Rabu, 20 Februari 2013

BILA KITA TAK DI HATI RAKYAT LAGI...NI HASIL DARI PERBUATAN2 KITA SENDIRI

Umno bawa 4M ke penempatan Orang Asal

M Faqih, 20 Feb 2013
KOTA BHARU: Penduduk Orang Asal dari Gua Musang mendakwa ketika kempen pilihan raya kecil Dun Galas pada 2010 Umno mengumpan 4M kepada mereka.

Pandek Panjang dari Pos Hau memberitahu 4M dimaksudkan “makan, minum, muzik dan mabuk” bagi mempengaruhi mereka mengundi BN pada pilihan raya tersebut.

Katanya, Umno membawa banyak kemungkaran ke penempatan Orang Asal termasuk juga dakwaan ada kaitan dengan kemasukan mubaligh Kristian.

“Mubaligh Kristian juga berkempen supaya mengundi BN. Itulah perkara mungkar yang dibawa masuk ke penempatan kami.

“Orang BN bagi sokongan duit dan mubaligh tersebut minta pengundi Orang Asal mengundi calon Umno,” katanya ketika mendedah perkara itu pada Himpunan Kami Sayang Tok Guru di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV hari ini.

Perhimpuunan tersebut dianjurkan sebagai menyambut kepulangan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari mengerjakan ibadat umrah di Makkah.

Pandek yang beragama Islam juga berkata, kalau betul orang Melayu berjuang untuk membela Islam, mereka perlulah bersama-sama mempertahankan Kelantan dan merampas Putrajaya.

Pada ucapan itu beliau juga menafikan kerajaan negeri merasmpas tanah milik orang Orang Asli di pedalaman Gua Musang.

“Sehingga kini tidak ada tanah kebun yang digunakan Orang Asal untuk bercucuk tanam dan tanah kubur dirampas kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak pernah usik pun. Mereka yang keluar televisyen mendakwa tanah Orang Asal dirampas sengaja hendak buat riuh rendah,” ujarnya.

Menurutnya kumpulan tersebut sengaja hendak mengajar penduduk tempatan menjadi samseng, sedangkan kerajaan negeri sentiasa meraikan masyarakat Orang Asli.

Baru-baru ini akhbar melaporkan sekumpulan pemuda Orang Asal berhimpun bagi membantah kerajaan negeri mengambil balik tanah mereka bagi pembangunan ladang di Pos Hendrop.

Tiga kategori kedudukan orang beriman di sisi Allah

Dr Juanda Jaya , 20 Feb 2013
Seandainya kita berada di syurga, di manakah tempat yang layak kita duduki? Untuk menjawab soalan itu elok kita teliti dengan cermat, cukupkah kiranya amal saleh yang kita lakukan sepanjang hidup ini? Pernahkah anda merasa iri hati melihat orang lain lebih banyak beramal ibadat berbanding diri anda? Umpama menikmati cahaya bulan pada malam yang cerah, ia sungguh indah, namun tidak boleh dicapai. Begitulah kiranya kedudukan orang-orang yang berada di syurga tertinggi. Mereka yang berada di bawah tentu menyesal, mengapa di dunia dahulu dia tidak beramal seperti amalan sahabatnya yang berada di atas sana. Dengan iman manusia mencapai puncak ketinggian. Iman itulah yang menentukan status dan gelaran mereka di dalam syurga. Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya penghuni syurga melihat para penghuni yang berada di atas tingkat mereka bagaikan melihat bulan di langit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sememangnya kedudukan Mukmin itu bertingkat-tingkat mengikut keadaan amalan masing-masing. Hal ini dinyatakan di dalam surah Faathir ayat: 32 yang bermaksud: “Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada yang mendahului dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar.”

i. Al-Sabiquna bil khairat (mereka yang mendahului dalam berbuat kebaikan). Kedudukan mereka dekat dengan Nabi SAW kerana iman yang mendalam dan amal saleh yang dilakukan. Mereka adalah VVIP di sisi Allah dan Rasul-Nya, yang berjuang bersama-sama Nabi dan yang paling cepat menyahut seruan iman kemudian beramal dengannya. Dr Aid al-Qarniy menyatakan di dalam kitabnya ’Ihfazillah Yahfazukallah’ menyatakan bahawa golongan Assabiqun ini memiliki sifat-sifat melakukan ibadat yang wajib dan merasa tidak cukup dengannya sehingga menambah dengan ibadat yang sunat. Sehingga kedudukan mereka jauh lebih tinggi daripada hamba-hamba Allah yang lain.

ii. Al-Muqtashid (Golongan pertengahan). Dr Aid juga mengulas tentang golongan ini, beliau berkata: “Mereka ini ialah golongan yang merasa cukup melakukan kewajipan-kewajipan sahaja." Hal ini telahpun melayakkan diri mereka mendapat kecintaan Allah SWT. Sepertimana hadis Baginda SAW yang bermaksud: “Tidaklah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai melainkan dia melakukan sesuatu yang telah Aku wajibkan ke atasnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah). Namun demikian keadaan mereka di syurga berada di bawah golongan Assabiqun.

iii. Zalimun linafsihi. (Yang menzalimi dirinya sendiri). Saidatina Aisyah RA pernah ditanya oleh seorang sahabat, Masruk RA: ”Wahai bonda, siapakah orang yang masuk dalam kumpulan Assabiqunabil khairat? Aisyah menjawab: ”Iaitu orang-orang yang hidup bersama Rasulullah, sementara al-Muqtashid ialah mereka yang hidup selepas baginda wafat. Dan yang menganiaya diri sendiri (zalimun linafsihi) adalah aku dan kamu.”

Perkataan Ummul Mukminin Aisyah RA yang merendah diri menunjukkan kepentingan meletakkan diri dalam keadaan waspada dan takut kepada Allah. Namun begitu, tidak mustahil kita boleh mendapatkan kedudukan Assabiqun, walaupun amal dan perbuatan kita amat jauh ketinggalan dibandingkan dengan para sahabat RA. Satu syarat mutlak bagi kita mencapai kedudukan ini ialah apabila kita mencintai golongan Assabiqun dengan menyertai mereka dalam setiap amal perbuatan, walaupun kita tidak berada pada zaman mereka. Mencintai bermaksud menjadikan mereka sebagai inspirasi dan teladan di dalam kehidupan. Rasulullah SAW menjanjikan sesiapa yang mencintai suatu kaum maka dia akan bersama-sama dengan mereka di syurga kelak. Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Seseorang akan bersama dengan yang dikasihinya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat lain Nabi SAW ditanya: Bagaimanakah jika seseorang kasih kepada satu kaum tetapi tidak berkumpul bersama mereka? Nabi SAW bersabda: Seseorang akan berkumpul dengan kekasihnya (di akhirat).

Mencintai membawa maksud mengikuti amalan mereka dengan mengambil acuan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada mereka. Amalan mereka mengikut sunnah dan tidak tercemar oleh unsur bid’ah. Mereka memastikan amalan yang dibuat adalah berdasarkan ilmu dan dalil yang kukuh. Jauh sekali dari sikap mengikut sesuatu amalan yang tiada asas. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan di antara orang-orang mukmin itu ada golongan yang menepati apa yang dijanjikannya kepada Allah, di antara mereka ada yang menemui ajalnya (mati syahid) dan di antara mereka ada yang menanti-nantikannya (untuk memperoleh syahid) dan tiadalah mereka ingin menukar janji itu dengan yang lain. (Surah al-Ahzab : Ayat 23)

Mereka telah mendahului kita dalam perjuangan dan pengorbanannya kepada Allah SWT. Kini kita berada pada kedudukan menunggu panggilan. Allah SWT tidak akan memungkiri janji-Nya. Walaupun kita sering terlupa seketika. Seperti perkataan Ummul Mukminin Aisyah RA : Zalimun linafsihi itu aku dan kamu.

http://drjuanda.com/
 Bukan semua ADUN Umno terima Mukhriz sebagai MB
Posted on Wednesday, February 20 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"Khabar angin tentang pencalonan Mukhriz sebagai calon menteri besar timbul beberapa tahun lalu. – Gambar fail (kiri)

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Kedah berhati-hati dalam menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai calon menteri besar jika parti tersebut memenangi negeri jelapang padi itu dengan mengatakan pengalaman di peringkat pusat atau faktor keturunan bukanlah jaminan kepada kejayaan.

Beberapa ADUN yang dihubungi The Malaysian Insider mengatakan Mukriz tidak mempunyai kelebihan kerana beliau anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, atau sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, sambil menegaskan mentadbir negeri di utara tersebut berbeza dengan pentadbiran di peringkat pusat.

“Status sebagai seorang anak mantan perdana menteri bukan sesuatu jaminan kepada beliau,” kata ADUN Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar kepada The Malaysian Insider.

“Pengundi sekarang banyak mendapat maklumat dan mereka sudah bijak untuk membuat pilihan,” tambah beliau.

Selain Mukhriz, anak kepada bekas perdana menteri yang aktif berpolitik adalah Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Apabila ditanya sama ada Mukhriz yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk memimpin Kedah jika BN kembali merampas negeri tersebut daripada PAS, Ahmad Zaini berkata corak politik dan pentadbiran pusat dan negeri adalah sesuatu yang berbeza.

“Tidak semestinya memegang jawatan di Pusat akan menjamin beliau dapat mengendalikan pemerintahan negeri, corak kedua-duanya berbeza sekali,” katanya.

Mukhriz menafikan semalam pencalonannya sebagai menteri besar Kedah, mengatakan BN perlu memenangi negeri tersebut dalam PIlihan Raya 2013 sebelum membincangkan mengenai jawatan tersebut.

“Kita nak kena menang negeri itu dulu, kemudian baru cakap siapa yang dilantik ... saya khuatir cakap-cakap ini macam tidak matang dan berunsur spekulatif kerana tumpuan kami adalah untuk menangkan negeri itu,” katanya sambil menambah BN mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali negeri jelapang padi itu.

Dalam pada itu, seorang lagi ADUN Guar Chempedak Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail tidak menyatakan secara terbuka membantah Mukhriz sebagai calon menteri besar namun berpendapat perkara tersebut sebagai pelik memandangkan secara tradisinya pengerusi perhubungan Umno negeri dan pengerusi BN negeri kebiasaannya diangkat sebagai calon.

“Tapi, tidak tahulah jika Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak mahu membuat kejutan, keputusan muktamad masih ditangannya,” kata Ku Abdul Rahman kepada The Malaysian Insider.

Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipilih menggantikan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Kedah selepas BN tumbang dalam Pilihan Raya 2008 dan Mukhriz dilantik sebagai timbalan.

ADUN Kuah Datuk Nawawi Ahmad yang berada dalam jawatankuasa badan perhubungan Umno Kedah mengatakan beliau mengambil sikap untuk tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi berkata ahli Umno setia kepada Ahmad Bashah.

“Susah untuk komen saya sama ada siapa yang berkelayakan untuk menjadi menteri besar. Kedua-duanya mempunyai kebolehan dan kemampuan masing-masing, tapi apa penting ialah setia dengan kepimpinan sedia ada dan pastikan Kedah dapat ditawan semula,” katanya.

Khabar angin tentang pencalonan Mukhriz sebagai calon menteri besar timbul beberapa tahun lalu, dengan Dr Mahathir secara terbuka menyatakan sokongan kepada anaknya jika tercalon.

Malahan kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia pada Julai lalu terhadap 10,800 responden mendapati 69 peratus menyokong Mukhriz sebagai menteri besar berbanding 12 peratus yang menyokong Ahmad Bashah.

Sumber mengatakan kecenderungan kepada Mukhriz mungkin disebabkan statusnya sebagai anak Dr Mahathir dan lebih berpendidikan berbanding Ahmad Bashah.

Mereka juga memberitahu Mukhriz bakal bertanding di Ayer Hitam atau Seputeh bagi kerusi DUN, dan untuk mengelakkan beliau tergelincir terus daripada politik jika terdapat sabotaj, kerusi parlimen Jerlun juga bakal dipertahankan.

Pada Pilihan Raya 2008, BN memenangi 14 daripada 36 kerusi negeri manakala Pakatan Rakyat pula memenangi 22 kerusi dengan PAS menawan 16 daripada keseluruhan kerusi tersebut.

BN hanya memenangi empat daripada 15 kerusi parlimen di Kedah dalam pilihan raya bersejarah tersebut yang menyaksikan gabungan pemerintah tersebut kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen.

Kedah memiliki seramai 1,025,930 pengundi seluruh kawasan DUN dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya pada November lepas.

sumber"

Isu palsu..? Dengar..fikir.. faham.. jawab!
Posted on Wednesday, February 20 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Korie Goldfinger Jr.

Berhati2 dengan setiap isu dan peristiwa yang disogok terutama menjelang PRU13 silap langkah kita terperangkap..

Jangan terburu2 membuat ulasan atau respon dengan isu;
1. Kumpulan Penceroboh Bersenjata Di Lahad Datu Sabah.
2. Penahanan Senator Australia Nick Xenophon oleh Imigresen di lapangan terbang tambang murah (LCCT) di Sepang kerana beliau disenaraikan sebagai musuh negara.

Modus operandi Mahathir Kutty apabila setiap kali menjelang PRU ialah mencipta krisis dengan Singapura. Dia akan berperang mulut dengan pemimpin. Temasik dan media upahan akan mengolah isu2 rekaan ini seolah2 negara terancam dengan campurtangan pihak luar.

Rakyat akan diseru bersatu demi negara.. Himpunan menyokong kerajaan menentang kuasa luar digerakkan.. Seluruh rakyat bertempik2 mengutuk pencerobohan dan campurtangan kuasa asing.. Suasana jadi tegang! Disulami dengan serangan fitnah terhadap pembangkang.

Selang seminggu dua, PM pun bubar parlimen.. Dan seperti yang dirancang, Umno/BN menang lagi dengan majoriti 2/3 walaupun majoriti rakyat tidak suka.

Rakyat disemarakkan dengan semangat nasionalis palsu..

Sumber: FB Korie Goldfinger Jr.
  Stadium di T'ganu runtuh kali kedua jadi bahan ketawa
Posted on Wednesday, February 20 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"

Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini.

Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan pois sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.

Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial.

sumber "
 Keris UMNO Taiping Terbakar
Posted on Wednesday, February 20 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Orang Ni

Sudah lama Orangni tengok bendera Keris Telanjang UMNO yang membalut pokok-pokok di tepi jalan menghala masuk ke Kampung Expo Kemunting Taiping,laluan ini dipercayai menjadi jalan utama seorang blogger upahan UMNO Perak berulang-alik dengan motor chopper-nya ke tempat kerja.Hari demi hari....bendera-bendara Keris Telanjang UMNO Taiping semakin pudar jadi lasam, begitu jugalah dengan keadaan UMNO Taiping sebenarnya yang turut jadi lasam,kusam dan masam... hahaha...

Tadi semasa lalu kat jalan ini terpandang bendera plastik Keris Telanjang UMNO seperti terkena api...mungkin terbakar atau mungkin juga kawasan Taiping ini cuacanya selalu hujan dan ribut petir...mungkin bendera keris telanjang tu kena petir.

Menurut seorang penduduk dilaluan jalan ini mengatakan sudah lama bendera plastik tu terbakar." Depa mana ada tenaga kerja nak tukar bendera tu...kalau nak tukar bendera tu pun kena main upah budak-budak" "La ni budak-budak tepen pun dah tak ramai kerja dengan UMNO,tu yang depa jadi susah tu"- kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Pak D.



Terbakar..!!! UMNO Taiping tiada tenaga kerja muda untuk tukar bendera



Bendera UMNO merosakan permandangan



Papan tanda stesyen minyak ini juga dikatakan UMNO Taiping bising sebab macam bendera PAS terpacak kat depan pejabat UMNO Kemunting.

Menurut sumber UMNO Taiping nak cabut papan tanda ini..?

Bila Orangni fikir-fikirkan... Kalau isu bakal calon pun UMNO Taiping masih bergolak macam perang dunia, lebih 6 nama calon yang nak bertanding, mana mungkin isu bendera UMNO mereka nak ambil peduli...haha...

Sumber: orangni.blogspot.com 
  Bersejarah .. Nurul Izzah Anwar Berpidato Di Universiti Malaya.
Posted on Wednesday, February 20 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"UM dalam Sejarah. Anak kepada Mantan Aktivis Mahasiswa Universiti Malaya (Anwar Ibrahim) Nurul Izzah telah berceramah di dalam Universiti Malaya sewaktu seminar Politik dan PRU 13 siang tadi.

Tahniah dan syabas buat Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial atas anjuran " SEMINAR POLITIK DAN PILIHAN RAYA MENJELANG PRU KE-13"


Nurul Izzah Memberi Pidato

Sempat beliau beritahu hadirin

"Saya diminta untuk membatalkan seminar ini oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi, tapi saya tetap bertegas untuk melaksanakannya. Saya kata siapa anda untuk mengarah saya?"

Bagi saya mahasiswa sudah matang dan kalau saya seorang 'bapa' dan sering menghalang anak-anak untuk melakukan itu dan ini maka mereka akan jadi bodoh ! Saya hanya memantau dan takkan menghalang. Satu lagi takkan saya nak buat pertandingan Boria pula? Kita sudah hampir nak PRU. Pendidikan dan kefahaman politik itu penting.

Ucapkan terima kasih juga kepada VC kita. Tan Sri Gauth Jasmon. Beliaulah satu-satunya VC yang lain dari yang lain. Tidak termakan dengan tekanan pihak Kerajaan
Jom Klik Fan PAGE ORANG KAMPUNG "
 Tidak nampak ruang Umno, Pas bersatu
Posted on Wednesday, February 20 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah, tidak nampak ruang untuk dua parti dominan iaitu Umno dan Pas untuk bersatu bagi menyelamatkan perpaduan ummah.

Baginda bertitah, perkara itu mustahil berlaku memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai pengaruh yang besar khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di negara ini.

"Umno dan Pas masing-masing bersaing untuk berada di atas di mana kedua-dua kabilah sedang rancak berusaha baik mempertahan kuasa, begitu juga untuk mendapatkan kuasa.

“Terdapat andaian bahawa jika dua kabilah politik Melayu yang saling berpengaruh ini kembali bercantum seperti mana pernah berlaku di era Pas sertai Barisan Nasional (BN) dulu, akan tercapailah perpaduan ummah," titah baginda pada majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, semalam.

Baginda bertitah, dengan keanggotaan pelbagai individu yang setiap seorang memiliki kerenah, agenda, hasrat dan niat, ditambah dengan kuasa digunakan sebagai konduit untuk membina kekayaan diri, famili dan kroni.

“Andaian itu sebenarnya terlalu simplistik (mudah) dijadikan preskripsi bagi tangani isu sarat dengan kompleksiti; kerana kalau padi tidaknya padi, lelahlah ummah menampi-nampi.

“Secara zahir dan jika didalami terdapat jurang antara yang tersurat dan tersirat, akal dan nafsu, antara kata dan kota, musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan sokong membawa rebah,” titah baginda.

Titah baginda lagi, Pas mempunyai pengalaman pahit bersama BN pada era 70-an yang menyaksikan perpecahan berlaku dalam kalangan ahli parti itu sendiri.

"Pada waktu itu, tercetusnya perpecahan di kalangan mereka, skandal pemimpin parti mula didedahkan hingga ditubuhkan parti baru iaitu Berjasa.

"Pada ketika itu juga wujud Persatuan Ulama Malaysia dan Darul Arqam yang menawarkan alternatif kepada mereka tidak sefahaman pendirian Pas ketika itu," titah baginda.

Tambah Raja Dr Nazrin, baginda berkenan berangkat menzahirkan titah pada majlis itu sebagai memberi ruang untuk bersama rakyat.

"Beta perlu teliti memilih ungkap kata, demi memastikan takhta kekal bersifat berkecuali, berada di atas politik kepartian, terlindung daripada di salah tafsir, hingga Raja dianggap turut terlibat secara langsung dalam politik kepartian," titah baginda.

Baginda turut menjelaskan, keresahan ummah tidak kerana bangsa berada dalam kabilah politik berlainan, tetapi bimbangkan arah tuju kegiatan politik terlalu tertumpu pada pencapaian matlamat jangka pendek untuk peroleh

sumber"


 MB menghadap Sultan Selangor, bubar Dun hari ini?
Posted on Wednesday, February 20 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Sinar Harian

SHAH ALAM - Teka teki pembubaran Dewan Undangan Negero (Dun) Selangor bakal terjawab apabila Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan perkenan berhubung perkara itu.

Perkara ini disahkan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berhubung pertemuan antara Menteri Besar dan Sultan hari ini mengenai pembubaran Dun Selangor.

Desas desus ini disahkan, Timbalan Speaker Selangor merangkap Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
“Memang setiap Rabu, Menteri  Besar akan menghadap Sultan sebelum mesyuarat exco. Tetapi mungkin pertemuan esok (hari ini) bakal menjawab segala ‘ribut spekulasi’ yang melanda Selangor belakangan ini.

“Petang ini (semalam) Menteri Besar mengadakan mesyuarat dengan barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), ini memang mesyuarat berkala tetapi mungkin agendanya bakal menjawab teka-teki pembubaran Dun Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut memaklumkan perkara sama.

“Betul, betul, Tan Sri Abdul Khalid akan menghadap Sultan esok,” katanya.

Ribut spekulasi ini turut mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, mengiakan perkara tersebut walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tujuan pertemuan tersebut.

“Setiap Rabu, memang Menteri Besar akan menghadap Sultan pada jam 8.30 pagi tapi saya tidak pasti tujuan pertemuan esok (hari ini),” katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan pembubaran Dun akan dilakukan selepas sambutan Cap Goh Meh, yang jatuh Ahad ini, dan dijangkakan perkara ini akan disahkan Menteri Besar sendiri pada mesyuarat Exco hari ini.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya mengumumkan pembubaran Dun selanjutnya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merancang dan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan: