Sombong bukan akhlak Muslim
Ustaz Idris Ahmad, | 19 Feb 2013 |
"Dan Tuhan kamu berfirman; Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan memperkenankannya. Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina." (Surah al-Ghafir : ayat 60).
Sifat sombong atau takabbur boleh dibahagikan kepada dua bahagian;
1. Takabbur Zahir dan;
2. Takabbur Batin.
Takabbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam menghina orang yang dianggap tarafnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan releven sepanjang masa, serta tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat yang baik. Imam al-Ghazali berkata di dalam kitab Ihya'-nya, "Orang yang takabbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya (tidak beradab) keras dan kasar".
Takabbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya, Iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya. Oleh itu, sifat mazmumah ini adalah sifat yang paling bahaya jika ia dimiliki oleh manusia, kerana sifat ini merupakan sifat warisan Iblis yang akhirnya menempah neraka buat selama-lamanya.
Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jemaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk. Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jemaah. Hal ini kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jemaah.
Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis qudsi yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud, "Allah berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang merampas keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyeksanya." (Riwayat Muslim)
Tanda-Tanda Sifat Takabbur
1. Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
2. Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
3. Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
4. Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami.Perkara inilah yang diperingat oleh Baginda Nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya" (Sunan Abi Daud dan At Tirmizi)
5. Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain.
Cara Mengubat Wabak Takabbur
Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk hidup dengan semua kategori manusia dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada seluruh jenis manusia tanpa mengira tinggi atau rendah pangkatnya. Dia sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.
Sebagai ahli PAS, kita hendaklah mesti bersikap rendah diri sama ada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Rai-kanlah seluruh ahli PAS kerana bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.
Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Hal ini kerana yang ia pimpin ini satu jemaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jemaah, insya-Allah ia akan merancakkan kerja jemaah dan dapat melebarkan pengaruh Pas kepada orang luar. Sekiranya ahli dan pemimpin PAS dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam PAS dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.
Abdullah Ibn Masud RA ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu sikap berputus asa dan rasa bangga diri.
Sifat tawaduk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh PAS. Apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua orang yang ditemuinya, bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis, makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya, dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.
Firman Allah Taala, bermaksud:
"Dan hamba Allah yang baik (yang diredhai-Nya); ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan)." (Surah al-Furqan : ayat 63)
Rasulullah SAW turut bersabda, maksudnya, "Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawaduk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain." (Riwayat Muslim dan Abi Daud)
Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
http://blog.tarbawi.my/
Perlihat perpaduan dalam Pakatan
Abd Shukur Harun , | 19 Feb 2013 |
Ini untuk jaminan mencapai kemenangan menjelang PRU akan datang, yang dijangka paling sengit dalam sepanjang sejarah pilihan raya di tanah air.
Mereka mengharapkan sangat Pakatan Rakyat dan pemimpinnya meletakkan agenda perpaduan dan keutuhan Pakatan di atas segala-galanya.
Mereka mahukan supaya wujud dalam pemikiran pendukung Pakatan bahawa tidak ada tokoh dan individu yang merasa dirinya lebih penting atau lebih berpengaruh daripada yang lain dalam Pakatan Rakyat, melainkan Pakatanlah yang mesti lebih diutamakan.
Tanpa perpaduan yang kukuh, menurut rakyat prihatin, Pakatan akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar daripada segalanya, iaitu hasutan musuh untuk supaya Pakatan dilihat berpecah belah dan tiada persefahaman.
Dalam hal ini saya amat bersetuju dengan pandangan Ketua Pengarang Harakahdaily, saudara Zulkifli Sulong yang berpendapat, Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya gabungan parti itu dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu bekerjasama.
Katanya, Pakatan perlu menumpukan soal tersebut memandangkan mereka tidak perlu lagi berdepan dengan isu persempadanan semula pilihan raya yang menjadi ‘senjata magis’ BN sebelum ini. Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk ‘Harapan BN dan PR dalam PRU ke-13’ anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di kampus berkenaan kelmarin.
Minggu lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa PAS/Pakatan rakyat supaya berhati-hati dan tidak membuat sebarang kesilapan dalam apa bentuk pun. Katanya, PAS/Pakatan Rakyat semestinya meletakkan dirinya seperti berada dalam tempoh ‘berpantang’ selama menjelang PRU akan datang.
Seperti saya katakana dulu, hendaknya dalam tempoh ‘berpantang’ ini tidak akan bermunculan pelbagai kenyataan, terutama di media musuh, mengenai pelbagai isu kontrovesi, yang dikira boleh mengelirukan atau disalah tafsir oleh pihak tertentu. Seperti diketahui bukan mudah untuk membetulkan atau menjelaskan kenyataan yang telah dikelirukan.
Menjelang PRU ini, rakyat sedang memerhatikan sungguh-sungguh seluruh interaksi, percakapan, kenyataan, sikap dan tindakan daripada pemimpin parti politik, baik Pakatan mahupun BN. Oleh itu, rakyat hanya memilih parti dan calon yang sangat kurang membuat kesilapan.
Lebih-lebih lagi bagi pengundi muda, yang berjumlah lebih kurang 40 peratus, yang bersikap sangat kritikal dalam menilai prestasi parti dan calon yang akan bertanding.
Dalam suasana beginilah juga mereka sedang menilai keupayaan Pakatan Rakyat untuk menggantikan kerajaan BN jika menang dalam PRU akan datang. Oleh sebab itu, adalah sangat penting Pakatan memperlihatkan kesepaduan pemikiran dan tindakannya. Jika perpaduan ini dapat diperlihatkan seutuhnya, Insya-Allah, rakyat akan memberikan laluan kepada Pakatan untuk ke Puterajaya.
Pada keseluruhannya sekarang, mood kebanyakan rakyat kelihatannya memihak kepada Pakatan Rakyat. Justeru persepsi ini mestilah dipelihara dengan baik, kerana persepsi rakyat boleh berubah-ubah mengikut keadaan.
Sementara itu, Pakatan Rakyat telah maju ke depan apabila ia memulakan langkah awal kempen pilihan raya umum (PRU) 13 dengan melancarkan Manifesto Rakyat pada Isnin depan.
Bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’, manifesto itu bakal menawarkan beberapa dasar yang digabungkan daripada Buku Jingga, Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan 2013.
Manifesto ini akan dilancarkan semasa konvensyen Pakatan Rakyat Keempat pada 25 Februari depan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan akan dibentangkan bersama oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, AJK PAS, Dr Dzulkifly Ahmad serta ahli parlimen DAP-Bukit Bendera Liew Chin Tong.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat, beberapa pandangan dari memorandum dan cadangan yang disampaikan terus kepada pimpinan Pakatan Rakyat turut digarap dalam manifesto ini.
Menurut Rafizi, lagi, pelancaran awal manifesto ini akan membuktikan komitmen Pakatan Rakyat untuk memastikan kempen PRU tertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa Barisan Nasional.
“Kami mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan yang dikemukakan dalam Manifesto Rakyat,” katanya dalam sidang media kelmarin.
Menurut Rafizi, setiap tawaran dalam manifesto akan dikemukakan bersama tempoh masa pelaksanaan yang akan dijanjikan.
Katanya, jawatankuasa terbabit mula bersidang untuk menghasilkan Manifesto Rakyat sejak September 2011 sebelum mendapat restu daripada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly berkata, walaupun Manifesto Rakyat bakal dijadikan satu panduan baru dalam menentukan hala tuju perjuangan Pakatan, namun dasar bersama dalam Buku Jingga masih dikekalkan.
“Manifesto ini tidak menggantikan Buku Jingga, cuma beberapa polisi baru akan dimasukkan yang akan diumumkan Isnin nanti,” katanya.
Jelas Pakatan Rakyat sudah membuat persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi ‘ibu segala pilihan raya’.
Dengan persediaan tersebut serta jentera pilihan rayanya yang digerakkan di tahap ‘gear tinggi’ serta dengan sokongan rakyat, maka Pakatan mempunyai peluang cemerlang, dengan izin Allah, untuk mencapai kemenangan.
Walau bagaimanapun, Pakatan seperti dikatakan - jangan sekali-kali membuat kesilapan, walau sekecil manapun. Dalam masa yang sama memperlihatkan perpaduannya yang kukuh.
Koyak, bakar bendera PAS cuba cetus provokasi
Harakahdaily, | 19 Feb 2013 |
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, beberapa samseng dikatakan menanggal, mengoyak dan membakar deretan bendera PAS yang dipasang di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini di hadapan umum.
Tindakan itu kemudiannya cuba dihalang penduduk setempat dan beberpa orang petugas PAS sehingga hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.
Bagaimanapun tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku apabila orang ramai membantu mententeramkan keadaan.
Ekoran tindakan yang bersifat provokasi itu juga, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kempas terhadap salah seorang samseng yang dikenali oleh penduduk itu.
Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat ketika mengesahkan kejadian itu berkata, tindakan tidak profesional pihak tertentu itu mencerminkan tahap tidak matang mereka dalam berpolitik.
"Politik yang berlaku pada hari ini adalah politik baru yang memfokuskan perlawanan idea bukan provokasi yang jumud. Pemasangan bendera yang sedang berlangsung dengan meriah ini adalah sebagai menyambut saranan demokrasi yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia.”
"Pihak polis harus mengambil tindakan yang setimpal kepada pihak yang melakukan perbuatan khianat ini dan Umno harus menasihati ahli mereka agar lebih terbuka," katanya.
Perlihat perpaduan dalam Pakatan
Abd Shukur Harun , | 19 Feb 2013 |
Ini untuk jaminan mencapai kemenangan menjelang PRU akan datang, yang dijangka paling sengit dalam sepanjang sejarah pilihan raya di tanah air.
Mereka mengharapkan sangat Pakatan Rakyat dan pemimpinnya meletakkan agenda perpaduan dan keutuhan Pakatan di atas segala-galanya.
Mereka mahukan supaya wujud dalam pemikiran pendukung Pakatan bahawa tidak ada tokoh dan individu yang merasa dirinya lebih penting atau lebih berpengaruh daripada yang lain dalam Pakatan Rakyat, melainkan Pakatanlah yang mesti lebih diutamakan.
Tanpa perpaduan yang kukuh, menurut rakyat prihatin, Pakatan akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar daripada segalanya, iaitu hasutan musuh untuk supaya Pakatan dilihat berpecah belah dan tiada persefahaman.
Dalam hal ini saya amat bersetuju dengan pandangan Ketua Pengarang Harakahdaily, saudara Zulkifli Sulong yang berpendapat, Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya gabungan parti itu dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu bekerjasama.
Katanya, Pakatan perlu menumpukan soal tersebut memandangkan mereka tidak perlu lagi berdepan dengan isu persempadanan semula pilihan raya yang menjadi ‘senjata magis’ BN sebelum ini. Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk ‘Harapan BN dan PR dalam PRU ke-13’ anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di kampus berkenaan kelmarin.
Minggu lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa PAS/Pakatan rakyat supaya berhati-hati dan tidak membuat sebarang kesilapan dalam apa bentuk pun. Katanya, PAS/Pakatan Rakyat semestinya meletakkan dirinya seperti berada dalam tempoh ‘berpantang’ selama menjelang PRU akan datang.
Seperti saya katakana dulu, hendaknya dalam tempoh ‘berpantang’ ini tidak akan bermunculan pelbagai kenyataan, terutama di media musuh, mengenai pelbagai isu kontrovesi, yang dikira boleh mengelirukan atau disalah tafsir oleh pihak tertentu. Seperti diketahui bukan mudah untuk membetulkan atau menjelaskan kenyataan yang telah dikelirukan.
Menjelang PRU ini, rakyat sedang memerhatikan sungguh-sungguh seluruh interaksi, percakapan, kenyataan, sikap dan tindakan daripada pemimpin parti politik, baik Pakatan mahupun BN. Oleh itu, rakyat hanya memilih parti dan calon yang sangat kurang membuat kesilapan.
Lebih-lebih lagi bagi pengundi muda, yang berjumlah lebih kurang 40 peratus, yang bersikap sangat kritikal dalam menilai prestasi parti dan calon yang akan bertanding.
Dalam suasana beginilah juga mereka sedang menilai keupayaan Pakatan Rakyat untuk menggantikan kerajaan BN jika menang dalam PRU akan datang. Oleh sebab itu, adalah sangat penting Pakatan memperlihatkan kesepaduan pemikiran dan tindakannya. Jika perpaduan ini dapat diperlihatkan seutuhnya, Insya-Allah, rakyat akan memberikan laluan kepada Pakatan untuk ke Puterajaya.
Pada keseluruhannya sekarang, mood kebanyakan rakyat kelihatannya memihak kepada Pakatan Rakyat. Justeru persepsi ini mestilah dipelihara dengan baik, kerana persepsi rakyat boleh berubah-ubah mengikut keadaan.
Sementara itu, Pakatan Rakyat telah maju ke depan apabila ia memulakan langkah awal kempen pilihan raya umum (PRU) 13 dengan melancarkan Manifesto Rakyat pada Isnin depan.
Bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’, manifesto itu bakal menawarkan beberapa dasar yang digabungkan daripada Buku Jingga, Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan 2013.
Manifesto ini akan dilancarkan semasa konvensyen Pakatan Rakyat Keempat pada 25 Februari depan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan akan dibentangkan bersama oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, AJK PAS, Dr Dzulkifly Ahmad serta ahli parlimen DAP-Bukit Bendera Liew Chin Tong.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat, beberapa pandangan dari memorandum dan cadangan yang disampaikan terus kepada pimpinan Pakatan Rakyat turut digarap dalam manifesto ini.
Menurut Rafizi, lagi, pelancaran awal manifesto ini akan membuktikan komitmen Pakatan Rakyat untuk memastikan kempen PRU tertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa Barisan Nasional.
“Kami mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan yang dikemukakan dalam Manifesto Rakyat,” katanya dalam sidang media kelmarin.
Menurut Rafizi, setiap tawaran dalam manifesto akan dikemukakan bersama tempoh masa pelaksanaan yang akan dijanjikan.
Katanya, jawatankuasa terbabit mula bersidang untuk menghasilkan Manifesto Rakyat sejak September 2011 sebelum mendapat restu daripada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly berkata, walaupun Manifesto Rakyat bakal dijadikan satu panduan baru dalam menentukan hala tuju perjuangan Pakatan, namun dasar bersama dalam Buku Jingga masih dikekalkan.
“Manifesto ini tidak menggantikan Buku Jingga, cuma beberapa polisi baru akan dimasukkan yang akan diumumkan Isnin nanti,” katanya.
Jelas Pakatan Rakyat sudah membuat persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi ‘ibu segala pilihan raya’.
Dengan persediaan tersebut serta jentera pilihan rayanya yang digerakkan di tahap ‘gear tinggi’ serta dengan sokongan rakyat, maka Pakatan mempunyai peluang cemerlang, dengan izin Allah, untuk mencapai kemenangan.
Walau bagaimanapun, Pakatan seperti dikatakan - jangan sekali-kali membuat kesilapan, walau sekecil manapun. Dalam masa yang sama memperlihatkan perpaduannya yang kukuh.
'Pengerang, aku akan datang lagi'
Ahmad Lutfi Othman, | 19 Feb 2013 |
Hampir sepanjang perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, 8 Februari lalu, diiringi hujan lebat. Dua hari kemudian, Ahad, semasa sarapan pagi bersama AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman dan rakan-rakan aktivis PAS Kulai, di bilik gerakan PRU13 Bukit Permai, hujan turun renyai-renyai.
Semasa wartawan kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob, wartawan Johor, Salman Hussin, jurufoto Wan Zahari Wan Salleh, Mazlan, anak lelakinya dan saya bertolak ke Pengerang, hujan masih belum reda. Malah bertambah lebat apabila kami menghampiri pekan Sungai Rengit.
Sambil menunggu Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli, kami memesan makanan. Oleh kerana sajian pagi agak berat -- pertama, di Pulai bersama Onn Jaafar, Setiausaha Perhubungan PAS Johor dan kedua, dengan petugas muda yang sedia berkempen untuk Mazlan -- saya memilih mee bandung; sebenarnya juga tidak sesuai untuk penghidap diabetis dan pernah menjadi pembedahan pintasan jantung seperti saya!
Saya perhatikan bandar kecil ini tenang, damai dan menyenangkan. Jauh daripada kesibukan. Suasana hujung minggu agak sunyi, apatah lagi ia hari pertama Tahun Baru Cina. Saya cuba mencari topi atau payung untuk melindungi kepala yang mudah sakit apabila terkena hujan, tapi banyak kedai tutup.
Menghadap ke laut, walaupun dibatasi titisan hujan, saya perasan projek penambakan laut giat dijalankan. Entah kenapa kepiluan segera menerpa. Waktu itu saya belum dimaklumkan masalah sebenar yang mengasak penduduk Pengerang, sekadar beberapa isu asas seperti pengambilan tanah dan masalah alam sekitar ekoran projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).
Namun naluri saya menangkap, ada kepedihan yang tersimpan. sekurang-kurangnya para nelayan terjejas mata pencarian.
Rupanya Anis Afida, aktivis gigih memperjuangkan hak penduduk di sini -- yang saya dengar namanya dari jauh -- masih muda, baru menamatkan pengajian di UTM, Skudai. Awal bicara dengan Anis, terserlah kematangan berbanding usianya, 24 tahun. Lancar dia menjelaskan mukadimah awal isu-isu kritikal yang perlu ditangani.
Alhamdulillah, Pengerang yang tersorok paling bawah di bahagian kanan selatan tanahair, masih mampu membekalkan penggerak berpotensi, wanita pula. Saya bimbang lokasi seumpama itu ketandusan tenaga tempatan, khususnya daripada kalangan anak-anak muda, apatah lagi yang berminat dengan Parti Islam (PAS).
Bayangkan, kerusi Parlimen P157 Pengerang, yang mula terbentuk selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya, dimenangi Dato Seri Azlina Othman Said tanpa bertanding pada 2004 dan 2008.
Justeru, sekiranya Pakatan Rakyat belum bertapak kukuh di sini, saya dapat faham. Bagaimanapun, di celah-celah bangunan kedai di seberang jalan, ada bendera parti pembangkang berkibar.
Anis menunjuk jalan ke rumah Ah Chai atau nama sebenar, Chua Peng San, di Bukit Buloh, berdekatan Pekan Sungai Rengit, selepas melintasi sungai. Banyak bot nelayan tersadai di muara. Mungkin pandangan itu tiada lagi selepas penduduk dihalau secara terhormat.
Ah Chai memang ramah dan mesra sekali, membuatkan kami, warga Harakah, tidak kekok bila dijemput masuk ke rumahnya. Anis dan Mazlan nampak sudah lama mengenali dan akrab dengannya. Keluarga Ah Chai, terutama isterinya, juga gembira.
"Tahun ini raya tidak berseri, dan mungkin kali terakhir kami sambut Tahun Baru Cina di sini," kata Ah Chai, sambil mempelawa kami menjamah makanan ringan dan biskut, sebahagiannya dapat ditemui pada pagi Aidilfitri.
"Apa pun kita mesti tukar," tambahnya merujuk kewajipan menukar kerajaan dalam PRU13. "Dan saya semalam, waktu makan besar bersama keluarga, saya dah tukar tradisi itu dengan makan di luar bersama rakan-rakan Melayu saya,' ujar Ah Chai, ketawa.
Saya agak kurang senang apabila Ah Chai terpaksa meninggalkan rumah pada tengahari raya pertamanya, untuk membantu kami meninjau kawasan terjejas dengan projek bernilai RM170 bilion, termasuk projek Rapid Petronas, RM60 bilion. Seorang tetamu terpaksa berpatah balik selepas berselisih 100 meter dari rumah Ah Chai.
Mengikut Mazlan, Ah Chai cukup mahir dan masak dengan isu Pengerang, termasuk kedudukan kawasan penempatan yang terbabit dengan projek mega, yang diwarisi sejak 100 tahun lalu. Malah, dalam isu perpindahan kubur orang Islam, dia dikatakan antara yang mula prihatin.
Anis memberitahu saya, 37 peratus daripada jumlah pelaburan di bawah Program Transformasi Ekonomi Negara disumbangkan daripada pelaburan industri mintak dan gas di Pengerang. Wow! Tentu sekali, ia akan dipertahankan dengan apa jua kaedah, by hook or by crook.
Ia melibatkan saiz seluas 22,500 ekar dengan populasi 28,050 orang. Enam masjid, 11 surau, sembilan kuil, empat sekolah rendah, sebuah sekolah menengan, tiga sekolah Cina, 11 perkuburan Islam dan tujuh bukan Islam terbabit.
Saya difahamkan kawasan perairan yang terbabit memiliki habitat dugong yang merupakan spesis terancam di Malaysia. Udang karanya (lobster) adalah antara yang terbaik di negara ini. Saya perhatikan semasa sampai tadi, banyak restoran Cina di pekan kecil itu, petanda ramai pelancong dari luar.
Melihat saya bertongkat dan kadang-kadang nampak seperti menahan kesakitan, isteri Ah Chai mencadangkan ubat-ubat Cina sebagai rawatan. Bersungguh-sungguh dia menceritakan bagaimana cara menyediakannya. Saya terharu dengan keprihatinannya.
Ah Chai memandu arah kami ke Tanjung Pengelih. Ada pangkalan TLDM di situ. Sepanjang jalan dia tidak jemu-jemu menghubungkaitkan kampung-kampung yang kami lintasi dengan projek yang bakal dibangunkan.
Hujan renyai-renyai membataskan pergerakan saya. Rupanya Ah Chai mahu menunjukkan kepada kami kesan-kesan sejarah, yang berpotensi sebagai produk pelancongan, termasuk kubu tentera penjajah yang terbiar, berdekatan Pos Imigresen Tanjung Pengelih, salah satu pintu keluar ke Singapura.
Jalan menyusuri pantai itu mendedahkan kami dengan panorama menarik, walaupun terganggu dengan objek-objek pembangunan yang berceragah di kawasan perairan.
Tiba-tiba saya teringat komen tokoh perniagaan, Dato' Seri Abd Rahman Maidin, yang pernah menerajui Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, terlibat dengan konglomerat terkemuka dan mengasaskan Institut Peduli Rakyat.
Semasa kunjungannya ke pejabat Harakah beberapa bulan dahulu, beliau melontarkan kritikan keras terhadap konsep atau falsafah pembangunan yang diamalkan pihak berkuasa, sehingga banyak berlaku kes-kes rampasan tanah di seluruh negara.
Rahman menentang cara mudah pembangunan yang menghalau orang Melayu keluar daripada kampung-kampung tradisi. Baginya, itu bukan pembangunan tetapi satu proses meruntuhkan dan memiskinkan kehidupan orang Melayu. Sepatutnya kawasan penempatan dikekalkan tetapi projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Ah Chai bercerita, Rahman selalu berkunjung ke Pengerang dan pernah bermalam di rumahnya. Saya sendiri berasa teruja untuk lebih lama merasai degup jantung masyarakat di sini ... dan tidak cukup sekadar meninjau dalam masa hanya sehari.
Sepanjang perjalanan, nama-nama kampung memikat hati saya, antaranya, kampung-kampung Sungai Kapal, Teluk Empang, Langkah Baik dan Sungai Buntu.
"Siapa lagi yang 'langkah baik' di sini kalau bukan pemimpin-pemimpin BN dan kroni mereka yang lapar projek dan rela menjual kepentingan orang kampung," tingkah saya, melintasi papan tanda jalan Kampung Langkah Baik.
"Dan yang 'buntu' tentulah masyarakat bawahan, yang dipaksa berpindah dan menjual tanah dengan harga murah," tambah saya, sambil ketawa kecil.
Sesungguhnya majoriti pemimpin Umno, termasuk di peringkat bahagian dan cawangan, berdasarkan pengalaman saya membongkar beberapa kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah, tidak dapat lari daripada terjebak dengan manipulasi dan eksploitasi melampau terhadap rakyat yang jahil dan tidak berani bersuara.
Justeru, saya tidak menolak kemungkinan dakwaan bahawa dalam proses pemindahan kubur di Pengerang pun terselit elemen rasuah dan transaksi yang meragukan. Sudahlah pengebumian semula jenazah dibuat secara tergesa, dalam keadaan daif dan menimbulkan fitnah.
saya tidak dapat menyaksikan dari dekat situasi menyedihkan di kawasan perkuburan baru di Kampung Punggai disebabkan laluan becak dan berselut. Apa pun, ia tidak menghalang saya daripada mengesan proses penambakan yang tidak mengambil kira faktor perubahan cuaca.
Namun begitu, elit penguasa yang hanya memikirkan keuntungan untuk diri dan suku-sakat, serta menyamar di sebalik projek pembangunan, termasuk di Pengerang, beruntung memandangkan kebanyakan penduduk Melayu masih bermentaliti "apa saja daripada kerajaan harus dipatuhi".
Saya tertanya-tanya, mengapa reaksi masyarakat Tionghua lebih lantang, berani dan bersedia menanggung risiko. Paling penting mereka seperti bersatu hati dan berpadu dalam mengatur gerakan penentangan.
Kubur mereka bukan saja tidak (berani) diusik malah semakin terpelihara dan terjaga.
Saya kira, bukan saja di Pengerang, malah di mana-mana pun, sekiranya kawasan penempatan atau kepentingan mereka terjejas, yang akhirnya terpaksa juga berpindah, pampasan yang diterima jauh lebih tinggi.
Petang Ahad itu, selesai menziarahi kubur yang dipindahkan, dan ditunjukkan kawasan lapang yang cukup luas, berdekatan rumah agam Azalina, yang sebenarnya bagi penduduk, lebih sesuai dibangunkan, walaupun berdepan Laut China Selatan, saya agak resah dan gelisah memikirkan jalur pemikiran bangsa sendiri.
Bukanlah kita mahu menganjurkan pemberontakan atau penentangan membabi-buta terhadap projek pembangunan, serta berkeras tidak mahu berpindah tanpa alasan kukuh.
Pertahankan hak dan berani berhujah menyanggah daleh bodoh yang tidak masuk akal. Jangan hinakan diri sendiri dengan meletakkan "harga yang cukup murah". Cukuplah selama ini aset dan kepentingan kita diperdagangkan.
Terngiang-ngiang lagi kata-kata seorang tua yang menyapa kami ketika menziarahi kawasan perkuburan yang telah dipindahkan. "Apa boleh kita buat, ikut ajalah kehendak orang berkuasa," begitulah lebih kurang maksudnya.
Ketika kami bertolak balik ke Kulai, hujan mencurah dengan lebat. Saya masih teringat anak mata Ah Chai yang merah mengiringi kepulangan kami. Dia nampak sebak dan terharu. Ya, Pengerang sememangnya sudah lama menangis.
"Terima kasih banyak," kata saya, ringkas sebelum pamit. "Saya sepatutnya mengucapkan terima kasih kerana Harakah sudi datang membuat liputan di sini," sambut Ah Chai.
Semasa Wan Nordin memandu perlahan dan berhati-hati keluar dari Sungai Rengit, saya berazam dalam hati: "Pengerang, tunggu aku akan datang lagi."
Islam, politik dan kepimpinan
Mohamad Aiyad bin Ramli, | 19 Feb 2013 |
Muqaddimah
Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah an-Nisa, ayat 58:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.
Islam merupakan agama yang syumul iaitu yang meliputi keseluruhan kehidupan manusia. Ia disebut sebagai ad-Din yang bermaksud cara hidup. Islam merupakan suatu sistem yang diturunkan Allah SWT selaras dengan fitrah manusia. Sewaktu manusia berada di alam roh, Allah SWT berfirman, maksudnya:
“Bukankah Aku ini Tuhanmu?, maka semua roh manusia menjawab “Benar, Engkau Tuhan kami, bahkan kami menjadi saksi.” (Surah al-A’raf : ayat 72)
Oleh sebab kehidupan manusia secara fitrahnya adalah makhluk berpolitik, maka suatu sistem berlandaskan Islam diperlukan. Rangkuman sistem politik berlandaskan al-adalah wal-ihsan yang menggabungkan keperibadian kepimpinan, maka wujudlah kesetaraan antara hablun minallah (hubungan dengan Allah), hablun minanas (hubungan dengan manusia) dan hablun minal alam (hubungan dengan alam). Dalam sejarah klasik, keperibadian Daud a.s dan Sulaiman a.s, kedua-duanya adalah pemerintah dan juga nabi. Dalam konteks kontemporari, kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh membebaskan Costantinople hanya 800 tahun selepas zaman Rasulullah SAW sangat berkait rapat hubungan dengan Allah SWT. Kejayaan mengangkat bahtera ke bukit lalu diluncurkan kembali ke laut berkait rapat dengan elemen tahajjud. Semua kejayaan yang dicapai adalah menggabungkan aspek fizikal dan spiritual.
Semua aspek kehidupan samada politik atau pemerintahan, menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT. Firman Allah SWT, bermaksud:
“Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia, melainkan untuk beribadat kepada-Ku” (Surah al-Zariat ayat : 56)
Al-Maududi mentakrifkan konsep sebuah negara Islam menjelaskan bahawa negara yang kuasa mutlaknya terletak pada Allah SWT. Manakala syariatnya berdasarkan al-Quran dan bukannya perlembagaan sebagai kuasa tertinggi. Terdapat sesetengah sarjana yang melihat konsep sebuah negara Islam digambarkan sebagai sebuah negara yang mirip konsep teo-demokrasi, iaitu konsep yang menggabungkan autoriti mutlak daripada Allah SWT manakala penyerahan kekuasaan autoriti yang terbatas kepada manusia dalam perlaksanaan urusan negara yang selari dengan hukum syarak (Mohd Rumaizuddin Ghazali : 2009).
Apabila manusia lari daripada arahan Allah SWT, iaitu dengan mengambil setengah dan meninggal setengahnya maka kemurkaan Allah SWT pasti datang. Kejatuhan sistem kekhalifahan Islam pada 3 Mac 1924 di Turki Uthmaniyah oleh gerombolan taghut yang didominasi syaitan dan iblis, menyebabkan pemahaman umat Islam mengenai sistem politik, keadilan dan kepimpinan berlandaskan Islam turut beransur lenyap. Tugas ulama yang dahulunya amat besar dalam memahamkan umat Islam mengenai Islam disempitkan oleh sistem sekular Barat yang mengetengahkan doktrin pengasingan politik dan agama. Akibatnya, umat Islam seluruh dunia mula mendefinisikan apa itu Islam, politik dan keadilan dari kacamata sekular Barat (Sautun Nahdhah : 2008).
Dalam menyampaikan risalah Islam, para daie’ tidak lekang daripada berhadapan dengan mehnah dan tribulasi. Kemunculan tokoh reformis Islam sepanjang zaman seperti Muhammad Abduh, Hassan al-Banna, Syed Qutb, Yusuf al-Qardawi, Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat serta beberapa yang lain menjadi bukti bahawa usaha mereka tidaklah mudah. Pejuang Melayu sebelum kemerdekaan, as-Syahid Tok Janggut gugur ke bumi dalam mempertahankan kedaulatan Islam di bumi Kelantan (Nik Anuar Nik Mahmud : 2000).
Konsep Politik Daripada Kacamata Islam
Politik merupakan satu cabang dalam ramuan Islam yang syumul. Islam tidak melarang manusia berpolitik selagi tidak bercanggah dengan syariat. Politik Islam atau siasah berasal dari perkataan ‘sasa’ yang bermaksud perintah, tegah, melakukan pembaikan dan mendidik. Manakala menurut istilah, siasah bermaksud melakukan sesuatu yang membawa kebaikan kepada makhluk dengan membimbing mereka ke arah jalan kejayaan duniawi dan ukhrawi (Osman Khalid : 1986). Kajian Dewan Ulama PAS (1980 : 14) mendapati Islam dan politik tidak boleh dipisahkan sama sekali kerana berkait rapat dengan prinsip akidah dan akhlak.
Kebanyakan ulama melihat politik Islam adalah jauh berbeza dengan politik sekular. Fathi Yakan (2010 : 9) mendefinisikan politik Islam sebagai usaha memelihara semua hal ehwal ummah yang merangkumi aspek pendidikan, maklumat, ekonomi serta keperluan hidup. Fahaman sekularisme Barat memisahkan agama dengan politik; iaitu agama adalah hak gereja manakala negara adalah hak pemerintah.
Ikhwan Saffa (Mustafa Haji Daud: 1994) membahagikan ilmu politik (siasah) kepada lima iaitu Siasah Nabawiyah (politik para nabi), Siasah Mulukiyah (politik kerajaan), Siasah Ammah (politik rakyat), Siasah Khassah (politik rahsia) dan Siasah Dhatiyah (politik peribadi). Menurut Ahmad Atiyatullah (Mustafa Haji Daud : 1988), perkataan siasah digunakan dalam kitab Tahdib al-Siyasah karangan Abu al-Hassan Ahwazi (362-446H). Perkataan politik dan siasah membawa pengertian yang hampir sama kerana kedua-duanya telah menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kosa kata bahasa Melayu (Kamus Dewan : 2004). Ehsan Ehsanullah (1994) melihat keperibadian Siasah Syariah dalam konteks negara Arab Saudi mendapati amat wajar seluruh dunia mengimplementasi arahan Allah SWT.
Konsep Kuasa dan Amanah Dalam Islam
Menurut Abdul Hadi Awang (2011), kekuasaan dan kedaulatan adalah milik Allah dan manusia hanya merupakan pemegang amanah untuk menguruskan negara. Beberapa peringkat pembahagian kuasa iaitu khalifah, Majlis Syura dan ulil al-Amri. Khalifah bertanggungjawab dalam perlaksanaan undang-undang (eksekutif) manakala Majlis Syura bertanggungjawab dalam penggubalan undang-undang (legislatif) serta Ulil al-Amri (Qadi) bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang.
Ibn Taimiyah berpendapat bahawa kekuasaan politik merupakan min a’zam wajibat al-din (suatu kewajipan agama yang utama). Pandangan ini serupa dengan pandangan Yusuf al-Qardhawi yang menyatakan terdapat hubungan simbiosis antara Islam dan politik. Ia sebagai sesuatu yang tidak terpisah daripada hakikat Islam itu sendiri (Heruhe Mat Rupiah : 2011).
Politik dari Pespektif Islam dan Sekular
Menurut K. Ramanathan (1987), politik merupakan satu cara mengendalikan aktiviti-aktiviti manusia. Konsep politik Barat tidak mempunyai sebarang panduan yang tepat kerana pengertian politik ditafsir tanpa berpandukan kepada suatu panduan mutlak serta mengenepikan unsur kerohanian atau spiritual.
Menurut Fathi Yakan (2010 : 10), fahaman politik Barat memisahkan agama dan politik merupakan fahaman serpihan ideologi gereja. Islam mengajar bahawa politik seharusnya diadun sebati dengan konsep tauhid kepada Allah Taala dan mengikut lunas-lunas syarak sebagaimana dalam Al-Quran, diperincikan dalam as-Sunnah serta dibahaskan oleh para ulama muktabar.
Menurut Mustafa Haji Daud (1988), Islam mengasaskan sistem politik yang merangkumi tiga aspek iaitu tauhid, risalah dan khalifah. Tauhid iaitu konsep politik mengikut segala lunas yang ditetapkan Allah SWT. Risalah pula merupakan konsep politik yang diwahyukan Allah SWT melalui Rasul-Nya dan wajib dituruti oleh segenap manusia. Manusia sebagai khalifah Allah di bumi harus mentadbir alam berlandaskan lunas-lunas syarak.
Para sarjana politik Barat, termasuk segelintir cendekiawan Islam melabelkan pemerintahan Islam sebagai salah satu cabang pemerintahan berbentuk teokrasi (Hamdan Aziz : 2012). Namun konsep teokrasi di Barat dengan Islam jauh berbeza kerana teokrasi Barat berpendapat bahawa sesebuah negara hanya diperintah oleh golongan agamawan ataupun individu yang mendapat mandat dari tuhan serta tidak semestinya pemerintah itu menggunakan hukum Allah. Sedangkan konsep pemerintahan Islam amat jelas iaitu individu yang paling tinggi keimanan dilantik sebagai pemerintah dan pentadbiran yang meliputi pelbagai aspek harus dan wajib tunduk kepada undang-undang Illahi.
Ciri-ciri Pemimpin Menurut Islam
Para sahabat nabi bersepakat mengatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam adalah wajib. Abu Bakar as-Siddiq r.a. berkata, “Bahawa Muhammad telah pergi, justeru itu, agama ini (Islam) memerlukan penjaganya.” Hampir kebanyakan aliran pemikiran termasuk Ahli as-Sunnah wa al-Jama’ah, Syi’ah, al-Murji’ah, Mu’tazilah dan Khawarij bersepakat mengatakan menegakkan sistem politik Islam adalah wajib bagi umat Islam. Allah Taala berfirman, bermaksud:
“Wahai Umat yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasullullah dan kepada ‘Ulil Amri’ (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”(Surah an-Nisa’ : ayat 59)
Terdapat beberapa kriteria yang harus ada sebelum seseorang individu dilantik menjadi pemimpin. Antaranya, individu tersebut dari kalangan ulama, berakal sempurna, memiliki kefahaman serta mempunyai kelayakan dari segi intelek dan fizikal untuk mentadbir urus pemerintahan.
“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta kamu yang Allah telah menjadikannya untuk kamu sebagai asas pembangunan kehidupan kamu.” (Surah an-Nisa’ : ayat 5)
Seseorang yang zalim, fasik dan lalai serta melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah tidak boleh dilantik menjadi pemimpin. Sebaliknya mereka hendaklah terdiri dari orang-orang yang beriman, bertakwa dan mengerjakan amal soleh.
“Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran.” (Surah al-Kahfi : ayat 28)
Abu al-Maati al-Futuh (Mustafa Haji Daud: 1994) menjelaskan bahawa terdapat empat elemen dalam pemerintahan Islam iaitu Sultat (kebolehan mengurus), kedaulatan, kuasa dan syura. Kekuasaan ialah kewibawaan sesebuah pemerintahan dari rakyat (umat Islam). Abraham Lincoln mendefinisikan demokrasi sebagai “kerajaan yang dirikan oleh rakyat, dari rakyat dan kepada rakyat” (Hamdan Aziz : 2012). Dalam pada itu, kenyataan Lincoln hanya melihat aspek kebebasan mutlak individu tetapi kekuasaan yang diberikan kepada pemimpin mestilah berdasarkan keimanan dan ketakwaan.
Sistem kekhalifahan seperti diamalkan terdiri dari Majlis Syura, khalifah dan kementerian khusus yang mempunyai hak serta autoriti. Majlis Syura mempunyai hak seperti menentukan hukum bagi sesuatu perkara yang tidak dijelaskan secara khusus di dalam al-Quran, melantik khalifah daripada kalangan ahli Majlis Syura, mengaturkan bai’ah umat Islam terhadap khalifah manakala dalam masa yang sama Majlis Syura mempunyai hak melucutkan khalifah daripada jawatan atas sebab-sebab syarie. Menurut Muhammad Abdul Qadir Abu Faris (1987), sekiranya pemimpin memerintah tanpa berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah serta tidak bersifat sebagai seorang khalifah Islam dari sudut akhlak, maka pemerintah tersebut hilang kelayakan menjadi khalifah.
Khalifah merupakan individu yang penting dalam sistem politik Islam. Khalifah mempunyai hak dan autoriti dalam beberapa hal seperti memupuk perpaduan rakyat, memelihara agama dan keamanan negara, menguruskan kewangan, pentadbiran dan perundangan Islam. Segala undang-undang yang dijalankan haruslah berdasarkan semata-mata kepada al-Quran, as-Sunnah dan Ijtihad ulama sepertimana firman Allah SWT, bermaksud:
“Wahai Daud, sesungguhnya kami telah menjadikan khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan oleh kami); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana demikian itu akan menyesatkanmu daripada jalan Allah.” (Surah Sa’ad : ayat 26)
Musyawarah dan Keadilan
Menurut pandangan fuqaha, musyawarah adalah meminta pendapat orang lain mengenai sesuatu urusan. Perkataan musyawarah secara umum diertikan dengan perundingan atau bertukar fikiran. Perundingan disebut sebagai musyawarah kerana orang yang berunding diharapkan untuk mengeluarkan atau mengemukakan pendapatnya tentang suatu masalah yang dibincangkan dalam perundingan itu. Musyawarah merupakan salah satu hal yang amat penting bagi kehidupan, bukan saja dalam kehidupan bernegara malah dalam kehidupan berumah tangga. Islam memandang penting peranan musyawarah dalam kehidupan umat manusia. Contohnya dapat dilihat dari petikan ayat al-Quran dan Hadis yang menganjurkan umat Islam supaya bermusyawarah dalam memecah berbagai persoalan yang dihadapi, Firman Allah SWT, bermaksud:
“Maka disebabkan rahmat Allahlah, engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka. Seandainya engkau bersikap kasar dan berhati keras. Nescaya mereka akan menjauhkan diri darimu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan tertentu.Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. (Surah al-Imran : ayat 159)
Menurut Saari Sungib (2011 : 28), sistem politik Islam menitikberatkan konsep keadilan dan musyawarah. Sekiranya seseorang pemimpin jelas membelakangkan konsep keadilan dan musyawarah dalam membuat keputusan pentadbiran, rakyat berhak menidakkan arahan yang datang daripada pemerintah yang zalim.
Asas kepimpinan Islam adalah berbentuk ibadah iaitu ketaatan rakyat kepada pemimpin serta dalam masa yang sama pemimpin taat kepada Allah. Sekiranya pemimpin membelakangkan hukum syarak, maka rantaian ketaatan kepada pemerintah akan terlucut dan Majlis Syura berhak menegur pemerintah dan melucutkan jawatan. Yusuf al-Qaradhawi (2011 : 40), pernah mengungkap kata-kata beliau di dalam karyanya Aku dan al-Ikhwan al-Muslimun mengenai konsep musyawarah dan kesepaduan ummah;
“…aku mulai faham dengan jelas bahawa untuk mengembalikan kemenangan Islam haruslah melalui kata-kata, perbuatan, dakwah…. Semua ini tidak mampu dilakukan oleh seorang diri….Seseorang akan lemah bila bersendiri dan kuat bila beramai-ramai …”
Perbincangan akhir
Islam mengajar umatnya supaya sentiasa berpegang dengan tali Allah iaitu Al-Quran. Di Malaysia, kepelbagaiannya masyarakatnya tidak menjadi halangan untuk masyarakatnya bernaung di bawah lembayung Islam. Parti Islam se-Malaysia (PAS) cuba membawa masyarakat kepada pengabdian diri kepada Allah SWT berlandaskan prinsip musyawarah. Hubungan politik dibina dalam kombinasi Pakatan Rakyat tetapi tidak menggadaikan prinsip Islam.
Apabila semua manusia menghayati prinsip Islam yang bersifat universal, maka konsep keadilan tetap terpelihara. Semua masyarakat perlu berganding bahu menentang segala kezaliman melalui undi dalam pilihan raya. Dengan menggunakan ruang yang ada seperti demokrasi, segala kebatilan akan hilang maka kebenaran pastinya muncul. Ingat firman Allah SWT, bermaksud:
“Sesungguhnya apabila datang kebenaran, maka kebatilan akan hancur. Sesungguhnya kebatilan pastinya akan hancur.” (Surah al-Isra’ : ayat 81).
*Mohamad Aiyad bin Ramli berasal dari Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu, Kelantan. Beliau masih menuntut dalam bidang perguruan.
Kenapa Melayu tidak perlu takut DAP
Mohamed Hanipa Maidin, | 19 Feb 2013 |
Saya menjawab soalan tersebut seperti berikut " jika kita turuti silsilah soalan tersebut percayalah ianya berasal usul dari Umno. Itulah kempen Umno di kampung-kampung dan malangnya kini pelajar di menara gading juga terjerat dengan kempen jahat tersebut.
Hakikatnya soalan itu sendiri adalah tidak betul. Bagaimanakah Dap dan Mca boleh kedua-duanya menang banyak kerusi dalam keadaan kedua -dua parti tersebut lazimya bertanding antara satu sama lain bagi merebut kerusi yang sama. Adakah masuk akal di kawasan Parlimen Bukit Bintang misalnya yang Dap dan Mca bertanding , jika Dap menang Mca juga akan menang? "
Parti perkauman seperti Umno , kerana mahu terus berkuasa , dengan tanpa rasa tanggungjawab berusaha keras menimbulkan keraguan bahawa Dap adalah satu elemen yang bahaya kepada Melayu dan Islam. Justeru itu , menurut logik Umno, jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat yang ada Dap di dalamnya, maka Melayu dan Islam akan terancam. Logik Umno ini berpremiskan Dap adalah bermajoritikan orang bukan Melayu dan Islam maka kepentingan Islam bukan sahaja tidak terbela jika mengundi Dap malahan kedudukan Melayu dan Islam juga terhakis terancam.
Hujah Umno ini sama sekali melupakan bahawa hakikatnya Umno juga berkawan dengan bukan Melayu dan bukan Islam. Jika Mca dan Mic yang boleh dikatakan hampir 100 peratus dikuasai oleh bukan Melayu/Islam, mengapakah mengundi sama ada Umno atau Mca atau Mic tidak dilihat mengancam Islam? Adakah pemimpin Mca khususnya sunyi dari perbuatan menghina dan memperkecilkan Islam? Jika tidak sunyi, mengapa hanya Dap dipersalahkan dan tidak Mca atau Mic?
Apa peliknya jika Dap masih belum menerima Islam dan segala hukum hakamnya sepertimana Mca dan Mic yang juga berkeadaan begitu. Bukankah yang peliknya mengapakah Umno yang bermajoriti Melayu/Islam masih tidak menerima Islam sebagai sistem hidup yang syumul dan sanggup pula dalam banyak keadaan menghina Islam dan hukum hakamnya. Siapa yang hina hukum hudud , Dap atau Umno? Siapakah yang luluskan lesen judi , Dap atau Umno? Siapakah Osu Sukam yang berjudi di luar Negara dan berhutang jutaan ringgit.. adakah beliau Dap atau Umno? Dan senarainya cukup panjang untuk dikongsi di ruang terhad ini.
Benarkah Dap mengancam kepentingan Melayu? Apakah peruntukkan di dalam Perlembagaan yang menyentuh kepentingan Melayu yang Dap kacau dan ganggu gugat? Adakah Dap atau Umno yang ganggu gugat kedudukan bahasa melayu di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan apabila kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dirombak melalui PPSMI?
Siapakah yang gagal jaga tanah rezab Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan ... Dap atau Umno? Siapakah yang hancurkan Bank Bumiputra yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu? Siapakah yang enggan tambah kerusi Parlimen dan Dun di negeri Kelantan dan Trengganu sekaligus boleh menambah kerusi orang melayu semasa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat.. Dap atau Umno? Siapakah yang mendera ekonomi majoriti rakyat Melayu/Islam di Trengganu dan kini Kelantan apabila wang royalti pertroleum di rompak di siang hari tanpa sekelumit rasa bersalah.
Siapakah yang menghina Raja Raja Melayu? Siapakah yang ingin menggantikan Sultan Kelantan dengan ditabalkan Tengku Ibrahim , ahli perniagaan sebagai Raja ? Umno atau Dap? Siapakah melarikan anak raja...pemimpin Dap atau Umno? Siapakah yang mengheret secara tidak bermaruah institusi Raja berperlembagaan ke kancah penghinaan dengan menjatuhkan Kerajaan dan Menteri Besar pilihan rakyat di Perak dengan melanggar doktrin Raja Berperlembagaan dan konvesyen Perlembagaan (constitutional convention) secara terang-terangan?
Jika Dap tidak menghormati Islam, mengapa pula di Pulau Pinang yang diterajui oleh pemimpim Dap, YAB Lim Guan Eng, peruntukkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) lebih besar dari peruntukkan Sekolah Cina dan Sekolah Tamil . SAR di bawah negeri yang diterajui Dap memperuntukkan secara purata RM 97, 000-00 setiap sekolah sedangkan sekolah Cina dan Tamil hanya diperuntukkan secara purata RM 60, 000-00 dan RM 63, 000-00 masing -masing bagi setiap sekolah (lihat website Kerajaan Pulau Pinang) . Bukankah Umno pernah menarik bantuan per kapita SAR dan menuduh pula SAR tidak mengajar agama sebaliknya mendidik pengganas?
Satu yang ironi, Dap yang dikatakan mendatangkan ancaman kepada Islam mempunyai pemimpin seperti Lim Guan Eng yang mana Negeri yang beliau terajui mahukan ramai huffaz Al Quran dengan diberi bantuan kepada madrasah tahfiz dan memberikan penghargaan dan sijil-sijil pengiktirafan kepada para penghafal al-Quran ( lihat website Kerajaan Negeri Pulau Pinang). Yang lebih aneh lagi elaun Imam di masjid -masjid di Pulau Pinang jauh lebih tinggi darI elaun imam-imam di negeri-negeri yang Umno perintah. Mengapakah Dap yang dikatakan mengancam Islam suka elaun Imam tinggi manakala Umno yang "sayang" Islam lebih suka pula elaun Imam rendah?
Ya, Karpal Singh yang bukan Islam tidak setuju hukum hudud kerana dia berpendapat hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Pemimpin Umno yang Islam seperti Mahathir pula tidak setuju hudud kerana jika dilaksanakan akan huru hara dan ramai makan sup tangan !!! Siapa lebih teruk antara mereka berdua?
Jika Karpal yang dari Dap membawa hujah Perlembagaan bagi menentang hudud, mengapa Umno yang Islam dan pernah ada dua pertiga suara di Parlimen tidak mahu pinda Perlembagaan bagi memberi ruang Pas laksana hudud di Kelantan . Bukan sahaja tidak mahu pinda Perlembagaan , Dr .Mahathir (Ya , Mahathir bukan Karpal) bagi pula surat amaran pula kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat jika Kerajaan Kelantan laksana hudud , Kerajaan Pusat yang diterajui Umno akan ambil tindakan.
Siapa yang cabar undang-undang hudud di Mahkamah? Karpal Singh atau Zaid Ibrahim yang masih itu bersama Umno? Siapa yang hina hukum hudud dan hentam Umno apabila Adun Rengit dari Umno mahukan hudud dilaksanakan di Johor ... Lim Kit Siang atau Chua Soi Lek? Siapakah yang kata di negeri BN perintah hudud tidak akan dilaksanakan ... Najib Tun Razak atau Karpal Singh?
Siapa yang bela gadis Melayu yang dirosakkan oleh pemimpin Melayu jika bukan Lim Guan Eng? Lim Guan Eng yang bukan Melayu dan bukan Islam masuk penjara 18 bulan kerana bela gadis Melayu/Islam yang dirosakkan oleh pemimpin Melayu berjenama Umno? Di mana maruah orang Melayu? Umno, kerana dendam, aibkan pemimpin Melayu dengan tuduhan seks namun yang bela Anwar Ibrahim adalah peguam bukan Islam dari Dap. Apabila wanita Islam berpurdah, Halimatus Sadiah dibuang kerja oleh regim Umno, peguam Dap juga yang membela wanita tersebut di Mahkamah? Di mana peguam Umno yang kata sayang dan nak jaga Islam?
Kesimpulannya Umno hentam Dap bukan kerana Umno ingin menjaga Islam. Hakikatnya Umno tahu perpaduan PR adalah malapetaka bagi Umno. Oleh itu pecahkan PR adalah agenda jahat Umno. Mana mungkin Umno yang siang malam , pagi petang mempunyai masalah dengan Islam kini secara tiba-tiba ingin membela Islam . Pepatah Amerika kata " kamu boleh bohong sesetengah orang dalam sesuatu masa tapi kamu tidak boleh bohong semua orang dalam semua masa".
*Penulis adalah peguam PAS merangkap AJK PAS Pusat
Banjir: Kontraktor LRT diarah bina saliran baru
Selangorku, | 19 Feb 2013 |
SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengarahkan kontraktor yang terlibat bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran pusat membeli belah IOI Mall Puchong supaya membina saliran air baru yang dapat mengalirkan air ke sungai Klang.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, kontraktor berkenaan iaitu Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) juga diminta mempercepatkan memperbesarkan longkang yang lebih luas untuk menampung peningkatan kuantiti air hujan.
Katanya, punca banjir kilat yang berlaku petang semalam berkemungkinan disebabkan oleh hujan yang lebat dan kapasiti air yang melalui saluran air di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) terlalu tinggi yang menyebabkan limpahan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan saluran ‘kalbet’ longkang di bawah LDP itu tidak berfungsi dan semakan sedang dilakukan bersama syarikat konsesi LDP iaitu Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak).
“Kita sudah minta kontraktor LRT, MRCB supaya mempercepatkan laluan air dan akan ambil masa lebih kurang satu bulan setengah untuk disiapkan dan berharap banjir seperti semalam tidak berulang kembali,” katanya.
Satu mesyuarat teknikal berkenaan banjir kilat itu juga dilakukan MPSJ bersama Litrak dan MRCB petang tadi.
Menurut Asmawi lagi, punca sebenar banjir tersebut akan dimaklumkan selepas semua semakan dan perbincangan menyeluruh dilakukan.
“Daripada semakan menyeluruh, baru kita dapat kenal pasti punca dan ramai yang mengatakan projek pembinaan LRT itu merupakan punca dan kita tidak akan kata ya atau tidak selagi hasil laporan menyeluruh tidak diperolehi,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, banjir kilat yang berlaku kira-kira pukul 4 petang semalam menyebabkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah iaitu ke Sunway serta Subang Jaya dan Puchong Perdana.
Di mana Fadzilah Kamsah bertanding PRU13?
http://yongsukakuning.blogspot.com, | 19 Feb 2013 |
NAK TAU DI MANA FADZILAH KAMSAH AKAN BERTANDING PADA PRU13?
Hot nampaknya cerita Fadzilah Kamsah
ni. Dah beberapa hari tak habis lagi. Yong pulak, bila baca kisah
keluarga "pakar" motivasi ini, suka pun ada, kesian pun ada.
Baca di sini.
Bukti blogger Pakatan Rakyat dibayar tersebar!
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 19 Feb 2013 |
Kalau ikut apa yang tertera pada surat kat bawah ni aku dibayar RM3,000 sebulan.. Jadi tak sia-sialah aku menulis selama ini..
Aku dah menulis blog ni lebih kurang tiga tahun..
Jadi.. RM3,000 x 36 bulan = RM108,000 dah yang aku patut dapat..
RM108,000??.. banyak tu.. boleh buat downpayment Vellfire lah pulak... kah..kah..kah...
Tapi??.. kat mana aku nak claim?.. kah..kah..kah..
Dibayar Kepala Hotak Hang!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan