Khamis, 28 Februari 2013

RAKAM LAGU BERBAGAI BAHASA...TENTU MENARIK SALAH SATU CARA MEMPERKENALKAN ISLAM

Kembalikan nilai sudut pidato di UKM

Harakahdaily, 27 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) berpendirian bahawa pentadbiran UKM bertanggungjawab terhadap kematian sudut pidato di universiti itu.
“Sudut pidato ini mesti dinaik taraf baik dari aspek tempat dan juga sistem perlaksanaannya,” ujar Setiausaha Agungnya, Muhamad Razif Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian berikutan Wacana Sinar Harian Siri ke-17 yang mengupas tajuk Kuasa Politik Mahasiswa, semalam.

Katanya, ISIUKM berpandangan adalah penting untuk pihak pentadbiran UKM mengambil perhatian secara serius berkaitan kritikan salah seorang panelis yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) merangkap Presiden Ikatan Studi Islam UKM, Muhamad Azan Safar terhadap sudut pidato UKM yang tidak bermaya dan lesu.

Muhamad Azan Safar di dalam petikan akhbar sinar harian hari ini menyebut:

‘Inilah masalah yang berlaku. Diwujudkan ‘Speaker’s Corner’ kononnya untuk melatih mahasiswa bersuara, tetapi sudahlah tempatnya jauh di belakang daripada tumpuan, kini ada yang langsung sudah tidak hidup lagi seperti di UKM yang digunakan oleh peniaga kedai makan’.

“Sudut pidato ini merupakan lambang kesuburan budaya demokrasi di kampus.

“Di sinilah tempat untuk mahasiswa melontarkan idea pandang mereka walaupun berbeza ideologi dan pandangan, tetapi inilah yang dikatakan sebagai idealisme mahasiswa yang sarat dengan idea dan kritikan,” ujar Muhamad Razif lagi.

Katanya, sudut pidato mesti diletakkan di tempat perkumpulan dan tumpuan pelajar serta berikan kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa untuk memanfaatkannya tanpa perbanyakkan kerenah birokrasi seperi perlu meminta izin HEP untuk mendapatkan keizinan menggunakannya.

Apa yang mengecewakan, katanya sudut pidato UKM yang berada di kawasan tidak strategik bahkan hari ini sudah menjadi tempat diletakkan meja-meja makan bagi gerai-gerai makanan berdekatan.

Beliau berkata, betapa penghinaan yang besar terhadap demokrasi kampus dan Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajardan Alumni UKM, Prof Datuk Ir. Othman A. Karim mesti bertanggung jawab di dalam hal ini.

Hal ini juga, kata beliau adalah selari dengan semangat pelancaran semula sudut pidato oleh Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2009 yang lalu berikutan Auku yang telah dipinda pada bulan Februari tahun tersebut.

“Namun hari ini semangat itu telah dicabul oleh sikap tidak bertanggungjawab pentadbir universiti hari ini,” ujarnya lagi.

Najib semakin tidak popular anjak tarikh PRU13

Harakahdaily, 27 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Nampaknya semakin lama Datuk Seri Najib Tun Razak menganjakkan tarikh pilihanraya, beliau semakin tidak popular di kalangan rakyat.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar), belum pernah terjadi seorang Perdana Menteri Malaysia yang memiliki media untuk melonjakkan popularitinya tiba-tiba menjadi tidak popular malah ditolak pula oleh rakyat.

“Dalam hal ini PM sebenarnya perlu belajar dari isyarat rakyat dan pengajaran berharga hasil kajian penting Merdeka Center ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Merdeka Center, sebuah badan penyelidik bebas telah mengeluarkan satu lagi kajian mengenai sokongan pengundi terhadap Perdana Menteri, kerajaan Malaysia dan parti pemerintah, Barisan Nasional.

Keputusannya agak selari dengan badan penyelidik bebas yang lain dengan hasil kajian yang dijalankan pada bulan Januari 2013 menunjukkan graf sokongan rakyat terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri terus merudum dan kali ini jatuh dua peratus kepada 61% daripada 63% pada Disember 2012.

Namun ianya agak menghairankan juga kerana dalam keadaan hampir semua hadiah diberi kepada rakyat melalui BR1M, bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar, diskaun telefon bimbit dan lain-lain lagi, rakyat masih juga gagal menunjukkan sokongan kepada PM. Malah graf beliau terus merudum bulan demi bulan.

Nampaknya semakin lama beliau anjakkan tarikh pilihanraya beliau semakin tidak popular di kalangan rakyat. Belum pernah terjadi seorang Perdana Menteri Malaysia yang memiliki media untuk melonjakkan popularitinya tiba-tiba menjadi tidak popular malah ditolak pula oleh rakyat.

Dalam hal ini PM sebenarnya perlu belajar dari isyarat rakyat dan pengajaran berharga hasil kajian penting Merdeka Center ini.

Pertama, PM perlu akui bahawa rakyat Malaysia semakin cerdik dan tahu membaca politik negara. Mereka menerima segala habuan yang diberikan kerajaan tetapi tidak semestinya semua yang dikunyah itu ditelan bulat-bulat.

Rakyat Malaysia kini bukan lagi rakyat ketika 20 tahun lampau. Dengan kepesatan teknologi, segala maklumat akan cepat sampai ke telinga dan mata mereka sekelip mata.

Justeru, beliau tidak boleh terus membohongi kenyataan dan fakta yang diselewengkan melalui media yang dikawal oleh kerajaan.

Kedua, beliau perlu menerima hakikat bahawa wang ringgit bukan segala-galanya walaupun segala-galanya perlukan wang ringgit. Perhatian rakyat yang paling utama adalah ketelusan kerajaan berbanding nilai ringgit yang mereka dapat.

Rakyat gembira menerima habuan RM500, tetapi sedih melihat berjuta-juta ringgit pula masuk ke poket pemimpin negara.

Ketiga, rakyat tahu menilai pemimpin mana yang layak menjadi contoh dan pemimpin mana yang bersikap retorik. Sikap berboros dan bermewah dengan pelbagai koleksi peribadi  disamping pelbagai skandal yang memalukan adalah pemimpin ditolak rakyat.

Rakyat juga muak dengan amalan rasuah yang semakin membarah terhadap pemimpin negara. Sebaliknya, rakyat mengangkat pemimpin yang amanah, berintegriti, bersih, telus dan hidup bersama rakyat.

Keempat, rakyat bangkit marah apabila beliau masih enggan membuka ruang demokrasi yang sebenar kepada semua pihak. Sukar untuk rakyat menerima apabila agensi kerajaan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik, kawalan terhadap media yang keterlaluan dibantu dengan pasukan keselamatan atau penguatkuasa yang hanya bertindak dengan berat sebelah.

Akhirnya, Datuk Seri Najib perlu akui bahawa beliau dan Umno bukan berada di zaman kegemilangannya lagi. Mandat perlu diserahkan kepada rakyat dan hormati hak rakyat untuk menentukan siapa yang akan mereka angkat sebagai pemimpin.

Beliau bebas menentukan tarikh pilihanraya, tetapi rakyat sudah membuat keputusan yang semua telah mengetahuinya.

Siasat penyelewengan peruntukan baiki jalan di Sarawak

Harakahdaily, 27 Feb 2013


(Jalan ke kampung Muhibbah dari Miri ke Bintulu yang teruk)

MIRI: Masalah jalanraya di luar bandar Sarawak masih lagi teruk walaupun sudah banyak kali perkara ini dibangkitkan dalam sidang parlimen.

Peruntukan berjuta-juta ringgit sehingga mencecah berbillion ringgit telah diperuntukan untuk jalanraya di luar bandar namun masalah jalanraya di Sarawak masih belum dapat diatasi sepenuhnya.

Demikian kata Yang Dipertua PAS Miri, Haji Jofri Jaraiee dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Kita sudah sering kali mendengar ada wakil rakyat atau menteri berjanji untuk mengatasi masalah ini tetapi sehingga kini tiada sebarang perubahan berlaku, kalau ada pun hanya tampalan keatas jalan yang sedia ada saja," kata Jofri yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Beliau mempersoalkan, "mengapa perkara ini boleh berlaku? Dimana kesilapannya, adakah berlaku ketirisan atau sebagainya?"

Perkara ini, katanya, perlu disiasat sehingga ke akar umbi untuk mengetahui siapa sebenarnya yang melakukan penyelewengan
keatas peruntukan yang berbilion ringgit tersebut.

Antara jalanraya yang menghadapi masalah teruk sehingga kini adalah jalan ke Kampung Muhibbah, Ladang 3, KM 76 Jalan Lama Miri-Bintulu.

95 peratus penduduk adalah bangsa Bugis, majoriti asal Indonesia dan mendapat kewarganegaraan zaman Tun Rahman Yaakub.

Mereka bekerja sebagai petani dan juga bekerja dengan syarikat perladangan kelapa sawit.

Walaupun mereka ini penyokong kuat kerajaan BN (Barisan Nasional) tetapi keadaan jalanraya di kampung mereka masih lagi teruk dan jauh ketinggalan.

Mereka seolah-olah masih lagi tinggal dalam keadaan 40 tahun yang lalu dengan keadaan jalan yang berlumpur, becak sewaktu hujan dan keadaan jalan berlubang.

"Sepatutnya dengan adanya peruntukan yang berbilion ringgit kawasan luar bandar Sarawak mendapat jalanraya yang elok dan sesuai untuk semua kenderaan tetapi malangnya walaupun sudah berpuluh tahun di bawah kerajaan BN, keadaan jalanraya masih lagi teruk dan tidak selamat untuk pengguna jalanraya," kata Jofri.

Beliau mengesa agar pihak kerajaan segera mengatasi masalah ini, jangan hanya berjanji perkara yang sama setiap kali menjelang musim pilihanraya tetapi apabila selesai pilihanraya perkara ini senyap begitu saja tanpa sebarang tindakan diambil untuk mengatasinya.

"Semoga kerjasama dengan pihak yang berkenaan dapat membantu menyelesaikan masalah ini dari berlarutan.

"Kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik," tegas beliau.

Najib tolak, tiada sebab sokong Umno BN Selangor

Muhammad Faizal, 27 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Perlantikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Selangor membuktikan pemimpin Umno di negeri itu tidak mempunyai kelayakan.
Sehubungan itu, Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) 'bersimpati' dengan kepimpinan Umno di Selangor kerana lantikan tersebut menunjukkan Najib seolah-olah hilang kepercayaan kepada mereka.

Malah menurutnya lagi, keputusan yang diambil itu juga membuktikan Umno Selangor tidak mempunyai seorang invidu yang betul-betul berkaliber untuk memegang jawatan tersebut.

"Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor saya bersimpati dengan pimpinan Umno Selangor atas perlantikan tersebut seolah-olah mereka tidak mempunyai calon yang berkaliber untuk memegang jawatan tersebut.

"Najib yang dari jawatan Perdana Menteri perlu jadi Pengarah Pilihan Raya negeri seolah-olah menunjukkan beliau hilang kepercayaan kepada Umno mahu pun Barisan Nasional negeri bagi menghadapi pilihan raya nanti," jelasnya kepada Harakahdaily.

Kata Abdul Rani lagi, tidak ada alasan kukuh boleh dipertikaikan kerana orang Selangor lebih mengetahui apa yang berlaku di negeri itu, justeru kenapa Najib perlu mengambil peranan itu kalau bukan kerana hilang kepercayaan kepada Umno negeri.

Katanya, desas desus wujudnya perbalahan dalam kepimpinan Umno di Selangor juga terbukti sehingga Najib perlu menanggung risiko bagi mengelakkan ia bertambah parah.

"Dalam keadaan ini rakyat boleh menilai bahawa Umno Selangor sudah hilang ketokohan dan kepercayaan sehinggakan Najib terpaksa turun padang memegang jawatan itu.

"Atas sebab itu jugalah rakyat perlu membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya nanti dan terus menolak Umno Barisan Nasional, apa sebab untuk kita memilih mereka sedangkan Najib sendiri pun tidak mempercayai kepimpinan Umno Barisan Nasional Selangor," sambung beliau lagi.

Populariti PM: Sokongan menurun, kemarahan meningkat

Harakahdaily, 27 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Satu kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre mendapati sokongan terkini rakyat terhadap Perdana Menteri semakin merosot berbanding kajian beberapa bulan sebelum ini.

Pada masa sama, kajian juga mendapati kemarahan rakyat terhadap beliau pula semakin meningkat.

Kajian tersebut dibuat antara 23 Januari hingga 6 Februari, mengambil seramai 1,021 responden dari kalangan pengundi berdaftar dengan pecahan 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India.

Hasil kajian yang didedahkan semalam itu menunjukkan, sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak menurun kepada 61 peratus berbanding 65 peratus pada Oktober 2012.

Firma kajian itu menyebut, penurunan itu sebahagian besarnya dari kalangan orang Melayu.

Bulan lalu sokongan Melayu terhadap Najib pada tahap 77 peratus namun kini turun kepada 73 peratus.

Sementara itu, kajian tersebut juga mendapati kadar kemarahan rakyat terhadap Najib meningkat kepada 32 peratus berbanding 30 peratus Disember tahun lalu.

Pecahan dari segi bangsa pula mendapati, kemarahan masyarakat Melayu terhadap pentadbiran Najib meningkat kepada 32 peratus berbanding 24 peratus pada Mei 2012, diikuti mayarakat India 43 peratus berbanding 41 peratus sebelum ini.

Menurut firma itu, tinjauan itu dijalankan selepas berlaku beberapa peristiwa besar dalam politik negara.

Ianya termasuk Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari di Stadium Merdeka, permulaan siasatan Projek IC oleh Suruhanajaya Siasatan Diraja di Sabah, dan pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Pemuda Gombak rakam semula lagu Cina

Ridhuan Husin, 27 Feb 2013
GOMBAK: Selepas kejayaan lagu PAS Untuk Semua dan Semarak Hijau, Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) melalui Lajnah Perpaduan Nasional mengorak langkah merakam kembali lagu berbahasa Cina yang bertajuk Bulan Mewakili Hatiku atau dalam bahasa Cina berjudul Yue Liang Dai Biao Wo De Xin.

Lagu yang pernah dipopularkan oleh Teresa Teng, dirakam oleh dinyanyikan semula oleh Ustaz Muhammad Ibrahim yang dikenali Ustaz Mad Cina.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPPG, Ahmad Abdullah Sanek, yang juga, lagu itu dirakam untuk mendekatkan orang berbangsa Tionghua dengan PAS sebagai parti Islam yang ditakut-takutkan oleh pihak pemerintah.

Lagu itu dirakam dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Gombak yang dipengerusikan oleh Ustaz Mad sendiri.

Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim pula berkata, pihaknya berbangga kerana mempunyai pemimpin yang boleh menyanyikan lagu Cina.

"Kita berbangga di Gombak kerana kita ada seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, malah dia seorang Ustaz Mad yang dikenali dan berparti PAS boleh menyanyikan lagu Cina yang begitu popular di kalangan masyarakat Cina khususnya.

“Lagu ini juga begitu sinonim dengan PAS kerana ia mempunyai makna Bulan Mewakili Hatiku yang begitu dengan dengan ahli-ahli PAS,” katanya.

Kesemua video lagu Pemuda PAS Gombak itu dimuatkan di Youtube melalui saluran rasmi DPPG'tv di  www.youtube.com/user/dppgtv atau boleh terus ke http://pemudagombak.com/v1/pemuda-gombak-rakam-lagu-cina.

 

Tiada ulasan: