Debat palsu - Dr Asri perli Fathul Bari
http://bloglistpolitik.blogspot.com, | 18 Feb 2013 |
Jika Johor dapat ditawan bonus kepada Pakatan
Muhammad Faizal, | 18 Feb 2013 |
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan perkara tersebut ketika menghadiri Majlis Makan Malam Demi Rakyat di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Beliau turut memberitahu, selain daripada 12 kerusi Parlimen yang bakal dimenangi, jika Johor dapat ditawan ia merupakan bonus kepada PR.
"Saya pasti kita dapat melumpuhkan Barisan Nasional (BN) di Johor, setakat malam ini PR akan dapat menumbangkan BN di 12 kerusi parlimen.
"Saya tidak mahu cakap besar kalau PR dapat memerintah Johor ia merupakan bonus kepada kita, yang pasti 12 kerusi dapat kita tawan," ucap beliau di hadapan 1,000 orang yang hadir.
Salahuddin memberitahu jika beliau mementingkan kedudukan dan pendapatan bulanan setiap bulan, beliau boleh untuk terus mempertahankan kerusi di Kubang Kerian.
Namun, ujarnya demi untuk mengembalikan kesejahteraan rakyat Johor perkara tersebut dikorbankan semuanya.
"Saya boleh minta untuk kekal di Kubang Kerian kalau saya mahu mendapat balik elaun dan gaji saya.
"Tetapi saya lupakan itu semua yang penting balik ke Johor dan robohkan kubu Umno untuk ke Putrajaya, ini kepentingan rakyat dan masa depan negara," kata beliau lagi.
Tambah beliau lagi, walaupun ada pemimpin Umno menyatakan tindakan beliau kembali ke Johor umpama menbunuh diri, tetapi perkara tersebut tidak mematah semangat.
"Tunggu saya balik dan kita lihat siapa bunuh siapa pada PRU13 nanti," tegasnya.
Jelas beliau, walaupun usia masih muda, namun PAS, PKR dan DAP dapat membuktikan PR berada pada satu posisi untuk memberi kebaikan kepada rakyat.
Beliau yakin, perpaduan yang ditunjukkan di dalam PR serta sokongan rakyat akan menghasilkan satu kemenangan yang besar pada PRU13 nanti.
Kejayaan negeri bukti PR mampu tadbir negara
Muhammad Faizal, | 18 Feb 2013 |
SUBANG JAYA: Kejayaan menerajui empat buah negeri membuktikan Pakatan Rakyat (PR) mampu mentadbir negara dengan lebih baik.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali memberitahu rakyat perlu melihat kejayaan PR di setiap negeri yang dimenangi, ia merupakan contoh terbaik bagi membuktikan PR mampu memerintah Putrajaya.
"Di Selangor bagaimana kita berjaya memperolehi sebanyak RM2.5 bilion sepanjang lima tahun pemerintahan PR.
"Awal pengambilalihan kerajaan dari Barisan Nasional (BN) hanya sekitar RM400 juta sahaja yang disimpan oleh mereka," ucap beliau pada Majlis Makan Malam Demi Rakyat di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Tambah Ahli Parlimen Gombak lagi, kejayaan itu adalah kerana sistem yang diamalkan oleh PR yang tidak menjadikan rasuah sebagai agenda utama dalam segala urusan pentadbiran.
Azmin yang turut menyatakan 2013 adalah merupakan tahun yang amat penting membuat keputusan kepada masa depan negara.
"2013 adalah masa yang terbaik untuk buat perubahan, saya berani nyatakan tindakan yang kita ambil ini akan mengembalikan Malaysia kepada sebuah negara yang lebih baik," sambung beliau lagi.
Tambah beliau lagi, PR sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihanraya dan hanya menunggu Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen sahaja.
Kata beliau lagi, kesediaan PR bagi menghadapi pilihanraya ini adalah kerana dukungan rakyat yang mahukan perubahan agar Barisan Nasional dikalahkan.
"Saya ingin menyatakan pada pilihanraya kali ini kita bukan sahaja ingin merubah kerajaan tetapi juga kepada sebuah sistem yang telah usang tidak lagi relevan pada masa depan negara dan rakyat.
"Kita akan menyaksikan satu sejarah dalam negara ini apabila BN akan akhiri pemerintahan mereka dan rombakan dilakukan pada sistem yang usang," jelas beliau.
Azmin yang sedar BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus memerintah, namum yakin dengan perjuangan yang dilakukan oleh rakyat pasti segalanya dapat diatasi.
(Krisis air di Pahang hanya dilaporkan dalam media sosial dan ditutup oleh media tradisional Umno)
TEMERLOH: Serupa tapi tak sama. Krisis sama, lokasi tidak serupa. Satu krisis berlaku di war-war berlaku sebuah negeri pentadbiran Pakatan Rakyat, manakala satu lagi krisis berlaku di negeri asal Perdana Menteri, Pahang.
Namun, krisis air yang dialami Selangor penghujung tahun lalu mendapat liputan yang begitu meluas di media massa, khususnya arus perdana.Terbentanglah di depan mata, kononnya pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor begitu lemah dalam menguruskan sumber air.
Sayangnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terlepas pandang negeri kelahirannya sendiri berhubung isu air ini.
Ketika beliau ghairah berjanji untuk memberikan bekalan air bersih untuk rakyat Kelantan, Najib terlupa terdapat beberapa kampung, khususnya di gugusan Bera yang menghadapi krisis air.
Jika di Kelantan, isu yang dimainkan ialah bekalan air bersih, sebaliknya di Bera ada penduduk yang langsung tidak menerima bekalan air ketika waktu puncak.
Khususnya di Felda Gugusan Bera yang meliputi Mayam, Purun, Bukit Mendi, Kumai sering menghadapi masalah bekalan air terputus, khususnya menjelang musim perayaan.Masalah tersebut menyebabkan ada di kalangan anak-anak penduduk terbabit enggan pulang bercuti ke kampung.
Bayangkan, ketika musim perayaan seperti bulan puasa atau hari raya, penduduk kampung berkenaan menghadapi masalah sedemikian.
Sedangkan, ketika musim perayaanlah penggunaan air meningkat apabila ahli keluarga pulang ke kampung halaman, selain dikunjungi sanak-saudara.
Masalah bekalan air di Bera ini sudah berlanjutan bertahun-tahun, biarpun Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) telah diswastakan menjadi Perbadanan Air Pahang Berhad (PAPB).
Selain di kawasan felda tersebut, beberapa kampung tradisi di sekitar itu turut mengalami masalah serupa, iaitu di Kampung Kuala Triang, Kampung Batu Papan, dan Kampung Seberang Guai.
Sedangkan, kedudukan kampung-kampung tersebut bersebelahan dengan Sungai Pahang, selain loji air yang sepatutnya mampu menampung keperluan penduduk.
Yang DiPertua PAS Bera, Ustaz Sulaiman Mohd berkata segala kesukaran ini berpunca dari kegagalan PAPB yang tidak menyelenggara sistem pam air yang rosak.
Biarpun urusan air telah diswastakan, tiada sebarang penambahbaikan berikutan penswastaan tersebut, sebaliknya terus berlanjutan sehingga hari ini.
Lantaran itu, Sulaiman berkata Najib sepatutnya tidak wajar mencemuh negeri orang lain, sedangkan di negerinya sendiri mengalami krisis air.
"Ketika Najib sibuk menjanjikan bekalan air yang bersih di Kelantan, itupun jika menang pilihan raya, dia terlupa dan mungkin tidak tahu kebanyakan rakyat negerinya sendiri menghadapi masalah air yang lebih teruk," tegas beliau ketika dihubungi Wadah.
Malah, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob turut mengakui keadaan tersebut, hingga mendesak semua wakil rakyat di Pahang menyerahkan senarai kawasan yang terlibat untuk tindakan susulan.
Selain di Bera, masalah krisis air turut mengganggu penduduk sekitar Kuantan, Temerloh, Jerantut dan juga Rompin. Ada ketikanya, gangguan bekalan air yang melanda Pahang bukan hanya satu hari, malah ada yang berlarutan hingga enam bulan.
Kesimpulannya, setelah 55 tahun merdeka, negeri Pahang terus dirundung masalah air yang tidak pernah selesai, sekalipun kerajaan yang memerintah adalah Barisan Nasional.
Walaupun ia merupakan negeri Perdana Menteri sendiri, malah pernah meluluskan peruntukan RM10 juta untuk menaik taraf loji air Batu Sawar ketika pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, namun masalah air tidak pernah kunjung selesai.

Najib abai rakyat Pahang, loji ada air bersih tiada
http://pkrl.blogspot.com, | 18 Feb 2013 |
Panas ! Najib Abaikan Penduduk Pahang..Loji Ada Air Bersih Tiada !

Parlimen dan Dun Sabah perlu sidang tergempar
Harakahdaily, | 18 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR:
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah perlu mengadakan
persidangan tergempar sekirannya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin tidak mampu memelihara kedaulatan Sabah dan Malaysia serta
hak dan keselamatan rakyat Sabah.
Demikian pandangan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, semalam.
Ketua Parlimen DAP itu merujuk Malaysiakini telah memetik laporan Ahad Philippine Daily Inquirer bahawa meskipun penguasa Malaysia mengisytiharkan berakhirnya rundingan dengan lebih daripada 100 orang rakyat Filipina bersenjata yang mendarat di Sabah awal minggu ini dan berkata mereka akan dihantar pulang, ketua kumpulan itu bertegas mereka tidak akan berganjak.
Katanya, ia telah memburukkan nama Kementerian Dalam Negeri memandangkan kesabaran dan keyakinan rakyat Sabah dan Malaysia terhadap kemampuan Hishammuddin untuk menyelesaikan kebuntuan di Lahad Datu dengan segera dan aman semakin tipis, terutamanya Menteri Dalam Negeri lebih berminat dan sibuk bermain politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 berbanding fokus terhadap isu keselamatan melibatkan rakyat dan negara, seperti:
Bagi Kit Siang, adalah amat malang jika Hishammuddin di dalam fikiran rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah dikaitkan dengan ungkapan ‘Nero sedang main-main sementara Rome terbakar’.
Hasil kerja Pengurusan baru Felda yang menjanjikan peneroka dan cucu cicitnya akan jadi senang dan kaya raya dan sesetengah perwakilan KPF yang bersalaman dengan Pengerusi baru felda menyebut "peneroka akan jadi jutawan segera"
Peneroka harus ingat dengan sejarah ini ....Peneroka Felda Sendayan
Lihat http://gayapeneroka.blogspot.com/2013/02/peneroka-kena-ingat-sejarah-felda.html
Nampaknya menteri pertahanan Zahid Hamidi yang ada sekarang tewas dengan bekas mentornya semasa ia menjadi ketua pemuda umno sebelum ini, kisah sebelum 1998......
Demikian pandangan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, semalam.
Ketua Parlimen DAP itu merujuk Malaysiakini telah memetik laporan Ahad Philippine Daily Inquirer bahawa meskipun penguasa Malaysia mengisytiharkan berakhirnya rundingan dengan lebih daripada 100 orang rakyat Filipina bersenjata yang mendarat di Sabah awal minggu ini dan berkata mereka akan dihantar pulang, ketua kumpulan itu bertegas mereka tidak akan berganjak.
Katanya, ia telah memburukkan nama Kementerian Dalam Negeri memandangkan kesabaran dan keyakinan rakyat Sabah dan Malaysia terhadap kemampuan Hishammuddin untuk menyelesaikan kebuntuan di Lahad Datu dengan segera dan aman semakin tipis, terutamanya Menteri Dalam Negeri lebih berminat dan sibuk bermain politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 berbanding fokus terhadap isu keselamatan melibatkan rakyat dan negara, seperti:
- Cuba mengiyakan “kisah yang sukar dipercayai” bahawa nyawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bintang K-Pop Korea Psy diancam ketika pesta Tahun Baru Cina Barisan Nasional di Pulau Pinang pada Isnin lalu, sedangkan tiada bukti atau sekulmit kebenaran pun;
- Mempertahankan penahanan dan pengusiran Senator Australia Nick Xenophon kerana memperjuangkan pilihan raya bersih dan adil di Malaysia dan mengundang kutukan seluruh dunia; dan
- Menyebarkan penipuan tentang DAP tidak menghantar keputusan pilihan raya parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan walhal ia telah diserahkan sebelum Tahun Baru Cina, menimbulkan persoalan sama ada dia sedang mempersiapkan alasan untuk kerajaan UMNO/BN mengisytiharkan DAP sebagai parti politik yang haram dan tidak sah.
Bagi Kit Siang, adalah amat malang jika Hishammuddin di dalam fikiran rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah dikaitkan dengan ungkapan ‘Nero sedang main-main sementara Rome terbakar’.
Peneroka kena ingat sejarah Felda Sendayan dan FGV
http://gayapeneroka.blogspot.com, | 18 Feb 2013 |
PENEROKA KENA INGAT SEJARAH FELDA SENDAYAN DAN FGV.
FGV............Hasil kerja Pengurusan baru Felda yang menjanjikan peneroka dan cucu cicitnya akan jadi senang dan kaya raya dan sesetengah perwakilan KPF yang bersalaman dengan Pengerusi baru felda menyebut "peneroka akan jadi jutawan segera"
Peneroka harus ingat dengan sejarah ini ....Peneroka Felda Sendayan
Lihat http://gayapeneroka.blogspot.com/2013/02/peneroka-kena-ingat-sejarah-felda.html
Gambar khas buat tatapan Menteri Pertahanan
http://manjongmari.blogspot.com, | 18 Feb 2013 |
Gambar ini khas buat tatapan tersayang Menteri Pertahanan...
Nampaknya menteri pertahanan Zahid Hamidi yang ada sekarang tewas dengan bekas mentornya semasa ia menjadi ketua pemuda umno sebelum ini, kisah sebelum 1998......
Leftenan
Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima
Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul
Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B)
Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara apabila bekas- bekas pegawai tinggi tentera kini menyatakan sokongan terbuka terhadap Pakatan Rakyat.
Ia ternyata memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang semakin hilang sokongan ketika bahang kempen pilihan raya umum 13 mula dirasai.
Mereka adalah Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
Keempat-empat mereka semalam memberikan ucapan penuh semangat di hadapan lebih 3,000 rakyat di Ceramah Perdana Jelajah Merdeka Rakyat, Taman Rekreasi, Keramat Wangsa.
Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dan memberikan pidato.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan