Ahad, 17 Februari 2013

ADAKAH KITA KESIAN DENGAN RAKYAT KELANTAN DENGAN MENAFIKAN HAK...CAKAP MACAM ORANG TAK SEDAR DIRI@TAK SEKOLAH

PAS jamin kerjasama dalam Pakatan tidak rugikan Melayu

Khairul Azlan Mohamad, 17 Feb 2013

(Ustaz Hadi berucap di HKR PGU di Banggol Peradong semalam)

KUALA TERENGGANU: PAS mengulangi pendirian tegas bahawa kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak merugikan orang Melayu dan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

“PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat.

“Apabila DAP, orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak agama lain diberi (kebebasan) hak dengan adil. Hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan hak kaum lain (diberi) adil. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa ibunda diberi (kepada semua kaum). Raja mengikut Perlembagaan. Semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Kota Raja Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran GK, Bendahari PKR Terengganu, Wan Ismail Wan Long dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing. 

Datuk Seri Abdul Hadi menjelaskan PAS menerima hakikat kehidupan masyarakat dalam negara ini berbilang kaum.

Katanya, semua rakyat berbilang kaum yang terdapat dalam negara ini merupakan rakyat Malaysia.

“Kita (PAS) menerima hakikat kita (rakyat) adalah masyarakat majmuk. Semua rakyat pelbagai kaum adalah rakyat kita. Ini sudah jadi kenyataan yang tidak boleh dinafikan.

“Semua kaum menerima Melayu Islam adalah sebagai teras. Penganut semua agama menerima Islam yang ada dalam Perlembagaan. Tapi Umno tidak pandai hendak jaga Islam, apa hendak jadi dia (Umno) tidak peduli. Asal Umno menang sudah, Islam hendak jadi apa ikut sukalah. Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan.

“Sebab itu, PAS mengadakan kerjasama dengan orang Islam dan bukan Islam dalam DAP dan dalam PKR,” ujarnya di hadapan 10,000 hadirin.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS mengajar ahlinya berpolitik dengan mengabdikan diri kepada Allah serta tidak berkompromi dalam perkara halal dan haram.

“PAS mengajar berpolitik mengabdikan diri kepada Allah. Apa yang halal itu halal dan yang haram itu haram. Bukannya yang ada lesen halal dan yang tidak ada lesen itu haram,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyangkal dakwaan Umno yang melabelkan PAS sebagai ‘kuda tunggangan’ DAP.

Sebaliknya, kata beliau, Umno telah lama menjadi kuda tunggangan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan Gerakan.

“Umno kata PAS jadi kuda tunggangan DAP. Umno sudah lama jadi ‘kuda tunggangan’ MCA, MIC dan Gerakan.

“Sedarkah kita (rakyat) apabila MCA kalah, MIC kalah, Gerakan kalah…Umno bagi kerusi (Parlimen) Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan. Umno sanggup bagi kerusi Melayu kepada orang lain demi dia (BN) mengekalkan kuasa memerintah negara. Dia (Umno) tidak kira bagaimana kekuatan politik orang Islam,” jelasnya.

Sertai PAS



(Datuk Mohamad Nazli disarungkan baju baru tanda menyertai PAS)

Pada himpunan tersebut Abdul Hadi menerima penyerahan borang keahlian menyertai PAS oleh bekas Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Mohamad Nazli Abdul Majid.

Datuk Mohamad Nazli, 62, berasal dari Perak yang kini menetap di Paka, Dungun berkelulusan Bachelor of Agriculture Science (Universiti of Tasmania, Australia) dan master of Science Agriculture, SHSU, Texas, USA.

Beliau bersara tahun 2006 yang pernah bekerja di Jabatan Pertanian tersebut selama 30 tahun iaitu 12 tahun sebagai Pengarah Projek Pembangunan Pertanian di Besut, dua tahun di Johor selaku Pengarah Johor Barat, tiga tahun di Melaka dan lima tahun di Kedah sebagai Pengarah Pertanian Negeri.
Anwar disambut lebih meriah di majlis Dong Zong
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini.

Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu.

Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.
Slogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu.
PM: Anwar selama jadi TPM tidak pernah kesiankan rakyat Sabah

14 Februari 2013
Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
PAPAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama menjadi timbalan perdana menteri dahulu tidak pernah kesiankan rakyat Sabah.
"Sekarang dia buat-buat muka sedih konon dia kesian Sabah tak dapat cukup peruntukan pembangunan," katanya.
Beliau berharap rakyat tidak mudah termakan janji pembangkang yang menurutnya hanya tahu bercakap dan berjanji serta berpura-pura kesian dengan rakyat, khususnya di Sabah sedangkan yang pasti tidak mampu menunaikan apa yang dijanjikan.
"Masing-masing (pemimpin pakatan pembangkang) ada mimpi lain-lain...sebab itu mereka tak boleh menjanjikan masa depan yang lebih terjamin," katanya pada Majlis Bersama Rakyat Parlimen Papar di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang mempunyai kuasa dan kemampuan untuk menepati janji kepada rakyat.
"Kita (Barisan Nasional) akan sentiasa melakukan perubahan ke arah yang positif dan lebih baik demi masa depan rakyat. Kita tak nak masa depan yang tak tentu dan tak mahu tindak-tanduk kita dipersoalkan oleh rakyat nanti," katanya. - Bernama
Anwar mohon maaf silap letak Choo Keong di Wangsa Maju
SYAIRI SHAARI
17 Februari 2013
Anwar mohon maaf silap letak Choo Keong di Wangsa Maju
Anwar bersalaman dengan orang ramai yang menyambut ketibaan beliau pada majlis itu.
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi di Wangsa Maju memberi sokongan penuh kepada Penyelaras PKR kawasan itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sambil menyifatkan Kee Kwong adalah calon yang tepat bertanding di Wangsa Maju, Anwar berkata, tindakannya dulu meletakkan Wee Choo Keong bertanding di Wangsa Maju pada PRU12 adalah satu kesilapan.

“Saya memohon maaf kepada penduduk di Wangsa Maju kerana telah meletakkan Choo Keong bertanding di Wangsa Maju lalu menang menjadi Ahli Parlimen di sini tetapi akhirnya beliau melompat parti.

“Tetapi pada kali ini, saya berharap pengundi Wangsa Maju akan memberi sokongan penuh kepada Kee Kwong pada PRU13 kerana beliau adalah seorang pemimpin yang baik. Malah kita kenal latar belakang keluarganya,” katanya semasa berucap ketika menghadiri Majlis Sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Prima Setapak, semalam.

Kira-kira 5,000 orang hadir pada majlis tersebut yang turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Idris Ahmad.

Pada majlis tersebut, Kee Kwong dibayangkan merupakan calon yang dijangka bertanding di kerusi panas Wangsa Maju setelah Ketua Umum PKR itu meminta pengundi Wangsa Maju memberi sokongan kepadanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Mazlan Abdul Jalil berkata, Kee Kwong adalah calon yang tepat untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 nanti.

“Beliau adalah calon tunggal yang akan meneruskan penguasaan PR di Wangsa Maju malah setakat ini parti komponen dalam PR juga tidak menuntut kerusi di Wangsa Maju,” katanya,

Kee Kwong ketika ditemui berkata, beliau menerima dengan hati terbuka untuk bertanding di Wangsa Maju di atas kepercayaan penuh parti.

“Jentera parti telah melakukan persiapan pada PRU13 dan saya berjanji akan bekerja untuk parti, rakyat dan negara bagi memastikan negara ini ditadbir dengan bermaruah.

"Malah saya sangat optimis PR akan menang di Wangsa Maju pada PRU13,” katanya.
Isma tanding PRU13 guna tiket Berjasa
G MANIMARAN
17 Februari 2013
PRU13
PRU13
SHAH ALAM - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan bukan kerajaan, akan bertanding menggunakan lambang Berjasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan menyenaraikan 11 kerusi sebagai sasarannya buat masa sekarang.

Sehubungan itu, kepimpinan Isma dan Berjasa akan mengeluarkan satu manifesto standard dalam waktu terdekat.

Daripada 11 kerusi itu, sembilan melibatkan peringkat parlimen dan baki adalah bahagian Dewan Undangan Negeri (Dun).
Senator Australia persoal pengusiran
11:11AM Feb 17 2013  
Senator Australia Nick Xenophon yang diusir selepas beberapa jam mendarat di negara ini, percaya kerajaan Malaysia bertindak demikian ekoran sokongannya ke atas gerakan pro-demokrasi dan juga kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH.
Laporan agensi berita AFP menyebut, Xenophon yang tiba di lapangan terbang Melbourne pagi ini berkata beliau terkejut dengan tindakan ke atasnya.

"Nampaknya, satu-satunya risiko adalah untuk saya memalukan kerajaan Malaysia atas sokongan saya pada pilihan raya bebas di Malaysia," katanya.

Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia selepas kerajaan Australia menolak permohonan Anwar mendapatkan pemerhati bebas bagi memantau pilihan raya umum akan datang.

Tiga lagi anggota delegasi itu ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.

Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.

Ketiga-tiga MP berkenaan, menurut laporan AFP, telahpun membatalkan kunjungan mereka ke negara ini susulan tindakan ke atas Xenophon.
Pekan Pattani digegar letupan empat butir bom
 
Pekan Pattani digegarkan letupan empat butir bom dalam tempoh enam jam hari ini, mengakibatkan seorang orang awam cedera dan empat kedai terbakar.
Ketua polis Pattani Mej Jen Ek-Kapop Prasitit-Wattanachai berkata bom pertama yang meletup di sebuah pusat hiburan di Lorong Esso pada pukul 7 pagi mencederakan seorang lelaki berusia 38 tahun dan memusnahkan sebahagian premis berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya mematikan sebutir bom buatan sendiri seberat 50kg yang dipasang di pusat hiburan itu.

Kira-kira lima jam selepas itu, sebuah pasar raya pula terbakar akibat letupan bom.

Setengah jam kemudian, sebuah kedai menjual peralatan pertanian 200 meter dari pasar raya itu terbakar akibat satu lagi letupan bom.

Ek-Kapop berkata beberapa minit kemudian, bom keempat meletup di sebuah kedai menjual dapur gas yang terletak 400 meter dari pusat hiburan terbabit.

"Kesemua bom diledakkan dengan menggunakan peranti masa," katanya.

Pegawai itu berkata beliau percaya perbuatan tersebut dilakukan puak pemberontak bagi membalas dendam kematian 16 rakan mereka dalam satu serang hendap di sebuah kem tentera laut di Narathiwat pada 13 Feb.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak sembilan tahun lepas apabila pemberontak melancarkan kempen bersenjata untuk menuntut kemerdekaan bagi wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala.

- Bernama

Peminat pakai baju Bersih di konsert Psy, terhangat

Harakahdaily, 17 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Para pembaca melalui Facebook dan Twitter Harakahdaily paling meminati artikel bertajuk “Peminat Psy pakai baju 'BERSIH'...blogger Umno menggelupur” tulisan blog http://darisungaiderhaka.blogspot.com untuk minggu ke 7, 2013.

Laporan ini menunjukkan bagaimana penyokong Pakatan Rakyat menyertai majlis sambutan Tahun Baru Cina yang disertai Perdana Menteri di Pulau Pinang dengan memakai baju Bersih yang berwarna kuning itu.

Di tempat kedua, para pembaca memilih artikel blog bertajuk “Kehadiran di ceramah Kembara Anak Muda Umno menakutkan PR!” nukilan http://lianglahad.blogspot.com/ yang menyindir sambutan kurang hangat program Umno yang diadakan di seksyen 24 Shah Alam.

Tajuk artikel “Lain diminta, lain yang dapat?” yang dipetik dari http://shalehudin.blogspot.com yang meringkaskan cara BN menyelesaikan apa yang diminta rakyat adalah artikel ketiga paling diminati untuk minggu lepas.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 10.2.2013 – 16.2.2013:

1

Peminat Psy pakai baju 'BERSIH'...blogger Umno menggelupur

2

Kehadiran di ceramah Kembara Anak Muda Umno menakutkan PR!

3

Lain diminta, lain yang dapat?

4

Kadar insurans kenderaan naik mulai esok

5

Video Psy tidak mahu gaul yee-sang bersama Najib

6

Video Adun Pulau Manis mengamuk paling top

7

Najib tunda PRU13 kerana maklumat ‘dalaman’?

8

Gambar JMR - Anwar Ibrahim berpeluh di Sarawak

9

Demo: Lakonan hebat pencacai Umno terbongkar

10

Kisah bendera: BN tewas 5 kali ganda dengan PAS

Segera Hentikan Keganasan Kempen Politik

Nasruddin Hassan, 16 Feb 2013
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia kesal dan dukacita dengan insiden ganas yang dihadapkan kepada kumpulan aktivis siswa di Pekan, Pahang baru-baru ini. Kejadian ini memperlihatkan sikap tidak matang sebahagian masyarakat yang memilih jalan kekerasan di dalam mendepani agenda politik yang sepatutnya berlangsung secara santun dan sentosa.

2. Mahasiswa sejak sekian lama menjadi kuasa semak-imbang di dalam proses demokrasi negara kita maka seharusnya keputusan mereka untuk menyertai proses pilihanraya dihormati oleh semua pihak. Amat malang sebenarnya  kerana insiden seperti ini menimbulkan persoalan sejauh mana kerajaan komited kepada perlaksanaan pindaan di dalam AUKU.

3. Pada masa yang sama, komitmen kami di Dewan Pemuda ialah untuk melupuskan terus AUKU bagi mnggalakkan aktivisme mahasiswa di dalam mencorak masa depan negara.

4. Kita berharap pihak polis supaya menyegerakan siasatan dan membawa individu-individu terbabit ke muka pengadilan supaya ianya menjadi teladan kepada orang ramai bahawa sikap sebegini tidak diberi sebarang toleransi khususnya menjelang PRU 13.

5. Turut penting ialah respon pihak parti pemerintah untuk memastikan para penyokong mereka tidak melampaui batas apabila berada di medan berkempen. Apakah mereka sudah kehabisan hujah dan tinta sehingga sanggup bertindak ganas ke atas seteru politik mereka?

6. Memandangkan kejadian ini berlaku di dalam kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri, maka seharusnya Perdana  Menteri mengambil tanggungjawab kepimpinan dalam soal ini dengan menegaskan tatacara madani di dalam soal berpolitik.

7. Namun demikian seperti biasa Perdana Menteri terus membisu seolah meredhai insiden yang berlaku sekaligus memberikan petunjuk yang membingungkan kepada masyarakat.

8. Hakikatnya ini bukanlah kejadian ganas yang pertama berlaku setelah siri keganasan kempen politik yang semakin kerap berlaku akhir-akhir ini. Sebelum ini ANAK diserang dan dihalang memasuki kawasan Felda. Kini Mahasiswa pula menjadi mangsa politik ganas. bukan sahaja siswa diugut, dipukul malah siswi di sentap tudungnya sehingga menampakkan aurat. satu pencabulan yang sangat biadap. Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan provokasi yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin parti pemerintah  yang menggambarkan keadaan huru hara selepas PRU kelak. Taktik politik intimidasi sebegini kelihatannya menjadi modus operandi parti pemerintah untuk kekal berkuasa.

9. Di dalam berdepan dengan kerancakan kempen, maka saya menyeru kepada semua petugas pillihanraya PAS khususnya pemuda PAS untuk menjaga batas-batas wajib, haram, dosa dan pahala serta menggandakan amalan qiyamunlail memohon pertolongan dari Allah swt.

10. Para petugas PAS juga harus kekal tenang dan melakukan gerakkerja secara berjamaah agar tidak terperangkap di dalam politik provokasi parti lawan. Ingat resam Rasullulah saw yang bersabar walau dakwah baginda dibalas dengan batu dan cacian. Biarlah kemenangan kita di dalam PRU 13 kelak mendapat sanjungan rakyat dan beroleh keredhaan dari Allah swt.

Nasrudin Hassan

Ketua Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan: