Posted on Friday, February 15 @ 19:36:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: imamsurau
"KUALA LUMPUR - Senarai daftar pemilih baru yang melibatkan seramai 13.34 juta pemilih berdaftar sehingga Disember 2012 akan diwartakan pada 22 Februari ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini. Beliau menasihatkan semua pemilih berdaftar supaya menyemak daftar pemilih yang baru berkenaan supaya sebarang kesilapan dapat diperbetulkan segera.
Abdul Aziz berkata, secara keseluruhan seramai 16 juta rakyat Malaysia layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diumumkan bila-bila masa selepas daftar pemilih baru itu diwartakan.
"Hanya dua juta lebih rakyat Malaysia yang layak mengundi, belum mendaftar sebagai mengundi. Jumlah ini kurang daripada 20 peratus iaitu lebih kurang 18 atau 19 peratus sahaja daripada 16 juta yang layak mengundi.
"Kesedaran rakyat Malaysia untuk mengundi semakin meningkat dan ini bermakna promosi dan kerja keras SPR berjaya. Daftar pemilih yang baharu melibatkan seramai 2.3 juta pengundi berusia bawah 39 tahun yang baru mendaftar sebagai pemilih," katanya pada sidang akhbar selepas Rundingan Meja Bulat Pandangan Masyarakat Terhadap SPR anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dan akhbar Berita Harian di sini.
Menjawab soalan seorang daripada peserta rundingan, Profesor Dr Ahmad Zaki Abu Bakar dari Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beliau berkata pelaksanaan undi elektronik memerlukan pindaan undang-undang terlebih dahulu.
Pada majlis yang sama, Pengerusi MPN Profesor Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid melancarkan laman sesawang www.bangipoll.com, yang memuatkan data-data kajian sosialisasi politik semasa hasil beberapa kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk MPN.
"Laman sesawang ini bersifat neutral, tidak akan menyebelahi mana-mana kumpulan parti politik, telus, objektif dan bakal mengisi lompang-lompang yang ditinggalkan laman sesawang lain serta menambah nilai kepada literasi politik Malaysia.
"Data kajian yang dipersembahkan tidak bersifat bias. Selain itu laman sesawang ini mempunyai bancian yang membolehkan pengunjung menjawab soal selidik secara dalama talian," tambah beliau.- Bernama
sumber
Memalukan! Nilai RM10 Cuma Untuk Allah........
Posted on Friday, February 15 @ 19:33:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: Dukunpasir
"RUGI TAK BACA ......!!
Kisah ni mungkin dapat memberikan kita sedikit pengajaran, ianya diceritakan sendiri oleh seorang imam kepada penulis .....Kisah ini terjadi secara spontan ,apabila kami sedang minum pagi beberapa orang pelanggan..triba triba muncul seseorang yang agak berumur...dia bergerak dari satu meja ke satu meja menghulurkan sekeping kertas .....
Bila
sampai dimeja penulis...tahulah penulis...sekeping kertas yang memohon
derma ,penulis ,Imam tadi dan beberapa rakan mula menghulurkan derma
setakat kemampuan. Seseorang itu cuma tersenyum dan mengucapkan ribuan
terima kasih...
Malangnya
kelihatan cuma dimeja penulis duduk saja yang menderma, dimeja lain
semua buat tak tahu...walaupun JIKA DILIHAT WAJAH MEREKA YANG ADA WAJAH
TUA DAN MUDA...TIDAK MENYERUPAI WAJAH CINA,INDIA MAHUPUN INGGERIS...dan
penulis yakin semunya UMAT ISLAM....termasuk tuan kedai sendiri...tak
apalah! Derma itu hak peribadi masing masing dan tiada siapa boleh
paksa....
Setelah Seseorang itu beredar...hampiri seorang rakan dan berkata pada Tok Imam...
"Kawan
bukan tak mo derma Imam...tapi kurang yakin dengan kertas tu...entah
entah duit derma kita tu diseleweng kan ke tempat lainn..."
Mata kami semua tertumpu pada imam...mungkin benar juga alasan rakan ini...
"
Isu dia nak seleweng tu URUSAN DIA DENGAN ALLAH...Kita dah tunaikan
kewajipan kita....lagipun mana kita tahu yang datang itu Malaikat untuk
menguji keikhlasan kita..." Jawab Imam dengan tenang dan yakin...rakan
tadi tertunduk dan terpaksa duduk untuk cover malu agaknya...
"Ada kisah yang boleh kita kongsikan...begini....." Imam meneruskan katanya
Mat Sabu: Saya tidak akan minta maaf
Posted on Friday, February 15 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: imamsurau
"SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan memohon maaf kepada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, sebaliknya menyerahkannya kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Mohamad
yang sebelum ini didakwa telah memfitnah Wan Ahmad menerusi kenyataan
di dalam akhbar Harakah berhubung isu 'projek IC' Sabah, bertajuk “Ragu
Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan”.
Menurutnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan dan hanya menunggu susulan peguamnya sahaja.
Menurutnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan dan hanya menunggu susulan peguamnya sahaja.
"Saya
tidak mahu mengulas perkara tersebut. Yang pasti, tiada maaf, saya
sudah serahkan semuanya kepada peguam. Tunggu sahaja nanti," katanya
kepada Sinar Harian, hari ini.
Sebelum ini, Wan Ahmad menerusi peguamnya dari firma guaman Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak telah menghantar satu notis mahkamah menuntut Mohamad, Pas, Angkatan Edaran Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar Harakah dan penulis artikel tersebut membuat permohonan maaf tidak bersyarat dan menarik balik laporan berita itu dalam tempoh tujuh hari bermula 7 Februari lepas.
Tuntutan maaf tersebut adalah berikutan kenyataan Mohamad yang berunsur fitnah berikutan kenyataan di dalam akhbar Harakah baru-baru ini yang menggesa Wan Ahmad perlu meletakkan jawatan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR kerana beliau tidak boleh dipercayai lagi.

Muhyiddin: 'Gua tak bohong punya orang'
Posted on Friday, February 15 @ 18:06:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: imamsurau
"Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak pembangkang yang mendakwa kerajaan yang sedia ada tidak membantu rakyat di negara ini. Menyifatkan dakwaan pembangkang itu sebagai "satu pembohongan", Muhyiddin berkata kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk pemberian subsidi, pengawalan harga barang keperluan dan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bagi mengurang bebanan rakyat.
Beliau mengemukakan beberapa langkah kerajaan membantu rakyat antaranya termasuk pemberian subsidi gula, pemberian subsidi minyak bernilai RM22 bilion setahun serta pengawalan harga barang keperluan seharian seperti ikan, sayur dan sebagainya.
"Kita sudah lima hari sambut Tahun Baru Cina. Kita masih kawal harga. Mana ada kerajaan buat macam Malaysia. Ini kerana kita mahu tolong rakyat.
"(Dakwaan) kita tak bantu, itu bohong, sebab dia (pembangkang) tak tahu. Gua tak bohong punya orang. Gua cakap betul punyai orang. Kita kawal (harga barang), kalau naik, kita denda.
"Kerajaan kita berusaha untuk membantu rakyat, supaya rakyat kita tidak susah," katanya di hadapan lebih 2,000 penerima BRIM yang majoritinya pengundi Cina di Dewan Komuniti DBKL Manjalara, Segambut.
Katanya, kabinet telah memutuskan untuk memberikan bantuan BRIM selepas pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri turun ke bawah bagi mendengar rintihan rakyat termasuk orang bujang.
"Kita turun, dan fikir... Baik ke (BRIM)? Bagus ke?" kata Muhyiddin kepada hadirin yang menyambut "bagus".
"Kalau bagus, sokong kalau betul... Ini polisi betul, kita akan teruskan. Betul tak?.
"Kalau kita tak setuju, kita hentikan... Kita mahu tahun ini, tahun depan dan sampai bila-bila (diteruskan)," katanya.
Menurutnya lagi, keputusan untuk menambah jumlah wang bantuan BRIM adalah keputusan perdana menteri, dan kenyataan beliau semalam, hanya bersifat "kemungkinan sahaja".
"Kalau ekonomi baik, ekonomi bagus, pendapatan kita banyak, kita boleh beri lebih.
"Kerajaan berusaha untuk menolong seberapa yang boleh... Kita harap dapat bantu orang ramai, walau kita ada yang tak perfect, ada isu-isu dan banyak hal... Kita akan bantu, dan polisi ini mahu kekal.
"Kita harap kita boleh bantu rakyat Malaysia seluruh negara," katanya.
sumber
Masalah rumah dan tanah untuk Anak Rembau
Posted on Friday, February 15 @ 18:53:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: rozmal
"Antara isu utama di Rembau ialah rumah dan tanah untuk anak tempatan di Rembau. Rumah teres setingkat 20 ka x 60 ka sekarang ini di Kundur sudah mencecah RM138,888 manakala rumah teres 2 tingkat di Rembau ialah RM250,000.
Rembau
mempunyai tanah yang luas, tapi malang tanahnya terbiar, tidak dapat
dimajukan untuk tapak perumahan anak tempatan Rembau. Posted on Friday, February 15 @ 18:53:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: rozmal
"Antara isu utama di Rembau ialah rumah dan tanah untuk anak tempatan di Rembau. Rumah teres setingkat 20 ka x 60 ka sekarang ini di Kundur sudah mencecah RM138,888 manakala rumah teres 2 tingkat di Rembau ialah RM250,000.
Antara masalahnya ialah tanah terbiar ini adalah tanah adat.
Pengurusan tanah adat memerlukan pemerkasaan insitusi adat itu sendiri dengan menaikkan elaun Dato Lembaga Adat, meningkatkan ilmu pemegang adat, menambah kakitangan di mahkamah adat untuk menyelasaikan kes-kes pengagihan tanah adat dengan penggunaan sistem atas talian dan sebagainya.
Mungkin ramai yang tidak tahu tanah adat sebenarnya boleh diagihkan kepada mereka yang di luar suku dengan mengadakan acara berkedim.
Berkedim ini mempunyai tiga taraf iaitu :
(i) Kedim adat dan pesaka (untuk membolehkan mewarisi harta pesaka atau membeli harta dalam suku yang disertainya)
(ii) Kedim adat pada lembaga (untuk tujuan persaudaraan)
(iii) Kedim Tarik (lazimnya untuk anak angkat yang dibawa menyertai suku ibu angkatnya).
Alternatif yang kedua untuk menyelesaikan masalah tapak perumahan untuk anak tempatan Rembau ialah kerajaan negeri membeli tanah-tanah adat ini dan dipecah lot seterusnya dijual kepada anak tempatan, dengan keutamaan diberikan kepada mereka dari suku asal tanah tersebut, kemudian kepada anak Rembau secara umumnya.
Sekiranya kerajaan boleh membeli daripada PKNNS tanah untuk tapak hospital Rembau pada harga RM958,320 seekar, takkan kerajaan tidak boleh membeli tanah untuk tujuan perumahan rakyat pada kadar R200,000 seekar untuk dijadikan kampung tersusun?
Ini adalah kerana mereka yang terlibat dengan pembinaan landasan keretapi berkembar di Rembau ini hanya diberi pampasan antara RM52,272 seekar ke RM121,968 seekar.
Seperkara lagi yang membebankan anak tempatan Rembau untuk mendirikan rumah di daerah ini ialah kos untuk meluluskan pelan oleh Majlis Daerah Rembau yang begitu tinggi, khabarnya hampir RM10,000.
Bayangkan jika seorang penoreh getah ingin mendirikan rumah pada harga RM50,000 , kos untuk kelulusan pelannya hampir RM10,000.
Justeru itu untuk merancakkan lagi ekonomi di daerah Rembau ini pengurusan tanah adat dengan pemerkasaan institusi adat serta kerjasama pihak berkuasa tempatan terutamanya Majlis Daerah Rembau dengan mengurangkan kos kelulusan pelan rumah adalah amat diperlukan.
Kalau calon Umno di DUN Kota dan DUN Chembong ingin mengambil pandangan ini untuk dilaksanakan, terpulanglah. Asalkan yang untung ialah anak tempatan Rembau, para pengundi di DUN Kota dan di DUN Chembong.
Atau kalau hendak, kita duduk semeja bincang bagaimana untuk menyelasaikan masalah ini pun boleh.
Tak perlulah kita bincang isu kalimah Allah, yang itu biar para ulama yang berbeda pandangan yang bincang.
Kita bincang isu ini, untuk manafaat kampung kita, waghih kito.
Dong Zong tak bimbang dilihat jadi alat p'raya Najib
Posted on Friday, February 15 @ 18:04:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: imamsurau
"
Persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) Ahad ini, tidak membimbangkan persatuan itu akan dilihat menjadi alat untuk menarik pengundi Cina.
Presidennya, Dr Yap Sin Tian (kiri) berkata, selain Najib, Dong Zong turut menjemput ahli politik dari kedua-dua belah pihak untuk menghadiri majlis tersebut, dengan harapan mereka akan memahaminya, dan dengan itu menyelesaikan masalah asas yang dihadapi oleh sekolah Cina"Kami tidak bimbang (akan dilihat sebagai alat bagi perdana menteri berkempen untuk undi).
"Ramai pertubuhan Cina, seperti Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, juga mengadakan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina dan parti-parti politik dari kedua-dua belah pihak, turut menghadirinya.
"Prinsip Dong Zong melampaui parti politik, jadi kami juga menjemput semua parti (untuk hadir)," kata Yap dalam satu sidang akhbar hari ini.
Katanya, pada jam 4 petang semalam, Dong Zong menerima pengesahan bertulis daripada Jabatan Perdana Menteri bahawa Najib akan menghadiri majlis tersebut di ibupejabatnya di Kajang, Selangor, dari jam 10 pagi Ahad ini.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengumumkan melalui Facebook hari ini bahawa beliau akan menghadiri majlis itu pada pukul 11 ​​pagi, yang dijadualkan sejam selepas ketibaan Najib.
Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin lain Pakatan Rakyat dijangka turut menghadiri majlis tersebut.
Bagaimanapun, ketika ditemui kemudiannya, Dr Yap tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana beliau tidak menerima sebarang maklumat dari pakatan pembangkang itu.
Ini adalah kali pertama sejak lebih 50 tahun di mana perdana menteri telah bersetuju untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Dong Zong.
Lagi banyak 'hadiah' dari Najib, lagi bagus
Dalam surat jemputan yang dihantar persatuan itu kepada perdana menteri sebelum ini, ia telah mengemukakan tiga permintaan utama mengenai pembangunan pendidikan Cina di negara ini.
Antaranya ialah menggesa kerajaan mengiktiraf sepenuhnya Unified
Examination Certificate (UEC), meluluskan lebih banyak sekolah tinggi Cina persendirian dan menyemak semula Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Oleh itu, Dr Yap berkata, beliau tidak akan mengambil peluang untuk menyampaikan sebarang memorandum kepada Najib semasa majlis tersebut, sambil menambah bahawa adalah mustahil untuk "memaksa" Najib membuat sebarang pengumuman.
"Prinsip kami ialah tidak memaksa tetamu khas untuk memberikan kita apa-apa, tetapi perdana menteri kita sepatutnya tahu apa yang masyarakat Cina mahu.
"(Tetapi) jika beliau membawa apa-apa 'hadiah', sudah tentulah lagi banyak, lagi bagus," katanya.
sumber
Ahli “PAS Seremban” sertai Pertandingan Bintang P.Ramlee?
Posted on Friday, February 15 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"
Siapa
dia Mohd Abinaufal Mohd Sohaimi yang mendakwa diri dia ahli PAS
Seremban yang menyertai demo yang dihadiri beberapa kerat orang
membantah penggunaan kalimah Allah? Adakah Abi Naufal ini orang yang
sama mewakili N.Sembilan dalam Pertandingan Bintang P.Ramlee tahun 2008?
Bila pula PAS ada ibu pejabat di tengah bandar Seremban di depan Padang
MPS? Adakah NST ingin memberi kredit kepada PAS bahawa satu hari nanti
ibu pejabat PAS N.Sembilan akan terletak di bangunan Yayasan Negeri atau
Wisma Negeri atau Majlis Perbandaran Seremban?
Sack Hadi, NGOs tell Pas
NST 15 February 2013
KUALA
LUMPUR: SEVERAL non-governmental organisations (NGOs) yesterday urged
Pas to sack its president, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, for allegedly
failing to uphold the sanctity of Islam.
Protesting
outside the Pas headquarters here, members of 11 NGOs also urged Pas to
issue an official statement as to its real stand on the issue regarding
the usage of the word "Allah" by non-Muslims.
"First,
he (Hadi Awang) said it was permissible for non-Muslims to also use the
word, only to be decided at the Syura Council level later that such an
act will not be tolerated.
"So, what is Pas' actual stand over this issue?," Suara Anak Muda 1Malaysia Club president Armand Azha Abu Hanifah asked.
He
said to restore confidence among Muslims in the country that Pas was
indeed championing Islam, the party should release an official statement
over the matter.
"It needs to clarify that Pas is not under pressure from DAP especially over the issue," Armand Azha added.
Members
of the NGOs also questioned the sacking of Nasharudin Mat Isa, a former
Pas deputy president, from the party's Syura Council for allegedly
accompanying Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on his recent
humanitarian visit to Gaza.
Wilayah
Persekutuan Perkasa chairman, Sharifuddin Abdul Hamid, asked, "If he
(Nasharudin) was sacked for such an offence, what about Hadi Awang who
does not seem to be able to put his foot down over the issue on the
usage of the word 'Allah' by non-Muslims? Isn't the latter a real reason
to worry?"
Pertubuhan
Jaringan Cina Malaysia president Ng Lum Yong voiced dissatisfaction
with the manner in which Pas has been handling the issue.
"I
may be a Buddhist but I truly understand the sensitivities voiced by
the Muslims over the use of a word sacred to them by those not belonging
to the same faith.
"I came to this protest today to tell Pas that any religion should not be politicised for political mileage," he added.
In Seremban, a group of Pas members from the state demanded that the party quit the Pakatan Rakyat alliance.
They
said the party should immediately leave Pakatan Rakyat or risk losing
support and votes from members, especially from the younger generation.
Pas Seremban member Mohd Abinaufal Mohd Sohaimi said DAP and PKR had not been respectful of the party on the issue.
"The
action by DAP national chairman Karpal Singh and DAP secretary-general
Lim Guan Eng who constantly wanted the use of 'Allah' to be used by
non-Muslims challenges the decision of Pas' Syura council on the
matter."
Meanwhile,
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, when asked to comment on the
issue, urged Pas to take steps to leave the alliance.
"Pas
members should not hold such a picket to show their anger to the
public. They should just simply urge Nik Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat) and Hadi Awang to get out (of the Pakatan coalition)."
Pas
Seremban member Mohd Abinaufal Mohd Sohaimi, with other party
supporters, criticising DAP secretary-general Lim Guan Eng over the
‘Allah’ issue.
JAMAL ABDILLAH DALAM PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE 2008
November 5, 2008
Sembilan
pasangan bakal bertanding di Pertandingan Bintang P.Ramlee Peringkat
Zon Tengah di PKNS nanti dan pasangan-pasangan tersebut akan mewakili
negeri masing-masing iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Tiga pasangan yang mewakili negeri Selangor ialah; Suhaimi Ahmad,
seorang Eksekutif Jualan bersama pasangannya yang berumur 19 tahun, Nur
Audi Wajihah Mohd Razi. Pasangan kedua ialah Zainol Roslan, 22 tahun
akan berganding dengan Norazwin Sharifuddin, 20 tahun dan pasangan
ketiga ialah Ibnu Farid Kamaruddin, berasal dari Klang, Selangor bersama
pasangannya Siti Sarah Mohd Sharir, seorang perekabentuk dalaman.
Tiga
pasangan dari Negeri Sembilan pula ialah, MOHD ABI NAUFAL MOHD SUHAIMI,
22 tahun bersama Nor Azura Abu Bakar, berusia 23 tahun.
Meteor Hentam Russia
Posted on Friday, February 15 @ 17:45:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: ismanusa
"
Sebutir
meteor yang memasuki ruang udara, menghujani kawasan Ural Mountains di
Rusia, awal pagi Jumaat mengakibatkan beberapa letupan kuat.Posted on Friday, February 15 @ 17:45:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: ismanusa
"
Sebutir
meteor yang memasuki ruang udara, menghujani kawasan Ural Mountains di
Rusia, awal pagi Jumaat mengakibatkan beberapa letupan kuat.
Lapuran terbaru dari BBC menyatakan lebih 400 orang yang berada di kawasan sekitar dilaporkan tercedera.
Beberapa
serpihan meteor berkenaan dikatakan jatuh di kawasan terpencil dekat
wilayah Chelyabinsk. Tambah Kolesnikov, bumbung sebuah kilang zink
sebesar 600 meter persegi, turut runtuh.Menurut jurucakap Menteri Dalam
Negeri Rusia, Vadim Kolesnikov, 102 orang dilapor mendapatkan bantuan
perubatan, kebanyakannya berpunca daripada kecederaan akibat terkena
serpihan kaca kesan daripada letupan berkenaan.
Di ruang udara bandar Ural di Chelyabinsk, kelihatan kepulan asap kesan jatuhan meteor.
Bagaimanapun,
terdapat percanggahan dalam beberapa laporan, apabila ada wakil
kementerian yang mendakwa insiden melibatkan jatuhan sebutir meteor.
Manakala, satu lagi laporan menyebut ia adalah pancuran meteor. – Reuters
Projek Amal Tandas Surau di Lubok China, Rembau
Posted on Friday, February 15 @ 17:39:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: rozmal
"
Apli Yusof kecewa dan hampa, harapan berkecai tak dapat jadi calon
Posted on Friday, February 15 @ 17:39:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: tenggara
"Khoba-khobanyo senarai colon-colon Barisan Nasional Terengganu kawasan Besut dan Kuala Nerus dah keluar. Hebat sunggoh colon-colonnya semuanya kaki pengampu kerajaan. Antaranya Idris Jusoh MB terbuang dan juga Nasir Fikri tapi dia hebat sikit sebab dia berjaya bowok anok dia, Aizat Fikri menjadi colon di Parlimen. Maka benorlah khoba-khoba sebelum ini mengatokan Mat Said hanya akan duduk sepenggal je, maka Idris Jusoh akan ke Parlimen dan Nasir Fikri akan jadi MB. Gitupun, yang pastinya piliharoye kali ni akan berlaku banyok aktiviti 'cah keting' atau peteh keting terutamanya di Parlimen Kuala Nerus
Besut biasanya tidak ada ape ape masaloh,biasanya puok Umno dan BN memang dok jejas di Besut tu, tapi di Kuala Nerus ni campur ngan awok-awok dia sendiri hok dok puas hati jadi 50-50. Apli Yusof Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Nerus hok mencanang diri dia tanding di Parlimen dok tercalon, tapi anok Ketua Bahagian Aizat Fikri yang tercalon.
Mereka berdua ni orang kata memang dok sebulu dari dulu, Apli Yusof menang jawatan Ketua Pemuda pun orang kata sebab Aizat Fikri dok tanding, kalu dia tanding maka Apli Yusof makan pasir je. Apli pastinya tidak puas hati kerana Aizat tiada jawatan dalam Umeno dan juga muda darinya.
Maka kita sudoh nampok orang pertama yang akan cah keting adalah Apli Yusof, anok ketua umeno bahagian ni akan berada dalam keadaan yang bahaya di parlimen itu jika hal ini berlaku.
Bolehke bayar Psy dengan Ikan Tuna??
Posted on Friday, February 15 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh WTKO
Kiyoshi Kimura pemilik restoran Sushi-Zanmai menyajikan hidangan ikan tuna sirip biru seberat 269 kilogram. Ikan tuna tersebut dibeli Kimora pada harga 56.5 juta Yen atau setara dengan USD 736500 (kira-kira RM 2.2 juta)
Rasanya berbaloi juga ikan ini digunakan untuk membayar penajaan PSY ke Melaysia!!
Najib, UMNO/BN ditimpa tiga aib besar di pesta Gangnam Style
Posted on Friday, February 15 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Roketkini
KUALA LUMPUR, 15 FEB: Tiga keaiban besar menimpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO/Barisan Nasional (BN) ketika pesta RM3.5 juta Psy dan Gangnam Style yang turut memalukan negara.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, video satu minit tiga jawapan ‘ya’ untuk Psy dan tiga jawapan ‘tidak’ untuk BN ditonton hampir setengah juta di Youtube daripada banyak laman sejak Isnin lalu.
Katanya, Najib dan UMNO/BN dimalukan menerusi video lima minit penolakan Psy untuk tidak bersama Najib dan pemimpin BN, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika acara menggaul yee sang.
“Psy menolak untuk mempersembahkan “Gangnam 1Malaysia Style” juga memalukan Perdana Menteri sebaik mengumumkan bahawa Psy akan mengadakan persembahan itu selepas jawapan tiga kali “Ya” untuk Psy dan tiga kali “Tidak” untuk BN,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 56 Hari ke PRU-13, semalam.
Menurut Kit Siang, kemunculan Psy dan Gangnam Style sempena pesta Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang sepatutnya menjadi hiburan dan menambahkan keyakinan UMNO/BN memenangi PRU-13, sebaliknya bertukar menjadi kemusnahan besar bagi parti yang memerintah negara 56 tahun itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, setakat ini kegagalan menjelaskan penaja yang melangsaikan sekurang-kurangnya RM3.5 juta untuk membawa terus “Psy dan Gangnam Style” dari Brazil ke Pulau Pinang melalui penerbangan 20 jam jika tidak daripada wang rakyat.
“Pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina, lebih 10,000 bendera 1Malaysia memenuhi jalan besar di Pulau Pinang yang digunakan Najib dalam lawatan dua hari itu menunjukkan keangkuhan “penaja misteri” pesta Psy dan Gangnam Style serta menghina undang-undang kerana bendera itu dipasang tanpa mengambil kira keselamatan dan undang-undang dianggar menelan belanja kira-kira RM100,000.
“Setakat ini penganjur rasmi BN Pulau Pinang mendakwa mereka tidak tahu siapa yang menaikkan 10,000 bendera 1Malaysia menggambar betapa tidak bertanggungjawab atau tidak cekap pemimpin BN negeri itu,” katanya.
Katanya, persoalannya mampukah Malaysia melakukan peralihan kuasa secara aman bagi Pakatan Rakyat menggantikan BN menjadi kerajaan baru di Putrajaya pada PRU-13 nanti
Sekiranya ini dapat dicapai, beliau berkata, keaiban Najib itu menjadi rahmat buat negara bagi membolehkan Malaysia membuka lembaran baru untuk mencapai mencapai kemerdekaan kedua untuk rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan bersaing dengan negara lain di dunia.- Roketkini.com
Posted on Friday, February 15 @ 17:39:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: rozmal
"
Yayasan
Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan akan mengadakan Program Khidmat
Kesihatan Percuma untuk penduduk di Kg Baru Semin, Lubok China, Rembau
pada Ahad 24 Februari 2013.
Dalam
pada masa yang sama juga Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
sedang mengumpul dana untuk membina tandas 4 pintu untuk Surau Kg Baru
Semin. Bangunan surau telah pun digunakan namun tandas masih belum
dibina.
Kepada
mereka yang ingin memberikan sumbangan untuk pembinaan tandas Surau Kg
Baru Semin ini bolehlah disalurkan melalui akaun berikut :
Nama Akaun : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Bank : Bank Islam
No Akaun : 05012010047905
atau
boleh hubungi Sdr Rozmal bin Malakan, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di talian 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com
Sumbangan juga boleh disalurkan ke akauan Maybank , No Akaun 155126945930 Maklumat Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di http://yam-ns.blogspot.comApli Yusof kecewa dan hampa, harapan berkecai tak dapat jadi calon
Posted on Friday, February 15 @ 17:39:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: tenggara
"Khoba-khobanyo senarai colon-colon Barisan Nasional Terengganu kawasan Besut dan Kuala Nerus dah keluar. Hebat sunggoh colon-colonnya semuanya kaki pengampu kerajaan. Antaranya Idris Jusoh MB terbuang dan juga Nasir Fikri tapi dia hebat sikit sebab dia berjaya bowok anok dia, Aizat Fikri menjadi colon di Parlimen. Maka benorlah khoba-khoba sebelum ini mengatokan Mat Said hanya akan duduk sepenggal je, maka Idris Jusoh akan ke Parlimen dan Nasir Fikri akan jadi MB. Gitupun, yang pastinya piliharoye kali ni akan berlaku banyok aktiviti 'cah keting' atau peteh keting terutamanya di Parlimen Kuala Nerus
Besut biasanya tidak ada ape ape masaloh,biasanya puok Umno dan BN memang dok jejas di Besut tu, tapi di Kuala Nerus ni campur ngan awok-awok dia sendiri hok dok puas hati jadi 50-50. Apli Yusof Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Nerus hok mencanang diri dia tanding di Parlimen dok tercalon, tapi anok Ketua Bahagian Aizat Fikri yang tercalon.
Mereka berdua ni orang kata memang dok sebulu dari dulu, Apli Yusof menang jawatan Ketua Pemuda pun orang kata sebab Aizat Fikri dok tanding, kalu dia tanding maka Apli Yusof makan pasir je. Apli pastinya tidak puas hati kerana Aizat tiada jawatan dalam Umeno dan juga muda darinya.
Maka kita sudoh nampok orang pertama yang akan cah keting adalah Apli Yusof, anok ketua umeno bahagian ni akan berada dalam keadaan yang bahaya di parlimen itu jika hal ini berlaku.
Bolehke bayar Psy dengan Ikan Tuna??
Posted on Friday, February 15 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh WTKO
Kiyoshi Kimura pemilik restoran Sushi-Zanmai menyajikan hidangan ikan tuna sirip biru seberat 269 kilogram. Ikan tuna tersebut dibeli Kimora pada harga 56.5 juta Yen atau setara dengan USD 736500 (kira-kira RM 2.2 juta)
Rasanya berbaloi juga ikan ini digunakan untuk membayar penajaan PSY ke Melaysia!!
Najib, UMNO/BN ditimpa tiga aib besar di pesta Gangnam Style
Posted on Friday, February 15 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Roketkini
KUALA LUMPUR, 15 FEB: Tiga keaiban besar menimpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO/Barisan Nasional (BN) ketika pesta RM3.5 juta Psy dan Gangnam Style yang turut memalukan negara.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, video satu minit tiga jawapan ‘ya’ untuk Psy dan tiga jawapan ‘tidak’ untuk BN ditonton hampir setengah juta di Youtube daripada banyak laman sejak Isnin lalu.
Katanya, Najib dan UMNO/BN dimalukan menerusi video lima minit penolakan Psy untuk tidak bersama Najib dan pemimpin BN, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika acara menggaul yee sang.
“Psy menolak untuk mempersembahkan “Gangnam 1Malaysia Style” juga memalukan Perdana Menteri sebaik mengumumkan bahawa Psy akan mengadakan persembahan itu selepas jawapan tiga kali “Ya” untuk Psy dan tiga kali “Tidak” untuk BN,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 56 Hari ke PRU-13, semalam.
Menurut Kit Siang, kemunculan Psy dan Gangnam Style sempena pesta Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang sepatutnya menjadi hiburan dan menambahkan keyakinan UMNO/BN memenangi PRU-13, sebaliknya bertukar menjadi kemusnahan besar bagi parti yang memerintah negara 56 tahun itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, setakat ini kegagalan menjelaskan penaja yang melangsaikan sekurang-kurangnya RM3.5 juta untuk membawa terus “Psy dan Gangnam Style” dari Brazil ke Pulau Pinang melalui penerbangan 20 jam jika tidak daripada wang rakyat.
“Pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina, lebih 10,000 bendera 1Malaysia memenuhi jalan besar di Pulau Pinang yang digunakan Najib dalam lawatan dua hari itu menunjukkan keangkuhan “penaja misteri” pesta Psy dan Gangnam Style serta menghina undang-undang kerana bendera itu dipasang tanpa mengambil kira keselamatan dan undang-undang dianggar menelan belanja kira-kira RM100,000.
“Setakat ini penganjur rasmi BN Pulau Pinang mendakwa mereka tidak tahu siapa yang menaikkan 10,000 bendera 1Malaysia menggambar betapa tidak bertanggungjawab atau tidak cekap pemimpin BN negeri itu,” katanya.
Katanya, persoalannya mampukah Malaysia melakukan peralihan kuasa secara aman bagi Pakatan Rakyat menggantikan BN menjadi kerajaan baru di Putrajaya pada PRU-13 nanti
Sekiranya ini dapat dicapai, beliau berkata, keaiban Najib itu menjadi rahmat buat negara bagi membolehkan Malaysia membuka lembaran baru untuk mencapai mencapai kemerdekaan kedua untuk rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan bersaing dengan negara lain di dunia.- Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan