ANAK dakwa video tunjuk konspirasi sekat ceramah
ANAK
hari ini mendedahkan video yang didakwa sebagai bukti konspirasi
beberapa pihak termasuk pengurusan Felda Sungai Tengi untuk menyekat
program ceramah NGO tersebut dalam kejadian pada 4 Februari lalu. Presiden ANAK Mazlan Aliman mendakwa video berkenaan menunjukkan satu mesyuarat yang diadakan sebelum kejadian tersebut, bagi membincangkan usaha untuk menghalang program ceramah itu.
Mazlan mendakwa mesyuarat tersebut antara lainnya dihadiri wakil PERKASA, Umno, Majlis Belia Felda dan Jabatan Seranta Felda.
Beliau mendakwa, mesyuarat tersebut dirancang untuk menggagalkan program ANAK di kawasan Felda, termasuk mengadakan "huru-hara" dan juga untuk menghalang mereka daripada memasuki kawasan tanah rancangan tersebut.
"Apa yang sangat memeranjatkan apabila (pegawai) Felda menyebut tentang huru-hara. Sampai ke tahap huru-hara untuk gagalkan ceramah tersebut," kata Mazlan dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
"Huru-hara" yang dimaksudkan oleh pegawai Felda berkenaan, seperti yang dapat dikesan dalam video tersebut, merupakan tindakan untuk "membuat bising".
Individu yang ditunjukkan dalam video berkenaan juga mencadangkan agar "huru-hara" tersebut tidak sampai ke peringkat pergaduhan.
"... kita buat seolah-olahnya macam membantahlah, kita buat huru hara tapi jangan bergaduh saya minta sangat malam ini jangan (bergaduh).
"Seolah-olah maksud saya ini buat huru hara tu kalau dia ceramah tu kita buat bisinglah... itu yang.. Pegawai Polis Daerah Kuala Kubu Baru pesan kat saya tadi...," kata individu berkenaan yang didakwa sebagai pegawai Felda tersebut.
Rakaman video amatur sepanjang lebih 14 minit itu dikesan dimuatkan di Youtube sejak 7 Februari lalu.
Mazlan mendakwa, tindakan seperti yang dirancang itu dapat dilihat dalam kejadian yang dialami mereka pada 4 Februari lalu di Felda Sungai Tengi.
"Satu kekesalan kepada tindakan pihak polis, sedangkan Yang Dipertua PAS kawasan telah buat laporan polis sebelum ceramah.
"Kita lihat daripada sekatan yang dibuat, bagaimana satu program dengan kerjasama ketua kampung, tiba-tiba ada pihak lain yang tiada autoriti buat sekatan jalan raya.
"Ianya dalam pengetahuan polis, dan polis tidak buat apa-apa," kata Mazlan menceritakan mengenai insiden yang berlaku pada malam 4 Februari lalu.
Beliau mendakwa, kumpulan pengacau terbabit turut memukul anggota Unit Amal yang mengawal keadaan semasa kejadian tersebut.
Beliau juga bimbang insiden seperti itu akan terus berpanjangan di kawasan yang akan dikunjungi ANAK dalam kempen pilihan raya selepas ini.
Beliau mendakwa, anggota polis hanya berdiam diri semasa insiden kekecohan yang berlaku ketika kempen Kembara Oren, yang dianjurkan ANAK.
"Kita kesal apa yang menjadi sangkaan kita selama ini, macam ada pakatan awal (Felda) dengan pihak polis, seperti ada kebenaran.
"Jika tidak seperti ini dibiarkan, dan polis tidak mengambil tindakan untuk menghentikannya, jadi ia memberi lesen kepada samseng untuk membuat apa sahaja, bagi mengahalang program kita di kawasan Felda umumnya," katanya.
Sehubungan itu, Mazlan berkata pihaknya akan menghantar nota bantahan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung dakwaan penglibatan anggota polis terlibat dalam sekatan terhadap program politik ANAK.
Mazlan berkata nota bantahan itu akan dihantar dalam tempoh seminggu antara lain, mohon penjelasan sama ada pasukan berkenaan terlibat untuk menyekat program ANAK seperti yang didakwa oleh pengurus Felda.
"Biarlah IGP berkomunikasi lanjut dengan polis Selangor dan Hulu Selangor. Harap penjelasan segera dapat diberikan," katanya.
ANAK juga akan menyerahkan bukti bergambar berhubung insiden yang menimpa mereka itu, katanya lagi.
Video 14:37 minit
Peguam: Keluarga Sugumar cari pengganti Dr Pornthip
Peguam
N Surendran berkata keluarga mendiang C Sugumar kini terpaksa mencari
ahli patologi lain untuk menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat
mendiang.
Naib presiden PKR itu berkata mereka berbuat demikian memandangkan ahli patologi Thailand Dr Pornthim Rajanasunad menolak permintaan mereka untuk menjalankan bedah siasat tersebut.
Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh Pornthip melalui satu kiriman emel hari ini.
"Kita akan dengan segera cari ahli patologi lain untuk jalankan bedah siasat kedua ini," kata Surendran ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Menurutnya, undang-undang sedia ada menetapkan bedah siasat mayat hanya boleh dijalankan di hospital kerajaan.
Justeru, mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan ahli patologi tempatan dari hospital swasta untuk meneruskan bedah siasat itu, katanya.
Oleh yang demikian, keluarga Sugumar mungkin akan mendapatkan kepakaran dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi melakukan bedah siasat kedua itu.
Tambahnya, bedah siasat kedua itu tetap akan diteruskan kerana polis telah memberi kebenaran sebelum ini.
"Walau apa pun terjadi, walaupun Dr Pornthip tak dapat hadir, kita akan teruskan perjuangan untuk tegakkan keadilan buat Sugumar," kata Surendran yang juga merupakan naib presiden PKR.
Sugumar, 40 tahun, mati dalam keadaan bergari pada 23 Januari lalu di Hulu Langat dengan mukanya dilumur kunyit.
Polis mengklasifikasikan kematiannya sebagai kematian mengejut tetapi ahli keluarga Sugumar menggesa kematian beliau disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.
"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.
"Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek...dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.
Hatta berkata suspek ditahan reman sehingga 14 Feb ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.
Sementara itu, Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia cawangan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dekat Georgetown berhubung perkara itu.
Pengerusinya, Azhar Abdul Majid berkata tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong adalah satu tindakan yang biadap.
"Kami tidak berpuas hati dengan tindakan yang langsung tidak menghormati baginda. Kami datang ke balai polis ini untuk meminta polis menyiasat dan kemukakan perkara ini ke muka pengadilan," katanya.
Beliau meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap suspek supaya perkara itu tidak berulang.
- Bernama
Naib presiden PKR itu berkata mereka berbuat demikian memandangkan ahli patologi Thailand Dr Pornthim Rajanasunad menolak permintaan mereka untuk menjalankan bedah siasat tersebut.
Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh Pornthip melalui satu kiriman emel hari ini.
"Kita akan dengan segera cari ahli patologi lain untuk jalankan bedah siasat kedua ini," kata Surendran ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Menurutnya, undang-undang sedia ada menetapkan bedah siasat mayat hanya boleh dijalankan di hospital kerajaan.
Justeru, mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan ahli patologi tempatan dari hospital swasta untuk meneruskan bedah siasat itu, katanya.
Oleh yang demikian, keluarga Sugumar mungkin akan mendapatkan kepakaran dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi melakukan bedah siasat kedua itu.
Tambahnya, bedah siasat kedua itu tetap akan diteruskan kerana polis telah memberi kebenaran sebelum ini.
"Walau apa pun terjadi, walaupun Dr Pornthip tak dapat hadir, kita akan teruskan perjuangan untuk tegakkan keadilan buat Sugumar," kata Surendran yang juga merupakan naib presiden PKR.
Sugumar, 40 tahun, mati dalam keadaan bergari pada 23 Januari lalu di Hulu Langat dengan mukanya dilumur kunyit.
Polis mengklasifikasikan kematiannya sebagai kematian mengejut tetapi ahli keluarga Sugumar menggesa kematian beliau disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis: Tunjuk isyarat lucah perbuatan biadap
Polis
menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja
Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan
Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat Georgetown. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.
"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.
"Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek...dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.
Hatta berkata suspek ditahan reman sehingga 14 Feb ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.
Sementara itu, Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia cawangan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dekat Georgetown berhubung perkara itu.
Pengerusinya, Azhar Abdul Majid berkata tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong adalah satu tindakan yang biadap.
"Kami tidak berpuas hati dengan tindakan yang langsung tidak menghormati baginda. Kami datang ke balai polis ini untuk meminta polis menyiasat dan kemukakan perkara ini ke muka pengadilan," katanya.
Beliau meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap suspek supaya perkara itu tidak berulang.
- Bernama
'Anwar dan Pak Lah tak terlibat Projek IC'
Seorang
individu yang mengaku bertindak sebagai dalang Projek IC sekitar lewat
80-an dan awal 90-an berkata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar dan mantan
perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah terlibat dalam
operasi itu.
Mat Swadi Awi yang merupakan pengurus Bank Pertanian Malaysia di cawangan Kota Kinabalu pada tahun 1980-an, menceritakan peranannya dalam projek itu bersama bekas presiden Usno, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dalam temuramahnya dengan Harakahdaily.
Mat Swadi yang mengakui dirinya 'Gurkha setia' Abdullah menjelaskan peranannya dalam operasi itu dan menegaskan bahawa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam operasi itu.
Beliau turut mengaku menjadi dalang di sebalik kemasukan Umno ke Sabah di samping menghapuskan Usno dari negeri itu.
"Anwar tidak pernah terlibat langsung dalam Projek IC ini sebab semua orang Umno tahu bahawa Anwar bukannya 'sekutu' dengan allahyarham Megat Junid (Megat Ayob) dan juga dengan Pak (Tan Sri Aziz Shamsuddin).
"Malah Allahyarham Tun Mustapa dulu pun ada terguris hati dengan Anwar, jadi macam mana Anwar nak terlibat dalam Projek IC ini. Saya tak salahkan Anwar meminta RCI memanggil Tun Abdullah ke RCI. Itu mungkin jawapan beliau secara spontan atau mungkin beliau sengaja menjolok Tun Abdullah untuk menghentam balik Mahathir.
"Tun Abdullah tidak memerlukan projek macam ini untuk menaikkan nama baik beliau. Semua orang tahu bahawa Tun Abdullah tak pernah buat yang bukan-bukan, beliau keturunan keluarga ulama besar," katanya.
Mat Swadi yang tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan dalam suruhanjaya menyiasat pemberian kewarganegaraan (RCI) di Sabah berkata penglibatan awalnya pada tahun 1980-an adalah bagi membantu Usno dan Mustapha kembali mendapatkan kuasa daripada PBS, dan beliau merupakan kenalan terdekat Mustapha sewaktu usaha tersebut dijalankan.
Tambahnya, lebih 20,000 pengundi baru didaftar dan diagih-agihkan di kawasan yang menjadi tumpuan Usno, dan beliau juga mendakwa pernah bertemu Megat Junid di kediaman Mustapha di Petaling Jaya.
"Saya juga berurusan dengan tentera dan polis, bekerja erat dengan mereka dan turut diperkenalkan kepada Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (pada masa itu), (Tan Sri) Abdul Rashid Abdul Rahman," katanya.
Projek IC diteruskan di Semenanjung
Menurut Mat Swadi, Mahathir mahu memastikan PBS tumbang di Sabah selepas mereka mengancam mahu membawa negeri itu keluar dari Persekutuan, dan beliau menyokong Usno untuk melaksanakan tugasan itu.
Bagaimana pun, semua usaha berkenaan sia-sia apabila Mahathir membawa Umno masuk ke Sabah dan melantik timbalan Mustapha dalam Usno, Tan Sri Sakaran Dandai sebagai ketua perhubungan negeri.
Beliau turut mendakwa bahawa projek itu diteruskan di semenanjung dengan memberi kad pengenalan biri kepada orang Indonesai di Johor yang ditugaskan untuk memastikan kemenangan Umno BN.
Dakwanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengesan orang Indonesia yang diberikan kewarganegaraan tetapi tidak mengundi Umno-BN dan menarik balik kewarganegaraan mereka.
"Dia sepatutnya sudah menjangka jawapan tersebut, ia adalah disebabkan janji tidak ditepati BN," kata Lim kepada kira-kira 3,000 orang yang hadir di majlis rumah terbuka DAP sempena Tahun Baru Cina di Times Square Pulau Pinang hari ini.
Beliau mengulas tindakan sebahagian pengunjung di majlis BN tersebut semalam, yang menjawab "Tidak" apabila ditanya Najib sama sedia memilih BN.
Beliau juga mempersoalkan tindakan Najib yang kembali mengulangi janji BN untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas Pulau Pinang senfan membina monorel.
Dalam ucapannya di majlis itu, Najib antara lainnya bertanya para pengunjung sama ada mereka bersedia untuk menyaksikan persembahan rap Korea Gangnam Psy.
Najib mengulangi soalan itu sebanyak empat kali dan para hadirin berkenaan menyahut "Ya" dengan bersemangat.
Sebahagian daripada mereka bagaimanapun menunjukkan reaksi berbeza apabila ditanya sama ada bersedia untuk "BN".
Kumpulan orang ramai di kawasan belakang padang tersebut menyahut "Tidak" dan tertawa.
Mereka juga ketawa apabila Najib menyebut nama kolej Han Chiang dengan nama "Han Niang", ketika perdana menteri mengumumkan untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada kolej universiti.
Hadirin berkenaan turut ketawa apabila pengerusi majlis menjemput isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyanyi lagu sambutan Tahun Baru Cina.
Rosmah ditemani beberapa pemimpin BN termasuk Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen di atas pentas.
"PM bercakap mengenai sistem pengangkutan awam. Saya mahu tanya; tidakkah ini berita kitar semula?," soalnya.
Mat Swadi Awi yang merupakan pengurus Bank Pertanian Malaysia di cawangan Kota Kinabalu pada tahun 1980-an, menceritakan peranannya dalam projek itu bersama bekas presiden Usno, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dalam temuramahnya dengan Harakahdaily.
Mat Swadi yang mengakui dirinya 'Gurkha setia' Abdullah menjelaskan peranannya dalam operasi itu dan menegaskan bahawa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam operasi itu.
Beliau turut mengaku menjadi dalang di sebalik kemasukan Umno ke Sabah di samping menghapuskan Usno dari negeri itu.
"Anwar tidak pernah terlibat langsung dalam Projek IC ini sebab semua orang Umno tahu bahawa Anwar bukannya 'sekutu' dengan allahyarham Megat Junid (Megat Ayob) dan juga dengan Pak (Tan Sri Aziz Shamsuddin).
"Malah Allahyarham Tun Mustapa dulu pun ada terguris hati dengan Anwar, jadi macam mana Anwar nak terlibat dalam Projek IC ini. Saya tak salahkan Anwar meminta RCI memanggil Tun Abdullah ke RCI. Itu mungkin jawapan beliau secara spontan atau mungkin beliau sengaja menjolok Tun Abdullah untuk menghentam balik Mahathir.
"Tun Abdullah tidak memerlukan projek macam ini untuk menaikkan nama baik beliau. Semua orang tahu bahawa Tun Abdullah tak pernah buat yang bukan-bukan, beliau keturunan keluarga ulama besar," katanya.
Mat Swadi yang tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan dalam suruhanjaya menyiasat pemberian kewarganegaraan (RCI) di Sabah berkata penglibatan awalnya pada tahun 1980-an adalah bagi membantu Usno dan Mustapha kembali mendapatkan kuasa daripada PBS, dan beliau merupakan kenalan terdekat Mustapha sewaktu usaha tersebut dijalankan.
Tambahnya, lebih 20,000 pengundi baru didaftar dan diagih-agihkan di kawasan yang menjadi tumpuan Usno, dan beliau juga mendakwa pernah bertemu Megat Junid di kediaman Mustapha di Petaling Jaya.
"Saya juga berurusan dengan tentera dan polis, bekerja erat dengan mereka dan turut diperkenalkan kepada Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (pada masa itu), (Tan Sri) Abdul Rashid Abdul Rahman," katanya.
Projek IC diteruskan di Semenanjung
Menurut Mat Swadi, Mahathir mahu memastikan PBS tumbang di Sabah selepas mereka mengancam mahu membawa negeri itu keluar dari Persekutuan, dan beliau menyokong Usno untuk melaksanakan tugasan itu.
Bagaimana pun, semua usaha berkenaan sia-sia apabila Mahathir membawa Umno masuk ke Sabah dan melantik timbalan Mustapha dalam Usno, Tan Sri Sakaran Dandai sebagai ketua perhubungan negeri.
Beliau turut mendakwa bahawa projek itu diteruskan di semenanjung dengan memberi kad pengenalan biri kepada orang Indonesai di Johor yang ditugaskan untuk memastikan kemenangan Umno BN.
Dakwanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengesan orang Indonesia yang diberikan kewarganegaraan tetapi tidak mengundi Umno-BN dan menarik balik kewarganegaraan mereka.
LGE: Najib sepatutnya sudah jangka jawapan 'Tidak'
Setiausaha
agung DAP Lim Guan Eng berkata Perdana Menteri sepatutnya sudah dapat
menjangka reaksi daripada kumpulan hadirin di majlis rumah terbuka BN
Pulau Pinang semalam, sebelum bertanya sama ada mereka sedia untuk
memilih BN."Dia sepatutnya sudah menjangka jawapan tersebut, ia adalah disebabkan janji tidak ditepati BN," kata Lim kepada kira-kira 3,000 orang yang hadir di majlis rumah terbuka DAP sempena Tahun Baru Cina di Times Square Pulau Pinang hari ini.
Beliau mengulas tindakan sebahagian pengunjung di majlis BN tersebut semalam, yang menjawab "Tidak" apabila ditanya Najib sama sedia memilih BN.
Beliau juga mempersoalkan tindakan Najib yang kembali mengulangi janji BN untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas Pulau Pinang senfan membina monorel.
Pengunjung rumah terbuka sedia untuk Psy tapi...
dikemaskini Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan kecewa sekiranya mendengar
perbualan para pengunjung yang memenuhi kawasan belakang padang Kolej
Han Chiang semasa sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang
hari ini.Dalam ucapannya di majlis itu, Najib antara lainnya bertanya para pengunjung sama ada mereka bersedia untuk menyaksikan persembahan rap Korea Gangnam Psy.
Najib mengulangi soalan itu sebanyak empat kali dan para hadirin berkenaan menyahut "Ya" dengan bersemangat.
Sebahagian daripada mereka bagaimanapun menunjukkan reaksi berbeza apabila ditanya sama ada bersedia untuk "BN".
Kumpulan orang ramai di kawasan belakang padang tersebut menyahut "Tidak" dan tertawa.
Mereka juga ketawa apabila Najib menyebut nama kolej Han Chiang dengan nama "Han Niang", ketika perdana menteri mengumumkan untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada kolej universiti.
Hadirin berkenaan turut ketawa apabila pengerusi majlis menjemput isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyanyi lagu sambutan Tahun Baru Cina.
Rosmah ditemani beberapa pemimpin BN termasuk Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen di atas pentas.
"PM bercakap mengenai sistem pengangkutan awam. Saya mahu tanya; tidakkah ini berita kitar semula?," soalnya.
Lagu Hindustan popular diolah jadi lagu puji BN
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak teruja dengan kreativiti seorang
pemimpin masyarakat India Muslim Pulau Pinang menyampaikan sebuah lagu
ala Hindustan yang menyeru masyarakat mengundi BN pada pilihan raya umum
nanti.
Presiden Persatuan Nurul Islam Pulau Pinang Sulthan Syed Salhamid berkata Perdana Menteri melahirkan rasa teruja itu kepada beliau yang menyampaikan lagu 'Kuch Kuch Hota Hai' dengan seni kata yang diciptanya sendiri selepas Najib berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Liga Muslim di Masjid Kapitan Keling di Georgetown, malam tadi.
Perdana Menteri yang khusyuk dan tersenyum mendengar lirik lagu itu yang meminta rakyat menyokong kepimpinannya turut memberi tepukan kepada Sulthan Syed. Senikata lagu itu berbunyi:
Undilah semua Barisan Nasional
Bersatu di bawah Najib Tun Razak
Undi lain-lain, tiada kemajuan
Datang hari undi hai, bagi Barisan Nasional menang hai
Kami setiap hari berdoa Barisan Nasional mendapat dua pertiga
Undilah Barisan kembali semula untuk keamanan, untuk kemajuan, untuk kesejahteraan
Datang hari undi hai, bagi Barisan Nasional menang hai.
Sulthan Syed yang juga seorang komposer ditemui Bernama selepas majlis itu berkata lagu tersebut adalah simbolik sokongannya kepada kepimpinan Najib.
Beliau berharap lagu tersebut dapat memberi semangat kepada masyarakat terutama kaum India Muslim untuk terus mengundi BN.
"Saya setiap hari berdoa memohon supaya BN terus memerintah negara. Saya mahu negara ini diperintah BN. Saya suka BN mentadbir negara kita, dan saya akan terus berpegang kepada prinsip saya iaitu untuk terus menyokong BN," katanya.
Sulthan Syed berkata beliau bercadang membuat salinan lagu itu dalam bentuk cakera padat untuk diserahkan kepada pemimpin Nombor Satu negara itu.
Najib yang dalam lawatan dua hari ke Pulau Pinang dijadual menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang di bangunan dewan berkenaan pada pukul 9.30 pagi, hari ini.
Selepas itu, beliau akan menyertai kira-kira 80,000 orang menghadiri Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran BN Pulau Pinang.
Pada majlis itu, pelbagai acara diatur termasuk persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah dan persembahan daripada penyanyi popular Korea Psy.

Polis: Sindiket pelacuran kini tumpu premis kediaman
Operasi
dan risikan polis menunjukkan kos sewaan murah premis kediaman antara
faktor ia dijadikan sarang pelacuran warga asing selain turut berfungsi
sebagai tempat tinggal mereka.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata dengan hanya membayar kos sewa rumah minimum kira-kira RM1,000 sebulan, sindiket mampu meraih keuntungan berlipat kali ganda ditambah lagi dengan sewa harian yang perlu dibayar pelacur sebagai syarat mendiami rumah berkenaan.
“Kegiatan dijalankan di premis kediaman lebih murah berbanding premis-premis rumah kedai yang menelan kos sewa bulanan dari RM2,000 dan keatas dan kebiasaannya rumah jenis banglo, teres dan kondominium menjadi sarang baru dalam masa yang sama untuk mengaburi pihak berkuasa.
“Pelacur-pelacur ini juga perlu membayar sewa harian kira-kira RM50 memandangkan mereka menetap di rumah terbabit dan bayangkan kalau sesebuah rumah itu ada lima hingga 10 orang,” katanya.
Katanya kebiasaan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan pelacur di rumah kediaman seperti ini adalah mereka yang merupakan pelanggan tetap dan mengetahui kod-kod keselamatan sebelum memasuki premis.
Dalam kegiatan pelacuran sedemikian, Abdul Jalil berkata pelanggan akan pergi ke premis bagi mendapatkan perkhidmatan tetapi tidak dibenarkan membawa pelacur keluar dari premis kerana ia dianggap terlalu berisiko dan sindiket tidak mahu menanggung sebarang kemungkinan sekiranya pelacur disamun dan sebagainya.
“Bilik-bilik tertentu di dalam rumah berkenaan dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti seksual dan ada juga bilik yang diubah suai dan dibahagikan kepada beberapa bahagian sebagai bilik kecil dan dilengkapi penghawa dingin.
Bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan bermula dari RM250 hingga RM300 mengikut paras rupa dan jenis layanan,” katanya.
Beliau berkata dalam serbuan terbaharu yang dijalankan unitnya mendapati ada premis kediaman didiami pelacur warganegara dari negara yang sama kerana sindiket tidak mahu berlaku sebarang perselisihan faham di kalangan pelacur-pelacur disebabkan perbezaan bahasa dan budaya.
“Dalam serbuan yang kita jalankan ke atas sebuah rumah banglo di Petaling Jaya mendapati pelacur mereka terdiri daripada warganegara Cina manakala serbuan di Cheras iaitu rumah teres pula menempatkan pelacur warganegara Vietnam,” katanya.
Difahamkan, ada di antara pelacur ini menjalankan kegiatannya di siang hari di premis berkenaan dan akan dihantar ke pusat-pusat hiburan untuk melayan pelanggan pada sebelah malam.
Abdul Jalil berkata didapati kegiatan yang menggunakan premis kediaman seperti ini biasanya bukan hanya didalangi oleh sindiket tetapi turut melibatkan pemilik rumah berkenaan.
“Mereka yang didapati bersekongkol dengan kegiatan ini sama ada sindiket mahupun pemilik rumah berkenaan boleh ditahan di bawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.
Berdasarkan statistik terkini polis D7 menunjukkan tangkapan wanita warganegara China merekodkan yang tertinggi iaitu 5,165 orang pada tahun lepas diikuti wargangera Vietnam (3,456), Thailand (2009), Indonesia (1,418), Thailand seramai 2,009.
Indonesia (1,418), Filipina (845), India (139), Myanmar (114), Uzbekistan dan Kemboja (70), Bangladesh (48), Laos (30), Uganda (19), Nigeria (10), Mongolia (lapan orang), Tajikistan (tujuh orang), Sri Lanka dan Kenya (enam orang).
Morocco (empat orang), Kyrgyz (tiga orang), Iran dan Singapura (dua orang) dan masing-masing seorang bagi Hong Kong, Rusia dan Kanada.
Sebanyak 42,788 serbuan telah dijalankan pada tahun lepas dengan serbuan tertinggi dijalankan di Johor Baharu iaitu sebanyak 8,749 serbuan berbanding 2011 sebanyak 7,288 serbuan. Ia diikuti dengan serbuan kedua tertinggi di Kuala Lumpur sebanyak 8,620, Selangor (6,663) dan Perak (5,426).

Klip video: Saya mahu buat kelainan tahun ini, kata Najib
Datuk
Seri Najib Tun Razak berkata penglibatannya dalam penghasilan klip
video sambutan Tahun Baru Cina bertujuan mahu membuat kelainan pada
sambutan perayaan itu tahun ini.
Perdana menteri berkata klip video itu juga sebagai tanda penghargaan dan hormat terhadap kebudayaan masyarakat Cina di negara ini, oleh itu beliau juga mahu setiap masyarakat agar saling menghormati budaya setiap kaum.
"Tadi kita tengok video yang sangat berlainan daripada biasa, mungkin ada yang bertanya kenapa saya buat video ini. Sebabnya ialah saya mahu buat kelainan tahun ini.
"Ia memberi mesej kepada kaum Cina bahawa saya menghormati budaya Cina. Seperti mana anda juga harus menghormati budaya Melayu, anda juga harus menghormati budaya India... kita juga harus menghormati budaya Cina," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas di majlis Malam Media Tahun Baharu Cina bersama Perdana Menteri di Hotel G di George Town malam ini.
Dalam klip video berdurasi kurang satu minit itu, Najib membuat penampilan khas dengan memalu gendang tradisional Cina.
Najib juga menegaskan beliau mahu bersama dengan masyarakat di Pulau Pinang kerana umpama permata, negeri ini penting.
"Saya berjanji kepada rakyat Pulau Pinang, kami mahu menangani masalah perumahan dan lalulintas di Pulau Pinang. Percayalah, janji ini janji ditepati," katanya.
Di majlis itu Najib meluangkan masa beramah mesra bersama kira-kira 300 pengamal media, penyelaras dan ketua bahagian Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina.
Terdahulu, ketibaan perdana menteri disambut ketua biro dari 16 agensi media, antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Kumpulan News Strait Times Press, Utusan Malaysia, The Star, Guang Ming Daily, Sin Chew Jit Poh dan China Press.
Najib yang diiringi Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow memulakan majlis dengan menggaul yee sang bersama wakil media.
Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan barisan pemimpin BN.
Perdana menteri yang dalam rangka lawatan dua hari ke Pulau Pinang, sebelum itu menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Masjid Kapitan Keling, sebelum beredar ke kedai Nasi Kandar Beratur bagi menikmati nasi kandar popular di Pulau Pinang yang terletak bersebelah masjid berkenaan.
Esok, beliau dijadual menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, disusuli dengan majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang yang dijangka dihadiri kira-kira 80,000 orang.
Pelbagai acara diatur sepanjang majlis itu berlangsung termasuk persembahan penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah dan penyanyi popular Korea Psy.
- Bernama
"Beliau tidak perlu menjawabnya," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Cheras hari ini.
Beliau berkata sebagai perdana menteri, Najib akan berdepan dengan pelbagai tuduhan sepertimana yang pernah dialaminya semasa menerajui kerajaan dahulu.
Ditanya lebih lanjut mengenai dakwaan Deepak itu, Dr Mahathir berkata tuduhan seperti itu sepatutnya dibawa ke tempat yang betul, seperti mahkamah, yang boleh memutuskan perkara itu.

Dr M nasihat Najib jangan pedulikan dakwaan Deepak
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu membuang masa untuk
menyangkal dakwaan yang dibuat oleh ahli perniagaan kontroversi Deepak
Jaikishan terhadapnya dan keluarganya, kata Dr Mahathir Mohamad."Beliau tidak perlu menjawabnya," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Cheras hari ini.
Beliau berkata sebagai perdana menteri, Najib akan berdepan dengan pelbagai tuduhan sepertimana yang pernah dialaminya semasa menerajui kerajaan dahulu.
Ditanya lebih lanjut mengenai dakwaan Deepak itu, Dr Mahathir berkata tuduhan seperti itu sepatutnya dibawa ke tempat yang betul, seperti mahkamah, yang boleh memutuskan perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan