Khamis, 7 Februari 2013

SEDARLAH DAH SAMPAI TEMPUH....FAHAMLAH...FIKIR2KANLAH

Himpunan Perdana mengukir sejarah
Posted on Wednesday, February 06 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh Abdul Syukur Harun

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belangDua tiga sudah lariRamai lagi yang datang
Pantun klasik Melayu ini disampaikkan oleh bekas pelakon dan pengacara terkenal Bob Lokman dengan cara yang amat menarik di Majlis Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS di hotel De Palma, Ampang Ahad lalu anjuran PAS yang meraikan lebih 300 ahli baru dan lama PAS.

Hadirin kelihatan tersenyum, malah ada yang ketawa dengan kiasan tajam seniman itu yang kini menjadi ahli PAS. Semuanya mengertikan makna pantun itu bahawa ada yang ‘lari’ dari PAS, tetapi ramai pula yang datang. 
Majlis tersebut sangat meriah di mana Bob Lokman sebagai juruacara memberikan ulasan yang spontan dan santai. Majlis itu menjadi manifestasi bagaimana begitu ramai menyertai PAS dari pelbagai golongan masyarakat – ahli korporat, kalangan bekas pegawai tinggi polis dan tentera, kalangan professional, artis, penulis, ahli sukan dan pelbagai lagi. 
Turut hadir, bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong, bekas Ahli MT Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Tamrin Ghaffar. Penyanyi suara emas, Aishah tiba lewat kerana baru sampai dari Terengganu dan kena selsema pula, namum kelihatan sangat gembira. 
Mungkin ada yang membayangkan bagaimana PAS – sebagai parti politik dan gerakan Islam - yang telah ditubuhkan lebih setengah abad lalu dengan imej ‘Parti Pak Lebai’, kini mampu menarik pelbagai golongan masyarakat menyertainya. 
Pagi Ahad itu, ketika menghadiri Majlis Himpunan tersebut, saya terkenang semuanya itu dan lebih-lebih lagi terkenangkan perjuangan bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. Dialah orangnya dengan penuh bijaksana mencetuskan sikap keterbukaan dan toleransi PAS, tanpa mengorbankan dasar Islamnya dan dasar ini diteruskan hingga kini. 
Perjuangannya ini diteruskan hingga kini di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Datuk Seri Abd Hadi Awang. 
Himpunan tersebut memperlihatkan sokongan orang Melayu pelbagai pelbagai golongan kepada PAS. Presiden PAS begitu bersemangat sehingga berucap panjang, sementara Pengerusi Jawatankuasa penganjur Salahudin Ayub merasa sangat gembira atas kejayaan Himpunan ini.
Presiden memberi jaminan tegas tidak akan bekerjasama dengan Umno. 
Di majlis itu, 10 orang tokoh yang mewakili pelbagai golongan masyarkat memberikan ucapan di majlis yang bersejarah tersebut. Memulakan ucapan adalah Datuk Fauzi Shaari bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, kemudian disusuli oleh Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir, bekas orang nombor dua Angkatan Tentera Malaysia, kemudan bapa saudara kepada Tuanku Sultan Mizan, Tengku Seri Paduka Raja berucap membidas sikap kerajaan pusat yang merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu melalui kerajaan yang mereka pilih. 
Selepas ketiga-tiga tokoh itu, satu per satu pula tokoh dari pelbagai golongan naik ke pentas berucap. Antaranya bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Nahrawi, pelakon Hairie Othman, Datuk Yahya Lampong bekas timbalan menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan bekas lagenda bola sepak nasional, Abdullah Ali, Anis Afida, gadis dari Johor yang memperjuangkan isu Pengerang di negeri itu. 
Disusuli wakil anak muda dari golongan mahasiswa, golongan kurang upaya yang menyerahkan memorandum mereka kepada Presiden PAS dan pelbagai wakil lagi. 
Inilah suara dari pelbagai lapisan masyarakat yang mendukung keazaman Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan dalam PRU akan datang. Mereka adalah sebahagian dari riak-riak besar membawa khabar bahawa gelombang tshunami politik akan tiba, bermula dari Selatan (Johor) membawa ke Utara dan Timur dalam PRU akan datang. 
Seingat saya, ini pertama kali dalam sejarah tanah air suasana sepertri ini berlaku dan benar-benar menghantar isyarat suatu perubahan besar akan berlaku. Sementara mereka yang hadir di himpunan itu mewakili rakyat yang berani berjuang. 
Mereka bukanlah watak Saija yang sangat penakut seperti yang digambarkan dalam puisi W. S. Rendra,  ‘Kesaksian Bapak Saija’. Puisinya itu menampilkan  watak Pak Saija yang bangkit dari alam barzakh untuk membuat kesaksian  betapa menyesalnya dia menjadi manusia penakut selama hidupnya. 
Ia takut  membuka mulut untuk memprotes ketidakadilan,  ia takut melawan kerana melawan bererti mati.  Tetapi ternyata akhirnya Pak Saija mati juga sebagai korban kezaliman. 
Ia  mati walaupun tidak melawan.  Ia menyesal,  tetapi  sayang,  ia telah terlambat, kerana penyesalan itu timbul hanya sesudah mati dibunuh dan mayatnya ditendang ke dalam longkang.  Sesudah mati, di alam barzah,  baru ia menyedari bahawa sepanjang hayatnya sebagai penakut ia telah bersyubahat dengan orang-orang zalim.  Justeru,  kerana ketakutannya melawanlah, maka orang lain berleluasa melakukan kezaliman.  Penyesalannya terlambat kerana ia seorang penakut. 
Perjuangan memerlukan keberanian dan daya tahan seseorang. Oleh itu, mereka yang hadir di himpunan Ahad lalu itu adalah mereka yang mempunyai  keberanian, sementara di luar sana ada berjuta-juta lagi rakyat yang berani berjuang. 
Namun demikian, gelombang cabaran begitu besar, terutama menjelang PRU akan datang. Antaranya, kemungkinan pelbagai penipuan dalam PRU nanti, habuan kepada pengundi pelbagai bentuk, samseng politik yang berkeliaran, pelbagai fitnah, isu ras dan agama yang  dimainkan, perihal pengundi wanita yang kebanyakannya cenderung kepada Umno/BN, serta manipulasi media yang dikuasai Umno/BN dan pelbagai lagi. Semuanya ini adalah cabaran yang perlu dihadapi dengan tabah oleh Pakatan Rakyat.

 9 Kerusi Parlimen Johor Bakal Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat
Posted on Thursday, February 07 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh Shahbudin Husin

Dalam pilihanraya umum akan datang ini, Johor adalah antara negeri yang menjadi tumpuan antara BN dan PR. Sementara BN mengharapkan Johor akan terus kekal sebagai kubu kuatnya, PR pula mensasarkanu untuk merampas beberapa kerusi di negeri itu.

Dalam pilihanraya 2008 lalu, Johor adalah antara negeri yang menyumbang banyak kerusi kepada BN, selain Sabah dan Sarawak. Dengan hanya kekurangan 30 kerusi berbanding BN dalam pilihanraya lalu, PR kini sedang melipatgandakan usaha merobek sebanyak mungkin kerusi di ketiga-tiga negeri itu bagi membolehkannya menawan Putrajaya.

Sabah dan Sarawak memang diketahui gelora politiknya. Masalah dalaman di kedua-dua negeri itu hampir pasti memberi harapan cerah kepada berlakunya angin perubahan.

Cuma yang agak kurang kedengaran geloranya ialah Johor. Selama ini ia terkenal dengan kubu kuat UMNO dan BN sehingga menjadi ungkapan popular bahawa songkok pun jika bertanding atas tiket BN pasti akan memperolehi kemenangan.

Tetapi selepas tsunami politik 2008, Johor pun terkena tempiasnya. Walaupun dalam pilihanraya 2008, Johor masih menyumbang banyak kerusi kepada BN, senario menjelang pilihanraya ke 13 ini seperti menampakkan suasana yang berbeza.

Selain faktor perubahan yang mula meresap dalam sanubari setiap rakyat sekarang ini, faktor pengundi Cina yang selama ini menjadi penentu kepada kekuatan BN di Johor juga tidak lagi memihak kepada BN. Sementara pengundi Melayu Johor turut kelihatan mahu berubah dengan ketara melalui beberapa program Pakatan Rakyat yang mendapat sambutan hangat, kedudukan pengundi Cina pula tetap menampakkan angin perubahan yang konsisten sebagaimana yang berlaku di negeri-negeri lain juga.

Seorang pemimpin UMNO Johor memberitahu, sambutan dengan kehadiran ribuan rakyat dalam beberapa demo seperti protes mengenai tanah dan Himpunan Hijau yang menyaksikan kehadiran ribuan orang adalah isyarat jelas bahawa benteng kekuatan UMNO Johor bakal runtuh kali ini.

Di Johor katanya, jika pembangkang dapat mengumpul dua atau tiga ribu orang pun sudah dikira kuat dan mampu menyesakkan nafas UMNO.

Faktor lain yang turut mampu menyumbang kepada kemenangan beberapa kerusi Parlimen di Johor kepada PR ialah kehadiran beberapa tokoh utama mereka yang bakal bertanding di negeri itu. Selain Salahuddin Ayub daripada PAs dan Chua Jui Meng daripada PKR yang bakal mengetuai kekuatan PR untuk menggempur Johor, tokoh veteran DAP Lim Kit Sianf juga dikhabarkan bakal bertanding di salah satu kerusi Parlimen di negeri itu.

Kehadiran tokoh-tokoh besar ini dan mungkin disertai beberapa tokoh lain yang dikenali ramai yang akan mewakili PR, tidak dapat dinafikan bahawa UMNO dan BN tidak boleh lagi berada dalam zon selesa dalam pilihanraya akan datang ini.

Seorang lagi pemimpin UMNO Johor membayangkan bahawa sekurang-kurangnya 9 kerusi Parlimen yang selama ini dikuasai oleh BN akan jatuh ke tangan PR dalam pilihanraya pilihanraya nanti berikutan arus perubahan yang melanda sekarang ini.

Sambil menyebutkan nama kerusi-kerusi yang bakal tumbang dan berada dalam keadaan kritikal itu, beliau juga menghuraikan bahawa faktor perubahan di kawasan-kawasan terbabit bukan melanda di kalangan pengundi bukan Melayi tetapi juga di kalangan pengundi Melayu sendiri.

Sementara faktor perubahan di kalangan pengundi Cina dan bukan Melayu sudah difahami asasnya, faktor perubahan di kalangan pengundi Melayu pula disebabkan beberapa faktor domestik, yang antaranya ialah kecewa dengan pimpinan UMNO negeri mentadbir negeri itu.

Apa yang berlaku di Pasir Gudang di mana beberapa Ketua UMNO Cawangan menutup bilik gerakan pilihanraya kerana kecewa dengan Menteri Besar, Ghani Othman yang gagal menunaikan janji berhubung pemilikan tanah adalah masalah yang bakal membawa beban kali ini. Asasnya kerana masalah pemilikan tanah itu bukan saja berlaku di Pasir Gudang, malah di banyak bahagian lain di negeri itu.

Ada pemimpin UMNO Johor yang melihat masalah itu bakal menjadi isu yang melarat-larat jika gagal ditangani dengan sebaiknya.

Sehingga ini, Ghani Othman dilihat masih membisu dan tidak mahu menjawab berkenaan perkara itu. Ia sudah tentu sesuatu yang mengecewakan bagi kebanyakan rakyat Johor.

Ini kerana, selain masalah tanah itu, Ghani juga turut dibebankan dengan pelbagai masalah lain sebagai Menteri Besar terutama berkaitan hubungannya yang terlalu memberi keistimewaan kepada seorang tauke Cina yang bernama Lim Kang Ho. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Lim Kang Ho dikatakan menguasai majoriti kontrak dan perniagaan yang melibatkan kerajaan negeri itu.

Hubungan Ghani dengan Lim Kang Ho ini bukan saja mejadi percakapan di kalangan rakyat biasa, malah juga di kalangan ahli dan penyokong UMNO sendiri. Mereka kelihatan kecewa kerana Ghani terlalu memberi keistimewaan kepada seorang tauke dan seakan melupakan kepentingan rakyatnya sendiri.

Dengan pelbagai faktor yang berlaku di Johor kebelakangan ini dan pemimpin UMNO negeri itu sendiri membayangkan bahawa sekurang-kurangnya 9 kerusi Parlimen BN bakal tumbang dalam pilihanraya akan datang dan tidak banyak usaha yang dilakukan oleh BN untuk memperbaiki keadaan, kedudukan UMNO dan BN Johor sebagai kubu terkuatnya bakal berakhir tidak lama lagi.

Jika Johor gagal dipertahankan sebagai benteng kekuatan UMNO dan BN, usaha melakar perubahan ke seluruh negara bukanlah sesuatu yang mustahil lagi. (SH 06/02/2013)

http://shahbudindotcom.blogspot.com/ 


 SU Agung: Pas akan kekal bersama Pakatan
Posted on Wednesday, February 06 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Berita Oleh: imamsurau

"SHAH ALAM – Pas menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa bahawa komponan Pakatan Rakyat (PR) telah melanggar muafakat politik dalam perikatan itu, sebaliknya menegaskan hanya wujud sedikit perbezaan pendapat yang tidak memudaratkan kerjasama dibentuk sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam mana-mana kerjasama politik baik PR mahupun Barisan Nasional (BN) sendiri.

Namun katanya, dalam banyak perkara, ikatan PKR, DAP dan Pas sentiasa mencapai kata sepakat dan mempunyai banyak persamaan.

"Kita akan terus dengan PR, tidak timbul isu Pas mahu bersendirian, Pas akan terus bersama PR bagi hadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

"... cuma ada perbezaan pendapat tetapi lebih banyak persamaan pendapat seperti menegakkan keadilan dan menetang kezaliman,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menggesa Pas supaya keluar dari PR dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Nasharudin juga mendakwa PR telah melanggar syarat tahaluf siyasi hingga mengusik kesucian Islam susulan tuntutan DAP supaya kalimah ALLAH dibenarkan digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.

Dakwa Nasharudin lagi, pengaruh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melemahkan Pas susulan campur tangannya dalam hal ehwal dalaman dan pentadbiran parti itu.

Ahli Parlimen Bachok itu menyesyorkan supaya Pas menjauhkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.

Dalam pada itu, Mustafa turut menolak gesaan Nasharudin supaya Pas mengkaji semula tahaluf siyasi bersama PR kerana tindakan DAP yang lantang menyuarakan penggunan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu.

“Ketiga-tiga parti itu telah sebulat suara dan bersetuju mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan dan memastikan hak keistimewaan orang Melayu terpelihara seperti yang termaklub dalam Perlembagaan.

"...kenyataan Nasharudin itu dilihat sebagai pandangan peribadinya saja,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar melihat desakan Nasharudin itu sekadar meraih simpati dan cuba menarik perhatian orang ramai setelah keahliannya dalam Majlis Syura dilucutkan baru-baru ini.

"Biarlah dia melalak sorang-sorang," katanya secara ringkas ketika dihubungi.

sumber


 Kajian dapati individu 100 tahun didaftar pengundi baru
Posted on Wednesday, February 06 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: imamsurau

"


Bagi kira-kira 160 rakyat Malaysia, mereka belum terlalu tua untuk mencuba sesuatu yang baru, termasuk mendaftar sebagai pengundi selepas menyambut ulang tahun mereka ke-90.

Satu kajian yang dilakukan oleh Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) mendapati lebih 160 orang yang berumur 90 dan ke atas, termasuk beberapa orang yang berusia 100 tahun, telah mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum lepas.

Dalam siri laporan yang diterbitkan di blognya, Merap berkata terdapat 143 warga emas berusia 90 dan ke atas dan termasuk beberapa orang berusia 100 tahun,  ditambah ke dalam daftar pemilih antara pilihan raya umum 2008 dan suku ketiga 2011.

Menurutnya, Merap mendapati walaupun terdapat usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengeluarkan pemilih yang meninggal dunia, tetapi seolah-olah terdapat satu usaha oleh pihak-pihak tertentu untuk terus mendaftar mereka yang tidak mungkin masih hidup.

Senarai itu termasuk seorang pengundi wanita berusia 103 tahun yang telah didaftarkan oleh sebuah agensi kerajaan pada tahun 2011.

Bagaimanapun satu semakan bulan lepas mendedahkan nama pengundi ini, Piah Nyat, telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

"Walaupun mungkin pengundi ini telah meninggal dunia sejak pendaftarannya, ia lebih berkemungkinan pengundi ini sudah meninggal dunia pada masa pendaftaran dibuat," kata Merap.

kuala terengganu by election voting day 170109 wahid greeting voterMenurut kajian itu, pengundi baru kedua tertua, berumur 99
ketika mendaftar pada tahun 2010 dan berusia 102 tahun ini, masih menjadi seorang pengundi di Parlimen Bukit Mertajam.

Dua lagi pengundi, yang berusia 98 apabila mereka masing-masing mendaftar pada tahun 2010 dan 2011 dan kini berusia 101 dan 100 tahun, masih menjadi pengundi di kawasan masing-masing, di Kulim Bandar Baharu dan Kuala Terengganu.

Pada suku ketiga dan keempat 2012, terdapat 19 lagi pengundi seumpama itu ditambah kepada daftar pemilih termasuk dua orang yang masing-masing berusia 103 dan 104 tahun, yang didaftarkan pada suku keempat.

azlanSelain pendaftaran baru, kajian itu juga menunjukkan 13
pengundi yang berusia melebihi 90 menukar alamat mengundi mereka dalam dua suku berkenaan.

Menurutnya, walaupun SPR telah mengambil beberapa inisiatif untuk  memadam nama pengundi yang tua atas sebab-sebab  kematian, apa yang tidak dapat disangkal ialah ada pihak-pihak  yang berkepentingan tertentu secara konsisten membekalkan pendaftaran pengundi baru yang sudah tua, kepada SPR.

"Ejen mengundi harus berwaspada dan mengesan pengundi berusia 90 dan 100 tahun yang mengundi untuk kali pertama dalam hidup mereka yang seusia itu," demikian kesimpulan Merap.

Merap diketuai Ong Kian Ming, seorang pensyarah dan penganalisis politik di Universiti UCSI yang menyertai DAP tahun lepas. Organisasi itu berusaha mengenal pasti masalah dalam daftar pemilih dan mencari jalan untuk membetulkannya.
sumber


 Ustaz Azhar Idrus - Mempertikai tapi cikai!
Posted on Wednesday, February 06 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh: Dukunpasir

"Dengan menggunakan petikan kata kata Ustaz Azhar Idrus ini mereka mempertikai dan mengeluarkan pandangan mereka sendiri.......




Penulis paparkan semua isi komen komen mereka dari awal hingga akhir supaya menjadi iktibar dan penulis terpaksa memadam identiti mereka yang terlibat ,cukup sekadar kita menilai dan muhasabah diri kita sendiri saja


 BERITA PENUH KLIK SINI 

Tiada ulasan: