Khamis, 21 Februari 2013

HANYUT KE SYURGA BAGUSLAH....JANGAN KITA HANYUT KE NERAKA JAHANAM

Untungnya Raja Ropiaah, lihat cara dia buat duit

Harakahdaily, 21 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah, yang memiliki Awan Megah Sdn Bhd (AMSB) mendapat durian runtuh daripada perjanjian yang ditandatanganinya dengan  anak syarikat  Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Perjanjian itu ditandatangani antara Bakti Wira Sdn Bhd (BWSB), sebuah anak syarikat Boustead Holdings Berhad dan secara langsung dimiliki oleh Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki saudagar permaidani, Deepak Jaikishan.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, yang menjadi seorang pemegang saham minoriti Boustead Holding Bhd untuk meneliti dokumen perjanjian, Raja Ropiaah telah “dianugerahkan” lebihan RM130 juta dalam keuntungan hasil daripada perjanjian tersebut.

"Saya benar-benar terkejut dengan beberapa urusniaga yang sebelum ini disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham yang lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia.

"Urusniaga-urusniaga ini dirancang dan dimeterai dengan satu tujuan iaitu memberikan durian runtuh kepada Raja Ropiaah,” kata Rafizi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Antara fakta yang dipetik Rafizi dalam perjanjian berkenaan:

1.     Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak tambahan
sebanyak RM15 juta kepada AMSB.

2.     23.2 ekar tanah daripada 232.2 ekar tanah yang dipindahkan kepada BWSB kekal di tangan Raja Ropiaah walaupun pembayaran sebanyak RM130 juta telah dibuat atas alasan mengembalikan tanah-tanah kepada anak syarikat LTAT.

3.     Boustead Holdings Berhad juga mendahulukan wang sebanyak RM4 juta
kepada Raja Ropiaah membeli dan menguasai 20 peratus pegangan di dalam ACSB.

4.     BWSB diarahkan untuk menjelaskan apa-apa hutang agar perjanjian usahasama di antara Raja Ropiaah dan GuppyUnip dapat dibatalkan.

Di dalam kertas perjanjian kedua melibatkan pembelian saham yang melibatkan BWSB dan pemegang saham ACSB, Rafizi mendakwa wujud syarat jelas untuk Deepak tidak membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran Boustead Holdings Berhad.
"Ia mengesahkan dakwaan saya sebelum ini bahawa perjanjian bertujuan menutup mulut Deepak," kata Rafizi.

Selain itu, Rafizi mengulangi cabarannya kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menyaman beliau.

“Buat masa sekarang, saya ingin menegaskan kembali bahawa Datuk Seri Zahid Hamidi telah gagal dalam menjaga kepentingan dan kebajikan angkatan tentera.

"Saya juga masih menunggu saman beliau yang belum lagi dihantar kepada saya, agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah,” tambah Rafizi.

Perbezaan pendapat tidak patut didedah – Wan Azizah

Harakahdaily, 21 Feb 2013
PETALING JAYA: Perbezaan pendapat yang wujud antara parti-parti Pakatan sama ada berhubung rundingan kerusi mahupun perkara-perkara lain tidak patut didedahkan kepada umum begitu sahaja, apatah lagi dengan menjelang pilihan raya.


Demikian penegasan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Katanya, sebarang perbezaan di dalam Pakatan sepatutnya diselesaikan secara dalaman, sebagaimana yang telah disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“PAS, DAP dan PKR telah membuat impak besar dalam lanskap politik Johor dan kita telah mencapai kata sepakat dalam isu-isu pokok.

“Hubungan ini harus dijaga. Kenyataan-kenyataan media yang negatif tidak membantu dan boleh dieksploitasi pihak lawan,” ujarnya.

Beliau berkata, PKR juga terus memberi keyakinan kepada Chua Jui Meng untuk memimpin Majlis Pimpinan Negeri Johor.

“Beliau telah begitu banyak menyumbang kepada perkembangan parti di negeri tersebut dan seharusnya terus diberi peluang melakukan perubahan demi rakyat,” katanya lagi.

Penjelasan gambar dengan Chua Soi Lek

Harakahdaily, 21 Feb 2013

(Gambar yang disebarkan dalam internet)

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.

Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel.

Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu.

ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut.

Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam.

Turut menjadi wakil PAS selain tiga pemimpin dalam gambar tersebut adalah adalah Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun beliau tidak ada dalam gambar tersebut, tetapi dilihat ada dalam gambar-gambar lain di persidangan tersebut.

Chua Soi Lek pula hadir mewakili BN bersama Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam persidangan itu, Datuk Mustafa Ali telah diberi penghormatan untuk berucap mewakili PAS.

Mustafa ketika diminta menjelaskan gambar itu berkata, ianya perbualan biasa dan tiada apa yang perlu dipolemikkan.

"Kami deligasi dari Malaysia ditempatkan di hotel yang sama. Jadi ada kalanya bertembung dan berbual lah.

"Kalau tak silap saya, gambar itu diambil oleh pembantu Chua Soi Lek sebab kami semua ada dalam gambar itu," katanya sambil ketawa.

PRU13: Calon ulama hanya jadi pak turut Umno

Rizal Tahir, 21 Feb 2013
KOTA BHARU: Hasrat Umno untuk meletakkan calon ulama pada PRU13 bertujuan menagih sokongan rakyat dan bukannya sebagai rujukan bagi kepentingan masyarakat Islam.
Timbalan Setiausaha Agung PKR, Rosli Abdullah ketika ditemui berkata malah golongan itu tetap akan menjadi alat kepentingan politik mereka sebagaimana sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung ura-ura Umno ingin meletakkan calon di kalangan ulama dalam pilihan raya umum nanti.

Rosli seterusnya memberitahu, bukannya Umno tidak pernah mengambil golongan beragama sebagai calon dan pemimpin mereka, sebaliknya golongan itu hanya akan menjadi pak turut sahaja.

Katanya, Umno bukan sahaja tidak menjadikan ulama sebagai panduan, bahkan kenyataan mufti juga tidak diendahkan sekiranya pihak berkenaan mengkritik tindakan kerajaan yang tidak betul.

Jadi, jelas golongan ulama atau beragama digembar-gemburkan untuk dipilih sebagai calon nanti hanya untuk menarik sokongan rakyat.

Kelantan isytihar China Town di Jalan Kebun Sultan

Rizal Tahir, 21 Feb 2013
KOTA BHARU: Jalan Kebun Sultan di sini diisytiharkan sebagai ‘China Town’ dan majlis pelancarannya akan diadakan pada 8 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu telah disahkan pada mesyuarat Exco semalam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini petang semalam.

Takiyuddin memberitahu, nama Jalan Kebun Sultan bagaimanapun dikekalkan, ‘gelaran’ kepada kawasan tersebut sahaja telah ditukar, memandangkan ianya menjadi pusat pasaran ekonomi, santai warga itu sejak sekian lama.

Menurutnya, bangunan, jenis perniagaan, masyarakat yang terdapat di sekitar itu begitu bersesuaian dengan gelaran China Town di kawasan terbabit.

“Pada masa yang sama kita berharap masyarakat Cina di negeri ini dapat membangun, merancang atau juga sebagai zon perniagaan seperti di negara China.

“Kerajaan negeri akan mempertimbangkan hasrat itu demi untuk sosio ekonomi masyarakat terbabit khususnya di jalan tersebut,” ujarnya.

Untuk menjayakan hasrat tersebut, jelasnya pada 8 Mac ini majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sebelah malam.

Persembahan kebudayaan, katanya yang mewakili pelbagai masyarakat akan diadakan pada malam itu.

Takiyuddin turut menjelaskan, kawasan berkenaan juga menjadi tempat menjual minuman keras untuk bukan Islam di mana peniaganya mendapat lesen dari MPKB.

Katanya lagi, kawasan tersebut juga telah dijadikan antara kawasan pelancongan.

BBSPP dibentuk selamatkan Pasar Payang

Harakahdaily, 21 Feb 2013

Raja baharin berkempen selamtkan Pasar Payang.

KUALA TERENGGANU: Sebuah Badan Bertindak Selamatkan Pasar Payang (BBSPP) telah dibentuk dengan dianggotai oleh 6 buah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Amanah (Angkatan Amanah Merdeka),  Perantau (Persatuan Anak Terengganu di Perantauan),  Gate (Gabungan Anak Terengganu), Mampat (Majlis Pemuafakatan Anak Terengganu),  Jingga 13' dan  Badan Bertindak Banggol Donas.

Dalam perjumpaan di Pasar Kedai Payang kelmarin, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin menyatakan bantahan tehadap cadangan pelaksanaan merobohkan Pasar Kedai Payang bagi membina hotel lima bintang.

"Kami bersetuju sekiranya Pasar Kedai Payang ini dibaik pulih kembali dengan menaiktaraf sistem dan prasarana yg sedia ada serta mempertingkatkan kebersihan, di samping mengekalkan ciri-cri tradisional kerana Pasar Payang merupakan Ikon bertaraf antarabangsa Terengganu yang menduduki  tempat ketiga dalam pasar-pasar terkenal Asia di belakang ‘Pasar Air Bangkok’ menduduki tempat pertama," jelas beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Warisan Negara.

Selaku Pengerusi BBSPP, Raja Kamarul Bahrin Shah memberitahu, jawatankuasa betindak ini akan memperjuangkan penjaja dan peniaga kecil Melayu yang akan hilang mata pencariannya di pasar payang yang menjadi ‘ikon utama’ peniaga-peniaga Melayu di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu tetapi juga menyelamatkan Warisan Pasar Payang, Terengganu itu sendiri dari terpupus ekoran pembangunan yang tidak terkawal.

Tambah beliau lagi, pembagunan hotel dan pengsapuri di tapak Pasar Payang yang akan dilakukan itu tidak menepati syarat serta keperluan Pelan Tindakan Kawasan Shah Bandar yang dbuat Kerajaan Terengganu sendiri pada Disember 2005.

"Bantahan ini bukan bermakna kami menolak pembangunan, namun strategi pembagunan seharuslah memelihara warisan serta sosio budaya tempatan bukannya terus merobohkan dan melenyapkannya khususnya dalam landskap Negeri Terengganu," katanya.

Beliau berkata masih banyak lagi tanah-tanah dan kawasan yang ada di sekitarnya yang boleh dibangunkan untuk pembangunan hotel seperti 40 ekar di tanah besar (south break water) di bandar dan 140 ekar di Seberang Takir (north break water) masih belum dibangunkan dengan sebuah bangunan pun.

 

(Gambar) Dulu kain batik, kain pelikat, sekarang...

http://duniacacamarba.blogspot.com, 20 Feb 2013
[Gambar] Dulu Kain Batik, Kain Pelikat, Sekarang....Terdesak Sungguh
https://m.ak.fbcdn.net/sphotos-c.ak/hphotos-ak-snc7/307365_349140805201618_316454694_n.jpg
Siapa dapat angkat tangan? Orang bagi, ambil, apabila mengundi pangkah lain!

Siapa yang sanggup undi BN hanya kerana kicap dan sos di atas?


P/s:  Patutnya, poster di atas kena ada pernyataan "...Kerana Anda Kuat Kami Dapat Macam-macam..."

Tiada ulasan: