Jumaat, 15 Februari 2013

BUKAN TAK DE KUASA...KALAU BERTINDAK KERJA KANTOI...PE LAGI HILANG KERUSI EMPUK

Isu beri wang: SPRM kata tiada kuasa dakwa parti
11:18AM Feb 14 2013
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan, tiada peruntukan undang-undang untuk mendakwa parti politik atau organisasi yang memberi wang atau hadiah semasa kempen pilihan raya.
Timbalan ketua pesuruhjaya SPRM Sutinah Sutan berkata, calon, ejen dan penyokong bagaimanapun boleh didakwa dengan tuduhan rasuah untuk tindakan sama jika dilakukan demi kepentingan calon terbabit.

Sekiranya motif memberi wang atau hadiah oleh calon, ejen atau penyokong kepada pengundi itu adalah untuk meraih kemenangan untuk parti politik tertentu, maka ia bukan satu kesalahan, katanya kepada akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.

“Contohnya, jika kita mahu mendakwa Umno, adakah sejuta anggotanya tampil sebagai plaintif di mahkamah?," katanya.

Beliau juga berkata, pengumuman peruntukan kerajaan oleh perdana menteri semasa kempen pilihan raya dianggap sebagai usaha untuk "membantu semua rakyat" dan tidak dilihat sebagai rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

Jelasnya, pengumuman seperti itu mungkin menyebabkan pengundi menyokong parti yang berkuasa, namun perdana menteri tidak akan mendapat keuntungan peribadi, katanya.

Beliau memberi amaran bahawa pengagihan peruntuhan yang bertujuan untuk meraih sokongan peribadi bercanggah dengan Seksyan 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Malah, perbuatan memberi makanan kepada pengundi juga tertakluk kepada interpretasi peruntukan tersebut, malah pengundi juga boleh didakwa dengan tuduhan rasuah.

Ketika ditanya, Sutinah juga berkata SPRM tiada rancangan untuk meminda undang-undang tersebut bagi memasukkan parti politik dalam ruang lintup pendakwaan tersebut.
S'gor terima pelaburan RM10.52b sehingga Okt 2012

Selangor menerima pelaburan berjumlah RM10.52 bilion dengan 211 projek perkilangan yang diluluskan dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor Teresa Kok.

Daripada jumlah yang diluluskan, sejumlah RM6.53 bilion atau 62 peratus daripada jumlah pelaburan yang diterima adalah pelaburan tempatan manakala RM3.99 bilion (38 peratus) merupakan pelaburan asing, katanya dalam satu kenyataan semalam.
  
Beliau berkata berdasarkan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), 211 projek yang diluluskan dalam tempoh 10 bulan pertama 2012 itu adalah 36 peratus daripada keseluruhan 650 projek pelaburan di seluruh negara yang diluluskan pada tempoh itu.
  
Sebanyak 131 projek daripada 211 projek itu merupakan projek baharu dengan nilai pelaburan berjumlah RM7.48 bilion manakala 80 lagi projek merupakan projek pembesaran dan pelbagai dengan nilai pelaburan RM3.04 bilion.
  
Sejumlah 18,975 potensi peluang pekerjaan bakal diwujudkan daripada 211 projek yang diluluskan itu, katanya.
  
Dalam tempoh 10 bulan pertama tahun lepas, pelaburan dari China berada di tangga teratas dengan sembilan projek bernilai RM1.26 bilion, diikuti pelaburan dari Singapura dengan 16 projek bernilai RM595.36 juta dan Jerman dengan sembilan projek bernilai RM335.43 juta, katanya.
  
Kok berkata industri pembuatan peralatan kenderaan mencatat nilai pelaburan tertinggi dalam tempoh itu dengan 34 projek bernilai RM4.45 bilion, diikuti industri pembuatan barangan elektrik dan elektronik sebanyak RM1.59 bilion dengan 19 projek dan industri pembuatan barangan makanan sebanyak RM1.07 bilion dengan 17 projek.
  
- Bernama
Tiga lelaki lari RM1.2j dari van syarikat keselamatan

Tiga lelaki merompak dan melarikan wang tunai berjumlah RM1.2 juta dari sebuah van syarikat keselamatan di hadapan sebuah kedai agensi nombor ramalan di Batu 1 Jalan Kapar di Klang petang semalam.
  
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukur Sulong berkata dalam kejadian pada 6.15 petang, van itu sedang berhenti bagi melakukan kutipan dan seorang pengawal keselamatan bersenjatakan sepucuk pump gun turun dari kenderaan itu manakala tiga lagi rakannya termasuk pemandu menunggu di dalam van.
  
Semasa kejadian, difahamkan van itu berhenti untuk mengutip wang dari kedai agensi nombor ramalan selepas mengutip wang dari beberapa pasar raya dan bank, katanya dalam sidang media di Klang.
  
Bagaimanapun, seorang lelaki memakai topi keledar tiba-tiba muncul dan mengacukan pistol sebelum menolak pengawal keselamatan itu ke dalam dan merampas pump gun daripadanya.
  
Katanya suspek bersenjata itu kemudiannya mengawasi pengawal keselamatan itu manakala dua lagi rakannya melarikan van ke suatu tempat yang tidak diketahui pengawal keselamatan terbabit yang perjalanannya mengambil masa 10 minit.
  
"Ketiga-tiga suspek itu kemudiannya melarikan wang tunai berjumlah RM1.2 juta yang diisi di dalam dua beg karung dan beberapa beg kecil termasuk sepucuk pump gun yang digunakan pengawal keselamatan itu dengan menaiki sebuah van Nissan Vanette berwarna kelabu," katanya.
  
Mohd Shukur berkata sebelum melarikan diri suspek berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun itu memecahkan cermin hadapan van dengan tukul besi kerana pintu van itu terkunci secara automatik.
  
Pengawal keselamatan berusia antara 20 dan 30 tahun itu  kemudiannya membawa van itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk membuat laporan polis.

- Bernama
MB: DUN Kedah dibubar lepas PM bubar Parlimen

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi menegaskan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak akan dibubar selagi perdana menteri tidak membubarkan Dewan Rakyat.

azlan"Saya takkan bubar, saya ada strategi. Saya tunggu isyarat pusat, tak boleh sesuka hati bubar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman Alor Setar hari ini.

Menurutnya lagi, manifesto pilihan raya umum kerajaan negeri sudah siap.

Sementara itu, Azizan memberitahu tempoh lantikan Exco sedia ada akan berakhir 28 Februari ini.

Berikutan itu, katanya, upacara angkat sumpah dijangka diadakan pada 24 Februari ini, mengikut kelapangan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

- Bernama
BN Melaka kata 83,500 pengundi baru didaftarkan

Melaka mencatat kira-kira 83,500 pendaftaran pengundi baharu sehingga 30 Sept tahun lepas, kata Pengerusi Bilik Gerakan BN Melaka Datuk Wira Othman Mohammad.

Beliau berkata kawasan Parlimen Bukit Katil mencatatkan bilangan pendaftaran pengundi paling ramai dengan 21,900 orang, diikuti Tangga Batu (15,600); Kota Melaka (14,000); Alor Gajah (11,800); Jasin (11,600) dan Masjid Tanah (8,600).

Katanya daripada jumlah itu, 90 peratus atau 75,150 merupakan pengundi muda berumur 21 hingga 39 tahun.

"BN yakin mendapat sokongan daripada pengundi muda pada pilihan raya umum ke-13 ini berdasarkan corak pengundian pada pilihan raya umum lepas serta kejayaan dasar-dasar dilaksanakan kerajaan BN pada masa ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program pilihan raya umum ke-13 di Melaka, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan senarai Suku Tahun Ketiga 2012 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 434,885 orang layak mengundi di Melaka.

Sementara itu, Othman berkata pembangkang di Melaka dilihat ketandusan isu berikutan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat berjaya ditangani kerajaan BN.

Justeru, beliau yakin BN negeri Melaka mampu memenangi semula beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi pembangkang sebelum ini serta melakukan kejutan di kerusi Parlimen Kota Melaka yang menjadi kubu kuat DAP.

- Bernama

PAS sedia ganti Umno hebat banner ini

http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com, 14 Feb 2013
PAS SUDAH READY UNTUK MENGGANTIKAN UMNO.

Support4AzrulAzwar iklan dalam akhbar harian

Harakahdaily, 14 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Gerakan untuk membela Ketua Ekonomis Bank Islam Malaysia Berhad, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, Support4AzrulAzwar, naik satu tangga lagi melalui iklan yang mereka siarkan dalam akhbar hari ini.

(Iklan tiga suku muka surat dalam TheSun hari ini)

Sekurang-kurang sebuah iklan tiga suku muka telah disiarkan dalam akhbar TheSun hari ini.

Iklan bertajuk 'Solidariti bersama Saudara Azrul Azwar Ahmad Tajudin Ketua Ekonomi Bank Islam' itu disiarkan di muka 11 akhbar berkenaan hari ini.

Iklan itu memaparkan 59 organisasi yang menyokong penyataan itu di samping 135 individu yang menyokongnya.

Di antara organisasi yang menyokong kenyataan iklan ini adalah Aliran, Ikram, Bersih, Mafrel, Gerak, Permas dan sebagainya.

Individu yang terlibat menyokong iklan ini adalah 16 orang profesor dan profesor madya, 29 orang doktor, lima datuk dan sebagainya.

Azrul Azwar telah digantung tugasnya oleh Bank Islam berikutan laporan berita yang melaporkan beliau menjangkakan Pakatan Rakyat akan menang tipis dalam pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu dibuat Azrul ketika membentangkan satu kertas kerja dalam satu seminar yang diadakan di Singapura.

Ekoran kenyataan itu, Azrul sekali lagi menegaskan beliau bertegas dengan kenyataannya itu berdasarkan analisa yang beliau buat.

Azrul berkata, beliau membuat tiga andaian iaitu BN menang besar, BN menang tipis dan Pakatan menang tipis.

Iklan yang disiarkan TheSun hari ini memaparkan gambar Azrul dengan kata-kata 'Berani kerana benar, Takut kerana salah'.

Iklan ini juga turut memaparkan laman Facebook mereka iaitu 'Support4Azrul Azwar'.

'Penahanan pertama kejam, kali ini pun kejam'

Hazayani Zakaria, 14 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Penahanan Yazid Sufaat (gambar) di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) disifatkan sebagai kejam dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Isteri Yazid, Chomel Mohamad berkata, beliau berasa sangat pelik berhubung penahanan suaminya yang disifatkan sebagai tidak berasas.

"Penahanan kali pertama dulu kejam, penahanan kali ini pun kejam. Saya sangat pelik dengan pertuduhan yang disabitkan sedangkan suami saya sepanjang hari bekerja di kafetaria dan sebelah malam hanya berada di rumah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Yazid didakwa di Mahkamah Majistret Jumaat lalu, atas tuduhan menggalakkan pelakuan keganasan di antara 1 Ogos hingga 20 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) antara jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di DL11, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya Ampang, dalam daerah Ampang Selangor.

Pada tahun 2001, Yazid ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama tujuh tahun kerana dikatakan terlibat dengan serangan 11 September 2001 di menara Pusat Dagangan Dunia di New York, Amerika Syarikat.

Menurut Chomel juga, beliau mengetahui segala aktiviti Yazid dan yakin suaminya tidak pernah terlibat menggalakkan aktiviti keganasan lebih-lebih lagi di Syria.

"Kalau dulu logik juga suami ditangkap sebab dia baru balik dari Afghanistan. Tapi sekarang tak ada apa-apa signal. Dia sibuk di kedai dan saya masih memantau segala aktiviti dia dan dia memang seorang suami dan ayah yang banyak menghabiskan masa bersama keluarga," katanya.

Beliau turut kesal dengan penahanan kawannya yang juga guru al-Quran Halimah Hussein yang dituduh bersubahat dengan Yazid.

"Saya kenal Halimah dah lama dan dia mengajar agama dan al-Quran. Tuduhan yang sangat tak berasas," katanya.

Selain itu turut menambahkan kekesalan beliau apabila pembantu suaminya di kafetaria, Hilmi Hasim turut ditahan.

"Hilmi pekerja yang baik, banyak bantu Yazid di kedai. Mustahil dia terlibat dengan aktiviti keganasan.

"Masa mereka ditahan, mereka sedang angkut barang-barang dari van ke kedai lepas balik dari pasar," katanya.

Namun pertuduhan terhadap Hilmi belum disebutkan dan dia masih ditahan di Bukit Aman.

Racuni pemikiran: Bersih selar Wan Ahmad

Harakahdaily, 14 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 melahirkan kekecewaan dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar terhadap Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bersih menyelar Wan Ahmad yang menuduh Ambiga 'meracuni pemikiran orang ramai dengan perkara palsu', selain menuduh 'beberapa kumpulan' sedang menanamkan ajaran 'jangan percaya'.

Hakikatnya, kenyataan tersebut berniat jahat dan tidak bertanggungjawab, selain cubaan untuk mengalih pandangan orang ramai yang ditimbulkan kumpulan masyarakat madani.

Kenyataan itu menyebut, semenjak Bersih 2.0 dilancarkan tahun 2010, Bersih terus-menerus menuntut dilakukan reformasi bagi mewujudkan pilihan raya yang  bersih, bebas dan adil.

"Dari kes Likas pada tahun 2001 hingga ke kajian Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap), ditambah pula dengan kenyataan saki-saksi Siasatan diRaja Sabah membuktikan bahawa tuntutan Bersih 2.0adalah  berasaskan fakta," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Bersih 2.0 mengingatkan SPR bahawa kumpulan masyarakat madani bersedia untuk membantu membersihkan senarai pengundi.

Bersih 2.0 juga baru-baru ini telah meminta SPR memulakan perbincangan rasmi dengan semua pihak yang berkepentingan dalam pilihan raya.

"Usaha kami untuk membawa orang ramai ke arah melahirkan satu sistem pilihan raya yang bersih dan adil adalah langkah pertama untuk mengembalikan keyakinan umum terhadap pilihan raya," kata kenyataan itu lagi.

Tiada ulasan: