Ahad, 24 Februari 2013

MACAM LAWAK AJE...ILMU MANTIK...PASAL KALIMAH ALLAH...MACAM ORANG AMBIK PALANG KRISTIAN MASUKKAN@LETAKKAN DALAM MASJID...PATUT ORANG ISLAM MARAH BUKAN ORANG KRISTIAN....GITU JUGA KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE...PATUT ORANG KRISTIAN MARAH...NI ISLAM MARAH TAK PE LAH PEMAHAMAN BERBEZA...MEREKA BERANI KALIMAH 'ALLAH' AJE TAPI TAK BERANI AMBIK 'ALIF LAM LAM HA'@الله

Manifesto Rakyat, kesukaran PAS dan polemik Haron Din

Ahmad Lutfi Othman, 23 Feb 2013
Manifesto Pakatan Rakyat bakal dibentangkan Isnin depan, sekali gus memulakan kempen rasmi berdepan PRU13 yang paling sengit dan mendebarkan itu. Berbeda dengan siri pilihan raya sebelumnya, yang menyaksikan tawaran oposisi jarang diberi perhatian istimewa, kali ini ia benar-benar dinanti dan akan dihalusi.

Sebelum ini, Buku Jingga, yang dilancarkan lebih dua tahun lalu, mendapat reaksi yang luar biasa hebatnya. Tawaran yang dikemukakan begitu memikat imiginasi masyarakat umum, terutama melalui perincian 100 hari pertama pemerintahan Pakatan selepas memperolehi mandat rakyat.

Tentu sekali pemimpin BN dan media tali barutnya secara intensif melemparkan kecaman dan serangan berterusan bagi memburukkan dokumen tersebut, namun ia menyumbang promosi lebih menyeluruh terhadap tawaran Pakatan.

Kesan positifnya, Buku Jingga menjadi sebutan dan perbincangan di mana-mana. Pihak kerajaan, termasuk Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, mengambil jalan mudah - tanpa sanggahan berfakta - mendakwa negara akan bankrap jika janji-janji Pakatan dilaksanakan.

Di kala Pakatan mengemukakan hujah dan rasional, memberi fokus kepada isu-isu rakyat dan polisi penting, BN masih bermain sentimen dan emosi.

Saya percaya tumpuan umum pelbagai lapisan masyarakat akan terpusat kepada pelancaran Manifesto Rakyat, 25 Februari, di Pusat Konvensyen Shah Alam itu. Seluruh negara bukan saja mahu mendengar pakej tawaran baru tetapi juga perincian dan justifikasi bagaimana ia boleh dilaksanakan dengan berkesan, termasuk fasa masa yang diperlukan.

Mengetahui orang seperti Rafizi Ramli dan teman-teman baiknya dalam Pakatan, termasuk Dr Dzulkefly Ahmad, yang bertanggungjawab merumuskankan draf akhir manifesto, saya jangkakan strategis kempen BN  pasti tidak senang duduk!

Berdasarkan kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UMCEDEL, tawaran-tawaran yang lebih spesifik, seperti janji menurunkan harga minyak, janji pemansuhan PTPTN dan menyediakan pendidikan secara percuma, dan janji penurunan harga kereta, dilihat boleh meningkatkan  sokongan kepada Pakatan.

Secara timbal baliknya, isu-isu berkaitan integriti dan penyalahgunaan kuasa pemimpin BN atau secara khusus membabitkan kes-kes NFC, kegagalan mengawal kenaikan harga barang. serta kelemahan dalam menguruskan ekonomi sehingga berlaku peningkatan hutang negara, telah menarik perhatian responden sebagai isu-isu yang boleh menjejaskan sokongan kepada BN.

Hal ini bermakna, pengundi akan menilai dengan cermat dan teliti, sejauh mana BN dan Pakatan, berusaha menangani isu-isu yang menyentuh langsung kehidupan seharian rakyat. Dan antara kayu ukur awal ialah manifesto yang bakal dikemukakan kedua-dua gabungan parti itu.

Kesan tawaran Pakatan, misalnya berkaitan penurunan harga kereta, membuatkan ramai menangguhkan hasrat mereka untuk membeli kenderaan baru. Apa pun, rakyat lebih mengharapkan satu pelan menyeluruh ditampilkan, berkaitan pelbagai segmen khusus, seperti rawatan kesihatan, agenda wanita, peningkatan pendapatan isi rumah dan lain-lain.

Diharapkan perdebatan tentang isu-isu yang real ini, daripada pembentangan manifesto masing-masing nanti, dapat menenggelamkan (kalaupun tidak menamatkan) polemik berterusan yang ditimbulkan Umno-BN, yang berlegar sekitar sentimen perkauman, politik jahat, permainan emosi dan seumpamanya.

Sebagai pengamal media yang sering membangkitkan isu kebebasan, saya tertarik dengan jaminan Pakatan untuk "menghapuskan semua undang-undang, yang menyekat kebebasan media dan mewujudkan suasana media yang berat sebelah, termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta prosedur perlesenan media."

Sebagai rakyat prihatin yang sentiasa mempersoalkan undang-undang rimba, seperti ISA, saya teruja dengan janji-janji Pakatan untuk memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat, dengan langkah-langkah berikut:

"Semakan menyeluruh ke atas semua undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan kebebasan rakyat atau bersifat anti-rakyat. Memansuhkan semua undang-undang dan peraturan ini dalam tempoh tahun pertama pentadbiran Pakatan. Menguatkuasakan Akta Pemulihan Demokrasi untuk mengukuhkan lagi hak rakyat. Kerajaan Persekutuan membebaskan dan memohon maaf kepada semua tahanan ISa dari dulu hingga sekarang."

Semasa Rafizi mengisi slot khas dalam retreat Jabatan Pengarang Harakah bulan lalu, Pengarah Strategi KeADILan itu menimbulkan satu persoalan menarik, iaitu bagaimana Pakatan menangani masalah rasuah dan korupsi yang berleluasa sekarang, melalui satu pelan menyeluruh dan holistik.

Saya, seperti majoriti rakyat lainnya, yang sudah muak dan jelak dengan amalan salahguna kuasa, menarik nafas lega dengan cadangan Pakatan memperkenalkan Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN), yang dijangka, antara lain, merombak amalan dan proses SPRM agar tumpuan diberikan sepenuhnya kepada siasatan dan pendakwaan terhadap kes-kes rasuah besar, melibatkan kepentingan awam sekali gus membuang persepsi bahawa SPRM hanya menumpukan kes kecil sedangkan rasuah pembesar negara dipadamkan.

II.

Secara jujur, saya melihat kegusaran mengenai kecenderungan pengundi Melayu masih belum berjaya diatasi sepenuhnya. Ada pihak mendakwa, sepanjang lima tahun terakhir ini, sokongan mereka kepada Pakatan, khususnya PAS, tidak mencatatkan banyak peningkatan.

Saya tidak pasti apakah ada sandaran kukuh terhadap kerisauan itu ketika semakin ramai tokoh-tokoh masyarakat menyertai PAS dan banyak kawasan yang sebelum ini dikenali sebagai kubu Umno telah ditembusi. Sekurang-kurangnya mesej PAS dapat disampaikan kepada khalayak yang lebih meluas.

Memang sikap over confident bahawa Pakatan mampu menerajui  Putrajaya dalam PRU13 mempunyai keburukan tertentu, sehingga membuatkan  aktivisnya memandang mudah dan alpa, tetapi kebimbangan dan ketakutan tanpa asas kemungkinan orang Melayu tidak bersedia berubah, juga perlu dielakkan.

"Dalam sejarah lebih 60 tahun penubuhannya, PAS kini berada pada tahap paling kukuh," kata seorang penganalisis politik. "Walaupun kerusi Parlimen yang dimenanginya kurang sedikit daripada 1999, tetapi sokongannya tambah merata termasuk di Johor. Malah ramai personaliti terkemuka lebih berminat mendekati PAS, terpulang kebijaksanaan pemimpin utama untuk mengolahnya, " tambahnya.

Cuma, PAS kini terpaksa bertembung langsung dengan Umno, parti utama dalam BN, yang menguasai seribu satu sumber kekuatan. Namun begitu, Umno juga dalam proses pereputan, natijah pelbagai jenayah besar sejak merdeka.

Proses urbanisasi, fenomena langit terbuka, peningkatan tahap pendidikan dan pembesaran kelas menengah dikatakan faktor memperkukuhkan pengaruh Pakatan, termasuk PAS. Semakin rakyat bermaklumat dan berilmu, mereka kian menjarakkan diri dengan Umno-BN.

Saya akui kerap mengingatkan penggerak Pakatan, khususnya PAS, agar usah meremehkan pengaruh propaganda bagi mengekalkan kuasa BN yang disebarkan melalui media tradisi seperti Utusan Malaysia dan TV3.

Ia bertujuan untuk mencabar dan menyemarakkan lagi usaha penerangan dan penjelasan ke seluruh pelosok, seperti kampung tradisi dan penempatan Felda. Minda Melayu yang terjajah dan terkepung itu harus dibebaskan.

Sebenarnya dakyah Utusan dan TV3 tidaklah terlalu sukar untuk dipatahkan. Edaran akhbar itu pula semakin merosot dengan ketara, manakala siaran Buletin Utama TV3 sering dipersendakan, seperti kes "Himpunan Shamsidar", apatah kredibiliti sumber beritanya cukup rendah.

Oleh itu, bukan hanya media baru perlu ditingkatkan wilayah pengaruhnya ke segenap ceruk rantau, malah akhbar alternatif, seperti Harakah dan Suara Keadilan, perlu sampai ke setiap rumah pengundi Melayu. Biar mereka dapat membuat penilaian dan penghakiman sebaiknya. Malang sekali, sehingga kini, jaringan pengedaran itu tetap terbatas.

Tidak dinafikan PAS berdepan tugas paling sukar dan kritikal berbanding DAP dan KeADILan, namun "semakin pekat malam, maka semakin dekatlah fajar menyinsing". Begitu perit tribulasi dan berat kepedihan yang menimpa pemimpin dan ahli-ahli parti selama lebih 60 tahun; PAS bukan saja bertahan tetapi berkembang pesat.

Prinsip perjuangannya disanjung, akhlak dan komitmen penggerak PAS dihormati kawan dan lawan. Justeru, benteng pengundi Melayu-Islam yang dikatakan menjadi penyelamat Umno-BN pada 2008 tidak semestinya kekal kebal. Ia hampir roboh dan musnah.

Jadi mengapa perlu gerun dengan  parti bobrok yang bakal ditelan sejarah itu?  "Janganlah tindakan kita yang keliru, walaupun tanpa sedar, boleh menyebabkan Umno dapat mengembalikan kekuatannya untuk terus mempertahankan kuasa," ingatan seorang profesor sastera kepada saya. "Harapan kami hanya kepada Pakatan, jangan sesiakan," tambahnya.

III.

Isnin lalu, saya sempat berkunjung ke rumah Dr Haron Din, di Bandar Baru Bangi. Saya tidaklah berhasrat menimbulkan khabar angin yang tersebar luas dalam internet mendakwa beliau keluar PAS, banyak lagi perkara lain yang lebih penting.

"Kalau Ustaz Haron Din betul keluar PAS, pasti Utusan dan TV3 terlebih dulu menghebohkannya," saya membalas SMS seorang rakan yang bertanyakan berita palsu itu. Rupanya ramai lagi yang tertanya-tanya isu yang sama.

Kenalan rapat dari Alor Setar, sebaik mengetahui saya di rumah Timbalan Mursyidul Am PAS itu, minta bertanyakan kerana "aku nak dengar sendiri penjelasannya".

Sambil minum petang dan menikmati karipap panas, Dr  Haron menegaskan: "Saya pertegaskan sekali lagi, bahawa saya dalam menghadapi isu kalimah Allah atau isu yang berhubung dengan apa sahaja pendirian PAS dengan DAP, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan perjuangan bersama PAS.

"Tidak terlintas dalam benak saya, bahawa saya akan keluar PAS dalam menghadapi isu ini. Melawak tidak pernah, bercakap pun tidak pernah. Selepas bersama dalam perjuangan, tidak terfikir  hendak keluar PAS.”


"Malah Perhubungan PAS Perlis telah menawarkan saya bertanding dua kerusi, Dun dan Parlimen dalam PRU13, walaupun saya daripada awal minta tidak disenaraikan kerana tidak cukup sihat fizikal."

Dr Haron berkata, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jassin sendiri menawarkan kerusi yang disandangnya. Begitu juga dengan seorang lagi Adun PAS (Simpang Empat), Rus'sele Eizan.

"Saya juga ditawarkan Parlimen Arau. Pada 2008 saya kalah 300 undi sahaja.  Saya tolak tawaran itu. Mesyuarat tidak terima pandangan saya, mereka kata akan bantu dan tampung kelemahan saya. Akhirnya saya terima satu sahaja, iaitu Parlimen Arau," ujarnya.





Hukum Ejaan Kalimah Allah Dalam Tulisan Arab Atau Jawi

Salam alaik, merujuk kepada surat khabar bertarikh 11.11.2011, saya terlihat ada perkataan Allah Akbar (Jawi) pada setiap muka surat yang membuat pengucapan Hari Lahir kepada Sultan Kelantan. Adakah keratan tersebut perlu dibakar dan dihanyutkan @ tidak mengapa?

Nizam Rasdi, Johor.

Wa alaikassalam wbrt, saya akan menjawab sekadar mampu...

Berlandaskan kaedah menghukum dalam mazhab Syafi’e iaitu :
الاصل الاشياء الإباحة حتى يدل الدليل التحريم
(asal setiap perkara adalah diperbolehkan sehingga adanya dalil yang menunjukkan akan keharamannya).

Justeru itu, untuk mengatakan tidak boleh mesti ada dalil yang jelas dan khusus tentang larangan perbuatan tersebut selagimana tiada maka ia kekal diperbolehkan.

Firman Allah :
"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (adalah seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,” [An-Naml ayat 30]

Dalam ayat tersebut jelas Nabi Sulaiman telah menulis Basmalah di dalam surat kepada Ratu Balqis yang saat itu masih kafir.

Jika dilihat kepada perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah SAW sendiri juga memerintahkan untuk ditulis Basmalah dalam surat perjanjian tersebut. Malahan kedapatan banyak lagi surat Rasulullah SAW yang dihantar kepada An Najasyi di Habsyah dll untuk menyeru mereka memeluk Islam, di mana dalam surat-surat baginda pastinya ditulis Basmalah dan Muhamad Rasulullah. Bahkan cop mohor baginda juga diukir dengan lafaz Muhamad Rasulullah.

Jelasnya Rasulullah yang paling kasih pada Allah sedikitpun tidak berasa bimbang dengan kemungkinan mereka akan menghina kalimah Allah dalam ejaan Basmalah atau selainnya yang ditulis dalam surat-surat tsbt sama ada penerimanya akan mengoyak atau memijak surat tersebut.

Apapun terpulanglah kepada masing-masing untuk mengambil sebarang langkah untuk lebih memuliakannya walaupun tiadalah ia diperintahkan.

WALLAHU A'LAM..

~Soalan yang ditanya dalam wall fb Ustazthrash Mujahid~
 
Tujuan aku hanya mahu memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. KepadaNya jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.(Hud: 88)


Persoalan Dan Jawaban Mengenai Ejaan Dan Cara Membunyikan Kalimah Allah .

S : Saya ada beberapa persoalan berkaitan lafzul Jalalah. Mohon diperjelaskan

1. Apa hukum mengeja kalimah الله dengan cara ejaan rumi yang berbeza bunyinya dengan lafaz asal ?
2. Apa pula pandangan ustaz mengenai ejaan takbir 'Allah hu akbar' dan 'Allahu Akhbar' ?
3. Bagaimana pula berkenaan perbezaan bunyi sebutan lafaz الله yang disebut oleh golongan mamak (maaf) iaitu bunyinya " Al-laah "? 

J : Sekadar mampu. Sekalipun dalam bahasa Arab, cara ejaan dan cara membunyikannya adalah sesuatu cabang ilmu yang berbeza walau keduanya berkait rapat. Dalam ertikata lainnya, bunyi kalimah Arab yang sebenar tidak dapat disahkan secara tepat melalui ejaan melainkan setelah dibunyikan. Jadi untuk menentukan benar atau tidak sesuatu sebutan Arab, sila dapatkan musyafahah daripada guru yang mursyid.

1- Secara umumnya di Malaysia dan di Indonesia ada beberapa kaedah ejaan rumi pada kalimah الله yang ditulis secara tunggal  iaitu samaada (1) AlLah / Allah / Allaah. Yang kurang mashur - (2) Alloh dan (3) Olloh . 

Ringkasnya pula, apabila dieja secara bersambung dengan kalimah lain, maka kebiasaan dalam ejaan rumi di Malaysia dieja 'LAH' dan ejaan yang sebegini juga diamalkan di Indonesia. Namun di sesetengah pasentran dan universitas Indon, ditetapkan hanya jika sebelum lafaz Allah itu kalimahnya berbaris kasrah. Dalam ertikata lain jika sebelum lafaz Allah ada kalimah lain berbaris fathah atau dhammah maka dieja sebagai 'LOH'.

Ini sebenarnya khilaf pada ejaan rumi dengan tujuan untuk menepati bunyi bacaan yang disepakati para ulama Qiraat berkenaan hukum 'alif lam pada kalimah lafzul Jalalah' dan pada huruf lam lafzul Jalalah yang disentuh pada bab tarqiiq wa tafkhim di dalam ilmu tajwid.

Manakala ejaan selain di atas (seperti Owoh/Ow'oh atau lain-lain) adalah menyalahi kaedah penulisan lafaz Al Jalalah dan ia tidak akan melahirkan bunyi yang dikehendaki syara'.

2- Berkenaan dengan ejaan takbir (الله اكبر) yang ditanya, ianya jelas berselisihan dengan ejaan penulisan para ilmuan Islam. Bahkan ia boleh menambahkan lagi kekusutan pembaca yang masih tidak mahir dalam membunyikan kalimah Arab dengan betul. Ejaan 'Allah hu akbar' adalah salah kerana seolah-olah huruf ha' tersebut bertasydid ( هّ ). Manakala ejaan Allahu akhbar pula adalah kerana 'kh' adalah mewakili huruf خ. Yang sebaiknya adalah AlLaahu Akbar.

Di sini juga saya mahu menekankan perkara yang sangat perlu diambil perhatian dalam mengeja kombinasi perkataan-perkatan Arab yang panjang ke dalam ejaan rumi. Asingkan kalimah ejaan Melayu ikut cara kalimah Arab melainkan pada huruf alif dan lam, supaya ejaan tersebut tidak menghilangkan makna asal..

Sebagai contoh :
لا اله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد يحي ويميت، وهو على كل شيء قدير

Contoh ejaan yang banyak salah :
( laa ilaa haa illawah huwah dahu laa syarikallah, lahulmul quwalahul hamduyuhi wayumi tu wahuwa a'la qulli syai in qodir )

Contoh ejaan yang baik :
( Laa ilaaha illlalLahu wahdahu laa syarikalah- lahul mulku wa lahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa 'aala kulli syai-in qodiir)

3 - Membunyikan lafzul Jalalah adalah sesuatu yang telah ditetapkan. Sengaja membunyikannya secara berbeza dari apa yang ditetapkan adalah suatu dosa amat besar yang membawa kepada kekufuran kerana ia adalah suatu bentuk penghinaan kepada kalimah yang paling mulia. Namun dimaafkan kepada mereka yang mempunyai masalah thiqalah (berat) pada menyebut kalimah tersebut sepertimana sebutan yang sebenar. Perkara ini berlaku kepada kebanyakan bangsa India, Pakistan, Bangladesh dan Nepal. Meniru mereka adalah tidak dibenarkan apalagi memperolok-olokkan cara sebutan mereka.

Semoga diberkati usaha kita semua dalam memuliakan kalimahNya. Wallahu a'lam.

'UM

Pengertian Kafir Harbi


Dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar ramai sungguh yang bersemangat mahu menuduh seseorang yang kafir itu sebagai kafir harbi dan ramai yang penakut itu mengecop semua kafir yang ada di dunia ini kafir zimmi... Apa sebenarnya semua ini menurut ajaran Islam? Ayuh sama-sama kita renung-renungkan penjelasan di bawah semoga kita tidak lagi mengotorkan kesucian Islam dengan kejahilan diri. InsyaALLAH semoga kita diselamatkanNya.

Orang kafir di dalam syari'at Islam terbahagi kepada empat jenis atau empat kumpulan, di mana keempat-empat golongan ini dinyatakan secara jelas di dalam surah at Taubah :

1. Kafir zimmi atau zimmah, adalah kafir yang membayar jizyah (ufti) yang dipungut setiap tahun sebagai imbalan untuk membolehkan mereka tinggal di negeri kaum muslimin (dengan aman). Kafir seperti ini tidak boleh dianiaya dan apalagi dibunuh selama dia masih mentaati/mematuhi peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas mereka.

  • Allah Ta'aala berfirman:
    Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (iaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.
    (At-Taubah: 29). 

    • Dalam hadis Al-Mughirah bin Syu'abah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata : Kami diperintah oleh Rasul Rabb kami Shallallahu 'alaihi wa 'ala alihi wa sallam untuk memerangi kalian sampai kalian menyembah Allah satu-satunya atau kalian membayar jizyah. (HR. Bukhari no. 3158).

2. Kafir mu'ahad, iaitu orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang telah disepakati. Dan kafir seperti ini juga tidak boleh dibunuh sepanjang mereka menjalankan kesepakatan yang telah dibuat.

  • Allah Ta'ala berfirman :
    Kecuali orang-orang musyrikin yang kamu telah mengadakan perjanjian (dengan mereka) dan mereka tidak mengurangi sesuatu pun (dari isi perjanjian)mu dan tidak (pula) mereka membantu seseorang yang memusuhi kamu, maka terhadap mereka itu penuhilah janjinya sampai batas waktunya. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa. (At-Taubah: 4). Lihat juga At-Taubah ayat 7 dan 12.

    • Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Sesiapa yang membunuh kafir mu'ahad, dia tidak akan mencium bau syurga dan sesungguhnya bau syurga itu tercium dari perjalanan empat puluh tahun. (HR. Bukhari no. 3166, 6914, An-Nasa'ie 8/25 dan Ibnu Majah no. 2686).
    • Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Ingatlah, siapa yang menzalimi seorang mu'ahad, merendahkannya, membebaninya di atas kemampuannya atau mengambil sesuatu daripadanya tanpa keredhaannya, maka aku adalah lawan bertikainya pada hari kiamat. (HR. Abu Daud no. 3052. Disahihkan oleh Syaikh al Albani dalam Silsilah al Ahadits as Sahihah no. 445).

3. Kafir musta'man, iaitu orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin. Kafir jenis ini juga tidak boleh dibunuh sepanjang masih berada dalam jaminan keamanan.

  • Allah Ta'aala berfirman :
    Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. (At-Taubah: 6).

    • Dalam hadis Ummu Hani' radhiyallahu 'anhaa, beliau berkata : Wahai Rasulullah, anak ibuku (iaitu Ali bin Abu Thalib r.a) menyangka bahwa dia boleh membunuh orang yang telah aku lindungi (iaitu) si Fulan bin Hubairah. Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Kami telah lindungi orang yang engkau lindungi wahai Ummu Hani'. (HR. Bukhari no. 357, 3171, 6158, Muslim no. 1370, Abu Daud no. 2034 dan At-Tirmidzi no. 2132).

4. Kafir harbi, iaitu kafir adalah berbeza dengan tiga jenis atau kumpulan di atas. Kafir jenis inilah yang disyari'atkan untuk diperangi dengan ketentuan yang telah ditetapkan dalam syari'at Islam. Akhir ayat 29 at Taubah menunjukkan kafir zimmi sebelumnya adalah kafir harbi. .

  • Allah Ta'aala berfirman:
    Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (iaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.
    (At-Taubah: 29).


Rujukan dan suntingan daripada - Meraih Kemuliaan Melalui Jihad ... Bukan Kenistaan. Penulis: Al Ustaz Dzulqarnain bin Muhammad Sanusi. Penerbit: Pustaka As-Sunnah - Versi Indonesia.

Kewajiban Mengundi Dan Larangan Memilih Pemimpin Yang Zalim.



Firman Allah : 
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan..
(Hud : 113)

Pada ayat ini Allah SWT memberi amaran bahwa orang-orang yang beriman kepada Nabi Muhammad saw dan menganut agama yang dibawa baginda SAW supaya jangan sekali-kali cenderung kepada orang-orang zalim; iaitu musuh-musuh kaum muslimin yang selalu menyakiti mereka.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW), ummat Islam tidaklah boleh cenderung untuk melakukan sesuatu tindakan yang dilihat atau menjurus kepada menyokong golongan yang zalim dalam menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh pewaris para anbiya yakni para ulama yang ikhlas dalam menyampaikan dakwah dan berusaha menegakkan agama Allah. Jika perbuatan sedemikian dilakukan ia bereti telah menempah azab seksa yakni dicampakkan ke dalam neraka serta tiadanya pertolongan Allah sedangkan Allah adalah satu-satunya tempat memohon pertolongan.

Berdasarkan kefahaman ayat di atas, jelas sekali cenderung (menyokong) kepada kezaliman adalah sesuatu perbuatan yang di larang oleh Islam apalagi mengambil seseorang yang zalim sebagai pemimpin kerana kezaliman seorang pemimpin lebih besar mudaratnya kepada orang ramai. Mereka yang memilih pemimpin yang zalim juga dikira sebagai orang yang zalim. Dalam erti kata yang lain segala sokongan terhadap dosa si pelaku kezaliman adalah satu pembabitan yang dihukumkan sama dosanya terhadap si penyokong.

Firman Allah swt.:
وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(Al-Ma'idah : 51)

Untuk lebih memahamkan firman-firman Allah di atas, sayugilah kita memerhatikan dialog di antara si tukang jahit dengan seorang ulamak silam yang terkenal iaitu Sufyan at Thauri.

Suatu ketika datang seorang lelaki bertanya kepada Sufyan at Thauri , dia berkata :
Aku ini penjahit pakaian untuk seorang raja (pemerintah yang zalim); adakah aku tergolong dalam kalangan penyokongnya?

Sufyan at Thauri menjawab : engkau bukan daripada kalangan penyokong tetapi engkau adalah golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada engkau jarum dan benang (untuk menjahit).
[al Mu'jam al Kabir]

Dalam situasi hari ini, sistem pengundian adalah sejenis bai'ah (pengakuan taat setia) yakni suatu jalan usaha untuk membentuk pengagihan kuasa yang benar dan adil. Oleh kerana kebenaran dan keadilan itu adalah dituntut oleh agama maka ia menjadi satu kewajiban yang mesti ditunaikan oleh setiap kaum Muslimin. Jelasnya satu undi daripada setiap orang dikira sebagai satu usaha untuk untuk melantik pemimpin masyarakat dan negara yang dilihat memiliki ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki Islam (berdasarkan penyaksian atau maklumat yang diperolehi melalui sumber yang sah). Bukankah Allah mengambil kira setiap perbuatan walaupun ianya sebesar zarah apakan lagi dalam hal sebesar ini.

Sabda Rasulullah SAW :

Sesiapa yang mati tetapi tidak pernah membai'ah pemimpin maka matinya adalah kematian dalam jahiliyah.  [Sahih Muslim : 3441]

Firman Allah :
وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ذَلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا

dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
(at Thalaaq : 2)

Selanjutnya Allah SWT menyerukan supaya kesaksian itu supaya diberikan secara jujur, kerana Allah semata-mata tanpa mengharapkan bayaran, tanpa memihak, sebagaimana firman Allah menjelaskan :
يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri.
(An Nisa' : 135)

Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan kepada para hamba Nya yang beriman agar menjadi orang-orang yang benar-benar menegakkan keadilan di tengah-tengah masyarakat. Maka karenanya Allah SWT memerintahkan kepada mereka untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang menyampaikan mereka kepada keadilan itu, seperti: keadilan dalam memilih pemimpin yang adil (yakni berkelayakan).

Maka mengundi dan melantik orang yang tidak wajar dilantik menurut syara' juga adalah suatu kezaliman (kejahatan) ini kerana ia dianggap seolah menyembunyikan kesaksian yang sebenar seperti yang dituntut oleh ayat di bawah, Allah SWT berfirman :
وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(al Baqarah : 283)

Untuk menambah lagi kefahaman kita hendaklah kita memerhatikan firman Allah :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.
(al Maa-idah : 2)

Maka berikrarlah sebagaimana yang diajari Allah kepada kita sepertimana dalam firmanNya :
وَلَا نَكْتُمُ شَهَادَةَ اللَّهِ إِنَّا إِذًا لَمِنَ الْآثِمِينَ

dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian -kerana- Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa.
(al Maa-idah : 106)

Kesimpulan :

ISLAM AGAMA PENGHALANG!! Kerana itu ia dibenci oleh sekularisme.

Islam halang pemerintah itu mengenepikan Islam sebagai dasar negara
Islam halang pemerintah itu mengamal undang2 kejam ciptaan lord reid
Islam halang pemerintah itu menganggap amanah itu sebagai ghanimah
Islam halang pemerintah itu merampas hak rakyat yang patut dilindungi
Islam halang pemerintah itu memuliakan para penyanyi / tentera2 dajal
Islam halang pemerintah itu menganjurkan apa saja majlis-majlis lagha
Islam halang pemerintah itu bersikap diskriminasi terhadap agamawan2
Islam halang pemerintah itu menghalang apa saja usaha dakwah Islam
Islam halang pemerintah itu bersikap tamak haloba terhadap dunia fana
Islam halang pemerintah itu memakan rasuah kerana buruklah akibatnya
Islam halang pemerintah itu melagakan sesama rakyatnya kerana kuasa
Islam halang pemerintah itu dari melakukan pelbagai dosa lagi ..............

Islam halang pemerintah itu dari buat dosa apa lagi yer??? Jawablah......
Korang tolonglah sambung dan tambah pulak dengan sesedap iman .......

Sebagai muslim dan mukmin yang bertaqwa hendaklah menghindari perbuatan mengundi bagi memenangkan mereka yang zalim. Dan perbuatan tidak mengundi juga adalah seolah-olah meredhai mereka yang zalim untuk mendapat kuasa memerintah.

Segala pertolongan daripada mereka yang zalim yang berbentuk duniawi janganlah dijadikan alasan untuk menyokong mereka yang zalim itu kerana ia tidak dapat digunakan untuk menebus azab seksa di akhirat. Sesungguhnya hanya Allah adalah sebenar-benar penolong kepada kita. Ayuh marilah kita mengundi demi memenangkan perjuangan Islam untuk menegakkan keadilan dan kebenaran...

 Ustazthrash Mujahid - P. Nahu

AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR ; Antara Cara² Mencegah Kemunkaran! Wajib diketahui & diamali..

Ada yang tertanya² adakah cara aku mengubah kemunkaran itu sah dari segi hukumnya?

Secara ringkasnya bukan aku atau sesiapa, namun benar atau tidak itu terpulang kepada niat dan cara, biarlah kita benar pada niat dan perbuatan.

Dalam hal ini berpeganglah kita semua pada hukum-hukum sebagaimana terdapat di dalam hadis sahih, hadis no:34 dari kitab hadis 40 oleh Al-Hafiz Imam Al-Nawawi, dari Abi Sa'id al-Khudri r.a, berkatanya, aku telah mendengar bahawa Rasulullah saw bersabda :

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان

"Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika dia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika dia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [Di riwayatkan oleh Imam Muslim]

Mahukah kita kekal tergolong dalam kalangan yang selemah-lemah imannya???

Untuk lebih menjelaskan suasana yang kabur apabila ramai yang berkata : bahawa aku tidak mampu dan tiada penjelasan yang jelas dalam hadis di atas yang menghuraikan ketidak mampuan itu sendiri pada tahap mana.... (jawaban pelepas diri).

Ketahuilah olehmu wahai saudara-saudara ku sekalian, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab Fataawa Mu'asyirah (m/s 687) memberi ulasan akan hadis sahih di atas, beliau mengatakan bahawa mencegah kemungkaran mesti mempunyai 3 syarat :

1. Perkara yang disepakati akan keharamannya (أن يكون محرمًا مجمعًا عليه).

Tidak boleh mencegah perkara-perkara makruh yang dilakukan. Juga dimaksudkan di dalam kategori ini ialah orang-orang yang meninggalkan sunnah (seperti tidak berjanggut dan sebagainya) kerana ia tidak dianggap melakukan mungkar. Perkara mungkar itu hendaklah mencapai tahap haram. Kemungkaran itu tidak boleh didasarkan dari ijtihad masa, tempat dan sebagainya. Perkara-perkara yang diperselisihkan ulama' juga tidak boleh dianggap mungkar. Kemungkaran itu hendaklah ianya jelas dan terang, yang disepakati oleh semua Imam-Imam Islam.

2. Kemungkaran itu dilakukan secara terang-terang (ظهور المنكر )

Ertinya kemungkaran itu dilakukan secara terang-terangan, dihadapan umum/public. Tidak boleh sengaja mengintai-intai atau memasang alat-alat pendengaran bagi menangkap mereka yang melakukan mungkar. Hal ini dijelaskan didalam hadith diatas dengan perkataan : "barangsiapa melihat kemungkaran". Hal ini menunjukkan kita mengembalikan kepada Allah swt keatas mereka yang melakukan kemungkaran secara sunyi-sunyian, sebagaimana hadith Nabi saw :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين

"Semua umatku akan diampuni kecuali mereka yang melakukan maksiat secara terbuka".

3. Kemampuan bertindak untuk mengubah kemungkaran (لتغيير المنكر بالقوة)

Ertinya orang yang ingin mengubah kemungkaran harus memiliki kemampuan bertindak, baik secara individu ataupun bersama-sama dengan rakan yang lain; iaitu mengubah dengan menggunakan kekuatan..

Mencegah kemungkaran pula perlu melalui berapa peringkat. Di dalam Al-Mawsoo’ah al-Fiqhiyyah Jilid 39, ms. 127 menjelaskan bahawa :


تغيير المنكر له مراتب ، إذ يتدرج من التنبيه والتذكير إلى الوعظ والتخويف ، ثم الزجر والتأنيب ، ثم التغيير باليد ، ثم إيقاع العقوبة بالنكال والضرب ، وأخيراً الاستعداء ورفع الأمر إلى الحاكم

"Mengubah kemungkaran dilakukan secara bertahap, progres dari menurut tahap dari amaran dan peringatan, berdakwah dan menakut-takutkan, memarahi dan berkeras, kemudian mengubahnya dengan tangan, kemudian lakukan hukuman (punishment) dan pukulan, dan akhirnya mengumumkan sikap kita dan membawa perkara tersebut ke mahkamah".

Kemudian lihat pula, al Qadhi Abu Bakar bin al Arabi dalam Ahkam al Quran 1/293, di mana beliau berbicara mengenai hadis di atas :

وقال القاضي أبو بكر بن العربي في ( أحكام القرآن 1 / 293 ) :
 وإنما يبدأ باللسان والبيان ، فإن لم يكن فباليد - يعني أن يحول بين المنكر وبين متعاطيه بنزعه عنه وبجذبه منه - فإن لم يقدر إلا بمقاتلة وسلاح فليتركه وذلك إنما للسلطان ............................... انتهى
.

"Hanyasanya ia (cegah munkar) dimulai dengan lisan dan penjelasan. Jika tidak berjaya hendaklah dihentikan dengan tangan, jika gagal juga dihentikan melainkan dengan memeranginya atau mengangkat senjata, maka cegah munkar perlulah ditinggalkan. Kerana mengangkat senjata adalah hak sultan/pemerintah".

Dakwah lembut, peringatan yang menakutkan, marah dan berkeras memang itu lah yang aku selalu buat .. punishment & pukulan saja yang jarang aku lakukan (selalunya anak murid je la!).. Apalagi nak angkat senjata, bukankah tak boleh sebagaimana yang di katakan oleh al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arab dalam bicaranya di atas??

Dan sebagai contoh, aku mengumumkan kerja buat aku ni pada pihak yang berwajib sebagai contoh kes hina ramadhan, aku lapor pada Penguatkuasa Majlis Perbandaran dan Penguatkuasa Majlis Agama & catat dalam blog ini untuk makluman manusia yang menghuni dunia tenet.

Amacam ..???  Renung² & fikir²kanlah di manakah tahap kita dalam hal ini!!


Kalimah Allah bukan hak esklusif Melayu Malaysia — Mohamad Radzwill Abdullah

January 15, 2013
15 JAN — Hanya orang Melayu Malaysia sahaja mengesklusifkan kalimah Allah untuk diri mereka. Orang Islam ataupun orang Melayu Indonesia tidak mengesklusifkan, orang Islam atau orang Arab tidak mengesklusifkan, orang putih Islam tidak mengesklusifkan, orang India Islam tidak mengesklusifkan. Hanya orang Melayu Malaysia sahaja mengesklusifkan kalimah Allah untuk orang Islam Melayu Malaysia.
Benarkah orang Melayu Islam Malaysia mempunyai hak eksklusif penggunaan perkataan Allah?
Islam dikatakan tiba ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1303 masehi. Ini dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Catatan Batu Bersurat antara lain menyebut mengenai kaitan antara Islam, Rasullullah dan undang-undang Terengganu.
Batu Bersurat tidak terdapat langsung perkataan Allah.
Yang menariknya apabila Islam tiba di Semenanjung (melalui catatan batu bersurat itu), ianya tidak membawa Allah bersamanya. Ini kerana di sepanjang tulisan batu bersurat itu walaupun menyebut kalimah Islam dan Rasullullah, tidak terdapat langsung perkataan Allah. Yang ada hanyalah Dewata Mulia Raya. Antara catatan tersebut antaranya:
1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
Bukti tersebut menunjukkan apabila Islam tiba di Semenanjung Tanah Melayu, mereka sendiri memilih untuk mengekalkan perkataan Dewata Mulia Raya bagi Tuhan. Dewata Mulia Raya adalah satu kuasa ghaib Yang Maha Agung, Yang Tiada Awalan dan Tiada Akhiran, Yang Mencipta segala isi langit dan bumi.
Maka orang Islam dahulu sendiri memilih tidak mahu menggunakan perkataan Allah kerana pada mereka, Allah merupakan perkataan Arab yang membawa maksud ketuhanan yang sama seperti Dewata Mulia Raya.
Adakah ini menunjukkan orang Melayu zaman dahulu lagi menolak ketuhanan Allah atau sebenarnya lebih bijak pemahaman dan pengasimilasian budaya dan bahasanya?
Orang Melayu zaman dahulu tidak begitu gopoh mengambil pakai istilah-istilah Arab kerana padanya terdapat istilah-istilah Melayu yang cukup untuk menggambarkan ke’syumul’an Islam itu sendiri.
Maka kita dapat lihat perkataan Jannah, Jahannam, solah, musolla tidak diambil kerana pada mereka sudah ada perkataan syurga, neraka, sembahyang dan surau yang membawa maksud yang serupa.
Kesimpulannya, jika ingin menggunapakai konsep Islam Melayu adalah berbeza dengan Islam Arab dan Islam Indonesia dan Islam di luar Malaysia maka kita tidak seharusnya menggunakan istilah Allah kerana kita sepatutnya menggunakan istilah Dewata Mulia Raya.
Jika kita mahu menghalang kaum lain atau agama lain menggunakan kalimah Allah, maka mereka juga boleh menghalang orang Melayu Islam Malaysia menggunakan kalimah Allah kerana, Islam datang ke tanah Melayu menggunakan kalimah Dewata Mulia Raya. Sementara perkataan Allah telah lama wujud sebelum kedatangan Islam dan kewujudan al-Quran dan Bible (orang Kristian Arab menyebutnya sebagai Injil) telah menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible Arabnya sebelum al-Quran memakainya.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


Kalimah Allah Di Langit

tulisan kalimah Allah di langit
Jika diamati, tertera tulisan kalimah Allah di langit yang ditunjukkan dalam bulatan

tulisan kalimah Allah
Tulisan kalimah Allah yang jelas kelihatan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Biasanya saya mendengar cerita dan membaca berita di akhbar dan laman web sahaja tentang langit yang tertera tulisan Allah (dalam bahasa Arab/jawi).
Tetapi pada hari raya yang lalu saya berjaya merakam tulisan-tulisan kalimah Allah di langit tersebut (lihat foto-foto di atas). Pada mulanya saya tidak meyedari akan wujudnya kalimah Allah di langit di dalam gambar tersebut. Sehinggalah saya publishkan di dalam intagram saya. Seorang rakan saya kemudiannya memberitahu akan tanda tulisan kalimah Allah di langit di dalam kedua-dua gambar tersebut. Subhanallah!!!
Tulisan kalimah Allah di langit pada gambar yang pertama agak kurang jelas. Kecuali jika diperhatikan betul-betul. Namun pada gambar kedua, tulisan kalimah Allah di langit itu memang nampak jelas. Anda boleh lihat tulisan kalimah Allah di langit itu di dalam bulatan yang telah saya bulatkan.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” [QS Ali 'Imran 3:190-191]
Adakah kita melihat tanda-tanda sebegini dengan haya sekadar melihat sebegitu sahaja. Itulah tanda-tanda yang secara terang-terangan Allah zahirkan supaya kita berfikir tentang kejadian ciptaanNya. Dan seterusnya mengakui dengan yakin akan keesaanNya. Lalu pengakuan tadi, kita tunjukkan dengan ibadah-ibadah dan amalan-amalan yang disuruh olehNya disamping kita menghindari amalan-amalan yang dilarang. Perbuatan ini (amar ma’ruf nahil munkar) bukan sahaja kita jaga untuk diri kita, malah kita sebagai khalifah di muka bumi ini hendaklah menyeru manusia lain.
Wallahua’lam. Semoga kita sentiasa diberi peringatan oleh Allah untuk terus mengingatiNya dan tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang lupa dan ingkar. Naudzubillah…

Tiada ulasan: