Sabtu, 9 Februari 2013

REZEKI...NYAWA...SEMUA KURNIAAN ALLAH...JANGAN KITA PERASAN DAN BERSIKAP BODOH...MANA TAUHID KITA...ALLAH BOLEH LENYAP SESUATU DENGAN SEKELIP MATA...JANGAN JADI MANUSIA YANG TAKABUR DAN BERLAGAK SAMSENG

Takde BN pun kita boleh hidup… (Berita bergambar)
Posted on Saturday, February 09 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Hanabira

Petang semalam aku meredah bagan Cina tak jauh dari tempat tinggal aku. Bersama pimpinan Pas Kawasan dan PKR, kami berbahagi lorong. Kebetulan ada pasar malam setiap Khamis, penuh sesak jalan dibuatnya. Kaum Cina ramai yang keluar shopping bhai! Maklumlah pada paginya aku dimaklumkan mereka semua dah terima BR1M 2.0 tu…RM500 memang tak banyak pada orang kaya,bagi orang berada tapi bagi kaum nelayan seperti mereka, itu 1 jumlah yang banyak.

Sebelum tu, Menteri Pertahanan yang rumah orangtuanya tak berapa jauh dari rumah aku dah bagi RM100 dan sekotak limau mandarin pada setiap keluarga Tionghua sempena Tahun Baru. Jika nak dibandingkan dengan material, memanglah ibarat langit dengan bumi. Kami cuma bagi 3 butir limau! Mula-mula petugas letak 4 biji tapi bila ditanya kepada kawan Cina, mereka kata jangan 4! Itu angka tarak ong!Selainnya dalam beg tu kami isi sebungkus kacang tanah dan risalah-risalah PR dalam tulisan Cina.

Rata-rata yang menyambut kami, semuanya sangat mesra,sangat ramah dan begitu terharu dengan kunjungan kami ke setiap lorong. YDP kami,Ustaz Misbahul Munir dan Saudara Madhi Hassan (PKR) dah berpecah ke lokasi lain. Aku dengan geng muslimat ditemani oleh Unit Amal dan penunjuk jalan, meredah ke setiap rumah.

“Ini kali aaa…kita pangkah koyok lagi ma!”

“Apa itu koyok?” Aku memancing sorang Apek yang menyambut kami. Aku tau koyok,kadang-kadang bila rasa lengoh-lengoh badan, aku tampal jugak koyok tu kat mana-mana yang perlu. “Itu koyok, lu kalau sakit mesti pakai maa…mana ada lu letak itu timbang dekat lu punya badan…” Jawab Apek tu,sambil diiringi gelak oleh kawan-kawannya yang ada sekali. Aku pun gelak jugak. Rupanya parti Pas @lambang Pas berimej bulan tu mereka panggil “koyok.”

Bukan calang-calang mereka ni. Nampak je macam jauh ketinggalan tapi bila kami tanya mana anak-anak? Sudah balik ke? Ada yang jawab anak dia kerja kat Singapore. Kat Taiwan. Kat Hong Kong. Kat Amerika pun ada!!! Agaknya dengan kepandaian anak-anak mereka yang celik IT, mereka sudah lama terbuka minda. Dah tau tentang betapa banyak penyelewengan yang dah berlaku dalam pemerintahan. Sebab tu bila kami perkenalkan diri yang kami ni orang PR, mereka begitu teruja! Sorang lagi sahabat Cina yang sempat aku temuramah berkata, ” Wa sudah lama sakit hati sama BN. Cakap semua tipu..” Aku menyampuk, ” Itu wang 500 you angkat ka?” ” Haiyaaaa…itu bukan duit BN maaa…itu kerajaan punya, kita punya…sapa-sapa pun jadi kerajaan mesti buat baik sama rakyat, ada betul ka?” Dia sambung lagi, ” Nanti lu orang (PR) jadi kerajaan, mesti lagi baik maaa..Jangan jadi serupa BN!”

Lewat petang, kami selesai menjalankan misi, hati rasa puas dan seronok dapat turun sendiri dan bertemu dengan pengundi dan bakal pengundi. Semasa balik,aku dok memikir. Kaum Cina di sini dah ramai yang open minded. Yang faham. Tapi aku sedih betul, ramai orang Melayu yang masih berkata, “Kalau tak ada BN, abis la kita..!!!”

Kat Kelantan, dah lebih 20 tahun TGNA memerintah bersama menteri-menterinya. Pas yang berkuasa di sana. Tak pernah lagi aku dengar berita ada rakyatnya yang mati kebuluran. Yang aku tau, BN dah sangat nazak. Terdesak yang amat-amat. Kenapa? Semalam, beberapa orang kawan aku, semuanya ustaz dan ustazah KAFA dikerah untuk mendengar 1 taklimat di Rest House,Teluk Intan.

Ustaz Mat Noor Deris, yang menggantikan Zamberi membelasah pembangkang habis-habisan! Apa yang tak dikatanya pada TGNA dan TGHA. Majoriti ustaz-ustaz ,lepas sain pendaftaran, keluar dewan! Ada yang terus balik. Yang perempuannya tahan duduk dalam toilet! Yang duk depan pentas je tak dapat nak escape! ” Jangan hantar anak-anak awak ke Pasti, nanti habis anak–anak awak diajar pijak gambar Najib!!!” Alahai..ni mentaliti tahap apa ni bhai????

So, tak nak cerita panjang. Awak semua fikirlah sendiri…..

Sumber: mediaperak.net


 Dap bagi limau pun nak marah
Posted on Saturday, February 09 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Blog Ameno World

Tadi aku jejalan baca blog member2. Sekali terbaca blog member dari UMNO plak. Baca punya baca punya baca tetiba aku rasa aku tak sepatutnya baca benda yang aku baca tue. Sudah la aku tak berapa nak cerdik sangat. Bertambah2 BODOH plak aku baca blog tue. Cilakak. Pui.

Janice Lee. Adun Dap. Bagi limau. Biasalah time CNY kan. Bukan benda luar biasa. Nak beramah mesra dengan penduduk setempat. Nak bagitau la yang dorang kan bakal menyambut tahun baru cina. So nak eratkan hubungan dan ukhwah la dengan penduduk setempat.



PROBLEM ke?

Tak pun. Pada aku le.

Tapi benda neh problem pada orang UMNO. Problem. JANICE LEE suka masjid pun depa rasa problem. DAP jejak masjid pun depa rasa problem. Pendek kata depa takmo tak suka tak rela puak2 DAP jejak, masuk, mendekati, masjid, orang islam dan apa2 berkaitan dengan-nya.

Lepas tue berapi2 kata dap beli undi dengan sebijik limau. Jika Ya aku puji kebijaksaan DAP. Sebab BN kena bagi macam2 untuk dapatkan UNDI. Tue pun belum tentu dapat. DAP tak payah. Cerdik parti neh. Dengan limau pun dah oke. Bagus. Pandai. Bijak sungguh.

Harap2 lepas neh DAP p masuk satu malaysia. Bagi limau je dah cukup. Orang umno pun puji korang hebat. Bagi limau dapat undi. Apatah lagi orang yang sokong PR? Mestilah bertambah2 memuji kebijaksaan DAP kan?

Bab2 aurat tue kalau nak tegur, tegur la elok2. Bagi fakta. Bukan melalut tak tentu hala. Kalau rasa bagus sangat p tegur yang muslim. Yang kat non muslim, korang yang muslim neh takyah berlagak sochai sangat la. Yang puteri apajadah tue masuk pakai skirt nampak lutut taknak plak ko bising. Mentang2 DAP yang masuk mula la ko meroyan kan?

P sana. Main congkak pun lagi bagus la weh.

KAH KAH KAH

Sumber: amenoworld.blogspot.com


  Demokrasi 1 Malaysia
Posted on Saturday, February 09 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Sharpshooter



Tak tumbuh tak melata..
Tak sungguh rakyat tak kata..

Masa untuk berubah..anda mampu lakukannya..

Sumber: sharpshooterblogger.blogspot.com


  Saya yakin PR menang - Strategis tentera
Posted on Friday, February 08 @ 20:38:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh: anaabdullah

" Penulis boleh setuju dengan kata kata bekas strategis Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafiz Abdul Hamid bahawa  "Saya yakin kali ini (PRU 13) Pakatan Rakyat akan menang,"

Sebab selama ini pun pihak kerajaan gunapakai dan yakin dan percaya dengan risikan yang dibuat oleh pihak tentera Malaysia.Jika risikan pihak tentera kata BN boleh menang dalam satu satu Pilihanraya umum, seolah olah itulah lampu hijau untuk pihak kerajaan UMNO/BN membubarkan parlimen.


Akan tetapi Pakatan Rakyat tidak boleh duduk sedap dengan kenyataan Penegasan bekas strategis Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafiz Abdul Hamid tersebut.

Mengapa? Kerana beliau bukan lagi seeorang yang terbabit secara langsung dengan pusat risikan tentera. Atau dengan kata lain beliau bukan  pengawai strategis angkatan Tentera lagi.
Oleh itu, kajian kajian yang dibuat oleh pihak tentera tiada dalam tangannya tidak sepertimana semasa memegang jawatan timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Bermakna kata kata yang dicakapkan itu hanya berbentuk ramalan berdasar pilihanraya umum 12 dahulu yang ada persamaan dengan penganalisis politik tanahair yang kadang kadang boleh dipercayai. Kadang kadang tidak.
Bukan mudah untuk menumbangkan umno/BN. Lebih lebih lagi banyak insentif dan inisiatif dilakukan ikat hati rakyat yang dikatakan pengundi akar umbi yang dapat menentukan kalah/menang sesebuah parti yang bertanding.
Sehubungan dengan itu, penulis beberapa kali ke Kelantan untuk melihat iklim politik secara khusus dan Malaysia secara am.
Iklam politik tanahair dan Kelantan ada persamaan dengan iklim politik pilihanraya umum ke 11 (2004) yang membuat kerajaan PAS Kelantan hampir hampir tumbangdan kerajaan Terengganu kalah teruk.
Datuk Ghafir, bekas Timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia buat andaian berdasarkan  semasa pilihan raya 2008,  tidak yakin Pakatan boleh menang tetapi dapat menafikan 2/3 parlimen dan BN kalah empat negeri.
Hari ini Selangor yang diperintah keadilan rakyat tak sedap duduk, kerana dikatakan 500 ribu pengundi hantu dimasukan.Hal pernah dilakukan umno/BN terhadap Terengganu pada (2004) iaitu  memasukkan pengundi luar sebanyak 30  peratus.
Kelantan kita belum ada isu tersebut, tetapi wang ihsan, BRIM wang RM 100  kepada pelajar dan bantuan kewangan dari pihak Kemas, TEKUN dan Amanah Akhtiar pinjaman kilat untuk ikat hati rakyat mengundi BN PRU 13 nanti.
Sekarang ini sudah 4 juta rakyat jelata dibeli undinya. Bukan mudah untuk menang, kerana 4 juta rakyat dibeli undinya 50 peratus berpihaik kepada umno/BN.
Jika diteliti secara terperinci PRU 13 akan sama dengan PRU 11 (2004) kerajaan PAS kelantan hampir hampir tumbang.
Oleh itu, Jangan buat sedap duduk dan tak dengan iklim politik tanahair kini.
Sejarah telah membuktikan kemenangan Umno/BN sepanjang 50 tahun lebih dek "wang" membeli undi.
Tidak dinafikan rakyat juga tertambat hati dengan janji manifesto pendidikan percuma di negara ini sepertimana janji Dr Mahathir ketika mula mula jadi perdana menteri dulu.
Akan tetapi beli undi lebih kuat tambatannya berbanding janji pendidikan percuma, kerana mereka dapat wang secepat kilat.
Maka perkataan yakin PR menang harus difikir masak masak, kerana bukan mudah untuk tumbangkan umno/BN yang 'wanga' sebagai senjatanya lebih berkesan berbanding dengan janji.
Tambahan pula kemasukan pengundi luar (hantu) begitu besar jumlahnya, terutama sekali pada negeri selangor yang tidak pernah berhenti dengan kerja sabotaj.


 Meteoric Mongolia!
Posted on Saturday, February 09 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh Fudzail
Why It's Ascending So Fast -- And How It Might Fall

While Western economies have struggled to achieve two percent annual GDP growth of late, Mongolia has tallied rates well into two digits. After the Mongolian economy contracted 1.3 percent in 2009 -- the height of the recession -- it grew by 6.4 percent in 2010, and then by an astonishing 17.3 percent in 2011. And the stellar performance has only continued: The International Monetary Fund (IMF) estimates that Mongolia's GDP increased by 12.7 percent in 2012. The IMF projects a growth rate of 15.7 percent in 2013. All this makes it the world's fifth-fastest growing economy. But these jaw-dropping figures conceal deeper economic dislocations.



At first glance, Mongolia's recent performance contrasts sharply with the country's economic malaise in the early 1990s. After the collapse of the Soviet Union, the withdrawal of aid from Moscow and the decrease in trade with the Soviet bloc led to a precipitous economic decline, prompting Ulaanbaatar to seek assistance from international financial agencies. The "shock therapy" prescribed by the IMF and the Asian Development Bank, which consisted of privatizing companies, minimizing government, eliminating subsidies, liberalizing trade, and enacting austerity measures, exacerbated Mongolia's difficulties. Unemployment, poverty, corruption, and the attendant social problems afflicted Mongolia throughout the 1990s and into the next decade.



But the Mongolian economy has not progressed as radically as that simple story suggests. In fact, much of the recent growth has derived from just one sector: mining. Recent discoveries of major copper, gold, coal, uranium, tin, and tungsten deposits have driven development. Many of these minerals and ores are located in southern Mongolia, not far from China, which is a voracious consumer of mineral resources. Scarcely any other industry, except for the production of cashmere wool, has been developed, making Mongolia highly dependent on the vagaries of global demand for minerals and ores and, perhaps even more important, increasingly reliant on China.

Invariably, the sizable Chinese market attracted the attention of mining companies. Among the first to recognize the potential of Mongolia's natural resources was the financier Robert Friedland, who has a long history in the mining industry and was nicknamed "Toxic Bob" for the environmental disasters his companies have left in their wake. In 2003, one of his operations, Ivanhoe Mines (now Turquoise Hill Resources), secured a lease to search for minerals in a vast tract of land in southern Mongolia. Friedland's repeated pronouncements about the extraordinary resources he and his team had found prompted a rush among Australian, Canadian, Chinese, French, and Russian businesses to obtain similar leases. In large part, Mongolia's economic advances are built around this mining bubble.



A number of problems have bedeviled mining ventures in Mongolia. For one, given that many Chinese and Russian companies have shown scant regard for their own air, water, and land resources, they seem unlikely to care much about Mongolia's. And mining wealth is not evenly distributed: it has accrued almost exclusively to an elite set of Mongolians and foreigners. To be sure, unemployed, poor, and desperate Mongolians, known as "ninjas" in the country, have tried to get in on the rush for gold and copper. Lacking expertise and proper equipment, they, too, pose hazards to the environment. The best estimate is that 100,000 such ninjas are currently operating as illegal prospectors. Not only do they pay no taxes; they also contribute to prostitution, gambling, and other illegal activities in Mongolia.

The policies of legitimate mining companies have been similarly controversial. In 2009, for example, Mongolian government officials negotiated a stabilization agreement with the British-Australian mining company Rio Tinto, granting it 66 percent ownership of a lucrative gold and copper mine at Oyu Tolgoi. The talks were, for the most part, conducted in secret, giving rise to considerable suspicions that Mongolia did not come out ahead. After the elections in June 2012, several members of the Mongolian parliament demanded a renegotiation. Rio Tinto and its Western government backers decried this move as "resource nationalism," admonishing their Mongolian opponents to end their efforts. But the Mongolians demurred, intimating that graft and bribery -- at their country's expense -- affected the course of the negotiations. Some critics have accused a few Mongolian officials of accepting payoffs or, at the very least, receiving gifts in exchange for consenting to the agreement.

The opposition's charges are not off base; the level of corruption in Mongolia is astounding. In 2011, for example, Transparency International ranked Mongolia 120 of 182 countries on its corruption index (the higher the number, the more corrupt). The following year, Nambaryn Enkhbayar, the country's prime minister from 2000 to 2004 and its president from 2005 to 2009, was tried, convicted, and imprisoned on charges of corruption. (His supporters claim that the case against him was politically motivated.) The mining sector appears to represent a particular hotbed of corruption.

The extraordinary level of corruption has complicated attempts to tackle Mongolia's major poverty problem. According to the National Statistical Office, 39 percent of the country's population was living in abject poverty in 2010. It then claimed that the rate was reduced to 29 percent in 2011 because of the increase in mining activity and GDP that year, but independent observers have challenged those numbers. Meanwhile, inequality is on the rise. Beggars and street children outside a recently opened Louis Vuitton store in the central square of Ulaanbaatar highlight the stark disparities between a small elite and the larger population.

Another sign of economic dislocation is the dramatic increase in Ulaanbaatar's population. In 1990, less than 25 percent of the Mongolian population lived in the capital; by 2012, that figured had ballooned to 40 percent. A number of factors have produced this wave of in-migration, but the most important is the decline of the herding economy. After the end of communism, herders experienced a considerable reduction in government support, which is essential in a demanding and fragile nomadic pastoral economy. Without sufficient government backing for the construction and maintenance of wells and facilities for transporting animals to market, the provision of veterinarians, and the dissemination of information about weather and prices, herders have found themselves in an increasingly precarious position. Many have not been able to earn a living in the countryside and have moved into tent encampments surrounding the capital. These makeshift neighborhoods often have no running water or sanitation facilities; the trash they produce remains in huge piles for days or weeks on end; and the coal they use for cooking and heating contributes to Ulaanbaatar's position as one the world's most polluted cities. The increase in GDP over the past few years has scarcely touched the tent communities.

Some of the herders, especially in the Gobi Desert, have blamed the mining companies for undermining their livelihoods and compelling them to migrate. They have accused the companies of, on the one hand, diverting precious water in the desert for their own use and, on the other hand, dumping poisonous waste in nearby water supplies. Rio Tinto and other companies have responded that they actually have discovered new sources of water and not impinged upon the herders' supply. Arbitrating these claims has proven exceedingly difficult, because the Gobi is so vast, remote, and difficult to traverse. Nevertheless, Mongolia's environmental ministry has confirmed the drying up of close to 400 rivers, streams, and lakes throughout the country due to industrial (mostly mining) operations.

On the whole, ambiguity characterizes the dramatic increases in Mongolia's GDP. Although the country's mineral and natural resources appear to ensure continued economic growth, deeper problems -- such as income inequality, poverty, the decline of the herding economy, and environmental degradation -- remain. Absent better planning, less corruption, and more government regulation, these problems will only worsen. GDP growth alone, it turns out, is not a panacea.

Source: 1426.blogspot.com


 Gambar Yang Membuatkan Orang BN Rasa Gerun
Posted on Friday, February 08 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: abuluqman

"

kaum India pun dah mula berjina jinak dengan PAS.





Siapa sangka perkara ini boleh berlaku

Dulu, mereka takutkan PAs, tetapi sekarang mereka bersama PAS.. sesuai dengan moto "" PAS For All "" dapatkan berita lagi di Nukilan ABu Luqman.."

  Tunku jika masih hidup tentu kecewa dengan kemunduran Malaysia – Kit Siang
Posted on Saturday, February 09 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Roketkini
KUALA LUMPUR, 8 FEB: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, jika Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman masih hidup sudah tentu dia kecewa apabila melihat keadaan Malaysia mundur berbanding kemajuan yang dicapai Korea Selatan sekarang.

Katanya, kekecewaan itu bukan sahaja dalam konteks demokrasi dan tadbir urus yang baik, perkembangan ekonomi, kemajuan teknologi, pembangunan modan insan, seni dan budaya, malah dalam bidang sukan yang Korea Selatan jauh mendahului Malaysia dalam setengah abad lalu.

“Selaku Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman ketika itu mengadakan pertandingan Pestabola Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan dan pada tahun 60-an dan 70-an, dengan aksi bintang bola sepak terkenal negara seperti Soh Chin Aun, R Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari, menyaksikan pasukan kebangsaan tidak sukar untuk mengalahkan Korea Selatran.

“Malaysia juga memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1974 dan layak ke Olimpik Moscow pada 1980. Bagaimanapun, hari ini, Malaysia hanya menduduki tempat ke-158 daripada 207 negara, berbanding Korea Selatan di tempat ke-34 senarai FIFA dan memenangi pingat gangsa dalam bola sepak sukan Olimpik London 2012,” katanya dalam perutusan Tahun Baru Cina 2013, dan Pengiraan Detik 62 Hari ke PRU-13, hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, malah Tunku Abdul Rahman pasti sedih kerana Malaysia ketinggalan jauh di belakang Korea Selatan dalam kemajuan ekonomi dan pendemokrasian untuk menamatkan hagemoni politik UMNO dengan mewujudkan sistem dua perikatan yang akan membawa keamanan dan kuasa politik bergilir-gilir mengambil tempat melalui peti undi.

Beliau berkata, hari ini adalah ulang tahun ke-110 kelahiran Bapa Malaysia iaitu dua hari sebelum Tahun Baru Cina atau dua atau tiga minggu sebelum pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan.

“Tunku Abdul Rahman pernah berkempen untuk DAP dan Gagasan Rakyat pada PRU 1990, 23 tahun lalu dan berharap mewujudkan penggiliran kuasa daripada UMNO/BN kepada Gagasan Rakyat dan memperkenalkan sistem dua perikatan di Malaysia.

“Saya masih ingat Bapa Malaysia yang berusia 87 tahun ketika itu bertegas mahu berkempen untuk DAP dan Gagasan Rakyat serta berucap di dewan masyarakat Batu Lanchang di Pulau Pinang meskipun dia tidak begitu sihat.

“Oleh itu cara terbaik untuk memperingati ulangtahun kelahirannya Tunku ke-110 adalah memenuhi impian dan kehendaknya pada PRU 1990 pada PRU-13 nanti untuk memperkenalkan sistem dua perikatan dan meletakkan asas demokrasi yang kukuh untuk Malaysia mencapai satu tahap baru perkembangan ekonomi dan pembangunan dengan melakukan perubahan politik dan demokratik pertama dalam tempoh 56 tahun.

“Hanya pada waktu itu Malaysia boleh mula merapatkan jurang dengan Korea Selatan dalam semua bidang. Tidak akan ada cara lebih baik untuk meninggalkan kesan pada Tahun Baru Cina 2013. Saya mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia selamat menyambut Tahun Baru Cina,” katanya.

Menurut Kit Siang, pada hari kedua Tahun Baru Cina pula bintang pop Korea Selatan, Psy yang video “Gangnam Stylenya’ ditonton lebih satu bilion (rekod terkini: 1.27 bilion) di Youtube, dijemput ke Pulau Pinang untuk menjadikan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak satu acara yang julung kali dan bersejarah.

“Rakyat Malaysia sepatutnya bergembira dengan persembahan Psy, tetapi sebelum dan selepas berhibur, mereka perlu memikirkan nasib negara sepanjang setengah abad lalu yang menjadikan Malaysia jauh ketinggalan berbanding Korea Selatan yang kini sebuah negara kaya walaupun ketika mencapai Kemerdekaan pada 1957, Malaysia tiga kali ganda lebih kaya daripada Korea Selatan,” katanya.

Daripada data International Monetary Fund, 1980 adalah tahun terakhir Malaysia memperoleh KDNK perkapita lebih tinggi iaitu US$1,769 berbanding Korea Selatan hanya US$1,689.

Selepas itu, Korea Selatan jauh meninggalkan Malaysia selepas berlakunya proses pendemokrasian di negara itu pada 1987 yang mana ekonomi Korea Selatan mencapai satu tahap baru dalam inovasi dengan anjakan terakhir dalam ruang ekonomi yang maju, terkeluar daripada “perangkap pendapatan pertengahan” yang mana Malaysia masih bergelut untuk melepaskan diri.

Magnitud perubahan nasib antara Malaysia dan Korea Selatan boleh dilihat daripada data KDNK perkapita untuk kedua-dua negara bagi setengah abad lalu daripada data Bank Dunia dan International Monetary Fund, iaitu:


Dalam setengah abad daripada 1960 hingga 2012, KDNK per kapita malaysia meningkat 35 kali ganda, sangat kecil berbanding peningkatan 148.5 ganda KDNK per kapita Korea Selatan ketika itu.

Sejak 1987, Korea Selatan melalui dua peralihan kuasa yang aman dan berjaya melalui peti undi di antara dua perikatan politik apabila calon oposisi memenangi pilihan raya presiden menewaskan calon perikatan pemerintah – pertama kalinya pada 1998 di bawah Kim Dae-jung dan kedua ketika di bawah Lee Myung-bak pada 2007.

Menurutnya, bolehkah Malaysia mengambil langkah pertama untuk proses pendemokrasian pada PRU-13 dengan mewujudkan peralihan kuasa dengan memindahkan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya daripada UMNO/BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Sumber

Tiada ulasan: