Selasa, 12 Februari 2013

MENGHALANG GERAKAN ISLAM...ISLAM AGAMA ALLAH...UMPAMA MENAHAN AIR...AIR BERTAMBAH KUAT...EMPANGAN AKAN PECAH

Mahasiswa dibelasah samseng di Parlimen Pekan

Harakahdaily, 12 Feb 2013

Salinan report polis yang telah dibuat oleh Ekhsan Bukharee, mahasiswa yang dibelasah samseng di Dun Pulau Manis, Parlimen Pekan hari ini ketika jelajah mahasiswa ke Parlimen Pekan untuk PRU13.

KUALA LUMPUR: Kejadian mahasiswa dibelasah samseng di Parlimen Pekan merupakan kejadian yang sangat memalukan arena politik negara.

“Saya syaki kejadian ini didalangi oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pengumuman mahasiswa untuk bertanding tempoh hari terutamanya Umno BN,” kata Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), Syis Abd Kadir dalam satu kenyataan.

Katanya, politik samseng membayangkan Umno BN kian terdesak dalam menyambung hayat sebagai kerajaan di Malaysia.

Beliau berkata, jika dengan mahasiswa pun Umno BN terdesak menggunakan samseng, ini memberi gambaran pentas demokrasi Malaysia kian parah.

Katanya, kumpulan mahasiswa yang turun bertemu rakyat dengan membawa idea dan agenda dibalas dengan dibelasah adalah politik tidak sihat.

Seharusnya, kata beliau politik hujah dibalas hujah, ini bukan ketikanya lawan tumbuk dan berkelahi.

Justeru, ujar beliau sepatutnya tempat Perdana Menteri Malaysia adalah paling selamat untuk dikunjungi dan sangat menjunjung nilai demokrasi untuk berkempen, namun sebaliknya yang berlaku.

Menurutnya lagi, hari pertama mahasiswa di Pekan sudah disambut dengan samseng dan budaya kurang sihat.

“Bagaimana kita ingin membina ketamadunan negara jika kawasan Perdana Menteri sendiri pun masih tidak mengamalkan politik matang,” ujarnya.

Sebelum ini, kata beliau kerajaan pimpinan Najib mengumumkan mahasiswa boleh berpatisipasi dalam politik sehingga dibenarkan untuk bertanding tetapi hari ini kenapa terpaksa menggunakan samseng untuk berhadapan dengan mahasiswa.

Beliau kira Parlimen Pekan bukan lagi kawasan selamat untuk Najib memenangi pilihanraya sehingga terdesak menggunakan politik kotor untuk berhadapan mahasiswa.

“Saya harap arena politik negara perlu dilatari dengan politik matang.

“Oleh itu, saya menjemput DS Najib untuk berdebat dengan mahasiswa berkenaan idea dan agenda yang kami bawakan, bukannya halang kami dengan cara yang tidak matang.

“Maaf Datuk Seri, kami tolak politik samseng!” katanya.

Adakah polis terlibat cetus insiden Felda Sungai Tengi?

Muhammad Faizal, 12 Feb 2013



KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman akan mengemukakan nota bantahan kepada Ketua Polis Selangor (IGP) dalam masa seminggu berhubung insiden yang berlaku di Felda Sungai Tengi.

Beliau yang berkata pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS (gambar atas), nota bantahan tersebut adalah untuk mendapat kepastian sama ada pihak polis juga turut terlibat dalam insiden tersebut seperti mana perbualan pengurus Felda bersama beberapa pertubuhan NGO di dalam rakam video.

"Nota bantahan ini akan kita serahkan kepada IGP dan berharap beliau dapat berkomunikasi dengan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor berhubung insiden yang berlaku di Felda Sungai Tengi.

"Dalam nota bantahan tersebut, kita turut meminta penjelasan dari pihak polis adakah benar kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus Felda yang mengatakan segala perancangan kekacauan itu telah diketahui oleh pihak polis," jelas beliau.

Tambahnya lagi, pihak polis perlu menjelaskan perkara tersebut dan jika tiada penglibatan, maka pengurus Felda tersebut telah melakukan kesalahan besar apabila menggunakan nama polis untuk tindakan provokasi mereka.

"Kita desak tindakan tegas diambil jika benar pihak polis tidak terlibat langsung dan tidak ada rundingan dilakukan antara pengurus Felda dengan pihak berkuasa," sambungnya lagi.

Mazlan yang sebelum itu memberitahu, beliau kesal dengan tindakan pihak polis yang membiarkan sekumpulan pemuda yang telah melakukan huru hara pada program yang diadakan di Felda tersebut.

Malah menurutnya lagi, pihaknya akan memastikan segalanya akan terkawal walaupun terdapat provokasi yang melampau batas dilakukan oleh pihak tertentu tetapi tiada jaminam diberikan bahawa situasi ini akan terus terkawal.

"Ketika pertemuan saya dengan pihak polis di Bukit Aman, saya berjanji akan memastikan anggota kita akan mengawal suasana sebaik mungkin walaupun terdapat provokosi yang melampau.

"Namun dalam pada itu, saya turut memberitahu sampai bila jaminan ini akan terkawal dan pasti huru hara akan berlaku, atas sebab itulah saya mohon pihak polis menjalankan tugas mereka dengan adil dan jangan jadi kuda tunggangan pihak lain," tegas beliau.

Sebelum itu, program Jamuan Rakyat dan Penerangan di Felda Sungai Tengi  telah  mencetuskan kekecohan apabila tindakan provokasi sekumpulan orang 'berbaju hitam' yang membaling kerusi dan botol air ke arah hadirin pada program tersebut.

Situasi kecoh itu berlarutan lebih kurang 30 minit dan pihak penganjur terpaksa menghentikan program itu lebih awal bagi mengelak keadaan tidak diingini.

Tiga laporan polis telah dibuat termasuk daripada Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Muhamad Idris Ahmad dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor, Mohd Nizam Mat Rahim.

Tolak BN: Najib tidak temui tarikh bubar parlimen

Harakahdaily, 12 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Keupayaan BN untuk menang PRU13 semakin kabur setelah Datuk Seri Najib Tun Razak dimalukan sempena sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang yang diadakan di padang Kolej Han Chiang semalam apabila hadirin menjawab tidak bersedia untuk BN.
“Nampaknya persembahan rap Korea Gangnam Psy tidak boleh menjadi ubat pelali untuk rakyat menyokong BN,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Katanya, rakyat masih tidak menerima BN lagi walaupun Najib menggunakan strategi suap kepada pengundi menjelang pilihanraya.

Sekarang, ujarnya BR1M sedang rancak diberi kepada rakyat untuk kali kedua, setiap pelajar sekolah diberi RM100 manakala pelajar universiti mendapat RM200 duit buku, duit telefon tangan RM250, BR1M kepada orang bujang RM250 dan empat tayar teksi.


Menurutnya, fenomena yang berlaku di Pulau Pinang terhadap Najib sebagai tanda aras BN sudah parah, seolah-olah Umno dihinggapi penyakit kritikal seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

“Keadaan ini menyebabkan tarikh pilihanraya tidak ditemui lagi oleh Najib,” ujarnya.

Potong kek hari kelahiran Ustaz Azhar 12 Feb

http://www.queachmad.com, 12 Feb 2013

GAMBAR UAI Potong Kek Di MAJLIS KESYUKURAN Sambutan Hari kelahiran USTAZ AZHAR IDRUS | 12 Februari 2012

GAMBAR UAI Potong Kek Di MAJLIS KESYUKURAN Sambutan Hari kelahiran USTAZ AZHAR IDRUS | 12 Februari 2012 | Ustaz Azhar Idrus potong kek (dengan gambar motosikal) sempena Sambutan Hari Kelahiran Ustaz Azhar Idrus yang ke-49. Ya Allah, panjangkan umur murabbi kami ini... jadikan dia ahli syurgaMu. Majlis kesyukuran ini di mulakan dengan solat Hajat berjemaah, puisi dsb.


Ustaz Azhar Idrus sendiri juga sempat juga bagi nasihat dan tazkirah tadi. Abe dikhabarkan ini adalah majlis tertutup dan di bayar sendiri oleh setiap tetamu yang hadir tanpa melibatkan mana2 duit derma kariah dsb ya. Hebat juga orang ganung ni kan.. Tanpa bantuan wang dari pihak luar pun tetap hebat majlisnya.

Orang muda sayang Ulama.

baca lagi & lagi gambar Klik TAJUK ENTRI ni


Mengikut sumber yang Abe terima, Ustaz Azhar Idrus kata, kita kena campur dengan semua golongan, samada mat rock, mat rempit dsb. Kena faham jiwa mereka. Biarlah orang kutuk atau hina kita. Pedulikan orang. Tapi bila kita buat ikhlas kerana Allah maka Allah akan bantu kita. Tengoklah kini.

Saya (Ustaz Azhar Idrus) tidak pernah pun suruh atau paksa mereka ikut saya ke kuliah itu ini. Tapi mereka yang ikhlas hendak ikut saya. Sampai kini puluh2 ribu yang hendak ikut saya. Orang yang mula2 belajar dengan saya (Ustaz Azhar Idrus) adalah Pok Man seorang. Kemudian videoman saya Abg Mat. Alhamdulillah, malah kini Page saya di Facebook juga mendapat sambutan. Klik FanPage Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus (Original).


Tahukah anda?

Pada 12 Februari 1949 Imam Hassan Al Banna syahid dibunuh. Siapa Imam Hassan Al Banna? Imam Hassan Al Banna pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir. Kemudian, mati ditembak oleh individu yang membenci Imam Hassan Al Banna. Di hospital, Imam Hassan Al Banna tidak diberikan rawatan dan akhirnya meninggal disebabkan kehilangan darah yang banyak.

Pada 12 Februari 1964 walaupun berlainan tahun lahirnya seorang individu yang dikenali sebagai Ustaz Azhar Idrus yang berjaya menarik anak-anak muda menghadiri kuliah agama. Fenomena UAI tidak dapat di nafikan lagi dengan jumlah kehadiran yang mencecah ribuan hadirin setiap kali kuliah agama diadakan.

Peribahahasa Melayu berbunyi, "Patah tumbuh, hilang berganti"

Kenapa Najib takut bubar parlimen waktu ini?

Muhammad Faizal, 12 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) mempersoal pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani untuk membubarkan parlimen pada waktu ini.

Beliau berkata, sedangkan Najib merasakan rakyat sudah mula menerima apa juga tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional selama ini.

"Saya mencabar Najib untuk membuat pengumuman segera tarikh pembubaran parlimen jika beliau merasakan sokongan rakyat terhadap Umno Barisan Nasional telah meningkat.

"Namun apa yang saya lihat, sikap berdiam diri dan teragak-agak yang ditunjukkan oleh Najib itu menggambarkan keadaan sebenar bahawa beliau sendiri tidak yakin dengan sokongan yang ada sekarang," jelasnya yang juga Adun Meru.

Dr Abdul Rani yang turut melahirkan kerisauan apabila tindakan Najib yang berdiam diri akan menimbulkan satu situasi yang di luar jangkaan dan menyalahi undang-undang.

Malah beliau juga beranggapan, ketidakyakinan Najib terhadap sokongan yang beliau perolehi nanti dikhuatiri boleh mencetuskan huru-hara yang akan menyebabkan wujudnya darurat sebelum pilihan raya dapat dilaksanakan.

"Kita melihat ada beberapa pihak yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan ada tindakan di luar jangkaan jika sesebuah parti itu kalah.

"Saya pasti jika Najib masih lagi tidak berani untuk menyatakan bilakah tarikh pembubaran parlimen, situasi ini pasti berlaku dan perkara ini telah pun berlaku pada program-program ceramah yang anjurkan oleh Pakatan apabila ada pihak lain yang tidakberpuashati," sambung beliau lagi.

Abdul Rani berharap, Najib akan turut mengambil pendekatan segera seperti mana yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor yang mengumumkan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan dilakukan selepas perayaan Cap Go Meh.

Laporan jujur media Singapura mengenai Konsert PSY

http://www.tranungkite.net, 12 Feb 2013
Tarikh : Tuesday, February 12 @ 13:30:00 MYT
Topik : Berita


Oleh ALBA

Terima kasih PoliticasnewS


Paparan lebih jelas
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=MZAQ9_8Ud8Y

Lagi ‘janji tidak ditepati’ dikesan di Pontian

http://ibn75.wordpress.com/, 12 Feb 2013

Lagi ‘janji tidak ditepati’ dikesan

image

PONTIAN - PAS Benut mangambil inisiatif sendiri menyiapkan projek memperbaiki sebuah rumah milik seorang ibu tunggal secara bergotong royong.

Menurut Yang Dipertua PAS Pontian, Raden Sarobo Pono, langkah ini dibuat berikutan peruntukan yang dijanjikan sejak tiga tahun lalu tidak ditunaikan oleh pihak berwajib sehingga sebahagian bahan-bahan binaan yang ada kian reput dan tidak boleh digunakan.

“Saya difahamkan, Zainon Salleh, 42, telah menerima bantuan membaiki rumah beberapa tahun lalu berjumlah RM5000, malangnya pihak terbabit gagal menyiapkan seperti yang dirancang,” katanya lagi.

Menurut Raden Sarobo lagi, PAS Cawangan Parit Mansor bersama kira-kira 50 orang dari kalangan Unit Amal serta penduduk kampung telah mengadakan aktiviti gotong royong selama dua hari bagi tujuan tersebut.

“Kami hanya menyempurnakan usaha ini dengan mengumpul kira-kira RM10,000 bagi menyiapkan ruang dapur, bilik air, lantai, dinding, bumbung dan lain-lain,” katanya lagi ketika ditemui di Parit Mansor, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Zainon berkata, dia kesal dengan pihak terbabit yang gagal menyiapkan rumah seperti mana yang dijanjikan.

“Saya kesal dengan dia. Bersimpatilah. Saya ada tiga orang anak. Semuanya masih bersekolah. Yang bongsu pula, kategori OKU (orang kurang upaya).

“Saya hanya dapat bantuan daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Itupun khas buat anak. Saya tak dapat. Saya kecewa kerana pemimpin UMNO tak pernah datang menjengok apa lagi membantu.

“Terima kasih kepada PAS yang sudi buat bergotong royong menyiapkan rumah yang sudah tiga tahun terbengkalai,” katanya lagi.

Sehubungan itu, bagi meringankan beban ibu tunggal ini, pihak PAS Benut mengambil langkah membantu mendapatkan bantuan daripada agensi berwajib.

image

image

image

image

image

Mohon Umno P Pinang respons aksi politik RM2j

Harakahdaily, 12 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin mempersoalkan siapakah penaja yang sanggup membayar RM2 juta kepada Psy yang popular dengan lagu ‘Gangnam Style’ di Pulau Pinang semalam tetapi merahsiakannya.
“Bukankah penaja sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi tujuan promosi khidmat atau barangan mereka?” tanya beliau yang lebih dikenali Che’GuBard dalam satu kenyataan.

Katanya, inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan.

Kenyataan penuh beliau di sini.

Tiada ulasan: