"Polis pakai singlet ambil kenyataan saya"
Harakahdaily, | 06 Feb 2013 |
(Deepak bersalam dengan Mahfuz selepas mesyuarat antara mereka)
Kenyataan itu pula bukannya diambil di Balai Polis tetapi di rumah pegawai kanan polis yang berpangkat ACP berkenaan.
Ia berlaku minggu lalu ketika Deepak sedang memberikan keterangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
di Putrajaya mengenai SD 2 itu.
"Ini kali ketiga berlaku kepada saya. Ketika sedang atau dalam perjalanan hendak memberikan keterangan kepada SPRM, polis akan memanggil saya untuk mengambil keterangan.
"Bagi saya, ini semua gangguan seolah-olah mahu menghalang saya memberikan keterangan kepada SPRM," kata Deepak dalam sidang medianya bersama pemimpin PAS hari ini.
Petang ini, sekali lagi Deepak akan ke pejabat SPRM di Putrajaya untuk menyambung keterangannya.
Minggu lalu, ketika sedang memberikan keterangan kepada SPRM, Deepak didatangi oleh lima pegawai polis.
Mereka mengarahkan beliau mengikut mereka segera ke Balai Polis di komplek Mahkamah Jalan Duta untuk diambil keterengan.
Selepas itu, mereka mengarahkan beliau ke rumah pegawai kanan polis yang berpangkat ACP itu untuk diambil keterangan.
Pegawai polis berkenaan hanya memakai singlet sahaja ketika mengambil keterangan beliau.
"Saya yakin ini semua sandiwara untuk mengganggu saya sahaja," kata Deepak.
Yakin 90 %
Dalam pada itu, Deepak yakin 90 peratus beliau kenal semua pihak yang ada ketika wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu dibunuh.
"Memang saya tidak ada di tempat kejadian tetapi berdasarkan hubungan saya dengan keluarga Perdana Menteri, saya yakin saya kenal mereka yang terlibat," kata Deepak.
Ketika ditanya, bagaimana beliau kenal mereka sedangkan beliau tidak ada di situ, Deepak berkata berdasarkan hubungan beliau dengan mereka.
"Sebab saya tidak ada di situ, saya kata 90 peratus saya pasti," katanya.
Altantuuyaa dibunuh dengan kejam di kawasan hutan di Puncak Alam. Kepalanya ditembak dan selepas itu badannya diletupkan dengan bom C4 yang biasa digunakan anggota tentera dalam operasi mereka.
Dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Perdana Menteri telah dibicarakan dan didapati bersalah dalam kejadian itu dan dijatuhkan hukuman bunuh.
Beberapa bulan lalu Deepak keluar dan mendakwa beliau terlibat dalam membantu Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam menyiapkan Akuan Bersumpah Kedua P Balasubramaniam yang menafikan pengakuan dalam SD 1 penyiasat persendirian itu.
Pengundi bijak menilai tawaran Gangnam BN
Salmiyah Harun, | 06 Feb 2013 |
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man berkata, kos membawa masuk artis sebanyak RM1.2 juta itu satu jumlah yang besar sedangkan lebih baik wang itu dibelanjakan untuk manfaat rakyat yang lebih memerlukan.
"Bayaran ini, jika diberi kepada rakyat di saat-saat mereka amat memerlukan tambahan pula ekonomi hari ini cukup mendesak, ianya amat bermakna," katanya.
Malah beliau percaya, tujuan utama yang digunakan oleh BN ini adalah untuk menarik para pengundi muda semata-mata.
Bagaimanapun beliau yakin BN akan menemui kekecewaan kerana terpaksa berbelanja besar tetapi hasil tidak seberapa.
"Para pengundi khususnya anak muda tidak mudah tertambat dengan tawaran (cara begini) oleh BN ini," katanya kepada Harakahdaily.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, sekiranya penganjuran konsert itu melibatkan kerajaan ia tidak wajar kerana membabitkan perbelanjaan yang terlalu besar.
“Kalau melibatkan wang kerajaan, memang tak patut, tapi kalau wang syarikat swasta itu hak dia,” katanya dalam sebuah akhbar.
PSY yang mencetuskan fenomena dengan lagu dan tarian Gangnam Style yang akan dijemput mengadakan persembahan sempena Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang minggu depan.
Difahamkan, Psy meminta bayaran RM2.3 juta untuk persembahan di Malaysia, sebuah syarikat swasta gergasi mengakui menaja konsert itu.
Psy, atau nama sebenarnya Park Jae-Sang, merupakan artis paling sensasi dari Korea Selatan dikatakan akan membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang yang dijangka menarik 50,000 penonton.
Selamat Pagi Datuk Ahmad Maslan!
Wan Rohimi, | 06 Feb 2013 |
Firma guaman saya di saman oleh sebahagian bekas anakguam sejak
27/7/2011. Belum pun saya menerima serahan Writ Saman tersebut, Timbalan
Menteri yang bertanggung jawab ke atas Felda, Dato’ Ahmad Maslan dalam
satu majlis di sebuah Masjid Felda Maokil, Labis, Johor (dalam kawasan
Parlimen Pagoh, yang mana ahli Parlimennya adalah Tan Sri Muhyiddin
Yassin – Timbalan Perdana Menteri Malaysia) telah bercerita kepada
peneroka-peneroka di sana tentang Saman ke atas firma guaman saya.
Seingat saya waktu itu pada hujung Julai 2011, dan dalam bulan puasa.
Sudah tentu dalam majlis itu ulasan Ahmad Maslan tiada yang baik-baik
terhadap saya. Biasalah Ahmad Maslan, menteri gempal yang bermulut
celupar ini gemar membuat kenyataan-kenyataan yang bersiku ke lutut!
Penuh angkuh dan sombong tetapi menikus bila dicabar berdebat.
Di Felda Maokil itu saya telah mewakili 645 (daripada 712 orang peneroka keseluruhannya dari Felda Maokil 1, 2, 3, dan 4) peneroka di situ dalam kes yang hampir sama dengan kes Kemahang 3, untuk menyaman Felda. Kes ini masih tergantung di Mahkamah Persekutuan sejak 30/11/2011, berkenaan dengan isu undang-undang bagi rujukan kepada Timbangtara di bawah Akta Timbangtara 2005. Sejurus selepas majlis itu, anakguam saya di Felda Maokil menghubungi saman untuk bertanya apa yang sebenarnya berlaku di sebalik Saman tersebut. Saya terkejut, kerana pada masa itu saya belum pun diserahkan dengan Saman oleh bekas-bekas anakguam, tetapi Ahmad Maslan telah pun mendahului saya tentang saman tersebut. Hebat bukan?
Tidak lama selepas itu, Utusan Malaysia mula memainkan peranannya. Satu berita artikel bertajuk “Tidak Puas Hati Dengan Pembahagian Wang Menang Saman RM12 juta” telah disiarkan pada 20/9/2011. Fakta-fakta dalam berita tersebut amat melencong dan tersasar. Namun menariknya sumber Utusan Malaysia tersebut adalah merujuk kepada satu sumber dari Kuala Lumpur, dan bukannya dari perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Kerana pada 18/9/2011, telah berlangsung perbicaraan permohonan saya untuk membatalkan kes tersebut.
Pada 2/10/2011, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah bersetuju dengan hujjah peguam-peguam saya, dan membatalkan Saman tersebut. Antara lainnya Hakim bersetuju dengan hujjah peguam-peguam saya Yusfarizal Bin Yussoff, Muhd Azmi dan Majdah Muda, bahawa Saman yang difailkan ke atas saya di bawah Aturan 43 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 adalah untuk meminta maklumat akaun. Menurut Mahkamah, itu satu penyalahunaan proses Mahkamah, tiada kausa tindakan kerana jika anak-anakguam ingin mencabar fee guaman, prosiding yang sepatutnya dibawa adalah petisyen pencukaian yang hendaklah difailkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penerimaan Bil Guaman atau bayaran yang diterima anakguam, atau selewat-lewatnya dalam masa 1 tahun dengan kebenaran (leave) daripada Mahkamah. Selepas 1 tahun Bil Guaman tidak lagi boleh dicabar di mana-mana Mahkamah dan dengan itu jumlah yang dibilkan hendaklah dianggap terhutang, oleh anakguam kepada peguam mereka. Itulah kedudukan undang-undang berkenaan dengan sebarang sebarang pertelingkahan antara anakguam dan peguam sebagaimana yang diperuntukan melalui S. 126 dan S. 128 Akta Profesion Undang-Undang 1976. Untuk rekod, wang bayaran yang diterima oleh anakguam saya adalah pada September 2010 dan dengan itu tempoh mencabar Bil Guaman adalah pada Mac 2010, atau pada September 2010 dengan kebenaran Mahkamah. Sehingga kini, hampir 2 1/2 tahun berlalu, tiada petisyen sedemikian tidak pernah difailkan terhadap firma guaman saya.
Mahkamah selanjutnya memutuskan bahawa tiada kekaburan (no uncertainty) berkenaan dengan jumlah wang yang diterima dan wang yang dipotong untuk fee guaman, dan Saman itu adalah merupakan satu ekspedisi memancing untuk merekacipta satu kausa tindakan yang baru (fishing expedition to create a new cause of action). Untuk menunjukkan keberangan Mahkamah, sewaktu membatalkan Saman tersebut Mahkamah telah mengarahkan peguam kepada bekas-bekas anakguam saya membayar kos sebanyak RM10,000-00 secara peribadi.
Walau bagaimana pun, Mahkamah Rayuan pada 8/5/2012 tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu dan memutuskan bahawa terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan dan kes itu tidak sesuai untuk diputuskan pada peringkat permohonan interlokutori. Lanjutan daripada keputusan tersebut, Mahkamah Rayuan menghantar kembali kes itu ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk perbicaraan penuh.
Itu adalah perjalanan prosiding Mahkamah setakat ini.
Namun apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah pada 3/10/2011, Utusan Malaysia menyiarkan satu artikel bertajuk: “SAMAN FELDA, SAMAN POLITIK”.
Antara lainnya kenyataan berikut telah dipetik oleh Utusan Malaysia daripada Ahmad Maslan:-
“... . saya berangggapan mungkin Mazlan dan peguam belanya itu mendapat keuntungan daripada hasil menghasut peneroka”, kata Ahmad.
Menurut Ahmad, di Felda Maokil Pagoh kini, sudah terdengar cakap-cakap sikap tidak beretika mengenai peguam bela yang dikatakan cuba membela peneroka dalam isu saman kadar perahan sawit ke atas Felda.
“Dikatakan ada satu perjanjian berasingan pula dibuat iaitu kalau peneroka tarik balik saman, peneroka terbabit kena bayar RM5,000-00 kepada peguam terbabit, saya sudah tanya beberapa peguam tentang perjanjian seumpama ini, ramai yang menyatakan ia tidak beretika. Nampaknya sebilangan peneroka Felda Maokil tersentak.
Tanpa fakta yang lengkap, Ahmad Maslan menyerang saya dan mempersoalkan urusan saya dengan anakguam saya. Keceluparan Ahmad Maslan telah menceroboh hubungan keistimewaan antara peguam dan anakguam (solicitors’ client privilege) dengan harapan dapat mencemarkan nama dan reputasi saya, sekiranya masih berbaki. Saya telah mengeluarkan sepina kepada kedua-dua wartawan Utusan Malaysia tersebut, dan peguam-peguam saya sudah bersedia untuk mengasak kedua-dua wartawan tersebut di kandang saksi dalam perbicaraan kes Saman saya nama-nama yang dirujuk dalam Surat Felda bertarikh 6/6/2011 yang telah saya siarkan dalam posting terdahulu.
Itu tidak penting. Tetapi yang penting ialah bilamana Ahmad Maslan menuturkan ungkapan Ahmad Maslan dalam Utusan Malaysia: “...saya berangggapan mungkin Mazlan (Aliman) dan peguam belanya itu mendapat keuntungan daripada hasil menghasut peneroka”.
Dengan tidak semena-mena Ahmad Maslan mengaitkan saya dan Mazlan Aliman dengan urusan guaman yang tiada kena mengena dengan Mazlan Aliman. Dengan tidak semena-mena, Mazlan Aliman dikaitkan dan difitnah atas kes Mahkamah yang saya kendalikan. Mudah bukan untuk melemparkan fitnah? Ya, itulah yang diungkapkan oleh Ahmad Maslan. Satu kenyataan fitnah yang memalukan, terpacul dari mulut seorang Menteri 1 Malaysia.
Ahmad Maslan boleh bertindak sebongkak itu sementara sisa-sisa kuasanya masih berbaki. Ludahlah fitnah itu keserata alam, dan banggalah atas kuasa sementara yang dipinjamkan kepada kamu. Tetapi nasihat saya, serahkanlah urusan menyerang saya itu kepada blogger-blogger upahan, ataupun kepada Majlis Belia Felda. Tidak perlulah kamu seorang bertaraf menteri bercakap tentang isu-isu picisan. Menyerang saya yang kerdil ini, akan meningkat saham saya pada kacamata masyarakat kerana serangan itu datang dari menteri, terhadap saya yang tiada apa-apa jawatan dalam masyarakat atau politik. Di sebaliknya, kamu dilihat sebagai seorang menteri yang tiada class, mempunyai mentaliti kelas ketiga kalau hanya melayan isu-isu yang tidak mempunyai kepentingan nasional.
Tetapi melihat kepada serangan-serangan beliau keatas saya, samada secara terang atau tersembunyi, ingin benar saya berdebat dengan Ahmad Maslan, atas semua isu yang melibatkan Akta GSA dan kebajikan peneroka. Atau survival peneroka untuk 50 tahun akan datang, atau nasib peneroka pasca penyenaraian Felda Global Ventures ke Bursa Malaysia. Kita berdebat atas isu nasional. Kita berdebat atas intipati wasiat Tun Razak. Kita tinggalkan politik murahan itu! Kita daulatkan intelek dan gentleman.
Namun saya sedar saya anak kampung yang tidak punyai apa-apa. Justeru saya tidak mahu mencabar Ahmad Maslan untuk berdebat, sebagaimana 2 kali cabaran yang dilontarkan oleh Mazlan Aliman dan terhadap kedua-dua cabaran itu, Ahmad Maslan menikus! Kali ke-3 kita tunggu 16/2/2013 ini. Saya tidak akan mencabar Ahmad Maslan, kerana dia orang hebat, Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas 112,635 keluarga peneroka dan 1.2 juta populasi peneroka. Walau pun Ahmad Maslan dan saya memiliki disiplin ilmu perdebatan dan undang-undang yang sama, yang sekufu, yang sama tara, tetapi siapalah saya untuk melontarkan cabaran sedemikian kepada seorang Menteri. Saya tidak mahu mengaibkan dan memalukan dia, bimbang dia juga akan menikus dengan cabaran saya. Saya tidak mahu mengaib dan menghina dia sebagaimana dia aibkan dan hina saya melalui petikan artikel dalam Upturn Malaysia tersebut. Tidak mengapa. Cuma saya hanya mahu Ahmad Maslan tahu, bahawasanya sekiranya beliau sudi untuk berdebat dengan saya, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan!
ATAU Ahmad Maslan boleh menghantar budak-budak suruhannya dari kalangan Presiden Majlis Belia Felda atau Pengerusi Majlis Belia Felda Kelantan untuk berdebat dengan saya atas isu-isu yang saya sebutkan. Atau kita boleh tambah satu tajuk lagi - “Sumbangan Ahmad Maslan kepada Peneroka: Kesan dan Implikasinya”. Itu lagi bagus. Kami sama-sama remaja, sama-sama pemuda. Di ambang pemilihan Kerajaan Baru ini, molek kiranya budaya ilmiah ini kita suburkan. Ketepikan nasihat songsang PM – Debat bukan budaya kita. Nyatakanlah masa dan tempat, insyallah saya akan hadir tanpa ragu!!! - http://gayapeneroka.blogspot.com

Tanjung Agas belum buat, Najib janji Gebeng pula
Khairil Abdul Rahim, | 06 Feb 2013 |
KUANTAN: Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan tidak terlalu ghairah
mengumumkan janji projek mega baru sedangkan projek yang diumumkan
sebelum ini masih belum terlaksana.
Penganalisis politik negeri Pahang, Syed Ali Badaruddin Al-Habsyi (gambar) mengulas tindakan Najib yang melancarkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), berjumlah RM10.5 bilion di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini semalam.
Katanya, sedangkan projek mega Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dianggarkan bernilai RM8 bilion di parlimen Pekan yang dijanjikan Najib dahulu, terus gagal dilaksanakan.
“Dulu Najib bukan main gah mengumumkan projek mega di Tanjung Agas kerana janji awalnya bakal memberi nikmat besar kepada penduduk termasuk 3,000 peluang pekerjaan baru di samping menyediakan peluang perniagaan.
“Harapan penduduk Pekan pada masa itu bukan main ghairah kerana daerah mereka diuar-uarkan bakal setanding dengan bandar-bandar besar seperti Kelang apabila siapnya projek raksasa di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) itu.
“Namun setelah hampir tiga tahun diumumkan Najib, projek yang kononnya menerima pelaburan dari Korea di atas tanah seluas 4,700 ekar itu yang siap hanyalah lebuh raya yang rosak teruk sepanjang 15 kilometer menghubungkan Jalan Pekan-Rompin ke tapak projek,” ujarnya.
Syed Ali berkata, sekarang Najib berjanji pula satu lagi projek mega hasil pelaburan dari China di Gebeng.
Najib dalam ucapan perasmiannya hari ini berkata, MCKIP berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM10.5 bilion yang akan mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Katanya, daripada jumlah pelaburan itu, lebih daripada RM4 bilion akan direalisasikan menjelang tahun 2015.
Syed Ali menjelaskan, kebimbangan orang ramai ialah projek yang dijanjikan Najib hari ini menerima nasib yang sama seperti di Tanjung Agas.
“Kalau nak tahu, sekarang ini orang-orang kampung tradisi di Tanjung Agas dan Orang Asli sekitarnya yang dulu kerja mereka mengutip kerang, ketam dan kepah kini terpaksa menyara hidup dengan mengutip sisa pepejal Alam Flora dekat di Permatang Keledang, dua kilometer dari situ.
“Mereka yang mencari rezeki melalui hasil laut itu dah tak boleh masuk dengan bebas ke Tanjung Agas kerana dipagar dan dikawal. Batu pemecah ombak yang dibina panjang pula menghalang nelayan. Akhirnya terpaksa mencari rezeki dengan memilih dan menjual sampah pula,” katanya.
Sementara itu Syed Ali tidak menolak andaian projek MCKIP bertujuan politik menjelang pilihan raya umum (PRU) iaitu untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina bahawa Lynas yang juga terletak di Gebeng tidak bahaya setelah mendapat bantahan keras.
“Kita kena sedar kawasan Gebeng terletak dalam Dewan Undangan Negeri Beserah dan dalam Parlimen Indera Mahkota yang mana kedua-dua kerusi berkenaan di kuasai Pakatan Rakyat. Sebab itu ada kemungkinan projek itu bersifat politik untuk kembalikan kepercayaan dan undi penduduk untuk BN.
“Sebab saya fikir dalam iklim kemuraman ekonomi seluruh dunia sekarang, tidak mungkin mana-mana negara berani melabur dengan begitu besar tanpa jaminan pulangan,” katanya.
Namun begitu, Syed Ali percaya orang-orang Cina tidak mengubah pendirian mereka kerana bagi masyarakat itu keselamatan daripada bahaya Lynas lebih diutamakan walaupun telah membudayakan ekonomi dalam kehidupan mereka.
Abdul Rahman (kanan) mendengar penjelasan daripada mangsa mengenai kebakaran itu.
TASEK GELUGOR: Mantan Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua, Zahadi Mohamad meluangkan masa melawat mangsa kebakaran di Kampung Pajak Song, Kepala Batas baru-baru ini.
Mereka yang ditemani Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Pajak Song, Ahmad Husain mengambil masa sejam bertanya khabar mangsa Hasan Husain yang mana bahagian atas rumahnya terbakar manakala rumah adiknya, Saleh Husain yang terletak bersebelahan terbakar keseluruhan kediaman melibatkan kos RM300 ribu.
Menurut Hasan, anak perempuannya, Aniza yang baru hendak tidur sekitar pukul 10.30 malam terhidu bau hangit seolah-olah berlakunya kebakaran lantas memberitahu emaknya.
Emaknya terus keluar dan mendapati tiada apa-apa yang mencurigakan walaupun bau hangit tetap dihidu.
Tetapi, apabila terdengar suara anak saudaranya menjerit ada kebakaran lantas membuatkan dirinya juga menjerit meminta pertolongan.
"Mujur semuanya tidak ada kemalangan jiwa. Walaupun begitu saya sedih kerana tidak dapat menyelamatkan apapun daripada rumah adiknya.
“Akibat kebakaran tersebut rumahnya sendiri dijilat api menyebabkan keseluruhan dinding bahagian atas kediamannya rosak teruk, " jelasnya.
Abdul Rahman berkata, memandangkan terdapat aduan ketiadaan paip bomba di kampung berkenaan sehingga sukar pihak Bomba dan Penyelamat mengepam air untuk memadam kebakaran, beliau menawar diri untuk membawa masalah itu kepada pihak atasan agar pembinaan paip di situ menjadi kenyataan.
"Saya dan Penyelaras Dun Sungai Dua akan membantu masyarakat di sini untuk berurusan dengan pihak atasan bagi mendapatkan paip bomba secepat mungkin," kata beliau.
Tidak
ada apa yang menggemparkan dari pendedahan Jawatankuasa Pilihanraya
Muslim Eropah (European Muslim Election Comittee) terhadap pengakuan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa
media arus perdana di negara ini adalah ‘alat kerajaan’ dan ia
menyatakan ia berbeza dengan media di luar negara.
Seharusnya pandangan wakil ini memalukan Perdana Menteri, pimpinan kerajaan dan seluruh rakyat di negara ini. Kenyataan jujur Datuk Seri Nazri Aziz menggambarkan bahawa nilai keterbukaan kerajaan berada dalam keadaan yang amat parah. Masyarakat Eropah memandang serong kepada Malaysia dengan persepsi bahawa pemerintah sekarang bersikap diktator dengan mengongkong semua media di bawahnya. Kerajaan Malaysia juga patut merasa malu dengan negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, malah kerajaan junta tentera Myanmar yang terkenal dengan rejim diktator masih memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin politik dari pembangkang untuk muncul di media-media utama (mainstream media) untuk berkempen dalam pilihanraya umum, seperti mana yang diberikan kepada Au Sang Su Kyi baru-baru ini.
Bagi wakil Jawatankuasa tersebut iaitu Drs Fadime Orgu dan Zouhair Amri, mungkin ia sesuatu yang mengejutkan kerana ia tidak berlaku di Eropah, tetapi bagi rakyat Malaysia, media menjadi kuda tunggangan parti yang menguasai kerajaan adalah sesuatu yang sinonim dan diketahui ramai. Malahan rakyat seperti sudah mangli dengan pendedahan ini kerana setiap hari media memainkan peranan memburukkan pembangkang (Pakatan Rakyat) dengan pelbagai cerita fitnah dan direka-reka.
Apabila media utama seperti Utusan Malaysia kerap naik turun mahkamah kerana disaman dan kerap kali kalah, ia membenarkan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz. Saya juga pernah menulis pandangan dengan mencadangkan supaya Utusan Malaysia dan media sepertinya ‘menggulung tikar’ serta mencari perniagaan lain yang lebih menguntungkan daripada sibuk membayar saman di mahkamah.
Justeru, saya amat berharap supaya Pakatan Rakyat dapat mengajar BN erti kebebasan media sebenar jika PR memerintah negara ini. Antaranya adalah dengan membebaskan media dari kongkongan parti pemerintah dengan membiarkan media membuat liputan dan berita mengikut etika mereka di bawah batasan undang-undang negara. Jika sekalipun pemimpin negara yang diktirik, dibicarakan, ia seharusnya adil tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak.
*Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
(Deepak membaca buku tentang dirinya selepas menerima buku itu hari ini, sambil diperhatikan oleh peguam PAS, Asmuni Awi)
KUALA LUMPUR: Buku 'The Black Rose, Cerita Deepak Jaikishan' kini bakal menjadi buku 'best seller' apabila ia mula diperkenalkan kepada media hari ini.
Buku yang penuh dengan pendedahan tentang kebobrokan kepimpinan negara itu dikesan mula beredar di Pesta Buku Kuala Lumpur minggu lalu.
Selain itu, ia juga mula bertemu dengan tuan badannya sendiri, Deepak Jaikishan apabila satu naskah buku itu diberikan kepada beliau hari ini.
Deepak menerima senaskah buku itu semasa pertemuan beliau dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Pejabat Agung PAS hari ini.
Deepak dengan tersebyum berkata, "bagus" ketika menerima naskah buku berkenaan.
Buku yang diterbitkan oleh sebuah syarikat di Kota Bharu itu mengandungi terjemahan buku "The Black Rose - Black Rose 1.0" yang dikatakan ditulis oleh Deepak.
Namun Deepak ketika dihubungi Harakahdaily sebelum ini tidak mahu mengesahkan buku itu tulisan beliau.
Namun Malaysiakini pernah melaporkan buku itu adalah tulisan Deepak.
Buku setebal 52 muka surat itu mengandungi Akuan Bersumpah (SD) 1 dan 2 yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramanian, temubual Deepak yang disiarkan Harakahdaily sebelum ini dan terjemahan buku Black Rose yang dikatakan ditulis oleh Deepak itu.
Ia kini menjadi buku yang hangat diperkatakan.
Penganalisis politik negeri Pahang, Syed Ali Badaruddin Al-Habsyi (gambar) mengulas tindakan Najib yang melancarkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), berjumlah RM10.5 bilion di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini semalam.
Katanya, sedangkan projek mega Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dianggarkan bernilai RM8 bilion di parlimen Pekan yang dijanjikan Najib dahulu, terus gagal dilaksanakan.
“Dulu Najib bukan main gah mengumumkan projek mega di Tanjung Agas kerana janji awalnya bakal memberi nikmat besar kepada penduduk termasuk 3,000 peluang pekerjaan baru di samping menyediakan peluang perniagaan.
“Harapan penduduk Pekan pada masa itu bukan main ghairah kerana daerah mereka diuar-uarkan bakal setanding dengan bandar-bandar besar seperti Kelang apabila siapnya projek raksasa di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) itu.
“Namun setelah hampir tiga tahun diumumkan Najib, projek yang kononnya menerima pelaburan dari Korea di atas tanah seluas 4,700 ekar itu yang siap hanyalah lebuh raya yang rosak teruk sepanjang 15 kilometer menghubungkan Jalan Pekan-Rompin ke tapak projek,” ujarnya.
Syed Ali berkata, sekarang Najib berjanji pula satu lagi projek mega hasil pelaburan dari China di Gebeng.
Najib dalam ucapan perasmiannya hari ini berkata, MCKIP berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM10.5 bilion yang akan mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Katanya, daripada jumlah pelaburan itu, lebih daripada RM4 bilion akan direalisasikan menjelang tahun 2015.
Syed Ali menjelaskan, kebimbangan orang ramai ialah projek yang dijanjikan Najib hari ini menerima nasib yang sama seperti di Tanjung Agas.
“Kalau nak tahu, sekarang ini orang-orang kampung tradisi di Tanjung Agas dan Orang Asli sekitarnya yang dulu kerja mereka mengutip kerang, ketam dan kepah kini terpaksa menyara hidup dengan mengutip sisa pepejal Alam Flora dekat di Permatang Keledang, dua kilometer dari situ.
“Mereka yang mencari rezeki melalui hasil laut itu dah tak boleh masuk dengan bebas ke Tanjung Agas kerana dipagar dan dikawal. Batu pemecah ombak yang dibina panjang pula menghalang nelayan. Akhirnya terpaksa mencari rezeki dengan memilih dan menjual sampah pula,” katanya.
Sementara itu Syed Ali tidak menolak andaian projek MCKIP bertujuan politik menjelang pilihan raya umum (PRU) iaitu untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina bahawa Lynas yang juga terletak di Gebeng tidak bahaya setelah mendapat bantahan keras.
“Kita kena sedar kawasan Gebeng terletak dalam Dewan Undangan Negeri Beserah dan dalam Parlimen Indera Mahkota yang mana kedua-dua kerusi berkenaan di kuasai Pakatan Rakyat. Sebab itu ada kemungkinan projek itu bersifat politik untuk kembalikan kepercayaan dan undi penduduk untuk BN.
“Sebab saya fikir dalam iklim kemuraman ekonomi seluruh dunia sekarang, tidak mungkin mana-mana negara berani melabur dengan begitu besar tanpa jaminan pulangan,” katanya.
Namun begitu, Syed Ali percaya orang-orang Cina tidak mengubah pendirian mereka kerana bagi masyarakat itu keselamatan daripada bahaya Lynas lebih diutamakan walaupun telah membudayakan ekonomi dalam kehidupan mereka.
Rahman Maidin lawat mangsa kebakaran
Mohd Sabri Said, | 06 Feb 2013 |
Abdul Rahman (kanan) mendengar penjelasan daripada mangsa mengenai kebakaran itu.
TASEK GELUGOR: Mantan Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua, Zahadi Mohamad meluangkan masa melawat mangsa kebakaran di Kampung Pajak Song, Kepala Batas baru-baru ini.
Mereka yang ditemani Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Pajak Song, Ahmad Husain mengambil masa sejam bertanya khabar mangsa Hasan Husain yang mana bahagian atas rumahnya terbakar manakala rumah adiknya, Saleh Husain yang terletak bersebelahan terbakar keseluruhan kediaman melibatkan kos RM300 ribu.
Menurut Hasan, anak perempuannya, Aniza yang baru hendak tidur sekitar pukul 10.30 malam terhidu bau hangit seolah-olah berlakunya kebakaran lantas memberitahu emaknya.
Emaknya terus keluar dan mendapati tiada apa-apa yang mencurigakan walaupun bau hangit tetap dihidu.
Tetapi, apabila terdengar suara anak saudaranya menjerit ada kebakaran lantas membuatkan dirinya juga menjerit meminta pertolongan.
"Mujur semuanya tidak ada kemalangan jiwa. Walaupun begitu saya sedih kerana tidak dapat menyelamatkan apapun daripada rumah adiknya.
“Akibat kebakaran tersebut rumahnya sendiri dijilat api menyebabkan keseluruhan dinding bahagian atas kediamannya rosak teruk, " jelasnya.
Abdul Rahman berkata, memandangkan terdapat aduan ketiadaan paip bomba di kampung berkenaan sehingga sukar pihak Bomba dan Penyelamat mengepam air untuk memadam kebakaran, beliau menawar diri untuk membawa masalah itu kepada pihak atasan agar pembinaan paip di situ menjadi kenyataan.
"Saya dan Penyelaras Dun Sungai Dua akan membantu masyarakat di sini untuk berurusan dengan pihak atasan bagi mendapatkan paip bomba secepat mungkin," kata beliau.
Nilai media Malaysia pada pandangan Eropah
Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, | 06 Feb 2013 |
Seharusnya pandangan wakil ini memalukan Perdana Menteri, pimpinan kerajaan dan seluruh rakyat di negara ini. Kenyataan jujur Datuk Seri Nazri Aziz menggambarkan bahawa nilai keterbukaan kerajaan berada dalam keadaan yang amat parah. Masyarakat Eropah memandang serong kepada Malaysia dengan persepsi bahawa pemerintah sekarang bersikap diktator dengan mengongkong semua media di bawahnya. Kerajaan Malaysia juga patut merasa malu dengan negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, malah kerajaan junta tentera Myanmar yang terkenal dengan rejim diktator masih memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin politik dari pembangkang untuk muncul di media-media utama (mainstream media) untuk berkempen dalam pilihanraya umum, seperti mana yang diberikan kepada Au Sang Su Kyi baru-baru ini.
Bagi wakil Jawatankuasa tersebut iaitu Drs Fadime Orgu dan Zouhair Amri, mungkin ia sesuatu yang mengejutkan kerana ia tidak berlaku di Eropah, tetapi bagi rakyat Malaysia, media menjadi kuda tunggangan parti yang menguasai kerajaan adalah sesuatu yang sinonim dan diketahui ramai. Malahan rakyat seperti sudah mangli dengan pendedahan ini kerana setiap hari media memainkan peranan memburukkan pembangkang (Pakatan Rakyat) dengan pelbagai cerita fitnah dan direka-reka.
Apabila media utama seperti Utusan Malaysia kerap naik turun mahkamah kerana disaman dan kerap kali kalah, ia membenarkan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz. Saya juga pernah menulis pandangan dengan mencadangkan supaya Utusan Malaysia dan media sepertinya ‘menggulung tikar’ serta mencari perniagaan lain yang lebih menguntungkan daripada sibuk membayar saman di mahkamah.
Justeru, saya amat berharap supaya Pakatan Rakyat dapat mengajar BN erti kebebasan media sebenar jika PR memerintah negara ini. Antaranya adalah dengan membebaskan media dari kongkongan parti pemerintah dengan membiarkan media membuat liputan dan berita mengikut etika mereka di bawah batasan undang-undang negara. Jika sekalipun pemimpin negara yang diktirik, dibicarakan, ia seharusnya adil tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak.
*Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
Buku The Black Rose kini hangat diperkatakan
Harakahdaily, | 06 Feb 2013 |
(Deepak membaca buku tentang dirinya selepas menerima buku itu hari ini, sambil diperhatikan oleh peguam PAS, Asmuni Awi)
KUALA LUMPUR: Buku 'The Black Rose, Cerita Deepak Jaikishan' kini bakal menjadi buku 'best seller' apabila ia mula diperkenalkan kepada media hari ini.
Buku yang penuh dengan pendedahan tentang kebobrokan kepimpinan negara itu dikesan mula beredar di Pesta Buku Kuala Lumpur minggu lalu.
Selain itu, ia juga mula bertemu dengan tuan badannya sendiri, Deepak Jaikishan apabila satu naskah buku itu diberikan kepada beliau hari ini.
Deepak menerima senaskah buku itu semasa pertemuan beliau dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Pejabat Agung PAS hari ini.
Deepak dengan tersebyum berkata, "bagus" ketika menerima naskah buku berkenaan.
Buku yang diterbitkan oleh sebuah syarikat di Kota Bharu itu mengandungi terjemahan buku "The Black Rose - Black Rose 1.0" yang dikatakan ditulis oleh Deepak.
Namun Deepak ketika dihubungi Harakahdaily sebelum ini tidak mahu mengesahkan buku itu tulisan beliau.
Namun Malaysiakini pernah melaporkan buku itu adalah tulisan Deepak.
Buku setebal 52 muka surat itu mengandungi Akuan Bersumpah (SD) 1 dan 2 yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramanian, temubual Deepak yang disiarkan Harakahdaily sebelum ini dan terjemahan buku Black Rose yang dikatakan ditulis oleh Deepak itu.
Ia kini menjadi buku yang hangat diperkatakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan