Rabu, 27 Februari 2013

KADANG2 KEHEBATAN KITA DATANG DARI ISTERI HINGGA KITA BERKAHWIN LEBIH

Lawak Salih Yaacob, Sinar FM kena tempias

Salmiyah Harun, 26 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Ekoran tersebarnya klip video di Youtube yang menunjukkan aksi lawak Salih Yaacob bersama Nabil Rajalawak yang didakwa secara sinis mempersendakan janji Pakatan Rakyat telah mengundang ketidakpuasan para pendengar radio Sinar FM.

Rakaman tersebut adalah sebahagian klip video siri kempen pihak tertentu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam sirinya bertajuk "Bangkang Dari Longkang".

Dalam Video tersebut, kedua-dua pelawak itu berlakon masing-masing membawa watak wakil rakyat dan seorang pembantu yang sedang berdialog dengan masyarakat.

Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.

Video tersebut boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=IK7x2-oUodY.

Ekoran aksi itu, laman Facebook Sinar FM yang disukai lebih 130,000 pengguna facebook telah menerima komen-komen negatif .

Salih Yaacob yang lebih mesra dipanggil SY, merupakan juruhebah di slot Sinar Pagi saluran radio itu.

Stesen radio itu juga dijangka turut terkena tempias apabila ada di kalangan para pendengar kecewa dan mengancam untuk memboikot radio tersebut.

Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.

"Kecewa dengan Sinar FM. Favourite. Tp skrg terpaksa tukar," komen Abbad Muhammad.

"sbelum ni minat jugak sinar fm ni, dgr lagu retro best2, lps tengok video dua org tu trus hilang selera kat sinar fm, better download aje lah lagu retro," komen Ajijen Mohd.

"Sambil memandu ke tempat keja sambil dgr sinar.bila dh jadi mcm ni rasa baik cr siaran lain lh," komen Zunairi Mohamad.

"salih yaacob, ko dah boleh start carik keje lain aa kot. takdenye orang nak dengar SINAR FM lagi dah selagi ko masih dok kat situ," komen Ahmad Zaki Sokhimi.

"Cakap kat SY tu jangan nak kurang ajar sangat," komen Eyka Farhana.

Malah ada pendengar radio itu turut meminta Saleh Yaakob dan Nabil meminta maaf secara terbuka.

"Suruh SY dan nabil mintak maaf secara terbuka kalau tidak kami boikot sinar fm," komen Faizal Goku.

"Saleh.hang kena mintak maap ngan penyokong pakatan.nak lawak pn agak2 lh der," komen Zunairi Mohamad.

Manifesto PR: 'Negara bankrap' skema jawapan BN

Harakahdaily, 26 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak terkial-kial mencari tarikh pembubaran Parlimen, Pakatan Rakyat pula berjaya melancarkan Manifesto yang menyentuh untuk keperluan rakyat semalam.

Seperti biasa, di dada-dada akhbar arus perdana hari ini pula mula menyiarkan komen-komen dari pemimpin BN mengecam tawaran Pakatan Rakyat itu.

Namun bagi AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, komen-komen kecaman tersebut sudah boleh dijangka sejak awal lagi.

"Kita sudah dapat menjangka komen yang diberikan oleh pemimpin BN, iaitu negara akan bankrap jika ikut manifesto Pakatan Rakyat.

"Inilah skema jawapan pemimpin Umno BN apabila setiap kali kita keluarkan tawaran untuk rakyat," katanya.

Menurut Idris, pemimpin BN hanya 'pejam mata' melihat ketirisan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan selama ini seperti yang didedahkan saban tahun oleh Ketua Audit Negara.

Menurutnya Audit Negara 2008 mendedahkan berlaku ketirisan RM28 bilion manakala sebanyak RM871.4 bilion wang haram mengalir keluar antara 2001 hingga 2010.

Tambah beliau lagi, ketika kerajaan Selangor memberi air percuma kepada setiap rakyat, pemimpin Umno lantang mengatakan Selangor akan bankrap.

"Selangor buktikan walaupun wang dihabis untuk rakyat, namun rizab Selangor bertambah daripada RM400 juta tahun 2008 telah meningkat RM2.57 bilion pada tahun 2013,' katanya.

Pulau Pinang ujarnya berjaya membayar hutang lapuk RM600 yang ditinggalkan BN sehingga sekarang berbaki RM30 juta.

Kelantan yang dikatakan miskin pula mampu mentadbir negeri hampir 23 tahun dan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada tempat kedua kepada tempat keempat.

"Maka barang pasti jika PR perintah diperingkat pusat lebih mampu kerana hasil mahsul lebih banyak.

"Semua tawaran PR tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN kerana pemerintahan yang penuh korup, utamakan kroni, menindas rakyat yang tidak sealiran dan pilih kasih.

"Sebab itu pemimpin Umno BN mengatakan negara bankrap kerana mereka fikir pemimpin PR perangai seperti mereka," katanya.

Anwar bertemu 1 jam dengan TG Nik Aziz

Salmah Mat Husain, 26 Feb 2013

KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan kira-kira satu jam dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik  Aziz di JKR 10 hari ini.

(Perbincangan tertutup antara Anwar dengan TG Nik Aziz di JKR 10)

Pertemuan tertutup itu diadakan sempena dengan program Jelajah Anwar ke negeri ini hari ini.

Turut serta mengiringi Anwar adalah Penolong Setiausaha PKR, Rosli Abdullah dan anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz.

Di pihak kerajaan negeri Kelantan pula, Tuan Guru Nik Aziz disertai oleh Exco Datuk Husam Musa dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan,  Haji Zulkifli Mamat dan beberapa lagi.

Namun selepas itu, Anwar mengadakan perbincangan tertutup dengan Tuan Guru Nik Aziz.

 


 

 

Tiada ulasan: