Selasa, 12 Februari 2013

BELANJALAH IKUT PENDAPATAN JANGAN BOROS DAN MEMBAZIR...NANTI RAKYAT SEDAR KITA TAK BOLEH MEMIMPIN@MENTADBIR NEGARA

‘Tidak’ untuk BN musnah jutaan ringgit buat Najib

Harakahdaily, 12 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Apa yang akan selamanya dikenang tentang Tahun Baru Cina Najib di Pulau Pinang adalah video satu minit yang sudah tersebar luas lebih hangat berbanding Psy dan Gangnam Style – ketika Najib bertanya kepada hadirin di Sekolah Han Chiang sama ada mereka bersedia untuk Psy dan bersedia untuk BN.


Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata sebenarnya gema tiga kali “Ya” untuk soalan Najib sama ada orang ramai telah bersedia untuk Psy diikuti dengan gema yang sama kuat dan spontan tiga kali “Tidak” ketika Najib bertanya sama ada mereka bersedia untuk BN telah memusnahkan keyakinan tinggi untuk menang besar dalam PRU13 yang dibina Najib.

Katanya, kejadian itu lebih memusnahkan peluang pilihan raya Umno BN dalam PRU13 berbanding Bersih 2.0, Bersih 3.0 atau Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 – lebih-lebih lagi apa ia adalah kemusnahan yang ditimpakan ke atas diri.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menambah, kejadian itu telah mencalarkan gambaran indah yang dicipta pemimpin dan propagandis Umno BN akan menang besar dalam PRU13, bukan sahaja dengan majoriti dua pertiga parlimen malah untuk memenangi semula negeri-negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat termasuklah Pulau Pinang.

Menurutnya, melihat kembali kelak, apabila sejarah PRU13 dicatat, kemunculan Psy dan Gangnam Style dengan tiga “Ya” untuk Psy dan tiga “Tidak” untuk BN, akan meninggalkan kesan di dalam sejarah politik Malaysia menandakan bermulanya pengakhiran buat Najib dan penguasaan penuh Umno di dalam politik Malaysia.

Walaupun Najib dan Umno BN telah mengalami tamparan dalam pusingan akhir ke PRU13, pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat hendaklah tidak terlebih yakin dan menganggap perlawanan ke Putrajaya sudah pun dimenangi.

“Saya sentiasa berpandangan bahawa hasil PRU13 sukar ditentukan siapa pemenangnya walaupun Umno BN mempunyai kelebihan juga kerana penyalahgunaan kuasa,” ujarnya.

Katanya, PR masih boleh memenangi PRU13 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan memandangkan tempoh kempen pilihan raya adalah kunci penting dan terakhir menentukan siapa akan menjadi pemenang.

 

Umno patut bersyukur jika jadi pembangkang

Aspan Alias, 12 Feb 2013
Lawatan Najib ke Pulau Pinang merupakan lawatan yang membazir bagi dirinya dan partinya. Lawatan beliau itu adalah lawatan politik dan kali ini beliau diiringi oleh penyanyi pop terkenal Psy dari negeri Korea dan berbelanja sebanyak RM2 juta untuknya. Saya tidak tahu berapa pula bayaran yang dibayar kepada penyanyi tempatan, Shila Hamzah. Psy menyanyi tidak lebih dari 10 minit itu merupakan orang yang diharapkan oleh Najib untuk meniupkan ‘mood’ bagi mendapatkan sokongan terhadap beliau dan BN dalam pilihanraya nanti. Najib sedang berusaha untuk merampas Pulau Pinang dari DAP dan Pakatan Rakyat.

Najib tidak membawa dirinya sebagai pemimpin utama secara betul dan tidak ada siapa di kalangan kabinetnya mampu membawa diri mereka sebagai pemimpin yang baik lagi. Najib telah dimalukan oleh orang ramai semasa berada di Pulau Pinang di hadapan tujuh ribu orang yang diangkut beramai-ramai itu. Beliau dimalukan oleh orang ramai dengan jeritan ‘NO!’ apabila beliau bertanya sama ada sudah bersedia untuk BN atau tidak. Laungan ‘NO’dengan spontan dan gemuruh telah ditunjukkan oleh orang ramai di situ. Sebelum itu pertanyaan Najib sama ada mereka bersedia untuk Psy, orang ramai dengan gemuruh menjawab YES apabila Najib bertanya sama ada sudah bersedia untuk Psy atau pun belum.

Keadaan seperti ini sepatutnya memberikan kesedaran kepada semua pemimpin UMNO BN bahawa rakyat sudah tidak mahu lagi memberikan sokongan atau dukungan terhadap BN pimpinan Najib dan barisan kepimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi parti itu. Rakyat terpaksa berhimpun dan menyatakan secara berdepan yang mereka tidak mahukan lagi BN untuk memerintah mereka.

Dalam perhimpunan CNY itu sepatutnya memberikan Najib kesedaran yang rakyat tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan hiburan yang mengasyikkan lagi. Rakyat mahukan kerajaan yang serius dan berani berubah. Tetapi rakyat tahu pimpinan hari ini tidak berani berubah sikap dan perangainya kerana berubah bermakna tidak rasuah dan tidak menyalahgunakan kuasa.

Kini elok kita bertanya, mampukah BN meyakinkan rakyat yang mereka tidak akan rasuah lagi? Rakyat sedar yang ketagih rasuah seperti pimpinan UMNO tidak mampu mahu berubah dan tidak akan mampu untuk berubah. Stigma kotor yang melekat kepada batang tubuh pimpinan BN dan UMNO itu tidak dapat di bersihkan lagi. Itu sebab saya katakan yang UMNO perlu mencari orang lain untuk memimpin bagi menukar imejnya yang terlalu busuk dan buruk itu.

Jika keburukan imej yang dihadapi oleh UMNO itu tidak dapat diubah, berikanlah sepuluh kali BRIM, TRIM dan apa-apa RIM yang lain rakyat perlukan perubahan. Kalau UMNO masih menerajui negara, ia bukannya perubahan. UMNO tidak boleh menggantikan Muhyiddin sebagai gantian kepada Najib. Begitu juga Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Afdal. Mereka mereka ini tidak boleh menggantikan Muhyiddin dan begitulah seterusnya.

Menggantikan Najib dengan Muhyiddin tidak akan membawa apa-apa kebaikan malah ia akan meruntuhkan lagi UMNO dan akan mati lebih cepat. Kesemua pemimpin dalam Majlis Tertinggi itu tidak boleh menggantikan Najib. Yang boleh menggantikan Najib hanya lah sesiapa yang berada di luar barisan pimpinan itu untuk membawa imej dan aura yang baru bagi parti itu. Tetapi itu tidak juga berlaku. Maka perubahan parti pemerintah merupakan jalan dan satu-satunya kaedah untuk membetulkan yang salah, menyambung yang putus dan menampal yang koyak hasil perlakuan UMNO dan BN itu.

Tetapi rakyat masih bernasib baik kerana jika UMNO dan BN tidak mampu berubah maka kita ubah, kita boleh tukar BN itu dengan parti-parti yang lain yang telah lama wujud secara halal dalam negara ini. UMNO boleh kembali memerintah mungkin sepuluh tahun lagi apabila mereka memperbaiki imej mereka semasa berada sebagai pembangkang nanti.

Di India parti Kongress telah kembali berkuasa setelah ditumpaskan oleh parti Janata dahulu. Parti Kongress telah mencapai kemerdekaan negara India dan telah ditumpaskan oleh rakyat kerana isu yang sama seperti yang dihadapi oleh UMNO di negara ini. Di Jepun juga parti Liberal Demokrat telah kembali berkuasa setelah berada sebagai parti pembangkang beberapa ketika kerana ditolak oleh rakyat Jepun pada awal tahun 2000 dahulu sedangkan Liberal Demokrat merupakan parti yang telah membawa Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga besarnya dalam dunia ini.

UMNO perlu melalui proses introspeksi kerana parti itu sudah tidak lagi tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Yang buruk dianggap baik dan yang baik dianggap buruk. Itulah sebabnya rakyat negara ini wajar melakukan perubahan itu sedaya upaya kerana jika rakyat tidak mampu mengubahnya maka kesalahan itu akan terletak di bahu rakyat sendiri.

Jika UMNO menjadi pembangkang masa itu boleh digunakan untuk melakukan pembaikan kepada kualiti kepimpinan parti itu dan pemimpin-pemimpinnya boleh belajar berfikir kerana pengalaman sebagai pembangkang itu perlu untuk melatih pemimpin-pemimpin parti itu untuk berfikir dengan baik. Apabila UMNO sudah bersedia menjadi parti yang baik, mungkin Hishammuddin tidak akan bercakap seperti orang yang hilang akal lagi.

Mungkin Najib akan lebih matang dan memahami perasaan rakyat dan tidak lagi bercakap memperbodoh-bodohkan rakyat lagi. Mungkin semasa itu Mahathir akan lebih baik dan tidak lagi melakukan hasutan dan memecahbelahkan pimpinan UMNO lagi. Semasa itu nanti mungkin Rais Yatim tidak lagi menunjukkan sikap mengampu dan membodek pucuk pimpinan semasa itu. Satu lagi kemungkinan ialah UMNO akan sedar yang melakukan rasuah itu kerja hina dan boleh menjatuhkan tamadun rakyat.

Dengan meletakkan UMNO sebagai pembangkang maka UMNO akan tahu samada tuduhan Pakatan Rakyat mampu mentadbir negara. UMNO boleh memantau samada pimpinan Pakatan Rakyat melakukan apa yang mereka (UMNO) lakukan semasa memerintah selama 56 tahun itu. UMNO boleh memantau sama ada PAS, DAP dan PKR akan menaikkan harga bekalan alat pertahanan negara berlipat kali ganda atau tidak.

Yang terlebih penting untuk UMNO semasa menjadi pembangkang itu ialah bahawa memberikan pendidikan percuma itu boleh dilakukan. Menghapuskan tol itu juga boleh dilakukan dan tidak akan membankrapkan negara. Pakatan Rakyat juga akan mengajar bagaimana Badan Kehakiman yang bebas itu boleh membina negara dengan baik. UMNO juga boleh melihat sama ada berlaku pembunuhan wanita asing yang melibatkan pimpinan negara semasa itu nanti.

UMNO juga akan belajar dan mengetahui yang rupa-rupanya pemimpin boleh mentadbir negara tanpa rasuah dan belajar yang ketagihan rasuah itu boleh dielakkan jika usaha menolaknya dibuat pada awal pentadbiran kerajaan baru itu.

UMNO juga akan belajar bagaimana untuk menjadikan media massa yang lebih adil dan terbuka itu akan membina minda dan sikap rakyat keseluruhannya.

Pendeknya jika UMNO menjadi pembangkang ia lebih menguntungkan UMNO lagi kerana ia memberikan kesempatan bagi parti itu memperbaiki diri mereka untuk menjadi parti yang bertanggungjawab dan berdisiplin yang tinggi.

Yang terpenting lagi bagi UMNO belajar semasa menjadi pembangkang itu ialah mengakui yang negara ini rakyat yang punya, bukannya Mahathir, Najib atau pun mana-mana pemimpin dari partinya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Bekas tentera 31 tahun tinggal di rumah sewa

Harakahdaily, 09 Feb 2013



KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, kerajaan Malaysia mestilah lebih prihatin terhadap nasib bekas tentera dan polis.

"Insya Allah, Pakatan Rakyat memberi jaminan angkatan tentera, wakil-wakil mereka dan orang yang pencen, insya Allah akan diberikan tempat yang  terbaik dan hak yang terbaik, hak yang adil memberikan hak kepada orang yang berhak," ujarnya dipetik BuletinOnline.

Beliau berkata demikian kepada pihak media ketika mengunjungi bekas tentera yang dinafikan hak mendapat bantuan, Hassan Abdullah di Kampung Seberang Takir, dekat sini, kelmarin.

"Kalau dalam masa selama 31 tahun (Hassan) tidak ada rumah, tidak ada tanah, sedangkan ada pemimpin-pemimpin (kerajaan Terengganu) yang hebat, kaya mendapat tanah, itu ketidakadilan namanya.

"Kita maklum negeri Terengganu ini ramai wakil rakyat yang mendapat tanah walaupun sudah kaya," katanya lagi.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menafikan hak Hassan mendapat bantuan kewangan dan tanah serta rumah sebagai menzalimi bekas tentera itu.

Sehubungan itu, Dr. Khairuddin mencadangkan, bekas-bekas tentera yang tidak mendapat keadilan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan.

Billboard buat Rosmah sakit hati, terhangat

Harakahdaily, 10 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Artikel blog bertajuk “Rosmah Mansor pasti sakit hati bila melihat billboard ini..” tulisan http://darisungaiderhaka.blogspot.com menjadi pilihan terhangat para pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily untuk minggu ke 6.

Di tempat kedua, para pembaca Harakahdaily meminati berita bertajuk “Abby Abadi ziarah, timang bayi Memey Suhaiza” yang menyiarkan sekeping gambar dari laman Instagram Abby sedang mendukung anak pertama Memey Suhaiza.

Tajuk “Debat Noh lawan Ezam atas lori sambutan cukup dahsyat” yang memaparkan sambutan ‘hangat’ debat antara dua tokoh Umno itu pula menjadi artikel ketiga paling diminati para pembaca Harakahdaily minggu lalu.

Berita ialah 10 berita yang paling diminati pembaca Harakahdaily untuk minggu 3.2.2013 hingga 9.2.2013:

1

Rosmah Mansor pasti sakit hati bila melihat billboard ini..
2

Abby Abadi ziarah, timang bayi Memey Suhaiza
3

Debat Noh lawan Ezam atas lori sambutan cukup dahsyat
4

Pengurus Felda biadab mahu rampas pembesar suara
5

Lagi menyamar jadi ahli PAS sensasikan isu kalimah Allah
6

100,000 hadir, kejutan Ustaz Azhar di Stadium Darul Makmur
7

Tanda-tanda BN nak meninggal pada PRU13?
8

TV3 lapor 100,000 hadiri wacana Ustaz Azhar Idrus di Kuantan
9

Kamera AES terbakar!
10

Pemimpin Umno pamer longgokan duit depan penduduk

Gelombang Oren: Ameerah santuni pengundi Tionghua

Harakahdaily, 10 Feb 2013

Program Gelombang Oren di KL Sentral.

KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini, Ameerah Malaysia telah melancarkan program Gelombang Oren ke seluruh negara.

Program semalam diisi dengan aktiviti edaran buah limau kepada rakan-rakan kaum Tionghua, edaran leaflet Ameerah dan bumper sticker dengan tema 'Wanita Bahagia, Negara Sejahtera'.

“Program ini diadakan serentak seluruh negara dengan mensasarkan kawasan awam seperti hentian bas, hentian keretapi, pasar pagi dan tempat letak kereta pusat membeli belah.

“Program ini adalah manifestasi kepada semangat muhibbah antara kaum yang perlu dipupuk di kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda hari ini,” ujar Pengerusinya, Fareedah Samad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, arahan kepada seluruh jentera Ameerah dan muslimat muda di setiap negeri untuk memulakan edaran jam 3 petang bagi mengambil peluang bertemu dengan teman-teman dari kaum Tionghua yang pulang ke kampung halaman atau yang keluar membeli belah bagi persediaan sambutan tahun baru mereka.

Tambahnya, terdapat juga jentera negeri yang memulakan edaran sejak awal pagi lagi.

Katanya, sambutan yang sangat menggalakkan diterima dari rakan-rakan kaum Tionghua sepanjang edaran dijalankan.

Mereka, ujar beliau sangat gembira dan teruja menerima buah tangan dari Ameerah malah ada beberapa negeri yang terpaksa menamatkan program lebih awal.

Beliau memberitahu, tidak sampai 40 minit mereka telah kehabisan buah limau untuk diedarkan.

Sehubungan itu, ujarnya lagi Ameerah Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada seluruh jentera Ameerah di setiap negeri yang telah berjaya menjayakan program semalam.

“Memandangkan Gelombang Oren ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, Ameerah akan melancarkan Gelombang kedua, Gelombang Epal Hijau dalam masa yang terdekat,” katanya.


Ameerah Kelantan.


Ameerah Perak.


Ameerah Sabah.

PRU belum lagi, Umno telah cetus huru-hara di Pekan

Khairil Abdul Rahim, 12 Feb 2013
PEKAN: Selepas seorang mahasiswa Ekhsan Bukhari cedera dibelasah samseng-samseng Umno di Kampung Datuk Keramat di sini, dua lagi peristiwa melibatkan samseng iaitu seorang mahasiswa pecah bibirnya ditampar samseng ketika mengedar risalah di Kampung Sri Makmur.


Dalam peristiwa kedua pula  rombongan empat orang mahasiswa telah dimaki hamun dan diusir oleh wakil rakyat BN sendiri bersama penyokong-penyokong Umno.

Seorang mahasiswa Mohd Alif Ashraf, 21, ketika bercakap kepada Harakahdaily berkata, beliau turut cedera dibelasah samseng Umno.

Katanya, dalam perjalanan beliau bersama tiga mahasiswa lain di Kampung Sri Makmur dalam Dun Pulau Manis, empat lelaki dengan dua buah motosikal telah datang lalu mengusir mereka menyuruh pulang.

“Dalam perjalanan balik kami singgah di masjid kampung itu, tiba-tiba beberapa orang menyekat dan bertanya adakah kami meminta izin dulu sebelum ke sini. Belum sempat menjawap, seorang lelaki menerkam lalu mencekik leher dan tampar muka saya sehingga pecah bibir.

“Saya tidak melawan kerana dalam rombongan kami hanya saya sahaja lelaki dan tiga yang lain perempuan. Saya hanya minta maaf kemudiannya kami balik,” ujarnya.

Mohd Alif berkata, apa yang beliau kesalkan ialah sikap kasar penyokong-penyokong Umno sedangkan rombongannya datang hanya untuk mengedar risalah bukannya melakukan jenayah.

Katanya, perkara biadab seumpama ini tidak sepatutnya berlaku di kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru beberapa hari ini memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya tidak membuat huru-hara jika kalah pilihan raya umum (PRU).

“Hari ini, belum PRU lagi, penyokong-penyokong Umno di Parlimen Pekan, tempat Najib telah membelasah mahasiswa dan cetuskan huru hara,” katanya.

Dalam peristiwa kedua, dua orang mahasiswa lelaki dan dua perempuan dalam perjalanan ziarah di Kampung Tanjung Batu Ganchong dalam Dun yang sama, Adun Pulau Manis bersama penduduk kampung dan seorang anggota polis telah dimaki hamun dengan kata-kata kesat.

Menurut penyelaras kempen ‘Gerakan Mahasiswa 13’ Syed Ali Syed Othman, dalam kejadian tersebut, risalah yang dibawa mahasiswa turut dirampas dan dihumban ke longkang.

Syed Ali berkata, jika Najib betul-betul rasa kuat dan selesa di Parlimen Pekan apa perlunya menghantar samseng untuk memukul mahasiswa yang datang membawa hujah dan idea, hanya mencemarkan imej Najib sebagai Perdana Menteri.

Tambahnya, mahasiswa yang terlibat dalam kedua-dua insiden tersebut telah membuat laporan polis.

Sebelum ini, Harakahdaily turut melaporkan mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel), Ekhsan Bukhari, telah dibelasah empat samseng Umno selepas mengedar risalah ‘Harapan Malaysia’ di Kampung Datuk Keramat di sini sehingga cedera di beberapa bahagian di badan, siku berdarah dan bahagian leher baju koyak.

Dalam kejadian itu, kereta yang dinaiki mereka turut kemek di bahagian tepi manakala kereta seorang ahli PAS yang menjadi penunjuk arah kemek di bahagian depan.

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) sebelum ini membuat pengumuman untuk bertanding di Parlimen Pekan menentang Najib pada PRU13 yang dijangka berlangsung bulan depan.

Hari ini merupakan hari kelima mereka melakukan aktiviti ziarah dan mengedar risalah.

Tiada ulasan: