Polis P Pinang sahkan ada cubaan ancam nyawa Psy
Ketua
polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan berlakunya
cubaan mengancam nyawa Psy apabila penyanyi tersebut tiba di Pulau
Pinang pada kira-kira jam 7 pagi Isnin lalu.Abdul Rahim berkata beliau menerima maklumat daripada Bukit Aman pada 10 Februari bahawa wujud ancaman ke atas nyawa penyanyi tersebut.
Ekoran itu, pasukannya meningkatkan kawalan dan mengiringi Psy semenjak penyanyi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hinggalah beliau beredar, katanya kepada Malaysiakini.
"Anda tahu bila dia berangkat meninggalkan Pulau Pinag? Pada dinihari jam 2 pagi. Kami memastikan beliau selamat dan kami mengiringi beliau ke lapangan terbang. Beliau meninggalkan negara ini dengan selamat selepas itu," katanya lagi.
Abdul Rahim bagaimanapun tidak menjelaskan cubaan berkenaan dan juga identiti individu yang didakwa cuba mengancam penyanyi berkenaan, yang tiba ke negara ini dengan penerbangan selama 20 jam dari Brazil.
Abdul Rahim mengulas dakwaan oleh pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berhubung cubaan tersebut.
Teng mendakwa, perkara itu menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin lain segera meninggalkan pentas selepas acara menggaul yee sang.
Teng kini dakwa ada cubaan ancam nyawa Psy
Pengerusi
BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata terdapat satu cubaan ancaman
terhadap nyawa artis sensasi Korea Selatan, Psy, yang menjadi sebab
mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta meninggalkan
pentas lebih awal selepas acara menggaul yee sang di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Kolej Han Chiang Isnin lalu.
Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak polis yang mereka menerima maklumat terdapat cubaan ancaman terhadap nyawa Psy dan itulah sebabnya mengapa orang ramai di tempatkan agak jauh dari pentas.
Pihak polis juga, tambahnya, terpaksa membuat beberapa
pertimbangan segera dan memberitahu pihaknya supaya meminta Najib segera turun dari pentas selepas acara menggaul yee sang, jelas Teng selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Cina Gerakan di Jelutong hari ini.
Setiausaha Agung Gerakan itu cuba menjelaskan mengapa Psy, atau Park Jae-sang, tidak menyertai acara menggaul yee sang bersama Najib dan pemimpin BN di atas pentas.
Beliau menafikan dakwaan bahawa Psy enggan bersama Najib, sambil menambah bahawa apa yang berlaku pada hari - di mana pemimpin BN kelihatan keliru dan tidak teratur di atas pentas - dengan pengacara merayu kepada Psy untuk menyertai acara tersebut.
Sebenarnya, tegas Teng, berlaku beberapa masalah teknikal dan peranan pengacara sepatutnya hanya memperkenalkan Psy dan bukan memanggil artis tersebut naik ke pentas.
"Dia (pengacara) kemudian memberitahu saya yang dia mendapat arahan dari seseorang lain untuk berbuat demikian," katanya.
1. 'Menteri' dipersalah, punca Psy tak gaul yee sang

Najib: Parlimen hanya dibubar bila semua bersedia
Pembubaran
Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia
menghadapi pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak.
"Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia... sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).
"Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN... satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di Papar hari ini.
Najib yang juga pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya "bilakah beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum".
Apabila ditanya betapa dekatnya pembubaran Parlimen, beliau berkata: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".
Mengenai hasil pertemuannya dengan pemimpin parti komponen BN negeri semalam, perdana menteri berkata tidak ada masalah serius yang dihadapi mereka cuma sedikit masalah dari segi penyelarasan dan personaliti.
"Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan tahap persefahaman yang wujud di kalangan parti komponen BN Sabah," katanya.
Mengenai calon BN dalam pilihan raya umum ke-13, Najib berkata BN sudah hampir selesai memilih calon.
"Kita mesti melakukan verifikasi dari segi latar belakang dan juga keselamatan dan apa-apa juga laporan daripada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sebagainya sebelum kita memuktamadkan senarai tersebut," katanya.
- Bernama
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemberian BR1M akan diteruskan sekiranya kerajaan BN memenangi pilihan raya dan mempunyai kemampuan kewangan untuk terus membantu rakyat.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Tun Razak) ada sebutkan dua hari lepas di Johor. Ada orang tanya ada ke tidak BR1M 3 dan BR1M 4.
"Beliau (perdana menteri) kata ada, dengan syarat BN terus berkuasa, baru lah ada BR1M. Manalah tahu kalau rezeki bertambah, RM500 naik kepada RM1,000," katanya berucap pada majlis penyerahan BR1M kepada 2,042 penerima peringkat Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, di Felda Sri Jaya, di Ledang hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana supaya tidak menolak tuah dan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi menjamin masa depan terutama dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan BN sudah elok namun ia belum mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju setanding negara luar.
Beliau berkata kerajaan kini berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan dan menunaikan pelbagai janji yang dibuat berbanding pembangkang yang sering menabur fitnah dan mengelirukan rakyat dengan pelbagai cerita kononnya kerajaan tidak melakukan sebarang usaha memajukan negara.
"Pembangkang kata BN zalim, seksa rakyat. Kata kita tidak tolong rakyat. Jadi, rakyat jangan mudah termakan janji. Yang sudah elok, kita baiki lagi.
"Saya tidak kata BN elok 100 peratus. Dalam keluarga kita di rumah pun ada masalah. Sedangkan lidah lagi tergigit. Hari ini BN sudah tunai banyak janji, cuma belum sampai matlamat menjadikan Malaysia negara maju," katanya.
-Bernama
Dua lagi menteri yang menyatakan sokongan itu adalah menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz, kata Ahmad Zahid seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
"Kita beri jaminan program turun padang yang diadakan adalah untuk membantu Zambry memperkukuh usahanya, bukanlah untuk mengambilalih tempatnya.
"Beliau (Zambry) banyak memberi pembangunan kepada Perak serta rajin turun padang dan mesra rakyat," katannya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Kenyataan Ahmad Zahid itu, dalam satu majlis di Tanjung Piandang dekat Parit Buntar turut dilaporkan akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times.
Kenyataannya itu bagi menjawab spekulasi bahawa salah seorang daripada tiga menteri tersebut mungkin akan menggantikan Zambry sekiranya BN mengekalkan penguasaannya di negeri itu.
Zambry dilantik menjadi menteri besar selepas negeri itu jatuh ke tangan BN, ekoran tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat yang berpaling tadah pada 2009.
"Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia... sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).
"Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN... satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di Papar hari ini.
Najib yang juga pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya "bilakah beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum".
Apabila ditanya betapa dekatnya pembubaran Parlimen, beliau berkata: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".
Mengenai hasil pertemuannya dengan pemimpin parti komponen BN negeri semalam, perdana menteri berkata tidak ada masalah serius yang dihadapi mereka cuma sedikit masalah dari segi penyelarasan dan personaliti.
"Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan tahap persefahaman yang wujud di kalangan parti komponen BN Sabah," katanya.
Mengenai calon BN dalam pilihan raya umum ke-13, Najib berkata BN sudah hampir selesai memilih calon.
"Kita mesti melakukan verifikasi dari segi latar belakang dan juga keselamatan dan apa-apa juga laporan daripada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sebagainya sebelum kita memuktamadkan senarai tersebut," katanya.
- Bernama
TPM: BR1M mungkin naik jika BN terus diberi mandat
Timbalan
Perdana Menteri hari ini membayangkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M) yang kini berjumlah RM500 mungkin meningkat kepada RM1,000 pada
masa depan jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir
negara.Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemberian BR1M akan diteruskan sekiranya kerajaan BN memenangi pilihan raya dan mempunyai kemampuan kewangan untuk terus membantu rakyat.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Tun Razak) ada sebutkan dua hari lepas di Johor. Ada orang tanya ada ke tidak BR1M 3 dan BR1M 4.
"Beliau (perdana menteri) kata ada, dengan syarat BN terus berkuasa, baru lah ada BR1M. Manalah tahu kalau rezeki bertambah, RM500 naik kepada RM1,000," katanya berucap pada majlis penyerahan BR1M kepada 2,042 penerima peringkat Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, di Felda Sri Jaya, di Ledang hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana supaya tidak menolak tuah dan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi menjamin masa depan terutama dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan BN sudah elok namun ia belum mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju setanding negara luar.
Beliau berkata kerajaan kini berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan dan menunaikan pelbagai janji yang dibuat berbanding pembangkang yang sering menabur fitnah dan mengelirukan rakyat dengan pelbagai cerita kononnya kerajaan tidak melakukan sebarang usaha memajukan negara.
"Pembangkang kata BN zalim, seksa rakyat. Kata kita tidak tolong rakyat. Jadi, rakyat jangan mudah termakan janji. Yang sudah elok, kita baiki lagi.
"Saya tidak kata BN elok 100 peratus. Dalam keluarga kita di rumah pun ada masalah. Sedangkan lidah lagi tergigit. Hari ini BN sudah tunai banyak janji, cuma belum sampai matlamat menjadikan Malaysia negara maju," katanya.
-Bernama
Bab khas wanita, keluarga dalam manifesto BN
Barisan
Nasional (BN) akan memasukkan satu bab khas, khusus untuk pembangunan
wanita dan keluarga dalam manifesto parti itu bagi menghadapi Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Ketua Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata perkara itu telah dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang amat mementingkan pembangunan wanita dan keluarga di negara ini.
"Kita amat gembira sekali, kita minta kepada Datuk Seri Najib dan beliau setuju kerana pada beliau dan BN, pembangunan wanita dan keluarga amat mustahak.
"Wanita bukan hanya separuh daripada pengundi, wanita juga menjadi rakan kongsi dengan kaum bapa dalam pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Mengenai dakwaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungannya ke Sabah baru-baru ini bahawa BN tidak mendapat sokongan rakyat di Semenanjung, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno berkata ia suatu pembohongan dan fitnah pembangkang.
"Jentera Wanita telah turun padang dan (pergi) rumah ke rumah untuk melakukan kiraan pengundi dan melalui maklum balas yang kita terima, sokongan kepada perdana menteri dan BN semakin melonjak. Jangan dengar pembohongan pembangkang," katanya.

Tiga menteri sokong Zambry kekal sebagai MB
Menteri
Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau serta dua lagi
menteri kabinet berusaha untuk membantu Menteri Besar Perak Datuk Seri
Zambry Abdul Kadir mengekalkan jawatan tersebut sekiranya BN memenangi
pilihan raya umum akan datang.Dua lagi menteri yang menyatakan sokongan itu adalah menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz, kata Ahmad Zahid seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
"Kita beri jaminan program turun padang yang diadakan adalah untuk membantu Zambry memperkukuh usahanya, bukanlah untuk mengambilalih tempatnya.
"Beliau (Zambry) banyak memberi pembangunan kepada Perak serta rajin turun padang dan mesra rakyat," katannya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Kenyataan Ahmad Zahid itu, dalam satu majlis di Tanjung Piandang dekat Parit Buntar turut dilaporkan akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times.
Kenyataannya itu bagi menjawab spekulasi bahawa salah seorang daripada tiga menteri tersebut mungkin akan menggantikan Zambry sekiranya BN mengekalkan penguasaannya di negeri itu.
Zambry dilantik menjadi menteri besar selepas negeri itu jatuh ke tangan BN, ekoran tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat yang berpaling tadah pada 2009.
Wanita maut ditikam ketika sedang mandi
Seorang
wanita yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan maut selepas
ditikam seorang lelaki ketika dia sedang mandi di rumahnya di Taman Hwa
Seng, Alma di Bukit Mertajam hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 31 tahun itu yang dikatakan menaruh hati terhadap Tan Ching Chin, 24, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga kali di perut dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi tadi.
Beliau berkata lelaki itu yang merupakan pembekal barangan binaan kepada syarikat milik abang mangsa turut bertindak menikam dirinya sendiri selepas menikam mangsa.
"Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala suspek mengalami kecederaan parah dan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.
Beliau berkata kejadian itu berlaku apabila lelaki tersebut yang berada di rumah mangsa sejak Ahad lalu untuk menyambut Tahun Baru Cina, bertindak memasuki bilik air ketika mangsa sedang mandi dan terus menikam mangsa.
Mazlan berkata ketika kejadian, ibu mangsa dan pembantu rumah mereka berada di rumah, bagaimanapun mereka tidak sempat membantu Tan kerana kejadian itu berlaku tanpa disedari sesiapa.
"Lelaki itu datang ke rumah mangsa sejak minggu lepas untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama mangsa dan keluarganya sebelum berlaku pertengkaran hari ini yang dipercayai akibat cemburu," katanya.
Katanya siasatan awal polis menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ahmad Bashah: MB Kedah angkuh minta RM100j
Umno
Kedah menyifatkan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak angkuh
apabila didakwanya mengugut kerajaan pusat membayar RM100 juta supaya
menghentikan penebangan balak di negeri itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan Azizan boleh dianggap tidak mengenang budi kerajaan pusat yang memberi banyak bentuk bantuan kepada Kedah yang ditadbir pembangkang.
"Azizan boleh tergamak mengugut kerajaan pusat. Sikap seperti ini tidak patut ada pada seorang Menteri Besar," katanya mengulas kata dua menteri besar itu semalam yang akan terus menebang balak dalam kawasan hutan simpan jika kerajaan pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun.
Dalam satu kenyataan kepada media di Alor Setar hari ini, Ahmad Bashah berkata Azizan sewajarnya menyelesaikan isu itu melalui musyawarah atau perbincangan dengan kerajaan pusat dan bukan dengan membuat ugutan.
"Saya lihat cara terbaik ialah melalui perbincangan jika benar bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membuat perjanjian lisan pada satu ketika dulu ketika isu balak di Kedah hangat diperbualkan.
"Dalam soal ini Azizan mewujudkan dua isu iaitu mengugut supaya dibayar RM100 juta dan satu lagi penebangan balak. Saya lihat tindakan Azizan adalah bagi menghalalkan tindakan rakus kerajaan negeri menebang balak," katanya.
Ahmad Bashah berkata Azizan membangkitkan soal bayaran bagi melepaskan dirinya daripada kritikan menggunung orang ramai tentang tindakan buruk kerajaan menggondol bukit di Baling dan Padang Terap bagi pengambilan balak.
"Strategi Azizan agak mudah. Apabila kerajaan pusat enggan melayan tuntutannya, Menteri Besar itu berkata akan terus menebang balak dan boleh menyalahkan kerajaan," katanya.
Mengulas kenyataan Azizan bahawa beliau tidak peduli luahan staf Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengenai nasib mereka dan kemelut pentadbirannya, Ahmad Bashah berkata sikap 'tidak tahu dan tidak peduli' Menteri Besar itu sebenarnya melambangkan kelemahan kerajaan negeri pimpinan PAS.
Staf Insaniah menderita dengan pelbagai masalah seperti bayaran pinjaman kepada bank tidak dibuat, KWSP tidak dicarum dan pelbagai masalah lain.
"Bagaimana hendak selesai masalah jika semua pihak tidak mahu bertanggungjawab," katanya sambil menambah masalah Kuin tidak akan selesai tanpa campur tangan Menteri Besar.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata Azizan cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar iaitu pembalakan rakus oleh PAS Kedah di Tasik Pedu.
"Tuntutan itu tidak boleh dilayan kerana ia hanya perjanjian lisan. Azizan sendiri tidak terlibat dalam perjanjian tersebut," katanya kepada pemberita selepas taklimat pelaburan Kedah di Hotel Holiday Vila di sini hari ini.
Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berasa pelik dengan Azizan kerana sebagai Menteri Besar beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan seperti itu.
"Takkan dia tak tahu mengurus tadbir kerajaan negeri tidak boleh berpegang kepada perjanjian lisan. Tambahan dia sendiri tidak terlibat. Dari mana dia dapat maklumat ini sampaikan berpegang pada lisan sebagai perjanjian," katanya.
Mukhriz berkata tuntutan itu menunjukkan Azizan tidak mempunyai fokus terhadap isu dan masalah kegiatan penebangan balak bernilai tinggi dengan alasan membuka ladang buah-buahan walaupun dibantah rakyat.
Katanya lapan orang Menteri Besar sebelum ini tidak sanggup melakukan aktiviti itu namun Azizan menggunakan taktik menyalahkan pihak lain bagi menutup kerakusan pembalakan itu.
Mukhriz berkata bekas Menteri Besar Datuk Seri Syed Razak Syed Zain pernah mencadangkan pembalakan dalam air Tasik Pedu tanpa menjejaskan alam sekitar dan pelancongan tetapi dibantah Azizan.
Beliau juga menyoal ke mana duit hasil balak akan digunakan kerana sebelum ini kerajaan pusat memberi RM150 juta untuk menyelenggara jalan negeri tetapi hanya RM60 juta yang dibelanjakan dan bakinya tidak diketahui ke mana hilangnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan