Posted on Thursday, February 21 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Amizan Zaman Huri
Angkatan
Muda Keadilan Selangor memuji langkah berani Tan Sri Dato Seri Abdul
Khalid Ibrahim yang akan mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri Selangor
di bawah Pakatan Rakyat untuk mengambil langkah seterusnya setelah
tempoh tawaran 14 hari pengambilalihan industri air tamat
semalam, selepas mesyuarat exco esok.
AMK
Selangor melihat sikap Kerajaan Persekutuan yang mendiamkan diri
terhadap surat tawaran harga untuk mengambilalih empat syarikat
konsensi yang mengurus perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan
Putrajaya ini sebagai sikap tidak berminat mereka untuk menyelesaikan
masalah penstukturan air yang masih tergendala di negeri Selangor.
Seharusnya
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau &
Air mengambil langkah yang lebih tepat dalam isu ini dan tidak
menjadikan air sebagai politik murahan untuk memenangi semula Selangor.
Wujud persoalan adakah beberapa pegawai KeTTHA yang tidak
bertanggungjawab telah turut sama melewatkan penstrukturan semula
industri perkhidmatan air, dan atau adakah Menteri dan Kabinet tidak
menerima maklumat yang tepat dalam banyak proses pelaksanaan keputusan
berkaitan isu ini?
Air Diurustadbir Syarikat Konsesi Tidak Berpengalaman, Rakyat Menerima Padah
AMK
Selangor percaya dipaksa menggunakan perkhidmatan syarikat konsesi
yang tidak memilikki kepakaran dalam industri air menyebabkan rakyat
mendapat perkhidmatan tidak memuaskan seperti gangguan bekalan air
serta kadar tarif yang tinggi serta tidak munasabah.
Apakah
dengan menghalang usaha penstukturan air ini, maka Kerajaan
Persekutuan Barisan Nasional akan berjaya membuktikan bahawa sebarang
usaha ke arah perkhidmatan air yang ditadbir oleh negeri akan menemui
kegagalan? Jika begitu, mengapa Terengganu dan Melaka sebagai contoh,
diberi ruang untuk melakukan penstukturan air mereka sendiri
melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
Tohmahan bahawa Kerajaan Negeri memiliki kuasa penuh ke atas Syabas
adalah dangkal kerana Kerajaan Negeri hanya mempunyai 30
peratussaham dalam SYABAS manakala pemegang saham terbesar adalah
Puncak Niaga dan Kementerian Kewangandiperbadankan pemegang saham emas,
dan ini jelas memberi mereka kuasa untuk membuat keputusan sebagaimana
termaktub di dalam WSIA (Akta Industri Perkhidmatan Air )
Justeru
SYABAS juga tidak boleh memberi alasan Capex (perbelanjaan modal)
sebagai batu penghalang perlaksanaan perkhidmatan air yang baik. Tugas
utama SYABAS adalah untuk membekalkan air dan bukannya melaksanakan
capex. Model WSIA tidak membenarkan pemegang lesen perkhidmatan air
dibebani dengan kerja-kerja perbelanjaan modal kerana ianya adalah perlu
diuruskan melalui kelulusan kerajaan negeri dan SPAN.
AMK
Selangor bertegas kepentingan rakyat perlulah berada di hadapan dalam
apa juga isu pertindihan yang dialami antara negeri dan persekutuan,
dimana jelas Kerajaan Negeri dilihat lebih ke hadapan dalam menjaga
kebajikan rakyat, disebalik kesombongan Kerajaan Persekutuan untuk
memperjudikan keperluan asas rakyat.
AMK
Selangor berdiri teguh di belakang Kerajaan Negeri Selangor atas apa
juga dasar baik yang dirangka untuk rakyat, dan akan turun dalam siri
jelajah penerangan isu air yang dimanipulasi sekian lama oleh
pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini, yang mengimpikan kerajaan
pilihan rakyat di Selangor tumbang akibat kemarahan rakyat. Namun
waspada, rakyat telah cerdik dan bersedia untuk menghukum petualang ini
yang cuba bermain isu keselamatan dan keperluan asas.
AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK M
UMNO Takut Laksanakan Hudud Kerana MCA
Posted on Wednesday, February 20 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Kamalruzaman Mohamad
Kenyataan Tun Dr. Mahathir terhadap hukum hudud sekali lagi menggambarkan betapa bodoh dan jahilnya pemahaman beliau terhadap hukum dan undang-undang jenayah islam ini. Lebih menyedihkan lagi Mahathir menggambarkan seolah-olah hukum hudud ini tidak adil sama sekali terhadap orang Islam. Bahkan kenyataan ini seolah-olah menghina hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Undang-undang
jenayah Islam sememangnya disyariatkan kepada semua orang Islam. Umat
Islam wajib melaksanakan hukum jenayah Islam ini sepertimana wajibnya
umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan dan solat 5 waktu. Adapun bagi
hukuman terhadap bukan Islam, terdapat satu kaedah yang dinamakan
takzir yang mana kaedah hukumannya bergantung kepada pemerintah itu
sendiri. Hakikatnya, hukum hudud ditetapkan oleh Allah bagi menjaga
maruah dan kepentingan manusia terutamanya umat Islam.
Sekali
lagi kenyataan Mahathir ini dilihat sebagai suara besar UMNO yang
sememangnya tidak ingin langsung melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Pelbagai alasan dicipta kononnya kerajaan UMNO/BN ingin melaksanakan
namun belum tiba masanya. Persoalannya, apakah lebih 50 tahun memerintah
masih belum cukup masa? Atau sememangnya UMNO/BN memandang lekeh dan
primitif terhadap hukum Allah ini?
UMNO
dan Mahathir acap kali melaung-laungkan bahawa hukum hudud PAS adalah
tidak adil dan zalim. Maka di sini, saya ingin mencabar UMNO supaya
membentangkan hukum hudud yang sebenarnya untuk dilaksanakan di
Malaysia. Sekiranya UMNO benar-benar ingin menegakkan dan membela Islam,
maka sila laksanakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah ini.
UMNO
dilihat benar-benar takut kehilangan sokongan daripada MCA sekiranya
hukum hudud dilaksanakan. Ini kerana MCA begitu lantang dalam menolak
perlaksanaan hukum hudud di Malaysia. Hasil perjuangan PAS secara
konsisten terhadap perlaksanaan hukum hudud ini sejak sebelum merdeka
lagi telah membuahkan hasil apabila rata-rata kaum bukam Islam dapat
menerima hukum hudud secara terbuka. Bahkan mereka mula memahami apa itu
hudud. Berbeza dengan UMNO yang memomokkan hukum hudud kepada mereka.
Dewan
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) turut mencabar Tun Dr. Mahathir
dan UMNO supaya memberikan perbezaan hukum hudud PAS dan hukum hudud
Islam. Sekiranya masih jahil, saya mensarankan membaca buku berkenaan
pelaksanaan syariat dan hudud yang ditulis oleh Tuan Guru Presiden PAS.
DPPWP juga turut mencabar ulamak-ulamak di dalam UMNO harus menyatakan
pendirian terhadap apa yang telah diucapkan oleh Tun Dr. Mahathir ini.
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS WP
DAP Kapir Harbi!
Posted on Thursday, February 21 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: NordinAli
"
Hari-hari telah disaljikan tentang kedurjanaan DAP. Kalau ada DAP Melayu akan melarat dan merana. Buat apa berbaik dengan DAP tu KAPIR HARBI!! Nanti Malaysia jadi macam Singapore!
Masa tu sesal tak kesudahan.. antara serangan psikologi oleh UMNO yang nak mampus kepada Melayu demi untuk menyelamat tembolok mereka!
Gambar di atas Kapir Harbi sedang menderma kepada Tabung Palestine.
Tak hairan pun UMNO juga ada Tabung Palestine. Tapi Tabung Palestine UMNO bukan untuk rakyat Palestine, tetapi untuk pemimpin mereka kebas buat joli!!
Nordin bin Ali
http://nordinali.blogspot.com/
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Riduan Mohd Noor
Tindakan kerajaan Malaysia menahan senator bebas Australia Nick Xenophon boleh dipandang pada dua perspektif. Pertama langkah Malaysia dianggap berpatutan kerana menghalang warga asing dari mencampuri urusan negara ini. Kerajaan dalam apa juga harus bertegas tidak membenarkan urusan pentadbiran negara diganggu oleh elemen asing. Tidak ada pihak luar yang layak mencampuri urusan dalaman negara ini selagi rakyat mampu selesaikannya secara diplomasi.
Namun demikian, tindakan kerajaan Malaysia boleh dianggap tidak wajar kerana bersikap keras terhadap pemimpin Australia itu. Beliau bukannya seorang pengganas, penjenayah mahupun penceroboh yang sewenang-wenangnya masuk ke negara ini. Nick Xenophon bukannya pengganas bersenjata yang masuk secara haram ke perairan Sabah di Lahad Datu. Beliau masuk secara sah dan mempunyai kedudukan sebagai pemimpin (Senator) di Australia. Sebaiknya kerajaan melayani beliau dengan baik dan berhemah. Selagi tiada kesalahan, beliau sepatutnya dibenarkan bebas masuk ke negara in dan menjadi pemerhati pilihanraya. Dalam hal ini, masyarakat dunia memandang Malaysia sebagai negara yang bersikap tidak terbuka, tiada toleransi, serta tidak demokratik. Malah, masyarakat dunia juga memandang serong bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam ruang demokrasi khususnya sistem pilihanraya di negara ini.
Apa salahnya kerajaan menerima teguran dan kritikan Senator ini dengan hati terbuka. Tiada salahnya juga kerajaan membenarkan beliau hadir dan berbincang dengan mana-mana pihak, tanda kerajaan Malaysia mengamalkan demokrasi yang matang dan terbuka. Jika ada kebenarannya kerajaan perbetulkan, sebaliknya jika tidak kerajaan tidak perlu melayannya.
Jika Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyalahkan Nick Xenophon sebagai tidak layak menjadi pemerhati pilihanraya kerana beliau seorang yang berat sebelah, tidak profesional dan hanya memihak kepada sebuah parti sahaja, apakah Tan Sri Abdul Aziz tidak memandang kepada institusi yang dipimpinnya sekarang, iaitu SPR? Pernahkah beliau bertanya, jujur dan adilkah SPR dalam mengendalikan sistem pilihanraya di negara ini? Jika siri Himpunan Bersih 1,2,3 dan 4 telah diadakan dengan kehadiran ratusan ribu rakyat, ia menandakan rakyat bersetuju bahawa ada masalah dalam sistem pilihanraya di negara ini. Tuntutan Bersih 2.0, adakah ia terlaksana keseluruhannya?
SPR juga perlu melihat kepada semua parti politik yang bertanding dan meletakkan neraca keadilan terhadap layanan kepada semua parti politik. Soalnya, apakah kerajaan BN melayan secara adil parti politik dari Pakatan Rakyat? Bagaimana dengan akses media, penggunaan jentera kerajaan ketika waktu berkempen, rasuah dan habuan projek segera ketika musim pilihanraya, memindahkan pengundi, mendaftarkan pengundi warga asing dan lain-lain seperti yang didakwa oleh ramai pihak. Paling penting, kenapa Perdana Menteri masih merahsiakan tarikh pilihanraya dari pengetahuan umum sedangkan rakyat secara langsung terlibat dengan pilihanraya?
Sebenarnya, kehadiran Nick Xenophon adalah suatu tamparan hebat kepada kerajaan Malaysia dan SPR sebagai pengendali sistem pilihanraya di negara ini. Adalah sesuatu yang memalukan negara apabila kerajaan terus menafikan kelemahan dan kepincangan dalam sistem pilihanraya di negara sedangkan seluruh dunia sudah mengetahuinya dan berbicara mengenainya.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Melayu tidak perlu takut DAP
Posted on Wednesday, February 20 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
OLeh Hanipa Maidin
Semasa berada di Mansoorah, Mesir dengan Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Mohamad Sabu berforum dengan para pelajar Malaysia di sana, soalan berikut ditanya kepada kami : “Apa akan jadi sekiranya DAP dan MCA menang banyak kerusi dalam pilihanraya umum nanti?”.
PKR mendakwa Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah memperolehi lebih banyak "durian runtuh" tambahan menerusi urusniaga penjualan tanah yang didakwa tidak didedahkan kepada Bursa Malaysia.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, ia merupakan tambahan kepada bayaran RM130 juta oleh syarikat Boustead Holding Bhd kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang dimiliki Raja Ropiaah itu.
Menurut Rafizi dakwaan itu adalah berdasarkan penelitiannya terhadap dokumen satu syarikat yang dinamakannya sebagai Bakti Wira Sdn Bhd dengan dokumen syarikat Awan Megah Sdn Bhd dan juga dokumen syarikat Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki saudagar permaidani, Deepak Jaikishan.
Rafizi mendakwa, beliau menyaksikan dokumen berkenaan pagi ini dalam kapasitinya sebagai seorang pemegang saham minoriti.
Rafizi mendakwa, Bakti Wira merupakan anak syarikat Boustead Holdings Berhad yang dimiliki secara langsung oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Antara durian runtuh yang dimaksudkan Rafizi itu adalah:
1. Kontrak RM15 juta kepada Awan Megah tahun lepas oleh Kementerian Pertahanan walaupun Awan Megah gagal menyiapkan Puspahanas.
2. Awan Megah kekal memiliki 23.2 ekar tanah di Shah Alam yang bernilai jutaan ringgit.
3. Boustead membayar pendahuluan RM4 juta kepada Raja Ropiaah untuk membeli 20 peratus saham dalam Astacanggih.
Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi melontarkan cabaran kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi supaya menyamannya berhubung dakwaan-dakwaannya itu.
Katanya, beliau hanya menerima surat tuntutan dari Zahid Hamidi berhubung dakwaannya sebelum ini.
"Saya tak sabar nak tunggu Zahid Hamidi mempertahankan dirinya dalam mahkamah kelak," kata Rafizi.
Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi pihak berkaitan berhubung dakwaan berkenaan.
Posted on Thursday, February 21 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: NordinAli
"
Hari-hari telah disaljikan tentang kedurjanaan DAP. Kalau ada DAP Melayu akan melarat dan merana. Buat apa berbaik dengan DAP tu KAPIR HARBI!! Nanti Malaysia jadi macam Singapore!
Masa tu sesal tak kesudahan.. antara serangan psikologi oleh UMNO yang nak mampus kepada Melayu demi untuk menyelamat tembolok mereka!
Gambar di atas Kapir Harbi sedang menderma kepada Tabung Palestine.
Tak hairan pun UMNO juga ada Tabung Palestine. Tapi Tabung Palestine UMNO bukan untuk rakyat Palestine, tetapi untuk pemimpin mereka kebas buat joli!!
Ni Boss UMNO Melaka yang kebas Tabung Kutipan Palestine Melaka sebanyak
RM680 juta. Ini bukan Kapir Harbi... Ini Melayu Asli spesis UMNO Karat
Biru!
Nordin bin Ali
http://nordinali.blogspot.com/
Nick Xenophon Berat Sebelah, Kerajaan BN Adilkah?
Posted on Wednesday, February 20 @ 23:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Riduan Mohd Noor
Tindakan kerajaan Malaysia menahan senator bebas Australia Nick Xenophon boleh dipandang pada dua perspektif. Pertama langkah Malaysia dianggap berpatutan kerana menghalang warga asing dari mencampuri urusan negara ini. Kerajaan dalam apa juga harus bertegas tidak membenarkan urusan pentadbiran negara diganggu oleh elemen asing. Tidak ada pihak luar yang layak mencampuri urusan dalaman negara ini selagi rakyat mampu selesaikannya secara diplomasi.
Namun demikian, tindakan kerajaan Malaysia boleh dianggap tidak wajar kerana bersikap keras terhadap pemimpin Australia itu. Beliau bukannya seorang pengganas, penjenayah mahupun penceroboh yang sewenang-wenangnya masuk ke negara ini. Nick Xenophon bukannya pengganas bersenjata yang masuk secara haram ke perairan Sabah di Lahad Datu. Beliau masuk secara sah dan mempunyai kedudukan sebagai pemimpin (Senator) di Australia. Sebaiknya kerajaan melayani beliau dengan baik dan berhemah. Selagi tiada kesalahan, beliau sepatutnya dibenarkan bebas masuk ke negara in dan menjadi pemerhati pilihanraya. Dalam hal ini, masyarakat dunia memandang Malaysia sebagai negara yang bersikap tidak terbuka, tiada toleransi, serta tidak demokratik. Malah, masyarakat dunia juga memandang serong bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam ruang demokrasi khususnya sistem pilihanraya di negara ini.
Apa salahnya kerajaan menerima teguran dan kritikan Senator ini dengan hati terbuka. Tiada salahnya juga kerajaan membenarkan beliau hadir dan berbincang dengan mana-mana pihak, tanda kerajaan Malaysia mengamalkan demokrasi yang matang dan terbuka. Jika ada kebenarannya kerajaan perbetulkan, sebaliknya jika tidak kerajaan tidak perlu melayannya.
Jika Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyalahkan Nick Xenophon sebagai tidak layak menjadi pemerhati pilihanraya kerana beliau seorang yang berat sebelah, tidak profesional dan hanya memihak kepada sebuah parti sahaja, apakah Tan Sri Abdul Aziz tidak memandang kepada institusi yang dipimpinnya sekarang, iaitu SPR? Pernahkah beliau bertanya, jujur dan adilkah SPR dalam mengendalikan sistem pilihanraya di negara ini? Jika siri Himpunan Bersih 1,2,3 dan 4 telah diadakan dengan kehadiran ratusan ribu rakyat, ia menandakan rakyat bersetuju bahawa ada masalah dalam sistem pilihanraya di negara ini. Tuntutan Bersih 2.0, adakah ia terlaksana keseluruhannya?
SPR juga perlu melihat kepada semua parti politik yang bertanding dan meletakkan neraca keadilan terhadap layanan kepada semua parti politik. Soalnya, apakah kerajaan BN melayan secara adil parti politik dari Pakatan Rakyat? Bagaimana dengan akses media, penggunaan jentera kerajaan ketika waktu berkempen, rasuah dan habuan projek segera ketika musim pilihanraya, memindahkan pengundi, mendaftarkan pengundi warga asing dan lain-lain seperti yang didakwa oleh ramai pihak. Paling penting, kenapa Perdana Menteri masih merahsiakan tarikh pilihanraya dari pengetahuan umum sedangkan rakyat secara langsung terlibat dengan pilihanraya?
Sebenarnya, kehadiran Nick Xenophon adalah suatu tamparan hebat kepada kerajaan Malaysia dan SPR sebagai pengendali sistem pilihanraya di negara ini. Adalah sesuatu yang memalukan negara apabila kerajaan terus menafikan kelemahan dan kepincangan dalam sistem pilihanraya di negara sedangkan seluruh dunia sudah mengetahuinya dan berbicara mengenainya.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Melayu tidak perlu takut DAP
Posted on Wednesday, February 20 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
OLeh Hanipa Maidin
Semasa berada di Mansoorah, Mesir dengan Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Mohamad Sabu berforum dengan para pelajar Malaysia di sana, soalan berikut ditanya kepada kami : “Apa akan jadi sekiranya DAP dan MCA menang banyak kerusi dalam pilihanraya umum nanti?”.
Saya menjawab soalan tersebut seperti berikut “jika kita turuti
silsilah soalan tersebut percayalah ianya berasal usul dari Umno.
Itulah kempen Umno di kampung-kampung dan malangnya kini pelajar di
menara gading juga terjerat dengan kempen jahat tersebut.
“Hakikatnya soalan itu sendiri adalah tidak betul. Bagaimanakah DAP dan
MCA boleh kedua-duanya menang banyak kerusi dalam keadaan kedua -dua
parti tersebut lazimya bertanding antara satu sama lain bagi merebut
kerusi yang sama. Adakah masuk akal di kawasan Parlimen Bukit Bintang
misalnya yang DAP dan MCA bertanding , jika DAP menang MCA juga akan
menang?”
Parti perkauman seperti Umno, kerana mahu terus berkuasa, dengan tanpa
rasa tanggungjawab berusaha keras menimbulkan keraguan bahawa DAP
adalah satu elemen yang bahaya kepada Melayu dan Islam. Justeru itu ,
menurut logik Umno, jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat yang ada
DAP di dalamnya, maka Melayu dan Islam akan terancam. Logik Umno ini
berpremiskan DAP adalah bermajoritikan orang bukan Melayu dan Islam maka
kepentingan Islam bukan sahaja tidak terbela jika mengundi DAP malahan
kedudukan Melayu dan Islam juga terhakis terancam.
Hujah Umno ini sama sekali melupakan bahawa hakikatnya Umno juga
berkawan dengan bukan Melayu dan bukan Islam. Jika MCA dan MIC yang
boleh dikatakan hampir 100 peratus dikuasai oleh bukan Melayu/Islam,
mengapakah mengundi sama ada Umno atau MCA atau MIC tidak dilihat
mengancam Islam? Adakah pemimpin MCA khususnya sunyi dari perbuatan
menghina dan memperkecilkan Islam? Jika tidak sunyi, mengapa hanya DAP
dipersalahkan dan tidak MCA atau MIC?
Apa peliknya jika DAP masih belum menerima Islam dan segala hukum
hakamnya sepertimana MCA dan MIC yang juga berkeadaan begitu. Bukankah
yang peliknya mengapakah Umno yang bermajoriti Melayu/Islam masih tidak
menerima Islam sebagai sistem hidup yang syumul dan sanggup pula dalam
banyak keadaan menghina Islam dan hukum hakamnya. Siapa yang hina hukum
hudud , DAP atau Umno? Siapakah yang luluskan lesen judi , DAP atau
Umno? Siapakah Osu Sukam yang berjudi di luar Negara dan berhutang
jutaan ringgit.. adakah beliau DAP atau Umno? Dan senarainya cukup
panjang untuk dikongsi di ruang terhad ini.
Benarkah DAP mengancam kepentingan Melayu? Apakah peruntukkan di dalam
Perlembagaan yang menyentuh kepentingan Melayu yang DAP kacau dan
ganggu gugat? Adakah DAP atau Umno yang ganggu gugat kedudukan bahasa
melayu di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan apabila kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dirombak melalui PPSMI?
Siapakah yang gagal jaga tanah rezab Melayu yang dijamin oleh
Perlembagaan ... DAP atau Umno? Siapakah yang hancurkan Bank Bumiputra
yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu? Siapakah yang enggan
tambah kerusi Parlimen dan Dun di negeri Kelantan dan Trengganu
sekaligus boleh menambah kerusi orang melayu semasa persempadanan semula
kawasan pilihanraya dibuat.. DAP atau Umno? Siapakah yang mendera
ekonomi majoriti rakyat Melayu/Islam di Trengganu dan kini Kelantan
apabila wang royalti pertroleum di rompak di siang hari tanpa sekelumit
rasa bersalah.
Siapakah yang menghina Raja Raja Melayu? Siapakah yang ingin
menggantikan Sultan Kelantan dengan ditabalkan Tengku Ibrahim , ahli
perniagaan sebagai Raja ? Umno atau DAP? Siapakah melarikan anak
raja...pemimpin DAP atau Umno? Siapakah yang mengheret secara tidak
bermaruah institusi Raja berperlembagaan ke kancah penghinaan dengan
menjatuhkan Kerajaan dan Menteri Besar pilihan rakyat di Perak dengan
melanggar doktrin Raja Berperlembagaan dan konvesyen Perlembagaan
(constitutional convention) secara terang-terangan?
Jika DAP tidak menghormati Islam, mengapa pula di Pulau Pinang yang
diterajui oleh pemimpim DAP, YAB Lim Guan Eng, peruntukkan Sekolah Agama
Rakyat (SAR) lebih besar dari peruntukkan Sekolah Cina dan Sekolah
Tamil . SAR di bawah negeri yang diterajui DAP memperuntukkan secara
purata RM 97, 000-00 setiap sekolah sedangkan sekolah Cina dan Tamil
hanya diperuntukkan secara purata RM 60, 000-00 dan RM 63, 000-00 masing
-masing bagi setiap sekolah (lihat website Kerajaan Pulau Pinang) .
Bukankah Umno pernah menarik bantuan per kapita SAR dan menuduh pula SAR
tidak mengajar agama sebaliknya mendidik pengganas?
Satu yang ironi, DAP yang dikatakan mendatangkan ancaman kepada Islam
mempunyai pemimpin seperti Lim Guan Eng yang mana Negeri yang beliau
terajui mahukan ramai huffaz Al Quran dengan diberi bantuan kepada
madrasah tahfiz dan memberikan penghargaan dan sijil-sijil pengiktirafan
kepada para penghafal al-Quran ( lihat website Kerajaan Negeri Pulau
Pinang). Yang lebih aneh lagi elaun Imam di masjid -masjid di Pulau
Pinang jauh lebih tinggi darI elaun imam-imam di negeri-negeri yang Umno
perintah. Mengapakah DAP yang dikatakan mengancam Islam suka elaun
Imam tinggi manakala Umno yang “sayang” Islam lebih suka pula elaun
Imam rendah?
Ya, Karpal Singh yang bukan Islam tidak setuju hukum hudud kerana dia
berpenDAPat hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Pemimpin
Umno yang Islam seperti Mahathir pula tidak setuju hudud kerana jika
dilaksanakan akan huru hara dan ramai makan sup tangan !!! Siapa lebih
teruk antara mereka berdua?
Jika Karpal yang dari DAP membawa hujah Perlembagaan bagi menentang
hudud, mengapa Umno yang Islam dan pernah ada dua pertiga suara di
Parlimen tidak mahu pinda Perlembagaan bagi memberi ruang Pas laksana
hudud di Kelantan . Bukan sahaja tidak mahu pinda Perlembagaan , Dr
Mahathir (Ya , Mahathir bukan Karpal) bagi pula surat amaran pula kepada
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat jika Kerajaan Kelantan laksana hudud ,
Kerajaan Pusat yang diterajui Umno akan ambil tindakan.
Siapa yang cabar undang-undang hudud di Mahkamah? Karpal Singh atau
Zaid Ibrahim yang masih itu bersama Umno? Siapa yang hina hukum hudud
dan hentam Umno apabila Adun Rengit dari Umno mahukan hudud
dilaksanakan di Johor ... Lim Kit Siang atau Chua Soi Lek? Siapakah
yang kata di negeri BN perintah hudud tidak akan dilaksanakan ... Najib
Tun Razak atau Karpal Singh?
Siapa yang bela gadis Melayu yang dirosakkan oleh pemimpin Melayu jika
bukan Lim Guan Eng? Lim Guan Eng yang bukan Melayu dan bukan Islam
masuk penjara 18 bulan kerana bela gadis Melayu/Islam yang dirosakkan
oleh pemimpin Melayu berjenama Umno? Di mana maruah orang Melayu? Umno,
kerana dendam, aibkan pemimpin Melayu dengan tuduhan seks namun yang
bela Anwar Ibrahim adalah peguam bukan Islam dari DAP. Apabila wanita
Islam berpurdah, Halimatus Sadiah dibuang kerja oleh regim Umno, peguam
DAP juga yang membela wanita tersebut di Mahkamah? Di mana peguam Umno
yang kata sayang dan nak jaga Islam?
Kesimpulannya Umno hentam DAP bukan kerana Umno ingin menjaga Islam.
Hakikatnya Umno tahu perpaduan PR adalah malapetaka bagi Umno. Oleh itu
pecahkan PR adalah agenda jahat Umno. Mana mungkin Umno yang siang
malam , pagi petang mempunyai masalah dengan Islam kini secara
tiba-tiba ingin membela Islam . Pepatah Amerika kata “ kamu boleh
bohong sesetengah orang dalam sesuatu masa tapi kamu tidak boleh bohong
semua orang dalam semua masa”. – HarakahDaily
* Penulis adalah peguam PAS merangkap AJK PAS Pusat
Gambar polis baham rasuah tersebar
Posted on Wednesday, February 20 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: laniismaa
"
Inilah namanya polis. Apabila sebut polis dalam kebanyakkan kepala mereka yang sedar polis kuat makan rasuah. Inilah sebagai buktinya dan malang apabila gambar mereka berjaya dirakam.
Lagi-lagi teramat malang perbuatan mereka dirakam Allah tetapi inilah yang tak disedari mereka. Mereka juga lupa pesan nabi kita “Perasuah dan pemberi rasuah di dalam neraka”. Nauzubillah… Kalau anda melihat polis dan pemandu berselindung di sebalik kereta yang ditahan di tepi-tepi jalan, polis nak ‘pau’lah dan pelbagai lagi cara nak baham rasuah.
Semoga kita sebagai pencinta anti rasuah kena tukarkan kepala kerajaan dan kerajaan yang rasuah. Insyaallah polis tidak rasuah dan rakyat juga tak merasuah sekiranya kerajaan yang tak rasuah dan merasuah dipilih. Taklah menjadi anak kencing berdiri kerana bapak kencing berlari.
LAGI (?)"

IGP: Kita tahu apa yang kita buat
Posted on Wednesday, February 20 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: imamsurau
"Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar menangkis tanggapan bahawa polis tidak bertindak dengan tegas ke atas kumpulan penceroboh dari negara Filipina yang kini dikepung pihak berkuasa di Lahad Datu.
Katanya, tanggapan seperti itu hanyalah satu andaian namun polis mengetahui "tahu apa yang kita buat".
"Anda boleh buat andaian, tapi saya nak mengesahkan kita tahu apa kita buat, banyak pertimbangan kita ambil kira untuk kepentingan semua," katanya.
Katanya, pasukannya mahu melihat satu kesudahan yang baik dlam episod kumpulan penceroboh di Lahad Datu dan akan mengusir mereka pulang ke Filipina mengikut saluran undang-undang.
Beliau juga menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan berita dan maklumat menerusi media sosial yang kurang tepat kerana pihak polis sudah mengambil langkah yang perlu untuk membendung insiden itu.
"Saya ada baca berita dan media sosial yang memberikan gambaran yang tidak tepat dan saya menyangkal semua itu.
"Janganlah mudah sangat percaya dengan kata-kata itu kerana kita nak cari solusi terbaik untuk mengusir mereka ini ikut perundangan negara kita," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pagi tadi.
Menurutnya lagi, polis sedang mengusahakan agar kumpulan itu pulang ke negara mereka secepat mungkin.
"Kita harapkan satu episod penyudah yang baik.
"Kita hendak (ia berakhir) secepat mungkin," katanya lagi selepas majlis penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dalam Op Selamat 2 sempena tahun baru Cina.
Beliau mengulas mengenai tindakan polis ke atas kumpulan dari Filipina yang kini dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Akhbar Daily Express dari Sabah sebelum ini melaporkan kumpulan itu tiba pada jam 2 pagi Selasa lalu dengan membawa panji berlambang harimau dan mempunyai lima anggota wanita tanpa senjata.
Kumpulan itu juga dilaporkan meyakinkan penduduk Kampung Tanduo yang diduduki mereka bahawa mereka datang dengan aman dan mahu memuktamadkan satu perjanjian.
sumber"

Gugur Zambry bukan cerita dongeng
Posted on Wednesday, February 20 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Perakitedaily
IPOH: PAS Perak merasakan isu penguguran Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Kadir bukan lagi rahsia dan cerita dongeng.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isunya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pihaknya mendapat beberapa maklumat dalaman tentang isu pengguguran tersebut malah ianya hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak.
Menurutnya, beberapa insiden dan kejadian berlaku telah menghangatkan lagi isu ini dan ianya tidak boleh dinafikan lagi oleh Zambry.
“Ketika Majlis Perasmian Serentak Umno Cawangan Seluruh Negeri Perak pada 8 Mei 2010 oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau meninggalkan majlis selepas merasmikan tanpa menunggu ucapan daripada Zambry.
“Terdapat gerakan atas nama ‘Gerakan Anti Zambry’ (GAZ) yang diwujudkan oleh pihak tertentu pada bulan Jun 2010 yang ingin menyingkirkan Zambry,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjelaskan, ada dikalangan Ketua Umno Bahagian berjawatan seorang menteri yang tidak pernah hadir ke Mesyuarat Umno Perak.
Ini katanya tidak termasuk beberapa runggutan kepimpinan Umno Bahagian yang tidak diberikan tempat-tempat penting sebaliknya diberikan kepada ‘orang-orang kanan’ Zambry yang masih muda.
“Dengan menjelangnya pru13, Zambry masih gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi antara Komponen BN yang lain sehinggga kini.
“Beberapa pendedahan salahguna kuasa Datuk Seri Zambry juga baru-baru ini juga mendorong ‘kehangatan’ pengganti Zambry ‘disebut-sebut’ kembali,” jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, situasi ini juga menyebabkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyddin Yassin kerap turun ke Perak.
Jelasnya lagi, walaupun media pro Umno khususnya di Perak sekarang sedang ‘hangat’ mempromosikan Zambry namun sudah ada beberapa Ketua Umno Bahagian bertemu dengan kepimpinan Pusat untuk memastikan Zambry disingkirkan.
“Siapakah yang bakal menggantikan Datuk Seri Zambry dan adakah dikalangan Menteri atau ‘orang baru’ yang bakal menggantikannya?,” soal Raja Ahmd Iskandar.
Sumber: perakitedaily.blogspot.com

PKR dakwa Raja Ropiaah dapat 'durian runtuh' tambahan
VIDEO l 1:43 secs PKR mendakwa Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah memperolehi lebih banyak "durian runtuh" tambahan menerusi urusniaga penjualan tanah yang didakwa tidak didedahkan kepada Bursa Malaysia.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, ia merupakan tambahan kepada bayaran RM130 juta oleh syarikat Boustead Holding Bhd kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang dimiliki Raja Ropiaah itu.
Menurut Rafizi dakwaan itu adalah berdasarkan penelitiannya terhadap dokumen satu syarikat yang dinamakannya sebagai Bakti Wira Sdn Bhd dengan dokumen syarikat Awan Megah Sdn Bhd dan juga dokumen syarikat Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki saudagar permaidani, Deepak Jaikishan.
Rafizi mendakwa, beliau menyaksikan dokumen berkenaan pagi ini dalam kapasitinya sebagai seorang pemegang saham minoriti.
Rafizi mendakwa, Bakti Wira merupakan anak syarikat Boustead Holdings Berhad yang dimiliki secara langsung oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Antara durian runtuh yang dimaksudkan Rafizi itu adalah:
1. Kontrak RM15 juta kepada Awan Megah tahun lepas oleh Kementerian Pertahanan walaupun Awan Megah gagal menyiapkan Puspahanas.
2. Awan Megah kekal memiliki 23.2 ekar tanah di Shah Alam yang bernilai jutaan ringgit.
3. Boustead membayar pendahuluan RM4 juta kepada Raja Ropiaah untuk membeli 20 peratus saham dalam Astacanggih.
Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi melontarkan cabaran kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi supaya menyamannya berhubung dakwaan-dakwaannya itu.
Katanya, beliau hanya menerima surat tuntutan dari Zahid Hamidi berhubung dakwaannya sebelum ini.
"Saya tak sabar nak tunggu Zahid Hamidi mempertahankan dirinya dalam mahkamah kelak," kata Rafizi.
Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi pihak berkaitan berhubung dakwaan berkenaan.
LIMA BELAS
MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Enam individu tersebut dan juga seorang pemandu bot ditahan anggota Pasukan Gerakan Am pada kira-kira jam 8 pagi ketika kumpulan tersebut menghampiri Kampung Tanduo – kawasan yang didiami kumpulan bersenjata sejak 11 hari lalu.
Enam individu dan pemandu bot tersebut dibebaskan beberapa jam selepas disoal siasat.
Seorang anggota jawatankuasa perhubungan pusat SAPP Suaib Mutalib berkata tiga pemuda tersebut mengiringi wartawan asing yang ingin membuat liputan mengenai perkembangan di kawasan tersebut.
Suaib berkata individu berkenaan dibawa ke balai polis Chenderawasi di Tungku dan dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang.
Suaib yang juga penolong setiausaha agung SAPP berkata keadaan di Lahad Datu kini dilihat tegang.
Katanya, ramai ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah dan kebanyakan kedai juga ditutup lebih awal.
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

-
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
-
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
-
Zakat dijadikan hutang.
-
Suami memperturutkan kehendak isteri.
-
Anak derhaka terhadap ibunya,
-
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
-
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
-
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
-
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
-
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
-
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
-
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
-
Para artis-artis disanjung-sanjung.
-
Muzik banyak dimainkan.
-
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika
itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka
akan dirobah menjadi makhluk lain".
H.R
Termizi
Keterangan
Dunia pada hari ini
telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma
mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Wartawan Al-Jazeera ditahan di perairan Lahad Datu
Tiga
orang wartawan Al-Jazeera dan tiga orang anggota Parti Progresif Sabah
(SAPP) ditahan di perairan dekat Tanjung Labian, Lahad Datu – daerah
yang dicerobohi lebih 100 orang dari negara Filipina.Enam individu tersebut dan juga seorang pemandu bot ditahan anggota Pasukan Gerakan Am pada kira-kira jam 8 pagi ketika kumpulan tersebut menghampiri Kampung Tanduo – kawasan yang didiami kumpulan bersenjata sejak 11 hari lalu.
Enam individu dan pemandu bot tersebut dibebaskan beberapa jam selepas disoal siasat.
Seorang anggota jawatankuasa perhubungan pusat SAPP Suaib Mutalib berkata tiga pemuda tersebut mengiringi wartawan asing yang ingin membuat liputan mengenai perkembangan di kawasan tersebut.
Suaib berkata individu berkenaan dibawa ke balai polis Chenderawasi di Tungku dan dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang.
Suaib yang juga penolong setiausaha agung SAPP berkata keadaan di Lahad Datu kini dilihat tegang.
Katanya, ramai ibu bapa yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah dan kebanyakan kedai juga ditutup lebih awal.
MB akan dedah rekod mesyuarat dengan TNB
Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan
mendedahkan rekod mesyuarat bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) berhubung
projek pemasangan kabel berkuasa tinggi di Kampung Sungai Terentang,
Rawang.
Katanya rekod mesyuarat melibatkan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) itu akan membuktikan bahawa TNB sememangnya mengemukakan cadangan laluan alternatif untuk kabel berkenaan agar tidak melalui kampung tersebut.
"Mereka datang dan berjumpa kita di MTES dan mereka ada cadangan mengenainya (laluan alternatif). Saya terima (cadangan) dan mengatakan itu tugas mereka (TNB) dan kerajaan negeri akan menyokong. Itu saja yang saya kata.
"Saya tidak melihat mekanismenya kerana TNB yang sepatutnya bertanggungjawab mengenainya.
"Ya MTES akan dedahkannya," katanya lagi ketika ditanya dalam sidang media selepas mesyuarat majlis kerajaan negeri hari ini.
Kenyataan itu bagi menjawab dakwaan naib presiden TNB Datuk Rozimi Remeli bahawa kerajaan negeri masih menghalang usaha tersebut walaupun telah mencapai persetujuan dengan syarikat utiliti tersebut.
Rozimi mendakwa, kesan daripada itu, penjanakuasa elektrik baru di Manjung, Perak tidak dapat membekalkan tenaga ke Lembah Kelang.
Beliau yang dipetik dalam laporan Berita Harian itu memberi amaran, Lembah Kelang akan berdepan krisis tenaga dalam tempoh lima tahun sekiranya perkara itu tidak ditangani.
Sementara itu, Khalid juga mengumumkan bahawa Kerajaan negeri akan berjumpa dengan pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk berbincang tentang isu banjir kilat di Puchong pada hari Isnin lalu.Katanya beliau telah menghubungi Yang Dipertuan MPSJ Datuk Adnan Md Ikhsan dan akan mendengar taklimat mengenai sebab kejadian banjir tersebut.
"Kita telah hubungi YDP dan dia akan memberi taklimat tentang penemuan kenapa banjir kilat itu berlaku.
"Jadi daripada keputusan penemuan itu, kita mesti profesional dan akan membuat pengumuman serta plan untuk memperbaiki infranstruktur," katanya.
Banjiir kilat besar yang berlaku di kawasan kompleks membeli belah IOI dan menenggelamkan sebahagian Lebuh Raya Damansara-Puchong.
Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng - Zairil Khir Johari - membuat laporan itu di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut polis di Jalan Patani pada jam 10 pagi.
Koperal Rohani Ismail merekodkan laporan Zairil, yang diiringi oleh pemimpin Pemuda DAP negeri, Chris Lee (timbalan ketua), Haris Zuan (wakil Bukit Bendera), Ooi Zhen Chee (wakil Bukit Mertajam) dan See Kay Seong (wakil Batu Kawan) .
"Seolah-olah pemimpin Umno tidak mempunyai modal lain tetapi untuk terus memfitnah Pakatan Rakyat dengan dakwaan palsu bahawa kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang semakin terancam dan terpinggir," kata Zairil selepas membuat laporan itu.
Beliau merujuk kepada satu artikel dalam akhbar Berita Harian yang memetik Mohamad sebagai berkata kerajaan Pulau Pinang "telah meluluskan pembinaan Universiti Nanyang" di Kampung Genting, Balik Pulau.
Ini, dakwa Mohamad, adalah "usaha senyap" supaya orang Melayu keluar dari kawasan tersebut.
"Adalah jelas daripada kenyataan beliau bahawa Mohamad berniat untuk menghasut sentimen perkauman dan memupuk perasaan takut dan marah terhadap kerajaan Pulau Pinang di kalangan masyarakat Melayu," kata Zairil.
"Sebenarnya, Pulau Pinang tidak meluluskan sebarang projek pembangunan yang berkaitan dengan Universiti Nanyang. Dakwaan Mohamad adalah pembohongan dan tidak berasas," katanya.
Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, projek itu bakal "mewariskan kerajaan baru kelak dengan pelbagai implikasi kewangan yang merugikan rakyat dan negara".
Menurutnya, itu bakal menelan belanja sehingga RM13 bilion apabila dilaksanakan kelak walaupun kos berkenaan sebelum ini dianggarkan berjumlah RM8 bilion.
Beliau mencadangkan, jumlah itu sepatutnya boleh digunakan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam antara bandar untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
"Oleh yang demikian, keutamaan negara sepatutnya membina sistem kereta api laju antara bandar menghubungkan bandar-bandar utama dari Perlis ke Johor Bahru dan Pantai Timur ke Pantai Barat," katanya.
Menurutnya, perkara itu adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang Pakatan Rakyat seperti digariskan dalam manifesto mereka.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menjalankan projek yang didakwa akan memendekkan perjalanan Kuala Lumpur ke Singapura kepada 90 minit.
Menurut Najib, projek itu akan menjadi titik perubahan dalam konteks hubungan Malaysia dan Singapura dan turut mengubah tanggapan masyarakat dunia ke atas kedua-dua negara.
20 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu "calon
boleh menang" bertanding di kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Soi Lek berkata, walaupun belum ada keputusan rasmi berhubung calon tersebut, beliau telah menerima senarai nama calon yang diyakini boleh menang di kerusi Pandan.
Menurutnya, memandangkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) juga semakin kuat, hanya calon boleh menang mampu memenangi kawasan Pandan selain memerlukan sokongan parti komponen, rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"MCA juga menetapkan calon tersebut haruslah terdiri daripada orang muda, berpengalaman dan pertengahan umur agar segala kekuatan yang ada pada calon itu dapat digembeleng sama ada tenaga dan idea untuk kemenangan parti.
"Malah, BN mempunyai struktur sejak 50 tahun pemerintahan dan MCA berpendirian kriteria tersebut mampu membawa kemenangan kepada parti,"k atanya semasa sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka MCA Bahagian Pandan di Pandan Jaya di sini, hari ini.
Soi Lek mendedahkan Ketua Biro Guaman MCA Bahagian Pandan, Gary Lim Chin Yee sebagai "calon boleh menang" di kerusi Parlimen Pandan setelah menerima nama calon tersebut daripada MCA bahagian itu.
Ahli Parlimen Pandan sekarang ialah Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga bekas Presiden MCA dan bekas Menteri Pengangkutan.
Pakatan Rakyat akan menurunkan Pengarah Eksekutif PKR, Rafizi Ramli.
Soi Lek berkata, Gary harus diberi pertimbangan oleh parti sewajarnya setelah beliau difahamkan telah bekerja kuat untuk parti sejak satahun yang lalu.
Tetapi bila ditanya kedudukan Tee Keat, Soi Lek berkata, beliau tidak disokong oleh MCA Bahagian dan parti mahukan calon yang diterima dari akar umbi.
"Bagaimanapun, nama calon belum dimuktamadkan dan saya bergantung kepada senarai nama yang akan diberi oleh MCA bahagian.
"Tetapi jika Tee Keat mahu bertanding secara bebas, itu terpulang kepadanya dan tidak memberi ancaman kepada MCA.
"Bagaimanapun, saya tiada kuasa untuk mengumumkan nama calon sekarang kecuali Perdana Menteri," katanya.
20 Februari 2013
PUTRAJAYA - Air jampi tidak wajar dikomersilkan kerana boleh
menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap perubatan Islam itu sendiri,
kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman
Mustapha.
Menurutnya kecenderungan sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan melalui cara itu dikhuatiri boleh menjejaskan akidah masyarakat apabila mereka percaya kesembuhan penyakit yang dihidapi datang daripada air berkenaan.
"Contohnya air ini boleh melariskan perniagaan, menyembuhkan penyakit, menjadikan bijak. Ruqyah (jampi) ini sepatutnya dibacakan oleh orang yang selayaknya dan mengikut kaifiat (kaedah) dan syarat tertentu.
"Apabila perkara ini dikomersilkan, kita khuatir ia tidak mematuhi syarat dan kaifiat itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun Othman tidak menafikan terdapat kaedah menggunakan air dijampi sebagai penawar dan ubat dalam Islam.
"Tetapi kebiasaannya pihak yang ingin mendapat rawatan perlu bertemu terus dengan pengamal perubatan Islam yang dipercayai dan lebih baik dengan perawat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
"Orang yang membuat air jampi ini lazimnya seorang yang warak dan mustajab doanya di sisi Allah. Bagaimanapun, nasihat saya... usah dikomersilkan," katanya.
Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan.
Ismail Sabri berkata iklan yang dikeluarkan tidak boleh mengelirukan pengguna semata-mata untuk menarik pengguna membeli produk berkenaan dan kedegilan pengusaha produk untuk mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan. - Bernama
20 Februari 2013
JOHOR BAHRU - Pas Johor menyelar tindakan menghebahkan permasalahan
parti kepada media dan menasihati konflik perebutan kerusi antara DAP
dan PKR perlu diselesaikan secara meja bulat.
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, kedua-dua parti yang bernaung di bawah PR itu perlu mencari jalan penyelesaian secara rundingan.
“Bagi saya kedua-dua pihak kena bertolak ansur, seperti apa yang dilakukan Pas yang bersedia menukar kerusi yang bakal ditandingi pada PRU13, di beberapa kawasan dengan rakan parti lain bagi mencapai situasi menang-menang.
“Apa yang penting perbezaan yang berlaku tidak perlu didedahkan kerana perkara ini tidak bagus yang akhirnya kita akan berlawan bersama menentang Barisan Nasional, bukan sesama sendiri. Ia juga beri imej kurang baik buat rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Jelasnya, perebutan kerusi itu juga hanya membabitkan kerusi panas di Parlimen Gelang Patah yang dianggap boleh diselesaikan.
“Tidak dinafikan ia akan memberi kesan kepada orang ramai dan tahap keyakinan terhadap Pakatan Rakyat.
“Bagi Pas yang sebelum ini kita bertanding di 34 kerusi kini hanya tinggal 28/29 kerusi sahaja, tentunya kita tidak akan bersetuju sepenuhnya, namun ia dilakukan menerusi proses rundingan,” katanya.
Menurutnya, selaku senior dalam Pakatan Rakyat, dirinya juga tidak keberatan menjadi orang tengah bagi mencapai penyelesaian pergolakan DAP dan PKR, sekiranya khidmatnya diperlukan.
“Di peringkat negeri kita cuba berunding. Jika tidak berjaya, biar kepimpinan tertinggi PR pusat membuat keputusan mengenai perkara ini,” katanya.
Katanya rekod mesyuarat melibatkan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) itu akan membuktikan bahawa TNB sememangnya mengemukakan cadangan laluan alternatif untuk kabel berkenaan agar tidak melalui kampung tersebut.
"Mereka datang dan berjumpa kita di MTES dan mereka ada cadangan mengenainya (laluan alternatif). Saya terima (cadangan) dan mengatakan itu tugas mereka (TNB) dan kerajaan negeri akan menyokong. Itu saja yang saya kata.
"Saya tidak melihat mekanismenya kerana TNB yang sepatutnya bertanggungjawab mengenainya.
"Ya MTES akan dedahkannya," katanya lagi ketika ditanya dalam sidang media selepas mesyuarat majlis kerajaan negeri hari ini.
Kenyataan itu bagi menjawab dakwaan naib presiden TNB Datuk Rozimi Remeli bahawa kerajaan negeri masih menghalang usaha tersebut walaupun telah mencapai persetujuan dengan syarikat utiliti tersebut.
Rozimi mendakwa, kesan daripada itu, penjanakuasa elektrik baru di Manjung, Perak tidak dapat membekalkan tenaga ke Lembah Kelang.
Beliau yang dipetik dalam laporan Berita Harian itu memberi amaran, Lembah Kelang akan berdepan krisis tenaga dalam tempoh lima tahun sekiranya perkara itu tidak ditangani.
Sementara itu, Khalid juga mengumumkan bahawa Kerajaan negeri akan berjumpa dengan pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk berbincang tentang isu banjir kilat di Puchong pada hari Isnin lalu.Katanya beliau telah menghubungi Yang Dipertuan MPSJ Datuk Adnan Md Ikhsan dan akan mendengar taklimat mengenai sebab kejadian banjir tersebut.
"Kita telah hubungi YDP dan dia akan memberi taklimat tentang penemuan kenapa banjir kilat itu berlaku.
"Jadi daripada keputusan penemuan itu, kita mesti profesional dan akan membuat pengumuman serta plan untuk memperbaiki infranstruktur," katanya.
Banjiir kilat besar yang berlaku di kawasan kompleks membeli belah IOI dan menenggelamkan sebahagian Lebuh Raya Damansara-Puchong.
DAP buat laporan polis terhadap MB NS
DAP hari ini membuat laporan polis terhadap satu kenyataan Menteri Besar Negri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng - Zairil Khir Johari - membuat laporan itu di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut polis di Jalan Patani pada jam 10 pagi.
Koperal Rohani Ismail merekodkan laporan Zairil, yang diiringi oleh pemimpin Pemuda DAP negeri, Chris Lee (timbalan ketua), Haris Zuan (wakil Bukit Bendera), Ooi Zhen Chee (wakil Bukit Mertajam) dan See Kay Seong (wakil Batu Kawan) .
"Seolah-olah pemimpin Umno tidak mempunyai modal lain tetapi untuk terus memfitnah Pakatan Rakyat dengan dakwaan palsu bahawa kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang semakin terancam dan terpinggir," kata Zairil selepas membuat laporan itu.
Beliau merujuk kepada satu artikel dalam akhbar Berita Harian yang memetik Mohamad sebagai berkata kerajaan Pulau Pinang "telah meluluskan pembinaan Universiti Nanyang" di Kampung Genting, Balik Pulau.
Ini, dakwa Mohamad, adalah "usaha senyap" supaya orang Melayu keluar dari kawasan tersebut.
"Adalah jelas daripada kenyataan beliau bahawa Mohamad berniat untuk menghasut sentimen perkauman dan memupuk perasaan takut dan marah terhadap kerajaan Pulau Pinang di kalangan masyarakat Melayu," kata Zairil.
"Sebenarnya, Pulau Pinang tidak meluluskan sebarang projek pembangunan yang berkaitan dengan Universiti Nanyang. Dakwaan Mohamad adalah pembohongan dan tidak berasas," katanya.
PKR: K'jaan baru terpaksa warisi projek tren KL-S'pura
PKR
mempertikaikan pengumuman perdana menteri untuk membina sistem keretapi
laju menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura ketika tempoh mandat BN
sebagai kerajaan bakal berakhir tidak lama lagi.Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, projek itu bakal "mewariskan kerajaan baru kelak dengan pelbagai implikasi kewangan yang merugikan rakyat dan negara".
Menurutnya, itu bakal menelan belanja sehingga RM13 bilion apabila dilaksanakan kelak walaupun kos berkenaan sebelum ini dianggarkan berjumlah RM8 bilion.
Beliau mencadangkan, jumlah itu sepatutnya boleh digunakan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam antara bandar untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
"Oleh yang demikian, keutamaan negara sepatutnya membina sistem kereta api laju antara bandar menghubungkan bandar-bandar utama dari Perlis ke Johor Bahru dan Pantai Timur ke Pantai Barat," katanya.
Menurutnya, perkara itu adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang Pakatan Rakyat seperti digariskan dalam manifesto mereka.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menjalankan projek yang didakwa akan memendekkan perjalanan Kuala Lumpur ke Singapura kepada 90 minit.
Menurut Najib, projek itu akan menjadi titik perubahan dalam konteks hubungan Malaysia dan Singapura dan turut mengubah tanggapan masyarakat dunia ke atas kedua-dua negara.
Kerusi Pandan: MCA gugur Tee Keat?
20 Februari 2013
Soi Lek berkata, walaupun belum ada keputusan rasmi berhubung calon tersebut, beliau telah menerima senarai nama calon yang diyakini boleh menang di kerusi Pandan.
Menurutnya, memandangkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) juga semakin kuat, hanya calon boleh menang mampu memenangi kawasan Pandan selain memerlukan sokongan parti komponen, rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"MCA juga menetapkan calon tersebut haruslah terdiri daripada orang muda, berpengalaman dan pertengahan umur agar segala kekuatan yang ada pada calon itu dapat digembeleng sama ada tenaga dan idea untuk kemenangan parti.
"Malah, BN mempunyai struktur sejak 50 tahun pemerintahan dan MCA berpendirian kriteria tersebut mampu membawa kemenangan kepada parti,"k atanya semasa sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka MCA Bahagian Pandan di Pandan Jaya di sini, hari ini.
Soi Lek mendedahkan Ketua Biro Guaman MCA Bahagian Pandan, Gary Lim Chin Yee sebagai "calon boleh menang" di kerusi Parlimen Pandan setelah menerima nama calon tersebut daripada MCA bahagian itu.
Ahli Parlimen Pandan sekarang ialah Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga bekas Presiden MCA dan bekas Menteri Pengangkutan.
Pakatan Rakyat akan menurunkan Pengarah Eksekutif PKR, Rafizi Ramli.
Soi Lek berkata, Gary harus diberi pertimbangan oleh parti sewajarnya setelah beliau difahamkan telah bekerja kuat untuk parti sejak satahun yang lalu.
Tetapi bila ditanya kedudukan Tee Keat, Soi Lek berkata, beliau tidak disokong oleh MCA Bahagian dan parti mahukan calon yang diterima dari akar umbi.
"Bagaimanapun, nama calon belum dimuktamadkan dan saya bergantung kepada senarai nama yang akan diberi oleh MCA bahagian.
"Tetapi jika Tee Keat mahu bertanding secara bebas, itu terpulang kepadanya dan tidak memberi ancaman kepada MCA.
"Bagaimanapun, saya tiada kuasa untuk mengumumkan nama calon sekarang kecuali Perdana Menteri," katanya.
Jakim: Usah komersialkan air jampi
20 Februari 2013
Menurutnya kecenderungan sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan melalui cara itu dikhuatiri boleh menjejaskan akidah masyarakat apabila mereka percaya kesembuhan penyakit yang dihidapi datang daripada air berkenaan.
"Contohnya air ini boleh melariskan perniagaan, menyembuhkan penyakit, menjadikan bijak. Ruqyah (jampi) ini sepatutnya dibacakan oleh orang yang selayaknya dan mengikut kaifiat (kaedah) dan syarat tertentu.
"Apabila perkara ini dikomersilkan, kita khuatir ia tidak mematuhi syarat dan kaifiat itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun Othman tidak menafikan terdapat kaedah menggunakan air dijampi sebagai penawar dan ubat dalam Islam.
"Tetapi kebiasaannya pihak yang ingin mendapat rawatan perlu bertemu terus dengan pengamal perubatan Islam yang dipercayai dan lebih baik dengan perawat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
"Orang yang membuat air jampi ini lazimnya seorang yang warak dan mustajab doanya di sisi Allah. Bagaimanapun, nasihat saya... usah dikomersilkan," katanya.
Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan.
Ismail Sabri berkata iklan yang dikeluarkan tidak boleh mengelirukan pengguna semata-mata untuk menarik pengguna membeli produk berkenaan dan kedegilan pengusaha produk untuk mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan. - Bernama
Mahfodz minta DAP-PKR Johor runding
20 Februari 2013
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, kedua-dua parti yang bernaung di bawah PR itu perlu mencari jalan penyelesaian secara rundingan.
“Bagi saya kedua-dua pihak kena bertolak ansur, seperti apa yang dilakukan Pas yang bersedia menukar kerusi yang bakal ditandingi pada PRU13, di beberapa kawasan dengan rakan parti lain bagi mencapai situasi menang-menang.
“Apa yang penting perbezaan yang berlaku tidak perlu didedahkan kerana perkara ini tidak bagus yang akhirnya kita akan berlawan bersama menentang Barisan Nasional, bukan sesama sendiri. Ia juga beri imej kurang baik buat rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Jelasnya, perebutan kerusi itu juga hanya membabitkan kerusi panas di Parlimen Gelang Patah yang dianggap boleh diselesaikan.
“Tidak dinafikan ia akan memberi kesan kepada orang ramai dan tahap keyakinan terhadap Pakatan Rakyat.
“Bagi Pas yang sebelum ini kita bertanding di 34 kerusi kini hanya tinggal 28/29 kerusi sahaja, tentunya kita tidak akan bersetuju sepenuhnya, namun ia dilakukan menerusi proses rundingan,” katanya.
Menurutnya, selaku senior dalam Pakatan Rakyat, dirinya juga tidak keberatan menjadi orang tengah bagi mencapai penyelesaian pergolakan DAP dan PKR, sekiranya khidmatnya diperlukan.
“Di peringkat negeri kita cuba berunding. Jika tidak berjaya, biar kepimpinan tertinggi PR pusat membuat keputusan mengenai perkara ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan