Mai kita tengok perbezaan antara dua himpunan ini...
Posted on Monday, February 18 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Aiman Rasist
Perbezaan
yang paling besar ialah nawaitu... satu kumpulan datang dengan niat
untuk mempertahankan kerajaan Kedah Sejahtera demi mendaulatkan Islam di
bumi Kedah ini. Manakala satu kumpulan lagi berniat untuk dapat upah,
sedangkan sebahagian besar mereka datang tanpa tahu apa-apa tujuan.
Orang atas buat kerahan tenaga... orang bawah ikut secara membuta tuli.
Perbezaan
lain ialah yang satu hadir dengan ikhlas dan hati yang sukarela, minyak
motor kereta sendiri isi. Yang satu lagi sudahlah berangkut dapat upah
lagi maka ikhlas tak tau dok tang mana, lagi pun nak ikhlas apa kalau
tak tau apa-apa tujuan berhimpun.
Lagi
perbezaan ialah jumlah kehadiran... yang satu, asal kereta boleh isi..
full punya isi. Manakala yang satu lagi bas saja besaq tapi setiap bas
ada 5 orang, ada sepuluh orang.. takdak yang isi penuh. Kehadiran HKR
kira-kira 20 ribu manakala kehadiran Perkasa Umno kira-kira 2000 orang
saja.
Perbezaan lain... pakat2 cari sendiri nooo, pasti jumpa punya.
Sumber: kedahla.blogspot.com
Inilah Wasatiyyah
Posted on Monday, February 18 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: kalashnikov
"Oleh: Abdul Mu'izz Muhammad
Apa
yang berlaku kini, ramai yang gemar memetik istilah-istilah yang telah
diperkenalkan oleh al-Quran. Contohnya konsep wasatiyyah. Tetapi mereka
amat degil untuk merujuk nas wahyu tentang apa sebenarnya kehendak
konsep-konsep ideal yang dicanangkan. Akhirnya mereka menafsirkan
konsep-konsep yang diperkenalkan oleh al-Quran tanpa merujuk al-Quran.
Oleh
kerana itu jika dilihat, ramai yang beranggapan Islam adalah agama
sederhana diterjemahkan dengan tidak terlalu baik dan tidak terlalu
jahat. Dipilih-pilih ajaran Islam. Mana yang dilihat sesuai dengan
kehendak nafsu baru timbul selera untuk diikuti.
Al-Imam Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menyatakan pemahaman cacat umat Islam terhadap agama mereka dengan, “Ramai
umat Islam yang beranggapan bahawa Islam sebagai agama yang sejahtera
tetapi tiada jihad. Islam sebagai agama yang ada aqidah tetapi tiada
undang-undang. Islam sebagai sebuah agama tetapi dinafikaan hak untuk
bernegara. Islam sebagai agama yang benar tetapi tiada ruang untuk
mempertahankan kebenaran. Islam yang ada al-Quran tetapi tiada pedang.”
Jika
dilihat realiti yang berlaku, inilah pemahaman umat Islam terhadap
agama mereka. Inilah sederhana bagi mereka. Maka dicanang istilah
wasatiyyah, sedangkan yang ditegakkan adalah taghut. Yang disebut-sebut
Islam sederhana, sedangkan merekalah petualang yang melampau menolak
Islam.
Hari ini mereka menyambut Maulid al-Rasul, minggu depan
mereka sambut Psy dengan Gangnam Style. Ghairah dilagukan al-Quran, pada
masa yang sama turut ghairah menafikan hak al-Quran untuk dilaksanakan.
Di stesen televisyen beberapa ketika ada kuliah agama, yang berbaki
kempen hedonisme. Dibanggakan Islam agama rasmi, namun dicari sumber
lain sebagai solusi.
1001 contoh lagi yang boleh difikirkan oleh
pembaca untuk membuktikan betapa cacatnya pemahaman umat Islam terhadap
konsep sederhana. Lihat realiti sekeliling, itulah kesan perang
pemikiran yang menjajah minda dan pemikiran umat Islam, sehingga mereka
tidak mengerti apa yang dianjurkaan oleh agama mereka sendiri.
seterusnya : blog.tarbawi.my"
Ubahlah Walau Untuk 1 Penggal
Posted on Monday, February 18 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: Amir_ziyad
"Change Yes Change.
There are always 2 consequences from CHANGE Better or Worse/Worst.
Ok?
Kebimbangan
atau ketakutan untuk berubah (Change) atau diistilahkan dalam Bahasa
Inggeris sebagai ‘Fear of Change’, sering menghantui kita.Kita tidak
mahu melakukan sesuatu yang berlainan dan juga berbeza dari apa yang
kita ada, miliki, rasai, nikmati dan juga cuba menghindari suasana atau
pun keadaan yang kita belum tahu bagaimanakah rupa bentuknya.
Justeru
itu, kita sering bimbang, takut, ragu-ragu, khuatir,risau,cuak,bersifat
mengesyaki dan juga mudah mengambil kesimpulan awal dan bersikap mudah
membuat telahan/tekaan yang bukan-bukan atau negatif.Bersikap berfikiran
negatif ini perlulah dihindarkan jika kita mahu benar-benar BERUBAH.
Sebenarnya,
dalam hidup kita ini semenjak kita dilahirkan hinggalah kita dewasa
seperti sekarang, kita tidak dapat lari dan elak dari PERUBAHAN/BERUBAH
(CHANGE).Umpamanya, dari kanak-kanak kita menjadi remaja, dari remaja
kita menjadi dewasa.Dari merasai alam persekolahan berubah ke alam
pendidikan tinggi/universiti, dari bujang berubah ke alam berumahtangga
dan sebagainya.
Lalu, kita berjaya melaluinya walaupun getir.Kita
berjaya menyesuaikan diri dengan PERUBAHAN.Kita sanggup BERUBAH.Kita
boleh saja dan mampu untuk mengadaptasikan diri kita dengan suasana yang
juga turut berubah.
Kita sering mendengar daripada mana-mana
ahli motivasi dan juga ahli psikologi mengatakan perubahan akan membawa 2
kesan sama ada buruk atau baik.Namun risiko yang kita telah ambil dalam
hidup ini sehingga saat kita menjadi diri kita sekarang ini, apa
hasilnya ? apakah ia bertambak baik atau bertambah buruk ? kita tahu
jawapannya.
Jika kita mampu untuk melakukan perubahan yang
berkaitan dengan diri kita sendiri sebelum ini, mengapakah kita tidak
mahu untuk cuba berubah demi negara kita ?
Di Malaysia ini,
kurang lebih 1 atau 2 bulan lagi akan diadakan Pilihanraya Umum buat
kali yang ke-13.Anda rasa sanggupkah anda berubah dengan memberikan
peluang kepada pertubuhan parti lain pula untuk memenangi pilihanraya
dan menjadi pemerintah kerajaan Malaysia yang baru ?
Sanggupkah
anda ? atau anda masih takut, risau, bimbang, tak
berkeyakinan,mengesyaki dan juga berasa cuak untuk memilih alternatif
yang lain ?
Soalan ini saya tujukan kepada rakyat biasa kerana
saya juga rakyat biasa dan rakyat kebanyakan.Kita bukanlah golongan
berkepentingan seperti perebut tender, peniaga korporat, NGO
berkepentingan, penjawat awam berpangkat tinggi dan juga kita tidak
mempunyai dan memiliki pun saham-saham bernilai jutaan Ringgit Malaysia.
Jadi
seharusnya kita boleh saja tidak ambil kisah jika cuba diugut atau
diberikan amaran oleh sesiapa pun untuk menentukan parti manakah yang
kita akan undi.
Kita sebagai seorang individu yang telah pun
berusia 21 tahun atau lebih dan layak pula untuk mengundi setelah
berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, seharusnyalah
memikirkan dan mempertimbangkan perkara ini dengan jelas.
Kita
perlu berfikiran rasional dan bersikap ‘check and balance’.Terus-terusan
dengan memberikan mandat kepada kerajaan sedia ada kah atau memilih
dengan berani untuk berubah ?
Adakah menjadi kerisauan tahap
tidak terhingga kepada kita dan menjadi kudis sopak bernanah yang tidak
mungkin akan sembuh jika kita membuat keputusan untuk berubah ?berubah
dalam ertikata memberikan undi kita untuk parti lain memenangi dan
menjadi pemerintah di Malaysia.
Adakah amat-amat sukar dan
menjadikan kita begitu kecut perut dan penakut tahap seolah-olah
diletakkan dan di’sua’kan diri kita ke mulut harimau atau ke rahang
buaya ?
Tak sanggup kah untuk berubah ? walaupun cuma untuk 1 penggal atau kurang lebih 5 tahun sahaja?
Agak-agak
boleh atau tidak ? Jika dalam 5 tahun itu, pentadbirannya begitu teruk
dan menindas rakyat, kita gunakan semula kuasa rakyat kita untuk
kembalikan pemerintahan sedia ada seperti sekarang ini.
Bagaimana ? setuju ?
Tak rugi pun mengambil risiko untuk berubah, kan ?
Pemikiran
mengatakan ‘jangan memperjudikan nasib dan masa depan negara’ haruslah
dibuang jauh-jauh.Ini kerana, ia bukanlah sebuah perjudian atau
pertaruhan yang kita tidak tahu pun buruk baiknya, untung ruginya.Kita
telah jelas dan maklum apa yang diutarakan dan dibentangkan.Apa yang
ditawarkan untuk rakyat dan apa yang kita sudah dapat dan rasai.Kita
bisa saja membezakan dan membuat perbandingan kelebihan dan kekurangan
di antara kedua-dua blok parti yang bertanding.
Jadi, kita sebagai rakyat kebanyakan, gunakan lah peluang ini.Peluang dan kuasa undi di tangan kita.
Ubah lah, walau untuk 1 penggal !
Kita mampu melakukannya…."
Profesional Melayu benci umno?
Posted on Monday, February 18 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: anaabdullah
"Antaranya ialah daripada seorang pakar bedah Melayu yang bermastautin di Silicon Valley California, Dr Bakri Musa.
Beliau
menulis mengenai masa depan Melayu dalam blognya. Dia memberi pandangan
pilihan kali ini ialah antara suatu pihak yang sudah monyok, tua dan
kebangsatan modal dengan pihak yang cekap, muda dan bertunas baru.
Sesetengah
tidak setuju dengan gelaran pada umno dan tidak setuju juga gelaran
monyok dan gelaran cekap diberi kepada pakatan rakyat. Malahan
sesetengah mentempelak kerajaan PAS Kelantan yang memerintah selama 22
tahun itu.
Kerajaan PAS Kedah, kerajaan DAP pulau Pinang dan
keadilan Selangor dianggap sangat tidak cekap sehingga banyak perkara
tidak dapat diselesaikan.
Maka PRU 13 yang bakal diadakan Mac 2013 depan akan berlaku pertarungan sengit antara umno dan Pakatan Rakyat.
Umno
dianggap pihak sudah monyok, tua dan kebangsatan modal. Manakala
Pakatan rakyat dianggap pihak yang cekap, muda dan bertunas baru.
Oleh
itu. Bolehlah kita buat kesimpulan umno parti yang monyok, tua dan
bangsat modal akan kalah dalam pertarungan dua penjuru dan pakatan
rakyat parti yang cekap, muda dan tunas baru akan memerintah negara.
Sememangnya
parti umno sudah tua. Ada yang tua tetapi masih gagah macam Tun
Mahahtir Mohamad dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih proaktif dalam
arena politik.
Sesungguhnya pakatan rakyat parti yang dikatakan
cekap, muda dan bertunas baru miskipun ada orang tua sebagai pucuk
kepemimpinan berkeyakinan boleh memerintah lebih baik dan cekap
berbanding umno/BN."
Pemimpin Pas kena berani, kata Salahuddin
Posted on Monday, February 18 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: imamsurau
"SHAH ALAM -
Pemimpin-pemimpin Pas perlu berani tampil bagi menjelaskan kerjasama
politik parti itu dengan DAP dan PKR tidak bertunjangkan kepada
cita-cita politik semata-mata - memperoleh kemenangan Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13).
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata,
pemimpin parti itu tidak perlu takut untuk menjawab apabila timbul
dakwaan dan persepsi kononnya Pas sudah tersasar daripada landasan
perjuangannya serta menjadi kuda tunggangan DAP dan mahu terus kekal
bersama Pakatan Rakyat.
"Tidak ada apa yang kita perlu takut
dengan DAP ini. Saya boleh bercakap dari segi objektifnya, DAP ini
bertanding pun tidak sampai 50 kerusi parlimen. Jadi apa yang perlu kita
takutkan dengan DAP?
"Sebenarnya momokan itu datangnya daripada
propaganda BN, Cina akan jadi PM, DAP akan jadi menteri besar. Itu
sebenarnya fakta yang tidak ada asas sama sekali," katanya dalam satu
wawancara bersama Sinar Harian Online.
Mengakui begitulah cara
Umno dan medianya berfungsi dalam menjatuhkan seteru politik mereka,
Salahuddin mahu pemimpin Pas lebih bersikap terbuka dan proaktif dengan
menerangkan kepada rakyat akan situasi sebenar dalam perikatan itu.
"Saya
rasa, kita harus tampil menerangkan kepada masyarakat, tidak ada apa
yang mereka perlu ditakutkan dengan DAP ini," katanya yang akan
bertanding di Johor pada PRU13.
Bahkan perlu diingat katanya, Pas sama sekali tidak pernah menggadai prinsipnya apatah lagi jika ia melibatkan Melayu dan Islam.
"Tidak
ada apa yang perlu dibimbangkan. Kita tidak gadai dasar Islam kita.
Kita tidak tinggal prinsip-prinsip asas tentang moral, akhlak, tentang
apa sahaja yang menjadi pegangan Pas selama ini," ujar Ahli Parlimen
Kubang Kerian.
Sebaliknya, kata Salahuddin, Pas pada hari ini
bersama-sama dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat telah pergi ke suatu
dimensi yang lebih luas bagi menyediakan kehidupan jauh lebih selesa
kepada rakyat.
"Kita tidak terikat kepada sentimen perkauman, Pas
tidak duduk dalam kelompoknya sendiri pada hari ini. Tetapi kita telah
mula keluar, kita telah mencipta satu platform yang lebih luas. Kita
hari ini sudah bercakap tentang negara," kata Salahuddin.
Malah
katanya, Pas terus mendapat dokongan daripada masyarakat khususnya
Melayu berdasarkan kepada penyertaan dan komitmen ahlinya yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang seperti yang ditonjolkan dalam Himpunan
Perdana Ummah bersama Pas dua minggu lalu.
"Ini membuktikan
bahawa kelompok-kelompok teras Melayu itu terus memberi dokongan kepada
Pas. Tidak timbul isu Pas ini ditinggalkan oleh penyokong tegar mereka
kerana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Pas, tidak benar sama
sekali," tegasnya lagi.
Pada majlis itu, lebih 200 ahli baru Pas
dari pelbagai latar belakang menyertai himpunan tersebut yang diadakan
di sebuah hotel di Ampang dekat ibu negara.
Mereka berhimpun
sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Pas bersama pimpinan parti
menjelang pilihan raya umum akan datang ini.
Mengulas mengenai
penegasan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa
parti itu sama sekali tidak akan mengulangi kerjasama politiknya dengan
Umno, adakah itu bermakna Pas menolak perpaduan ummah, Salahuddin
berkata, "tidak timbul pula satu teori yang mengatakan hanya bersama
Umno sahajalah maknanya boleh membuktikan kita berpadu."
"Tidak betul sekiranya ada yang mendakwa begitu," katanya.
Tambah
beliau, isu perpecahan ummah seperti satu kariah dua imam, suami isteri
bercerai kerana perbezaan fahaman politik hanyalah kes terpencil yang
berlaku di negara ini.
"Sebenarnya tidak pernah berlaku perpecahan ummah. Yang berlaku hanya perbezaan pandangan politik.
"Ummah khususnya orang Melayu pada hari ini tidak pernah berpecah memutuskan silaturrahim.
"Pas
tidak memusuhi orang Melayu, kita hanya berlawan dengan Umno sebagai
parti politik tetapi apa yang menjadi kekuatan Melayu, asas perjuangan
Islam, tetap kita perjuangkan bersama," tegasnya lagi.
Pas pernah bersama Umno di tahun 70-an dan menubuhkan kerajaan bersama BN. Hubungan itu retak pada tahun 1978.
Pas
juga pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat 46
(S46). Parti S46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP. Parti ini tidak
ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang
menggabungkan Pas, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah
tamat.
Akhirnya Pas mengadakan tahaluf siyasi bersama PKR diikuti dengan DAP sejak PRU12.
sumber"
Debat Palsu - Dr Asri Perli Fathul Bari
Posted on Monday, February 18 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Bloglist Politik
Klik
"Debat tipu2 ? Lucu. Kalau nak jadi wira x boleh main tipu n palsu."
Sumber: bloglistpolitik.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan