Belanja rakyat sekeluarga setahun dengan kenduri pertunangan anak PM
http://yongsukakuning.blogspot.com, | 24 Feb 2013 |
BEZA BELANJA RAKYAT SEKELUARGA UNTUK SETAHUN DAN KENDURI PERTUNANGAN ANAK PM 1MALAYSIA
Apakah beza antara belanja rakyat 1Malaysia sekeluarga dengan belanja kenduri pertunangan anak PM 1Malaysia? = RM22.00 sahaja.
Jangan terkejut.
Ini bukan cubaan!
Ini bukan cubaan!
Ini kata PM 1Malaysia:
Rakyat boleh belanja RM500 untuk makan satu keluarga selama 12 bulan!!!! Wow!!!:
Ada sesiapa mahu despute?
Di bawah ini pula invoice kenduri
pertunangan anak PM 1Malaysia dari Shangri-la. Najib kata dia bayar
sendiri. Huh, rakyat 1Malaysia patut bangga. Kita ada piem yang kaya
raya! Belanja kenduri untuk VIP hanya RM522.00 sahaja.
Wei, RM522.00 untuk seorang VIP lah
(tengok anak panah biru). Takkan VIP nak bagi makan nasi dengan kicap
Tamin dan ikan kering kot?
Apa nak heran. Sebuah beg birkin pun cuma jutaan RM sahaja!
Selepas buat cerita lawak 1001 malam,
oops... 365 x 4 malam, PM 1Malaysia cuba alih cerita ke bab lain. Dia
kata Tuan Guru Nik Aziz pergi rumah Karpal Singh yang anti hudud.
Siapa sebenarnya yang menentang hudud? Bab itu Yong dah citer di sini.

Hujung minggu ni nak rehat dan
berwassatiyah. Makan nasi lauk kicap dengan ikan kering dan salad pucuk
daun sambung nyawa dengan budu...
Kah Kah Kah.
TAKNAK TERUS DIPERBODOHKAN
TOLAK UMNO. TOLAK BN
Salah seorang aktivis yang menganjurkan acara tersebut Andrew Ambrose berkata, peserta berkenaan nekad meneruskan perjalanan dari Babagon ke Pagansakan di Penampang hari ini.
"Peserta sebulat suara menolak ancaman (polis) dan sebulat suara juga mahu menerukan perjalanan," kata Andrew yang menjangkakan mereka akan tiba di Pagansakan pada kira-kira jam 2 petang.
Katanya, MP Penampang Tan Sri Bernard Dompok dijangka akan menyampaikan ucapan di majlis penutup di Pagansakan.
"Beliau akan melawat kawasan ini dan beliau akan diberi penghormatan berucap kerana beliau pernah mendesak agar RCI Sabah dijalankan," kata Andrew yang juga dikenali sebagai Atama di kalangan peminat lagu rap.
Menurut Andrew, kembara mereka hari ini turut disertai pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.
Kembara sejauh 60 kilometer dari Tambunan ke Penampang bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil itu berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 22 Februari lepas.
Aktivis nekad teruskan perarakan 'Tidak Berdiam Lagi'
Peserta
kembara 'Tidak Berdiam Lagi' meneruskan perarakan jalan kaki untuk
meliputi jarak terakhir sejauh enam kilometer walaupun polis memberi
amaran bahawa acara tersebut merupakan "perhimpunan haram".Salah seorang aktivis yang menganjurkan acara tersebut Andrew Ambrose berkata, peserta berkenaan nekad meneruskan perjalanan dari Babagon ke Pagansakan di Penampang hari ini.
"Peserta sebulat suara menolak ancaman (polis) dan sebulat suara juga mahu menerukan perjalanan," kata Andrew yang menjangkakan mereka akan tiba di Pagansakan pada kira-kira jam 2 petang.
Katanya, MP Penampang Tan Sri Bernard Dompok dijangka akan menyampaikan ucapan di majlis penutup di Pagansakan.
"Beliau akan melawat kawasan ini dan beliau akan diberi penghormatan berucap kerana beliau pernah mendesak agar RCI Sabah dijalankan," kata Andrew yang juga dikenali sebagai Atama di kalangan peminat lagu rap.
Menurut Andrew, kembara mereka hari ini turut disertai pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.
Kembara sejauh 60 kilometer dari Tambunan ke Penampang bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil itu berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 22 Februari lepas.
Anak Fadzil Noor promosi kerjasama Umno-PAS
Seorang
pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil
membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno demi kepentingan
Melayu dan Islam.Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.
"Jika kita sayangkan negara ini, lebnih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.
Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.
"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"
"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.
Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.
Anggota polis jalani latihan untuk persiapan p'raya
Polis
Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan latihan amal ex ballot III
secara serentak di seluruh negara pada 24 dan 25 Feb sebagai persiapan
pilihan raya umum ke-13.
Menurut laman sosial Facebook PDRM, latihan itu bagaimanapun tidak melibatkan Sabah yang kini lebih memfokuskan isu pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu.
"Tumpuan latihan amal ini akan diberikan di Perak dengan menggunakan 'live exercise' di medan dan ia melibatkan kesemua daerah.
"Daerah-daerah kontinjen Perak yang akan diberi keutamaan dalam latihan amal ini ialah Ipoh, Manjong, Taiping dan Kerian," kata laman Facebook itu.
Laman Facebook itu juga menyebut bagi negeri lain, latihan amal hanya akan tertumpu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dengan melibatkan pergerakan minimum sahaja.
Tujuan latihan amal ini adalah memberi pendedahan kepada petugas di Pusat Kawalan Polis Kontinjen dan Pusat Kawalan Daerah dalam aspek pengurusan dan menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan cara lebih teratur dan profesional.
Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak cemas dengan kehadiran anggota polis di kawasan awam terutama di Perak pada esok dan Isnin.
- Bernama

PM: Satu undi untuk PAS bawa kepada perpecahan umat Islam
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan maklumat balas
yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah
kepimpinan kerajaan BN.
"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.
"Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.
Perdana menteri berkata sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.
Sebaliknya, Najib berkata PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.
"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Sementara itu, perdana menteri menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.
"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.
Perdana menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.
"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.
"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.
Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.
Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan