Perpaduan Melayu perlu diamalkan, bukan diretorikkan
Posted on Wednesday, February 06 @ 00:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: rozmal
"Sebentar
tadi Dato' Firdaus yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau
yang juga ADUN Chembong (1995-2004) dan Ahli Parlimen Rembau yang
pertama (2004-2008) solat Isya bersama jemaah di Surau Taman Alamanda,
Senawang. Selesai solat sunat , saya bertanya kepada Dato Firdaus yang
datang bersama 2 jemaah lain yang juga saya kenali, ada apa-apa hajat
yang boleh kami tunaikan.
Dato Firdaus kata nak jumpa pengerusi
surau. Lalu saya perkenalkan kepada pengerusi surau, Ustaz Khairuzzaman.
Agak lama juga kami berbual, isu setempat, bukan isu politik. Dato
Firdaus tanya nama penuh saya, rupanya Dato Firdaus kenal juga arwah
ayah saya. Dah buka pula sikit cerita kampung, cerita keluarga.
Secara
kesimpulannya pihak surau mengalu-alukan kedatangan Dato Firdaus serta
rombongan, serta sentiasa mengamalkan sikap terbuka untuk mana-mana
pihak untuk menganjurkan apa-apa majlis.
Kesimpulannya, kalau
saya dengan Dato Firdaus pun boleh beramah mesra, takkan
penyokong-penyokong di bawah ini semasa kempen pilihanraya tidak boleh
mengamalkan sikap kempen yang penuh adab sopan.
Yang kita nak kempen ni, jiran kita, saudara mara kita, orang kampung kita.
Perpaduan Melayu bukanlah satu perkara yang dicanang-canang, ianya adalah satu amalan Islami.
Kalau mana-mana ahli parti faham Islam, tidak timbul masalah perpecahan orang Melayu walaupun mereka dari parti yang berlainan.
Sedangkan ahli dan pemimpin dalam parti yang sama pun boleh berpecah belah apatah lagi diluar parti.
Jadi
untuk bersatu padu, berpeganglah kepada ukhuwwah Islamiah, buat apa
yang Allah dan Rasul suruh, tinggalkan apa yang Allah dan Rasul tegah."
Kerajaan Negeri Prihatin Nasib Pelawak Veteran Datuk Yahya Sulong
Posted on Tuesday, February 05 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Hafizah Taib
KUALA LUMPUR
5 FEB : Kerajaan Negeri menghulurkan sumbangan berjumlah RM4,000 kepada
pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong yang kini ditempatkan di Hospital
Kuala Lumpur (HKL) dan Setiausaha Persatuan Lawn Bowl Selangor, Hamzah
Sajadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor.
Pemberian ini atas dasar tanggungjawab sosial dan prihatin Kerajaan Negeri berkenaan masalah kesihatan yang dialami.
Yahya,
84, menghidap asma dan sakit paru-paru manakala Hamzah mengalami
kecederaan dan koma apabila dalam satu kemalangan jalanraya pada 20
Januari lalu dan kereta dipandunya dirempuh sebuah lori.
Kemalangan
tersebut turut mengorbankan isteri Hamzah, Siti Hamidah Masnan, 50, dan
anak perempuannya, Siti Amalina, 15, tercedera dan ditempatkan di HTAR.
Exco
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan,
Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri memutuskan menyalurkan bantuan
itu pada Disember tahun lalu dan ia adalah satu usaha bagi membantu
mereka yang memerlukan tanpa mengira sama ada anak Selangor atau tidak.
“Kerajaan
Selangor hari ini menyumbangkan RM2,000 untuk memastikan keperluan
mereka dapat dipenuhi. Nilai duit itu bukanlah isu cuma keprihatinan itu
dan secara tidak langsung kita juga berbincang jika ada keperluan lain
yang boleh diberikan,” katanya selepas lawatan di HKL.
Beliau
berkata, Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor mendoakan agar kedua-dua
pesakit ini kembali sembuh dan menjalani hidup seperti sedia kala.
Sementara
itu, anak kedua Hamzah, Faid, 26, berkata, dia dan ahli keluarga yang
lain berasa sedih dengan kejadian menimpa keluarga mereka terutama
kehilangan ibu mereka.
“Saya dan adik beradik lain sama-sama
menjaga bapa dan adik kami yang kini menjalani rawatan di hospital. Saya
juga berhenti kerja untuk memudahkan saya menjalankan tangungjawab ini.
“Kami bersyukur dengan bantuan diberikan Kerajaan Negeri yang prihatin dengan apa yang berlaku pada keluarga kami,” katanya.
Sumber
INNALILLAH... Gambar TERKINI dari Rusila
Posted on Tuesday, February 05 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Shalehudin
TERKINI dari Rusila
Assalamualaikum,
Takziah diucapkan kepada semua... pihak Pengurusan, tenaga pengajar
serta pelajar Maahad Darul Quran Rusila diatas kebakaran asrama pelajar
lelaki sebentar tadi. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Insya'Allah asrama ini akan dibangunkan secepat mungkin.
Kepada semua dermawan boleh menyumbang terus ke akaun Bank Muamalat : 13010004244716 (Unit Pembangunan MDQ) atau Bank Islam Malaysia : 13017010080345 (Dana MDQ).
Terima Kasih.
Ayah Chik meninjau keadaan kebakaran asrama bersama anggota Polis....
Mohon doa sahabat.. Kebakaran blok B, C dan D sekarang.... Mohon bantuan dan doa semua....
Innalillah....
Sumber: shalehudin.blogspot.com
Madu - Rawatan Semulajadi
Posted on Sunday, February 03 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog infokesihatan4u
Fakta
mengagumkan itu bukan sekadar mitos apabila sekumpulan ahli arkeologi
yang membuat eksplorasi di makam yang ada di Mesir pernah menemui balang
kaca berusia 2,000 tahun yang mengandungi madu dan ia masih berada
dalam keadaan baik serta boleh dimakan.
Ia adalah pemanis semula
jadi yang berasal daripada aktiviti lebah dan hampir satu juta tan madu
dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia.
Menyingkap sejarah
madu, dipercayai amalan menyimpan lebah bagi penghasilan madu sudah
wujud sejak 20 juta tahun lalu berdasarkan beberapa peristiwa zaman
purba yang direkodkan. Antaranya, masyarakat Mesir menjadikan bahan
makanan itu sebagai alat pengorbanan dalam upacara keagamaan mereka
manakala bangsa Rom pula menyapu madu pada luka mereka.
Namun, harga madu yang terlalu mahal ketika itu menyebabkan ia hanya mampu digunakan golongan kaya dan bangsawan.
Ramai
terkejut apabila mendapati bakteria tidak boleh tumbuh dalam madu
tetapi komposisi kimia unik iaitu kandungan air yang rendah dengan kadar
asid tinggi menyebabkan madu mempunyai bacaan pH antara 3.2 hingga 4.5,
sekali gus menyediakan persekitaran negatif bagi pertumbuhan mana-mana
jenis mikro organisma.
Sebagai bahan rawatan semula jadi, madu
pilihan tepat bagi meningkatkan tenaga fizikal kerana ia adalah sumber
semula jadi karbohidrat yang mampu memberi kekuatan serta mengurangkan
masalah lemah otot.
Kandungan gula semula jadinya juga mampu
memainkan peranan penting dalam mengembalikan semula tenaga yang hilang
selepas penat bersenam kerana gulanya diserap pantas. Ini seterusnya
memberi tenaga segera sementara kandungan gula fruktosa yang ada di
dalam madu pula diserap lebih perlahan, memberikan tenaga berpanjangan.
Oleh
itu, sebelum melakukan sebarang senaman contohnya menyertai larian
berjalan kaki, pengambilan sesudu madu sudah mampu memberi lebih tenaga
yang boleh menyokong aktiviti berkenaan.
Madu juga mampu membina
sistem pertahanan badan yang baik selain kandungan antioksidan dan
antibakteria yang ada padanya menggalakkan kesihatan sistem penghadaman
yang membantu seseorang itu kekal sihat dan kuat untuk melawan penyakit
berjangkit.
Walaupun madu bukan ubat kepada barah, ia mempunyai komponen yang mampu memberi perlindungan sewajarnya.
Sejak
berkurun lamanya, madu digunakan sebagai ubat semula jadi yang mampu
merawat pelbagai masalah kesihatan termasuk jangkitan kulat, masalah
kaki atlet dan sakit sendi berikutan ia mempunyai sifat antiseptik yang
menghalang pertumbuhan bakteria tertentu dan membantu menjaga luka
supaya ia kekal bersih dan bebas daripada jangkitan.
Ia juga
boleh digunakan sebagai ubat semula jadi untuk merawat luka dan kulit
terbakar kerana ia mampu menyerap kelembapan daripada udara serta
menggalakkan penyembuhan.
Sapuan madu pada kulit juga boleh berfungsi sebagai ejen antiradang yang mengurangkan bengkak dan kesakitan termasuk parut.
Sakit
tekak dan batuk juga boleh mendapat manfaat daripada madu memandangkan
sifat antimikrob yang ada padanya, menenangkan kegatalan serta membunuh
bakteria yang menyebabkan jangkitan pada kerongkong.
Bagi mereka
yang mempunyai masalah sukar tidur malam, gabungan susu suam bersama
sesudu madu sudah cukup memberi ketenangan pada tubuh, yang akhirnya
dapat menggalakkan tubuh mendapat rehat secukupnya.
Madu juga
boleh digabungkan dengan beberapa bahan semula jadi lain untuk merawat
diri antaranya cuka yang boleh digunakan sebagai rawatan kepada pelbagai
masalah kesihatan antaranya membersihkan sistem penghadaman tubuh dan
membantu mengurangkan sakit artritis.
Gabungan madu bersama kayu
manis pula sudah digunakan sejak berkurun lamanya dalam merawat beberapa
masalah seperti mulut berbau dan keguguran rambut yang serius.
Selain
itu, campuran madu bersama limau nipis yang diminum ketika perut kosong
atau selepas mengambil makanan berminyak, dapat membantu mengawal berat
badan serta merendahkan kadar kolesterol kerana ia memecahkan lebihan
lemak untuk digunakan sebagai tenaga.
Pemilihan madu bermutu
tinggi penting bagi mendapat kebaikan penuh dan ciri yang perlu diberi
perhatian penting adalah kandungan air yang rendah.
Ini kerana
sekiranya kandungan air di dalam madu melebihi 19 peratus, ia boleh
mengalami proses penapaian apabila lebihan air menyebabkan berlaku
osmosis yang memaksa pembentukan yis, sekali gus menyebabkannya hilang
kesegaran.
Madu yang dikelaskan berkualiti tinggi selalunya
mempunyai kandungan air serendah 14 peratus yang menyebabkan harganya
lebih mahal di pasaran.
Antara cara untuk mengukur kandungan air
dalam madu adalah dengan menterbalikkan balang madu dan perhatikan buih
yang bergerak. Buih lebih cepat bergerak di dalam madu yang mempunyai
kandungan air lebih banyak.
Satu cara lagi untuk mengesan madu
yang berkualiti adalah melalui Hydroxymethylfurfural (HMF) iaitu bahan
yang terbentuk apabila madu disimpan lama atau dipanaskan.
Kandungan
tinggi HMF boleh memberi petunjuk bahawa madu dipanaskan berlebihan
ketika proses ekstrak dan sesetengah negara meletakkan had terhadap
jumlah kandungan bahan itu di dalam madu yang diimport.
Paras HMF
iaitu lebih daripada 100 mg/kg juga boleh menjadi penunjuk yang madu
mungkin dicampur dengan gula lain seperti tebu atau sukrosa.
Selain
itu, bagi kebanyakan pengguna, madu berkualiti tinggi perlu kelihatan
bersih, jelas dan bebas daripada kekotoran, misalnya madu yang mempunyai
kandungan debunga yang sangat tinggi akan kelihatan kusam.
Kehadiran
pencemaran yang lain seperti zarah lilin lebah, serpihan kayu dan habuk
sudah tentu mencacatkan rupanya dan menyebabkan ia nampak tidak
menyelerakan, seterusnya membuatkan ia dikelaskan sebagai kurang
berharga.
Madu turut diberikan gred mengikut warnanya sama ada
cerah, gelap atau sederhana. Ia sebenarnya tidak memberi banyak makna
dari segi kualiti tetapi mempunyai perbezaan rasa berdasarkan jenis
bunga pada penghasilan madu itu.
Namun, madu yang mempunyai warna
lebih gelap mengandungi kandungan mineral lebih tinggi seperti
potassium, sodium, kalium, klorin, sulfur, zat besi, mangan dan
magnesium.
Kaedah penyimpanan yang baik juga mampu memberi
kelebihan kepada kandungan kebaikan madu supaya ia terus berada pada
tahap optimum. Sekiranya ada bahagian madu berubah seakan-akan kristal,
ia sebenarnya kerana kandungan airnya tetapi ia masih dalam keadaan baik
dan tidak perlu dibuang.
Sebaiknya madu perlu disimpan di tempat
kering pada suhu bilik dengan penutup bekas dirapatkan bagi menjaga
kualitinya, selain dijauhkan daripada pancaran terik matahari.
Sumber: infokesihatan4u.blogspot.com
Gastrik dan Ulser
Posted on Friday, February 01 @ 04:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog infokesihatan4u
Apakah sistem Gastrousus?
Sistem
gastrousus dikenali juga sebagai sistem penghadaman. Ia terbahagi
kepada bahagian atas dan bawah. Sistem penghadaman bahagian bawah
terdiri daripada esofogus, perut, deudenum, jejunum dan ileum.
Dalam
keadaan normal, esofogus menyalurkan makanan dari mulut ke dalam perut
melalui proses peristalsis (pengecutan dan pengenduran otot). Di hujung
bahagian bawah esofogus terdapat sfinkter yang membenarkan dan mengawal
makanan masuk ke dalam perut serta menghalang kandungan dalam perut
untuk masuk semula ke dalam esofagus. Proses di mana makanan dalam perut
masuk semula ke dalam esofogus dikenali sebagai refluks.
Perut
terdiri daripada dua bahagian: proksimal dan distal yang berfungsi untuk
mengosongkan bahan yang berbentuk cecair dan pepejal. Di perut terdapat
sfinkter yang mengawal pengosongan perut. Perut yang mengeluarkan
beberapa jenis rembesan seperti enzim pepsin dan asid hidroklorik yang
menjadikan jus dan cecair gastrik yang diperlukan untuk mencerna
makanan. Rembesan cecair gastrik berlaku dalam beberapa keadaan atau
fasa. Dalam fasa sefalik, rembesan perut dapat dihasilkan biarpun ketika
seseorang sedang berpuasa. Dalam fasa gastrik, kehadiran makanan dalam
perut akan merangsang rembesan perut. Satu lagi fasa ialah intestinal.
Dalam fasa ini, rembesan boleh direncat atau dirangsang oleh beberapa
jenis bahan kimia.
Faktor merangsang dan merencat rembesan perut
Terdapat
beberapa bahan kimia dalam perut yang boleh merangsang penghasilan
cecair atau rembesan perut. Antaranya ialah asetilkolin, hormon gastrin,
histamin dan enzim protein kinase. Bahan-bahan kimia ini dihasilkan
daripada rangsangan bahan seperti asid amino, peptid, alkohol dan
kalsium.
Sebaliknya, tedapat beberapa bahan yang boleh merencat
rembesan perut. Antaranya ialah bahan berlemak, larutan yang tinggi
kepekatannya dan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Rembesan perut
boleh menghakis dan mencederakan lapisan dalam perut. Namun, lapisan gel
mukus yang dihasilkan dalam perut mampu melindungi perut daripada
sebarang kecederaan dan dengan cepat. Proses ini biasanya memakan masa
sehingga 30 minit. Proses pertahanan dan pembaikan lapisan perut dan
usus merupakan faktor utama yang menentukan kejadian ulser peptik.
Bahagian
duodenum menerima dan menyimpan makanan yang telah dihadamkan. Makanan
itu kemudiannya disalurkan ke bahagian distal perut. Di sini rembesan
gastrik bercampur dengan makanan sebelum disalurkan ke bahagian duodenum
(bahagian atas usus kecil). Kadar pengosongan perut dipengaruhi oleh
beberapa perkara seperti hormon, larutan yang pekat, larutan berasid,
bahan berlemak dan perut yang distensi (kembung).
Perut sentiasa
terdedah kepada persekitaran luar kerana pelbagai bahan dapat masuk ke
dalamnya. Inflamasi atau radang yang akut (segera) atau kronik
(berpanjangan) dapat berlaku kepada sistem gastrousus jika mekanisme
pertahanan gagal mengawal keadaan.
Jenis gangguan sistem gastrousus
Terdapat dua masalah utama yang berlaku kepada sistem gastrousus:
a) Masalah akut pada bahagian atas sistem gastrousus
Refluks gastroesofagus
Aliran
kandungan daripada perut atau deudenum ke bahagian esofagus. Kesannya
bergantung kepada campuran asid, pepsin, garam hempedu dan enzim.
Gastritis
Inflamasi
pada bahagian lapisan perut. Antara perkara yang menyebakan keradangan
ialah ubat, termakan bahan yang menghakis atau tekanan emosi.
Esofagitis
Inflamasi
pada bahagian esofagus akibat aliran berlawanan kandungan di dalam
duodenum. Kandungan ini mungkin mengandungi hempedu enzim atau alkali.
Dispepsia (bukan ulser)
Ketidakselesaan
bahagian atas abdomen yang sekejap-sekejap selepas makan. Masalah ini
dikaitkan dengan gangguan fungsi atau keupayaan penghadaman.
Ulser akibat ubat dan bahan kimia
Hakisan
dan kecederaan pada bahagian lapisan perut dan usus. Bahan-bahan
seperti ubat, alkohol, kafein dan asap rokok boleh menyebabkan keadaan
ini.
Ulser akibat tekanan
Hakisan dan kecederaan pada bahagian lapisan perut (bahagian utama), duodenum dan esofagus akibat tekanan emosi.
b) Masalah kronik pada bahagian atas sistem gastrousus
Gastritis kronik
Berlaku
kecederaan berpanjangan yang boleh memberi kesan negatif kepada fungsi
perut untuk menghasilkan rembesan bagi proses penghadaman. Terdapat
kaitan yang rapat antara masalah ini dengan tabiat merokok.
Penyakit ulser peptik
Secara
umum, ulser dalam perut dan duodenum dikenali sebagai ulser peptik. Ini
merupakan masalah kronik tetapi kadangkala pesakit boleh mendapat
serangan akut (secara tiba-tiba). Kajian menunjukkan bahawa ulser peptik
disebabkan oleh kuman Helicobacter Pylori. Kuman ini kerap hadir bila
berlaku keradangan pada bahagian lapisan perut.
Selain itu, ia
ada kaitan dengan kesan menghakis asid dan pepsin. Bahagian yang paling
kerap menghadapi masalah ini ialah duodenum dalam perut. Masalah ulser
peptik membawa implikasi kesihatan dan ekonomi yang serius. Kos rawatan
agak mahal kerana ia melibatkan kemasukan ke haspital, kos profesional
kesihatan dan kos ubat-ubatan serta kos daripada sudut kehilangan
produktiviti akibat tidak dapat bekerja dalam tempoh yang lama.
Ulser gastrik
Merujuk
kepada ulser perut. Pesakit mungkin mempunyai kandungan asid yang
rendah atau normal. Ulser gastrik peringkat primer dikategorikan oleh
rembesan asid yang sedikit, manakala ulser gastrik sekunder akibat ulser
duodenal dikategorikan oleh rembesan asid yang tinggi. Pesakit sering
merungut kesakitan dan pendarahan berlaku pada bahagian gastrousus.
Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.
Kesakitan dirasakan
dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas makan dan kekal selama 60 hingga
90 minit. Ini kerana makanan yang masuk ke dalam perut akan
mengembangkan bahagian perut serta merangsang rembesan asid. Pesakit
akan kerap berasa sakit apabila makan dan ini akan membuatkan pesakit
tidak mahu makan dan mengakibatkan kehilangan berat badan.
Ulser duodenal
Ia
disebabkan oleh rembesan asid dan pepsin yang terlalu banyak. Pesakit
berasa sakit dua hingga tiga jam selepas makan dan boleh berterusan
sehingga waktu makan yang selanjutnya. Ia berlaku apabila perut kosong.
Sebaliknya pesakit ulser duodenal mempunyai selera makan yang baik dan
peningkatan berat badan berlaku akibat pengambilan makanan yang kerap
untuk mengurangkan atau mencegah rasa sakit.
Antara faktor yang
menyebabkan ulser ialah gaya hidup, merokok, kafein, alkohol, tekanan,
asid dan pepsin, dan kuman bakteria Helicobactor pylori.
Rawatan
Pesakit
boleh memilih sama ada untuk merawat sendiri atau merujuk kepada
doktor. Kesemua in bergantung kepada tahap serta jenis masalah yang
dialami oleh individu. Jika rungutan berkaitan dengan maslah bahagian
atas sistem gastrousus seperti gastritis akut tanpa pendarahan dan
redluks, pesakit boleh mengamalkan swa-pengubatan dengan berjumpa ahli
farmasi dan mendapatkan nasihat serta ubat yang sesuai. Ubat dalam
kumpulan antasid hanya boleh disarankan jika pesakit mengalami serangan
akut atau maslah tersebut disebabkan oleh jenis dan jumlah makanan yang
dimakan, pengambilan minuman beralkohol atau tekanan emosi.
Individu
yang mengalami masalah yang akut tetapi terdapat tanda-tanda yang
menunjukkan berlaku kecederaan yang teruk pada bahagian lapisan perut,
pesakit tersebut harus dirujukkan kepada doktor. Pemerhatian doktor
sangat penting jika individu mengalami gangguan yang kronik atau
menghidap penyakit ulser. Ini penting kerana pesakit mungkin mengalami
masalah lain seperti kanser pada bahagian perut atau duodenum. Gastritis
akut yang berlaku berulang-ulang boleh mengakibatkan ulser gastrik.
Beberapa
kelas ubat-ubatan boleh digunakan bergantung kepada jenis dan tahap
masalah tersebut. Secara ringkas, ia terdiri daripada kumpulan antasid,
kumpulan antibiotik, kumpulan antagonis (atau penghalang) reseptor H2,
penghalang pam asid dan ubat-ubatan pelindung lapisan mukosa.
Dengan
adanya pengetahuan tentang proses berlaku gastitis dan ulser, faktor
penyebab dan rawatan yang tepat, masalah yang dihadapi oleh individu
boleh dirawat.Namun apa sahaja yang melibatkan ketidakselesaan yang
melibatkan abdomen kita.
Sumber: infokesihatan4u.blogspot.com
Kenali Gajus
Posted on Thursday, January 31 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Anim Agro
GAJUS (Anacardium occidentale) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga ANACARDIACEAE yang dipercayai berasal dari Brazil dan boleh tumbuh dengan baik di Malaysia. Pokok Gajus atau di pantai timur di panggil 'Ketereh'
ini ditanam dikeliling rumah untuk kegunaan sendiri dan pernah di tanam
secara komersial di Terengganu oleh Syarikat FIMA pada tahun 1980'an
sebagai ladang Komersil di Kg Raja, Setiu dahulu. Kini tanaman gajus di
Malaysia tidak begitu popular seperti dibeberapa negara pengeluar utama
lain. Keluasan tanaman ini di Malaysia adalah 480 hektar pada tahun
2011.
Nama lain gajus adalah seperti Cashew Nut, Apple Cashew, Cajuana
(English), Buah Gajus, Ketereh (Malaysia) dan sebagainya. Artikel ini
saya akan bincang teknologi dan maklumat tanaman gajus berasaskan
beberapa buah buku dan kajian persendirian dalam laman sesawang serta
pengalaman penulis dalam pengembangan pertanian selama 30 tahun.
Pokok
Gajus adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan sistem
bercabang yang merimbun dengan ketinggian mencecah 12 meter (30 kaki).
Pokok gajus mudah tumbuh di kawasan yang kurang subur dan mampu bertahan
dalam keadaan kering. Daun berwarna hijau dan agak tebal serta
mempunyai susunan bersilang dimana daun muda berwarna ungu kemerahan
serta digunakan sebagai ulam yang sangat di minati di Malaysia. Bunga
Gajus keluar dihujung dahan atau pucuk dengan bentuk beberapa jambak dan
bwerarna kemerahan. Batang bajus adalah kayu keras yang berkulit tebal
berwarna coklat kelabu. Buah gajus 'berbentuk hati' dan mempunyai biji
berada di luar buah. Bijinya juga berbentuk hati yang juga mempunyai
pasaran tinggi untuk di jadikan makanan ringan.
Biji
Gajus merupakan bahagian paling berguna iaitu sebagai makanan ringan
(snack) yang di proses sehingga kering dengan rasa asli, perasa
garam,coklat atau masin-manis. Biji gajus mengandungi 54% lemak dan
minyak termasuk lemak tepu (18%0, Lemak Tidak tepu (16%) dan Asid
Stearic (7%). Kandungan tenaga sebanyak 2,3-4 Kjoule setiap 100 gm
dengan kandungan lain iaitu Protin (18.2 g), Lemak (43.5 g),
Karbohiderat (35.1 g) dan Serat (3.3 g). Kandungan lain ialah Riboflavin
- Vit B2 (0.06 mg), Thiamine - Vit B1 (0.42 mg), Vitamin C (0.5 mg) dan
beberapa zat galian seperti Fe, Ca, Mg, Zn, Mn dan banyak lagi.
Penanaman gajus lazimnya menggunakan biji benih
dari kultivar terpilih. Kultivar gajus tidak banyak di buat kajian dan
penulisan kerana tanaman ini bukan tanaman penting walau pun di negara
pengeluar utama. Pertumbuhan pokok gajus adalah lambat dan perlahan.
Beberapa bijibenih gajus diletak dalam satu lubang dan apabila anak
benih tumbuh baru di buang yang kurang subur. Ada juga kaedah pembiakan
menggunakan 'grafting', 'air layering' dan juga 'inarching' dijalankan.
Mengubah anak benih semaian pokok gajus juga tidak begitu mudah
kejayaannya. Jarak tanaman di syorkan adalah 10m x 10m dimana kemudian
dijarakkan kepada 20 m x 20 m selepas berumur 10 tahun. Kepadatan pokok
sebanyak 250 pokok sehektar.
Pokok
Gajus lazimnya tidak memerlukan penjagaan yang rumit untuk pertumbuhan.
Bagi tanaman gajus digalakan penanamann selingan dengan tanaman kontan
seperti pisang, kacang tanah, sayur-sayuran, jagung dan sebagainya untuk
menambah pendapatan sementara pokok gajus membesar. Pembajaan dan
kawalan musuh dan perosak dijalankan bersama penjagaan tanaman selingan.
Bagi tanaman gajus di kawasan tanah Bris perlukan pembajaan tambahan
dengan baja organik untuk meningkatkan kesuburan kerana tanah bris
sangat kurang mengandungi baja organik.
Pokok
Gajus akan mula berbuah selepas 3 tahun penanaman jika dijaga dengan
baik. Pada masa sama dahan di bahagian bawah pokok perlu dibuang dan
buah boleh di kutip. Anak pokok atau 'suckers' yang tumbuh di keliling
pokok juga perlu di takai. Penghasilan akan menjadi optima pada pokok
berumur 10 tahun sehingga pokok berumur 30 tahun jika di uruskan dengan
baik (Bukan Tanam-Tinggal-Tuai). Bunga lazimnya aktif keluar pada cuaca atau musim panas dan selalunya buah akan matang secara berperingkat2.
Kajian
menunjukkan daripada berbunga sehingga buah masak perlukan masa 3
bulan. Buah yang masak akan jatuh ketanah (Bahagian 'apple') akan jadi
kering dan bijinya tersembul. Buah yang jatuh akan dikutip dan
diasingkan bijinya dan diproses. Jika buah belum cukup matang dan di
petik untuk ambil bijinya agak liat dan sukar walaupun menggunakan mesin
mekanikal. Biji akan dibuang kulit dan di goreng (tanpa minyak -
roasted) sebelum di gredkan dan diberi perisa seperti garam. Biji yang
siap diproses di masukan dalam plasitk kedaop udara (Vacuum packed)
untuk menjamin kualitinya.
Laporan
di negara pengeluar utama gajus dunia sperti di Tanzania, India,
Mozambique, Kenya dan Sri Lanka mendapati potensi hasil dicapai antara
800 - 1,000 kh sehektar biji gajus. Kaedah pembajaan yang diurus dengan
baik mampu meningkatkan hasil kepada 1,600 kg sehektar seperti
dkjalankan di India dan Tanzania. Pokok yang menghasilkan buah yang
banyak lazimnya memberikan biji gajus bersaiz kecil dan agak rendah
kualitinya. Kajian di Brazil pula menunjukkan potensi penghasilan
sebanyak 17.8 kg sepokok dapat di tingkatkan kepada 48.7 kg sepokok
dengan aplikasi baja yang betul dan pengurusan tanaman yang sempurna.
Kegunaan
biji gajus memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Harga pasaran biji
gajus juga agak tinggi iaitu USD 0.33 satu kilogram dan satu paket 100
gram di Langkawi dijual RM 10.00 atau (RM 100/kg). Satu yang unik di
Malaysia makan pucuk daun muda gajus untuk djadikan 'Ulam Gajus' yang dimakan dengan nasi dan sambal belacan (Foto kiri).
Memang sedap dan menyelerakan ulam pucuk gajus. Kayu pokok gajus juga
digunakan di kampung sebagai bahan kayu api untuk masak dan juga bileh
diproses untuk dijadikan perabut dan sebagainya. Ada juga produk gajus
dibuat alkohol seperti di India untuk kegunaan penduduk tempatan.
Tanaman
gajus memang tanaman yang masih ada potensi untuk di tanam di negara
kita jika betul-betul ingin melihat tumbuhan ini di menafaatkan.
BUAH GAJUS .... PELIK BUAHNYA ....
ISI DIDALAM....BIJI LUARNYA....
BIJI GAJUS....;SEDAP RASANYA....
PUCUK GAJUS...ULAM TENTUNYA....
By,
M Anem
Jalan Istana
Air Keroh
Melaka
Malaysia
Sumber: animhosnan.blogspot.com
30 minit bersama ustaz Don
Posted on Tuesday, February 05 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: anaabdullah
"Sangat
tidak wajar kita samakan masjid dengan tempat tempat lain. Lebih lebih
lagi masjid adalah rumah Allah dan tempat mulia.Mana boleh kita samakan
masjid dengan tempat tempat lain.
Akan tetapi ustaz Don dalam
rancangan 30 minit bersama ustaz Don mengatakan macam mana kanak kanak
tidak boleh pergi masjid sedangkan tempat tempat lain boleh.
Beliau
ulangi beberapa kali dan berkata, boleh. pergilah. Oleh itu penulis
buat kesimpulan bahawa seolah olah masjid tempat yang mulia itu
disamakan dengan tempat tempat lain.
Mungkin ada yang tidak
setuju dengan kesimpulan yang penulis buat,kerana itu adalah mainan kata
kata yang terbit kerana ditanya dengan soalan mengapa kanak kanak
dilarang pergi masjid.
Mengapa sesetenagh melarang kanak kanak
pergi masjid. Mesti ada sebab musababnya. Pertama kanak kanak yang belum
“mumayiz” tetap boleh menganggu para jumaah, kerana berlari kesana
kemari tanpa ada sebarang kawalan.
Pendapat mengatakan kanak
kanak boleh pergi masjid ini membuat permasalan yang besar. Pertama
masjid rumah Allah tempat mulia sudah sama dengan tempat lain. Mana
boleh begitu.
Mengapa penuylis begitu begitu? Masjid tempat mulia
sudah dianggap tidak mulia lagi. Atas sebab itu mereka yang datang
masjid kelihatan tidak beradab langgsung, sedangkan masuk masjid kena
solat hormat masjid.
Hari ini berapa peratus orang masuk masjid
solat hormat masjid? Mengapa mereka tak solat dahulu. Sudah pasti bagi
mereka masjid bukan lagi tampat yang mulia,mereka ber perasaan masjid
sama dengan tempat tempat lain.
Lebih lebih lagi bagi mereka yang
datang waktu berlngsungny akkad nikah anak keluarga mereka.nda mungkin
setuju dengan pendapat penulis bahawa mereka ini tidak rasa bahawa
masjid bukan tempat mulia. Atas sebab itulah mereka tidak perlu
menghormatinya.
Mereka yang sudah dewasa ini berasal dari kecil
yang dinyatakan pergilah ke masjid,mengapa tak boleh pergi sdedangkan
tempat lain boleh pergi. Boleh bukan tak boleh tetapi ada syarat
syaratnya.
Itulah kefahaman mereka sejak dulu dulu lagi. Oleh
itu masuk masjid macam masuk tempat tempat lain, sedangkan ada garis
panduan apabila memasuki masjid. Walaupun dia bukan wajib hanya sunat,
tetapi sunat yang dituntut. Itulah adat kena patuh untuk masuk tempat
mulia.
Pada penulis, mungkin itulah punca umat islam kini
memasuki masjid sama dengan memasuki tempat tempat lain. Oleh itu sangat
berbahaya mengatakan mengapa kanak kanak tidak boleh pergi masjid
sedangkan tempat tempat lain boleh.
Penulis nak tanya apakah
tujuan kita bawa anak anak kita yang belum mumayiz ke masjid. Ada orang
jawat nak latih anak untuk solat. Siapa yang suruh kita latih anak anak
yang belum mumayiz. Rasulullah SAW suruh latih apabila anak anak kita
berusia 7 tahun sudah mumayiz dan 10 tahun jika tak solat, kena rotan.
Kenapa
kita buat yang tidak disuruh dan tak buat yang disuruh. Hari ini
berapa peratus ibubapa yang rotan anak berusia 10 tahun yang tak solat.
Mereka pukul anak yang tak lulus periksa. Siapa ajar kita berbuat
demikian.
Hari ini berapa peratus orang islam menuaikan solat
hormat masjid ketika masuk masjid, lebih lebih lagi bagi mereka yang
datang untuk majlis akad nikah anak anak keluarga. Mungkin berdoa masuk
keluar masjid jauh sekali diamalkan."
Anwar mahu PKR siasat acara tonjol wanita seksi
Posted on Tuesday, February 05 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: imamsurau
"Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan menyiasat dan
mengambil tindakan terhadap satu ranting parti itu yang didakwa
menganjurkan tarian dengan menampilkan wanita berpakaian mengghairahkan.
Anwar yang juga ketua pembangkang berkata parti itu mempunyai nilai tersendiri yang patut disokong.
Katanya,
PKR akan mengambil tindakan sekiranya tarian itu didapati tidak sesuai
dan juga jika program berkenaan melibatkan parti.
"Parti ini
perlu mendukung nilai yang baik, yang mana ia perlu dipertahankan setiap
masa," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
Bagaimanapun,
beliau enggan mengulas lanjut bentuk tindakan yang akan diambil oleh
parti ke atas cawangan parti yang didakwa menganjurkan majlis tersebut.
Laporan akhbar berbahasa Cina hari ini menyebut, majlis tersebut dianjurkan satu ranting PKR di Kulim.
Anwar berkata kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama berkaitan pendidikan percuma di Universiti Selangor di Shah Alam.
sumber"
Perebutan calon menghantui Umno Perak
Posted on Tuesday, February 05 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Blog Perakite Daily
IPOH: BN Perak khususnya Umno menghadapi masalah besar iaitu dalam memlih calon untuk bertanding dalam PRU13 nanti.
Yang
Dipertua PAS Taiping, Ustaz Fakhruddin Abdul Aziz berkata, sehingga
sekarang dalam kalangan ahli Umno itu sendiri masih tidak mengetahui
siapa calon di kawasan mereka.
Menurutnya, dalam Umno itu sendiri
mempunyai beberepa kumpulan dan masing-masing berlawan untuk
mengetengahkan calon pilihan mereka.
“Proses memilih calon
menghantui Umno ketika ini menyebabkan mereka berpecah belah dan
sehingga sekarang masih belum selesai,” katanya.
Beliau yang juga
Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Perak menjelaskan, situasi seperti
ini memang selalu berlaku dalam Umno di semua kawasan terutama apabila
hampir pilihanraya.
Katanya, Umno sama ada di peringkat negeri
dan pusat tidak berani untuk mengisytiharkan calon lebih awal kerana
mengelak berlakunya ‘perang besar’ dan boikot daripada ahli sendiri.
“Ini
berlaku di kawasan Taiping apabila lebih 6 calon disebut-sebut untuk
menjadi calon di Dun Kamunting dan sehingga hari ini belum lagi ada kata
putus tentang calon tersebut,” jelasnya.
Fakhruddin menjelaskan,
kerjasama antara jentera komponen BN dalam menjalankan program masih
longgar seolah-olah mempunyai masalah untuk bersama.
Katanya,
ianya sangat berbeza dengan Pakatan Rakyat yang akrab menjalankan gerak
kerja terutama dalam situasi bahang pilihanraya.
“Di peringkat kawasan Taiping, kami bergerak seiring dalam menjalankan aktiviti-aktiviti khususnya menyantuni rakyat.
“DAP saling bekerjasama membantu gerak kerja PAS di Dun Kamunting,” kata beliau.
Ketika
ditanya tentang calon di kawasan Taiping, beliau menegaskan bahawa
pemilihan calon Pakatan Rakyat sudah selesai dan semua calon sudah turun
mendekati masyarakat.
“Saya yakin PAS akan memenangi Dun
Kamunting dan DAP serta PKR akan mengekalkan kemenangannya di parlimen
Taiping, Dun Pokok Asam dan Dun Aulong,” tegasnya.
Sumber: perakitedaily.blogspot.com
Sambutan Maulid disertai kaum Tionghua
Posted on Tuesday, February 05 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh Ibn_bacoks
PONTIAN – Majlis
sambutan Maulidurrasul anjuran PAS Cawangan Sanglang Benut malam tadi
diserikan dengan kehadiran daripada kalangan kaum Tionghua.
Penceramah
undangan Dr Ann Wang Seng, Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim
Malaysia berjaya menarik perhatian hadirin dengan penjelasan tentang
kefahaman sebenar beragama.
Terdahulu para hadirin telah menikmati jamuan Baryani Kambing yang disediakan pihak penganjur.
Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Tan Ah Kaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian.
Tan Ah Kaw, Ketua DHPP Pontian diberi penghormatan untuk berucap
Sumber: ibn75.wordpress.com
Masjid Kita Tak Mesra Kanak Kanak
Posted on Tuesday, February 05 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber Youtube
Masjid Kita Tak Mesra Kanak Kanak - Prof Madya Dato' Dr MAZA
Masalah masjid tak mesra kanak-kanak dan masjid berkunci - Maulana Mohd Asri Yusof
Asrama sekolah Maahad Darul Quran di Marang tebakar
Posted on Tuesday, February 05 @ 21:00:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Berita Bernama
Gambar dari Facebook.
MARANG
- Sebuah blok asrama separuh konkrit Sekolah Maahad Darul Quran yang
menempatkan 90 pelajar musnah dalam kebakaran semalam.
Kebakaran
pada 10.30 malam itu menyebabkan pelajar tingkatan dua sekolah yang
dikendalikan parti PAS tinggal sehelai sepinggang selepas asrama itu
hampir seratus peratus musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan
berlaku.
Kejadian itu berlaku ketika pelajar berkenaan sedang
belajar di dalam kelas dan disedari orang ramai termasuk Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berada di dalam sebuah daripada
bangunan di kawasan itu.
Abdul Hadi berkata beliau berada tidak
jauh dari tempat kejadian sebelum terhidu bau asap dan melihat asap
tebal namun tidak dapat memastikan bangunan yang terbakar kerana
kedudukan bangunan di kawasan itu agak dekat antara satu sama lain.
Beliau
kemudian menghubungi seorang daripada petugas di sekolah berkenaan
untuk melihat punca asap tebal itu dan dimaklumkan mengenai kebakaran
bangunan asrama menempatkan pelajar tingkatan dua.
"Kejadian itu
berlaku terlalu pantas, kami tidak mampu untuk menyelamatkan apa-apa.
Ada di kalangan penduduk setempat memadam kebakaran terlebih dahulu
bimbang merebak ke bangunan lain.
"Saya bersyukur kebakaran itu
tidak melibatkan kecederaan dan ketika kejadian pelajar berada di dalam
kelas tetapi kami tetap membuat pemeriksaan takut ada pelajar yang uzur
(sakit) di dalam bilik asrama," katanya ketika ditemui di tempat
kejadian.
Abdul
Hadi, yang juga penasihat sekolah berkenaan, berkata sekolah itu mula
beroperasi sejak 1985 dan ketika ini 900 pelajar tingkatan satu hingga
menengah atas tinggal dan belajar di situ.
"Kita akan bina semula bangunan ini dalam masa terdekat dengan bantuan derma serta gotong-royong penduduk kampung.
"Pelajar yang terjejas pula akan ditempatkan sementara di bangunan asrama yang lain buat sementara waktu," katanya.
Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang Zamri Awang Long
berkata 25 anggota dan empat jentera dari Balai Bomba Marang dan Balai
Bomba Kuala Terengganu dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal api.
Katanya punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat. - Bernama
Note: Terdapat gambar Presiden PAS bersama dengan mangsa kebakaran. - PK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan