Tiada niat cadang lucut kerakyatan Mahathir
Harakahdaily, | 11 Feb 2013 |
Ini ekoran kenyataan beliau terhadap Datuk S Ambiga tidak rasional sama sekali, supaya dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa kepada kerajaan melucutkan kerakyatan Ambiga.
Setiausaha Agungnya, S Barathidasan (gambar) berkata WargaAMAN berasa terkilan dengan sikap biadap dan angkuh Dr.Mahathir semakin hari semakin tidak berpedoman serta tidak selari dengan pemikiran seorang manusia yang bertamadun kehendak pada zaman dan masa ini.
“Beliau sering membawa kebencian dan kekacauan serta tidak lagi menampakkan ciri-ciri murni seorang pemimpin yang disanjungi di suatu ketika dahulu semasa beliau meraju sebuah negara demokrasi yang beliau pernah pimpin,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sebenarnya, kata beliau Presiden Perkasa, Ibrahim Ali sepatutnya dilucutkan kerakyatan terlebih dahulu kerana sering membuat kenyataan yang berunsur hasutan dan perkauman yang mengancam keharmonian, perpaduan kaum di Malaysia serta keselamatan negara.
Katanya, baru-baru ini Ibrahim mencetuskan kontroversi dengan kenyataan agak mengejutkan menyuruh membakar Bible.
“Bukahkah panggilan membakar Bible itu satu perbuatan hasutan (sedition) yang boleh mewujudkan satu bentuk bahaya besar serta menggugat perpaduan kaum?” tanya beliau.
Beliau menambah, selain Ibrahim, Mahathir pun harus dilucutkan kerakyatan kerana pada 1983, Mahathir meminda Perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa Yang di-Pertuan Agong.
“Selain daripada itu kuasa mengisytiharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis pada tahun 1993.
“Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di Mahkamah Khas,” katanya lagi.
Barathidasan berkata, WargaAMAN ingin tahu apakah kesalahan yang dilakukan oleh Ambiga sehingga Mahathir meminta supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) diberikan mandat dua pertiga majoriti Parlimen bagi melucutkan kerakyatannya.
“Adakah satu kesalahan di mana Ambiga menyedarkan minda rakyat, bercakap benar, ikhlas dalam menegakkan keadilan, ketelusan serta meminta proses pilihan raya diadakan secara bersih dan adil?
“Adakah ia suatu kesalahaan? Adakah hasrat murni Ambiga meminta kerajaan BN dan SPR agar 8 tuntutan Bersih dipenuhi, suatu kesalahan?” soalnya lagi.
Begitupun, ujarnya WargaAMAN sama sekali tidak berniat langsung atau mencadangkan agar melucutkan kerakyatan Mahathir dan Ibrahim kerana WargaAMAN lebih arif daripada Mahathir bahawa menarik kerakyatan rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, ujarnya WargaAMAN meminta supaya rakyat sendiri menilai akan kenyataan bekas perdana menteri Malaysia yang hanya memberi kesan negatif kepada negara.
WargaAMAN, katanya berpendapat tujuan sebenar Mahathir ialah untuk menjatuhkan Najib, kerana mungkin ada perkiraan bahawa Barisan Nasional tidak akan menang dua pertiga majoritI pada PRU13 nanti, jadi Najib mesti turun sebgaimana mana Abdullah Ahmad Badawi dan menaikkan Muhyiddin Yassin.
Tuan Guru Nik Aziz tunai umrah
Rizal Tahir, | 11 Feb 2013 |
Orang ramai mengucapkan selamat jalan kepada Tuan Guru di Lapangan Terang Sultan Ismail Petra, malam tadi.
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertolak ke tanah suci Makkah hari ini untuk menunaikan umrah.
Turut mengiringi ialah isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Setiausaha Sulit Khas, Che Rosdi Abdullah, anaknya Nik Omar serta lain-lain seramai 10 orang lagi.
Beliau berlepas ke Kuala Lumpur jam 7.55 malam tadi.
Tuan Guru yang disambut oleh orang ramai di Lapangan Terang Sultan Ismail Petra, tersenyum ceria sebaik tiba dari rumahnya.
Che Rosdi memberitahu rombongan mereka dijangka pulang ke tanah air pada 19 Febuari ini.
“Semoga kami selamat menunaikan ibadat umrah dan selamat pulang,” ujarnya ketika ditemui.
Fahami tiga tunggak 'Negara Berkebajikan'
Khairul Azlam Mohamad, | 11 Feb 2013 |
(Ustaz Hadi memberikan panduan kepada ahli-ahli PAS)
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua ahli PAS memahami tiga konsep ‘Negara Berkebajikan’ yang perlu difahami oleh semua ahli parti bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya kelak.
“Kita (ahli PAS) perlu faham tiga konsep ‘Negara Berkebajikan’. Pertama, mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kedua, ekonomi yang mencukupi dan ketika, keamanan dalam negara dan luar negara.
“Ini tiga konsep yang penting bila kita (PAS) hendak tegakkan negara. Barang kali kita tidak sedar kerja kita untuk menang pilihan raya, untuk mendirikan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Hukum Islam yang adil adalah nombor satu yang disenaraikan oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada majlis penutup Seminar Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 PAS negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Masjid Rusila, Marang.
Ustaz Abdul Hadi juga turut memberitahu PAS mempunyai ramai tokoh-tokoh kepimpinan yang boleh membantu menyelesaikan masalah negara.
Namun, katanya PAS tidak diberi peluang secara adil dan saksama kerana berada dalam sistem demokrasi yang tidak betul dalam negara ini.
Menurutnya, PAS juga mempunyai ramai tokoh-tokoh ternama yang berada di belakang ‘tabir’ parti hari ini.
“Tetamu yang diraikan untuk memberi ulasan (manifesto) Dr Mohamad Khazani Abdullah. Dia ( Dr Khazani) ini tokoh saintis negara tahun 2001.
“Banyak (ramai) di kalangan kita (rakyat) tidak sedar dalam PAS ini banyak tokoh-tokoh yang boleh menyelesaikan masalah negara tetapi PAS tidak diberi peluang kerana demokrasinya tidak betul.
“Bukan sekarang (baru) tapi sejak zaman dulu almarhum Profesor Engku Omar, Aminuddin Baki, Profesor Dr Ahmad Ibrahim, Dato’ Abdul Samad iaitu Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Pahang dan banyak lagi nama-nama yang berada di belakang tabir pimpinan PAS. Jangan kita (ahli) merasa ‘lekeh’ parti kita ini,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan ahli parti agar bekerja dengan bersungguh kerana urusan kemenangan itu adalah kehendak Allah SWT.
Justeru, katanya PAS Terengganu pernah menang pilihan raya sebanyak dua kali memerintah negeri pada tahun 1959 dan 1999 yang lalu.
“Yang perlu bagi kita bekerja supaya kita (PAS) boleh memerintah negara. Menang kalah itu kerja Tuhan. Jangan lintas kerja Tuhan. Orang buat kajian ini kadang-kala hendak tunjuk lebih pandai dari Tuhan.
“Negeri Terengganu sudah menang dua kali. Tahun 1959, Terengganu negeri yang pertama menang PAS selepas itu baru Kelantan menang. Tahun 1961, kita (PAS) jatuh.
“Tahun 1999, kita (PAS) boleh ambil balik dan kita paling banyak buat perkara (perubahan) dalam masa empat tahun, walau pun kita (PAS) memerintah empat tahun apa yang tidak boleh dibuat oleh Barisan Nasional dalam masa 40 atau 50 tahun memerintah.
“Ini menunjukkan tidak mustahil, Allah Ta’ala mengajar kita (manusia) kerajaan ini tidak kekal. Allah hendak uji mana kerajaan yang baik, mana kerajaan yang jahat. Kerajaan yang mana kita ikut, yang mana kita berjuang dan yang mana kita tegakkan.
“Tanggungjawab kita bekerja, berjuang dan yang memberi kemenangan itu adalah Allah Ta’ala bila tiba masanya,” jelas Dato’ Seri Abdul Hadi dihadapan 1000 hadirin.
Sebelum itu, pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat membentangkan manifesto pilihan raya PAS Terengganu serta diulas oleh Dr Mohamad Khazani Abdullah dan bekas Pegawai Kewangan kerajaan Terengganu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar.
Selepas itu, diadakan Dailog Manifesto bersama Ahli Jawatan Kuasa Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Hadir sama Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Anuar Tahir dan Dato’ Abu Bakar Chik serta hampir semua kepimpinan PAS negeri Terengganu.
Dewan Ulamak sokong manifesto PAS Terengganu
Harakahdaily, | 10 Feb 2013 |
Bagi beliau, kesemua 10 cadangan manifesto itu amat wajar untuk keperluan rakyat negeri ini dalam menghadapi kekangan pelbagai masalah di Terengganu khasnya kenaikan harga barangan yang sangat menjolok mata.
Bagi beliau, cadangan pemansuhan cukai pintu untuk rumah kediaman amat perlu.
"Rakyat sudah cukup dibebankan dengan pelbagai cukai di peringkat pusat yang tak nampak dimata seperti cukai kereta. Maka memang sewajarnya PAS mencari ruang-ruang membebaskan rakyat di peringkt negeri dari bebanan cukai seperti cukai pintu," kata Khairudin.
Beliau ditemui di perkarangan Dewan Tok Guru, Rusila selepas Seminar Manifesto PAS Terengganu yang turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam.
"Tanah dan kediaman merupakan keperluan asasi kehidupan bagi rakyat sebgaimana ditegaskan oleh Islam. Maka sewajarnya isu tanah kediaman diambil tanggugjawab oleh PAS sebagai kerajaan menanti," kata Khairudin.
Beliau juga memuji cadangan PAS untuk membebaskan ekonomi rakyat melalui program ekonomi.
"Rakyat yang maju adalah rakyat berdikari dari sudut ekonomi. Kerana itu manifesto penting PAS Terengganu ialah membina sifat kendiri ekonomi rakyat menerusi skim pembiayaan yang boleh menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan," katanya.
Sebagaimana kejayaan pemberian air percuma di Selangor, PAS Terengganu juga mencadangkan dalam manifestonya pemberian 20 meter padu air percuma sebulan kepada rakyat negeri ini.
Bagi Khairudin, air adalah keperluan asasi hidup melibatkan makan minum.
"Kerajaan bertanggugjawab tidak berniaga dengan rakyat dalam menyediakan keperluan asasi hidup seperti air.
"Oleh itu usaha menyediakan air percuma bagi 20 meter padu yang mencukupi keperluan bulanan sekeluarga memang sangat baik dan selaras dengan Islam dan moto negara adil lagi berkebajikan," katanya.
Papan kempen calon PAS Merlimau pula disabotaj
Harakahdaily, | 10 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Malaysia sedang meraikan Tahun Baru Cina tetapi di Merlimau, Melaka pagi ini dikejutkan dengan papan kempen calon PAS Merlimau, Yuhaizad Abdullah telah ditumbangkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut blog Kelab Greenboc, papan iklan itu terletak di atas tanah persendirian di Kampung Kilang Berapi, Merlimau dan hanya memaparkan Tawaran Pakatan Rakyat dan tiada unsur provokasi kepada mana-mana pihak.
Namun, parti politik tertentu ini merasa terancam sehingga tergamak mengupah samseng untuk membuat kacau dengan menumbangkan papan kempen terbabit.
Baca http://greenboc.blogspot.com/2013/02/samseng-syaitan-dikenali-menjadi-jadi.html
Jangan mudah terpengaruh dengan BR1M, TR1M, KR1M
Harakahdaily, | 10 Feb 2013 |
CAMERON HIGHLANDS:
Bekas Naib Presiden Felcra Berhad, Datuk Ramli Buyong menggesa orang
Melayu, khususnya di kawasan luar bandar agar meninggalkan Umno dan
menyokong Pakatan rakyat.
Gesaan itu dibuat dalam ceramah kelompok di Kampung Lubuk Kulit, salah sebuah kampung dalam Dun Jelai, Parlimen Cameron Highlands, malam tadi.
Beliau yang merupakan anak jati Temerloh turut menerangkan tentang penyertaan ramai kakitangan kanan kerajaan menyertai Pakatan Rakyat khususnya PAS.
“Ada yang bertanya, kenapa kami susah-susahkan diri menjelajah seluruh negara dan menyertai pembangkang. Sedangkan kami boleh hidup aman dan berehat-rehat atau melancong memenuhkan masa pencen bersama-sama anak dan cucu. Duit pencen kami banyak,” katanya.
Beliau menegaskan, penyertaannya dalam pentas politik bukanlah kerana mengejar wang atau pangkat tetapi sudah muak dengan penyelewangan Umno-BN.
Katanya, sudah sampai masanya rakyat memperoleh maklumat yang cukup tentang salah laku Umno dan rakyat wajar menggantikannya dengan pemimpin yang amanah.
Menurut beliau, kakitangan kerajaan secara dasarnya terbahagi kepada tiga kelompok, pertama ialah mereka yang kaki membodek, mengampu, dan tidak jujur.
Katanya lagi, kebanyakan mereka menyokong Umno dan merekalah yang sering menyalahgunakan kedudukan dan wang rakyat, apatah lagi mereka sering mendapat jawatan yang tinggi, hasil kerja membodek dan mengampu.
Tambahnya, kelompok kedua dan majoriti ialah kakitangan yang bekerja demi kelangsungan hidup dan tidak berapa kisah dengan suasana politik asalkan mereka boleh cari makan, itu sudah memadai.
“Golongan atas pagar ini, bekerja mengikut tugasan yang sepatutnya dan jujur dengan kerjaya mereka.
“Kelompok ketiga adalah golongan seperti saya. Kami sedar akan penyelewangan dan salah guna wang rakyat. Kami merupakan kelompok yang menentang arus dan sanggup ke medan untuk mendedahkan segala kebobrokan Umno BN,” katanya lagi.
Beliau yang juga AJK Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat, turut menerangkan beberapa isu nasional kepada penduduk kampung, antara isu yang diutarakan termasuklah isu tanah, isu Felda, isu minyak dan isu air di Selangor.
Ramli juga menyeru penduduk kampung agar tidak lagi ditipu Umno BN dan jangan mudah terpengaruh dengan pemberian BR1M, TR1M, KR1M dan sebagainya kerana hakikatnya, pada masa yang sama, Umno BN mengenakan rakyat dengan kenaikan kos sara hidup dan cukai.
Turut hadir dan berucap dalam ceramah kelompok itu ialah YDP PAS Cameron Highlands, Ustaz Abdul Karim Nor dan Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Khairi Jamaluddin.
Dr
Mahathir semakin hari semakin tidak berpedoman dengan meminta supaya
dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa kepada kerajaan melucutkan
kerakyatan kepada peguam-peguam seperti Ambiga, Pengerusi Bersih dan
yang lain-lain. Ini disebabkan Mahathir tidak selari dengan pemikiran
manusia yang bertamadun dan selari dengan kehendak masa dan zaman rakyat
dan negara. Mereka dianggap sebagai penentang kerajaan oleh Dr
Mahathir. Sikap Dr Mahathir semakin hari semakin mencacau dan tidak lagi
menampakkan ciri-ciri seorang yang berkepimpinan untuk sebuah negara
demokrasi yang beliau pernah pimpin ini.
Dengan sikap Dr Mahathir ini maka semakin hari semakin jelas membuktikan yang bekas PM ini merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan minda rakyat beku khususnya orang Melayu yang beliau pimpin melalui UMNO selama dua dekad itu. Bagi Mahathir memberikan tekanan untuk meningkatkan ketelusan dan kebersihan di dalam pilihanraya negara. Memberikan pandangan yang berbeza dan mendesak untuk mendapatkan hak rakyat itu adalah salah kepada pemimpin yang sudah lama bersara ini.
Elok kita bertanya kepada Dr Mahathir apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Ambiga sehingga Mahathir bermain dengan pandangan yang Ambiga layak dilucutkan kerakyatannya kerana meminta diadakan pilihanraya yang bersih. Bukankah kita sedang melihat ketidakadilan pihak berkuasa dalam menghadapi pilihanraya ini?
Bukankah kita melihat dan menonton saluran TV yang hanya di kuasai oleh UMNO dan BN dan tidak memberikan peluang kepada pihak pembangkang untuk pemimpin-pemimpinnya mendapatkan peluang untuk berhubung dengan rakyat? UMNO boleh menggunakan saluran-saluran TV yang ada untuk membidas pihak pembangkang tetapi dalam sebuah demokrasi pembangkang berhak untuk di berikan peluang yang sama untuk menjawab tuduhan dan tohmahan pihak kerajaan melalui saluran-saluran TV itu.
Bukankah Bersih dan Ambiga menuntut keseimbangan peluang untuk kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan liputan masing-masing. Apakah salah bagi sesiapa yang tertekan untuk mendapatkan pembelaan? Kenyataan Mahathir ini memaparkan kepada kita yang Mahathir hanya berani melawan musuh yang diikat dan saya selalu mengatakan bahawa sesungguhnya Mahathir merupakan seorang pengecut dari dulu sehingga sekarang. Mahathir bijak menutup sikap pengecutnya kerana beliau pandai menggunakan orang lain untuk menyokongnya dengan memelihara politik dan kepentingan kroni dan pengampu beliau selama ini.
Mahathir telah membentuk kumpulan kepimpinan di sekeliling beliau yang tugas mereka hanyalah untuk menghiburkan beliau semata-mata. Hanya mereka yang berjiwa kecil dan fakir sahaja yang suka kepada ampuan sahaja dan tidak boleh ditegur dan dikritik. Mengkritik beliau atau kerajaan yang disokong beliau dianggap sebagai pengkhianat dan layak di lucutkan kerakyatan mereka. Bagi Dr Mahathir sesiapa yang membangkang itu adalah pengkhianat negara dan rakyat selayaknya hanya untuk menjadi pengangguk dan pengampu sahaja.
Semasa Dr Mahthir sehingga sekarang ini demokrasi tidak terlaksana dengan adil. Bagi pimpinan UMNO dan BN itu mengadakan pilihanraya itu merupakan satu-satunya ciri demokrasi, tetapi cara pilihanraya itu diadakan sesungguhnya jauh dari demokratik. Pihak pembangkang selama ini diikat dan digari dan UMNO membelasah mereka yang tergari ini. UMNO tidak berani bermain di atas padang yang rata. Bagi UMNO digari dahulu barulah mereka berani berlawan.
Sifat UMNO yang di tonjolkan oleh Mahathir itu telah pun sama-sama kita lihat seperti yang dilakukan ke atas seorang jaga yang telah dibelasah dan dibunuh oleh pasukan polis semasa jaga itu masih digari baru-baru ini. Mayatnya masih tergari semasa sampai di bilik mayat hospital. UMNO begitulah sikapnya. UMNO hanya berani berlawan apabila pembangkang diikat tangan mereka. Hendak berlawan secara demokrasi yang tulin sampai sekarang UMNO belum berjaya membuktikannya kepada rakyat tempatan dan masyarakat antarabangsa.
Sesungguhnya dari segi moralnya Mahathirlah yang sepatutnya dilucutkan kerakyatan beliau kerana kerenah beliau telah memecahbelahkan rakyat berbilang kaum yang dahuluinya hidup dalam situasi muhibbah dan bersatu. Mahathir telah pun mengaku yang beliau terlibat dalam pemberian kerakyatan kepada pendatang Filipina dan ini merupakan satu pengkhianatan terhadap negara dan selayaknya dilucutkan kerakyatan beliau sebaliknya.
Mahathir sudah sebegitu lama menganggap kesabaran rakyat menahan kerenah beliau itu sebagai kelemahan rakyat. Beliau terlalu biasa mengambil kesempatan terhadap rakyat dan sanggup membekukan pemikiran rakyat dan befikir dengan nilai yang terbalik dari nilai manusia yang biasa. Mahathir telah cuba untuk mengalihkan pusingan dunia ini. Mahathir cuba untuk membuatkan matahari terbit dari barat dan terbenam di timur. Mahathir mahu menjadi malam itu siang dan siang itu dijadikan malam.
Mahathir sesungguhnya tidak bersikap seperti seorang negarawan seperti yang dilabelkan oleh penyokong beliau terhadapnya. Negara selalunya tidak merapek dan merapu bila memberikan pandangan terhadap sesuatu isu. Semakin hari semakin jelas siapa Mahathir sebenarnya.
Beliau hanya sebagai seorang yang tidak berpendirian yang selari dengan tamadun dan kehendak negara yang kini sedang menuju ke arah perubahan dan pembaharuan dalam semua bidang kehidupan bernegara. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Gesaan itu dibuat dalam ceramah kelompok di Kampung Lubuk Kulit, salah sebuah kampung dalam Dun Jelai, Parlimen Cameron Highlands, malam tadi.
Beliau yang merupakan anak jati Temerloh turut menerangkan tentang penyertaan ramai kakitangan kanan kerajaan menyertai Pakatan Rakyat khususnya PAS.
“Ada yang bertanya, kenapa kami susah-susahkan diri menjelajah seluruh negara dan menyertai pembangkang. Sedangkan kami boleh hidup aman dan berehat-rehat atau melancong memenuhkan masa pencen bersama-sama anak dan cucu. Duit pencen kami banyak,” katanya.
Beliau menegaskan, penyertaannya dalam pentas politik bukanlah kerana mengejar wang atau pangkat tetapi sudah muak dengan penyelewangan Umno-BN.
Katanya, sudah sampai masanya rakyat memperoleh maklumat yang cukup tentang salah laku Umno dan rakyat wajar menggantikannya dengan pemimpin yang amanah.
Menurut beliau, kakitangan kerajaan secara dasarnya terbahagi kepada tiga kelompok, pertama ialah mereka yang kaki membodek, mengampu, dan tidak jujur.
Katanya lagi, kebanyakan mereka menyokong Umno dan merekalah yang sering menyalahgunakan kedudukan dan wang rakyat, apatah lagi mereka sering mendapat jawatan yang tinggi, hasil kerja membodek dan mengampu.
Tambahnya, kelompok kedua dan majoriti ialah kakitangan yang bekerja demi kelangsungan hidup dan tidak berapa kisah dengan suasana politik asalkan mereka boleh cari makan, itu sudah memadai.
“Golongan atas pagar ini, bekerja mengikut tugasan yang sepatutnya dan jujur dengan kerjaya mereka.
“Kelompok ketiga adalah golongan seperti saya. Kami sedar akan penyelewangan dan salah guna wang rakyat. Kami merupakan kelompok yang menentang arus dan sanggup ke medan untuk mendedahkan segala kebobrokan Umno BN,” katanya lagi.
Beliau yang juga AJK Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat, turut menerangkan beberapa isu nasional kepada penduduk kampung, antara isu yang diutarakan termasuklah isu tanah, isu Felda, isu minyak dan isu air di Selangor.
Ramli juga menyeru penduduk kampung agar tidak lagi ditipu Umno BN dan jangan mudah terpengaruh dengan pemberian BR1M, TR1M, KR1M dan sebagainya kerana hakikatnya, pada masa yang sama, Umno BN mengenakan rakyat dengan kenaikan kos sara hidup dan cukai.
Turut hadir dan berucap dalam ceramah kelompok itu ialah YDP PAS Cameron Highlands, Ustaz Abdul Karim Nor dan Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Khairi Jamaluddin.
Mahathir sudah tidak mampu berfikir lagi
Aspan Alias, | 10 Feb 2013 |
Dengan sikap Dr Mahathir ini maka semakin hari semakin jelas membuktikan yang bekas PM ini merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan minda rakyat beku khususnya orang Melayu yang beliau pimpin melalui UMNO selama dua dekad itu. Bagi Mahathir memberikan tekanan untuk meningkatkan ketelusan dan kebersihan di dalam pilihanraya negara. Memberikan pandangan yang berbeza dan mendesak untuk mendapatkan hak rakyat itu adalah salah kepada pemimpin yang sudah lama bersara ini.
Elok kita bertanya kepada Dr Mahathir apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Ambiga sehingga Mahathir bermain dengan pandangan yang Ambiga layak dilucutkan kerakyatannya kerana meminta diadakan pilihanraya yang bersih. Bukankah kita sedang melihat ketidakadilan pihak berkuasa dalam menghadapi pilihanraya ini?
Bukankah kita melihat dan menonton saluran TV yang hanya di kuasai oleh UMNO dan BN dan tidak memberikan peluang kepada pihak pembangkang untuk pemimpin-pemimpinnya mendapatkan peluang untuk berhubung dengan rakyat? UMNO boleh menggunakan saluran-saluran TV yang ada untuk membidas pihak pembangkang tetapi dalam sebuah demokrasi pembangkang berhak untuk di berikan peluang yang sama untuk menjawab tuduhan dan tohmahan pihak kerajaan melalui saluran-saluran TV itu.
Bukankah Bersih dan Ambiga menuntut keseimbangan peluang untuk kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan liputan masing-masing. Apakah salah bagi sesiapa yang tertekan untuk mendapatkan pembelaan? Kenyataan Mahathir ini memaparkan kepada kita yang Mahathir hanya berani melawan musuh yang diikat dan saya selalu mengatakan bahawa sesungguhnya Mahathir merupakan seorang pengecut dari dulu sehingga sekarang. Mahathir bijak menutup sikap pengecutnya kerana beliau pandai menggunakan orang lain untuk menyokongnya dengan memelihara politik dan kepentingan kroni dan pengampu beliau selama ini.
Mahathir telah membentuk kumpulan kepimpinan di sekeliling beliau yang tugas mereka hanyalah untuk menghiburkan beliau semata-mata. Hanya mereka yang berjiwa kecil dan fakir sahaja yang suka kepada ampuan sahaja dan tidak boleh ditegur dan dikritik. Mengkritik beliau atau kerajaan yang disokong beliau dianggap sebagai pengkhianat dan layak di lucutkan kerakyatan mereka. Bagi Dr Mahathir sesiapa yang membangkang itu adalah pengkhianat negara dan rakyat selayaknya hanya untuk menjadi pengangguk dan pengampu sahaja.
Semasa Dr Mahthir sehingga sekarang ini demokrasi tidak terlaksana dengan adil. Bagi pimpinan UMNO dan BN itu mengadakan pilihanraya itu merupakan satu-satunya ciri demokrasi, tetapi cara pilihanraya itu diadakan sesungguhnya jauh dari demokratik. Pihak pembangkang selama ini diikat dan digari dan UMNO membelasah mereka yang tergari ini. UMNO tidak berani bermain di atas padang yang rata. Bagi UMNO digari dahulu barulah mereka berani berlawan.
Sifat UMNO yang di tonjolkan oleh Mahathir itu telah pun sama-sama kita lihat seperti yang dilakukan ke atas seorang jaga yang telah dibelasah dan dibunuh oleh pasukan polis semasa jaga itu masih digari baru-baru ini. Mayatnya masih tergari semasa sampai di bilik mayat hospital. UMNO begitulah sikapnya. UMNO hanya berani berlawan apabila pembangkang diikat tangan mereka. Hendak berlawan secara demokrasi yang tulin sampai sekarang UMNO belum berjaya membuktikannya kepada rakyat tempatan dan masyarakat antarabangsa.
Sesungguhnya dari segi moralnya Mahathirlah yang sepatutnya dilucutkan kerakyatan beliau kerana kerenah beliau telah memecahbelahkan rakyat berbilang kaum yang dahuluinya hidup dalam situasi muhibbah dan bersatu. Mahathir telah pun mengaku yang beliau terlibat dalam pemberian kerakyatan kepada pendatang Filipina dan ini merupakan satu pengkhianatan terhadap negara dan selayaknya dilucutkan kerakyatan beliau sebaliknya.
Mahathir sudah sebegitu lama menganggap kesabaran rakyat menahan kerenah beliau itu sebagai kelemahan rakyat. Beliau terlalu biasa mengambil kesempatan terhadap rakyat dan sanggup membekukan pemikiran rakyat dan befikir dengan nilai yang terbalik dari nilai manusia yang biasa. Mahathir telah cuba untuk mengalihkan pusingan dunia ini. Mahathir cuba untuk membuatkan matahari terbit dari barat dan terbenam di timur. Mahathir mahu menjadi malam itu siang dan siang itu dijadikan malam.
Mahathir sesungguhnya tidak bersikap seperti seorang negarawan seperti yang dilabelkan oleh penyokong beliau terhadapnya. Negara selalunya tidak merapek dan merapu bila memberikan pandangan terhadap sesuatu isu. Semakin hari semakin jelas siapa Mahathir sebenarnya.
Beliau hanya sebagai seorang yang tidak berpendirian yang selari dengan tamadun dan kehendak negara yang kini sedang menuju ke arah perubahan dan pembaharuan dalam semua bidang kehidupan bernegara. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
PRU13: Pakatan Perak akan kuasai 40 kerusi Dun
Harakahdaily, | 10 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar (gambar)
berkata, Barisan Nasional negeri itu telah melakukan satu kesilapan
besar apabila merampas kerajaan pilihan rakyat pada tahun 2009.
“Pada 8 Mac 2008, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, PKR dan DAP untuk memerintah negeri Perak. Kehendak rakyat itu wajib dihormati oleh semua pihak,” ujarnya yang juga Adun Tronoh dalam satu kenyataan.
Tetapi, katanya Barisan Nasional Perak kerana ketamakan kuasa telah merampas kerajaan rakyat itu dengan melanggar semua undang-undang yang sedia ada.
Ujarnya lagi, Barisan Nasional telah menubuhkan kerajaan melalui ‘Pintu Belakang’ yang tidak sah di sisi Undang-undang Tubuh Negeri Perak mahu pun Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara ini telah menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Perak ketika itu.
“Barisan Nasional mengharapkan bahawa peristiwa rampasan kuasa itu akan dilupai oleh rakyat apabila dimakan oleh masa. Tetapi, andaian Barisan Nasional itu adalah tidak benar,” katanya.
Menurutnya, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah membuat perhitungan yang terkeluar dari landasan apabila membuat andaian ‘rakyat Malaysia mudah lupa’.
Beliau berkata, peristiwa rampasan kuasa itu telah terpahat dalam sanubari setiap rakyat perak yang menghormati demokrasi, undang-undang dan keadilan.
Tegasnya, walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan Barisan Nasional Perak untuk mengalih perhatian rakyat Perak daripada isu itu, tetapi segala usaha itu terbukti gagal.
Rakyat, ujarnya sedar bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah tidak sah atau ‘haram’ di sisi undang-undang.
“Rakyat Perak tidak akan membenarkan keadaan ini berterusan lagi. Negeri Perak memerlukan satu kerajaan sah yang diberi mandat oleh rakyat,” katanya.
Justeru, katanya lagi masa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Perak sudah semakin hampir yang mana dalam sebulan dua ini Parlimen dan Dun Perak akan dibubarkan, maka Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan turun ke gelanggang pilihanraya.
Kali ini, ujar beliau Barisan Nasional pasti akan tumbang di Negeri Perak kerana kewibawaannya telah terhakis di bawah rejim Barisan Nasional yang tidak sah.
Katanya, rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan yang rasional dan membandingkan pemerintahan Pakatan rakyat selama 11 bulan dan pemerintahan Barisan Nasional selama 4 tahun selepas rampasan kuasa.
“Barisan Nasional tidak berjaya membawa apa-apa berubahan yang nyata di Perak. Banyak slogan-slogan retorik seperti ‘Perak Aman Jaya’, ‘Tiada Yang Tertinggal, Tiada Yang Terpinggir’ adalah omong-omong kosong sahaja. Rakyat tidak boleh ditipu lagi dengan janji-janji manis yang tidak dilaksanakan,” ujarnya lagi.
Tambahan pula, ujarnya rakyat Perak juga sedar bahawa dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini lebih daripada 68,000 ekar tanah di seluruh Perak telah diberikan kepada kroni-kroni Barisan Nasional dengan harga premium tanah yang terlalu murah.
Oleh yang demikian, katanya jelas bahawa rampasan kuasa pada tahun 2009 dilakukan adalah semata-mata untuk membolot kekayaan negeri dan memewahkan lagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroninya.
Menurutnya, daripada analisa yang diperolehi daripada pelbagai sumber didapati bahawa Pakatan Rakyat Perak akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi daripada 59 kerusi yang akan ditandingi untuk Dewan Negeri Perak.
“Kemenangan yang besar ini adalah perlu untuk menjamin kesejahteraan dan kedudukan kerajaan yang baru dipilih itu. Pakatan Rakyat Negeri Perak akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menambahkan lagi bilangan kerusi dalam PRU13.
“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Perak cukup yakin bahawa rakyat negeri Perak akan memberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang,” katanya.
KUALA LUMPUR:
Selepas pembinaan empangan Ulu Jelai yang masih dalam proses pembinaan,
satu lagi empangan baru dikatakan akan dibina di Cameron Highlands.
Berbeza dengan empangan Ulu Jelai, empangan Ulu Telom dikatakan akan menenggelamkan 7600 hektar dengan bakal menjana kuasa sebanyak 172 MW.
Wakil penduduk Cameron Highlands, Suresh Kumar (gambar) berkata dengan kemusnahan sebanyak itu, ia dilihat tidak berbaloi dengan kuasa tenaga yang diberikan, berbanding empangan Ulu Jelai.
Empangan Ulu Jelai yang terletak hampir 20 kilometer dari Ulu Telom membabitkan 138 hektar dengan bakal menjana kuasa tenaga sebanyak 372 MW.
Justeru, sebahagian penduduk, kata Suresh berasakan pembinaan empangan Ulu Telom tidak berbaloi berbanding Ulu Jelai yang membekalkan lebih banyak kuasa, dan tidak perlu dibina.
Bagaimanapun, menurut Suresh beberapa isu membabitkan empangan Ulu Jelai yang masih belum diselesaikan memerlukan perhatian segera.
Katanya, dengan pembinaan empangan Ulu Jelai itu, terdapat 12 buah kampung membabitkan perkampungan orang asal yang akan tenggelam.
Bagaimanapun, jelas Suresh beliau dimaklumkan hanya satu kampung yang akan dipindahkan berkaitan projek tersebut.
Selain itu, katanya laporan Environmental Impact Assessment (EIA) turut mencadangkan agar lokasi empangan tersebut berpindah, memandangkan risiko yang akan dihadapi penduduk kampung sekitar sekiranya empangan tersebut pecah.
Menurut laporan EIA, sekiranya empangan tersebut mengalami kerosakan atau pecah, kampung sekitarnya akan tenggelam dalam tempoh 30 minit sahaja.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak terbabit yang bertanggungjawab untuk memberikan perhatian serius terhadap isu berbangkit yang masih belum diselesaikan sehingga kini.
Malah, kata Suresh, terdapat pelbagai isu alam sekitar dan isu tanah yang masih membelenggu penduduk di sekitar Cameron Highlands yang masih tidak diendahkan kerajaan, khususnya kerajaan negeri Pahang.

Empangan Ulu Telom tenggelamkan 7,600 hektar
Aniz Nazri, | 10 Feb 2013 |

PRU13: Terima kasih Najib dan Psy – Kit Siang
Harakahdaily, | 10 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Tiada siapa pun patut ‘cemburu’ dengan dakwaan ‘rampasan kuasa’ terhadap Psy dan Gangnam Style, kata Lim Kit Siang.
“Malah, negara sepatutnya berterima kasih kepada Najib dan Psy, kerana rakyat Malaysia sudah mula bertanya mengapa Malaysia gagal untuk memenuhi potensi kita menjadi peneraju negara-negara global dalam semua bidang usaha 56 tahun selepas merdeka,” kata Ketua Parlimen DAP itu dalam satu kenyataan semalam.
Berikut kenyatan penuh beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pakatan Rakyat cemburu dengan Barisan Nasional yang berjaya menjemput dahulu bintang “Gangnam Style Korea” Psy kerana perkara itu menggagalkan rancangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk menjemput Psy ke acara di bawah nama Pakatan Rakyat.
Sama ada Najib begitu mudah tertipu untuk percaya desas-desus sedemikian sedangkan DAP dan Pakatan Rakyat tidak mempunyai jutaan ringgit untuk ditaburkan sepertimana yang UMNO/BN lakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akhirnya akan dibayar oleh pembayar cukai, Perdana Menteri tidak sepatutnya menyangka semua rakyat Malaysia begitu mudah tertipu dan percaya pada hikayatnya yang sukar dipercayai.
Mengimbau kembali hikayatnya yang sukar dipercayai pada ulangtahun UMNO ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei, 2012, apabila beliau membuat dakwaan tak masuk akal bahawa Bersih 3.0 “mahu melawan…mahu menendang polis…jika tidak cerita mereka tidak akan keluar di CNN, Al-Jazeera, BBC”. selepas menfitnah “duduk bantah” Bersih 3.0 di Dataran Merdeka yang diadakan dua minggu sebelum ulangtahun UMNO sebagai “cubaan rampasan kuasa oleh Oposisi untuk menggulingkan kerajaan” dengan “garam dan botol air mineral”!
Pada ulangtahun ke-66 UMNO Najib mendakwa bahawa beliau sungguh sukacita dengan sokongan dan “mood baik” yang ditunjukkan pada sambutan itu hingga beliau bersedia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen keesokan harinya.
Akan tetapi sembilan bulan kemudian, dan kurang sebulan lagi sebelum ulang tahun kelima peristiwa bersejarah pilihan raya Malaysia – tsunami politik 308 pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008 – Najib masih lagi teragak-agak bila mahu adakan PRU13.
Tiada siapa pun patut “cemburu” dengan dakwaan “rampasan kuasa” terhadap Psy dan Gangnam Style. Malah, negara sepatutnya berterima kasih kepada Najib dan Psy, kerana rakyat Malaysia sudah mula bertanya mengapa Malaysia gagal untuk memenuhi potensi kita menjadi peneraju negara-negara global dalam semua bidang usaha 56 tahun selepas Merdeka
Di manakah Malaysia akan berada hari ini jika kita membangun seiring dengan Korea Selatan, tanpa memintas atau dipintas oleh Korea Selatan setengah abad lalu sejak Merdeka pada 1957, ketika Korea Selatan begitu miskin dan mundur memandangkan ia hanya ada setengah daripada pendapatan per kapita kita?
Dalam setengah abad dari 1960 hingga 2012, KDNK per kapita Korea Selatan meningkat 148.5 kali gandar daripada US$155 ke US$23,021. Bagaimanakah KDNK per kapita Malaysia pada 2012 sekiranya meningkat 148.5 kali ganda daripada US$299 pada tahun 1960 berbanding 35 kali ganda yang berlaku sekarang?
Dengan peningkatan 148.5 kali ganda, KDNK per kapita Malaysia pada 2012 ialah US$44,401!
Menurut data International Monetary Fund, Malaysia dengan KDNK per kapita US$44,401 pada 2012 akan menjadi negara 18 terkaya – di dalam kumpulan terkemuka dunia ditemani negara-negara berikut:
International Monetary Fund (IMF) KDNK (nominal) per kapita
Tahun – 2012
Negara KDNK per kapita
1. Luxembourg 105,720
2. Qatar 100,378
3. Norway 99,316
4. Switzerland 77,840
5. Australia 67,983
6. UAE 65,377
7. Denmark 55,448
8. Sweden 54,879
9. Kanada 50,826
10. Singapura 49,936
11. United States 49,802
12. Japan 46,896
13. Austria 46,330
14. Kuwait 46,142
15. Belanda 45,942
16. Finland 45,545
17. Ireland 44,781
18.
Dengan KDNK per kapita US$44,401 pada 2012, Malaysia bukan sahaja jauh mengatasi Korea Selatan yang cuma US$23,021, tetapi juga mengatasi Belgium, Jerman, Iceland, Perancis, Brunei, United Kingdom, New Zealand dan Hong Kong yang KDNK per kapita mereka pada 2012 seperti berikut:
Belgium 43,175
Jerman 41,168
Iceland 41,151
Perancis 40,690
Brunei 38,801
UK 38,591
New Zealand 37,401
Hong Kong 35,961
Bagaimana Korea Selatan berjaya ketika kita gaga – Korea Selatan mengubah dirinya dalam setengah abad daripada negara miskin dan lebih mundur berbanding Malaysia, dengan hanya separuh pendapatan per kapita menjadi dua hingga tiga kali lebih kaya daripada Malaysia – dengan kemajuan hebat di dalam semua bidang usaha baik pembangunan modal insan, teknologi malah dalam bidang budaya, seperti mana yang digambarkan dalam fenomena Psy dan Gangnam Style?
Hari ini, saya menerima e-mel panjang daripada seorang rakyat Malaysia yang geram meluahkan kekecewaannya terhadap peluang Malaysia yang terlepas dalam era “lost decade”. Beliau menulis:
“Fast forward to the 2000s, a mere one generation or so and the difference is starling. Korea have well known multinational companies such as Hyundai Motor, Samsung Electronics, LG.
“Hyundai Motor started about 2-3 years earlier than Proton, and is now a world force in automobile with competitive models. Kia started much later than Proton. What has become of Proton?
“Korea economic model is conglomerate driven, supported by the government. Taiwan economical model is small and medium size industry, driven more by entrepreneurs on their own with limited support from the government.
“Now Taiwan is a leader in the electronic industry with well known names such as Acer, HTC, Taiwan Semiconductor, ViewSonic, and the world largest electronic contract manufacturer Foxconn and so forth.”
Kita berterima kasih kepada Najib dan Psy untuk “Gangnam Style” pada hari kedua Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Feb.
Biar seluruh rakyat Malaysia bergembira dan berseronok dengan Psy dan Gangnam Style – tetapi terima kasih kepada Najib dan Psy, sebagai tanggungjawab patriotik rakyat Malaysia, perlulah merenungkan soalan: Mengapa Malaysia merosot begitu jauh di belakang, bukan sahaja Korea Selatan tetapi juga seluruh dunia, seedangkan kita memulakan langkah kenegaraan kita pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963 dengan harapan besar?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan