Ahad, 17 Februari 2013

BILA DAH LEMAH ....DAH TUA NAK BERLAGAK GAGAH...MAKA MUNGKIN TERSUNGKUR DULU SEBELUM BERJUANG ATAU MENARIK DIRI DARI BERJUANG KERANA KEDERAT TAK MAMPU LAGI NAK BERJUANG

Terjumpa Najib peniaga petai

Aspan Alias, 16 Feb 2013
Najib dan pimpinan UMNO menyelenggarakan kempen pilihanraya seperti orang menjual petai dan jering yang saya pernah kenali. Kebetulan namanya ialah Najib dan beliau menjual petai itu di salah sebuah tempat pasar sehari di Selangor. Najib penjual petai ini akan menunggu petai yang dipesannya dari Orang Asli di sekitar tempat perniagaan pasar sehari itu.

Saya pernah duduk dengan si Najib penjual petai ini di sebuah warung di tempat beliau berniaga itu dan saya bertanya kepadanya apa yang dia sedang tunggu di warung itu. Dia berkata dia menunggu petai yang dia pesan dari salah seorang Asli yang akan menghantar petai itu kepadanya setiap hari pasar sehari itu beroperasi. Saya berseloroh dengannya sambil bertanya siapa yang memberi nama ‘Najib’ itu.

Dia menjawab sambil  tersenyum, “kebetulan bang, nama ayah saya pun Razak, dan dialah yang memberi nama ini kepada saya. Saya sebenarnya berasal dari Tanjung Malim tetapi pindah ke sini mengikut arwah bapa saya yang bertugas sebagai anggota Polis di sini”. Saya menjawab sambil berseloroh, “bagus nama tu, itu nama Perdana Menteri tu!” Dia lantas menjawab, “tak sama bang, saya beli petai untuk dijual, Najib yang satu lagi tu membeli undi dari orang dengan harga RM500 sekali beli untuk dijual juga”.

Dalam hati saya ternyata Najib pembeli dan penjual petai dan jering ini seorang yang agak ‘witty’ juga. Saya tidak menjangka seorang pembeli dan penjual petai ini prihatin dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Najib penjual petai ini ramah orangnya seperti Najib PM juga. Najib penjual petai ini bercerita yang beliau telah membayar Orang Asli itu dengan bayaran pendahuluan yang banyak. Jadi Orang Asli itu akan menghantar sahaja petai itu setiap hari pasar sehari ini beroperasi. Kadang kala dia menghantar selama dua bulan petai tanpa dibayar kerana saya telah membayar pendahuluan dengan penuh dahulu. Dengan cara itu dia dapat petai dengan murah, iaitu lebih kurang RM0.20 sahaja sepapan kalau dikira secara pukul rata.

Saya pun menjawab, “pandai kau ni Najib, terhutang Orang Asli itu kerana pembayaran secara advance itu”. Dia pun manjawab, “Nak hidup bang, kena pandai-pandai sikit. Najib ini pun pandai juga bang!” katanya.

“Duit BRIM nanti kau nak buat apa dengannya?” tanya saya. Dia jawab, “Saya nak bayar saman trafik bang dengan duit BRIM tu. “Saya disaman kerana membawa petai berlebihan di jalan raya bang. Ada dua saman. Duit BRIM tu balik balik ke kerajaan bang!” katanya pantas.

Itu sahajalah cerita pendek yang benar-benar saya alami dua minggu lepas. Rupa-rupanya orang bernama Najib ini pandai orangnya....pandai menekan orang susah. Bezanya Najib penjual petai ini menekan Orang Asli sahaja, Najib yang PM itu menekan orang ramai yang miskin termasuk Orang Asli serta Najib pembeli dan penjual petai itu sekali. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Bagi MCA, kenal Psy baru boleh jadi pemimpin

Harakahdaily, 09 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Rakan baik Umno, MCA hari ini menempelak Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, tapi kali ini bukan kerana perbezaan politik tetapi kerana 'jenayah' beliau yang tidak mengenali siapa Psy (gambar), penyanyi popular dari Korea.

Senator MCA Chew Lee Giok berkata dengan tidak mengenali siapa Psy, Nik Aziz – yang diangkat sebagai 500 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia oleh badan berprestij Timur Tengah - Royal Islamic Strategic Studies Center – dikatakan “sangat kurang pengetahuan mengenai perkara semasa, standard dunia dan trend antarabangsa.”

“Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menari ‘Oppa Gangnam Style’ yang telah menjadi tarian popular dunia secara mengejut,” kata setiausaha agong Wanita MCA, yang jelas teruja dengan undangan BN kepada penyanyi popular dari Korea Selatan untuk membuat persembahan di Pulau Pinang.

“Bukan sahaja Nik Aziz tidak tahu siapa Psy, beliau juga keliru dengan jantina Psy samada lelaki atau wanita. Beliau juga bertanya mengapa kita mendengar sebuah lagu di dalam bahasa yang kita tidak faham.

"Macammana beliau boleh menjadi pemimpin negara?” tegas Chee dalam satu kenyataan yang dilaporkan di laman parti beliau.

Chee sedang memberikan reaksi kepada satu laporan berita mengenai respon Nik Aziz ketika diberitahu mengenai konsert Psy di Pulau Pinang, yang rata-rata dilihat sebagai usaha terakhir MCA untuk mendapatkan kembali sokongan kepada BN daripada kalangan pemuda Cina di negeri tersebut.

Nik Aziz telah memberikan reaksi bahawa Psy harus menutup aurat – bahagian tubuh badan yang perlu ditutupi berdasarkan ajaran Islam.

Di dalam Islam, terdapat aurat lelaki dan perempuan, tapi senator MCA itu mungkin beliau tidak sedar bahawa lelaki juga ada auratnya, sejajar dengan kenyataan-kenyataan partinya sebelum ini yang menunjukkan kejahilan mereka terhadap agama persekutuan negara ini.

“Nik Aziz hanya mengharapkan wanita perlu ‘ditutup’, menunjukkan bahawa minda beliau adalah ke arah kemunduran, dan beliau ‘out of touch’ dengan dunia ini. Bagaimana beliau boleh menerajui negara ke arah membangun,” tambah Chee lagi dalam menempelak Menteri Besar Kelantan itu.

Kemudian, Chee cuba mengheret isu itu sebagai ‘hak bukan Islam yang termaktub di dalam perlembagaan.’

“Jika Pakatan Rakyat berkuasa di peringkat persekutuan, pemikiran feudal sedemikian, yang tidak membawa kebaikan kepada kepelbagaian kaum dan budaya negara kita akan dilaksanakan kepada bukan Islam. Dalam melakukan ini, hak bukan Islam yang dilindungi Perlembagaaan Persekutuan akan terancam,” tambah beliau.

Tak tahu Psy, apa masalahnya?

Sementara itu, ramai pembaca Malaysiakini yang memberikan respon kepada kenyataan Nik Aziz berkata tiada apa-apa yang perlu dimalukan jika tidak mengenali Psy.

“Jika Nik Aziz tidak tahu siapa Psy, saya tabik pada beliau… Beliau tidak dicemarkan oleh apa yang digilakan dunia ini,” kata seorang komentar.

“Tiada apa yang perlu dimalukan jika seseorang itu tidak mengikuti perkembangan sensasi di Korea, menyanyi Gangnam Style, menaiki kuda secara imaginasi. Tanyalah Perdana Menteri Umno mengenai bakat terlindung beliau!” kata seorang lagi.

“Apabila datang ke dunia musik, Nik Aziz ketinggalan. Tapi apabila datang kepada harta persendirian, Nik Aziz tidak mempunyai apa-apa. Seorang yang jujur dan ikhlas dan fokus kepada rakyat dan negeri dan beliau mahu memastikan syaitan yang dikenali dikeluarkan,” kata seorang yang menggunakan nama ‘Mushiro’.

Seorang lagi pula dalam komentarnya berkata kegilaan pada Psy dan tariannya hanya sementara.

“Tahukah anda wahai Nik Aziz, sensasi global ini dilihat sebagai separa-Tuhan. Semua mesti kata mereka mencintai beliau atau pernah melihat beliau. Jika tidak, mereka akan dilabel sebagai Ah Beng dan Ah Lian. Tapi semua orang ini tidak sedar bahawa mereka sedang dihipnotasikan. Saya rasa tidak mengapa, biarkan. Mereka ini akan membesar seperti kita yang membesar melihat Beatles, the Bee Gees, the Moonwalk, Justin Bieber dan sekarang Gangnam style.”
Mahathir tak layan cabaran lawan Anwar dalam PRU13
 
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan melayan cabaran supaya beliau bertanding dalam pilihan raya umum akan datang menentang bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

mahathir at ikhlas function"Saya dah bersara, saya tak ada niat nak datang balik, tapi saya sekarang ini giat untuk tolong berkempen bagi orang yang dulu tolong saya naik sampai jadi perdana menteri," katanya pada sidang media selepas menghadiri satu majlis makan malam, malam tadi.

Semalam, bekas presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood mencabar Mahathir menentang Anwar kerana percaya ketua umum PKR itu "telah lama dizalimi" Mahathir dengan pelbagai cara dan patut dibela.

Nordin dilaporkan berkata, Mahathir kini semakin kuat menyerang Anwar walaupun telah bersara daripada politik.

Pertandingan dua tokoh politik itu juga, tegas Nordin, dapat menguji kekuatan dan populariti Anwar untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Menurut Mahathir, kempennya sekarang adalah untuk menghargai jasa-jasa mereka yang membantunya sewaktu beliau aktif berpolitik sehingga membolehkannya menjadi perdana menteri.

"Ini balas budilah..sekarang ini orang tak banyak dah balas budi tapi saya masih hargai balas budi.

"Dulu mereka sokong saya, saya naik sampai ke langit.

mahathir with ikhlas president"La ni (sekarang) saya turun dari langit sokong merekalah," kata Mahathir bersahaja dan berseloroh.

Beliau yang sebelum itu merasmikan majlis makan malam anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) menggesa hadirin agar lebih berhemah dalam mengurus aliran tunai perniagaan mereka.

"Peniaga Melayu kurang cekap pengurusan cash (wang tunai), ada duit saja, nak belanja," katanya.

"Bila kita ada cash (wang tunai), kita tak gunanya untuk apa yang ditentukan sebaliknya guna untuk benda lain, kadang-kadang kita melabur dalam perniagaan lain.

"Ini menyebabkan kita kekurangan wang untuk perniagaan kita," ulasnya lagi pada sidang media kemudiannya.

Turut hadir pada majlis itu adalah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah serta pengerusi IKHLAS, Ridzuan Abdullah.

Ridzuan sempat menyerahkan payung penjaja kepada wakil penjaja dari sembilan negeri.

Menurutnya, IKHLAS telah mengedarkan 1,000 payung yang sama sebelum ini dan akan mengedarkan 10,000 lagi payung kepada penjaja di seluruh negara.

1. Dr M dicabar tanding lawan Anwar dalam PRU

Peguam tetap bertegas PM terlibat halang Dr Pornthip
12:22PM Feb 16 2013  
Peguam yang mewakili keluarga C Sugumar tetap dengan dakwaan mereka bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak ada kaitan dalam menghalang Dr Pornthip Rojanasunand daripada menjalankan bedah siasat kedua ke atas si mati.

NONEPeguam Latheefa Koya (kiri) dan N Surendran menegaskan
bahawa sumber dari mana mereka mendapat maklumat mengenainya "adalah meyakinkan dan berwibawa".

Kedua-duanya juga menegaskan bahawa penafian perdana menteri itu bercanggah dengan kenyataan pakar  forensik Thailand itu sendiri kepada pihak media semalam dan kandungan suatu dokumen yang didakwa dari Kementerian Keadilan negara itu mengenai perkara tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, peguam tersebut berkata kedua-duanya itu menunjukkan bahawa terdapat komunikasi di antara kerajaan Malaysia dan Thailand.

"Dalam bahasa diplomatik, ini adalah satu mesej yang jelas dari kerajaan Malaysia bahawa Dr Pornthip tidak dialu-alukan di Malaysia untuk tujuan bedah siasat kedua ke atas Sugumar," kata kenyataan itu.

[Baca berita penuh]
1. K'jaan Thai risau M'sia kurang senang dengan Pornthip
2. Najib: Dakwaan halang Pornthip cerita dongeng
3. PKR dakwa Najib desak PM Thai halang Pornthip
4. Peguam: Keluarga Sugumar cari pengganti Dr Pornthip
5. Peguam: K'jaan setuju Pornthip bedah siasat Sugumar
6. Pornthip sedia periksa mayat Sugumar, kata peguam
Dr Juanda: Saya memang timbang serius sertai PRU13
 
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata beliau "memang sedang serius menimbang" untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Beliau juga mengesahkan telah mendapat tawaran dari banyak pihak untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Dr Juanda (kiri), pemegang zamalah Universiti Oxford kelahiran Sarawak itu turut mengakui langkahnya menyertai pilihan raya merupakan "persoalan besar" yang perlu difikir semasak-masaknya.

"Saya memang tengah timbang serius untuk masuk (bertanding pada) pilihan raya kali ini.

"Banyak pihak sudah jumpa dan tawar. Sekarang dalam proses analisis keadaan semasa dan kesesuaian. Ini soal besar," katanya dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini semalam.

Kelmarin ahhbar Sinar Harian melaporkan beliau dan bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebut-sebut akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Akhbar itu memetik beberapa sumber sebagai berkata Dr Juanda kemungkinan bertanding di Parlimen Kangar, Perlis atas tiket PKR. Manakala Mohd Asri dikatakan akan bertanding di Pulau Pinang.

NONEBagaimanapun semalam beliau yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilapor akan mengumumkan pendirian rasminya berhubung perkara itu dalam masa terdekat ini.

Sependapat dengan Mohd Asri (kanan), rakan seperjuangannya, Dr Juanda juga memerlukan tempoh antara dua hingga tiga minggu sebelum mengumumkan pendirian rasminya.

"Ya (tempoh dua atau tiga minggu). Bagi saya masa buat analisis," katanya menjawab soalan Malaysiakini.
Dr Juanda adalah lulusan syariah Univerisiti Al-Azhar 1991 hingga 1995.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-undang Keluarga Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Catatan mahasiswa diserang samseng di Pekan
 
ULASAN Pada 15 Februari 2013, sekitar jam 11 pagi, seramai 50 orang mahasiswa Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) menuju ke Sungai Miang, DUN Peramu Jaya untuk menjalankan aktiviti ziarah mesra bersama penduduk di sana dan aktiviti edaran Surat Harapan Mahasiswa.

Namun, kami telah dihalang oleh penduduk kampung dengan sekatan jalan raya dan pihak kami tidak dibenarkan daripada memasuki kawasan Sungai Miang. Walaupun rundingan telah dibuat beberapa kali, namun mereka tetap berkeras untuk tidak membenarkan pihak kami daripada memasuki kawasan Sungai Miang. Oleh demikian, pihak kami akur dengan keputusan itu untuk beredar secara damai.

NONESekitar jam 2 petang selepas solat Jumaat, kami telah mengedarkan risalah kepada masyarakat di Masjid Ketapang, Masjid Kg Padang Polo dan Masjid Besar Pekan Lama. Kami dibahagikan NONEkepada tiga kumpulan untuk mengedar Surat Harapan Mahasiswa dan risalah mahasiswa ke tiga masjid tersebut.

Tiada sebarang provokasi dan kekacauan yang berlaku, NONEmalah masyarakat di masjid tersebut menerima dengan baik risalah yang kami edarkan dan mereka turut memberi kata-kata semangat kepada kami semua. Edaran risalah berjalan dengan lancar di semua masjid tersebut.

Selepas itu, sekitar jam 3 petang, kami berkumpul berpusat di Masjid Besar Pekan Lama untuk terus menuju ke bangunan Mara,berhadapan dengan Pasar besar bandar Pekan. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk mengedar risalah mahasiswa dan Surat Harapan Mahasiswa kepada penduduk setempat.

Salah satu kumpulan kami yang terdiri daripada Adam Adli, Mohd Bukhairy, Shukri Kamarudin dan beberapa yang lain telah ditahan oleh beberapa individu yang tidak dikenali yang dilihat datang dari Bangunan Umno bahagian Pekan dan salah seorang daripada mereka memakai baju yang tertera 'Pejabat Ahli Parlimen Pekan' dan berlogo 1Malaysia.

Risalah kami telah  dirampas, lalu mereka terus membakar risalah yang dirampas itu dan mereka meninggikan suara kepada kami. Mereka juga menarik serta mencekik  Adam Adli secara kasar. kami tidak diberi ruang untuk menerangkan idea dan agenda kami, malah telefon bimbit dan kamera kami turut cuba dirampas ketika kami ingin merakamkan kejadian yang berlaku. Kami terus ditengking dan dihalau oleh mereka dengan kata-kata, “Jangan hina PM kami!!”

Kemudian kami semua berkumpul dihadapan bangunan kedai yang berdekatan dengan Pasar Besar Pekan. Dua orang mahasiswa iaitu Mohd Alif Asyraf dari UPSI dan Ahmad Saufi dari KUIS telah dirampas dompetnya. Mereka dengan jumlah hampir 100 orang telah mengepung, memaki dan menjerit di hadapan kami, mendesak kami untuk terus balik ke Kuala Lumpur dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti “Ini tempat PM kami, kami akan jaga dan kawal tempat ini. Korang semua boleh berambus!”.

Selepas itu, beberapa orang mahasiswi, antaranya Fatehah Ahmad dari UPM dan Noor Afifah Jamaludin dari UM telah ditarik tudung dan baju mereka oleh samseng tersebut untuk merampas risalah yang ada pada tangan mereka. Kehadiran dua orang anggota polis, tidak mampu membuat apa-apa. Ekhsan Bukharee dari Unisel dan Sheikh Omar dari UniKL turut dikasari dengan  ditumbuk di bahagian kepala dan di tendang di kaki oleh beberapa orang samseng yang dilihat datang secara berkumpulan dari Bangunan Umno Bahagian Pekan yang berada berhampiran dari tempat kejadian.

Salah seorang daripada mereka juga telah mengarahkan kami untuk membuka salah sebuah kereta siswa yang telah diekori mereka dan mereka telah merampas dua buah kotak risalah serta Surat Harapan Mahasiswa dan semua risalah serta surat tersebut telah dibakar oleh mereka.

Kami terus didesak untuk keluar dari Parlimen Pekan dan mereka terus nekad untuk mendesak kami keluar dari Pekan pada hari ini juga. “Aku tak nak tengok kau kat Pekan ni lagi, berambus bodoh!” kata salah seorang dari mereka. Selepas dikepung oleh samseng-samseng itu selama hampir dua jam, maka kami terus bergegas ke tempat penginapan sambil diekori oleh mereka.

Sejurus tiba di tempat penginapan di Madrasah al Husna, Bandar Pekan, tempat penginapan kami terus dikepung oleh mereka dengan anggaran 10 buah kereta dan jalan keluar-masuk ke kawasan tersebut juga telah disekat dan mereka tetap menginginkan kami untuk keluar dari Pekan pada waktu itu juga.

Selepas kami melakukan perbincangan bersama masyarakat setempat yang banyak membantu kami selama kami berada di Pekan, kami mengambil keputusan untuk terus balik ke Kuala Lumpur kerana khuatirkan keselamatan siswa-siswa yang telah diserang oleh samseng selama empat hari berturut-turut selama kami berada di Parlimen Pekan dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana khuatir sesuatu yang lebih buruk akan berlaku kerana samseng-samseng yang menyerang kami telah memberi amaran untuk melakukan sesuatu yang lebih buruk jika kami tidak keluar dari kawasan Parlimen Pekan.

Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas persiaran dan dua buah kereta mahasiswa sambil diiringi oleh dua buah kereta peronda polis dan hampir 10 buah kereta penduduk setempat pada sekitar jam 10 malam.

AHMAD SHUKRI KAMARUDIN adalah Setiausaha Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Senator Australia ditahan di LCCT, deportasi malam ini
9:35AM Feb 16 2013  
dikemaskini Senator Australia Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan sedang menunggu untuk deportasi kerana didakwa menjadi "musuh negara".

Xenophon, yang tiba awal pagi ini, ditahan pihak imigresen sejak beberapa jam yang lalu.
Xenophon memberitahu akhbar Sunday Mail Australia bahawa beliau sedang ditahan di kawasan dengan semua sel tahanan penuh dengan wanita.

Katanya, beliau dimaklumkan yang beliau merupakan "musuh negara" dan akan dihantar menaiki penerbangan berikutnya untuk pulang ke negaranya.

Menurut senator itu, walaupun tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, tetapi beliau sempat menghubungi akhbar Australia itu ketika ditinggalkan bersendirian dalam bilik soal siasat.
Ketua Kakitangan pejabat Ketua Pembangkang, Ibrahim Yaakob, yang bergegas ke LCCT untuk menguruskan perkara itu, memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai imigresen mendapati nama Xenophon telah disenaraihitamkan dalam sistem jabatan tersebut.

"Para pegawai tidak menyatakan sebarang sebab lain, tetapi Xenophon memberitahu kami bahawa dia dimaklumkan bahawa dia ialah musuh negara ini," kata Ibrahim ketika dihubungi.

Ibrahim juga berkata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah tiba di LCCT dan sedang berusaha untuk menghubungi kementerian luar Malaysia.

Sementara itu, peguam Mohd Radzlan Jalaludin, yang berjaya bertemu dengan Xenophon, memberitahu Malaysiakini bahawa senator itu ditahan di bawah Seksyen 8 (3) Akta Imigresen sebagai seorang yang "dilarang '.

"Beliau baik, dilayan dengan baik. Mereka sediakannya makan tengah hari, "katanya.

Akan dihantar pulang

Xenophon dijadualkan dihantar pulang ke Melbourne dengan penerbangan AirAsia pada jam 10.30 malam ini, kata Radzlan.
Menurut AFP, Menteri Luar Australia Bob Carr berkata pegawai Australia telah berhubung dengan Xenophon, serta menteri  luar dan menteri dalam negeri Malaysia, dan sedang mengusahakan 'pembebasanya' dengan segera.

"Penahanan Senator Xenophon adalah satu tindakan yang mengejutkan dan mengecewakan dari sebuah negara yang Australia sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan.
Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia selepas kerajaan Australia menolak permohonan Anwar mendapatkan pemerhati bebas bagi memantau pilihan raya umum akan datang.

Tiga lagi anggota delegasi itu ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.

Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka masih belum berlepas ke Malaysia.

Menurut Ibrahim, mereka telah memutuskan untuk membatalkan lawatan mereka selepas apa yang berlaku kepada Xenophon.

"Ini akan menjejaskan nama Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya.
Xenophon menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas sebagai pemerhati antarabangsa dan turut menjadi sasaran gas pemedih oleh polis anti-rusuhan, yang menyuraikan peserta demonstrasi menuntut reformasi pilihan raya itu. 
'Arahan dari atas'

Xenophon memberitahu ABC News 24 Australia bahawa beliau tidak menjangka akan ditahan semasa ketibaannya di Kuala Lumpur.

Katanya, pegawai imigresen berkenaan "sangat sopan" tetapi mereka memberitahunya bahawa mereka menerima "arahan dari atas" untuk menahannya.

"Saya mendapatinya luar biasa. Saya pernan ke sini sebelum ini [dan] Saya telah membuat kenyataan mengenai keadaan demokrasi di Malaysia sebelum ini.
"Tetapi pada kali ini jelas seseorang yang berkuasa dalam kerajaan Malaysia tidak mahu saya di sini," katanya.

Segera Hentikan Keganasan Kempen Politik

Nasruddin Hassan, 16 Feb 2013
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia kesal dan dukacita dengan insiden ganas yang dihadapkan kepada kumpulan aktivis siswa di Pekan, Pahang baru-baru ini. Kejadian ini memperlihatkan sikap tidak matang sebahagian masyarakat yang memilih jalan kekerasan di dalam mendepani agenda politik yang sepatutnya berlangsung secara santun dan sentosa.

2. Mahasiswa sejak sekian lama menjadi kuasa semak-imbang di dalam proses demokrasi negara kita maka seharusnya keputusan mereka untuk menyertai proses pilihanraya dihormati oleh semua pihak. Amat malang sebenarnya  kerana insiden seperti ini menimbulkan persoalan sejauh mana kerajaan komited kepada perlaksanaan pindaan di dalam AUKU.

3. Pada masa yang sama, komitmen kami di Dewan Pemuda ialah untuk melupuskan terus AUKU bagi mnggalakkan aktivisme mahasiswa di dalam mencorak masa depan negara.

4. Kita berharap pihak polis supaya menyegerakan siasatan dan membawa individu-individu terbabit ke muka pengadilan supaya ianya menjadi teladan kepada orang ramai bahawa sikap sebegini tidak diberi sebarang toleransi khususnya menjelang PRU 13.

5. Turut penting ialah respon pihak parti pemerintah untuk memastikan para penyokong mereka tidak melampaui batas apabila berada di medan berkempen. Apakah mereka sudah kehabisan hujah dan tinta sehingga sanggup bertindak ganas ke atas seteru politik mereka?

6. Memandangkan kejadian ini berlaku di dalam kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri, maka seharusnya Perdana  Menteri mengambil tanggungjawab kepimpinan dalam soal ini dengan menegaskan tatacara madani di dalam soal berpolitik.

7. Namun demikian seperti biasa Perdana Menteri terus membisu seolah meredhai insiden yang berlaku sekaligus memberikan petunjuk yang membingungkan kepada masyarakat.

8. Hakikatnya ini bukanlah kejadian ganas yang pertama berlaku setelah siri keganasan kempen politik yang semakin kerap berlaku akhir-akhir ini. Sebelum ini ANAK diserang dan dihalang memasuki kawasan Felda. Kini Mahasiswa pula menjadi mangsa politik ganas. bukan sahaja siswa diugut, dipukul malah siswi di sentap tudungnya sehingga menampakkan aurat. satu pencabulan yang sangat biadap. Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan provokasi yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin parti pemerintah  yang menggambarkan keadaan huru hara selepas PRU kelak. Taktik politik intimidasi sebegini kelihatannya menjadi modus operandi parti pemerintah untuk kekal berkuasa.

9. Di dalam berdepan dengan kerancakan kempen, maka saya menyeru kepada semua petugas pillihanraya PAS khususnya pemuda PAS untuk menjaga batas-batas wajib, haram, dosa dan pahala serta menggandakan amalan qiyamunlail memohon pertolongan dari Allah swt.

10. Para petugas PAS juga harus kekal tenang dan melakukan gerakkerja secara berjamaah agar tidak terperangkap di dalam politik provokasi parti lawan. Ingat resam Rasullulah saw yang bersabar walau dakwah baginda dibalas dengan batu dan cacian. Biarlah kemenangan kita di dalam PRU 13 kelak mendapat sanjungan rakyat dan beroleh keredhaan dari Allah swt.

Nasrudin Hassan

Ketua Pemuda PAS Malaysia

Projek pecahkan PAS dari Pakatan

http://tukartiub.blogspot.com, 16 Feb 2013

GEROMBOLAN MAHU PECAHKAN PAS DARI PAKATAN


PROJEK PECAHKAN PAS DARI PAKATAN

gambar banner yang sedang dicetak
dan sudah mulai digantung sejak semalam.
banner ini dicetak melebihi 10 ribu
di beberapa buah kilang di ampang / pandan.

INI BUKAN KERJA HARUN DIN
INI BUKAN KERJA MUSTAPHA ALI
INI JUGA BUKAN KERJA HAJI HADI
kerja siapa ini?


NOTA:
gambar dalam kilang pun bocor
siapa yang bocorkan ini?
ini mesti kerja mat ezam
kah kah kah


Terbaik...MB Kedah naik motosikal 3 km ke himpunan rakyat

http://kachipemas.blogspot.com, 16 Feb 2013

Terbaikkk..MB Kedah Terpaksa Naik Motosikal Sejauh 3 KM Ke .Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah..jom baca


ustaz Azizan pergi program naik motorsikal, bukan sebab untuk menunjuk, tapi jalan sesak teruk di Pedu


Terbaik Dari MB Kedah... Ustaz Azizan Dibawa Menaiki Motor Ke Tapak Himpunan Petang Tadi Oleh Konvoi Bermotor ARC Apabila Kereta Yang Beliau Naiki Tak Dapat Meneruskan Perjalanan Akibat Kesesakan Luarbiasa Ke Tempat Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah.. Sempoi Baq Hang!!!

Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah Dan Himpunan Menyokong Projek Ladang Buah Buahan Di Charok Genting Bunga Alahamdulillah Berjaya..Tapi Sayang Ribuan Manusia Tak Dapat Masuk Tapak Himpunan Sebab Jalan Sesak 3 KM..Nantikan Gambar2 Menarik Malam Ini...

Peserta Konvoi Mula Bergerak..
Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Charok Genting Bunga Tasik Pedu Petang Tadi..



Tanpa Di Sediakan Bas..Tanpa Upah..Tanpa Baju Free...Rakyat Kedah Hadir Memberi Sokongan Penuh Kepada Kerajaan Negeri Kedah Di Bawah Pakatan Rakyat...

Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Charok Genting Bunga Petang Tadi....Jom Klik LIKE untuk Fan Page Abu Luqman

Pertubuhan baru dikenalpasti – Persetan

http://anakmudamalaysia.com, 16 Feb 2013

[Wajib Gelak] Pertubuhan Baru Dikenalpasti – PERSETAN

persetan

Tiada ulasan: