‘Makcik berharap jangan abaikan ibu tunggal’
Ridhuan Husin, | 20 Feb 2013 |
Saari dan pemimpin Pemuda Gombak menyampaikan sumbangan kepada eorang penerima.
GOMBAK: PAS Negeri Selangor sekali lagi membuktikan kepada masyarakat bahawa konsep Negara Berkebajikan merupakan agenda besar dalam Pakatan Rakyat melalui program ‘Ziarah Berkebajikan’ di Hulu Klang.
Seorang ibu tunggal terharu apabila menerima sumbangan dalam program ‘Ziarah Berkebajikan’ anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) dengan kerjasama Pejabat Adun Hulu Klang di flat Pangsapuri AU3, Hulu Klang petang semalam.
Hajah Saidah, 70, antara penerima sumbangan ketika ditemui berkata beliau yang selama ini hidup dalam kedaifan mengucapkan rasa syukur kerana terpilih menerima kunjungan dari Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Dewan Pemuda PAS Gombak di kediamannya di Blok 9, Flat Pangsapuri AU3.
Beliau yang menitiskan air mata ketika mengucapkan terima kasih kepada menganjur berharap supaya golongan ibu tunggal tidak dipinggirkan.
“Makcik rasa sangat terharu atas sumbangan ini dan ia boleh meringankan sedikit sebanyak beban yang makcik tanggung. Makcik juga berharap jangan abaikan ibu-ibu tunggal,” ujar beliau yang kelihatan uzur.
Seorang ibu tunggal lagi, Rozana Binti Saridi, 37, yang bekerja sebagai jururawat turut menerima sumbangan.
Beliau yang terpaksa menanggung enam orang anak akibat kematian suaminya bersyukur kerana mendapat perhatian daripada Pejabat Adun.
Shahril, 37, yang mengidap penyakit gout yang turut menerima sumbangan berkata, usaha murni itu semoga Allah dapat membalasnya.
Jamaludin, 55, yang terpaksa terlantar di atas katil kerana mengidap strok sekian lama terharu menerima sumbangan daripada DPPG dan Saari.
Walaupun beliau kelihatan tidak bertenaga, tetapi tetap bersemangat untuk mengundi dalam PRU13 nanti.
Khairul Nizam Mohd Haili pula yang bekerja sebagai pembawa lori berterima kasih atas keperihatinan Adun yang sudi menjenguk beliau di rumahnya yang hidup dalam kesusahan dan turut menerima bantuan berupa barangan keperluan dapur dan wang tunai.
Program anjuran DPPG itu juga telah mendapat perhatian khusus oleh Adun Hulu Klang itu.
Katanya, program anjuran DPPG itu patut diteruskan kerana sumbangan disampaikan terus ke rumah penerima di samping dapat melihat sendiri kesusahan masyarakat tempatan.
Penyelaras program, Mohamad Azizul Abu Bakar berkata, program itu dilaksanakan kerana rasa tanggungjawab kepada mereka yang kurang berkemampuan.
“Kita datang untuk meringankan beban. Dan program ini juga boleh merapatkan ukhuwah antara kita semua,” jelas beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Gombak.
Isu gondol bukit hanya sensasi menjelang PRU13
Rizal Tahir, | 20 Feb 2013 |
KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata pihak tertentu memainkan isu penggondolan bukit di Tanah Tinggi Lojing untuk disensasikan khususnya dalam media kerana kepentingan politik.
Menurutnya, menjelang PRU13 pelbagai fitnah ‘menjerut’ Kelantan mainan pihak lawan untuk kepentingan politik mereka, termasuk mencipta isu penggondolan bukit sama ada di Lojing atau di tempat penempatan Orang Asli.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung perkara itu sejak beberapa hari ini dalam media.
Beliau turut menjelaskan projek perhutanan di Lojing telah lama dibekukan.
“Malah lesen untuk membenarkan pengeluaran kayu di kawasan itu juga telah lama tidak dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
“Yang digambarkan oleh media hanyalah lereng bukit untuk projek pertanian,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan dengan masyarakat Orang Asli dari tiga daerah di JKR 10 yang diketuai Lui Siam, semalam. (Gambar atas)
Ahmad seterusnya berkata, walaupun ia isu lama yang telah selesai, namun pihak tidak bertanggungjawab menghidupkan semula isu itu menjelang PRU13.
Terdahulu ketika berucap pada pertemuan itu, beliau berkata kerajaan negeri menyediakan tanah seluas 24,000 ekar tanah milik kerajaan untuk dirizabkan kepada Orang Asli di beberapa tempat khususnya dalam kawasan Parlimen Gua Musang.
Jelasnya, 606 ekar daripadanya telah berjaya dilaksanakan sejak tahun lalu di Pos Jedip.
“Seterusnya ia akan diteruskan di pos lain seperti Kuala Betis dan kita anggarkan di sini seluas 4,626 ekar,” ujarnya.
BN ugut peneroka
Harakah, | 20 Feb 2013 |
(Muka depan Harakah Jumaat ini)
KUALA LUMPUR: Selain menyekat Pakatan masuk ke tanah rancangan Felda dan Felcra, dengan samseng dan tindakan keras, kini BN mengugut peneroka pula dengan kata-kata kesat.
Dr Mahathir Mohamad baru sedar, Pakatan kian kukuh dalam hati peneroka sehingga memaksa beliau beri amaran agar “peneroka tidak menggigit tangan (BN) yang membantu mereka selama ini.”
Pelbagai pendedahan terhadap penyelewengan Felda membuka mata peneroka untuk melakukan perubahan.
Inilah laporan muka depan lidah rasmi PAS, Harakah kali ini. Dapatkan naskah anda untuk mengikuti laporan penuh dalam Harakah Jumaat ini.
Masa yang ditunggu telah tiba!
ameerahfanclub, | 20 Feb 2013 |
Masa yang ditunggu telah tiba!
Ayuh sertai kami sebagai ahli berdaftar Ameerah Fan Club.
Daftar di www.tinyurl.com/ameerahfanclub
Ajak rakan anda bersama.
Tidak kira umur, jantina, bangsa dan agama.
Banyak kelebihan menanti anda.
Ahli bertuah akan mendapat hadiah misteri dari kami.
- Sebarkan/share seluasnya!-
Ayuh semua kita berpartisipasi =)
‘Saya kesal apa dilakukan ke atas Dr Fadzilah’
Harakahdaily, | 20 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR:
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan melahirkan kekesalan
terhadap apa yang dilakukan ke atas pakar motivasi, Datuk Dr Mohd
Fadzilah Kamsah.
“Biarpun kita tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan beliau, namun janganlah sampai menghina dan mengaibkannya sedemikian rupa, itu bukan akhlak kita berjuang,” tulis beliau di Facebooknya.
Justeru, penegasan beliau buat kesekian kalinya, khas dihulurkan kepada semua rakan-rakan pimpinan, penceramah, facebooker, blogger, websiter dari Pakatan Rakyat agar tidak membalas hujah dengan kejian dan makian atau menyerang lawan dengan memburukkan peribadi dan hal anak beranaknya.
“Kekalkan rentak menentang penyelewengan, penipuan dan fitnah lawan atau mana-mana pihak dengan hujah yang berasaskan nas, fakta dan figure,” ujarnya lagi.

Lahad Datu: 'Polis belajar dari Sauk, Memali' - Fauzi
Polis
mungkin mengambil strategi berunding dengan kumpulan bersenjata dari
Sulu di Lahad Datu kerana pasukan keselamatan itu sudah belajar daripada
peristiwa berdarah di Bukit Jenalik, Sauk dan peristiwa Memali, kata
bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Fauzi Shaari.
Beliau percaya ia adalah 'pendekatan berdasarkan situasi' yang turut mengambil kira hubungan diplomatik Malaysia dan Filipina.
"Saya percaya ada sebab munasabah yang menyebabkan mereka (polis) membuat pertimbangan ini.
"Melalui pendekatan ini, saya percaya mereka tidak mahu berlebih-lebih kerana dahulu sudah ada peristiwa Memali dan Sauk," katanya yang bertugas sebagai pengarah JSJ dari awal 2005 sehingga September 2006.
Tambahnya, beliau juga yakin polis mahu perkara ini diselesaikan tanpa sebarang pertumpahan darah walaupun sebagai sebuah negara berdaulat Malaysia boleh bertindak keras terhadap mereka yang dianggap sebagai penceroboh.
"Saya percaya mereka (polis) mahu selesaikan perkara ini secara elok," tambahnya yang kini aktif berceramah di pentas politik sebagai ahli PAS.
Pada 9 Februari lalu, sekumpulan kira-kira 100 pengikut seorang sultan di Filipina, mendarat di perairan Lahad Datu.
Mereka berbuat demikian kerana mendakwa Sabah "dipajak" kepada kerajaan Malaysia.
Akhbar Daily Express dari Sabah melaporkan kumpulan itu tiba pada jam 2 pagi Selasa lalu dengan membawa panji berlambang harimau dan mempunyai lima anggota wanita tanpa senjata.
Kumpulan itu juga dilaporkan meyakinkan penduduk Kampung Tanduo yang diduduki mereka bahawa mereka datang dengan aman dan mahu memuktamadkan satu perjanjian.
Yazid dituduh mempromosi kegiatan keganasan di Syria manakala Halimah dituduh bersubahat atas kesalahan tersebut.
Perbicaraan ke atas kedua-duanya akan dimulakan pada 20 Mei.
Kedua-dua individu berkenaan sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
Permohonan habeas corpus oleh seorang lagi yang turut ditahan mengikut akta tersebut akan didengar pada 25 Februari.

Yazid, Halimah mengaku tidak bersalah tuduhan keganasan
Bekas
tahanan ISA Yazid Sufaat dan seorang guru agama Halimah Hussein hari
ini tidak mengaku salah apabila tuduhan ke atas mereka di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur hari ini.Yazid dituduh mempromosi kegiatan keganasan di Syria manakala Halimah dituduh bersubahat atas kesalahan tersebut.
Perbicaraan ke atas kedua-duanya akan dimulakan pada 20 Mei.
Kedua-dua individu berkenaan sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
Permohonan habeas corpus oleh seorang lagi yang turut ditahan mengikut akta tersebut akan didengar pada 25 Februari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan