Posted on Wednesday, February 06 @ 00:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Fazy Sahir
“Dua ini sahaja (sawit, kelapa sawit) sudah RM150 bilion, ini tidak termasuk yang lain (pendapatan) termasuk cukai dan lain-lain.
“Kenapa RM150 bilion ini tidak boleh jamin pendidikan percuma? Sedangkan saya hendak tanya berapa hasil kelapa sawit untuk setahun? RM80 bilion, tahun 2010 merosot RM70 bilion,” katanya yang juga Ketua Pembangkang.
SHAH ALAM: Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan memberikan pendidikan percuma dapat direalisasikan melalui kutipan sumber minyak dan kelapa sawit di negara ini.
Tegas beliau, hasil kutipan daripada sumber minyak dan sawit ini sahaja sudah mencecah RM150 bilion.
Maka perkara itu tidak mustahil dapat dilaksanakan sekaligus mengulangi janji beliau untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
“Dua ini sahaja (sawit, kelapa sawit) sudah RM150 bilion, ini tidak termasuk yang lain (pendapatan) termasuk cukai dan lain-lain.
“Kenapa RM150 bilion ini tidak boleh jamin pendidikan percuma? Sedangkan saya hendak tanya berapa hasil kelapa sawit untuk setahun? RM80 bilion, tahun 2010 merosot RM70 bilion,” katanya yang juga Ketua Pembangkang.
Beliau ditemui ketika memberikan ucapan di program Konvensyen Antarabangsa Pendidikan (KAP) 2013 di Universiti Selangor (Unisel) hari ini.
Pada Mac tahun lalu, cadangan pembangkang untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN dibidas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyifatkan ia tidak relevan.
Beliau berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.
Tindakan itu juga katanya akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.
‘Pendidikan percuma dari hasil sawit, minyak’
Umno yang berjuang untuk Melayu mula cagar agama untuk tuba undi PRU13
Posted on Tuesday, February 05 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Tarmizi
Jika
dahulu Umno sering menuduh PAS menggunakan agama untuk kepentingan
politik, sehingga ada cadangan supaya nama Islam pada PAS dibuangkan,
kini dilihat terpaksa mengikut rentak di dalam memperjuangkan agama.
Menurut
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, PAS memang wajib memperjuangkan
Islam kerana tertera dengan jelas di dalam Perlembagaan PAS Fasa 3
"Dasar PAS ialah Islam". Tetapi, katanya, apabila Umno bercakap tentang
Islam, ianya agak janggal seperti pepatah "cakap tidak serupa bikin".
"Oleh
kerana Umno wajib mendapat sokongan Melayu, maka pemimpin Umno
terpaksa berlakon untuk menunjukkan mereka pembela agama. Contohnya,
dalam isu kalimah Allah, Umno berlagak mempertahankan nama Allah, tapi
hukum Allah Umno lawan," tegas beliau kepada Harakah.
Katanya,
kempen Umno kepada orang Melayu, mereka seolah-olah bimbang gejala
murtad berlaku, tetapi yang peliknya suara Umno tidak kedengaran ketika
Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin, Lina Joy meninggalkan agama
Islam.
Ustaz
Idris berkata, Umno membisu seribu bahasa dan mereka mendakwa, mereka
mempertahan nama Allah, tetapi ulamak yang mempertahankan ajaran Allah,
mereka hendak tangkap. Ini yang terjadi kepada Dato' Dr Harun Din,
Dato' Ishak Baharom, Dato' Ismail Kamus ketika Umno berkuasa di
Selangor, dedahnya.
"Benarlah
pemimpin Umno sejenis makhluk yang boleh menyerupai berbagai warna
demi kepentingan politik. Di dalam isu kalimah Allah, Dato' Seri
Hishamudin (Hussin) selaku Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan
amaran akan menarik balik kebenaran mencetak Bible dalam bahasa Melayu
jika berlaku penyalahgunaan.
"Ertinya
kerajaan Umno-BN sudah membenarkan. Sekarang kenapa Umno pula seperti
orang dirasuk hantu kononnya menuduh PAS membenarkan Allah
diterjemahkan ke dalam bahasa lain," soal beliau.
Begitu
juga Dato' Seri Najib Tun Razak, tegasnya, cuba untuk menjadi juara
Palestin, sedangkan seluruh dunia tahu, kepimpinan beliau tidak
mengiktiraf Hamas, tetapi demi kepentingan undi Melayu, Najib sanggup
berlakon mengadap pemimpin Hamas.
Ustaz
Idris berkata, apabila Najib balik ke Malaysia, para pengampu beliau
mengarahkan penyokongnya untuk menyambut Najib sebagai wira Palestin.
"Semua dilakukan demi kepentingan undi orang Melayu kepada Umno," tegas
beliau.
ADUN UMNO Paka Cemar Maruah Keluarga
Posted on Tuesday, February 05 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Buletin OnlineDUNGUN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin bin Abdullah, didakwa tidak tahu menjaga maruah dan nama baik keluarga kerana telah mempamirkan 'kisah cintanya' dalam sebuah majalah hiburan pada Disember lalu, menyebabkan anak-anak dan isterinya merasa malu.
Menurut isteri keduanya, Mastura Othman, 46, beliau 'tidak kisah' kalau suaminya berkahwin lagi, namun mestilah bertanggungjawab dan memelihara maruah beliau dan anak-anaknya.
Katanya, beliau mula mengesyakki Ariffin bernikah buat kali ketiga dengan Saidatulnisa Aminuddin, pada bulan Jun tahun lalu, apabila terjumpa gambar 'kemaluan seorang perempuan' dalam telefon tangan milik Ariffin.
"rahsia terbongkar apabila saya buka telefon suami saya, saya terjumpa gambar kemaluan perempuan, yang dihantar oleh Saidatulnisa, jadi saya tanya suami saya.....siapa perempuan itu?
"saya desak dia....berkali-kali....akhirnya saya sendiri yang sebut (tanya) apakah dia itu isteri you? (dan dia mengangguk) saya 'check' nombor pengirim dan yang angkat adalah perempuan, nombor telefon Saidatulnisa,"jelasnya. [lihat video rakaman sidang media Mastura]

Apabila ditanya apakah tuntutan 'cerai' tersebut akan menjejaskan karier politik suaminya, beliau berkata, itu terpulang kepada suaminya, kerana menurutnya, suaminya yang mencetuskan semua masalah yang telah berlaku.
"Itu terpulang kepada dia, dia yang mencipta segala masalah, ini atas kerelaan saya sendiri, saya rasa saya tak perlulah fikir banyak-banyak tentang dia, kita pun dah tua, anak (anak) pun dah besar,"ujarnya kepada pihak media.
Mastura berkata demikian setelah hadir bagi mengemukakan tuntutannya di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, di sini pada Isnin, 4 Februari. [Gambar kanan bawah; artikel terbitan sebuah majalah hiburan yang disifatkan oleh Mastura memalukan dan mencemar maruah keluarganya]
Katanya lagi, Ariffin selaku seorang yang berjawatan tinggi sebagai seorang wakil rakyat, seorang yang matang dan telah bercucu, tidak sepatutnya mencemarkan maruah dan nama baik keluarga.
Beliau berkata keputusan menuntut cerai sebagai isteri yang sah kepada Mohd Ariffin terpaksa dibawa ke mahkamah setelah Ariffin gagal pulang ke rumah dan melafazkan 'talak' secara baik.
"kali terakhir saya jumpa dia pada 19 Disember dan selepas itu saya bagi (hantar kepada) dia SMS supaya dia datang lafazkan secara baik di rumah, saya tunggu sehingga 22 Januari (tetapi) dia tak datang-datang, jadi saya beritahu dia saya akan buat tuntutan mahkamah,"katanya.
Justeru, walaupun telah berkahwi selama 24 tahun, Mastura berkata, beliau hanyak mahu menuntut cerai dan tidak mahu menuntut apa-apa selain dari itu.
Dalam pendengaran kes kali pertama itu dihadapan Hakim Syari’e Shamsuddin Ngah, Ariffin atau peguamnya gagal menghadirkan diri ke mahkamah.
Oleh itu, Hakim memutuskan kes tersebut ditangguh kepada tarikh 27 Februari akan datang.
Delegasi Muslim Eropah dedah Nazri Aziz akui media jadi ‘alat kerajaan’
Posted on Tuesday, February 05 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, 5 Feb -- Jawatankuasa Pilihan Raya Muslim Eropah (European Muslim Election Comittee) yang selesai dalam lawatan ke Malaysia hari ini mendedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengakui media arus perdana di dalam negara ini adalah “alat kerajaan” dan menyatakan ia berbeza dengan media di luar negara.Dua delegasi Drs Fadime Orgu yang merupakan bekas ahli parlimen Belanda dan Zouhair Amri, wakil dari Perancis berada di Malaysia dalam lawatan 3 hari di atas jemputan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah bertemu dengan beberapa badan bukan kerajaan(NGO), pemimpin politik dan juga melawat Parlimen untuk bertemu Nazri.
Menurut Fadime, semasa pertemuan dengan dengan NGO dan pemimpin politik, beliau diberikan taklimat mengenai perjalanan media di Malaysia semasa kempen pilihan raya dan mendapati beberapa perbezaan ketara dengan negara mereka.
“Berbeza dengan negara lain, sistem media beroperasi di Malaysia adalah berbeza dan media di sini adalah alat kerajaan.
“Itu yang diberitahu kepada kami oleh beliau (Nazri),” kata Fadime apabila disoal wartawan tentang perjumpaan dengan Nazri di Parlimen.
Walaubagaimanapun, Fadime berkata menteri tersebut menyatakan kerajaan telah mengambil beberapa langkah penstrukturan untuk memberikan masa kepada pembangkang di media arus perdana dalam kempen pilihan raya kali ini.
“Tetapi beliau juga memberitahu kami bahawa pada pilihan raya nanti pembangkang akan diberikan masa siaran di dalam media arus perdana,” tambah Fadime menjelaskan langkah yang akan diambil kerajaan seperti yang dinyatakan oleh Nazri kepada beliau.
Dalam pada itu, Fadime juga berkata Nazri memberitahu jika pembangkang memegang kuasa mereka juga akan mengambil langkah sama dengan mengawal media arus perdana.
“Pembangkang juga akan buat perkara sama, Nazri beritahu kepada kami,” terang Fadime lagi yang merupakan ahli parlimen Belanda dari 1998 hingga 2006.
Dalam perkembangan lain, kedua-dua delegasi tersebut memuji perkembangan demokrasi ketika ini di dalam negara sambil menyifatkan beberapa pergerakan seperti kumpulan pejuang alam sekitar, kumpulan reformasi pilihan raya Bersih dan kumpulan hak asasi manusia Suaram di Malaysia adalah petanda yang positif.
Zouhair dalam pada itu melahirkan kejutan terhadap proses pilihan raya di Malaysia di mana tempoh berkempennya dirasakan sangat singkat berbanding di Eropah yang memberi tempoh agak panjang iaitu selama dua bulan.
“Berbanding di Perancis, kami berkempen selama dua bulan. Di Malaysia, kami diberitahu tempoh berkempen adalah hanya untuk tempoh 15 hari sahaja,” ujar beliau yang melahirkan kekecewaan kerana tidak dapat berjumpa dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kerana percanggahan jadual.
Apabila ditanya tentang kesediaan delegasi tersebut untuk menjadi pemantau dalam Pilihan Raya 2013, Fadime menjawab: “Ya, ya kami sudi untuk datang kembali sebagai pemantau. Tapi hanya jika dijemput.”
SPR telahpun memberikan akreditasi kepada pemerhati tempatan antaranya ialah Merdeka Centre, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).
PRU ke 13 perlu diadakan selewat-lewatnya sebelum April dan dianggap paling sengit dalam sejarah oleh kerana Barisan Nasiona yang memerintah Malaysia semenjak 1957 dicabar hebat oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.
Dalam pilihan raya 2008, buat pertama kalinya penguasaan tradisi majoriti dua pertiga BN dinafikan oleh PR dan beberapa negeri BN seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh ke tangan PR.
Perak walaubagaimanapun kembali ke tangan BN pada tahun 2009 apabila tiga ahli dewan undangan negeri (Adun) PR keluar dari gabungan tersebut dan menjadi Adun bebas menyokong BN.
Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri.

Bila BIK Mama Pakai Celana
Posted on Tuesday, February 05 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh ALBA
Animasi terbaru ZUNAR / KKI
Paparan lebih besar
Ketirisan wang cukup untuk beri pendidikan percuma – Anwar
Posted on Tuesday, February 05 @ 20:44:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan mengatakan negara akan muflis jika pendidikan percuma dilaksana dan menyifatkannya pembohongan Umno BN.
Cara Kita Memandang Kanak-kanak
Posted on Tuesday, February 05 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber saifulislam.com
“Syabas kepada tuan-tuan dan puan-puan, terutamanya yang anak mereka ramai dan sudah dewasa” saya memulakan penyampaian.
Syabas kerana, menjadi kebiasaan kita semasa anak seorang, kita sangat bersemangat mahu mendidik anak. Pelbagai teori mahu diguna pakai untuk memastikan tomei-tomei kita cemerlang.
“Macam mana saya nak pastikan anak saya suka sembahyang, ustaz?” tanya seorang ibu muda.
Anaknya baru mencecah usia setahun!
Takut pula saya memikirkan ibu bapa seperti ini. Terlebih semangat.
Tetapi jika anak sudah empat lima orang seperti saya, tambahan pula mereka bukan lagi kanak-kanak, sebaliknya sudah menjadi remaja yang peluh masam dan banyak ragam, maka saya menumpang kagum pada kesungguhan ibu bapa untuk terus mendidik anak-anak dengan ilmu. Bukan try and error. Jauh sekali “anak aku, aku tahulah!”
Seminar Raising Young Khalifah yang berlangsung di Dewan Tabung Haji semalam (13 Nov 2012), saya sambut. Biar pun fikiran saya berkecamuk dengan tugasan akademik yang banyak lagi membingungkan, saya menerima jemputan penganjur kerana saya tidak mahu terputus daripada dunia keibubapaan yang sentiasa saya fikir, belajar dan usaha.
Masa yang diberi hanya satu jam.
Topiknya besar.
Justeru penyampaikan mesti ada elemen sauh (anchor) yang membolehkan peserta ingat, apa yang disampaikan. Tambahan pula saya memang menjangkakan yang ceramah saya nanti berterabur.
Saya membuat keputusan last minute untuk memasukkan klip video yang dipetik daripada rancangan tv realiti, America Got Talent. Video ini menceritakan apa yang sukar saya jelaskan dengan kata-kata.
Subjek tumpuan saya bukalah si rapper cilik bernama Mir Money itu, walaupun keyakinan dirinya di peringkat awal turut menarik untuk diperhatikan. Beliau sendiri mahu memenangi wang USD1 juta kerana mahu menjaga keluarganya! Ungkapan yang menyentuh seluruh dewan.
Namun apa yang menjadi fokus saya adalah reaksi seluruh dewan apabila beliau menangis.
Sebaik sahaja memulakan persembahan dan sampai ke ayat ”I’m only 7-years-old, it’s gonna be my year!” , Mir Money menerima X yang pertama daripada DJ Howard Stern. Mir Money meneruskan persembahan tanpa gangguan. Tetapi ketika Sharon Osbourne memberikan X yang kedua, Mir Money terhenti dan wajahnya kelihatan marah. Apabila Howie Mandel bertanya sama ada beliau marah, Mir Money menafikannya. Sebaik sahaja DJ Howard Stern memberi penerangan mengapa beliau memberi X, Mir Money mula menangis.
Ia perkara biasa untuk seorang budak berusia 7 tahun.
Reaksi spontan seluruh dewan, Stern, Osbourne dan Mandel bukan dibuat-buat. Kita menyaksikannya dengan jelas.
Ia menunjukkan bagaimana masyarakat Barat menilai kanak-kanak, adakah mereka itu manusia lengkap yang punya hak dan kemahuannya penting, atau sekadar substitute?
DJ Howard Stern hampir berhenti daripada menjadi juri program ini kerana trauma dengan ‘perbuatan’nya yang menyakiti seorang budak, tanpa niat. Menyebabkan seorang kanak-kanak menangis, menjadi isu yang begitu besar buat mereka.
Demikianlah kanak-kanak dalam kehidupan tamadun Barat, jika mahu disebut tamadun.
Sebab itu buku-buku yang mengkaji kanak-kanak banyak mereka hasilkan. Siaran televisyen khas kanak-kanak. Perkembangan pedagogi sebagai teras penting pembentukan kanak-kanak juga datang dari sana. Semuanya bermula daripada cara mereka memandang kanak-kanak dengan pandangan yang tinggi.
Hingga di Sri Gombak juga saya pernah melihat sebuah gereja khas untuk kanak-kanak, di sebuah rumah kedai!
CABARAN TAMADUN KITA
Apabila kita mendesak agar masjid menjadi lebih mesra kanak-kanak, apa yang menjadi halangan untuk desakan itu dipenuhi bukanlah pada isu kefahaman nas dan fiqh semata-mata. Tetapi ia berbalik kepada bagaimana cara kita melihat kanak-kanak itu sendiri.
Mendiang S. Subashini a/p G. Sivakumar
Ketika mana berita murid tahun 6, S. Subashini, membunuh diri kerana tidak dapat keputusan cemerlang di dalam UPSR pada tahun 2007 dan ia menjadi berita yang terbang dibawa angin, saya yakin Malaysia menghadapi masalah yang sangat serius dalam isu ini. Andai kejadian murid berusia 12 tahun membunuh diri kerana peperiksaan berlaku di Amerika Syarikat, mungkin kabinet yang mentadbir boleh goncang malah tumbang.
Dengan penuh selamba, kita mengeluarkan kata-kata yang menghancurkan jati diri kanak-kanak malah anak kita sendiri, kemudian tanpa malu kita mendakwa Islam itu Rahmatan li al-Aalamin!
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Sesiapa yang tidak mengasihi kanak-kanak kami maka dia bukan daripada kalangan kami” [hadith riwayat al-Bukhari]
30 minit berlalu, dan saya baru selesai satu topik daripada 40 slide pembentangan!
HASRIZAL
43000 BPS
Sumber: saifulislam.com
Kredit kepada facebooker Wan Farid
Agihan Kerusi Pakatan Sabah Jangan Berbalah
Posted on Tuesday, February 05 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: IbnuSabah
"Calon Pembangkang Sabah Mesti dimuktamadkan Sekarang! Jangan tunggu lama-lama, nanti dimanipulasi oleh umno/BN
Untuk tumbangkan umno/BN di Sabah dan Putrajaya. Formula Satu Lawan Satu. Agihan kerusi berdasarkan kekuatan dan pengaruh parti Pakatan Rakyat, APS, PPPS dan SAPP. Lihat kekuatan dan pengaruh calon bakal diletakkan. Jauhi budaya tikam kawan dari belakang. Semua pimpinan parti pembangkang di Sabah jangan bernafsu rakus, tamak dan haloba.
Pakatan Pembangkang Sabah (PKR, PAS, DAP, APS, PPPS dan SAPP) pada penulis mempunyai kekuatan tersendiri ditambah dengan mood rakyat Sabah, juga dengan kerja kuat, ikhlas serta doa, insya Allah dengan izin Allah Ta’ala Pakatan Pembangkang Sabah mampu mentadbir negeri dengan lebih baik, amanah, telus dan demi membela rakyat yang tertindas selepas PRU 13.
Pemimpin Pakatan Sabah Kena Berjiwa Besar
Semua pimpinan Pakatan Pembangkang Sabah perlu bersatu hati, ketepikan sedikit perbezaan. Kena kawal nafsu tamak. Insya Allah, setelah kemenangan banyak perkara yang akan diperbaiki bersama nanti.
Misalan dalam satu kerusi DUN jika calon SAPP yang terbaik untuk diletak dalam DUN tersebut, maka Pakatan Pembangkang Sabah wajib bersatu membantu seluruh jentera parti-parti Pakatan Pembangkang Sabah kena bersedia mengusung calon SAPP itu ke semua cawangan parti, maknanya semua parti-parti dalam Pakatan bersama berkempen.
Jika DUN lain pula calonnya ialah PAS atau PKR atau DAP atau APS atau PPPS, sama saja semua jentera parti-parti Pakatan Pembangkang Sabah bersedia dan bersatu dalam gerak kempen.
Jangan sekali-kali sabotaj rakan sesama Pakatan, jika ada isu cepat-cepat ketua bilik gerakan parti-parti Pakatan bersama mengatasi isu yang timbul.
Rakyat Malaysia di Sabah, secara umumnya menghampiri 80 peratus menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat Sabah bersama pimpinan SAPP & NGO’s Sabah menjadi parti kerajaan baru selepas PRU 13 nanti.
Jangan Kecewakan Hasrat rakyat
Hasrat murni majority rakyat Sabah itu mungkin tergendala, jika SAPP terus bertarik tali dengan rakan pembangkang di Sabah yang diterajui oleh Pakatan Rakyat Sabah bersama APS, pimpinan Datuk Wilfred dan PPPS, yang diketuai oleh Datuk Lajim.
Datuk Yong Teck Lee, selaku Presiden SAPP hendaklah berjiwa besar dalam isu agihan kerusi DUN Sabah, jangan terlalu bernafsu besar sehingga hendak membolot 40 kerusi DUN. Jangan ikut nafsu tamak itu.
Terbaca satu berita “Rundingan Kerusi SAPP-Pakatan ditangguhkan”. Berita sebegini amat mengecewakan majority rakyat Sabah yang mahukan perubahan dalam tampuk kerajaan negeri dan persekutuan selepas PRU 13.
Rakyat Sabah dan Malaysia setiap saat, hari dan sepanjang malam bermunajat memohon kepada Allah Ta’ala supaya dikurniakan sebuah kerajaan dan kepimpinan negeri dan Negara yang lebih baik dari tahun 2008 dulu. Kepada para pemimpin SAPP bukalah hati anda seluas-luasnya, jangan terlalu menyempitkan konteks politik negeri ‘Sabah untuk Sabah’. Konon SAPP adalah satu-satu parti tempatan yang perlu diberi keutamaan, semua rakyat mengakui SAPP itu parti yang lahirnya di bumi Sabah yang tercinta ini.
Umno/BN itu Parti Tempatankah?
Sejak 1994 umno/BN merampas kuasa daripada PBS pimpinan DSP Pairin, apabila dua ADUN PBS masa itu lompat umno/BN, iaitu Datuk Lajim dan Datuk Rubin.
Sekarang Datuk Lajim kembali menebus kesilapannya bersekongkol dengan umno/BN menumbangkan kerajaan yang sah melalui proses demokrasi dengan cara tidak demokrasi.
Kali ini Datuk Lajim bersama Datuk Wilfred bersama Pakatan Rakyat Sabah untuk menebus kembali kesilapan politiknya 19 tahun dahulu.
Para pemimpin SAPP juga kerana berfikir jauh, selagi itulah hujah selama itu pula kita tidak akan berubah lebih baik dan lebih jauh ke hadapan.
Ingat bagaimana USNO dimatikan UMNO
Apakah umno/BN itu parti yang lahirnya di bumi Sabah? Sehingga kita terlupa bahawa umno/BN inilah parti yang memporakperandakan politik negeri Sabah, umno/BNlah parti yang membunuh parti USNO pimpinan Tun Mustapha, Tun Said, Tun Sakaran dulu. Sejarah kerasukan dan khianat umno/BN itu tercatat kukuh dalam lipatan sejarah. Sila buka sejarah itu.
Berbezakan dengan Pakatan Rakyat, mereka datang ke Sabah dengan membawa wajah politik baru, bukannya untuk melembukan pemimpin Sabah, percayalah Pakatan Rakyat tidak serupa macam umno/BN. Pakatan Rakyat dating ke Sabah untuk melahirkan pemimpin yang terbaik dan hebat dikalangan politikus anak Sabah yang berjiwa besar, berjiwa juang sebagaimana pemimpin Pakatan Rakyat di Semenanjung.
5 Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat Cemerlang Membela Rakyat
Terbukti dan tiada siapa boleh menafikan kebaikan, kebajikan dan kecemerlangan 5 kerajaan negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Walaupun hari-hari, siang malam difitnah oleh media yang dikuasai umno/BN.
Ada kelebihan pergilah melawat 5 negeri tersebut. Memang kita akui adalah kekurangan dan kelemahan serba sedikit, tetapi kepimpinan 5 negeri Pakatan Rakyat ini sentiasa berusaha memperbaiki segala kelemahan, walaupun baru 4 tahun lebih mentadbir banyak yang telah ditingkatkan dari segi pengurusan, kebajikan rakyat, perkhidmatan awam, pengurusan kewangan negeri, pembangunan dalam pelbagai bidang dan lain-lain.
Kita sudah melihat kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor dibawah MB TS Khalid Ibrahim, Kelantan dibawah kepimpinan MB Tok Guru Nik Aziz, Pulau Pinang dibawah kepimpinan, KM YAB Lim Guan Eng, Kedah dibawah MB Ustaz Azizan Razak dan dulu Perak yang diketuai oleh Dato Nizar. Bukan saja rakyat senang hati, malah Audit Negara sendiri memuji banyak perkara kecekapan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Bersamalah fikirkan keuntungan rakyat dan negeri untuk masa depan. Berfikirlah secara matang, jangan sempitkan nafas politik rakyat. Jangan bunuh jiwa merdeka rakyat Sabah. Jangan matikan jiwa berani rakyat Sabah yang sedang bangkit untuk mencipta sejarah baru abad ini. Rakyat Sabah amat mendambakan sebuah kerajaan yang terbaik yang dipimpin oleh mereka yang amanah, ikhlas, jujur, berani dan membela rakyat.
Projek IC Terbongkar dalam RCI
Jahat dan khianatnya para pemimpin umno/BN yang diketuai sejak daripada Mahathir jadi PM, kini pengkhianatan itu mula terbongkar. Tentu akan terbongkar lagi, tunggu...........syaratnya seluruh rakyat kena berikan kerjasama kepada RCI, penjawat awam kena berani berterus terang, PTI yang dapat IC itupun sudah mengaku, rakyat Sabah, pegawai kerajaan, ahli politik Sabah, apakah anda masih mahu terus bersekongkol untuk menyembunyikan kerja jahat dan perbuatan khianat ini.
Mahukah kita, suatu hari nanti anak cucu kita gigit jari, menangis air mata darah, menjadi rakyat yang tertindas di tanah air sendiri.
Hari inipun kesan kebanjiran PTI ke Sabah, di bandar dan pekan-pekan di seluruh Sabah sudah dirasai, berbanding dengan tahun 70an, 80an dulu.
Rakyat Sabah tidak memerlukan lagi pemimpin rasuah, pemimpin gila projek, pemimpin gila komisen, pemimpin balun wang rakyat atas nama projek kerajaan, pemimpin boros dan pemimpin khianat, jual IC gadai Negara dengan membenarkan warga asing mendapat IC untuk mengundi. Apa punya pemimpin umno/BN mereka ingat IC itu barang jualan pasar malam ka…
Rakyat Sabah wajib nyahkan semua wakil rakyat umno/BN yang terlibat dengan projek IC menjual IC untuk mengadai Negara.
PRU 13 Masa Kemenangan Rakyat Malaysia
PRU 13 inilah saatnya paling sesuai, rakyat Sabah humbankan seluruh pemimpin umno/BN yang terlibat mengkhianati rakyat, negeri, Negara dan Yang Di Pertuan Agong.
Rakyat Jangan Terus Diperbodoh
Mereka seperti pencuri meneriakkan Pencuri! Pencuri! Pencuri!!!!!!!! Tetapi merekalah sebenar menjadi pencuri berlesen atas nama projek-projek kerajaan. Di umum dalam media sekalian juta, malahan nilai billion. Siapa yang dapat projek bernilai billion itu tidak lain, tentu kroni, anak, isteri, bini, adik, ipar, kawan politik atau rakan kongsi yang akan membantu pula dalam politik, bila tiba kempen pilihanraya, itu pasal ada cerita orang kampung yang cerdik, katanya: mereka tabor sepahkan 5, 10, 20, 30, 50, 100 ringgit kepada tukang pacak bendera, tukang lekat poster, tukang jaga bilik gerakan, tapi depa sapu lagi besar ma…juta-juta, billion-billion……….
Ya, kita akui memang umno/BN buat pembangunan sekolah, masjid, kedai dan berbagai-bagai. Parti Republikan Amerika pun buat macam-macam lagi banyak, tapi dalam mereka buat pembangunan, mereka bersembunyi dibalik itu ada kejahatan dan pengkhianatan yang tidak patut dilakukan, kalau mereka sebuah kerajaan yang adil, baik, amanah dan bertanggungjawab.
Tapi si bodoh tolol akan tetap tak akan berubah, kerana telah sebati dengan budaya kebodohan yang dilakukan oleh umno/BN sejak sekian dekad, 56 tahun merdeka tapi 56 tahun lama itulah ahli-ahli umno/BN yang berjumlah 3 juta lebih terus diperbodoh tiap 5 tahun mulut nganga minta wang kempen, selepas habis tempoh kempen seminggu, 10 hari merungut pula wakil yang mereka pilih YB-YB umno/BN tidak timbul-timbul…
Mainan politik YB-YB umno/BN sebegini sepatutnya mendewasa dan mematangkan rakyat untuk terus menolak YB-YB seperti itu dalam PRU 13 ini. Ini kalilah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ini kalilah, rakyat Sabah mesti tukar pemimpin umno/BN dengan pemimpin Pakatan Rakyat Sabah
Doa Jangan Lupa
Bersama kita terus dengan berdoa: Ya Allah, kurniakanlah kami kerajaan yang baik, adil dan amanah. Ya Allah, kurniakanlah kami pemimpin-pemimpin yang baik-baik, amanah, ikhlas, jujur, berani, bertaqwa, berilmu, berwibawa dan tidak rasuah, tidak menipu, tidak gila projek, Ya Allah, selamatkanlah kami, negeri kami, Negara kami, pemimpin-pemimpin kami yang amanah, Yang Di Pertuan Agong sebagai payung rakyat dan Negara. Ya Allah, kurniakanlah kemenangan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negeri dan seluruh Negara kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk mentadbir negeri dan Negara kami ini dengan lebih baik, mereka berjanji tidak akan melakukan rasuah, mereka berjanji untuk membela rakyat yang tertindas, mereka berjanji akan berusaha sungguh-sungguh menyenangkan rakyat melalui pengurusan negeri dan Negara yang baik, adil, amanah dan berkebajikan, amin! Amin! Amin ya Rabbal’alamin.
Takbir!
Sekian dulu coretan penulis dari sebuah desa…"

Sumber KeadilanDaily
SHAH
ALAM 5 Feb: Nilai ketirisan wang rakyat dan pembaziran oleh Kerajaan
Pusat kini bukan sahaja mampu menampung kos pendidikan percuma malah
lebih dari mencukupi.
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan mengatakan negara akan muflis jika pendidikan percuma dilaksana dan menyifatkannya pembohongan Umno BN.
“Negara boleh muflis disebabkan pembaziran dan ketirisan kerajaan dalam berbelanja, bukan sebab beri rakyat pendidikan percuma.
“Contohnya
kita dapat lihat Kerajaan Selangor bina jalan dengan spefikasi sama
dengan jalan dibina Kerajaan Pusat, tetapi kos kerajaan negeri jimat
lebih 30 peratus,” katanya dipetik Media Selangorku.
Beliau
menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pendidikan Percuma di Malaysia: Suatu
Realiti’ di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan 2013, Universiti Selangor
(Unisel), di sini, pagi tadi.
Ketua
Umum KEADILAN itu turut mengingatkan kerajaan tentang keperluan
pendidikan percuma dan isu kualiti pendidikan negara hendaklah diambil
perhatian serius.
Justeru, katanya, Pakatan Rakyat menjamin akan
mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin sekiranya menerajui
kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13.Cara Kita Memandang Kanak-kanak
Posted on Tuesday, February 05 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber saifulislam.com
“Syabas kepada tuan-tuan dan puan-puan, terutamanya yang anak mereka ramai dan sudah dewasa” saya memulakan penyampaian.
Syabas kerana, menjadi kebiasaan kita semasa anak seorang, kita sangat bersemangat mahu mendidik anak. Pelbagai teori mahu diguna pakai untuk memastikan tomei-tomei kita cemerlang.
“Macam mana saya nak pastikan anak saya suka sembahyang, ustaz?” tanya seorang ibu muda.
Anaknya baru mencecah usia setahun!
Takut pula saya memikirkan ibu bapa seperti ini. Terlebih semangat.
Tetapi jika anak sudah empat lima orang seperti saya, tambahan pula mereka bukan lagi kanak-kanak, sebaliknya sudah menjadi remaja yang peluh masam dan banyak ragam, maka saya menumpang kagum pada kesungguhan ibu bapa untuk terus mendidik anak-anak dengan ilmu. Bukan try and error. Jauh sekali “anak aku, aku tahulah!”
Seminar Raising Young Khalifah yang berlangsung di Dewan Tabung Haji semalam (13 Nov 2012), saya sambut. Biar pun fikiran saya berkecamuk dengan tugasan akademik yang banyak lagi membingungkan, saya menerima jemputan penganjur kerana saya tidak mahu terputus daripada dunia keibubapaan yang sentiasa saya fikir, belajar dan usaha.
Masa yang diberi hanya satu jam.
Topiknya besar.
Justeru penyampaikan mesti ada elemen sauh (anchor) yang membolehkan peserta ingat, apa yang disampaikan. Tambahan pula saya memang menjangkakan yang ceramah saya nanti berterabur.
Saya membuat keputusan last minute untuk memasukkan klip video yang dipetik daripada rancangan tv realiti, America Got Talent. Video ini menceritakan apa yang sukar saya jelaskan dengan kata-kata.
Subjek tumpuan saya bukalah si rapper cilik bernama Mir Money itu, walaupun keyakinan dirinya di peringkat awal turut menarik untuk diperhatikan. Beliau sendiri mahu memenangi wang USD1 juta kerana mahu menjaga keluarganya! Ungkapan yang menyentuh seluruh dewan.
Namun apa yang menjadi fokus saya adalah reaksi seluruh dewan apabila beliau menangis.
Sebaik sahaja memulakan persembahan dan sampai ke ayat ”I’m only 7-years-old, it’s gonna be my year!” , Mir Money menerima X yang pertama daripada DJ Howard Stern. Mir Money meneruskan persembahan tanpa gangguan. Tetapi ketika Sharon Osbourne memberikan X yang kedua, Mir Money terhenti dan wajahnya kelihatan marah. Apabila Howie Mandel bertanya sama ada beliau marah, Mir Money menafikannya. Sebaik sahaja DJ Howard Stern memberi penerangan mengapa beliau memberi X, Mir Money mula menangis.
Ia perkara biasa untuk seorang budak berusia 7 tahun.
Reaksi spontan seluruh dewan, Stern, Osbourne dan Mandel bukan dibuat-buat. Kita menyaksikannya dengan jelas.
Ia menunjukkan bagaimana masyarakat Barat menilai kanak-kanak, adakah mereka itu manusia lengkap yang punya hak dan kemahuannya penting, atau sekadar substitute?
DJ Howard Stern hampir berhenti daripada menjadi juri program ini kerana trauma dengan ‘perbuatan’nya yang menyakiti seorang budak, tanpa niat. Menyebabkan seorang kanak-kanak menangis, menjadi isu yang begitu besar buat mereka.
Demikianlah kanak-kanak dalam kehidupan tamadun Barat, jika mahu disebut tamadun.
Sebab itu buku-buku yang mengkaji kanak-kanak banyak mereka hasilkan. Siaran televisyen khas kanak-kanak. Perkembangan pedagogi sebagai teras penting pembentukan kanak-kanak juga datang dari sana. Semuanya bermula daripada cara mereka memandang kanak-kanak dengan pandangan yang tinggi.
Hingga di Sri Gombak juga saya pernah melihat sebuah gereja khas untuk kanak-kanak, di sebuah rumah kedai!
CABARAN TAMADUN KITA
Apabila kita mendesak agar masjid menjadi lebih mesra kanak-kanak, apa yang menjadi halangan untuk desakan itu dipenuhi bukanlah pada isu kefahaman nas dan fiqh semata-mata. Tetapi ia berbalik kepada bagaimana cara kita melihat kanak-kanak itu sendiri.
Mendiang S. Subashini a/p G. Sivakumar
Ketika mana berita murid tahun 6, S. Subashini, membunuh diri kerana tidak dapat keputusan cemerlang di dalam UPSR pada tahun 2007 dan ia menjadi berita yang terbang dibawa angin, saya yakin Malaysia menghadapi masalah yang sangat serius dalam isu ini. Andai kejadian murid berusia 12 tahun membunuh diri kerana peperiksaan berlaku di Amerika Syarikat, mungkin kabinet yang mentadbir boleh goncang malah tumbang.
Dengan penuh selamba, kita mengeluarkan kata-kata yang menghancurkan jati diri kanak-kanak malah anak kita sendiri, kemudian tanpa malu kita mendakwa Islam itu Rahmatan li al-Aalamin!
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
من لم يرحمْ صغيرَنا فليس مِنَّا
“Sesiapa yang tidak mengasihi kanak-kanak kami maka dia bukan daripada kalangan kami” [hadith riwayat al-Bukhari]
30 minit berlalu, dan saya baru selesai satu topik daripada 40 slide pembentangan!
HASRIZAL
43000 BPS
Sumber: saifulislam.com
Kredit kepada facebooker Wan Farid
Agihan Kerusi Pakatan Sabah Jangan Berbalah
Posted on Tuesday, February 05 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: IbnuSabah
"Calon Pembangkang Sabah Mesti dimuktamadkan Sekarang! Jangan tunggu lama-lama, nanti dimanipulasi oleh umno/BN
Untuk tumbangkan umno/BN di Sabah dan Putrajaya. Formula Satu Lawan Satu. Agihan kerusi berdasarkan kekuatan dan pengaruh parti Pakatan Rakyat, APS, PPPS dan SAPP. Lihat kekuatan dan pengaruh calon bakal diletakkan. Jauhi budaya tikam kawan dari belakang. Semua pimpinan parti pembangkang di Sabah jangan bernafsu rakus, tamak dan haloba.
Pakatan Pembangkang Sabah (PKR, PAS, DAP, APS, PPPS dan SAPP) pada penulis mempunyai kekuatan tersendiri ditambah dengan mood rakyat Sabah, juga dengan kerja kuat, ikhlas serta doa, insya Allah dengan izin Allah Ta’ala Pakatan Pembangkang Sabah mampu mentadbir negeri dengan lebih baik, amanah, telus dan demi membela rakyat yang tertindas selepas PRU 13.
Pemimpin Pakatan Sabah Kena Berjiwa Besar
Semua pimpinan Pakatan Pembangkang Sabah perlu bersatu hati, ketepikan sedikit perbezaan. Kena kawal nafsu tamak. Insya Allah, setelah kemenangan banyak perkara yang akan diperbaiki bersama nanti.
Misalan dalam satu kerusi DUN jika calon SAPP yang terbaik untuk diletak dalam DUN tersebut, maka Pakatan Pembangkang Sabah wajib bersatu membantu seluruh jentera parti-parti Pakatan Pembangkang Sabah kena bersedia mengusung calon SAPP itu ke semua cawangan parti, maknanya semua parti-parti dalam Pakatan bersama berkempen.
Jika DUN lain pula calonnya ialah PAS atau PKR atau DAP atau APS atau PPPS, sama saja semua jentera parti-parti Pakatan Pembangkang Sabah bersedia dan bersatu dalam gerak kempen.
Jangan sekali-kali sabotaj rakan sesama Pakatan, jika ada isu cepat-cepat ketua bilik gerakan parti-parti Pakatan bersama mengatasi isu yang timbul.
Rakyat Malaysia di Sabah, secara umumnya menghampiri 80 peratus menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat Sabah bersama pimpinan SAPP & NGO’s Sabah menjadi parti kerajaan baru selepas PRU 13 nanti.
Jangan Kecewakan Hasrat rakyat
Hasrat murni majority rakyat Sabah itu mungkin tergendala, jika SAPP terus bertarik tali dengan rakan pembangkang di Sabah yang diterajui oleh Pakatan Rakyat Sabah bersama APS, pimpinan Datuk Wilfred dan PPPS, yang diketuai oleh Datuk Lajim.
Datuk Yong Teck Lee, selaku Presiden SAPP hendaklah berjiwa besar dalam isu agihan kerusi DUN Sabah, jangan terlalu bernafsu besar sehingga hendak membolot 40 kerusi DUN. Jangan ikut nafsu tamak itu.
Terbaca satu berita “Rundingan Kerusi SAPP-Pakatan ditangguhkan”. Berita sebegini amat mengecewakan majority rakyat Sabah yang mahukan perubahan dalam tampuk kerajaan negeri dan persekutuan selepas PRU 13.
Rakyat Sabah dan Malaysia setiap saat, hari dan sepanjang malam bermunajat memohon kepada Allah Ta’ala supaya dikurniakan sebuah kerajaan dan kepimpinan negeri dan Negara yang lebih baik dari tahun 2008 dulu. Kepada para pemimpin SAPP bukalah hati anda seluas-luasnya, jangan terlalu menyempitkan konteks politik negeri ‘Sabah untuk Sabah’. Konon SAPP adalah satu-satu parti tempatan yang perlu diberi keutamaan, semua rakyat mengakui SAPP itu parti yang lahirnya di bumi Sabah yang tercinta ini.
Umno/BN itu Parti Tempatankah?
Sejak 1994 umno/BN merampas kuasa daripada PBS pimpinan DSP Pairin, apabila dua ADUN PBS masa itu lompat umno/BN, iaitu Datuk Lajim dan Datuk Rubin.
Sekarang Datuk Lajim kembali menebus kesilapannya bersekongkol dengan umno/BN menumbangkan kerajaan yang sah melalui proses demokrasi dengan cara tidak demokrasi.
Kali ini Datuk Lajim bersama Datuk Wilfred bersama Pakatan Rakyat Sabah untuk menebus kembali kesilapan politiknya 19 tahun dahulu.
Para pemimpin SAPP juga kerana berfikir jauh, selagi itulah hujah selama itu pula kita tidak akan berubah lebih baik dan lebih jauh ke hadapan.
Ingat bagaimana USNO dimatikan UMNO
Apakah umno/BN itu parti yang lahirnya di bumi Sabah? Sehingga kita terlupa bahawa umno/BN inilah parti yang memporakperandakan politik negeri Sabah, umno/BNlah parti yang membunuh parti USNO pimpinan Tun Mustapha, Tun Said, Tun Sakaran dulu. Sejarah kerasukan dan khianat umno/BN itu tercatat kukuh dalam lipatan sejarah. Sila buka sejarah itu.
Berbezakan dengan Pakatan Rakyat, mereka datang ke Sabah dengan membawa wajah politik baru, bukannya untuk melembukan pemimpin Sabah, percayalah Pakatan Rakyat tidak serupa macam umno/BN. Pakatan Rakyat dating ke Sabah untuk melahirkan pemimpin yang terbaik dan hebat dikalangan politikus anak Sabah yang berjiwa besar, berjiwa juang sebagaimana pemimpin Pakatan Rakyat di Semenanjung.
5 Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat Cemerlang Membela Rakyat
Terbukti dan tiada siapa boleh menafikan kebaikan, kebajikan dan kecemerlangan 5 kerajaan negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Walaupun hari-hari, siang malam difitnah oleh media yang dikuasai umno/BN.
Ada kelebihan pergilah melawat 5 negeri tersebut. Memang kita akui adalah kekurangan dan kelemahan serba sedikit, tetapi kepimpinan 5 negeri Pakatan Rakyat ini sentiasa berusaha memperbaiki segala kelemahan, walaupun baru 4 tahun lebih mentadbir banyak yang telah ditingkatkan dari segi pengurusan, kebajikan rakyat, perkhidmatan awam, pengurusan kewangan negeri, pembangunan dalam pelbagai bidang dan lain-lain.
Kita sudah melihat kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor dibawah MB TS Khalid Ibrahim, Kelantan dibawah kepimpinan MB Tok Guru Nik Aziz, Pulau Pinang dibawah kepimpinan, KM YAB Lim Guan Eng, Kedah dibawah MB Ustaz Azizan Razak dan dulu Perak yang diketuai oleh Dato Nizar. Bukan saja rakyat senang hati, malah Audit Negara sendiri memuji banyak perkara kecekapan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Bersamalah fikirkan keuntungan rakyat dan negeri untuk masa depan. Berfikirlah secara matang, jangan sempitkan nafas politik rakyat. Jangan bunuh jiwa merdeka rakyat Sabah. Jangan matikan jiwa berani rakyat Sabah yang sedang bangkit untuk mencipta sejarah baru abad ini. Rakyat Sabah amat mendambakan sebuah kerajaan yang terbaik yang dipimpin oleh mereka yang amanah, ikhlas, jujur, berani dan membela rakyat.
Projek IC Terbongkar dalam RCI
Jahat dan khianatnya para pemimpin umno/BN yang diketuai sejak daripada Mahathir jadi PM, kini pengkhianatan itu mula terbongkar. Tentu akan terbongkar lagi, tunggu...........syaratnya seluruh rakyat kena berikan kerjasama kepada RCI, penjawat awam kena berani berterus terang, PTI yang dapat IC itupun sudah mengaku, rakyat Sabah, pegawai kerajaan, ahli politik Sabah, apakah anda masih mahu terus bersekongkol untuk menyembunyikan kerja jahat dan perbuatan khianat ini.
Mahukah kita, suatu hari nanti anak cucu kita gigit jari, menangis air mata darah, menjadi rakyat yang tertindas di tanah air sendiri.
Hari inipun kesan kebanjiran PTI ke Sabah, di bandar dan pekan-pekan di seluruh Sabah sudah dirasai, berbanding dengan tahun 70an, 80an dulu.
Rakyat Sabah tidak memerlukan lagi pemimpin rasuah, pemimpin gila projek, pemimpin gila komisen, pemimpin balun wang rakyat atas nama projek kerajaan, pemimpin boros dan pemimpin khianat, jual IC gadai Negara dengan membenarkan warga asing mendapat IC untuk mengundi. Apa punya pemimpin umno/BN mereka ingat IC itu barang jualan pasar malam ka…
Rakyat Sabah wajib nyahkan semua wakil rakyat umno/BN yang terlibat dengan projek IC menjual IC untuk mengadai Negara.
PRU 13 Masa Kemenangan Rakyat Malaysia
PRU 13 inilah saatnya paling sesuai, rakyat Sabah humbankan seluruh pemimpin umno/BN yang terlibat mengkhianati rakyat, negeri, Negara dan Yang Di Pertuan Agong.
Rakyat Jangan Terus Diperbodoh
Mereka seperti pencuri meneriakkan Pencuri! Pencuri! Pencuri!!!!!!!! Tetapi merekalah sebenar menjadi pencuri berlesen atas nama projek-projek kerajaan. Di umum dalam media sekalian juta, malahan nilai billion. Siapa yang dapat projek bernilai billion itu tidak lain, tentu kroni, anak, isteri, bini, adik, ipar, kawan politik atau rakan kongsi yang akan membantu pula dalam politik, bila tiba kempen pilihanraya, itu pasal ada cerita orang kampung yang cerdik, katanya: mereka tabor sepahkan 5, 10, 20, 30, 50, 100 ringgit kepada tukang pacak bendera, tukang lekat poster, tukang jaga bilik gerakan, tapi depa sapu lagi besar ma…juta-juta, billion-billion……….
Ya, kita akui memang umno/BN buat pembangunan sekolah, masjid, kedai dan berbagai-bagai. Parti Republikan Amerika pun buat macam-macam lagi banyak, tapi dalam mereka buat pembangunan, mereka bersembunyi dibalik itu ada kejahatan dan pengkhianatan yang tidak patut dilakukan, kalau mereka sebuah kerajaan yang adil, baik, amanah dan bertanggungjawab.
Tapi si bodoh tolol akan tetap tak akan berubah, kerana telah sebati dengan budaya kebodohan yang dilakukan oleh umno/BN sejak sekian dekad, 56 tahun merdeka tapi 56 tahun lama itulah ahli-ahli umno/BN yang berjumlah 3 juta lebih terus diperbodoh tiap 5 tahun mulut nganga minta wang kempen, selepas habis tempoh kempen seminggu, 10 hari merungut pula wakil yang mereka pilih YB-YB umno/BN tidak timbul-timbul…
Mainan politik YB-YB umno/BN sebegini sepatutnya mendewasa dan mematangkan rakyat untuk terus menolak YB-YB seperti itu dalam PRU 13 ini. Ini kalilah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ini kalilah, rakyat Sabah mesti tukar pemimpin umno/BN dengan pemimpin Pakatan Rakyat Sabah
Doa Jangan Lupa
Bersama kita terus dengan berdoa: Ya Allah, kurniakanlah kami kerajaan yang baik, adil dan amanah. Ya Allah, kurniakanlah kami pemimpin-pemimpin yang baik-baik, amanah, ikhlas, jujur, berani, bertaqwa, berilmu, berwibawa dan tidak rasuah, tidak menipu, tidak gila projek, Ya Allah, selamatkanlah kami, negeri kami, Negara kami, pemimpin-pemimpin kami yang amanah, Yang Di Pertuan Agong sebagai payung rakyat dan Negara. Ya Allah, kurniakanlah kemenangan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negeri dan seluruh Negara kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk mentadbir negeri dan Negara kami ini dengan lebih baik, mereka berjanji tidak akan melakukan rasuah, mereka berjanji untuk membela rakyat yang tertindas, mereka berjanji akan berusaha sungguh-sungguh menyenangkan rakyat melalui pengurusan negeri dan Negara yang baik, adil, amanah dan berkebajikan, amin! Amin! Amin ya Rabbal’alamin.
Takbir!
Sekian dulu coretan penulis dari sebuah desa…"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan