri itu.

Dalam perhimpunan yang berlangsung selama 45 minit itu turut dipamerkan beberapa sepanduk yang tertera mesej-mesej yang cuba disampaikan kepada orang ramai yang secara kebetulan berhadapan dengan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Temerloh.

Kebanyakan sepanduk tersebut ditujukan kepada pihak pengurusan CIMB terutama kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Nazir Tun Razak.

Antara lain kelihatan sepanduk “Abang sulung janji ditepati, adik bongsu janji dimungkiri”, “Adik PM menipu pekerja”, “CEO CIMB restu PMS tipu ahli” dan “PM’s brother exploit workers”.

J.Solomon dalam ucapannya berkata, terdapat 27 aduan yang dituntut pekerja di peringkat bawahan masih tidak dapat diselesaikan, malah tidak diendahkan oleh pengurusan CIMB.

Menurutnya, beberapa tuntutan lain termasuk bonus kakitangan bawahan gagal diselesaikan sedangkan pengurusan tertinggi menerima faedah yang melampau.

“Antara kekecewaan lain termasuklah kes seorang kakitangan yang sedang hamil empat bulan diherdik hingga pengsan kerana enggan mematuhi arahan pihak atasan,” katanya.

J.Solomon berkata, mereka telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia bermula di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Menurutnya, Temerloh adalah destinasi kedua selepas Karak dan mereka turut akan mengadakan himpunan aman selepas ini di Maran, Kuantan dan Pekan.

Umno harta dan wang rakyat (video)

http://pasdunbaturakit.blogspot.com/, 15 Feb 2013
Lihat http://www.youtube.com/watch?v=W7FShXnDX0Q&feature=player_embedded#!

Menarik: Najib, Anwar bakal bertembung di Kajang 17 Feb

http://omakkau.blogspot.com, 15 Feb 2013

PERISTIWA MENARIK!!!!... NAJIB DAN DSAI BAKAL BERTEMBUNG DAN BERTEMU MUKA DIMAJLIS RUMAH TERBUKA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2013 ANJURAN DONG JIAO ZONG DI NEW ERA COLLEGE, SEKSYEN 10, JALAN BUKIT, KAJANG, SELANGOR, PADA HARI AHAD 17HB FEBRUARI 2013 JAM 11 PAGI !!!!!

Baca di sini.

Tiada ulasan: