Rabu, 20 Februari 2013

BILA NAFSU MENDAHULUI SEGALA2NYA...BILA AKHIRAT DILUPAI....NERAKA TIDAK DIPENDULIKAN....SYURGA TIDAK DIHARAPKAN...JIWA JADI KOSONG...SYAITAN MENGUASAI KITA

Husam bertemu Taib Mahmud di Kuching

Harakah, 20 Feb 2013
KUCHING: Menjelang pilihan raya umum ke 13, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa melakukan kunjungan hormat menemui Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 18 Februari 2013 di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, dekat sini.

(Taib membaca dokumen yang diberikan Husam dalam pertemuan mereka)

Walaupun pertemuan tersebut bertujuan untuk  membincangkan pendirian kedua-dua negeri terhadap Akta Wilayah Laut 2012 yang dibentangkan ke Parlimen oleh Kuala Lumpur, ia satu kunjungan yang penting antara PAS dan pemimpin Sarawak itu.

Husam adalah Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Roadmap to Putrajaya yang dibentuk oleh PAS.

Beliau banyak terlibat dalam membentuk strategi PAS untuk membuka jalan yang luas bagi membolehkan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya selepas pilihan raya umum ini.

Kunjungan beliau ini dibaca dengan penuh makna oleh pelbagai pihak.

Batu Pahat dan Senggarang tenat?

http://www.selatanonline.net, 20 Feb 2013


Berita
Oleh Dr Ungku Md Noor (PAR Pulai Sebatang)

SETUJU dengan MB Johor, Abd.Ghani Othman bahawa Parlimen Batu Pahat dan DUN Senggarang tidak dapat di pertahankan . Antara yang menjadikan pengundi meluap-luap marah ialah isu nilai ringgit rendah berbanding harga barang meningkat naik .


Kedua , nasib peniaga kecil dan sederhana Melayu yang merimpat di bawah pemimpin Melayu . Ketiga , pelbagai bantuan dan sumbangan secara mendadak menjelang PRU 13 di lihat olih pengundi sebagai keterlaluan , di anggap rasuah secara terbuka . Semua maklumat ini saya dapati dari mulut Melayu , Cina lagi maut , ketika berkunjung ke beberapa lokasi di sekitar Bandar Penggaram hari ini .
Mereka berkata alangkah baik nya wang sebegitu banyak yang di hamburkan merasuah rakyat digantikan dengan menurunkan
harga barang atau minyak .
SAYA KATAKAN , PEMIMPIN UMNO RASA SERONOK BILA BAGI DUIT TUNAI PADA RAKYAT KHUSUS ORANG MELAYU , PASTI ORANG MELAYU AKAN MEMBALAS BUDI DENGAN MENGUNDI MEREKA . KERANA PEMIMPIN UMNO PUN DAPAT DUIT MELALUI CARA YANG SAMA . SETIAP PROJEK YANG MEREKA LEPASKAN , BAHAGIAN TUNAI MEREKA SEDIA MENANTI . ITULAH UMNO .

Jangan risau, hutang negara sebelum bubar parlimen RM547.79 bilion?

http://beritasemasa.com, 20 Feb 2013

Hutang Negara Malaysia 2013 Sebelum Bubar Parlimen (Lebih RM547.79 Bilion). Jangan Risau Semua! Sebab..



Hutang negara Malaysia 2013 : Cakap-cakap yang mengatakan hari Jumaat ini Datuk Seri Najib bakal bubar parlimen (KLIK SINI) semakin kuat kedengaran bagi mengelak ketidaktentuan pasaran saham BSKL.

Dan baru-baru ini Tun Mahathir sekali lagi tampil di media mengingatkan rakyat Malaysia tidak perlulah risau dengan hutang negara Malaysia ketika ini. Kerajaan boleh membayarnya. Benarkah?

Hutang Negara Malaysia 2013 : Mahathir Kata Jangan Risau Sebab…


  1. Zaman beliau (Mahathir), Maybank untung sekitar RM300 juta sahaja. Sekarang? RM6 billion
  2. Malaysia juga mempunyai simpanan yang besar di institusi seperti Tabung Haji, Permodalan Nasional Bhd, Petronas dan juga melalui Skim Felda.
  3. Keseluruhan aset BNM, termasuk rizab antarabangsa (US$140.2 bilion), berjumlah US$158 bilion.
  4. Dengan ekonomi Eropah agak lembap ketika ini, pelaburan Malaysia sekarang dikatakan lebih banyak datang dari Timur.
  5. Eksport Malaysia terus meningkat, surplus (lebihan dagangan) masih meningkat

Kami tertarik dengan kenyataan Tun Mahathir yang mangatakan simpanan yang kita ada ketika ini ada sekitar US$140 bilion. Kira-kira bersamaan sekitar RM431 bilion.

Jikalau sudah dinamakan hutang pasti akan ada “faedahnya” di mana hutang negara Malaysia ketika ini berada pada paras RM547 bilion dengan faedah sekitar 4%. Malaysia sebenarnya terpaksa membayar sejumlah faedah sekitar RM21.88 bilion. Untuk 2 tahun terahir ini kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib telah meminjam sejumlah lebih RM100 bilion. Satu angka yang agak besar sebenarnya.

Hutang Malaysia Sebelum Najib Bubar Parlimen 2013?


Hutang Bank Negara 2013 Hutang Negara Malaysia 2013 Sebelum Bubar Parlimen (Lebih RM547.79 Bilion). Jangan Risau Semua! Sebab..
  • Tahun 2012 : Hutang RM502 bilion
  • Terkini, Februari Tahun 2013 : Hutang RM547 + RM21.88 bilion (kadar fedahnya 4%) +  pinjam lagi (RM50 bilion) = RM618.88 bilion
  • Tahun 2014 : Hutang RM618.88 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM693.64 bilion
  • Tahun 2015 : Hutang RM693.64 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM771.39 bilion
  • Tahun 2016 : Hutang RM771.39 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM852.24 bilion
  • Tahun 2017 : Hutang RM852.24 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM936.33 bilion
  • Tahun 2018 : Hutang RM936.33 bilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM1.023 trilion
  • Tahun 2019 : Hutang RM1.023 trilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = RM1.114 trilion
  • Tahun 2020 : Hutang RM1.114 trilion (termasuk kadar faedah 4%) + pinjam lagi sekurang-kurangnya (RM50 bilion) = Kita boleh mencapai hutang sehingga RM1.21 trilion menjelang tahun 2020.

Jikalau beginilah hutang negara pada masa itu? Apa akan jadi kepada negara dan rakyat Malaysia pada masa itu?

Jikalau negara seperti Jepun, Singapura…negara apa lagi, banyak hutang kita tidak hairanlah. Hasil bumi tiada. Singapura dengan tanah yang sekangkang kera itu, apa yang boleh diusahakan? Malah mereka terpaksa keluar modal untuk import pula. Tetapi mereka tetap merupakan antara negara terkaya di dunia bersama-sama dengan Brunei (KLIK SINI).  Malaysia?

  1. Tanah cukup luas dan subur untuk pertanian
  2. Tuhan telah anugerahkan Malaysia dengan limpahan emas hitam (petroleum) & gas asli di perairan Malaysia
  3. Kepala sawit, getah, balak

Nilai hutang yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib sejak beliau memerintah sehinggalah ke hari ini Februari 2013. Sudah lebih RM200 bilion hutang dilakukan. Apa hasilnya?

Tercari-cari juga kami bagaimana hutang negara boleh melambung sebanyak ini dalam tempoh hanya beberapa tahun sahaja :

  1. Nak dikatakan Malaysia menyediakan pendidikan percuma pun tidak juga.
  2. Nak dikatakan Malaysia menyediakan pinjaman pendidikan tanpa sebarang faedah secara keseluruhannya, pun tidak juga. Hanya segelintir sahaja.
  3. Nak dikatakan duti eksais 80% dikurangkan menjadi 60%, pun tidak juga
  4. Nak dikatakan harga minyak diturunkan, pun…….tidak juga

Sedangkan hutang yang mula dilakukan oleh Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah hanya berada pada kadar RM286 bilion sahaja berdasarkan data hutang negara pada tahun 2008.

Hutang Najib Razak 2013 Hutang Negara Malaysia 2013 Sebelum Bubar Parlimen (Lebih RM547.79 Bilion). Jangan Risau Semua! Sebab..
Sumber Bank Negara Malaysia (BNM)

Hutang Negara Malaysia Di Bawah Datuk Najib Razak?


  • Hutang Negara Akhir Tahun 2009 : RM348.6 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2010 : RM390.356 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2011 : RM438.467 bilion
  • Suku Kedua 2012 : RM476.68 bilion
  • Suku Ketiga 2012 : RM484.621 bilion
  • Awal Suku Keempat 2012 : RM505.7 bilion
  • Suku Pertama 2013 : Sekitar RM547.79 bilion

Yang rakyat risaukan adalah apa yang akan berlaku selepas ini. Adakah cukai akan dinaikkan di masa hutang negara Malaysia terus melonjak tinggi? Syarikat yang terpaksa membayar cukai yang tinggi, akhirnya akan mengalihkan bayaran cukai yang dikenakan kepada rakyat Malaysia. Akhirnya, apa jadi selepas itu?

Mustika Hadis vs pimpinan Umno

.,

WAJIB MENJAGA DAN MEMELIHARA JANGAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM
(Daripada kitab Mustika Hadith Terbitan Jabatan Perdana Menteri - Jilid yang pertama)

PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM

Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian Pertama - Iktikad

Bahagian Kedua - Perkataan

Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama-nama Allah, sifat-sifatNya, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya, ayat-ayatNya dan hukum-hukumNya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasulNya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama’ mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

1. “Hukum apa ini?”

2. “Hukum ini sudah lapuk”

3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalang kemajuan”

4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus” (Menutup aurat)

5. “Berzina kalau suka sama suka apa haramnya?”

6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?”

7. “Berjudi kalau masing-masing sudah menerima untuk untung ruginya apa salahnya?”

8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju.”

9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab”. Apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. selepas makan menjilat sisa makanan di jarinya.

10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – Apabila diberitahu bahawa memotong kuku itu adalah sunat.

11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak”. – semasa ia mendengar azannya.

12. Membaca ayat-ayat suci, hadith nabi dan nama-nama tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya suatu yang menjadikannya kafir, sebagaimana diterangkan oleh hadith Ibni Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

KENYATAAN PEMIMPIN UMNO YANG MEMPERSENDA SYARIAT

"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.  Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
( Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)


" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan."
(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)


"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang  bukan  Islam."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)


"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)


"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan  keadaan masa kini."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)


"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994)


"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)


"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)


"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)


Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)


"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."
(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)


"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam  dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)


"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah  cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri.  Mereka seronok nak potong tangan  orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam.  Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."
(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)


"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru  hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau  menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik.  Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."
(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992)


"PAS tidak akan  dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid."
(Syed Hamid Albar dalam satu wawancaranya dengan wartawan)


"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka  mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992)


"Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang  yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."
(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994)


"Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."
(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994)

Ustaz Azizan halang BN kempen anti Pakatan

Subky Latif, 20 Feb 2013


BEBERAPA orang awam dan pegawai kanan kerajaan pusat memuji kebijaksanaan dan kepintaran diplomasi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak  mengendali musuh politiknya di Kedah, UMNO dan Barisan Nasional.

Kerajaan pusat menjelang pilihanraya ini melancar kempen kebersihan Beutiful Malaysia.

Apakah kempen termasuk dalam program pilihanraya? Entahlah! Tetapi kerana ia diadakan dekat dengan PRU13, maka tentulah ia bermotif politik. Macam pemberian BRIM 1.0 dan 2.0. Acara menyampaikan duit RM500 itu dipenuhi dengan kempen BN dan memburukkan Pakatan Rakyat.

Apabila pelancaran peringakat negeri Kedah diadakan dengan menteri perumahan sendiri merasmikannya, maka Menteri Besar menyatakan dia hendak hadir. Bila Menteri Besar hadir, kerana dia adalah ketua kerajaan, tidak manislah dia datang  saja dan tidak membuat ucapan.

Maka terpaksalah penganjur memberi layanan yang sewajarnya. Menteri terpaksa bersetuju memberi peluangnya berucap.

Semua dapat mengagak bahawa Ustaz Azizan tahu tujuan pelancaran itu adalah untuk  kempen. Sudah tentulah  dalam kempen itu ia akan memuji BN dan memburukkan kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat. Akhirnya menteri  akan menyeru supaya orang ramak jangan lagi mengundi PAS/PR tetapi kembalikanlah Kedah kepada Barisan.

Kata orang-orang awam dan beberapa pegawai kerajaan, Ustaz Azizan betul-betul bijak memintas program kempen BN itu.

Mereka tertawa melihat kejadian itu. Kehadirannya telah menyekat menteri dan penyokong kerajaan pusat untuk memburukkan kerajaan PAS. Bagaimana mereka hendak memburukkan kerajaan pimpinan Azizan sedang dia adalah tetamu dalam majlis itu.

Maka semuanya, menteri dan penyokongnya berucap lurus menyatakan betapa wajarnya semua pihak menjaga kebersihan dan mengindahkan alam sekitar dan sebagainya.

Hilang satu peluang kempen bagi kerajaan pusat dan BN.

Dan kata mereka, Ustaz Azizan pula dalam ucapannya memuji kempen Beutiful Malaysia itu. Kerajaan Kedah bukan sekadar menyokong, malah menyebut bahawa yang hendak dibuat oleh kerajaan pusat itu sama  dengan projek Kedah Indah yang kerajaan Kedah sudah lancarkan sebelum itu.

Buat Menteri Besar itu, sedia memberikan sokngan dan kerjasama dalam perkara yang baik untuk  rakyat dan negeri apa lagi kalau kedua pihak melaksanakan perkara yang sama.

Dia dapat kesempatan pula menerangkan kebaikan dan kejayaan  Kedah Indah yang diadakannya sebelum itu.

Yang menarik perhatian orang awam dan pegawai-pegawai itu bukan tentang kerjasama atas perkara yang disetujui oleh semua tetapi ialah kepintaran Ustaz Azizan berpolitik dengan penentangnya dari UMNO dan BN.

Dia tahu majlis itu adalah usaha  UMNO dan BN untuk menentangnya tetapi dia dapat memintas rancangan musuhnya itu hingga hilang peluang untuk menyalahkan kerajaannya.

Kata mereka, kalau pemimpin Pakatan yang lain boleh buat macam yang Ustaz Azizan buat dalam majlis itu mati angin pemimpin UMNO dan BN untuk menghadapi mereka.

Tolong koyakkan iklan itu

http://www.queachmad.com, 20 Feb 2013

KISAH NYATA YANG SADIS | TOLONG KOYAKKAN IKLAN ITU



KISAH NYATA YANG SADIS | TOLONG KOYAKKAN IKLAN ITU | Abe teringin nak berkongsikan Kisah Nyata ni dengan semua orang.

Di tepi jalan terpampang satu iklan bertulis: Saya kehilangan (keciciran) RM20  - sesiapa yang terjumpa, harap kembalikan (pulangkan) ke alamat berikut... AL FALLANI SYAQQAH no 76...

Seseorang pemuda yang membaca iklan mahu pergi ke alamat itu dan mengaku yang dia menjumpai wang tersebut padahal dia mengeluarkan dari poketnya sendiri... Pemuda itupun pergi ke alamat tertera... Di sana dia bertemu seorang wanita tua yang keuzuran...

Wanita tua itu menangis teresak-esak bilamana pemuda itu berkata: "Ibu..ini wang ibu RM20 yang keciciran itu.. Saya telah menjumpainya..".

Dalam esak tangisnya wanita tua itu berkata: " Wahai anak muda...kamu adalah orang ke 12 yang datang bertemu ibu kemudian mengatakan dia telah menemui duit aku yang dikatakan keciciran itu..

"Mendengar luahan hati si wanita tua, pemuda misteri itu tersenyum sahaja... Dia kelihatan mahu bersiap pulang.Sambil memanggil pemuda tersebut, wanita tua sempat berpesan kepadanya:

"Kalau anak tak keberatan, mohon tolong buang atau koyakkan iklan mengenai wang ibu yang keciciran itu. Sebenarnya ibu langsung tak tahu menulis dan ibu langsung tak tahu menahu siapa yang menulis dan menampal iklan itu...

ALLAHU AKBAR!! MASYALLAH!! LIHATLAH KESEMPURNAAN AF'AL ALLAH! AR RAZZAQ.. KORANG NAMPAK TAK BETAPA PEMURAHNYA ALLAH....??

Tiada ulasan: