Ahad, 24 Februari 2013

YANG PENTING DUIT RAKYAT...PATUT DULU2 DAH BAGI....MALAH BAGI DALAM JUMLAH AGAK LUMAYANLAH...KENAPA SEKARANG NAK BAGI...KERANA DAH NAK KALAH ATAU RAKYAT DAH MELUAT KERANA KERJA YANG TAK MEMUASKAN

Jangan lupa pulang untuk mengundi dalam PRU nanti

Anis Nazri, 24 Feb 2013


(Tuan Guru Nik Aziz berkata sesuatu kepada anggota Parlimen Gombak dalam pertemuan dengan anak Kelantan di Hulu Kelang)

GOMBAK: Hampir 1,000 wanita menyertai Himpunan Wanita Kelantan di Perantauan yang diadakan di Pusat Bandar Taman Melawati, petang semalam.

Himpunan yang bermula jam 4 petang itu penuh dengan  pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz spontan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, cabutan bertuah serta pameran berkaitan negeri Kelantan.

Dengan cuaca yang begitu baik, tidak panas dan tidak hujan, majlis  bermula dengan soalan-soalan kuiz berkaitan Kelantan yang penuh dengan suasana santai dan bersahaja.

Kehadiran penyanyi Aisyah turut mencuri perhatian para hadirin apabila beliau hadir untuk mengikuti program Bicara Selebriti yang dihoskan tokoh motivator muda, Amin Idris.

Selain Aisyah, turut menjadi panelis di ruang Bicara Selebriti itu bekas senator, Mumtaz Md Nawi.

(Antara wanita Kelantan yang memenuhi majlis pertemuan)

Majlis diselang-selikan dengan soalan kuiz serta cabutan nombor bertuah yang menyediakan hadiiah berbentuk hamper dan barangan elektronik.

Malah, para hadirin turut disediakan kuih tradisional negeri itu, akok secara percuma, selain kanak-kanak diraikan dengan kaunter aiskrim buat mereka.

Menjelang jam 5.30 petang, ruang bazar tersebut terus dipenuhi para hadirin, termasuk lelaki yang begitu teruja menantikan kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ternyata, kehadiran susuk tubuh kecil tokoh ulama itu pada jam 6.30 petang begitu diraikan apabila beliau disambut oleh para hadirin dengan laungan takbir yang bergema.

Tidak berucap panjang kerana sudah menghampiri waktu maghrib, Mursyidul Am PAS itu mengingatkan hadirin di perantauan untuk pulang mengundi ke Kelantan bagi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan.

Beliau kemudiannya menunaikan solat maghrib berjamaah dengan para hadirin sebelum berjamu selera dengan menu gulai kawah yang begitu sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Turut serta pada himpunan tersebut beberapa pimpinan exco kerajaan negeri, selain ahli-ahli dewan undangan negeri (Adun) Kelantan.

Himpunan itu juga turut diraikan ahli parlimen Gombak, Azmin Ali, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, dan  Adun Batu Caves, Amiruddin Saari.

BR1M: Bersumpah mengundi BN, jawapan Ustaz Azhar

Harakahdaily, 24 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Apabila Ustaz Azhar Idrus bercakap mengenai pemimpin zalim yang menyelewengkan duit, kadang-kadang beliau tidak menyebut pun Umno BN tetapi puak-puak itu yang menggelabah lebih.

“Ya lah dah memang betul kena tepat kat batang hidung kan,” demikian ulas pelayar Youtube mengenai jawapan Ustaz Azhar berhubung penerima BR1M yang disuruh bersumpah mengundi BN dalam pilihan raya umum nanti.

Penjelasan Ustaz Azhar, lihat di sini.

500 profesional muda berkumpul bincang bantu PAS

Harakahdaily, 24 Feb 2013

(Antara peserta dan pemimpin yang berkumpul)

MARANG: Hampir 500 profesional muda berkumpul di Qurrata Inn Riverside Resort bagi membincangkan sumbangan mereka kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS itu turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

(Ustaz Hadi yang memberikan uacapan penting untuk golongan profesional ini)

Tuan Guru Abdul Hadi telah memberikan amanat dan panduan kepada mereka bagi mempastikan perjuangan Islam di negara ini terus diterima rakyat.

Program yang di namakan Xpresi Profesional Muda 2.0 hari ini berlangsung dengan jayanya.

Ia disertai oleh para jurutera, doktor, akauntan, peguam dan pelbagai profesion lagi yang bersedia memberikan komitmen untuk membantu rakyat.

Turut berucap adalah Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (gambar kanan).

Kejayaan mengumpul mereka membuktikan komitmen golongan profesional untuk mempastikan agenda pembangunan Terengganu selepas pilihan raya umum berjalan dengan baik.

Antara program besar yang dicadangkan PAS jika menang PRU ini adalah membina lebuhraya pesisir pantai dari Kemaman ke Besut.

Lebuhraya ini bakal mempunyai lima pusat hentian pelancongan yang akan dijadikan pusat pertumbuhan baru untuk negeri Terengganu.

Ia juga disasarkan bakal menghasilkan 17,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu.

Ribuan dengar Anwar di Kg Tiong

Harakahdaily, 24 Feb 2013


(Anwar bercakap dengan penduduk Kuala Terengganu di Kg Tiong malam tadi)

KUALA TERENGGANU: Berpuluh ribu rakyat Terengganu berhimpun di Kampung Tiong dekat sini malam tadi bagi mendengar ucapan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka berkumpul untuk mendengar kupasan-kupasan politik terbaru yang berlaku di negara ini dari mulut tokohnya sendiri.

Turut hadir dalam himpunan ini adalah para pemimpin PAS negeri termasuk Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali.


Ke Kedah

Selepas ke Terengganu, Anwar akan ke Kedah pula hari ini.

Di Kedah, Anwar akan ke majlis Hi-Tea di Pekan Tikam Batu, Sungai Petani, tazkirah Maghrib di Masjid Kuning, Sungai Layar Hujung, Sungai Petani.

Pada sebelah malamnya, beliau akan menyertai ceramah perdana Taman Kempas Fasa 2, Sungai Petani dan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian, Ambangan Height, Lembah Jerai.

Pastikan nasib OKU terbela pasca PRU-13

Harakahdaily, 24 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Semua warga orang kurang upaya (OKU) Malaysia dijemput menyertai dialog OKU menjelang pilihan raya umum akan datang bagi mempasti nasib mereka terbela pada pasca PRU nanti.

Dialog ini akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Selangor 3 Mac ini dari 10 pagi hingga 2 petang.

Demikian beritahu Mohammad Faizal Che Yusof (gambar), Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU PAS.

Dialog ini diadakan bagi meneruskan usaha kempen kesedaran awam terhadap potensi dan keperluan OKU, katanya.

Forum OKU pra PRU tersebut dirancang sebagai mendekatkan OKU, dan orang awam kepada fungsi dan peranan sekretariat dalam memperjuangkan hak-hak OKU sebagaimana intipati Al-Quran dan Hadith Rasul Allah SAW, jelasnya.

"Apatah lagi suasana ambang PRU kini amat penting untuk setiap warga OKU, keluarga yang mempunyai ahli keluarga OKU dan setiap orang awam yang prihatin untuk sama-sama mengikuti dan menyumbang fikiran kea rah merencana dan melaksanakan pembangunan OKU yang lebih menyeluruh di Malaysia," katanya.

Beberapa pimpinan dari komponen parti-parti Pakatan Rakyat telah menyatakan kesediaan untuk hadir bagi sama-sama mendengar dan mengikuti setiap luahan dan pandangan yang dilemparkan oleh para peserta yang hadir.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang telah mengesahkan kehadiran termasuklah peguam Haji Mohamed Hanipa Maidin, dari PAS dan Tian Chua, ahli parlimen Batu dari PKR.

Forum dan dialog ini juga antara usaha sekretariat merapatkan lagi hubungan antara warga OKU dan pimpinan Pakatan Rakyat, beritahu beliau.

Dalam suasana sekarang, aspirasi OKU Bangkit amat penting untuk diketengahkan bagi mencorakkan Malaysia baru pasca PRU 13 kelak, tegasnya.

Seluruh warga OKU, ahli-ahli keluarga dan setiap rakyat yang prihatin adalah dijemput untuk sama-sama mengenali lebih dekat OKU yang kini terdiri dari 7 katagori kecacatan.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi pengarah program iaitu En. Sahmar Saad di talian 013 6968 618.

Mengapa ulama berbeza pendapat?

Prof. Dato' Dr Haron Din, 24 Feb 2013
Ada yang keliru melihat pelbagai fatwa dan pandangan ulama diberikan dalam satu-satu isu, sama ada isu yang melibatkan cabang akidah, lebih-lebih lagi dalam isu hukum ibadah, muamalat dan sebagainya. Lebih mendukacitakan terdapat yang begitu 'tidak faham' atau sengaja 'buat-buat tidak faham' sehingga ke peringkat menuduh para ulama mencipta hukum halal dan haram menurut kehendak mereka sendiri, malah menjustifikasikan tuduhan mereka dengan mengatakan para ulama mencabuli hak Allah yang hanya Dia boleh menetapkan hukum.

Kecetekan ilmu khususnya berkenaan Fiqh dan Usul Fiqh serta peranan dan tugas para ilmuan Islam adalah antara punca tuduhan liar sedemikian berlaku.

Kejahilan ini menyebabkan ada sebahagian mereka mencerca ilmuan Islam sebagai "ingin jadi tuhan" kerana mengharamkan sesuatu, khususnva apabila bertentangan dengan kesukaan mereka. Memang benar, dalam Islam seorang manusia tidak berhak untuk mengharam dan menghalalkan sesuatu, hanya Allah dan Rasul-Nya yang menentukan. Hakikatnya para ilmuwan Islam sama sekali tidak mengharam dan menghalalkan sesuatu berdasarkan selera mereka, tetapi mereka menuruti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya, melalui kefahaman terhadap ayat-ayat al-Quran, Hadis Nabi dan segala jenis tafsirnya berdasarkan konteks bahasa, sebab turun, konteks masa dan setempat dan lain-Iain.

Sebahagian kumpulan manusia yang keliru, suka mencela para ilmuwan Islam disebabkan perbezaan pandangan mereka dalam sesuatu isu. Mereka dituduh tidak konsisten, mengelirukan dan pelbagai lagi. Lebih buruk, apabila orang awam ini merasakan pandangan mereka yang tidak didasari ilmu itu disangka lebih benar lalu mula mencerca ilmuwan Islam yang tidak disukai mereka atau kesemuanya sekaligus.

Sebenarnya perbezaan ijtihad dalam hal ehwal hukum ini telah wujud sebelum imam-imam mazhab empat lagi, ia telah pun bermula sejak zaman Sahabat bersama dengan Baginda SAW. Begitupun perbezaaan ini dan ia bukanlah sesuatu yang negatif sekiranya dapat difahami asasnya, ia hanya akan menjadi negatif apabila orang ramai tidak memahaminya, taksub kepada sesuatu pandangan serta tidak pandai rnengendalikannya. Di ruangan terhad ini beberapa contoh ingin diketengahkan sebab-sebab perbezaan itu berlaku, antaranya:

Sebab Pertama : Arahan Nabi Yang Berbeza Untuk Individu Tertentu

Sebagai contoh, dalam isu fiqh ibadah. Imam Muslim meriwayatkan terdapat sahabat yang cacat pengelihatan mengatakan, “Aku tidak mempunyai pemandu untuk ke masjid untuk solat berjemaah, maka berilah aku keizinan untuk menunaikannya di rumah sahaja.” Lalu Baginda SAW memberikan keizinan kepadanya. Namun, apabila Baginda mengetahui orang tersebut menetap berhampiran masjid sehingga boleh mendengar laungan azan, Baginda SAW menarik semula keizinannya. (rujuk Sohih Muslim, No:1486) Walaupun begitu, Nabi pernah memberi keizinan kepada saorang sahabat yang lain bernama 'Itban bin Malik, tanpa ditarik semula keizinan. (rujuk Sohih Muslim, No:14-96).

Kedua-dua arahan mempunyai latar belakang kisah yang tersendiri, Maka para ulama mempunyai pendirian berbeza dalam menanggapi kedua peristiwa ini sehingga memberi kesan kepada ijtihad dan cara mereka meletakkan hukum. Lalu perbezaan pendapat tersebar. Begitu juga halnya Nabi pernah memberikan izin kepada Abu Bakar as-Siddiq untuk mendermakan keseluruhan hartanya, sedang Nabi tidak mengizinkan sahabat yang lain untuk melakukan hal yang sama, (rujuk Sunan Abi Daud, No:1678 dan No:3319). Kedua-dua kes contoh ini bukan merupakan kes terpencil malah ia berlaku dalam kekerapan yang banyak.

Ia jelas menunjukkan Nabi memberikan arahan dan keputusan berbeza kepada orang yang berbeza. Kebiasaannya mempunyai hubung kait dengan latar belakang individu yang bertanya. Atas sebab ini, muncul ulama yang memberikan fatwa berbeza, disebabkan perbezaaan dalam mengambil dalil dan memahami konteksnya. Jika ingin difahami, sebahagian ulama berpendapat bahawa Nabi membenarkan Abu Bakar as-Siddiq RA menyedekahkan keseluruhan hartanya kerana Baginda mempunyai keyakinan terhadap keimanan Abu Bakar RA, di samping yakin Abu Bakar mampu untuk terus istiqamah dengan Islam, tanpa merneinta-minta bantuan daripada Baginda Rasul, walau dalam keadaan seluruh hartanya telah disedekah. Namun keyakinan yang sama tidak bagi individu yang lain menyebabkan Nabi melarangnya.

Sama keadaannya dalam kes sahabat bernama Hamza Ibn 'Amr al-Aslami, beliau sudah terkenal dengan amalan berpuasa banyak. Tatkala beliau ingin bermusafir, beliau bertanya kepada Nabi, Baginda menjawab, “Kamu bebas sama ada untuk berpuasa atau berbuka” (rujuk Sohih Bukhari, No:1943) Sedangkan dalam hadis lain, Nabi menyebut, “Tiada sebarang kebaikan untuk mengekalkan puasa tatkala dalam perjalanan jauh” (rujuk Sohih Muslim, No:2612). Kita dapat melihat perbezaan fatwa dan ijtihad pasti wujud disebabkan dua arahan Nabi yang berbeza dalam dua situasi yang juga berbeza.

Tentunya, kumpulan sahabat yang mengetahui dan mendengar jawapan Nabi kepada Hamza berbeza dengan kumpulan yang mendengar Baginda ketika melarang. Hasilnya, masing-masing akan membawa dan menyebarkan apa yang didengarinya kepada orang lain dan berterusan. Akhirnya, akan dapat dilihat dua hukum dalam satu isu. Atas dasar itu, terzahir peranan, keperluan kepada kebijaksanaan dan kajian mendalam oleh para ulama dan ahli fiqh, iaitu bagi menentukan hukum yang lebih tepat bagi situasi yang berada di hadapannya, di waktunya dan negaranya. Mereka akan menentukan sumber rujukan hadis dan latar di sebalik hadis terbabit, bagi mengeluarkan jawapan hukum yang paling sesuai bagi keadaannya.

Sebab Kedua : Arahan Khusus Dilihat Sebagai Arahan Umum

Terdapat juga ketikanya, Nabi SAW memberikan arahan khusus kepada individu tertentu, namun ia didengari oleh sahabat yang lain lalu menganggapnya sebagai arahan umum buat semua lalu menyebarkannya, sebagai contoh: Ibn Umar meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Mereka yang mati akan diazab kerana ratapan si hidup.” (rujuk Sohih Bukhari, No:1287)

Isteri Baginda Nabi SAW, 'Aisyah RA menolak kandungan hadis ini dengan berpendapat ia adalah kes khusus untuk seorang wanita Yahudi sahaja, (rujuk Sohih Bukhari, No:1289). 'Aisyah juga membawakan ayat al-Quran yang jelas menolak beban dosa si hidup ditanggung oleh si mati, ini adalah satu kes yang jelas bagaimana arahan Nabi boleh dianggap oleh sekelompok ulama sebagai khusus, manakala yang lain mengambilnya sebagai umum untuk semua.

Selain itu juga berlaku kes seorang sahabat Nabi yang miskin bernama Sulaykh al-Ghartafani, memasuki masjid ketika khutbah sedang berjalan, Nabi SAW mengarahkannya untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid dua rakaat terlebih dahulu. (rujuk sohih Muslim, No:2023). Terdapat ulama yang memahami arahan Nabi itu sebenarnya adalah khusus untuk sahabat miskin ini sahaja, ia adalah kerana Nabi inginkan para sahabat yang lain dapat melihat tahap kemiskinan sahabat tersebut (sewaktu beliau solat), seterusnya tergerak untuk membantunya kelak.

Atas kayakinan ini, mazhab Hanafi melarang sesiapa solat tahiyyatul masjid ketika khatib sedang berkhutbah, fatwa tersebut berbeza dengan beberapa mazhab lain yang menggangap kebenaran tersebut adalah untuk semua umat Islam dan umum bukan khas untuk seorang sahaja.

Para sahabat Nabi yang berada di masjid ketika itu juga mempunyai perspektif berbeza terhadap arahan Nabi, lalu ada yang meriwayatkannya tanpa dikhususkan kepada apa-apa kes tertentu manakala ada yang memahami sebaliknya. Hasilnya, perbezaan pendapat dan ijtihad bertaku, sama ada dalam kalangan sahabat sendiri dan tentunya di zaman selepas itu. Ibn Qutaybah di dalam kitabnya Ta’wil Mukhtalaf al-Hadis pernah mambawakan kata-kata sahabat Imran al-Husayn ertinya, “Demi Allah, aku sedar aku boleh meriwayatkan cukup banyak hadis jika aku ingin, namun amalan yang dilakukan oleh kebanyakan sahabat menghalangku dari melakukannya. Sepengetahuanku terdapat kekurangan (kurang tepat) dalam sebahagian penyampaian mereka.”

Atas dasar ini, Khalifah Umar al-Khattab semasa pemerintahannya, melarang para sahabat meriwayatkan hadis dalam kadar yang terlalu banyak kerana dibimbangi ketidakfahaman mereka serta latar belakang mereka selaku para sahabat yang agak jauh dari Nabi serta kurang pakar dalam bab hukum, lalu boleh menyebabkan kefahaman mereka tersasar daripada konteks sebenar lalu menambah kusut dan keliru.

Atas sebab itu, kita dapat melihat hanya beberapa orang sahabat sahaja yang banyak meriwayatkan hadis seperti Abu Hurairah, ‘Aisyah sendiri dan beberapa yang lain, itu pun sekadar sukar untuk rnelebihi 5,000 hadis, (rujuk Tazkiratul Huffadz, Imam Shamsuddin Az Zahabi, 1/7)

Sebab Ketiga : Perbezaan Kefahaman dan Persepsi

Agak kerap juga berlaku, sesuatu ibadah Nabi dilihat oleh ramai sahabat di waktu-waktu yang berlainan, Keadaan ini menghasilkan kefahaman yang berbeza-beza terhadap apa yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, ketika Nabi SAW menunaikan Haji, sebahagian sahabat mengatakan Nabi melaksanakan Haji Ifrad kerana beliau mendengar Nabi menyebut, “Labbayka bi hajjatin...” ertinya (Aku mempersembahkan diriku untuk-Mu, Wahai Allah untuk melaksanakan haji), (rujuk sunan an Nasa’ie dan al Bayhaqi, No : 8830)

Ramai ahli hadis mengatakan jalur periwayatan hadis ini adalah sohih, namun begitu sebahagian sahabat lain pula meriwayatkan bahawa Nabi melaksanakan Haji Qiran (rujuk sohih Bukhari, No:1563; Muslim, No : 2995) Kedua-dua periwayatan ini kelihatan bertembung kerana kedua-dua jenis Haji adalah berlainan antara satu sama lain.

Masalah membesar apabila haji Qiran juga boleh dimulakan dengan lafaz yang sama. Ketika itulah wujudnya peranan ulama Mujtahid sama ada daripada kalangan sahabat Nabi atau selepasnya. Mereka bertanggungjawab untuk mengharmonikan nas-nas yang kelihatan bertembung ini dan menjelaskan kekeliruan.

Sa'id Ibn Jubayr seorang ulama besar dalam kalangan tabien, pernah menegaskan kekeliruan seperti ini kerap berlaku, sebagai contoh, ketika Nabi berada di Miqat di zul khulayfa untuk memulakan ihram, Baginda menunaikan solat sunat dua rakaat di dalam masjid dan memulakan ihramnya. Maka sebahagian sahabat yang dapat melihat perlakuan Nabi itu, kemudiannya ketika Nabi menaiki untanya, dan sewaktu unta ingin bergerak Nabi menyebut “labbayk…” , ketika itu sudah pasti ramai yang berada di sekeliling Nabi dan mendengar Baginda melafazkan kalimah itu.

Disebabkan ramainya sahabat di sekeliling Baginda, maka tidak semua dapat mendengar dengan jelas, kemudian, di ketika Nabi berada di puncak Bayda, sekali lagi Baginda melafazkan “Labbayk…” secara kuat. Semua sahabat yang mendengar pada setiap kali Nabi mengucapkannya akan mempunyai persepsi yang berbeza dengan yang lain, kerana ada yang mendengar buat pertama kali dan ada yang mendengar buat kali ketiga dan kedua. Keadaan itu adakalanya boleh menyebabkan perbezaan dalam meyimpulkan hukum dan sunnah.

Abdullah ibn Abbas adalah antara yang mendapat gambaran paling jelas tentang tata cara Nabi menunaikan haji, beliau dikira sebagai salah seorang ulama mujtahid dalam kalangan sahabat yang perlu dirujuk bagi mendapatkan penjelasan dan panduan yang tepat. Selepas zaman sahabat, para ulama mujtahid sentiasa mempunyai maklumat yang lebih jelas, namun begitu, ia tidak dapat mengelak daripada perbezaan persepsi yang akhirnya membawa kepada kesimpulan hukum yang berbeza.

Sebab Keempat : Satu Perkataan Yang Mempunyai Pelbagai Maksud

Sudah menjadi kebiasaan dalam apa jua bahasa, satu perkataan boleh sahaja mempunyai dua tiga atau lebih maksud, sama ada perbezaan itu berdasarkan bahasa rasmi dan persuratan ataupun terpengaruh oleh dialek setempat. Dalam hal ini, perkataan wudhu adalah jelas merupakan perbuatan ibadah khusus untuk menunaikan solat dan memegang al-Quran. Namun begitu dari sudut bahasanya, wudhu juga membawa maksud membersih dan membasuh tangan dan boleh membawa maksud wudhu pada istilah ibadah.

Imam at-Tirmidzi menyebut dalam kitab beliau "Shama'il Muhammadiah", seorang sahabat bernama Salman suatu hari bertanya kepada Nabi, katanya menurut kitab Taurat, wudhu selepas makan boleh membawa berkat, lalu beliau meminta ulasan daripada Baginda Nabi, Nabi kemudiannya menjawab, “Wudhu sebelum dan juga selepas makan adalah sumber keberkatan dalam makanan tersebut”. (rujuk Shamail, No:186)

Dalam hadis yang disebutkan oleh Salman ini, majoriti ulama berpendapat lafaz wudhu yang digunakan merujuk kepada erti asalnya iaitu basuhan tangan dan bukan wudhu pada istilah Fiqh (iaitu basuhan beserta niat bermula dari wajah dan seterusnya). Demikian juga sebuah dalam situasi yang direkodkan oleh Bazzar, bahawa sahabat Nabi Muadz RA ditanya, “Adakah kamu mengambil wudhu selepas menikmati makanan yang dibakar oleh api? Beliau menjawab, “Kami hanya membasuh tangan dan mulut sahaja”. Namun ia dilafazkan sebagai wudhu.

Keadaan ini menyebabkan para ulama mazhab boleh berbeza ijtihad dalam menentukan sama ada perlu berwudhu dalam bentuk ibadah khusus setiap kali selepas menikmati makanan yang dibakar di atas api atau hanya perlu membasuh mulut dan tangan? Majoriti berpegang kepada erti wudhu secara bahasa iaitu basuhan sahaja, namun terdapat ulama yang berpandangan selainnya.

Bersandarkan kepada sebab-sebab yang dinyatakan di atas dan banyak lagi sebab yang lain, hukum di dalam pelbagai bab dan bidang hukum juga turut terkesan, lalu muncul pandangan dan ijtihad yang berbeza dari seorang alim kepada yang lain. Orang ramai tidak perlu merasa pelik dan susah hati dengannya. Yang perlu, serahkan urusan kepada mereka yang pakar dan ahli di dalam bidang mereka. Jika orang awam sudah mula berfatwa bersandarkan satu dua hadis atau ayat, dan kemudian merasa diri lebih benar dari kefahaman mendalam dan kajian khusus oleh para ilmuwan, itulah tanda kehancuran akan mendatang.

Gambar khas untuk Menteri Pertahanan terhangat

Harakahdaily, 24 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Peminat Harakahdaily dari Facebook dan Twitter paling banyak membaca artikel “Gambar khas buat tatapan Menteri Pertahanan” nukilan blog http://manjongmari.blogspot.com untuk minggu ke 8, 2013.


Di tempat kedua, yang paling menarik perhatian peminat Harakahdaily ialah artikel bertajuk “1Malaysia: Penjelasan gambar Nik Zawawi” yang menjawab fitnah di blog terhadap beliau berdasarkan gambar yang diambil 2 tahun yang lalu.

Manakala, artikel yang memaklumkan pengguna agar tidak membeli dan memuat turun al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani bertajuk “The Holy Quran, Arabic text and English translation" menjadi artikel paling ketiga diminati untuk minggu lepas.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily dari 17 hingga 23 Februari, 2013:

1

Gambar khas buat tatapan Menteri Pertahanan
2

1Malaysia: Penjelasan gambar Nik Zawawi
3

Perhatian: Tolong 'share' dan sebarkan
4

Penerima BR1M haiwan: Apa komen Ustaz Azhar
5

Tengok perbezaan antara dua himpunan ini
6

Tolong koyakkan iklan itu
7

‘Saya kesal apa dilakukan ke atas Dr Fadzilah’
8

Ketua Urusan Ulamak Serdang meninggal
9

Bekas Exco agama edar barangan judi
10

Panas: Ustaz PAS londeh Umno

Lahad Datu: Siapa tanggungjawab, Wisma Putra ke tentera?

Harakahdaily, 24 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Siapakah yang sepatutnya menguruskan situasi di Lahad Datu apabila 150 orang penceroboh Sulu lengkap bersenjata memasuki kawasan Malaysia, Wisma Putra atau Menteri Pertahanan?

(Hishamudin meneropong dari jauh memerhati gerombolan bersenjata di bumi Sabah)

Inilah yang menimbulkan persoalan kepada pelbagai pihak di negara ini, kata Lim Kit Siang, ketua ahli Parlimen DAP.

Ketika beliau rungsing dengan persoalan ini, ada juga rakyat Malaysia yang beranggapan ia sengaja dibuat untuk mewujudkan situasi tidak tenang menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein berkata bahawa Kementerian Dalam Negeri menyerahkan kepada Wisma Putra untuk membuat keputusan berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan masa bagi pengusiran kumpulan penceroboh di Lahad Datu.

Akan tetapi, ia tidak boleh terlalu panjang, memandangkan kementerian tidak akan berkompromi dengan perkara yang mampu mengancam kedaulatan negara.

Jelas, Menteri Dalam Negeri tidak senada dengan majoriti rakyat Sabah dan Malaysia yang sama-sama merasakan bahawa kedaulatan dan keselamatan negara telah dikompromi pada permulaan pencerobohan itu lagi.

Ia bermula dengan 150 militia Sulu memasuki kawasan Sabah di Kampong Tanduo dalam Felda Sahabat, Lahad Datu sejak 9 Febuari.

Ada kedaulatan dan keselamatan negara telah diancam oleh pencerobohan yang kononnya tentera Kesulatanan Sulu, kebanyakkan rakyat Malaysia terbukti lebih patriotik berbanding Menteri Dalam Negeri sendiri dalam hal ini.

"Sebenarnya, soalan yang semakin ditanya-tanya rakyat Malaysia adalah mengapa Hishammuddin menyerahkan kepada Wisma Putra bukannya kepada Kementerian Pertahanan?

"Bolehkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengapa beliau bertegas bahawa Hishammuddin dan pihak polis yang sepatutnya menguruskan situasi penceroboh Sulu apabila sepatutnya Menteri Perhanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pasukan tentera?" kata Lim Kit Siang.

Sehingga kini rakyat Sabah dan Malaysia masih tergapai-gapai tentang bagaimana terdapat kelompongan pada kawalan keselamatan sejak awal lagi melibatkan tentera laut, pasukan tentera, pasukan maritime dan polis sehingga mengakibatkan pencerobohan militia Sulu.

Siapa yang bersedia kedepan dan bertanggungjawab terhadap kelompongan dalam kawalan keselamatan dan situasi buntu yang sudah masuk minggu ketiga, mengancam bukan saja kedaulatan dan keselamatan negara tetapi memberikan imej buruk kepada Malaysia.

Ia berlaku ketika pemimpin kerajaan berulang kali berbangga bahawa Malaysia merupakan negara paling selamat di Asia Tenggara – "Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri atau pegawai-pegawai di dalam pasukan tentera atau polis, siapakah yang akan dipersalahkan?"

"Saya menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghentikan sekatan maklumat terhadap situasi Kampung Tanduo daripada media Malaysia," katanya.

Bagi beliau, kerajaan Malaysia sepatutnya mula memberitahu rakyat Sabah dan Malaysia apa sebenarnya terjadi di Kampung Tanduo, bermula dengan lawatan Perdana Menteri sendiri untuk “Listen, Listen, Listen” kepada rakyat di Lahad Datu.

Tiada ulasan: