Ahad, 10 Februari 2013

PELINGKOP HAK RAKYAT SATU DOSA...DOSA YANG TAK DIMAAFKAN OLEH RAKYAT ADALAH BERDOSA....BERDOSA MASUK NERAKA

Pelancaran 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan hari ini

Harakahdaily, 09 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan Majlis Pelancaran 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan yang akan dibuat hari ini, jam 3.00 petang bertempat di depan pusat membeli belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini.
“Ia akan disempurnakan oleh Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Exco DPPM yang lain. Pelancaran ini amat siginifikan ketika negara akan berhadapan dengan Pilihan raya Umum ke-13,” kata Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar) dalam satu kenyataan.

Bersama Pemuda Pakatan Rakyat, katanya majlis itu adalah suatu inisiatif sebagai suatu tawaran khusus kepada golongan muda di negara ini.

Sudah tentu, katanya 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan ini adalah sesuatu yang amat realistik, relevan serta menyentuh kehidupan anak-anak muda.

Tambahnya, antara isu utama yang membelenggu anak-anak muda negara ini ketika ini adalah peningkatan kos hidup, pengangguran, perumahan, pendidikan, kenderaan serta kesejahteraan hidup.

Menurutnya lagi, faktor-faktor tersebut telah menjerut anak-anak muda sehingga mereka tidak mampu menterjemahkannya dengan kehidupan yang baik.

Kesannya, kata beliau menjerumus kepada keciciran dalam pelajaran, kemiskinan bandar, kemelaratan, gejala sosial, kurangnya pendidikan agama, membawa kepada kemusnahan yang lebih besar seperti penyalahgunaan dadah, jenayah dan lain-lain lagi.

Tambahnya lagi, tawaran itu berusaha melengkapi keperluan dan kehendak anak-anak muda selari dengan tuntuan semasa mereka.

Jelasnya, langkah yang jelas serta tawaran yang meyakinkan akan memastikan anak-anak muda lebih terarah dengan panduan yang tepat.

Beliau berkata, selama lima puluh tahun kerajaan BN gagal memahami tuntutan anak-anak muda sehingga generasi muda hilang jati diri.

Katanya, kerajaan BN lebih berminat memenuhi kehidupan golongan muda dengan aspek yang merugikan mereka seperti hiburan yang melampau dan melekakan tanpa pengisian yang bermakna.

Beliau menambah, generasi muda adalah penentu jatuh bangunnya negara di masa hadapan dan mundur atau majunya negara di masa hadapan ditentukan oleh generasi muda pada hari ini.

Lebih dari itu, kata beliau generasi muda khususnya pengundi muda adalah penentu kepada keputusan Pilihan raya Umum ke-13.

“Melalui mereka, landskap negara mampu dilakar dan dicoretkan dalam kanvas politik baru dan 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan ini bakal menjadi faktor pemangkin kebangkitan anak-anak muda dalam PRU 13 bersama Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Banyak masalah nampakkan Najib PM paling lemah

Harakahdaily, 08 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri yang paling lemah dan bermasalah, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad.

Katanya, walaupun dari segi fizikal Najib nampak tegap dan gagah, namun beliau sebenarnya diselubungi pelbagai masalah peribadi dan keluarga.

Sejarah lima Perdana Menteri yang lepas kata Idris tidak pernah kedengaran berhubung penglibatan aktif isteri mereka di dalam pentadbiran.

"Macam-macam isu dikaitkan dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sehingga menjadi buah mulut di kalangan pemimpin Umno.

"Sekarang mereka hanya memendam rasa, akan meletup apabila tiba masanya," katanya.

Selain itu ujar Idris, isu misteri pembunuhan warga Mongolia Antatuya Shaaribuu masih menghantui Najib dan sedikit sebanyak menganggu pemikiran beliau.

Najib juga jelasnya dilihat lemah untuk membaik pulih Umno dan meningkat pengurusan ekonomi.

Beliau kata Idris hanya boleh mencipta beberapa slogan transformasi tetapi masih tidak berisi.

"Beliau memang terkenal sebagai pemimpin sejak muda lagi hanya pandai mengumpan, bukan menyelesaikan masalah pokok," tegasnya.

Mengulas isentif yang diperkenal Najib pula, beliau berkata, BRIM contohnya diberikan kerana untuk umpan pilihanraya dan bukan satu mekanisme jangka panjang.

Malah ia sebenanrnya melibatkan peningkatan hutang negara secara berterusan.

Beliau turut mempersoal apa perancangan Najib untuk mengurang hutang negara sehingga mencecah RM502 bilion sehingga 2012 lalu.

"Hutang negara pada tahun 2009 hanya RM363 bilion meningkat sebanyak RM139 bilion dalam masa empat tahun," katanya lagi.

Lebih malang kata Idris, Najib dilihat lebih berminat mencuri idea yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat untuk membuat kebajikan.

Namun apa yang dijanjikan Pakatan Rakyat adalah dengan menggunakan wang lebihan, bukan pinjaman seperti yang dibuat Najib.

Kelemahan lain Najib lagi katanya termasuk gagal menangani masalah pengaliran wang haram hampir RM200 bilion.

Selain itu zaman Najib juga menyaksikan 271 ekar tanah KTMB di Tanjung Pagar terlepas kepada Singapura.

Isu mengaitkan Datuk Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang dituduh menerima wang RM40 juta daripada tauke balak juga mencalar imej Najib.

Paling memberi kesan kepada anak muda adalah masalah pengangguran di kalangan siswazah hingga mencecah 76,200 orang.

"Najib bernasib malang kerana beliau memimpin Umno di era ledakan teknologi maklumat, di mana rakyat tidak boleh ditipu.

"Ditambah pula dengan masalah peribadi sehingga masih tidak bertemu tarikh pilihanraya.

"Beliau begitu trauma untuk menentukan tarikh, kerana membayangkan jika BN kalah maka bebanan akan dihempap kepada beliau," kata Idris.

Wow! Ustaz Azhar pun melukis juga...

http://shalehudin.blogspot.com, 08 Feb 2013

Wow..!! Ust Azhar pun melukis jugak ka... [Tengok...]


SEJARAH tercipta... Zunar lukis Ustaz Azhar, Ustaz Azhar lukis Zunar (Kerteh 2hb Feb 2013)

Inilah majlis promosi buku-buku Sdr Zunar, Hikayat lembu-lembu KONDO... kahkahkah...

Debat Noh lawan Ezam atas lori sambutan cukup dahsyat

http://omakkau.blogspot.com, 09 Feb 2013

DEBAT RAKYAT JOM TOLAK PAKATAN DENGAN LORI IKAN ANTARA PENDEBAT NOH OMAR LAWAN EZAM MD NOR SAMBUTAN CUKUP HEBAT DAN DAHSYAT!!!!!.

Banner terbaik untuk BN Kedah... [tengok]

http://shalehudin.blogspot.com, 09 Feb 2013
Kami Yakin Anda Sangat Setuju Dengan Banner Ni... Kan?

Bayangkan RM403 Juta Yang Sepatutnya Rakyat Kedah Dapat Manfaatnya Telah Diseleweng Oleh UMNO...
11 Projek Sakit Semasa BN Memerintah Kedah Mengakibatkan Kerajaan PR Kini Menanggung Beban Akibat Disaman... Ingat..! Apabila Kerajaan Membayar Bermakna Kita Juga Menanggung Bebannya!

Lagi menyamar jadi ahli PAS sensasikan isu kalimah Allah

LAGI berita bodoh di TV3 Al-Musyrikin untuk mensensasikan isu kalimah Allah. Kononnya ada 20 orang ahli PAS ranting Jerantut, Pahang membuat demonstrasi membantah PAS tentang isu kalimah Allah di Pahang semalam.

Apa yang gua nak tergelak ialah, sejak bila PAS guna sebutan "ranting" bagi menamakan cawangan parti itu? Nampak sangat berita tahap sampah kah kah kah...

Rujuk prontscreen yang gua cedok daripada laporan Buletin Utama di bawah ini.



Agak-agaklah nak menipu pun, mengaku ahli PAS, tapi tak tahu bahawa PAS sudah lebih 20 tahun tidak menggunakan perkataan ranting. Nampak sangat menyamar jadi ahli PAS kah kah kah...

Buat pengetahuan pembaca, sebutan "ranting" bagi mewakili cawangan PAS pernah digunakan 20 tahun dahulu. Kini hanya KEADILAN yang menggunakan sebutan "ranting". Jadi kepada wartawan atau pemberita TV3, lain kali kalau nak buat berita tipu macam ni, ingat jangan gunakan sebutan "ranting".


ReJaM© "Mampos kena gelak dengan orang kah kah kah... "

Tanda-tanda BN nak meninggal pada PRU13?

http://mutaligat.blogspot.com, 09 Feb 2013











Ini tanda-tanda awal BN hendak meninggal pada PRU 13.

Tak tau mana atas mana bawah............

Tiada ulasan: