'Kenyataan palsu' dakwa PM letak jawatan dipadam
Ketua
Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem
penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung
dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mungkin telah digodam.Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.
"Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
"Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia.
"Satu laporan polis juga akan dibuat mengenai perkara ini dan Jabatan Penerangan Malaysia menyerahkan perkara ini kepada pihak poilis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.
Mahathir: Bahaya jika media alternatif tak dikawal
Kebebasan
yang ditawar media alternatif menerusi Internet telah menimbulkan
beberapa situasi yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai
kebenaran dan sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.Beliau berkata menerusi media alternatif, sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang kenyataan yang mereka suka secara langsung di Internet, tanpa sebarang kawalan kerana tidak ada pengurus, editor atau penyunting untuk mengubah isi kandungannya.
"Bahasa kesat dan berbaur perkauman juga menyebabkan ketegangan semakin meningkat di kalangan masyarakat. Segala jenis tuduhan dibuat tanpa sebarang asas. Ketika ini, kita boleh melihat klip video yang telah diubah, dimuat naik dalam YouTube," kata beliau dalam entri terbaharu blognya.
Dr Mahathir merujuk klip video yang menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyoal khalayak di Pulau Pinang baru-baru ini sama ada mereka bersedia untuk BN (BN), yang seolah-olah dijawab dengan perkataan 'Tidak'.
"Kini didapati perkara itu dilakukan dengan membawa satu kumpulan yang dilengkapi kamera video dan mikrofon ke dalam khalayak. Apabila PM menyoal 'Adakah anda bersedia untuk BN', kumpulan ini menjeritkan 'Tidak' sebagai respons.
"Ia kelihatan seolah-olah keseluruhan khalayak menjeritkan perkataan 'Tidak'. Walhal hanya satu kumpulan ini yang menjeritkan 'Tidak' kepada mikrofon mereka. Perkataan 'Ya' daripada sekumpulan besar khalayak lagi tidak dirakam dan dimasukkan dalam klip video yang dimuat naik di YouTube.
"Rakaman ini segera dimuat naik ke YouTube dan merebak ke blog lain. Meskipun terdapat video lain, yang menunjukkan khalayak mengangkat tangan dan menjeritkan perkataan 'Ya', dimuat naik dalam YouTube selepas itu, kebanyakan orang tidak mempedulikannya. Mereka terus mempercayai klip video palsu ini," katanya.
Menyedari perkara ini adalah hasil langsung kebebasan yang ditawar media alternatif, Dr Mahathir berkata, "Kebebasannya hampir mutlak."
Dr Mahathir berkata meskipun media alternatif memberi kebebasan kepada semua orang untuk menghebahkan apa sahaja yang mereka suka, penggodam dan yang lain juga boleh menyekat entri sesiapa yang mereka pilih.
"Setakat ini, saya sendiri terpaksa menukar lima laman untuk blog saya kerana entah bagaimana ia diusik sehingga menyebabkan orang ramai tidak boleh mengakses blog saya, dan saya berjaya disenyapkan.
"... Namun saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghentikan orang yang mungkin ingin menghalang kebebasan saya menerusi media alternatif," katanya.
- Bernama
Pengantin hilang di hari perkahwinan
Satu majlis perkahwinan terpaksa dilangsungkan di sini sekalipun tanpa kehadiran pasangan pengantin. Salmiah Ahmad, 56, ibu kepada pengantin perempuan berkata keluarganya terpaksa meneruskan majlis itu semalam kerana kad jemputan telah diedar kepada saudara mara dan sahabat handai, dan tidak sempat untuk ditarik balik.
Lagipun, segala urusan untuk kenduri telah dibereskan, katanya.
Anaknya, Nor Azlina Ismail, 23, keluar meninggalkan rumah Rabu lepas dan tidak pulang hingga semalam.
Menceritakan dengan lebih lanjut, Salmiah berkata Azlina keluar dari rumah tanpa membawa sebarang beg atau pakaian.
"Pada hari kejadian, saya dan suami ke mahkamah Jawi kerana ada urusan, manakala Azlina berada di rumah bersama adiknya.
"Dia suruh adiknya hantar ke jalan besar di hadapan perumahan ini.
"Dia beritahu adiknya yang dia nak keluar dengan kawan yang bekerja kilang dengannya sebelum ini, tetapi sampai malam Azlina tidak pulang.
"Ayahnya membuat laporan polis berhubung kehilangannya," kata Salmiah kepada pemberita di rumahnya di Nibong Tebal.
Salmiah berkata setahunya, Nor Azlina, anak kelima daripada enam beradik itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga atau tunangnya.
Menurut beliau anaknya memang mahu mengahwini bakal suaminya.
"Azlina sayangkan tunangnya. Mereka dah bertunang tiga tahun," katanya.
Dalam pada itu, Salmiah berkata keluarganya tidak menolak kemungkinan anak gadisnya itu lari bersama seorang lelaki yang juga jiran mereka kerana lelaki itu juga hilang pada hari yang sama.
Ayah Azlina, Ismail Saad, 60, pula berkata mereka sekeluarga bimbang mengenai keselamatan Azlina dan merayu anaknya pulang ke pangkuan keluarga.
"Kalau lelaki itu betul sukakan Azlina, bawalah dia balik ke pangkuan kami dan bincang elok-elok.
"Kami sekeluarga boleh terima dia dengan baik," katanya.
- Bernama
Anwar disambut lebih meriah di majlis Dong Zong
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih
meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang
turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini.Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu.
Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.
Slogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu.
Penyokong tersebut menambah perkataan "new" dan "Anwar" pada slogan yang diedarkan untuk meraikan Najib itu dengan menggunakan pena dakwat hitam.
Salah seorang individu bertanggungjawab, Jimmy Wong Chee Wai, 34, berkata beliau berbuat demikian untuk menunjukkan sokongannya kepada Anwar, yang diyakininya sebagai bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang.
Beliau berharap ketibaan tahun tahun baru Cina ini juga membawa maksud bahawa perdana menteri akan datang bukan lagi dari BN.
"Beliau (Anwar) sepatutnya jadi PM kita selepas ini," kata beliau yang hadir dengan memakai baju-T BERSIH.
Najib yang tiba lebih awal daripada Anwar tidak membuat sebarang ucapan atau memberikan kenyataan kepada media walaupun ini merupakan kunjungan bersejarah sebagai perdana menteri pertama yang hadir ke majlis Dong Zong.
Najib beredar selepas meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk menikmati hidangan, menyaksikan persembahan, menyertai acara menggaul yee sang dan menulis kaligrafi.
Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian pula, yang tidak membuat ucapan sewaktu kehadiran Najib, mengambil peluang untuk berucap sewaktu Anwar berada di majlis itu.
Dalam ucapannya, beliau antara lainnya merayu agar "rakan" Dong Zong terus menyokong usaha yang dijalankan pertubuhan berkenaan.
"Kita dalam tahun baru ini semuanya akan berubah. Jadi di sini saya harap semua rakan-rakan sokong Dong Zong sampai mencapai kita punya matlamat," kata Yap.
Yap yang berucap dalam bahasa Melayu itu turut menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana sudi hadir ke majlisnya.
Tindakan Yap yang menyebut nama Najib itu bagaimanapun disambut dengan laungan "boo" oleh para penyokong Pakatan.
Kumpulan sama turut melaungkan "Reformasi" sekali lagi sewaktu Anwar beredar daripada majlis tersebut.
Hadirin yang menikmati hidangan secara lambak sejak ketibaan Najib juga mula beransur-ansur meninggalkan majlis sebaik sahaja Anwar beredar.
Turut bersama Anwar pada majlis tadi adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, serta presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.
Video 2.44 minit
Polis: Kumpulan di Lahad Datu mahu temui 'personaliti'
Kumpulan
penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo di
Lahad Datu bersetuju dengan proses pengusiran mereka tetapi terlebih
dahulu ingin berjumpa personaliti tertentu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya sedang berusaha untuk mereka (kumpulan penceroboh) berjumpa dengan individu berkenaan.
"Pada dasarnya mereka bersetuju dengan proses pengusiran itu tetapi sebelum itu mereka ingin berjumpa dengan personaliti itu. Sebab itu kita tidak dapat tentukan bila mereka akan diusir tetapi mereka sudah bersetuju untuk dihantar pulang," katanya sambil enggan mengulas identiti individu tersebut.
Beliau ditemui pemberita di Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat kira-kira 100 kilometer dari Lahad Datu hari ini.
Pada Selasa lepas, kumpulan penceroboh yang menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu di Sabah dihantar pulang ke negara asal.
Hamza berkata buat masa ini keadaan masih sama lagi dan pihaknya masih lagi menguruskan usaha untuk memastikan mereka dihantar pulang ke Filipina.
Katanya seperti mana yang beliau katakan semalam, masih banyak perkara perlu diselaraskan.
"Kadang-kadang kita sebagai manusia ada perkara yang dalam jangkauan kita dan ada yang di luar jangkauan kita.
"Apa yang pasti kita tidak ada perundingan dengan mereka sebab apa yang mereka tuntut di landasan yang salah dan meminta mereka mengemukakannya dalam forum tertentu," katanya.
Hamza mengulangi jaminan bahawa keadaan keselamatan di negeri ini terutama di daerah ini adalah terkawal dengan pasukan keselamatan melakukan kawalan yang ketat.
Katanya kawasan tempat mereka melakukan pencerobohan (Kampung Tanduo) dikepung pasukan keselamatan.
"Laluan masuk dan keluar di kawasan itu dikawal rapi. Kita tahu jumlah mereka dan di mana mereka berada," katanya.
Ditanya mengenai ada pihak tidak berpuas hati pendekatan pasukan keselamatan menangani isu ini melalui perundingan, Hamza berkata ia selari dengan pendekatan kerajaan yang dikenali menyelesaikan sesuatu isu melalui perundingan.
"Kita kena lihat banyak perspektif sebab kita berunding dengan manusia. Kita juga kena ingat, kebanyakan mereka sama ada mereka datang dari Selatan Filipina termasuk di Sabah, mereka berkaitan.
"Apa perasaan mereka jika kita mengambil tindakan menentang orang mereka. Kita kena lihat kedua-dua perspektif," kata Hamza.

Anwar, Kit Siang nafi pelawa Ku Li jadi PM
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan ura-ura bahawa Pakatan
Rakyat akan mempelawa ahli Parlimen Gua Musang untuk menjadi perdana
menteri sekiranya Pakatan mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum
akan datang.
Beliau juga mendakwa, isu berkenaan hanyalah gembar-gembur yang dimainkan oleh media Umno.
"Saya tak tahu saya belum dengar apa-apa. Saya tak tahulah kalau Kit (Siang) ada dengar apa-apa.
"Saya rasa ini (kerja) akhbar Umno," katanya menjawab soalan wartawan sewaktu ditemui selepas majlis Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong di Kajang.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sidang media sama juga menyifatkan perkara itu sebagai khabar angin.
"Saya fikir ini semua khabar angin," kata Kit Siang.
Dakwaan berkenaan dibangkitkan bekas wakil rakyat Pakatan, Datuk Dzahrain Hashim dalam satu laporan The Star semalam.
MP Bayan Baru itu mendakwa DAP dan PAS telah mencapai persefahaman untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri Pakatan kerana beliau calon yang lebih baik.
Pimpinan tettinggi Pakatan Rakyat sebelum ini sebulat suara berazam melantik Anwar sebagai PM jika mereka mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang.
Laporan agensi berita AFP menyebut, Xenophon yang tiba di lapangan terbang Melbourne pagi ini berkata beliau terkejut dengan tindakan ke atasnya.
"Nampaknya, satu-satunya risiko adalah untuk saya memalukan kerajaan Malaysia atas sokongan saya pada pilihan raya bebas di Malaysia," katanya.
Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia selepas kerajaan Australia menolak permohonan Anwar mendapatkan pemerhati bebas bagi memantau pilihan raya umum akan datang.
Tiga lagi anggota delegasi itu ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.
Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.
Ketiga-tiga MP berkenaan, menurut laporan AFP, telahpun membatalkan kunjungan mereka ke negara ini susulan tindakan ke atas Xenophon.
Oleh: imamsurau
"TANJONG KARANG - Selebriti dan pelakon, Abby Abadi mengajak golongan wanita membuat perubahan ke arah lebih baik dalam memilih pemimpin yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan juga meminta orang ramai memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas sekali gus terus mempertahankan Selangor.
“Kita lihat banyak kebajikan dapat dinikmati rakyat apabila PR mentadbir berbanding sebelum ini dan membuktikan keberanian rakyat dalam melakukan perubahan pada pilihan raya umum lalu.
“Rakyat sendiri dapat menikmati pelbagai program yang baik demi untuk kesenangan rakyat termasuk Program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE), air percuma dan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas),” katanya ketika hadir memeriahkan Program Pentas Wanita bersama Selebriti di Balairaya Lorong 7 Ban 1, Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini.
Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri (BPPN) Selangor, Mariam Abdul Rashid yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Mohamad Judi Sarjo.
sumber"
Beliau juga mendakwa, isu berkenaan hanyalah gembar-gembur yang dimainkan oleh media Umno.
"Saya tak tahu saya belum dengar apa-apa. Saya tak tahulah kalau Kit (Siang) ada dengar apa-apa.
"Saya rasa ini (kerja) akhbar Umno," katanya menjawab soalan wartawan sewaktu ditemui selepas majlis Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong di Kajang.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sidang media sama juga menyifatkan perkara itu sebagai khabar angin.
"Saya fikir ini semua khabar angin," kata Kit Siang.
Dakwaan berkenaan dibangkitkan bekas wakil rakyat Pakatan, Datuk Dzahrain Hashim dalam satu laporan The Star semalam.
MP Bayan Baru itu mendakwa DAP dan PAS telah mencapai persefahaman untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri Pakatan kerana beliau calon yang lebih baik.
Pimpinan tettinggi Pakatan Rakyat sebelum ini sebulat suara berazam melantik Anwar sebagai PM jika mereka mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang.
Senator Australia persoal pengusiran
Senator
Australia Nick Xenophon yang diusir selepas beberapa jam mendarat di
negara ini, percaya kerajaan Malaysia bertindak demikian ekoran
sokongannya ke atas gerakan pro-demokrasi dan juga kumpulan reformasi
pilihan raya BERSIH.Laporan agensi berita AFP menyebut, Xenophon yang tiba di lapangan terbang Melbourne pagi ini berkata beliau terkejut dengan tindakan ke atasnya.
"Nampaknya, satu-satunya risiko adalah untuk saya memalukan kerajaan Malaysia atas sokongan saya pada pilihan raya bebas di Malaysia," katanya.
Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia selepas kerajaan Australia menolak permohonan Anwar mendapatkan pemerhati bebas bagi memantau pilihan raya umum akan datang.
Tiga lagi anggota delegasi itu ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.
Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.
Ketiga-tiga MP berkenaan, menurut laporan AFP, telahpun membatalkan kunjungan mereka ke negara ini susulan tindakan ke atas Xenophon.
Abby Abadi ajak wanita buat perubahan Posted on Monday, February 18 @ 11:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Oleh: imamsurau
"TANJONG KARANG - Selebriti dan pelakon, Abby Abadi mengajak golongan wanita membuat perubahan ke arah lebih baik dalam memilih pemimpin yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan juga meminta orang ramai memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas sekali gus terus mempertahankan Selangor.
“Kita lihat banyak kebajikan dapat dinikmati rakyat apabila PR mentadbir berbanding sebelum ini dan membuktikan keberanian rakyat dalam melakukan perubahan pada pilihan raya umum lalu.
“Rakyat sendiri dapat menikmati pelbagai program yang baik demi untuk kesenangan rakyat termasuk Program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE), air percuma dan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas),” katanya ketika hadir memeriahkan Program Pentas Wanita bersama Selebriti di Balairaya Lorong 7 Ban 1, Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini.
Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri (BPPN) Selangor, Mariam Abdul Rashid yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Mohamad Judi Sarjo.
sumber"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan