Posted on Friday, February 15 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Blog Sharpshooter
Baku: Parti prokerajaan di Azerbaijan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat memotong telinga seorang penulis terkenal, Akram Aylisli, 76, yang dikatakan menghina negara itu dengan paparan persahabatan dan keganasan antara penduduk negara itu dan Armenia.
Azerbaijan dan Armenia tidak mempunyai hubungan diplomatik sejak perang membabitkan wilayah rebutan, Nagorno-Karabakh, pada awal 1990-an, selepas SovietUnion musnah, yang membunuh 30,000 orang.
Aktivis Pemerhati Hak Asasi, mengutuk ancaman terhadap Aylisli, yang memegang gelaran Penulis Rakyat di Azerbaijan. Gelaran itu ditarik balik oleh presiden minggu lalu selepas kisah Stone Dreams membangkitkan kemarahan penduduk negara itu.
Hasil kerja yang disiarkan di majalah Russia, sebahagiannya menceritakan kisah penduduk negara itu cuba melindungi jiran Armenia mereka ketika penduduk Armenia diseksa dan dipukul di Baku pada tahun 1990.
Dengan hampir sejuta penduduk wilayah Nagorno-Karabakh yang kehilangan tempat tinggal menetap di Azerbaijan dan kedua-dua negara berdepan kesan ekonomi dan sosial akibat perang, topik hubungan etnik memang tidak wajar disentuh.
Pemimpin parti prokerjaan, Muasir Musavat, kelmarin berkata parti menawarkan 10,000 manat, hampir AS$13,000 (RM39,000) bagi sesiapa yang memotong telinga Aylisli.
“Aylisli menghina seluruh bangsa Azeri. Oleh kerana beliau menghina kami, kami mahu bertindak balas dan itu yang kami putuskan. Telinganya mesti dipotong,” kata Hafiz Haciyev di pejabat partinya di Baku.
Desak minta maaf
Malah sebelum ancaman Haciyev, pegawai Parti Yeni Azerbaijan yang memerintah negara itu juga mendesak Aylisli menarik balik novel berkenaan daripada pasaran dan meminta maaf kepada penduduk. Bantahan juga dibuat di luar rumahnya di Baku.
REUTERS
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Calon BN Besut dan Kuala Nerus sudah dikeluarkan
Posted on Friday, February 15 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: Dianamir
"
Terengganu, senarai bagi calon di dua kawasan iaitu Besut dan Kuala Nerus telah dikeluarkan, tujuan bagi SPR memberi taklimat dan penerangan.
Khabarnya mereka yang tercalon telah pun di panggil SPR bagi melengkapkan dokumen-dokumen yang perlu.
- Parlimen Besut-Datuk Seri Idris Jusoh
- Jertih-Hj.Mustafa
- Kuala Besut- Dr.Rahman
- Hulu Besut- Mohammad Nawi
- Kota Puera-Hj.Pehimi
- Parlimen Kuala Nerus- Aizat Fikri
- Seberang Takir- Dato Mohd Nasir
- Bukit Tunggal- Dato Razif
- Teluk Pasu- Kamarul Amin
- Tepoh- Ramli Nuh
Di Kuala Nerus pula, perubahan yang ketara berlaku apabila calon Parlimen Kuala Nerus adalah Aizat Fikri iaitu anak kepada Dato Mohd Nasir penyandang kerusi tersebut yang ditukarkan ke Dun Seberang Takir, manakala penyandang kerusi Dun itu tukarkan ke Dun Bukit tunggal. Mengejutkan Dato Abdul Rahin penyandang kerusi Dun Teluk Pasu yang pernah bertanding di Parlimen dan juga kini Exco tidak tersenarai bahkan beliau diganti oleh Kamarul Amin calon baru. Tepoh tetap tiada perubahan dengan Ramli Nuh sebagai calon.
Kini senarai calon Besut dan Kuala Nerus sudah diketahui, makan rakan-rakan dari pembangkan yang bakal bertanding di Besut dan Kuala Nerus haruslah mula mengenali calon yang bakal kita tentangi.
Sumber: selatanonline.net"
Orang PAS mustahil berdendem
Posted on Thursday, February 14 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: anaabdullah
"
Kebetulan anda sebut bagaiamana dengan orang orang PAS, maka nak cerita sikit mengenai PAS yang menang di Terengganu PRU 10 (1999-2004).
Tahukah anda? Betapa toleransinya,bapak umno musuh PAS diangkat jadi setiausaha kerajaan negeri.
Ini menunjukkan betapa bagus PAS.Tindakan tersebut adalah tindakan telus tanpa ada shak wasangka langsung dengan orang orang umno.
Jauh sekali untuk berdendam. Bukan macam umno tok tok imam yang sokong PAS habis dipecat.
Macam tindakan MB kedah sekarang, melantik orang umno musuh PAS jadi orang besar dalam KUIN.Di Terengganu bukan setekat orang besar umno diberi peluang dengan pelbagai peluang keemasan sepanjang pemerintahan.Bekas JKKK dilanti sebagai JSR. Cukup percaya miskipun mereka musuh.
Tindakan ini ambil berdasarkan apa yang dipraktis oleh Rasulullah SAW semasa memerintah Madinah.
Rasulullah SAW utamakan orang "muhajirin" berbanding orang "ansar" miskipun kita sedia maklum orang muhajirin dan ansar dahulu dengan orang PAS dan umno sekarang ini macam langit dengan bumi, tetapi dipraktis juga.
Pendek kata orang PAS tidak sekali akan berdendam. Percayalah. Oleh itu orang umno, Mahathir ke Najib ke tak perlu bimbang dan takut jika Pakatan Rakyat menang dan memerintah.
kamu semua akan selamat. Malah kamu semua akan diberi peluang seluas luasnya asalkan sanggup berkata "saya dah tak mahu lagi pada umno".
Kata kata seumpana ini sudah cukup dan boleh menyakinkan orang PAS, terutama pucuk pimpinan PAS yang menjadi menteri dan timbalan menteri nanti.
Mereka telah diajar tak boleh buruk sangka kepada orang lain, miskipun orang itu pernah bertindak untuk membunuh mereka macam Mahathir yang pernah bertindak untuk membunuh Anwar.
Macam Tun Mahathir dan Tun Musa Hitam yang telah membunuh Ibrahim Libya di Memali dahulu.
Orang PAS terutama sekali pucuk pemimpin tidak akan buruk sangka miskipun orang itu sah musuh. Inilah konsepsi dakwah yang mereka anuti, kerana sejahat jahat manusia jahat lagi Iblis.
maka mereka akan diberi peluang untuk insaf dan sedar macam Allah memberi peluang dan membuka pintu taubat seluas luasnya.
Bulan Februari saya tak sambut Valentine, tapi sambut Jublinan
Posted on Thursday, February 14 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: rozmal
"
Setiap
tahun pada bulan Februari saya dan isteri tidak menyambut Valentine
tapi sebaliknya kami menyambut Jublinan (Jubli Perkahwinan atau
Ulangtahun Perkahwinan), bukan pada 14 Februari tapi seminggu selepas
itu, iaitu 21 Februari.
Alhamdulillah
tahun ini , tahun ke 21 perkahwinan kami, mengikut kalender Masihi yang
berpandukan peredaran kejadian Allah , iaitu matahari.
Disamping
menyambut Jublinan, kami juga menyambut Jublilung, iaitu ulangtahun
kelahiran anak kami yang sulung, juga pada tanggal 21 Feb. Kini usia
beliau mencecah 20 tahun.
Sebenarnya
hari-hari, kami menyambut hari kasih sayang, sekurang-kurangnya 5 kali
sehari semalam, dengan menzahirkan kasih sayang kami kepada Allah,
kepada Rasul, kepada kedua ibu bapa kami, serta kami sekeluarga setiap
kali berdoa selepas solat.
Selamat Menyambut Hari Kasih Sayang pada setiap hari, setiap saat. Sesungguhnya kasih sayang yang hakiki, ialah kasih sayang yang dengan rahmat Allah kita bersama ke syurga.
Ceramah Suara Anak Muda Rembau 18 Feb 2013
Posted on Thursday, February 14 @ 22:45:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: amkns
"
CERAMAH SUARA ANAK MUDA REMBAU
Tarikh : 18 Feb 2013, Isnin
Masa : 9.30 malam
Tempat : Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Semerbok, Kota, Rembau
Bersama
Sdr Sahrizal Masrudin, Pengerusi Suara Anak Muda Rembau – Membicarakan
isu pampasan tanah adat, pemerkasaan pengurusan tanah adat, kenaikan
elaun Dato Lembaga Adat, pengurusan tanah terbiar sebagai pembangunan
kampung tersusun untuk anak Rembau, perkembangan Hospital Rembau, status
Landasan Terbang Rembau, cadangan kampus UiTM Rembau dan banyak lagi
isu setempat.
Turut serta Tn Hj Kamarol Ridzuan, Pengarah Pilihanraya PAS N.Sembilan
Kepada mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230
Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Dapatkan maklumat terkini di Rembau Hari Ini http://rembau-hari-ini.blogspot.com
Bila agaknya Najib bersedia!
Posted on Thursday, February 14 @ 22:43:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: senik
"Assalamualikum, Najib berkata di Papar akan membubarkan Parlimen apabila dia bersedia dan rakyat bersedia.Rakyat sudah lama bersedia, sejak 11.11.11 lagi, malah persediaan rakyat sudah mencapai tahap anti klimax.Banyak bendera yang sudah koyak dan rosak sementara menunggu PRU 13.Persoalannya bila agaknya Najib akan bersedia? Apakah mungkin ini merupakan satu lagi bahan lawak? Tepat sekali Astro mengeluarkan rancangan lawak minggu ini pada awal tahun 2013 di mana kita dapat melihat lawak yang banyak terutama dari pemimpin, NGO, Katak katak, pencacai, mengamal media dan pembaca berita TV serta radio UMNO.
Najib cuba menyakinkan
dirinya sendiri apabila berkata PRU sudah hampir dan berpuas hati dengan
persefahaman yang wujud antara parti kompinen di Sabah tetapi dalam
kenyataannya juga dia berkata pemilihan calon hampir selesai yang
membawa makna masih belum beres sedangkan PRU sudah terlalu hampir
due.BN masih menapis calon yang turut bermakna kemungkinan Parlimen
tidak akan dibubarkan dalam masa terdekat mengambil kira standard BN
pada PRU yang lepas.Posted on Thursday, February 14 @ 22:43:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: senik
"Assalamualikum, Najib berkata di Papar akan membubarkan Parlimen apabila dia bersedia dan rakyat bersedia.Rakyat sudah lama bersedia, sejak 11.11.11 lagi, malah persediaan rakyat sudah mencapai tahap anti klimax.Banyak bendera yang sudah koyak dan rosak sementara menunggu PRU 13.Persoalannya bila agaknya Najib akan bersedia? Apakah mungkin ini merupakan satu lagi bahan lawak? Tepat sekali Astro mengeluarkan rancangan lawak minggu ini pada awal tahun 2013 di mana kita dapat melihat lawak yang banyak terutama dari pemimpin, NGO, Katak katak, pencacai, mengamal media dan pembaca berita TV serta radio UMNO.
Najib terpaksa mengikut bontot DSAI di Sabah dan kemungkinan pula ke Serawak selepas ini.Najib tidak boleh tidur lena kerana kejutan yang dibuat oleh orang orang Sabah ketika DSAI berada di sana.Khabarnya sentimen menolak BN semakin meluas termasuk juga di KK.
Penulis yakin Najib masih belum sedia walaupun majoriti rakyat sudah lama bersedia.Khabar angin berkata Parlimen akan bubarkan pada 22/2/2013, lebih kurang seminggu lagi, tetapi berdasarkan pergerakan BN sepanjang tempoh sebulan dua ini, nampak benar ada kecelaruan dalam persediaan mereka.Satu jangkaan yang menunjukkan Najib masih berdepan masalah untuk bersedia membubarkan Parlimen.Laungan Noooo yang menjadi cendera hati rakyat Penang pada sambutan gangnam style tempoh hari masih panas di mana dijangkakan kalaupun Najib sudah mengambil keputusan membubarkan Parlimen mungkin dia menarik balik keputusan itu.
Petanda rakyat sudah bersedia boleh dilihat di mana mana.Tetapi petanda rakyat masih belum bersedia untuk menerima BN semakin hari semakin hilang, makna kata kemungkinan rakyat tidak akan pernah bersedia untuk menerima BN lagi walaupun sekuat mana laungan transfomasi yang dilaungkan Najib.
Lagipun laungan transfomasi Najib tidak berisi, rakyat boleh melihat dan menilainya sendiri.Dari sudut kualiti hidup sehinggalah kepada pematuhan kepada syariat dan syiar Islam.Sehingga kini, Najib dan BN atau UMNO tetap mengatakan tarbiyah Islam adalah tanggungjawab keluarga semata mata, bukan tanggungjawab kerajaan, jadi kerajaan tidak boleh dipersalahkan kalau berlaku keruntuhan kemanusiaan di kalangan rakyat.
Apa yang mampu Najib lakukan sekarang ialah membanyakkan bahan lawaknya dan kemungkinan Najib tidak akan pernah bersedia.
sumber
Najib bubar Parlimen bila semua sudah sedia
Posted on Thursday, February 14 @ 22:41:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: imamsurau
"PAPAR - Pembubaran Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia menghadapi pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia...sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).
"Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN...satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di sini, hari ini.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya "bilakah beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum".
Apabila ditanya betapa dekatnya pembubaran Parlimen, beliau berkata: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".
Mengenai hasil pertemuannya dengan pemimpin parti komponen BN negeri semalam, Perdana Menteri berkata tidak ada masalah serius yang dihadapi mereka cuma sedikit masalah daripada segi penyelarasan dan personaliti.
"Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan tahap persefahaman yang wujud di kalangan parti komponen BN Sabah," katanya.
Mengenai calon BN pada pilihan raya umum ke-13, Najib berkata BN sudah hampir selesai memilih calon.
"Kita mesti melakukan verifikasi daripada segi latar belakang dan juga keselamatan dan apa-apa juga laporan daripada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sebagainya sebelum kita memuktamadkan senarai tersebut," katanya. - Bernama
sumber
Pas sedia ‘bantu’ Mahathir betulkan fakta
Posted on Thursday, February 14 @ 22:39:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: imamsurau
"SHAH ALAM – Pas mendakwa sebahagian fakta yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui entri semalam bertajuk, Siapa Tipu Siapa tidak benar.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali secara sukarela menawarkan diri untuk bersemuka dengan Dr Mahathir itu untuk membuat pembetulan fakta dan membantu membuat kenyataan berdasarkan fakta sahih.
“Beliau (Dr Mahathir) kalau nak bercakap perlulah cakap yang benar.
"Saya sedia semuka dengan beliau untuk jelaskan fakta. Saya sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan ketika itu dan menyaksikan sendiri survival Pas dalam mengatasi kemelut yang berlaku.
“Banyak fakta yang disebutkan itu salah. Yang pertamanya, Pas bukan keluar dari Barisan Nasional (BN) sebaliknya dipecat dari BN. Malah pemecatan itu dilakukan bukannya sebelum pilihan raya sebaliknya selepas pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Dr Mahahir mengatakan Umno tidak melakukan penipuan berhubung dakwaan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa parti itu berada dalam BN.
Dr Mahathir dilaporkan telah menjelaskan kenapa Pas tidak boleh bersama Umno dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.
Katanya, “perpecahan dalam Pas bukan kerana Umno tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden Pas ketika itu)."
“Kekalahan Pas menyebabkan Pas keluar dari BN. Tidak ada penipuan oleh Umno,” katanya.
Mengulas dakwaan Dr Mahathir itu, Mustafa menegaskan, Pas tidak pernah keluar dari Umno sebaliknya dipecat dari BN.
“Sebenarnya ketika itu, bukannya Pas tak boleh keluar sendiri tetapi Pas nak lihat sendiri keikhlasan BN,” katanya.
Selain itu, dalam entri tersebut Dr Mahathir turut mendakwa pada waktu itu timbul sengketa antara Asri dengan Mohd Nasir.
Katanya, Mohd Nasir mendakwa telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Asri semasa menggalas tugas sebagai Menteri Besar Kelantan.
“Asri cuba menyingkir Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Mohd Nasir enggan meletak jawatan.
“Ramai ahli Pas memihak kepada Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Asri,” katanya lagi.
Berhubung dakwaan itu, Mustafa menjelaskan, konflik dua pemimpin Pas itu hanyalah masalah dalaman parti dan menafikan Mohd Nasir pernah membuat cabaran seumpama itu.
Katanya, Mohd Nasir tidak pernah mencabar Asri termasuk ingin menjadi presiden seperti yang berlaku di antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah ketika pemilihan Presiden Umno.
Beliau turut mendakwa, ketika konflik Pas memuncak, Umno berperanan mengaturkan agenda untuk merosakkan suasana dan merancang demostrasi di Kelantan sehingga negeri itu diisytihar darurat, seterusnya Dun Kelantan dibekukan.
Katanya lagi, ketika usul tersebut dibawa ke Parlimen, kesemua pemimpin Pas yang berjawatan sdalam Kabinet sepakat meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan usul tersebut.
“Moral politiknya kalau nak lawan perlu letak jawatan. Oleh sebab BN ketika itu ada kelebihan majoriti, maka sebab itu undang-undang itu tetap diluluskan. Lepas itu dikeluarkan Pas dari BN pada akhir 1977. Pilihan raya dibuat pada 1978.
“Sebaik Pas dikeluarkan dari BN, bermula segala tohmahan dan fitnah dikenakan ke atas Pas. Teruk fitnah masa itu,” ujarnya.
Kesal dengan kenyataan Dr Mahathir itu, Mustafa turut mengatakan bahawa Dr Mahathir sewaktu memegang potfolio sebagai Menetri Pelajaran pernah mengeluarkan kenyataan bahawa antara sebab Pas perlu dikeluarkan dari BN ialah jika Pas terus berada dalam BN, orang Melayu tetap tidak bersatu.
Malah katanya, Dr Mahathir juga mengatakan bahawa jika Pas berada di luar BN sekalipun, tidak akan mendatangkan masalah ataupun ada kena-mengena dalam usaha untuk pembentukan perpaduan Melayu.
Dalam pada itu, Mustafa turut mengakui dakwaan Dr Mahathir bahawa Asri ketika diberi tanggungjawab sebagai Menteri Tanah dan Galian yang bertanggungjawab terhadap Felda ada melakukan dakwah tentang Islam sehingga menyebabkan orang Umno sertai Pas.
“Apa salah Pas nak perkenal Islam melalui dakwah di Felda? Pendekatan dibawa Asri telah menyebabkan orang Felda faham tentang Islam dan lebih terima Pas berbanding Umno. Bila kagum melihat kepimpinan Pas, memang ada yang masuk Pas, tak dinafikan.
“Dulu dalam Felda tidak ada guru-guru agama. Umno sendiri tidak ada usaha untuk sampaikan ilmu Islam dalam Felda dan semasa Asri bertugas, usaha-usaha ini diperluas. Malahan, seni muzik Islam dan Okestra Suraya Selimut Putih juga dibawa ke Malaysia oleh Asri,” jelasnya.
Menafikan kenyataan terbaru dibuat Dr Mahathir ini bermotifkan dendam peribadi, sebaliknya Mustafa mendakwa ia adalah agenda politik Umno yang tidak boleh terima pihak yang bersama Umno mempunyai kelebihan dan Umno akan cuba mengawalnya.
“Kalau ada orang Felda masuk Pas, Umno tak boleh terima kerana kehendak Umno supaya ahlinya kekal dalam parti itu. Pas merupakan ancaman kepada Umno terutamanya dari sudut penerimaan orang Melayu terhadap Pas.
"Kerja Umno memang fitnah Pas. Ini bukan perkara baru tapi sejak dari dulu. Kekuatan Pas adalah ancaman buat Umno dan Umno akan menggunakan apa sahaja cara termasuk fitnah dan sanggup menafikan hak orang Pas untuk melemahkan Pas,” katanya lagi.
sumber
Awas muncul lagi bukti PM ditolak
Posted on Thursday, February 14 @ 22:37:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: Dukunpasir
"
Kalau
nak berkata ,biar ada bukti baru pembaca percaya.Kali ni penulis tak
mahu ulas panjang lebar, ada lagi beberapa bukti menunjukkan rakyat
makin menolak kepimpinan yang sedia ada.
Bukti pertama....
Dari sudut berbeza....ISU VIDEO NOOO.....
Semalam pihak mereka mendakwa SUARA YANG MEMEKIK NO ITU DIRAKAM DARI KAWASAN PEMBANGKANG, JADI TENGGELAMLAH SUARA YESSS
Anda lihat pula dari sudut berbeza disini.
Bukti ke dua.
Masih ingat adanya video sambutan tahun baru Cina yang pelakonnya adalah Perdana Menteri sendiri...
Inilah rayuan Fanpage milik mereka supaya KLIK LIKE untuk tidak membolehkan video tersebut dibuang dari youtube.
tapi
setelah diselidik.....YANG DISLIKE LEBIH BANYAK DARI LIKE....dan ini
menunjukkan mereka sendiri TIDAK BERUSAHA UNTUK MENJAGA MARUAH PEMIMPIN
MEREKA ......
BUKTI KE TIGA......
Gemparr Bila Siti Nurhaliza Komen PSY Dituduh...
Posted on Thursday, February 14 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: Dukunpasir
"Adakala kita kena berbalik pada realiti..... Adakah kita berjuang untuk anak anak seni kita? Adakah kita lebih suka melihat KEHEBATAN YANG DILUAR HINGGA TERLUPA ANAK DIDALAM......"
Tak kira siapa penaja, berapa belanja yang keluar... tapi kenapa artis kita seolah dianaktirikan.....!! Inilah yang penulis faham dan cuba diluahkan oleh Dato Siti Nurhaliza dalam isu PSY....
Apabila diluahkan pasti ada pihak yang mula MENAFSIR ikut acuan politik sendiri ....... Anda lihat dan nilaikan... Tapi syabas pada Dato Siti yang bijak mengawal keadaan dan dapat memberikan jawapan yang menyakinkan.
BERITA PENUH KLIK SINI"

SPR tentukan bila pilihan raya DUN Selangor, kata Wan Ahmad
Posted on Thursday, February 14 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: imamsurau
"SHAH ALAM, 14 Feb—Cadangan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal tidak semestinya akan berlaku pilihan raya umum secara berasingan, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Wan Ahmad menegaskan SPR tetap mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan untuk menentukan tarikh pilihan raya, termasuk mengadakan pilihan raya serentak di seluruh negara.
“Membubarkan DUN awal memang kuasa kerajaan negeri, tetapi menetapkan tarikh pilihan raya adalah kuasa SPR,” tegasnya kepada pemberita selepas sidang media di kediamannya di sini.
“SPR ada kuasa untuk memilih tarikh 60 hari selepas tarikh pembubaran DUN ... jika SPR mahu melaksanakan PRU serentak, kami boleh memilih mana-mana tarikh dalam 60 hari tersebut,” tambahnya.
Beliau turut menambah, walaupun kerajaan negeri mempunyai kuasa membubarkan DUN, mereka masih lagi perlu mendapat perkenan Sultan Selangor, kerana baginda akan menandatangani watikah pembubaran tersebut.
“Memang kita mengamalkan prinsip Raja Berperlembagaan, kita perlu hormati Sultan dan mendapat perkenan baginda untuk membubarkan DUN,” katanya lagi.
sumber"

Ustaz Asri beri Tips nak mengundi dalam pilihanraya..!!!
Posted on Thursday, February 14 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Blog Kedah Lanie
Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di Sarawak sekarang. Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan.
Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli. Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamir oleh setiap parti yang bertanding.
Dalam salah satu artikel yang lepas, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.
Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya)
1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.
Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya):
2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka.
Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman. Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan.
Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya)
3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.
Firman Allah:
Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.
5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”.
Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)
6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut.
Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w:
8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.
Sumber: kedahlanie.info

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).Bagaimanapun di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;
1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.
Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.
2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka.
Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman. Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan.
Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya)
“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.
3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.
Firman Allah:
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).4. Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik.
Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.
5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”.
Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)
“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).Ayat ini jelas memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimakan bahaya.
6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut.
Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w:
“Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).7. Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.
8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.
Sumber: kedahlanie.info
Tiada ulasan:
Catat Ulasan