Sabtu, 16 Februari 2013

BOLEH SOKONG KE...YANG BUAT ONAR...TIPU...KAYA ANAK BERANAK...KAKI AUTA...CAKAP TAK SERUPA BIKIN...ZALIM...AHLI MAKSIAT...TAK NAK HUDUD BERMAKNA TAK NAK ISLAM...PILIH KASIH@TENGOK BULU...SAPU SANA SAPU SINI...CUBA CITE...CUBA CITE...NAK SOKONG LAGI KE...KALAU ORANG TERPELAJAR@ADA AGAMA TENTU NAK LAH

Anak beranak pemimpin Umno paling kaya

Harakah, 16 Feb 2013


KUALA LUMPUR: PAS melalui lidah rasminya Harakah mendedahkan bagaimana Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya mengkayakan anak pinak mereka.

Menurut Harakah yang bakal terbit, yang paling tinggi dalam senarai adalah kekayaan anak ketua kempen BN dalam pilihan raya umum ke 13 ini iaitu Mirzan Mahathir.

Mirzan Mahathir dikatakan menjadi Ahli Lembaga Pengarah dengan pemilikan 15% saham dalam syarikat pengeluaran arak terbesar di Filipina, San Miguel Corp.

Pada 2012, San Miguel membeli aset hiliran Esso jauh lebih rendah daripada nilai pasaran dan mengubah namanya kepada Petron.

Petron kemudiannya mendapat kontrak membekalkan minyak kapal terbang daripada MAS mengetepikan kontrak perbekalan dari Petronas selama ini.

Di senarai kedua terkaya adalah anak Tun Dr Mahathir juga iaitu Mokhzani Mahathir yang menduduki tangga ke-19 orang terkaya dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion.

Ayahnya anugerahkan kontrak RM836 juta dari Petronas Carigali Sdb Bhd kepada anak syarikat Sapura Kencana Petroleum Bhd yang berada di bawah pengaruh Mokhzani.

Turut di senaraikan Harakah adalah adik Perdana Menteri,  Nazir Tun Razak yang mempunyai jumlah harta kekayaan sebanyak RM495 juta. Gaji Nazir RM12 juta setahun atau RM1 juta sebulan.

Laporan penuh Harakah edisi Isnin ini.

Kerakyatan: Masyakat India berhimpun bantah Mahathir

Aslani M, 16 Feb 2013

KUALA KRAI: Kesal dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan menyalah Tunku Abdul Rahman memberi kerakyatan kepada orang India dan Cina ketika negara mencapai kemerdekaan, masyarakat India akan berhimpun bagi menyatakan bantahan.

Perhimpunan itu dijangka diadakan di Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur pada 23 Febuari ini.

Wakil Persatuan Warisan Anak India Kelantan (SOKMO), Raja Ratnam berkata, kenyataan bekas perdana menteri  itu sama sekali tidak boleh diterima masyarakat India.

“Kami  akan keluar membuat bantahan terhadap kenyataan bekas perdana menteri terbabit. Kenyataan itu memberi kesan yang besar kerana cuba mengungkitkan perkara yang sudah lama dipersetujui,” katanya pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat parlimen Kuala Krai di sini malam tadi.

Program bermula jam 5 petang dengan ekspreasi anak muda bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan artis Abby Abadi. Lebih 500 anak muda menyertai konvoi bermotosikal bermula dari Pahi ke Guchil.

Biar pun hujan sejak pagi sehingga tengah malam, namun ia tidak menghalang orang ramai terutamanya anak-anak muda memenuhi ruang tempat ceramah.   Orang ramai berpayung mendengar ceramah di hadapan pentas.

Hadir sama pada program ceramah itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bekas Pengerusi Mara, Datuk Tamrin Ghaffar, anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Selain itu Adun Guchil, Tuan Zamri Arif Tuan Zakaria, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim, Ketua Cabang PKR Kuala Krai, Ruslan Putih dan Abby Abadi.

Baru-baru ini Dr Mahathir dilaporkan mengakui bertanggungjawab  terhadap projek kad pengenalan kepada warga asing di Sabah dengan mendakwa ia dilakukannya berlandaskan undang-undang.

Bagaimanapun beliau menyifatkan tindakan Tunku Abdul Rahman yang jauh lebih teruk kerana memberi kewarganegara sejuta warga asing pada zaman awal kemerdekaan negara.

Raja yang berasal di Ladang Kerilla, Tanah Merah berkata, kenyataan Dr Mahathir tersebut tidak dapat diterima kerana usaha dilakukan Tunku Abdul Rahman merupakan persetujuan yang dicapai ketika negara mahu mencapai kemerdekaan.

“Oleh itu kami masyarakat India akan berhimpun di Kuala Lumpur pada 23 Febuari ini sebagai menyatakan bantahan terhadap kenyataan tersebut, semata-mata kerana beliau mahu menutup isu projek IC di Sabah,” ujarnya.

Himpunan Kebangkitan Tentera, 22 Feb ini

Harakahdaily, 16 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) mengajak orang ramai khususnya anggota dan bekas tentera ke Himpunan Kebangkitan Tentera, Veteran dan Rakyat Ke Putrajaya pada 22 Februari ini.

Menurut Presiden Kerabat, Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, himpunan itu akan diadakan di Padang Awam AU 2, Keramat bermula jam 9 malam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan amanat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) manakala Timbalannya, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa PAS, Mazlan Aliman serta Nazari sendiri akan turut menyampaikan ceramah.

Selain itu, semua jentera PAS dan Adun di Dun yang mempunyai pengundi pos di kalangan tentera dialu-alukan untuk hadir sebagai persediaan menghadapi PRU13.

"Kita menjangkakan 10 ribu tentera dan veteran akan hadir dan kata hikmat dari Presiden dan Timbalan Presiden amat penting sebagai azimat menghadapi PRU13," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Kerabat merupakan organisasi bebas yang ditubuhkan pada 18 Julai 2011 bertujuan menuntut hak dan kebajikan bekas tentera.

Tanah: 50 tahun tunggu janji BN, akhirnya PR tunaikan

Selangorku, 16 Feb 2013
SEPANG: Penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda akhirnya mampu menarik nafas lega apabila penantian selama lebih 50 tahun untuk memiliki tanah yang didiami selama ini tercapai.

Usaha memiliki tanah yang menempatkan kediaman 15 keluarga di kampung tersebut mula diusahakan sejak 50 tahun lalu oleh generasi sebelum ini.

Bagaimanapun menurut penduduk yang ditemui selepas majlis penyerahan Borang 5A hari ini, usaha mereka sebelum ini tidak dilayan Kerajaan Negeri yang diterajui Umno-BN.

“Lama hingga dah tiga YB dari BN bertukar, sekarang lega, memang itu yang saya tunggu-tunggu. “Lebih 50 tahun cuba usahakan, tapi bila kita kemukakan tiada apa-apa jawapan,” ujar Hussin Ahmad (gambar), 71 tahun dengan nada sebak kepada TV Selangor.

Beliau yang mengaku sebelum ini merupakan ahli Umno turut berkata beliau akan memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri yang ada sekarang dalam pilihan raya akan datang.

Latjiman Keman (gambar), 48 tahun pula memberitahu usaha untuk mendapatkan hak milik tanah yang didiami keluarganya sudah mula di usahakan oleh Allahyarham bapanya.

“Perjuangan ini melebihi tempoh usia saya dan hampir menemui jalan buntu, tetapi kejayaan hari ini dapat menebus semula titik peluh arwah bapa saya.

“Kegembiraan ini kami kongsikan bersama dari generasi pertama, generasi kedua dan ketiga.

“Usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri ini merupakan satu usaha murni yang patut diteruskan untuk terus membantu rakyat yang menghadapi masalah yang sama,” kata Latjiman.

Sementara itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari pula berkata penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda kini tidak lagi perlu bimbang kemungkinan tanah mereka di ambil oleh Kerajaan Pusat.

“Tanah yang mereka diami ini berhampiran dengan Putrajaya, wilayah Kerajaan Pusat yang pesat membangun, jadi memang terdapat risiko ia akan diambil oleh Kerajaan Pusat.

“Tetapi bila mereka dah dapat borang 5A ini, mereka tak perlu lagi bimbang, penduduk boleh hidup dengan tenang,” kata beliau.

Sebelum itu dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Kampung Datuk Abu Bakar Baginda seramai 15 penduduk kampung di sini menerima borang 5A yang disampaikan oleh Dr Yaakob yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Borang 5A adalah surat tawaran memiliki tanah dari Kerajaan Negeri kepada seseorang individu.

Borang tersebut juga diangap sebagai pengesahan pemilikan tanah oleh seseorang individu itu dengan bayaran premium RM1,000 sahaja.

Ketika di era Umno-BN mentadbir, penerima borang 5A dikehendaki membayar premium sekurang-kurangnya 20 peratus dari nilai tanah menyebabkan terdapat penerima tawaran dikalangan berpendapatan rendah terpaksa menolak kerana tidak mampu membayar premium yang tinggi.

S'gor umum tawaran ambil alih air minggu depan

Harakahdaily, 16 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan tawaran mengambil alih operasi pengurusan bekalan air di negeri ini kepada semua syarikat konsesi mulai minggu hadapan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu sebagai penerusan kepada usaha dan komitmen kerajaan negeri untuk mengambil alih di negeri itu.

“Kita akan mengumumkan tawaran kita minggu hadapan dan terpulang pada pemegang konsesi untuk terima atau tidak,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Jambatan Ketiga Klang di Jalan Tepi Sungai, Klang semalam.

Kerajaan Selangor sebelum ini telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan pihaknya akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

Abdul Khalid berkata, pihaknya juga akan menghantar surat kepada Kementerian Kewangan dalam masa terdekat supaya bersetuju terhadap tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri.

“Saya akan tulis surat kepada Kementerian Kewangan supaya bersetuju dengan tawaran saya,” katanya.

Kesemua tindakan-tindakan ini kata Abdul khalid dibuat berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, baru-baru ini  bahawa Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air dari syarikat konsesi.

“Kerajaan Pusat bersetuju Kerajaan Negeri berhak ambil alih konsesi-konsesi ini seperti yang dinyatakan dalam undang-undang air (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006),” jelasnya.

Terbaik...MB Kedah naik motosikal 3 km ke himpunan rakyat

http://kachipemas.blogspot.com, 16 Feb 2013

Terbaikkk..MB Kedah Terpaksa Naik Motosikal Sejauh 3 KM Ke .Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah..jom baca


ustaz Azizan pergi program naik motorsikal, bukan sebab untuk menunjuk, tapi jalan sesak teruk di Pedu


Terbaik Dari MB Kedah... Ustaz Azizan Dibawa Menaiki Motor Ke Tapak Himpunan Petang Tadi Oleh Konvoi Bermotor ARC Apabila Kereta Yang Beliau Naiki Tak Dapat Meneruskan Perjalanan Akibat Kesesakan Luarbiasa Ke Tempat Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah.. Sempoi Baq Hang!!!

Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah Dan Himpunan Menyokong Projek Ladang Buah Buahan Di Charok Genting Bunga Alahamdulillah Berjaya..Tapi Sayang Ribuan Manusia Tak Dapat Masuk Tapak Himpunan Sebab Jalan Sesak 3 KM..Nantikan Gambar2 Menarik Malam Ini...

Peserta Konvoi Mula Bergerak..
Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Charok Genting Bunga Tasik Pedu Petang Tadi..



Tanpa Di Sediakan Bas..Tanpa Upah..Tanpa Baju Free...Rakyat Kedah Hadir Memberi Sokongan Penuh Kepada Kerajaan Negeri Kedah Di Bawah Pakatan Rakyat...

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Charok Genting Bunga Petang Tadi....Jom Klik LIKE untuk Fan Page Abu Luqman

Tahan senator Australia langgar protokol antarabangsa

Harakahdaily, 16 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan menghalang serta menahan Senator Australia, Nick Xenophon di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang pagi tadi melanggar protokol antarabangsa, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Xenophon yang juga ahli parlimen bebas itu didakwa ditahan atas faktor ancaman keselamatan dan dilabel sebagai "musuh kerajaan".

"Dakwaan-dakwaan tersebut adalah benar-benar tanpa asas.

"Saya ingin mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa dia tidak mempunyai hak untuk melayan pelawat sebagai musuh negara semata-mata kerana mereka kritikal terhadap pentadbiran negara yang dipimpin Umno,' katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Xenophon (gambar) menjadi fokus kontroversi kerana didakwa mencampuri urusan Malaysia tahun lalu apabila mempersoal tahap ketelusan pengendalian pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang hadir ketika berlangsungnya himpunan Bersih 3.0 di ibu negara tahun lalu mendakwa, perhimpunan itu aman sebelum polis menimbulkan provokasi pada hari kejadian.

Difahamkan beliau ke negara ini menyertai penggubal undang-undang Australia yang lain dalam rangka perbincangan bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang bertulis atau berkelakuan dengan cara yang boleh disifatkan sebagai ancaman kepada keselamatan kita.

"Penahanan dan pengusiran ini dibuat atas sebab-sebab politik partisan. Ia juga jelas melanggar protokol antarabangsa," kata Anwar.

Puluhan ribu beri sokongan kepada Kerajaan PR Kedah

Harakahdaily, 16 Feb 2013


KUALA LUMPUR: Puluhan ribu rakyat Kedah semalam telah turun beramai-ramai tanda memberikan sokongan padu dan jitu kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan berhimpun secara aman di Charok Genting Bunga, Empangan Pedu, Kuala Nerang, Kedah selepas solat Jumaat.

Menurut blogger Omak Kau, Jalan ke lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah sesak sehingga lebih tiga kilometer menyebabkan ribuan rakyat terperangkap dan tidak dapat ke lokasi himpunan.

Baca di sini.

Tiada ulasan: