Jumaat, 22 Februari 2013

NIAT@INGIN BERSATU...TAPI MASIH MEBUAT KECAM DAN FITNAH SERTA MEMBURUKKAN PARTI YANG KITA NAK BERSATU...BOLEHKE...TAMBAH DOUBLE STANDARD...DULUKAN DAH BERSATU TENTU MASING2 DE PENGALAMAN SUKA DAN DUKA

Umno sudah lama buka pintu capai impian bersatu
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2013
IPOH - Umno sudah lama ‘membuka pintu’ untuk Pas sekurang-kurangnya bermuzakarah dalam agar impian untuk bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini dapat direalisasikan.

Penasihat Menteri Besar, Datuk Kapten (B) Najmuddin Elias Al-Hafiz berkata, gabungan antara Umno dan Pas adalah suatu perkara yang tidak mustahil malah boleh dilaksanakan atas persetujuan kedua-dua pihak.

“Perkara itu boleh dilaksanakan jika kedua-dua pihak melakukannya demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

“Namun disebabkan kepentingan peribadi dan politik ia tidak dapat menjadi kenyataan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Najmuddin berkata, Pas sendiri perlu ‘membuka ruang’ dan bertolak ansur mengenai perkara tersebut.

Berikutan itu, beliau menyatakan penyatuan antara kedua-dua parti membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam di negara ini bertambah kuat.
Mufti Perak: Bersatu selagi ada iman
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2013
Harussani Zakaria
Harussani Zakaria
IPOH -  Umat Islam di negara ini tidak harus berpecah disebabkan parti politik kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah yang sama.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pihak yang tidak mahu bersatu dan mahu memecahbelahkan umat Islam seolah-olah membawa ajaran sesat.

Sambil melihat Umno dan Pas mempunyai ruang untuk bersatu, beliau menasihatkan orang Islam supaya tidak bergaduh sesama mereka disebabkan berpolitik.

“Saya nampak masih ada harapan untuk mereka (Umno dan Pas) bersatu selagi mereka ada iman,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu juga membawa kepada usaha memutuskan hubungan silaturahim sesama Islam dan hukumnya haram.

“Kita tidak boleh putuskan silaturahim sesama Islam semata-mata untuk bekerjasama dengan kafir harbi yang terang-terang menolak Islam.

“Tahalluf siyasi (kerjasama politik) tidak boleh dibuat jika benarkan perkara yang dilarang oleh syarak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Harussani berkata, dalam al-Quran jelas menyatakan golongan kafir itu adalah golongan orang-orang yang zalim.

Beliau berkata, jika sekiranya timbul rasa marah atau tidak puas hati terhadap kepimpinan Islam yang sedia ada, wajib untuk menegur untuk membetulkan mereka.

“Kalau marah sekalipun, wajib betulkan dan menasihati mereka, bukan menjatuhkan atau membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Akibatnya, agama dan bangsa akan hancur. Sebab itulah setiap orang Islam wajib bersatu padu,” katanya

Kelmarin, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah terdapat andaian jika dua kabilah politik Melayu yang saling berpengaruh kembali bercantum, akan tercapailah perpaduan ummah di negara ini.
Pas dan Umno ada ruang untuk bersatu
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2013
Abu Bakar Hussain
Abu Bakar Hussain
IPOH -  Pas dan Umno dilihat mampu untuk bersatu jika masing-masing mengikut prinsip dan kehendak Islam yang sebenar.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain berkata, pihaknya melihat ruang untuk kedua-dua parti itu untuk bersatu masih ada jika Umno sedia mengubah prinsip dan dasar sekularnya untuk kembali kepada Islam sepenuhnya.

Beliau berkata, selagi Umno tidak mahu mengubah dasar dan prinsipnya, selagi itu orang-orang Melayu tidak akan bersatu.

“Umno perlu berjuang untuk Islam sepenuhnya dan tidak mengkhianati orang Melayu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abu Bakar berkata, sebagai contoh, tulisan Jawi yang selama ini menjadi warisan persuratan Melayu semakin pupus akibat penghapusannya oleh Umno sebelum ini.

Tambahnya, begitu juga dengan penggunaan bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan kerana mengutamakan bahasa asing termasuk dalam pendidikan.

Beliau berkata, Pas jelas dengan pendirian untuk mengekalkan apa yang ada di dalam perlembagaan melibatkan hak dan kepentingan orang Melayu, bahasa kebangsaan serta memastikan agama Islam terus dipelihara.

Abu Bakar berkata demikian ketika diminta mengulas titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang melihat tiada ruang untuk Pas dan Umno bersatu bagi menyelamatkan perpaduan ummah.
Muzakarah: Malaysia negara Islam walaupun tidak penuhi semua kriteria

21 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Malaysia adalah sebuah negara Islam walaupun tidak semua prasyarat atau kriteria negara Islam sepertimana digariskan ulama dipenuhi, demikian rumusan Muzakarah Pakar, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).
Muzakarah bertajuk "Malaysia: Kemelut Negara Islam-Negara Sekular" itu juga berpendapat bahawa untuk menafikan sifat Malaysia sebagai sebuah negara Islam
adalah sesuatu yang keterlaluan dan bertentangan dengan prinsip kebijaksanaan.
Rumusan pakar itu juga menyebut bahawa pelaksanaan komprehensif undang-undang syariah umumnya, dan hudud khususnya, bukan satu-satunya prasyarat
dalam menentukan sama ada sesebuah negara itu Islam atau sekular.
"Penentuan status sesebuah negara tidak semestinya terikat dengan penjenamaan, peruntukan atau perisytiharan dalam dokumen-dokumen rasmi dan
perundangan. Ia juga boleh ditentukan oleh kecenderungan, amalan dan praktis yang dominan oleh sesuatu kerajaan yang memerintah," menurut rumusan yang
dikeluarkan hari ini.
Muzakarah itu dihadiri 60 peserta terdiri daripada pengamal undang-undang, pegawai jabatan agama dan jabatan kerajaan, pakar akademik serta badan-badan
bukan kerajaan (NGO).
"Sejarah membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah bersifat sekular atau tidak beragama. Sebelum dan semasa pentadbiran British, agama Islam sentiasa
menjadi nadi kepada sistem perundangan negara. Kemasukan undang-undang Inggeris mengehadkan skop undang-undang Islam tetapi ia tidak berjaya menukar sifat keagamaan negara kepada sifat sekular," katanya.
Menurut muzakarah itu juga, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan boleh dianggap memberikan identiti kepada Malaysia sebuah negara Islam. Realitinya, ia
bukan sahaja diakui sebagai sebuah negara Islam, tetapi juga sebagai negara Islam contoh abad ini.
"Tiada apa-apa sekatan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang Parlimen daripada mengadakan atau melaksanakan undang-undang Islam.
"Ramai pengamal undang-undang sivil tidak sedar bahawa terdapat undang-undang sedia ada yang selaras dengan syariah menakala ahli-ahli syariah
pula tidak tahu bahawa semangat dan prinsip-prinsip syariah telah pun diterjemah dan dijadikan undang-undang," menurut rumusan itu.
Muzakarah itu juga berpendapat bahawa terdapat banyak prasyarat dan ciri negara Islam mengikut penjelasan para ulama, tetapi tidak semuanya mesti
dipenuhi secara tegar dalam menentukan status sesebuah negara sama ada Islam atau sebaliknya. - Bernama
Lelaki Palestin ditahan dipercayai cabul remaja 14 tahun

21 Februari 2013
MELAKA - Seorang lelaki warga Palestin ditahan polis kerana dipercayai mencabul seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hospital di negeri ini.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Melaka Supt P. R. Gunarajan berkata, dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi 15 Feb lepas, pelajar perempuan itu sedang tidur ketika menjaga ayah saudaranya yang menerima rawatan di hospital itu manakala lelaki terbabit menjaga seorang pendakwah di katil berdekatan.

"Pelajar itu tiba-tiba tersedar daripada tidur apabila terasa sesuatu menyentuh peha dan kemaluannya dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki di hadapannya sebelum menjerit meminta tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata, lelaki berusia 35 tahun yang merupakan tukang masak di sebuah madrasah di sini kemudian bertindak melarikan diri dan keluarga remaja perempuan itu membuat laporan polis pada 6 pagi hari sama.

Katanya lelaki terbabit kemudian menyerah diri di pondok polis hospital tersebut pada 8 pagi.

Lelaki tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan, katanya. - Bernama
Wanita potong alat kelamin suami dengan pisau dapur

21 Februari 2013
JAKARTA - Perasaan curiga dan cemburu seorang wanita terhadap suaminya yang dipercayai curang menyebabkan dia tergamak memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur, dalam satu kejadian di Jawa Timur, hari ini.
Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, lapor portal berita Tempo.Co.
"Kejadiannya sekitar pukul 4 pagi," kata Mahrus, penduduk Langsar sebagaimana dipetik laman portal berita itu.
Beliau berkata, ketika itu lelaki berkenaan sedang tidur nyenyak dalam bilik, isterinya yang terjaga dari tidur terus menuju ke dapur, mengambil sebilah
pisau, kembali ke bilik tidur dan memotong alat kelamin suaminya.
Pasangan suami isteri itu berusia 33 tahun.
Jurucakap polis daerah Saronggi yang megesahkan kejadian itu berkata, berdasarkan maklumat yang dikumpul polis, wanita itu nekad memotong alat
kelamin suaminya kerana mengesyaki beliau menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
"Suspek sudah kami tahan dan masih menjalani proses siasatan di balai polis," katanya.
Mangsa kejadian itu kini sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Daerah Moh Anwar, Kota Sumenep. - Bernama
Puncak Niaga akan teliti tawaran RM9.65 bilion Selangor

22 Februari 2013
Rozali Ismail
Rozali Ismail
KUALA LUMPUR - Puncak Niaga Holdings Bhd akan meneliti tawaran pengambilalihan dua anak syarikat itu untuk proses pengambilalihan industri air di Selangor, kata Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Rozali Ismail.

Beliau berkata, Puncak Niaga Holdings telah menerima surat daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor berkaitan tawaran pengambilalihan dua anak syarikatnya, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), semalam.

"Pihak Puncak Niaga akan meneliti tawaran tersebut dengan membuat kajian yang menyeluruh dan terperinci mengikut semua prosedur syarikat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Puncak Niaga Holdings, antara lain, akan mendapatkan pandangan dan kelulusan anggota lembaga pengarah, pemegang saham minoriti serta pihak berkepentingan dengan dua syarikat itu, termasuk institusi kewangan, instrumen jaminan lain dan badan berkuasa, katanya.

Rozali berkata, Puncak Niaga juga perlu mendapatkan pandangan kerajaan persekutuan selaku pemegang saham emas dalam Syabas.

"Pada masa yang sama, syarikat perlu menentukan apa-apa perkara yang kurang jelas dalam surat tawaran tersebut, sekiranya ada," katanya.

Kelmarin, Kerajaan Negeri Selangor membenarkan KDEB membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion untuk mengambil alih empat syarikat pemegang konsesi air di negeri itu iaitu Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengambilalihan keempat-empat syarikat ini, termasuk liabiliti mereka, akan dilakukan KDEB menerusi 'special purpose vehicle' iaitu anak syarikat kumpulan itu yang akan mengendali pengambilalihan ini nanti.

Dalam pada itu, Rozali melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan kenyataan Abdul Khalid kononnya jika syarikat konsesi menolak tawaran tersebut, bermakna ia menolak tawaran rakyat negeri Selangor.

Sebagai bekas tokoh korporat, katanya, Abdul Khalid sepatutnya memahami bagaimana sesebuah syarikat, terutama syarikat yang disenarai di Bursa Saham, beroperasi.

Beliau berkata, mengeluarkan kenyataan sedemikian memberikan gambaran bahawa Menteri Besar langsung tidak memahami bagaimana sesebuah entiti perniagaan berstatus syarikat terbitan awam beroperasi dan tidak memperakui perkara yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi. - Bernama
Hadi: 'Masalah di Kedah bukan masalah besar'
NORSHAHZURA MAT ZUKI
21 Februari 2013
hadi awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR – Pas menganggap isu kepimpinan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanyalah berita pilihan raya, namun tidak menafikan wujud masalah dalaman parti itu di Kedah.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa ia diperbesarkan media dan masalah tersebut akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, masalah dalaman Pas adalah perkara biasa seperti mana yang berlaku dalam kepimpinan tertinggi Umno yang tidak disiarkan media.

“Masalah di Kedah bukan masalah besar. Kita akan selesaikan masalah parti, kita tidak seperti Umno akan memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad untuk selesaikan masalah,” katanya kepada media selepas merasmikan Treler Negara Berkebajikan di ibu pejabat Pas, hari ini.

Hadir sama di program itu ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta beberapa kepimpinan Pas lain.

Abdul Hadi berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan menyelesaikan semua masalah dan yakin rakyat akan memberikan kepercayaan kepada mereka serta mengharapkan media memberikan hak siaran dengan adil.

Ketika ditanya mengenai adakah Azizan akan dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Abdul Hadi mengakui nama Azizan ada dalam senarai pencalonan.

“Tunggu hari penamaan calon. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, insya-ALLAH juga akan bertanding,” katanya.

Selain itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang enggan mengulas mengenai pertanyaan media berhubung Ikrar Integriti Pilihan Raya yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

“Tidak perlu 'sign' (tandatangan), yang penting dalam hati. 'Sign' (tandatangan) atau tidak, kita dalam hati, tarbiah dalam hati.

“'Tandatangan tidak penting tetapi buktikan. Itu merupakan konsep acuan kita sendiri, kita buktikan pada tahun 1990 memerintah Kelantan tidak ada salah laku. Kesilapan salah laku berlaku dalam Barisan Nasional,” katanya.

Mengulas mengenai pelancaran treler tersebut, Abdul Hadi berkata, ia sebagai jentera bergerak yang akan digunakan pada kempen pilihan raya akan datang ke seluruh negara.

Sementara itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kos treler itu ditanggung oleh ahli Pas sendiri dan kempen pilihan raya pertama menggunakan jentera tersebut adalah di Pendang, Kedah pada 23 Februari ini.

Harga bas tersebut ialah RM300,000, mempunyai kemudahan wifi, dilengkapi sistem audio dan pentas sepanjang 40 kaki.
Economist Intelligence ramal BN akan menang PRU13

21 Februari 2013
pru13 terbaru
.
KUALA LUMPUR - Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist', meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.
Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.
Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.
Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'.
EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala berkata, 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua
janji kempennya.
"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan
mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.
Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti,
warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.
Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal.
Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat
dalam manifesto pada 2008.
"Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU.
Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan.
Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN
berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan.
"Pertaruhan adalah tinggi bagi kedua-duanya (BN dan Pakatan)... perang tawaran berkemungkinan berterusan kerana kedua-dua pihak membuat persediaan
untuk apa yang dianggap sebagai salah satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.
"Kedua-dua perlu menarik bagi pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan raya lepas," katanya.
EIU mendakwa 'sebahagian besar daripada kumpulan ini' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh mempengaruhi
keputusan PRU13.
Najib perlu menang besar dalam usaha untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk memecahkan kuasa BN.
Sementara itu, Umno yakin dengan hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU13, setelah Najib berkata jentera parti berada pada peringkat akhir persiapannya.
"Kami telah menerima laporan audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami memuaskan. Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri," kata beliau kepada pemberita pada Jumaat lalu.
Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.
Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan
peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.
Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah AS$9,700 daripada AS$7,500 pada tahun 2010.
EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar
yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."
Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan  bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.
Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu
antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU13". - Bernama

Tiada ulasan: