Gwo Burne dedah satu lagi 'video isu hakim'
MP
Kelana Jaya Loh Gwo Burne yang meraih populariti selepas mendedahkan
klip video VK Lingam pada 2007, hari ini mendedahkan satu lagi video
yang didakwa menunjukkan bahawa badan kehakiman mudah terlibat dengan
rasuah.Video berkenaan direkodkan bapanya, Mui Fah beberapa tahun lalu semasa pertemuan dengan seorang akauntan untuk membincangkan satu kes sivil melibatkan beliau dan bapanya itu.
Klip video sepanjang dua minit itu antara lainnya menunjukkan Mui Fah bercakap mengenai hubungan akauntan tersebut dengan seorang yang dinamakan sebagai "W" yang didakwa sebagai seorang hakim kanan.
"Anda amat mengenali W. Dia kawan baik anda! Jadi anda boleh minta W tolong," kata Mui Fah.
"Ya... tapi tidak perlu. J ada di situ! Kawan baik saya. J, broker licik saya sejak lama," jawab akauntan tersebut.
Nama samaran "W" dan "J" itu tidak didengar daripada klip video berkenaan kerana disunting, namun dinyatakan dalam transkrip yang diedarkan Gwo Burne.
Gwo Burne mengakui bahawa bapanya sengaja "mengenakan" akauntan tersebut sebagai satu jaminan, selepas akauntan berkenaan menyebut mengenai hubungan dengan seorang hakim kanan.
Artis: BN patut utama artis tempatan, bukan Psy
Persatuan
Seniman Malaysia (SENIMAN) Rozaidi Jamil menggesa penganjur konsert BN
di Pulau Pinang pada 11 Februari supaya mengutamakan artis tempatan dan
bukannya penyanyi pop Korea Psy.
Katanya, peruntukan besar untuk membawa artis rap tersebut sepatutnya disalurkan kepada artis tempatan – sesuai dengan slogan "rakyat didahulukan" yang diuar-uarkan kerajaan.
Pelakon dengan nama gelaran Zed Zaidi itu juga berkata, persembahan oleh artis luar seperti Psy hanya akan menguntungkan kerajaan yang mengaut bayaran cukai hiburan.
"Kemasukkan Psy K-Pop dibiayai oleh syarikat tempatan bukan duit rakyat. Walaupun 2 juta diperuntukkan lebih baik diberi kepada artis Malaysia.
"Artis luar terutama Psy K-Pop, penyanyi memberi kelebihan kepada cukai hiburan negara berbanding pelakon kerana ia cuma persembahan one-off.
"Saya menyarankan pihak-pihak bertanggungjawab perlu berlandaskan 1Malaysia DS @NajibRazak Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan cc @DrRaisYatim," katanya di Twtter.
Beliau mengulas rancangan BN untuk menampilkan Psy di persembahan sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan, kos pembayaraan bagi persembahan ringkas oleh Psy dijangka bernilai RM932,100 hingga RM1,242,800.
BN menjelaskan bahawa penyanyi yang popular dengan lagu "Gangnam Style" itu ditaja oleh sebuah syarikat swasta.

TPM: Gesaan LGE pakai baju tertentu 'kerja bodoh'
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan gesaan Ketua
Menteri Lim Guan Eng supaya rakyat Pulau Pinang memakai baju berwarna
tertentu semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran
Barisan Nasional (BN) negeri, adalah satu perbuatan 'bodoh'.
Katanya Lim seolah-olah seperti orang cerdik tetapi tidak cerdik malah ia adalah perbuatan yang bodoh.
Beliau berkata sebagai pemimpin negeri, Lim seharusnya menghormati dan menghargai majlis orang lain, dan beliau sendiri boleh mengunjungi majlis rumah terbuka itu.
"Ini kerja yang bodoh. Kenapa nak menimbulkan kekacauan... mungkin niat dia (Lim) tidak ikhlas," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama jentera BN Pulau Pinang hari ini.
Semalam, Lim menggesa rakyat Pulau Pinang yang mengunjungi majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN negeri pada 11 Februari nanti yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, agar memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah.
Kata Lim kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang.
Muhyiddin berkata majlis Tahun Baharu Cina adalah untuk menyambut semangat tahun baru serta menekankan keriangan dan perpaduan, tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang hanya berminat untuk berpolitik sahaja.
Katanya begitu juga jika DAP menganjurkan majlis rumah terbuka, ia tidak akan diganggu oleh penyokong BN kerana mereka ada hak untuk menganjurkannya.
"Kalau itu tak boleh, ini tak boleh apa maknanya CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus)... tak ada makna bagi kita," katanya.
Mengenai perbelanjaan membawa artis dari luar negara bagi memeriahkan majlis rumah terbuka itu, Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan ia adalah tajaan pihak swasta.
Majlis sambutan itu di padang Sekolah Han Chiang akan dimeriahkan dengan persembahan PSY, artis Korea Selatan yang popular dengan Gangnam Style.
- Bernama
Secara berjenaka beliau memberitahu satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini bahawa ianya tidak mustahil, tetapi bukan mudah.
"Kami mahu jujur tentang hal ini kerana terdapat pihak yang mungkin berfikir bahawa kita sombong," katanya.
"Kita bekerja kuat tetapi pihak pembangkang pun buat macam-macam yang membawa kesan," katanya sambil menambah di Pulau Pinang terdapat juga masalah seperti perumahan dan tanah.
Muhyiddin juga membidas Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwanya 'memonopoli' perkataan Pulau Pinang, dengan berkata Lim datang dari Melaka tetapi mahu memonopoli negeri itu, manakala rakyat tidak boleh melakukannya.
Katanya, berdasarkan kaji selidik BN di setiap kawasan, terdapat perubahan yang jelas di kalangan pengundi berbanding masa lalu di mana gabungan itu kehilangan beberapa kerusi.
Beliau menegaskan bahawa terdapat "kesedaran baru" bahawa sokongan rakyat mula kembali kepada BN.
"Pada masa lalu, kita kalah bukan kerana pembangkang (Pakatan Rakyat) kuat tetapi terdapat isu-isu dalaman dalam kawasan pilihan raya yang kini telah diselesaikan," katanya.
"Terdapat juga perkembangan baru dan inisiatif oleh kerajaan persekutuan selaras dengan pelan transformasi pada tahun lalu, termasuk memberi bantuan kepada kumpulan sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan," katanya.
"Jadi mereka melihat bahawa BN benar-benar mahu membantu dengan ikhlas untuk meringankan beban mereka, sebagai contoh, memberi bantuan kepada kanak-kanak sekolah," tegas beliau.
Malah, tambahnya, inisiatif tersebut digeruni pembangkang tetapi ia diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, "jadi kita lihat ada peningkatan dalam sokongan bagi BN."
Muhyiddin dalam rangka lawatan sehari bekerja ke Pulau Pinang hari ini, di mana beliau telah diberi taklimat oleh BN negeri mengenai status semasa persediaan gabungan itu untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.
"Kita tak izinkan rasuah dan tidak izinkan perkara yang boleh jejaskan imej negara tetapi itu pandangan mereka. Tidak semestinya benar pandangan mereka.
"Negara mana yang tidak dianggap rasuah? Itu persepsi mereka. Mereka yang tentukan standard.
"Dari awal lagi dari segi kajian telah berat sebelah. Jika kita belajar tentang metodologi kaji selidik, ini adalah metodologi kaji selidik yang berat sebelah," katanya.
Kajian yang dikeluarkan TI-UK itu, seperti dilaporkan pada akhir bulan lalu, menyebut Malaysia mendapat markah D- dan setanding dengan negara seperti Bangladesh, Pakistan, China, Russia, Kazakhstan dan Jordan.
Ia merupakan kajian pertama di peringkat global yang dijalankan ke atas risiko rasuah dalam organisasi pertahanan seluruh dunia – dengan mengkategorikan negara terlibat mengikut skala markah A hingga F.
Zahid juga tidak berpuas hati kerana TI-UK tetap melaporkan persepsi sedemikian walaupun kementerian memberi komen dan jawapan sebaliknya sebelum laporan itu diterbitkan.
"Saya melihat laporan itu. Malah sebelum laporan itu dikeluarkan pun saya mendapat peluang untuk memberikan komen.
"Tetapi daripada pengalaman terdahulu, walaupun kita beri komen dan jawapan sebaliknya, tetapi mereka tetap menulis tentang apakah tanggapan mereka tentang sesebuah kementerian.
"Saya telah berbincang supaya satu kenyataan dikeluarkan untuk menyanggah apa yang ditulis mereka," katanya lagi.
Juga dikenali sebagai Mohammad Kamal bin Sa'aid, ahli perniagaan yang berusia 47 tahun itu mengaku bersalah memiliki pasport palsu Filipina di bawah nama Amililio Manuel Karingal, demikian menurut laporan New Straits Times.
Dia dimasukkan ke hospital kerana masalah hati pada hari Sabtu dan perbicaraan yang didengar oleh Majistret Nuruhuda Mohd Yusof telah diadakan di wad hospital tersebut.
Dia diwakili oleh peguam Khairul Othman.
Akhbar berbahasa Inggeris itu melaporkan bahawa mengikut fakta yang diberikan oleh pegawai pendakwa Azwal Azman, polis menahan Amalilio pada jam 5.30 petang 25 Januari di pintu masuk berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Bercanggah dengan apa yang didakwa pihak berkuasa Filipina, siasatan polis Malaysia mendedahkan dia seorang rakyat Malaysia, tetapi mendapat pasport palsu Filipina.
Amalilio melarikan diri ke Sabah selepas dikehendaki polis Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000 rakyat sebanyak 12 bilion peso (RM895 juta) melalui syarikatnya, Aman Futures Group di Visayas dan Mindanao Aman.
'Dia rakyat Filipina'
Sebelum ini, Setiausaha Luar Filipina, Mar Roxas mendakwa bahawa dokumen yang dikumpulkan oleh agensi penguatkuasaan Filipina, termasuk sijil kelahiran dan pasport Filipina Amalilio, membuktikan dia seorang rakyat Filipina.
Roxas (kanan) juga mendakwa bahawa Ketua Menteri Sabah Musa Aman telah menyekat penghantaran pulang Amalilio manakala Presiden Filipina Benigno S Aquino III berikrar untuk membawa Amalilio kembali ke republik itu untuk menghadapi tindakan undang-undang.
Menurut kepada Filipina media, polis Sabah menyekat deportasi Amalilio pada 24 Januari, 10 minit sebelum dia hendak menaiki kapal terbang ke Manila bersama ejen Biro Siasatan Nasional Filipina dan empat ejen tersebut tidak diberikan sebab yang jelas untuk campurtangan saat-saat akhir.
Musa kemudiannya mengaku bahawa Amalilio adalah "saudara jauh" tetapi menafikan beliau telah campurtangan dalam deportasi Amalilio.
Walaupun Musa tidak menjelas lanjut, tetapi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu akhbar Filipina daily bahawa ibu Amalilio itu adalah sepupu Musa.
"Ibunya adalah Zubaidah Omar, sepupu Musa. Aman (bapa Musa) dan Omar (bapa Zubaidah) dua beradik," Anwar dipetik sebagai berkata oleh The Star Filipina.
Satu kajian oleh Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) mendapati hampir 12 peratus daripada pengundi di Sabah direkodkan dengan etnik ganjil itu dalam kad pengenalan masing-masing.
Sebahagian daripada kad pengenalan yang dimiliki pengundi ini menjadi pertikaian utama dalam petisyen pilihan raya Likas 1999 di Sabah lebih satu dekad lalu.
Mahkamah berkenaan memutuskan bahawa individu berkenaan mungkin merupakan pengundi hantu yang ditempatkan di kawasan terbabit, namun ia masih kekal dalam daftar pemilih.
Merap dalam tulisan di blognya menyatakan, daftar pemilih yang dikemaskini sehingga suku pertama 2012 menunjukkan sejumlah 108,970, atau 11.7 peratus daripada 920,160 pengundi di Sabah direkodkan sebagai anggota kumpulan etnik seperti "Bugis", "Brunei", "Jawa" dan "Filipina".
Analisis berkenaan mendapati, pengundi seperti itu banyak ditemui di kawasan parlimen Silam, Kimanis, Kalabakan, Libaran, Papar, Tawai, Sipitang, Beaufort dan Putatan dalam daftar pemilih suku pertama 2012 untuk yang membentuk lebih daripada 15 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar.
Walaupun dengan rekod etnik seperti itu, majoriti daripadanya dinyatakan sebagai individu yang dilahirkan di Malaysia, menurut Merap.
Semakan kod negeri dalam kad pengenalan berkenaan seterusnya menunjukkan bahawa lebih 7,000 bangsa Filipina, 5,000 Indonesia dan 2,000 Pakistan dalam senarai itu direkodkan sebagai dilahirkan di Sabah.
"Malah terdapat lima orang (bangsa) Bangladesh dan seorang (bangsa) Burundi dilahirkan di Sabah."
Katanya Lim seolah-olah seperti orang cerdik tetapi tidak cerdik malah ia adalah perbuatan yang bodoh.
Beliau berkata sebagai pemimpin negeri, Lim seharusnya menghormati dan menghargai majlis orang lain, dan beliau sendiri boleh mengunjungi majlis rumah terbuka itu.
"Ini kerja yang bodoh. Kenapa nak menimbulkan kekacauan... mungkin niat dia (Lim) tidak ikhlas," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama jentera BN Pulau Pinang hari ini.
Semalam, Lim menggesa rakyat Pulau Pinang yang mengunjungi majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN negeri pada 11 Februari nanti yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, agar memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah.
Kata Lim kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang.
Muhyiddin berkata majlis Tahun Baharu Cina adalah untuk menyambut semangat tahun baru serta menekankan keriangan dan perpaduan, tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang hanya berminat untuk berpolitik sahaja.
Katanya begitu juga jika DAP menganjurkan majlis rumah terbuka, ia tidak akan diganggu oleh penyokong BN kerana mereka ada hak untuk menganjurkannya.
"Kalau itu tak boleh, ini tak boleh apa maknanya CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus)... tak ada makna bagi kita," katanya.
Mengenai perbelanjaan membawa artis dari luar negara bagi memeriahkan majlis rumah terbuka itu, Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan ia adalah tajaan pihak swasta.
Majlis sambutan itu di padang Sekolah Han Chiang akan dimeriahkan dengan persembahan PSY, artis Korea Selatan yang popular dengan Gangnam Style.
- Bernama
'Tak mustahil, tapi tak mudah tawan P Pinang'
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan keyakinannya
bahawa prestasi Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang dalam pilihan raya
kali ini akan lebih baik daripada 2008.Secara berjenaka beliau memberitahu satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini bahawa ianya tidak mustahil, tetapi bukan mudah.
"Kami mahu jujur tentang hal ini kerana terdapat pihak yang mungkin berfikir bahawa kita sombong," katanya.
"Kita bekerja kuat tetapi pihak pembangkang pun buat macam-macam yang membawa kesan," katanya sambil menambah di Pulau Pinang terdapat juga masalah seperti perumahan dan tanah.
Muhyiddin juga membidas Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwanya 'memonopoli' perkataan Pulau Pinang, dengan berkata Lim datang dari Melaka tetapi mahu memonopoli negeri itu, manakala rakyat tidak boleh melakukannya.
Katanya, berdasarkan kaji selidik BN di setiap kawasan, terdapat perubahan yang jelas di kalangan pengundi berbanding masa lalu di mana gabungan itu kehilangan beberapa kerusi.
Beliau menegaskan bahawa terdapat "kesedaran baru" bahawa sokongan rakyat mula kembali kepada BN.
"Pada masa lalu, kita kalah bukan kerana pembangkang (Pakatan Rakyat) kuat tetapi terdapat isu-isu dalaman dalam kawasan pilihan raya yang kini telah diselesaikan," katanya.
"Terdapat juga perkembangan baru dan inisiatif oleh kerajaan persekutuan selaras dengan pelan transformasi pada tahun lalu, termasuk memberi bantuan kepada kumpulan sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan," katanya.
"Jadi mereka melihat bahawa BN benar-benar mahu membantu dengan ikhlas untuk meringankan beban mereka, sebagai contoh, memberi bantuan kepada kanak-kanak sekolah," tegas beliau.
Malah, tambahnya, inisiatif tersebut digeruni pembangkang tetapi ia diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, "jadi kita lihat ada peningkatan dalam sokongan bagi BN."
Muhyiddin dalam rangka lawatan sehari bekerja ke Pulau Pinang hari ini, di mana beliau telah diberi taklimat oleh BN negeri mengenai status semasa persediaan gabungan itu untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.
Menteri pertahanan kata kajian TI berat sebelah
Menteri
Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kaji selidik
Transparency International (TI) yang meletakkan Malaysia dalam kategori
negara berisiko rasuah dalam perbelanjaan dan operasi ketenteraan
dijalankan secara berat sebelah.Katanya, hasil kaji selidik berkenaan juga merupakan persepsi oleh organisasi berkenaan yang tidak semestinya benar."Kita tak izinkan rasuah dan tidak izinkan perkara yang boleh jejaskan imej negara tetapi itu pandangan mereka. Tidak semestinya benar pandangan mereka.
"Negara mana yang tidak dianggap rasuah? Itu persepsi mereka. Mereka yang tentukan standard.
"Dari awal lagi dari segi kajian telah berat sebelah. Jika kita belajar tentang metodologi kaji selidik, ini adalah metodologi kaji selidik yang berat sebelah," katanya.
Kajian yang dikeluarkan TI-UK itu, seperti dilaporkan pada akhir bulan lalu, menyebut Malaysia mendapat markah D- dan setanding dengan negara seperti Bangladesh, Pakistan, China, Russia, Kazakhstan dan Jordan.
Ia merupakan kajian pertama di peringkat global yang dijalankan ke atas risiko rasuah dalam organisasi pertahanan seluruh dunia – dengan mengkategorikan negara terlibat mengikut skala markah A hingga F.
Zahid juga tidak berpuas hati kerana TI-UK tetap melaporkan persepsi sedemikian walaupun kementerian memberi komen dan jawapan sebaliknya sebelum laporan itu diterbitkan.
"Saya melihat laporan itu. Malah sebelum laporan itu dikeluarkan pun saya mendapat peluang untuk memberikan komen.
"Tetapi daripada pengalaman terdahulu, walaupun kita beri komen dan jawapan sebaliknya, tetapi mereka tetap menulis tentang apakah tanggapan mereka tentang sesebuah kementerian.
"Saya telah berbincang supaya satu kenyataan dikeluarkan untuk menyanggah apa yang ditulis mereka," katanya lagi.
Bantuan RM1,000: Menteri mahu 'bukti' dari veteran tentera
Menteri
Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bantuan RM1,000 kepada
pesara tentera tanpa pencen mungkin akan dipertimbangkan untuk dibayar
secara tahunan sekiranya BN mendapat mandat sekali lagi dalam pilihan
raya umum akan datang.
Dalam ucapannya ketika merasmikan satu portal kerjaya veteran tentera hari ini, naib presiden Umno itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan menimbang perkara itu.
"Bantuan one-off RM1,000 pula, (pesara tentera) minta untuk (dibayar secara) tahunan, saya fikir PM akan mempertimbangkan untuk melaksanakannya namun sekiranya kerajaan terus mendapat mandat," katanya.
Ditanya lanjut mengenai perkara itu dalam sidang media selepas itu, Ahmad Zahid berkata perkara tersebut "perlu dibuktikan" terlebih dahulu kerana ia melibatkan kos besar.
"Dalam perkara ini saya fikir ianya bergantung kepada manifesto yang akan digarapkan oleh pengerusi BN pada pilihan raya umum akan datang.
"Tetapi jika ini permintaan daripada mereka, diharap ianya dibuktikan terlebih dahulu kerana agak sukar kerajaan nak biayai RM224 juta setahun kerana ini jumlah akan besar.
"Walau bagaimanapun kita berterima kasih sekiranya kerajaan memutuskan untuk mempertimbangkan pesara tentera tidak berpencen ini," katanya lagi.
Najib mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 itu dalam Belanjawan 2013 untuk menghargai jasa bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang 21 tahun.
Kos bantuan untuk 224,000 orang pesara tentera akan dtanggung bersama oleh kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
"Tahap (standard) dia apa? Tanya dia balik. Apa standard dia? Masa itu dia jadi timbalan panglima, saya ketua dia. Dia yang buat standard itu," kata Zahid yang berang dengan dakwaan tersebut.
Beliau ditanya mengenai dakwaan tersebut dalam sidang media selepas merasmikan satu portal kerjaya bagi pesara tentera hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Ghafir pada bulan lalu yang mendakwa standard peralatan serta kemudahan di kem tentera tidak menepati dana yang diperuntukkan dan turut mengibaratkan kem berkenaan seperti kemudahan di negara dunia ketiga.
Abdul Ghafir, antara lainnya mendakwa ambulans yang digunakan pasukan pengaman Malaysia di Namibia sering rosak dan anggota pasukan itu juga terpaksa menggunakan tuala sebagai selimut.
Beliau mempersoalkan sama ada aset dan kemudahan berkenaan setimpal dengan peruntukan sebanyak antara RM5 bilion hingga RM7 bilion untuk pertahanan setiap tahun.
Abdul Ghafir yang menjadi timbalan panglima angkatan tentera darat di antara tahun 2000 hingga 2005 berkata kementerian pertahanan banyak membuat rundingan terus untuk membeli peralatan.
Langkah ini terdedah kepada rasuah dan penyalahgunaan dana dalam pembelian peralatan, katanya.
Dalam ucapannya ketika merasmikan satu portal kerjaya veteran tentera hari ini, naib presiden Umno itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan menimbang perkara itu.
"Bantuan one-off RM1,000 pula, (pesara tentera) minta untuk (dibayar secara) tahunan, saya fikir PM akan mempertimbangkan untuk melaksanakannya namun sekiranya kerajaan terus mendapat mandat," katanya.
Ditanya lanjut mengenai perkara itu dalam sidang media selepas itu, Ahmad Zahid berkata perkara tersebut "perlu dibuktikan" terlebih dahulu kerana ia melibatkan kos besar.
"Dalam perkara ini saya fikir ianya bergantung kepada manifesto yang akan digarapkan oleh pengerusi BN pada pilihan raya umum akan datang.
"Tetapi jika ini permintaan daripada mereka, diharap ianya dibuktikan terlebih dahulu kerana agak sukar kerajaan nak biayai RM224 juta setahun kerana ini jumlah akan besar.
"Walau bagaimanapun kita berterima kasih sekiranya kerajaan memutuskan untuk mempertimbangkan pesara tentera tidak berpencen ini," katanya lagi.
Najib mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 itu dalam Belanjawan 2013 untuk menghargai jasa bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang 21 tahun.
Kos bantuan untuk 224,000 orang pesara tentera akan dtanggung bersama oleh kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Zahid Hamidi: Apa standard Abdul Ghafir?
Menteri
Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berkata bekas timbalan panglima
angkatan tentera darat Leftenan Jeneral Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid
yang mempersoalkan mutu alatan serta kemudahan tentera turut
bertanggungjawab menetapkan piawai berkenaan."Tahap (standard) dia apa? Tanya dia balik. Apa standard dia? Masa itu dia jadi timbalan panglima, saya ketua dia. Dia yang buat standard itu," kata Zahid yang berang dengan dakwaan tersebut.
Beliau ditanya mengenai dakwaan tersebut dalam sidang media selepas merasmikan satu portal kerjaya bagi pesara tentera hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Ghafir pada bulan lalu yang mendakwa standard peralatan serta kemudahan di kem tentera tidak menepati dana yang diperuntukkan dan turut mengibaratkan kem berkenaan seperti kemudahan di negara dunia ketiga.
Abdul Ghafir, antara lainnya mendakwa ambulans yang digunakan pasukan pengaman Malaysia di Namibia sering rosak dan anggota pasukan itu juga terpaksa menggunakan tuala sebagai selimut.
Beliau mempersoalkan sama ada aset dan kemudahan berkenaan setimpal dengan peruntukan sebanyak antara RM5 bilion hingga RM7 bilion untuk pertahanan setiap tahun.
Abdul Ghafir yang menjadi timbalan panglima angkatan tentera darat di antara tahun 2000 hingga 2005 berkata kementerian pertahanan banyak membuat rundingan terus untuk membeli peralatan.
Langkah ini terdedah kepada rasuah dan penyalahgunaan dana dalam pembelian peralatan, katanya.
Amalilio dipenjara guna pasport palsu
Manuel
Karingal Amalilio - 'saudara jauh' Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman
yang yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina - dihukum dua tahun
penjara kerana memiliki pasport palsu selepas perbicaraan diadakan di
wad Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu semalam.Juga dikenali sebagai Mohammad Kamal bin Sa'aid, ahli perniagaan yang berusia 47 tahun itu mengaku bersalah memiliki pasport palsu Filipina di bawah nama Amililio Manuel Karingal, demikian menurut laporan New Straits Times.
Dia dimasukkan ke hospital kerana masalah hati pada hari Sabtu dan perbicaraan yang didengar oleh Majistret Nuruhuda Mohd Yusof telah diadakan di wad hospital tersebut.
Dia diwakili oleh peguam Khairul Othman.
Akhbar berbahasa Inggeris itu melaporkan bahawa mengikut fakta yang diberikan oleh pegawai pendakwa Azwal Azman, polis menahan Amalilio pada jam 5.30 petang 25 Januari di pintu masuk berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Bercanggah dengan apa yang didakwa pihak berkuasa Filipina, siasatan polis Malaysia mendedahkan dia seorang rakyat Malaysia, tetapi mendapat pasport palsu Filipina.
Amalilio melarikan diri ke Sabah selepas dikehendaki polis Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000 rakyat sebanyak 12 bilion peso (RM895 juta) melalui syarikatnya, Aman Futures Group di Visayas dan Mindanao Aman.
'Dia rakyat Filipina'
Sebelum ini, Setiausaha Luar Filipina, Mar Roxas mendakwa bahawa dokumen yang dikumpulkan oleh agensi penguatkuasaan Filipina, termasuk sijil kelahiran dan pasport Filipina Amalilio, membuktikan dia seorang rakyat Filipina.
Roxas (kanan) juga mendakwa bahawa Ketua Menteri Sabah Musa Aman telah menyekat penghantaran pulang Amalilio manakala Presiden Filipina Benigno S Aquino III berikrar untuk membawa Amalilio kembali ke republik itu untuk menghadapi tindakan undang-undang.
Menurut kepada Filipina media, polis Sabah menyekat deportasi Amalilio pada 24 Januari, 10 minit sebelum dia hendak menaiki kapal terbang ke Manila bersama ejen Biro Siasatan Nasional Filipina dan empat ejen tersebut tidak diberikan sebab yang jelas untuk campurtangan saat-saat akhir.
Musa kemudiannya mengaku bahawa Amalilio adalah "saudara jauh" tetapi menafikan beliau telah campurtangan dalam deportasi Amalilio.
Walaupun Musa tidak menjelas lanjut, tetapi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu akhbar Filipina daily bahawa ibu Amalilio itu adalah sepupu Musa.
"Ibunya adalah Zubaidah Omar, sepupu Musa. Aman (bapa Musa) dan Omar (bapa Zubaidah) dua beradik," Anwar dipetik sebagai berkata oleh The Star Filipina.
Merap kesan lebih 100,000 pengundi dengan etnik ganjil
Merap
menyatakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga suku pertama 2012
menunjukkan sejumlah 108,970, atau 11.7 peratus daripada 920,160
pengundi di Sabah direkodkan sebagai anggota kumpulan etnik seperti
"Bugis", "Brunei", "Jawa" dan "Filipina".Satu kajian oleh Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) mendapati hampir 12 peratus daripada pengundi di Sabah direkodkan dengan etnik ganjil itu dalam kad pengenalan masing-masing.
Sebahagian daripada kad pengenalan yang dimiliki pengundi ini menjadi pertikaian utama dalam petisyen pilihan raya Likas 1999 di Sabah lebih satu dekad lalu.
Mahkamah berkenaan memutuskan bahawa individu berkenaan mungkin merupakan pengundi hantu yang ditempatkan di kawasan terbabit, namun ia masih kekal dalam daftar pemilih.
Merap dalam tulisan di blognya menyatakan, daftar pemilih yang dikemaskini sehingga suku pertama 2012 menunjukkan sejumlah 108,970, atau 11.7 peratus daripada 920,160 pengundi di Sabah direkodkan sebagai anggota kumpulan etnik seperti "Bugis", "Brunei", "Jawa" dan "Filipina".
Analisis berkenaan mendapati, pengundi seperti itu banyak ditemui di kawasan parlimen Silam, Kimanis, Kalabakan, Libaran, Papar, Tawai, Sipitang, Beaufort dan Putatan dalam daftar pemilih suku pertama 2012 untuk yang membentuk lebih daripada 15 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar.
Walaupun dengan rekod etnik seperti itu, majoriti daripadanya dinyatakan sebagai individu yang dilahirkan di Malaysia, menurut Merap.
Semakan kod negeri dalam kad pengenalan berkenaan seterusnya menunjukkan bahawa lebih 7,000 bangsa Filipina, 5,000 Indonesia dan 2,000 Pakistan dalam senarai itu direkodkan sebagai dilahirkan di Sabah.
"Malah terdapat lima orang (bangsa) Bangladesh dan seorang (bangsa) Burundi dilahirkan di Sabah."
Bekas menantu menteri didenda bersubahat bernikah tanpa kebenaran
Bekas
menantu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais
Yatim, Dr Raja Badrul Hisham Raja Zezeman Shah didenda RM600 atau
penjara enam hari jika gagal membayar denda, terhadap pertuduhan
bersubahat bernikah tanpa kebenaran tujuh tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Rendah Syariah Asrul Azlan Embong pada 30 Januari lalu selepas Dr Raja Badrul Hisham, 43, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Sementara itu, pihak pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa Syarie Kanan, Salehan Md Yatim memfailkan notis rayuan berhubung hukuman tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur hari ini.
Salehan memberitahu pemberita pihaknya berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
Dr Raja Badrul Hisham didakwa bernikah dengan Faizah Sidi tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah-wilayah Persekutuan.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 133 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 kerana bersubahat dengan pasangannya, yang boleh dihukum denda maksimum RM1,000 atau dipenjara sehingga enam bulan
atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Faizah didenda RM500 atau penjara lima hari jika gagal membayar denda, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan bernikah tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran, mengikut Seksyen 40(2) akta sama.
Dr Raja Badrul Hisham dan Faizah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bandar Seri Permaisuri Cheras di sini pada 7 April 2006.
Kedua-dua mereka membayar denda itu.
Dr Raja Badrul Hisham menceraikan Malini Rais pada 10 Ogos 2011.

DAP bimbang rumah penduduk jadi alamat pengundi hantu
DAP
Selangor mengesyaki alamat penduduk di kawasan Kuala Kubu Bharu
digunakan oleh pihak tertentu untuk mendaftarkan pengundi yang disyaki
sebagai pengundi hantu.
Setiausaha organisasi DAP Selangor Lau Weng San berkata, kebimbangan itu timbul memandangkan penduduk di kawasan tersebut didakwa menerima satu surat daripada BN Selangor.
Anehnya, surat tersebut dialamatkan untuk individu yang tidak menetap di kediaman mereka, dakwanya.
Surat berkenaan, dakwanya, mengandungi ucapan Tahun Baru 2013 daripada BN Selangor dan turut memuatkan maklumat pengundian individu tersebut termasuk daerah mengundi, kawasan DUN dan parlimen.
"Kita khuatir alamat ini digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendaftar pengundi-pengundi hantu.
"Ada 40 kes yang sama yang diterima sejak bulan lalu," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP Selangor di Petaling Jaya.
Beliau turut menunjukkan tiga pucuk surat yang dialamatkan kepada individu dengan nama Melayu di rumah yang dihuni penduduk Cina di Taman Pesara, Kuala Kubu Bharu.
"Kita sangsi rumah itu tidak pernah didiami oleh individu itu," kata Lau sambil menasihatkan penduduk yang menerima surat yang sama menyerahkannya kepada DAP Selangor.
Perkara itu kemudiannya disahkan oleh Pegawai Perhubungan Perkampungan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Kubu Bharu Chng Boon Lai bahawa penerima surat terbabit tidak pernah tinggal di kawasan berkenaan.
"Sejak rumah itu dibina pada 1980, ia didiami oleh keluarga Cina. Tidak pernah keluarga Melayu duduk dirumah tersebut.
"Kami pasti ia digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mendaftar sebagai pengundi di kawasan Kuala Kubu Bharu," katanya.
Sehubungan itu, Lau yang juga ADUN Kampung Tunku mendesak BN negeri itu khususnya Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed tampil memberi penjelasan berhubung surat tersebut.
Lau juga berkata pihaknya akan mengumpul surat tersebut selama dua minggu sebelum membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negera (JPN).
Pakatan Rakyat di negeri itu antara ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan ADUN Rawang Gan Pei Nei turut membangkitkan perkara yang sama pada bulan lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan