Rabu, 6 Februari 2013

RAKYAT DAH TAHU SAPE YANG LEMAH SEKARANG...KALAU BENAR RASA YAKIN KENAPA SAMPAI DEKAT SAMPAI TEMPUH...BARU NAK PRU13....SEBELUM NI TIDAK MACAM NI....JANGANLAH BERLAGAK SANGAT...SEDAR2LAH DIRI TU

Menantu SU PAS Pahang meninggal kemalangan

Khairil Abdul Rahim, 05 Feb 2013


TEMERLOH: Menantu Setiausaha PAS Pahang Roslan Zainal, iaitu Hajrah Mustafa, 24, isteri kepada anak keduanya, Muhammad Syahid meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Hajrah dan suami koma selepas terlibat kemalangan kereta berhampiran R&R Benta, Kuala Lipis kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Kedua-duanya kritikal dan koma selepas kereta jenis Toyota Avanza dinaiki mereka, terbabas lalu melanggar kereta lain dipercayai akibat jalan licin kerana hujan lebat sepanjang hari.

Turut menziarahi di hospital ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jenazah allahyarham yang berasal dari Tawau, Sabah, dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berchang selepas Zohor hari ini.

Sementara itu, Muhammad Syahid masih tidak sedarkan diri dan berada di Wad ICU Hoshas, Temerloh


Menurut sumber, pagi semalam, Syahid dan isterinya yang mendirikan rumah tangga pada 1 Disember lalu sempat menghantar adiknya ke Sekolah Kebangsaan Padang Tengku, Lipis.

Beliau selepas itu bertolak ke Kuala Lumpur untuk urusan mengambil sijil diplomanya di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).
Guru mahu terlibat politik disaran letak jawatan

5 Februari 2013
KUALA TERENGGANU - Guru yang mahu aktif dalam politik  disaran meletak jawatan bagi mengelak fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakariav Husin.
Beliau berkata JPNT tidak pernah menghalang mana-mana guru yang mahu meletak jawatan kerana berhasrat menceburi politik secara serius kerana tindakan itu lebih sesuai untuk kepentingan pelajar dan sektor pendidikan negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, secara umumnya di Terengganu tidak ramai guru yang mahu aktif dalam politik dan kalau ada pun sekadar memegang jawatan biasa di
peringkat cawangan.

"Sehingga kini, JPNT ada menerima kurang 10 permohonan rasmi daripada guru yang meminta kebenaran untuk memegang jawatan dalam parti politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Refleksi Pendidikan bersama 500 guru di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua guru di Terengganu agar sentiasa menyokong dasar kerajaan dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
   
"Tidak sesuai jika kita sebagai penjawat awam tetapi menyokong pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa sahaja usaha dilakukan kerajaan," katanya.

Beliau berkata JPNT turut memantau prestasi semua guru di negeri ini agar mereka sentiasa memberi khidmat terbaik demi memastikan hasrat Terengganu menjadi negeri anjung ilmu tercapai.

Dalam perkembangan lain, Zakaria berkata Terengganu menerima 20 guru Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) pada tahun ini berbanding 17 pada tahun lalu
yang diharap mampu meningkatkan penguasaan bahasa utama dunia itu di kalangan pelajar di negeri ini.

Namun, kataya, jumlah itu masih belum mencukupi dan kerajaan negeri akan mencari guru ETA dari negara lain selain Amerika, mungkin dari Australia. - Bernama
MB: Johor kubu BN, pembangkang hanya mimpi
Wartawan Sinar Harian
5 Februari 2013
Datuk Abdul Ghani Othman
Datuk Abdul Ghani Othman
MUAR – Pembangkang diibaratkan seperti bermimpi di siang hari apabila dilihat terlalu yakin mampu menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Johor masih menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana sokongan rakyat terhadap parti itu masih lagi kukuh serta tidak pernah goyah walaupun cuba digugat pihak tertentu.

“Seperti 50 tahun yang lalu, anak-anak muda Johor tetap menyokong BN. Malah, sokongan mereka semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

“Sebab itu kita kekal sebagai kubu kuat parti. Keyakinan pembangkang itu sebenarnya berasaskan kepada adanya ‘orang lain’ yang menyokong parti mereka,” katanya ketika berucap pada pelancaran Pemuda BN Pilihan Orang Muda Peringkat Negeri Johor di Stadium Sultan Ibrahim di sini, kelmarin.

Turut hadir, Naib Ketua Pemuda Umno merangkap Timbalan Menteri  Belia dan Sukan,  Datuk Razali Ibrahim; Naib Ketua Puteri Umno, Shahanim Mohd. Yusof; Ketua Pemuda Umno negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Ketua Puteri Umno Johor,  Nurshilda Ibrahim.

Abdul Ghani dalam ucapannya turut mengajak anak-anak muda mempertahankan Johor sebagai kubu kuat BN pada PRU13 kerana kerajaan sudah banyak berjasa dengan membawa kesejahteraan dan pembangunan.

“Kita mahu mengembalikan rekod Johor menang 100 peratus di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

“Dengan sokongan anak muda, kita yakin matlamat ini dapat kita kecapi   pada pilihan raya umum kali  ini,” katanya.

Beliau berkata, jentera BN perlu bekerja keras kerana pihak pembangkang kini sentiasa berusaha meningkatkan emosi dan  memainkan perasaan benci dan marah pengundi  supaya menolak kerajaan sedia ada.

Sementara itu, Shahanim mengingatkan rakyat di negeri ini supaya mengambil iktibar dengan kejatuhan kerajaan BN di negerinya iaitu Kedah kerana sepanjang lima tahun memerintah hanya janji dan pembohongan dilakukan.

Shahanim yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Sungai Petani berkata, sudah 66 tahun Umno dan BN berjasa malah, sudah tentu rakyat perlu mempunyai rasa kasih sayang serta terima kasih kerana terlalu banyak jasa sudah dicurahkan.
Muhyiddin: BN sedia hadapi PRU13 pada bila-bila masa

5 Februari 2013
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja dan parti gabungan itu kini berada dalam keadaan lebih kuat dan kukuh, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata BN menjadi bertambah kukuh sejak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengilhamkan program transformasi dan ini sekali gus telah mengubah persepsi rakyat terhadap BN.
"Program transformasi sudah mula menampakkan hasil, sudah mula digeruni pembangkang. Bantuan yang kita beri telah mula sampai ke akar umbi.
Langkah-langkah itu adalah bantuan kepada semua rakyat...orang Melayu sudah balik sokong BN, orang India juga begitu hebat menyokong...orang Cina juga begitu...orang Asli dan Siam juga semakin meningkat...tidak terkecuali juga di Pulau Pinang.
"Kalau situasi sudah begitu bertambah baik, pandangan dan persepsi masyarakat kepada BN juga sudah berubah... yang kita harus pikul sekarang ini bagaimana nak menterjemahkan perkara itu," katanya semasa berucap pada majlis perjumpaan dan jamuan tengah hari bersama jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pulau Pinang di sini hari ini.
Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, mengingatkan semua pemimpin parti komponen BN untuk bekerja lebih keras dan tidak berhenti menjalankan tugas mereka kepada rakyat.
"Kita masih perlu bekerja lebih kuat lagi. Kita tahu kelemahan kita dan kita perlu perbaiki...kita perkukuhkan lagi untuk masa-masa akan datang. Langkah (program transformasi) sebegitu sahaja tidak memadai, rakyat mahu melihat pembaharuan yang dibuat kerajaan BN," katanya.
Muhyiddin menegaskan BN memerlukan komitmen secara total daripada seluruh pemimpin parti dalam memastikan sokongan yang berterusan daripada rakyat, sekali gus menterjemahkannya dalam bentuk undi.
"Perjuangan kita bukan untuk menangkan BN, tetapi untuk membela semua bangsa, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli, mereka memerlukan bantuan kita. Perjuangan kita perjuangan yang suci dan bukan hanya enteng sahaja...memerlukan satu komitmen yang total bukan separuh kesedaran," katanya. - Bernama
Anwar: Pendidikan percuma tanggungjawab pusat

5 Februari 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya semalam. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan Selangor tidak melaksanakan pendidikan percuma kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat biarpun Selangor mencatat lebihan RM2.5 bilion tahun lepas.

Menurut Anwar, pendidikan percuma mampu dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan kerana dakwanya, hasil kelapa sawit dan petroleum negara menghampiri RM150 bilion setahun. Bagaimanapun beliau sedia maklum kerajaan persekutuan mengalami defisit.

Anwar yang juga penasihat ekonomi Selangor berkata demikian dalam ucapannya "Pendidikan Percuma di Malaysia Suatu Realiti" di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan anjuran Unisel dan kerajaan negeri di sini.

Kerajaan Selangor mempunyai dua universiti iaitu Universiti Selangor (Unisel) yang mempunyai kampus di sini dan Bestari Jaya manakala Kolej Universiti Islam Selangor di Bangi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa satu acara Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kulim pada 2 Februari lepas dicemari dengan tarian menjolok mata, beliau berkata, jika berlaku perkara yang kurang sopan, parti itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ditanya apakah bentuk tindakan yang bakal dikenakan, beliau berkata:" Tak tahu lagi apa tindakan, tapi kalau ronggeng sikit-sikit nak ambil tindakan apa bendanya?" - Bernama

Usah remehkan potensi menang

Ahmad Lutfi Othman, 03 Feb 2013
Mungkin tidak ramai menaruh harapan tinggi bahawa Melaka dapat dikuasai Pakatan Rakyat dalam PRU13. Malah, ada pihak menyifatkannya sebagai negeri paling selamat buat BN.

PAS dan KeADILan belum mempunyai wakil dalam sidang Dun Melaka. Lebih tepat lagi, tiada pembangkang Melayu dalam Dun berkenaan. Daripada 28 kerusi, DAP menang lima, manakala di peringkat Parlimen, BN hanya tewas satu kerusi di Kota Melaka, juga kepada DAP.

Ketika perhatian rakyat lebih tertumpu ke Putrajaya, kerusi Parlimen Bukit Katil dikira menjanjikan persaingan sengit, selain Alor Gajah yang diwakili MCA, parti yang dilihat semakin terhakis sokongan masyarakat Cina. Kedua-duanya merupakan kerusi campuran.

"Kami mungkin mempunyai 'kerajaan pembangkang' di peringkat negeri selepas PRU13 nanti," kata seorang rakan, yang lama menetap di Melaka. Beliau merujuk andaian BN masih kekal mentadbir negeri walaupun Putrajaya dijangka mengalami perubahan. 

"Tanpa mengira suatu perkara luar biasa boleh berlaku nanti, Pakatan hanya dapat mengharapkan dua lagi kerusi Parlimen dari Melaka," tambahnya, sambil menekankan jumlah itu sudah cukup untuk membuatkan kerajaan persekutuan bertukar tangan.

Istilah pelik 'kerajaan pembangkang' itu sebenarnya dipopularkan media Umno-BN, yang ditujukan  khas kepada negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, menzahirkan kejengkelan mereka untuk mengiktiraf pilihan rakyat yang menyokong Pakatan membentuk kerajaan baru.

Namun, dalam kunjungan ke negeri bersejarah itu, hujung minggu lalu -- 26 dan 27 Januari -- saya tetap merasakan kehangatan iklim perubahan yang kini melanda seluruh negara juga terpercik di Melaka.

Mood untuk sama-sama mencipta sejarah, terutama di kalangan pengundi kali pertama, tidak boleh diperkecil. Bagaimanapun, rakan saya, Zaili Muhammad, yang juga wartawan Harakah Melaka mengingatkan: "Kita perlu kerja lebih kuat, terutama mendekati anak muda yang nampaknya seperti selesa dengan kerajaan yang ada,"

Lagipun, Melaka yang dianggap telah mencapai tahap negeri maju lebih dua tahun lalu, tentunya membekalkan peluang akses maklumat yang memadai -- suatu prasyarat terpenting sebelum menyaksikan perubahan benar-benar berlaku.

Tsunami politik yang tertampan di Negeri Sembilan pada Mac 2008, dan dijangka membadai Johor kali ini, sudah pasti turut mempengaruhi kecenderungan mengundi di Melaka.

Apabila  diundang dalam program bicara santai anjuran PAS Bukit Katil, malam Ahad itu, sambil membicarakan karya terbaru, Detik Utopia, berdasarkan pengalaman menghadiri wacana buku sebelum ini, saya tidak mengharapkan kehadiran melebihi 20 orang.

Namun begitu, Ketua Penerangan PAs Kawasan, Cikgu Yusof Wahab, yang bertindak sebagai moderator, tidak menunjukkan kerisauan walaupun ada dua tiga program lebih besar turut berlangsung pada masa sama. Alhamdulillah, dewan sekolah agama rakyat, Madrasah Ar- Rahmah, Ayer Molek, hampir penuh.

Semasa dialog, saya dapat mengesan masih ada kebimbangan terhadap masa depan politik Melayu sekiranya Pakatan menang PRU13. Sememangnya jarum halus dakyah Umno-BN tidak boleh diremehkan.

Ketika Pakatan menawarkan formula praktikal menangani isu-isu besar-kritikal negara, BN masih bermain dengan sentimen dan emosi yang berbahaya.

Lebih melucukan -- tetapi masih perlu ditangani dengan serius, bijaksana dan cermat -- apabila orang Melayu seolah-olah sedang menyaksikan satu perdebatan nasional bahawa siapa lebih tulus perjuangan Islamnya, di antara PAS mahupun Umno?

Satu waktu dahulu, tidak tergambar dalam lintasan fikiran kita bahawa Umno begitu ghairah mahu "bertanding" dengan PAS, daripada segi komitmen parti itu terhadap agenda perjuangan Islam.

Pengalaman lebih 50 tahun Umno menjadi tunjang pemerintahan negara, dan begitu dominan dalam Pakatan dan seterusnya BN, dengan penguasaan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen sejak merdeka, serta memegang jawatan dan kementerian kanan-strategik; ia sudah cukup untuk rakyat membuat penilaian seadilnya tentang rekod panjang pengkhianatan Umno.


Namun, strategis dan jurukempen Umno, termasuk Dr Mahathir Mohamad, melihat harapan terakhir mereka hanyalah pengundi Melayu. "Psikologi takut" sebahagian masyarakat Melayu dieksploit sepenuhnya, dengan momokan tidak masuk akal seperti "takut Cina kuasai Malaysia", "takut Kristian jadi agama terbesar", "takut DAP buang hak istimewa Melayu" dan macam-macam lagi yang menakutkan orang Islam.

Segera saya terbayang peringatan Dato' Mustafa Ali semasa program retreat Jabatan Pengarang Harakah, 19 Januari lalu, yang cuba menggambarkan situasi "sulit"  PAS yang terpaksa berdepan langsung dengan Umno, parti yang dilihat terkuat dalam BN, dan menguasai pelbagai sumber dan kemudahan kerajaan.


"PAS yang dilihat agak tertekan hari ini berbanding dengan rakan-rakannya dalam DAP dan KeADILan, serta diserang kiri kanan oleh media, perlu pertahanan diri yang lebih kuat," ujar seorang penganalisis politik, lama sebelum Mustafa melontarkannya.

Pagi Ahad itu, saya  bersarapan di Pekan Merlimau, bersama Ketua Muslimat PAS Melaka, Kintan Man. Beliau telahpun diisytiharkan sebagai calon wanita pertama di Melaka yang akan bertanding kerusi Dun Sungai Rambai.

Sambil menikmati roti canai telur di sebuah warung yang agak sibuk, Kintan bercerita tentang cabaran yang bakal didepaninya. Sesekali Pengarah MTD Sungai Rambai, Abdul Karim Kassim,  mencelah, menjelaskan lagi situasi politik tempatan.

Walaupun Dun Sungai Rambai tidak diletakkan dalam kumpulan kerusi target, namun ia tetap dilihat berpotensi.  Dalam pilihan raya 1999, pengundi Melayu di kawasan itu pernah memberikan antara undi tertinggi kepada PAS.

Kawasan itu juga  berjiran dengan dua kerusi Dun yang dimenangi PAS di Muar, Johor pada 2008.

"Jika maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan tepat kepada pengundi, saya yakin mereka dapat membuat keputusan dengan  baik. Tempoh berkempen nanti adalah period paling penting, begitu juga dengan strategi dan pendekatan terbaik mendekati pengundi," kata Kintan.

Sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, saya singgah di Masjid Tanah, satu-satunya kerusi Parlimen di Melaka yang bakal ditandingi PAS.

Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail, lulusan pengajian media Universiti Malaya, yang agak kerap bertukar-tukar pandangan dengan saya mengenai Harakah, memaklumkan melalui SMS beberapa hari sebelum itu bahawa tanpa diduga, dia terpilih sebagai calon.

Kebetulan ada program di markas besar PAS Kawasan. Ketika saya sampai, majlis hampir berakhir. Nasaie nampaknya masih "terkejut" dengan keputusan parti, tapi dengan kerendahan diri bersedia memikul amanah.

Masjid Tanah terkenal dengan pantai yang panjang dan cantik dari Kuala Linggi, Kuala Sg Baru, Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara. Namun berbanding dengan Port Dickson dan pantai sekitar Bandar Melaka yang terletak bersebelahan, ia jauh ketinggalan.

Walaupun Masjid Tanah tidak tersenarai dalam kerusi Parlimen yang disasarkan PAS, Nasaie yang aktif dalam beberapa NGO berkaitan Felda dan Felcra itu tetap melihat keistimewaan profil pengundi di situ.


Misalnya, Masjid Tanah dipenuhi hampir 10 institusi pendidikan tinggi dan separa tinggiseperti UiTM, KUIM, Kolej Komuniti, IKBN, Kolej Matrikulasi, UNIKL, Kolej Risda, Institut Laut Malaysia (ALAM) dan lain-lain.

"Ia seumpama Bandar Baru Bangi di Selangor, menunjukkan masyarakatnya terbuka kepada maklumat dan bersedia berubah. Malah, ramai juga penduduk di sini bekerja di Lembah Klang," katanya.

Keazaman dan tekad anak muda ini cukup menyenangkan saya. Difahamkan PAS bakal menurunkan lebih ramai calon muda yang berketrampilan. Nasaie seperti juga Kintan, seakan-akan mahu membuktikan, walaupun kelihatan sukar dan tidak ramai menaruh harapan tinggi buat mereka, namun jangan pandang kecil potensi dan peluang di mana saja PAS bertanding.

Rakyat Malaysia bukan saja sudah sedia berubah, mereka sebenarnya tidak sabar-sabar lagi mahu mencipta sejarah. Dan tiada lagi "simpanan tetap" buat Umno-BN. Padang permainan semakin sama rata, terpulang kepada para pemainnya beraksi, walaupun pengadil masih belum bertukar.

MPK tawar minimum RM15 kompaun letak kereta

Harakahdaily, 05 Feb 2013
KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat tawaran pengurangan kompaun letak kereta RM15 bagi setiap kompaun letak kereta bermula 1 Februari sehingga 28 Februari dan jumlahnya akan meningkat kepada RM30 bagi setiap kompaun bermula 1 Mac sehingga 31 Mac.
Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam, Norfiza Mahfiz (gambar) berkata, tawaran pengurangan bagi kompaun letak kereta yang ditawarkan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan di mana orang ramai yang mengambil peluang tersebut untuk menjelaskan kompaun-kompaun tertunggak mereka.

Menurutnya, kempen yang diadakan juga akan membantu pelanggan yang tidak berkesempatan untuk menjelaskan kompaun mereka yang terdahulu  dapat melangsaikannya mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

“Orang ramai  digesa untuk mengambil peluang yang ada untuk menjelaskan kompaun-kompaun mereka sebelum tempoh tawaran tamat pada 1 April 2013 dan semakan boleh dibuat di Kaunter Ibu Pejabat MPK dan Pejabat Cawangan MPK Jalan Tengku Kelana manakala bayaran boleh dibuat di semua kaunter-kaunter Majlis di Ibu Pejabat MPK, Pejabat Cawangan MPK, Jalan Tengku Kelana.

“Selain daripada itu,bayaran juga boleh dilakukan di  Kaunter MPK Pasaraya Giant Bukit Tinggi, Kaunter MPK Perhentian Bas Port Klang, Pejabat Cawangan Kompleks Pasar Besar Jalan Meru, Dewan Orang Ramai Meru, Pejabat Cawangan Pasar Pekan Kapar, Kaunter Bergerak MPK dan Kaunter ‘Roadshow’ MPK yang akan disediakan kelak,” katanya.

Sementara itu, Norfiza menjelaskan, orang ramai kini boleh mula mendapatkan kupon letak kereta di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan cawangannya serta ejen-ejen yang dilantik selaras dengan inisiatif MPK yang mula memperkenalkan Sistem Letak Kereta Berkupon.

Gate sedia anjur debat Ahmad Said, Raja Baharin

Harakahdaily, 05 Feb 2013
KUALA TERENGGANU: Gabungan Anak Terengganu (Gate) bersedia menjadi penganjur perdebatan pihak kerajaan dan pengkritik, di antara Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Datuk Kamarul Baharin atau di antara Penyelia Dun Ladang, Datuk Wan Hisham Wan Salleh dengan Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar atau kedua-duanya sekali.

Presidennya, Ahmad Amzad Hashim menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau terpanggil mengulas sama isu nasib penduduk-penduduk asal Kampung Ladang Tok Pelam yang telah diambil tanah mereka atas nama pembangunan dan sebahagian mereka ditempatkan di Flat Ladang Gemilang sebagaimana dipaparkan dalam artikel HarakahDaily beberapa hari lepas dan Sinar Harian Edisi Terengganu 3 Februari.

Katanya, dalam pada sebahagian dari penduduk Terengganu melihat bangunan-bangunan flat tersebut sebagai simbol pembangunan, tidak ramai menyedari kesengsaraan yang dialami oleh penduduk-penduduk yang merasai sendiri pengalaman mendiami unit-unit flat tersebut.

Menurutnya, rata-rata mereka adalah penduduk miskin yang masih berharap pada janji kerajaan yang pada suatu hari rumah yang mereka diami akan diberi pemilikan melalui skim sewa beli.

“Kata mereka kerana itulah mereka sanggup tinggal di flat berkenaan dengan kadar sewa yang lebih tinggi berbanding kadar sewa yang pernah dijanjikan oleh Menteri Besar terdahulu Yang Berhormat Datuk Seri Idris Jusoh,” ujarnya.

Menurutnya, ada yang berkata dengan kadar sewa yang dibayar sekarang sepatutnya mereka boleh menyewa rumah ditempat lain yang tak perlu mengalami kesukaran seperti kemudahan asas yang tidak cukup, lif yang selalu rosak dan ketiadaan kemudahan membuang sampah yang munasabah sehingga terpaksa mengangkut turun sampah.

“Dalam pada itu semata-mata meletakkan beban kesalahan kepada penduduk-penduduk dhaif ini kerana telah bersetuju dengan tawaran kerajaan sebelum ini juga bukanlah satu perkara yang patut berlaku,” katanya.

Beliau menambah, rakyat yang dhaif dan tidak memahami selok belok undang-undang serta nilai komersil tanah mereka sepatutnya dibantu oleh pemimpin yang berjiwa rakyat agar hak mereka dipertahankan atau sekurang-kurangnya mendapat pampasan yang berbaloi dengan nilai komersil masa hadapan tanah warisan mereka.

Hakikatnya, ujar beliau pada masa sekarang sebahagian besar penerima pampasan tanah tersebut telahpun membelanjakan wang pampasan mereka yang apabila dibahagi-bahagikan sesama waris yang berhak tidaklah besar jumlahnya.

Beliau berkata, sekiranya Flat Ladang Gemilang adalah semata-mata flat transit sementara menunggu rumah baru disiapkan, berapakah pula harga rumah baru yang bakal dikenakan kepada penduduk-penduduk ini.

“Dengan habisnya wang pampasan yang telah dibelanjakan, adakah mereka kelak mampu membayar harga rumah baru pula,” ujarnya lagi.

Justeru, ujar beliau jangan dilupa, Ketua Audit Negara dalam laporan audit yang lalu menegur proses pengambilan tanah Kampung Banggol Donas kerana tidak mengikut peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960.

Baginya, sangat menghairankan, di negara seperti Singapura, masih ada perkampungan Melayu di tengah bandar dipertahankan walau pesat dengan pembangunan, malah begitu juga di Kuala Lumpur dan Melaka.

Katanya, pembangunan Terengganu yang tak sepesat manapun, belum apa-apa sudah menjarah tanah rakyat sebangsa konon atas nama pembangunan.

Tambahnya, Gate dalam mengharapkan nasib yang lebih baik kepada penghuni-penghuni Flat Ladang Gemilang memandang berat tentang nasib yang sama bakal melanda penduduk-penduduk kampung tradisi Melayu yang lain seperti Kampung Tanjung, Kampung Losong dan Kampung Chabang Tiga.

Bahasa SMS membina atau menghakis Bahasa Melayu

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong, 05 Feb 2013
Ledakan komunikasi teknologi maklumat pada masa kini telah memungkinkan pelbagai maklumat mahupun berita dapat disalurkan kepada pengguna dengan begitu pantas dan mudah. Hal ini disebabkan, perkembangan teknologi maklumat yang kian membangun telah merubah cita rasa masyarakat untuk menerokai alam maya sebagai medium mendapatkan maklumat, merapatkan hubungan rakan taulan dan medan berdiskusi.
Jika dahulu ramai dalam kalangan kita setiap pagi berpusu-pusu membeli akhbar untuk mengetahui isu negara, namun hari ini masyarakat lebih gemar membaca berita menerusi internet dan laman-laman blog. Era kebangkitan teknologi maklumat sebenarnya telah lama bertapak di Malaysia sejak awal 80-an lagi, namun fungsi dan pengamalannya amat terhad yang mana ketika itu pendedahan masyarakat terhadap kemudahan internet dan sistem komunikasi seperti telefon bimbit masih lagi belum meluas.

Namun, hari ini suasana negara amat berbeza berbandingan 20 atau 30 tahun yang lalu. Telefon bimbit bukan hanya sekadar berfungsi sebagai medium untuk komunikasi semata-mata malah telefon bimbit masa kini telah dilengkapi dengan pelbagai aplikasi bercorak IT seperti kemudaan akses internet, kemera, permainan digital, aplikasi 3G dan sebagainya. Kemudahan sistem pesanan ringkas atau bahasa Inggerisnyashort message service (SMS) antara aplikasi yang disediakan oleh syarikat penyedia telekomunikasi. Para pengguna berpeluang menyampaikan mesej atau maklumat kepada teman, ibu bapa mahupun insan tersayang dengan mudah dan pantas.

Pada awal kemunculannya, komunikasi menerusi SMS hanya melibatkan komunikasi bersifat dua hala iaitu pengirim dan penerima, dan boleh dibaca melalui layar telefon bimbit. Perubahan globalisasi pada abad ini dan ledakan kuasa IT telah mengubah fungsi SMS bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada teman-teman rapat sahaja tetapi diperluaskan fungsinya sebagai medium perhubungan yang lebih kompleks merentasi benua. Ditambahkan lagi, tidak dinafikan juga dengan adanya kemudahan SMS ini membuka ruang dan peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Hal ini dapat kita lihat dengan adanya pelbagai pertandingan yang menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan tetapi menghendakkan para peserta menghantar SMS untuk menyertai pertandingan tersebut, kadar caj akan dikenakan bagi setiap SMS yang dihantar. Benarlah bahawa kemudahan SMS bukan sahaja untuk fungsi perhubungan namun lebih daripada itu.

Perkembangan pesat sistem telekomunikasi negara ditambahkan pula pelbagai pakej yang ditawarkan oleh syarikat penyediaan telekomunikasi menjadikan kemudahan SMS salah satu trend penduduk Malaysia sejak awal kemunculannya pada tahun 1995.

Pada awal kemunculan telefon bimbit di pasaran Malaysia, kemudahan telekomunikasi ini hanya terhad untuk kemudahan perhubungan melalui dail terus atau khidmat SMS. SMS secara mudah untuk difahami adalah satu sistem kemudahan untuk menghantar maklumat daripada pengirim kepada penerima dengan menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan padat.

Namun, harus dibezakan SMS dengan e-mel. Hal ini disebabkan e-mel diperkenalkan menghendakkan para penggunanya menghantar maklumat dengan menggunakan ayat lebih tersusun dan teratur, tetapi SMS pula maklumat yang dihantar kepada penerima menggunakan ayat yang lebih ringkas tetapi mencapai makna yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini perkhidmatan SMS masih diperlukan oleh segenap pengguna telefon bimbit untuk berhubung atau menghantar pesanan ringkas.

Penyakit menggunakan singkatan kata yang tidak mengikut standard yang telah ditetapkan membawa satu cabaran baru kepada keutuhan bahasa Melayu. Suatu penyakit yang kian parah melanda pengguna SMS ketika ini membuatkan fenomena ini semakin hari semakin menjelikkan mata para pencinta bahasa Melayu. Persoalannya adalah, adakah bahasa SMS membina atau menghakis bahasa Melayu?

Walaupun isu bahasa SMS bukanlah isu baru, namun fenomena ini masih kurang mendapat perhatian daripada golongan cendekiawan bahasa mahupun golongan autoriti yang mempunyai kuasa untuk membincangkan hal ini. Ditambahkan lagi, menurut Rubiah di dalam jurnal Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan Bahasa SMS Dalam Kalangan Guru Pelatih menyatakan bahawa terdapat penggunaan bahasa ringkasan secara berleluasa berbanding dengan bahasa sebenar kerana penerimaannya lebih selari dengan aliran kini sehinggakan remaja kurang berminat untuk berkomunikasi melalui bahasa utama diyakini bahasa Melayu.

Daripada kenyataan ini dapat fahami bahawa perkembangan sesuatu bahasa itu adalah disebabkan penerimaan golongan penuturannya menyebabkan sesuatu kod bahasa itu diterima pakai dan diserapkan di dalam bahasa tersebut. Walaupun bahasa Melayu terkenal dengan sifat dinamisnya, dan adakah bahasa SMS juga boleh dikategorikan sebagai di damika bahasa yang mana boleh digunakan di dalam acara-acara rasmi.

Pasti ramai menyatakan tidak kerana bahasa SMS adalah sesuatu bahasa hanya bersifat peribadi dan kata yang digunakan sering mengalami potongan ejaan dan kata sehinggakan sesuatu kata itu di tidak difahami daripada maksud kata aslinya. Hal ini selari dengan pendapat Supyan Husain dalam makalahnya Bahasa SMS Bahasa Dinamis? Terbitan Dewan Bahasa Edisi Mei 2005 yang menyatakan bahasa teknologi maklumat dan komunikasi mengwujudkan bahasa sistem mesej singkat (SMS) bagi memudahkan komunikasi.

Dalam makalah yang sama, Supyan Husain telah memetik pendapat daripada Hansson dan Sylvia yang mana berpendapat bahawa bahasa SMS yang wujud dan berleluasa dalam kalangan masyarakat tatkala ini disebabkan beberapa faktor antaranya ruang paparan telefon bimbit, masa dan juga kewangan.

Hal ini dapat dijelaskan bahawa ruang paparan telefon yang terhad yang hanya dapat menerima aksara yang terhad mendesak para pengguna SMS meringkaskan perkataan dengan melanggar prinsip sistem nahu dan juga sistem ejaan sesuatu bahasa dan diyakini bahasa Melayu. Contoh kata yang popular yang sering menerima ringkasan daripada pengguna SMS seperti “daripada” ditulis dpd, “semalam” menjadi smlm,“tidak” ditulis dengan simbol xatau x mao dan sebagainya. Ditambahkan lagi, tidak nafikan bahawa faktor masa juga antara faktor penyumbang kepada berlaku singkatan kata di dalam SMS.

Hal ini disebabkan, di dalam dunia yang penuh cabaran dan persaingan yang sengit faktor masa amat dititik beratkan, bak kata pepatah “masa itu emas”. Lantas para pengguna SMS hanya menggunakan singkatan dalam menyampaikan maklumat seperti contohnya “Saya tidak hadir makan malam. Saya demam” dan digantikan Sy xgi mlm ni. Dmam. Malah, faktor kewangan juga antara penyebab mendorong berlakunya singkat kata di dalam SMS. Hal ini disebabkan walaupun SMS yang dikirimkan panjang mahupun pendek kadar caj yang dikenakan oleh penyedia kemudahan telekomunikasi yang dilanggan adalah sama. Bagi menjimatkan kos, para pengguna SMS lebih gemar menggunakan SMS yang lebih pendek untuk menjimatkan kos perkhidmatan.

Ditambah beliau lagi, bahasa SMS tidak boleh menggantikan bahasa Melayu rasmi tetapi memungkinkan komunikasi menjadi lebih pantas. Tidak dinafikan juga di dalam dunia yang penuh cabaran ini setiap daripada kita sentiasa berkejar mendahului masa untuk mencapai sesuatu yang dikehendaki. Namun kita perlu sedari bahawa kepantasan itu bukanlah lesen untuk mengwujudkan bahasa “baharu” yang melanggar konvensi, seperti peraturan nahu dan ejaan.


Bahasa SMS menjejaskan sistem Bahasa Melayu

Adakah bahasa SMS menjejaskan nilai dan sistem Bahasa Melayu? Satu persoalan pokok yang perlu mendapat pencerahan yang maksimum daripada cerdik pandai bahasa supaya masyarakat tidak terkeliru dengan isu ini. Hal ini disebabkan, ramai dalam kalangan masyarakat yang membahasakan isu ini di dalam medan media massa dan menyatakan bahawa bahasa SMS akan menjejaskan keaslian bahasa Melayu. Benarkah dakwaan ini? Jika ditinjau dari sudut nahu, jelas kepada kita bahawa komunikasi bahasa SMS ini tidak mengikut binaan ayat yang ditetapkan iaitu subjek dan predikat.

Menurut Jyh Wee Sew dalam makalahnya Komunikasi Kreatif SMS? Terbitan Dewan Bahasa Edisi Mei 2005 menyatakan gabungan subjek dan predikat tidak diperlukan dalam komunikasi SMS kerana proses saling rujuk bersemuka diwujudkan dalam komunikasi telefon bimbit. Tambah beliau lagi, di dalam komunikasi SMS tidak memerlukan kata panggilan atau kata ganti nama yang sopan kerana segala rujukan penerima SMS diubahsuai ke dalam ruang bersemuka yang diwujudkan dalam komunikasi digital.

Di samping itu, bahasa SMS juga sering menggugurkan kata panggilan demi tujuan pragmatik yang pantas dan berkesan. Perkara in selari dengan penggunaan SMS yang mahukan pesanan atau mesej yang disampaikan seringkas mungkin, tetapi mengekalkan maksud yang ingin sampaikan oleh pengirim.

Dalam erti kata mudahnya bahasa SMS ini lebih mementingkan isi pesanan yang ingin disampaikan oleh pengirim dan bukannya kesantunan serta nahu seperti mana di dalam bahasa bertulis. Memetik pandangan sarjana barat di dalam makalah Bahasa SMS Dinamis tulisan Supyan Husain. Henrik Hansson dan Syliva van de Bunt - Kokhuis dalam tulisan mereka “E-learning and Language Change: Observation, Tendencies and Refections” berpendapat bahawa terdapat dua faktor yang mempengaruhi perubahan sesuatu bahasa, iaitu keperluan untuk berkomunikasi secara cepat dan penyampaian lebih banyak maklumat pada setiap masa.

Pandangan ini amat bertepatan dengan kehendak pengguna SMS yang mahukan setiap pesanan yang dihantar penuh dengan maklumat dan cepat. Namun kita kembali kepada persoalan pokok, adakah bahasa SMS menjejaskan bahasa Melayu? Menurut Supyan Hussin di dalam blognya menyatakan bahawa bahasa SMS tidak boleh dinyatakan sebagai menjejaskan bahasa Melayu.

Beliau memberikan contoh setiap bahasa mempunyai kod terdiri daripada simbol seperti Kod Morse yang digunakan untuk telegraf, Kod Braille untuk mereka yang cacat penglihatan dan Kod trengkas yang digunakan oleh setiausaha dan terakhir sekali Kod military yang sering digunakan oleh tentera. Supyan Hussin juga menyatakan bahawa bahasa SMS juga mempunyai kod seperti mana kod-kod yang disebutkan di atas dan masyarakat tidak pernah mendakwa kod-kod berkenaan merosakkan nahu serta struktur bahasa Melayu. Hal ini disandarkan kepada beberapa sebab, pertamanya tidak ramai dalam kalangan kita tahu membaca kod berkenaan.

Kedua, kod berkenaan tidak digunakan dalam paparan umum seperti dalam media massa dan media elektronik. Ketiga, kod berkenaan hanya digunakan dalam konteks komunikasi yang terhad dan tujuan tertentu sahaja. Supyan Hussin menegaskan bahawa kod berkenaan tidak bersalahan dan tidak merosakkan bahasa baku, situasi yang sama juga jika dilihat kepada bahasa SMS.

Walaupun bahasa SMS ditulis dalam kod singkatan dan simbol yang digunakan bersifat peribadi dan bukan awam, maka bahasa SMS yang kelihatan bercampur aduk dengan bahasa Melayu dan Inggeris, salah nahunya tidak boleh dihukum sebagai salah atau merosakkan bahasa kebangsaan. Namun, perlu diingatkan kepada pengguna SMS, supaya menjadi pengguna yang bertanggungjawab terhadap nilai bahasa yang digunakan diyakini bahasa Melayu. Hal ini disebabkan pengguna SMS perlulah sedar supaya menggunakan bahasa SMS secara beretika dan dapat membezakan situasi formal dan tidak formal.

Perkara ini turut ditekan oleh Supyan Hussin seupaya kita tidak sewenang-wenangnya terbawa-bawa tabiat bahasa SMS ke dalam situasi formal seperti mana dalam urusan-urusan rasmi seperti surat-menyurat, minit mesyuarat, memo peringatan dan sebagainya. Ditambahkan lagi, pengguna SMS juga perlulah sebaik mungkin mengekalkan jati diri kebangsaan dengan menggunakan kod-kod yang tidak melampau batas seperti dier (dia),ialebiu (l love you), dan mndelete (memadam) (Supyan Hussin, 2011). Selain itu, apabila kita berkomunikasi secara formal dengan mana-mana pihak, maka perlulah kita menggunakan bahasa baku menuruti nahu dan ejaan yang betul dalam SMS kita supaya kita dapat membezakan hubungan formal dan hubungan sosial rakan taulan.

Bahasa SMS dalam jawapan peperiksaan

Tidak dinafikan bahasa SMS yang pada mula hanya digunakan sebagai medium peribadi untuk menyampaikan maklumat telah disalah gunakan oleh sebilangan besar pengguna SMS itu sendiri. Hal ini disebabkan sikap tidak keprihatinan kita terhadap bahasa dan tidak tahu membezakan situasi formal dan tidak formal menyebabkan fenomena ini sering berlaku. Contoh yang terdekat adalah menggunakan bahasa SMS semasa menjawab soalan peperiksaan peringkat menengah mahupun institusi pengajian tinggi.

Kebimbangan ini turut diluahkan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap penggunaan bahasa SMS dalam kalangan calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta peperiksaan peringkat universiti.

Fenomena ini turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Awang Sarian yang mana berpendapat situasi pelajar menjawab soalan peperiksaan menggunakan bahasa SMS adalah satu petanda bahaya penularan bahasa dalam kalangan masyarakat (Berita Harian 13/12/2012). Ditambahkan lagi, perkara yang sama turut dikongsi oleh Chong Seck Ching dalam tulisannya “All about Texting, SMS and MMS” yang mana meluahkan rasa kebimbangannya terhadap anak muda yang kini menjadi pakar dalam mencincang perkataan dan frasa sehingga menjejaskan pencapaian akademik mereka. Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia mengakui bahawa agak sukar untuk mengawal penggunaan bahasa SMS dalam kalangan pelajar ketika menjawab soalan peperiksaan, ia bukanlah alasan kepada kita untuk menghalalkan penggunaan bahasa SMS ini.

Justeru, bagi mengawal penggunaan bahasa SMS yang semakin meluar dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda, kerjasama semua pihak terutama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah perlu, dalam merangka satu polisi, bagi memastikan tabiat bahasa SMS ini tidak menjejaskan kemurnian bahasa Melayu. Ditambahkan lagi, pengamal media juga terutama media cetak mahupun elektronik perlu diingatkan supaya SMS yang dihantar oleh penonton yang menggunakan singkatan tidak siarkan.

Hal ini, sebagai satu didikan sosial kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam menghantar mesej SMS terutama yang melibatkan urusan rasmi. Penglibatan semua pihak dalam menangani isu ini adalah sangat perlukan dan tidak dibebankan di bahu sesetengah pihak sahaja. Oleh yang demikian, dengan adanya komited semua pihak diharapkan bahasa Melayu terus dijulang sebagai bahasa ilmu yang merentasi zaman.

Rujukan:
Majalah
Jyh Wee Sen.2005.Komunikasi Kreatif SMS. Dewan Bahasa,Mei:36-41
Supyan Hussin.2005.Bahasa SMS Dinamik?.Dewan Bahasa,Mei:42-48
Ma’aroff Abd.Rahman.2005. Bahasa Baharu Teknologi Maklumat. Dewan Bahasa,Mei:50-52
Akhbar
Zamani Othman.(2012)Bahasa SMS tidak ancam bahasa Melayu asli. Utusan Malaysia, 30 Oktober
Trend bahasa ringkasan SMS pengaruhi pelajar membimbangkan. Utusan Malaysia, 21 Oktober 2012
M Jasni Majed.(2011) Bendung bahasa SMS dalam urusan rasmi. Harian Metro, 26 Jun
Sukar Kawal bahasa SMS. Berita Harian,13 Disember 2012
Nik Nur Zakia Abdullah.(2012) Jawab periksa guna bahasa SMS. Berita Harian, 13 Disember
Rujukan Elektronik

P.Ari Subagyo.2007. Ciri-ciri Kreatif Bahasa SMS.(atas talian) http:www.usd.ac.id/lembaga/lppm/f113/Jurnal
Sintesis/vol5no2oktober2007/10 Ari.pdf (10 Disember 2012)
Supyan Hussin.2011. Isu bahasa SMS kembali semula. (atas talian) suphussin.wordpress.com(10 Dismber 2012)
Sumber Jurnal
Tay Meng Guat.(2011). Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan Bahasa SMS Dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang , Jilid 10
Lampiran
Perkataan SMS
Maksud
Perkataan SMS
Maksud
Perkataan SMS
Maksud
ahd
ahad
gmbar,gmbr
gambar
skolah
sekolah
akum
assalamualaikum
isn
isnin
slamber
selamba
amek
ambil
je,jer
sahaja
slipar
selipar
ari
hari
jgn
jangan
slmt
selamat
bdk
budak
jgak,gak
juga
smpi
sampai
bg
bagi
jln
jalan
smyang
sembahyang
bgn
bangun
jmpa
jumpa
sorang
seorang
blk
bilik
jom
mari
spt
seperti
badar
bandar
jum
Jumaat
ko
kau
bngga
bangga
kabo
Khabar
kompt
komputer
brknlan
berkenalan
kahwin
Kahwin
korang
kamu
cam
macam
keje
Kerja
kpd
kepada
clik
balik
kham
khamis
kreta
kereta
Sumber: Supyan Hussin.2005.Bahasa SMS Dinamik?.Dewan Bahasa, Mei: 42-48

Tiada ulasan: