Lori, kereta tersadai akibat banjir kilat di Puchong
Penyelia
Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Haswan Wasir berkata satu
banjir kilat berlaku di kawasan kompleks membeli belah IOI dan juga
turut menenggelamkan sebahagian Lebuh Raya Damansara-Puchong.Katanya, air naik sehingga 1.5 meter di kawasan persimpangan Bandar Puteri kira-kira jam 5.30 petang tadi yang menyebabkan sebuah bas, dua buah lori dan dua buah kereta mengalami kerosakan.
"Bagaimanapun saya tidak pasti ke dalaman air yang naik di IOI mall kerana tidak mendapat maklumat. Saya juga tidak dapat memastikan jumlah kerosakan di IOI Mall," katanya yang menambah, banjir berkenan surut kira-kira sejam kemudian.
Sementara itu, NGO pro-Umno Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menyalahkan pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang didakwanya tidak menyelenggara saliran longkang, parit dan sungai dengan baik sehingga menyebabkan banjir tersebut.
"Banjir yang melanda IOI puchong pada petang ini adalah sudah dijangkakan. Banjir yang sama pernah menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu. Banjir yang sama juga pernah melanda Kajang tahun lalu," kata presidennya Hamidzun Khairuddin.
Beliau mendakwa bantuan kerajaan pusat lebih RM350 juta setahun dari peruntukkan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) kepada kerajaan Selangor tetapi "kelekaan Menteri Besar bermain politik setiap hari menjadinya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan".
Hamidzun mendakwa peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk baiki jalan, selenggara parit, longkang dan sungai dibazirkan kepada projek Merakyatkan Ekonomi Selangor yang didakwanya menguntungkan kroni politik PKR, DAP dan PAS.
"Air hak rakyat seperti yang dilaungkan setiap hari oleh MB, adalah air banjir juga milik rakyat ? Mohon MB memberikan jawapan yang pasti," katanya.
PKR bidas tulisan provokatif Ridhuan Tee
PKR
membidas tulisan seorang pensyarah Dr Ridhuan Tee Abdullah dalam sebuah
akhbar hari ini yang disifatkan sarat dengan nada ketaksuban agama dan
perkauman.Pengerusi biro hak asasi manusia dan undang-undang PKR S Jayathas berkata rencana itu bercanggah dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebebasan beragama.
"Kenyataan ini memaparkan baur-baur perkauman yang tebal dan boleh mencetuskan kekacauan dan huru hara antara pengikut agama," katanya yang merujuk kepada tulisan Ridhuan bertajuk 'Kesabaran Umat Islam Ada Had' di akhbar Sinar Harian hari ini.
Tulisan di ruangan "Buka Minda" itu antara lainnya mempersoalkan perayaan Thaipusam dan pembinaan rumah ibadat bukan Islam selepas pilihan raya umum ke-12.
"Pernahkah kita bersungut ketika perayaan Thaipusam? Seminggu sebelum perayaan, seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak.
"Kenderaan diparkir sesuka hati. Lautan manusia satu warna berhimpun, seolah-olah tidak ada warna lain lagi di negara ini," tulis Ridhuan dalam kolumnya.
Dalam tulisannya juga, Ridhuan menyifatkan rumah ibadat bukan Islam semakin "semakin tinggi dan berwarna-warni" hasil daripada peruntukan kerajaan Persekutuan dan negeri selepas pilihan raya yang lepas.
"Hari ini pergilah ke mana sahaja. Jika dahulu, rumah ibadat dan patung-patung tidak banyak kelihatan meriah. Kalau adanya pun agak suram dan tidak nampak tombolnya.
"Tetapi selepas PRU 12, keadaan jauh berubah. Mereka mendapat peruntukan sana sini, pusat dan negeri. Rumah ibadat kecil menjadi besar, tombol rendah menjadi tinggi dan berwarna-warni," tulisnya lagi.
Ridhuan turut mengkritik parti politik India komponen BN "yang jahil memahami budaya masyarakat Islam" kerana mahu filem kontroversi Vishwaroopam yang ditangguhkan tayangannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) diteruskan.
Seterusnya, beliau berhujah bahawa isu agama adalah isu sensitif dan mendakwa umat Islam kini semakin diambil kesempatan dan dipermainkan oleh orang lain.
Felda tayang filem Tanda Putera pada peneroka
Felda
hari ini menganjurkan tayangan filem kontroversi Tanda Putera kepada
kira-kira 3,000 orang peneroka tanah rancangan itu selepas satu majlis
khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Program tayangan khas itu diumumkan oleh timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dalam ucapannya terdahulu, di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Beliau juga mengumumkan bahawa acara yang tidak disenaraikan dalam buku program itu diadakan untuk warga Felda atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
Tayangan tersebut diadakan bermula jam 1 tengah hari selepas sesi ucapan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga ucapan Mahathir di program 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' itu.
Seorang pemimpin NGO anti-Pakatan, Zahid Mat Arip yang bertindak sebagai pengerusi majlis tayangan berkenaan pula mengumumkan bahawa tayangan itu merupakan program tertutup.
Beliau juga meminta para wartawan meninggalkan Dewan Merdeka PWTC sebelum tayangan bermula.
Filem itu mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Filem berkenaan sehingga kini masih belum ditayangkan kepada umum walaupun telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem.
Ia pada asalnya dijadual untuk tayangan bermula 13 September sebelum ditunda kepada 15 November atas alasan kekurangan promosi.
Majlis tayangan berkenaan tamat sekitar jam 3 petang dengan satu bacaan doa.
Dr M: Peneroka jangan 'gigit tangan' kerajaan
Mantan
perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati peneroka Felda agar
mengingati jasa kerajaan menganjurkan skim tanah rancangan terbesar
dunia itu dan "tidak menggigit tangan yang membantu mereka".
Beliau menggesa peneroka agar meneladani peneroka terawal Felda yang terdiri daripada pemimpin Umno setempat yang setia kepada "orang yang memberi nikmat kepada mereka".
"Nikmat itu bukan sahaja dapat tambah pendapatan secara berterusan tetapi juga dapat klinik untuk perubatan dan anak-anak mereka dapat bersekolah," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis 'Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad' di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut menempelak golongan yang menurutnya tiada jasa kepada peneroka tetapi menghasut mereka untuk menerima bantuan kerajaan tanpa berterima kasih kepada kerajaan.
"Mereka tiada bukti kejayaan tetapi mereka menyeru kita jangan berterima kasih, (pesan) ambil RM500 dan gigit tangan dia.
"Kalau kita bagi kehidupan yg baik kepada anak kita, tiba-tiba depa (mereka) tumbuk muka kita, baikkah macam itu?
"Kita manusia tak buat macam itu, haiwan lainlah," katanya lagi yang turut menyeru warga Felda agar membalas budi pihak yang memberi nikmat kepada mereka dengan mengundi kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Mahathir berkata golongan peneroka perlu berterima kasih dan membalas budi kerajaan yang menurutnya berjaya mengangkat martabat peneroka – malah sehingga membolehkan golongan berkenaan mengupah pekerja untuk mengusahakan ladang masing-masing.
"Ini yang harus kita lakukan apabila kita tahu bersyukur dan tahu berterima kasih. Kalau dia bertanding (pilihan raya umum), kita bagi undi.
"Kenapa kita nak tolong dia, sebab dia tolong kitalah. Kalau dia tak tolong kita, kita jadi penganggurlah dulu," katanya lagi dalam majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.
Dalam ucapannya kepada lebih kurang 3,000 orang warga peneroka itu, beliau mengingatkan hadirin bahawa skim Felda adalah satu bentuk pertolongan dari satu umat Islam kepada umat Islam yang lain.
"Sebab itu apabila kita buat skim Felda ini, ia adalah satu bentuk tolong menolong di antara satu umat Islam dengan umat Islam yang lain," katanya.
Turut hadir dalam majlis pagi tadi adalah timbalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda Datuk Ahmad Maslan dan pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

Kes Yazid Sufaat disebut di Mahkamah Tinggi Rabu
Kes
bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat yang
didakwa terhadap pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang
awam di Syria akan disebut di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu ini.
Peguam Fadiah Nadwa Fikri yang mewakili Yazid memberitahu media di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur bahawa mahkamah turut menetapkan hari sama untuk menyebut kes seorang lagi tertuduh Halimah Hussein.
Kedua-dua kes itu akan disebut di hadapan Hakim Kamardin Hashim.
Pada 8 Februari lepas, Yazid, 49, dan rakannya Halimah, 52, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dan tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.
Yazid, pengusaha kafeteria di Kompleks Mahkamah di ibu negara didakwa menggalakkan perlakuan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi dan perbuatan itu boleh dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat DL11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang antara 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Oktober 2012.
Dia menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Halimah, seorang suri rumah didakwa bersubahat dengan Yazid bagi melakukan kesalahan sama pada tempat, tarikh dan waktu yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mereka merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Kanun Keseksaan atas kesalahan membabitkan diri dalam aktiviti keganasan selepas ISA dimansuhkan pada 31 Julai 2012 selepas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)bagi menggantikan ISA dikuatkuasakan.
Yazid pernah ditahan di bawah ISA selama tujuh tahun sejak Disember 2001 kerana disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian kumpulan militan Jemaah Islamiyah.
-Bernama
Syis berkata pihaknya juga akan membuat satu lagi laporan polis dan menyerahkan rakaman gambar dan video berkenaan untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.
"Kita juga berharap kepada pihak berkuasa untuk bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan telus dan adil.
"Kami juga akan membuat sebaran berhubung apa yang berlaku kepada masyarakat. Kami akan menggunakan pentas ceramah (untuk menceritakan perkara ini)," katanya dalam sidang media di Universiti Malaya (UM) pagi ini.
Beliau yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam di kampus itu berkata, usaha untuk mengumpul bukti tersebut dijangka siap dalam minggu ini.
Minggu lalu, kumpulan mahasiswa tersebut mendakwa mereka diserang dan diugut dengan parang oleh individu yang tidak dikenali sewaktu mengedarkan risalah 'Surat Mahasiswa untuk warga Pekan' di kawasan tersebut yang diwakili oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam siri serangan tersebut, dua orang mahasiswi dari universiti tempatan juga mendakwa kain tudung mereka juga ditarik oleh sekumpulan individu, didakwa ahli Umno, ketika mengedarkan risalah di Bandar Pekan pada hari Jumaat lalu.
Mereka mendakwa, risalah yang dibawa turut dibakar oleh kumpulan tersebut.
Kumpulan itu pada awalnya bercadang untuk menyerahkan satu surat kepada Najib yang didakwa akan hadir ke satu majlis di kampus tersebut hari ini.
Surat berkenaan adalah berhubung hasrat mereka untuk meletakkan seorang calon mahasiswa sebagai lawan perdana menteri di kawasan parlimen Pekan, katanya.
Najib bagaimanapun tidak hadir ke majlis berkenaan hari ini.
Syis berkata, kumpulan mahasiswa berkenaan bagaimanapun akan tetap menghantar surat tersebut selewat-lewatnya awal minggu depan di pejabat Najib di Putrajaya.
"Kita serah surat kita di pejabatnya di Putrajaya. Kita pergi ke tempat dia, kita serah dengan cara mahasiswa," katanya.

Siswa kumpul bukti serangan di Pekan
Pengerusi
Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) Syis Abdul Kadir berkata kumpulan siswa
tersebut kini sedang mengumpul rakaman untuk mengenalpasti individu yang
didakwa menyerang mereka dalam insiden yang berlaku di parlimen Pekan
minggu lalu.Syis berkata pihaknya juga akan membuat satu lagi laporan polis dan menyerahkan rakaman gambar dan video berkenaan untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.
"Kita juga berharap kepada pihak berkuasa untuk bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan telus dan adil.
"Kami juga akan membuat sebaran berhubung apa yang berlaku kepada masyarakat. Kami akan menggunakan pentas ceramah (untuk menceritakan perkara ini)," katanya dalam sidang media di Universiti Malaya (UM) pagi ini.
Beliau yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam di kampus itu berkata, usaha untuk mengumpul bukti tersebut dijangka siap dalam minggu ini.
Minggu lalu, kumpulan mahasiswa tersebut mendakwa mereka diserang dan diugut dengan parang oleh individu yang tidak dikenali sewaktu mengedarkan risalah 'Surat Mahasiswa untuk warga Pekan' di kawasan tersebut yang diwakili oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam siri serangan tersebut, dua orang mahasiswi dari universiti tempatan juga mendakwa kain tudung mereka juga ditarik oleh sekumpulan individu, didakwa ahli Umno, ketika mengedarkan risalah di Bandar Pekan pada hari Jumaat lalu.
Mereka mendakwa, risalah yang dibawa turut dibakar oleh kumpulan tersebut.
Kumpulan itu pada awalnya bercadang untuk menyerahkan satu surat kepada Najib yang didakwa akan hadir ke satu majlis di kampus tersebut hari ini.
Surat berkenaan adalah berhubung hasrat mereka untuk meletakkan seorang calon mahasiswa sebagai lawan perdana menteri di kawasan parlimen Pekan, katanya.
Najib bagaimanapun tidak hadir ke majlis berkenaan hari ini.
Syis berkata, kumpulan mahasiswa berkenaan bagaimanapun akan tetap menghantar surat tersebut selewat-lewatnya awal minggu depan di pejabat Najib di Putrajaya.
"Kita serah surat kita di pejabatnya di Putrajaya. Kita pergi ke tempat dia, kita serah dengan cara mahasiswa," katanya.
KJ: Wujudkan pelepasan automatik dari status bankrap
Pemuda
Umno hari ini mencadangkan agar individu yang diisytihar muflis,
bankrap dan disenaraihitam oleh insititusi kewangan diberi peluang kedua
keluar dari kemelut kebankrapan melalui pelepasan automatik selepas
tempoh tertentu.
Ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata amalan tersebut dilaksanakan di beberapa negara luar bagi membantu golongan itu agar tidak terus dibebani kepayahan membuat pinjaman dan disekat untuk ke luar negara umpamanya.
"Pelepasan automatik perlu diberikan selepas tempoh tertentu. Di luar negara, ada yang menetapkan diberi pelepasan ini selepas satu hingga tiga tahun (diisytihar bankrap).
"Cadangan ini diharap dapat dimasukkan dalam pindaan Akta Bankrap 1967 yang saya difahamkan sedang dalam peringkat akhir untuk digubal sebelum dihantar ke Peguam Negara.
"Akta yang ada ketika ini terlalu ketat kepada mereka yang teraniaya ibarat pesalah yang menerima hukum mati ekonomi," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Muflis@Bankrap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Pada Perhimpunan Agung Umno tahun lepas, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi komitmen bahawa undang-undang kebangkrapan sedia ada akan dikaji dan dirombak bagi melepaskan individu dari kemelut kebankrapan.
Khairy berkata cadangan itu bagaimanapun perlu diteliti dan dikaji supaya golongan muflis dan bankrap itu tidak menyalahgunakannya sehingga wujud unsur penipuan.
Pemuda Umno juga mencadangkan agar satu insurans perlindungan khas diwujudkan kepada penjamin dalam pindaan akta tersebut agar tidak lagi teraniaya menanggung beban orang yang berhutang, katanya.
Katanya ketika ini institusi kewangan akan membekukan atau menyita aset dan harta penjamin demi melunaskan hutang pemiutang dan perkara itu menjejaskan ekonomi dan kehidupan penjamin.
"Mereka juga terpaksa menanggung pelbagai kos termasuk kos guaman," katanya.
"Daripada 2005 hingga Mac tahun lepas, terdapat 243,823 orang muflis dan jumlah itu menunjukkan peningkatan 45 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
"Sehubungan itu Jabatan Insolvensi dan agensi berkaitan perlu lebih agresif dalam membuat publisiti dan mendidik orang ramai supaya menguruskan kewangan dengan baik," katanya.
Dalam pada itu, resolusi mengandungi cadangan dan langkah pencegahan muflis daripada peserta forum yang pernah muflis akan dihantar kepada Kementerian Kewangan dan juga kepada Perdana Menteri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan