Jumaat, 1 Februari 2013

NAMPAK SANGAT ORANG DAH TAK ENDAK...PENDESAK BERTAMBAH...MUSUH DIKALANGAN RAKAN...TENTU JALAN BERTAMBAH SUKAR...TAKDIR TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH...TERIMA JE LAH...KALAH ITU PENGAJARAN TERBAIK...TIDAK BOLEH DITUNTUT DI UNIVERSITI

Jika Najib Razak Undur.. UMNO kuat dan majoriti bertambah
Posted on Friday, February 01 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang

"Ada cadangan ada kumpulan UMNO berjenaka, Jika Najib Razak dan Rosmah undur dari kediaman perdana menteri di putrajaya peluang UMNO/BN menang dengan majoriti yang lebih besar.

Sanggupkah Najib Rzak berundur dari kerusi perdana menteri Malaysia?. Malah dcadangkan Najib Razak hanya bertanding untuk jadi ahli parlimen sahaja. Jawatan perdana menteri dihadiahkan kepada Muhyiddin Yassain yang tidak sabar sabar untuk duduk kerusi perdana menteri Malaysia.

Jika Najib Razak undur dari kerusi perdana menteri peluang UMNO/BN memperolehi majoriti besar dalam PRU13. UMNO sebenarnya merudum angkara Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Hanya yang timbil diminda pencadang ialah sanggupkah Najib Razak turun takhta  perdana menteri dan menajdi wakil rakyat biasa?. Atau dijadikan Najib Razak duta bertaraf menteri seperti yang disandang oleh Datuk Samy Vellu.

Orang yang paling gembira jika Najib razak undur dari kerusi perdana menteri ialah Tun Mahathir dan anaknya. Untuk rekod anak Mahathir sekarang Timbalan Menteri disebuah kementerian .

Najib Razak menajdi beban dan batu bata pada perjuangan UMNO/BN kata hampir seluruh perwakilan UMNO dan wakkl rakyat UMNO/BN. Hanya Najib Razak ada kuasa jika tidak dah lama berkubur politk Najib Razak jiak diambil kira kes-kes rasuah dan bunuh yang melibatkan Najib Razak .

Namun Najib Razak yakin PRU13 UMNO/BN dapat kekal berkuasa dan ngeri negeri pakatan rakyat dapat ditawan semuala oleh BN/UMNO terutama Selangor.  Itulah cita-cita dan impian Najib Razak, Selangor, Kelantan Kedah dapat ditawan semula. Jangan mimpi disaing hari wahai Najib Razak."
 

 Mak Cik-mak Cik Yang Telah Melanggar Peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012
Posted on Friday, February 01 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Omak Kau!!!



Mak Cik-mak Cik Yang Telah Melanggar Peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012...membawa Kanak-kanak Kecil Yang Boleh Memudharatkan Keselamatan Mereka Di Himpunan Orang Muda Kedah, Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar, Kedah, Semalam!!!!!

Tidak syak lagi, mak cik-mak cik ini telah melanggar syarat yang diperuntukan didalam Akta Perhimpunan Aman 2012 semalam semasa Himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar Kedah semalam.

Ini jika diambil pakai guna alasan pihak polis keatas penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 baru-baru ini.

Harap benar pihak yang berwajib ambil perhatian serius berkenaan dengan rakaman gambar ini.

Dahlah langgar syarat himpunan dikhususkan untuk anak-anak muda.. bawa pulak anak kecil.. Double trouble punya kesalahan ni beb!!!!

Sumber: omakkau.blogspot.com


 Najib jangan jadikan lawatan ke Gaza gimik politik- Anwar
Posted on Friday, February 01 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: Aedi Asri
PETALING JAYA 1 Feb: Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Semenanjung Gaza tidak seharusnya dijadikan gimik politik bagi mengalih perhatian rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN pagi tadi, beliau mengalu-alukan sebarang langkah dari mana-mana pihak yang membawa kebaikan kepada perjuangan rakyat Palestin.


“(Namun) Saya tidak setuju dengan pihak yang ingin jadikannya sebagai gimik politik sebelum pilihan raya.
“Keadaan politik dalam negara tidak harus sama sekali diketepikan (compromised) dalam kita perjuangkan hak saudara kita di Palestin,” katanya.
Tidak seperti kerajaan Umno BN, katanya lagi, Pakatan Rakyat sudah lama mengiktiraf dan menyokong perjuangan Palestin, terutama Hamas.
“Hubungan kita dengan Fatah sudah lama. Sokongan kita terhadap Hamas diketahui (umum)…kita tidak iktiraf mereka (hanya) sebelum Mac (menjelang PRU).
“Untuk kali pertama dalam sejarah, kerajaan Malaysia iktiraf kerajaan sah Hamas yang telah kita (Pakatan) iktiraf sekian lama,” katanya lagi.
Sidang media diadakan sempena meraikan lawatan wakil Hamas ke Malaysia.
Antara wakil Hamas yang hadir adalah Ahli Biro Politik Hamas, Dr Waled Alamoudi, bekas Menteri hal ehwal Sosial Gaza, Ahmad al-Kurd, saudara pengasas Hamas, Dr Nazem Syeikh Ahmad Yassin.
Turut hadir adalah Pengerusi  Aqsa Syarif, Dr Hafizi Mohd Nor, duta Aqsa Syarif, Afdlin Shauki dan barisan pimpinan KEADILAN seperti Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah dan Ketua Biro Antarabangsa, Yusmadi Yusof.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44209
 Puad dakwa Hadi masih di takuk lama
Posted on Friday, February 01 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"SHAH ALAM - "Inilah perbezaan (Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Presiden Pas, Dauk Seri Hadi (Awang), Najib berfikiran di luar kotak, Hadi masih di takuk lama."

Demikian menurut ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi berhubung isu Barisan Nasional dan Umno tidak boleh bekerjasama seperti yang dinyatakan Hadi selaku.

Menurut Puad, Hadi masih tidak matang di dalam politik dan bersikap angkuh.

Beliau berkata, politik pada masa kini mementingkan politik yang "berhati nurani" dan persamaan.

Katanya, rakyat menilai seseorang pemimpin itu berdasarkan sikap mereka di dalam arena politik ini.

"...dari segi sejarah Pas dan kerajaan pernah bekerjasama.

"Hadi berada di takuk lama, dan sudah tidak relevan berbanding Najib yang lebih terbuka.

"Politik masa depan perlukan "politik hati nurani" dan persamaan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2013 di sini hari ini. Karnival ini akan berlangsung sehingga Ahad ini.

[LAGI LAPORAN KLIK DI SINI]

Menurut laporan media semalam, Pas dikatakan tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan BN dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana ia tidak tahu memerintah.

Hadi berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam.

“Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah.

“Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja,” katanya.

Mengulas lanjut, Puad yang Timbalan Menteri Pelajaran berkata, kerjasama DAP dan Pas juga seperti musuh di dalam selimut dengan masalah yang tidak mempunyai penyelesaian.

Beliau berkata, tindakan Hadi itu membuktikan beliau tidak lagi relevan.

"Pas bekerjasama dengan DAP, DAP menjadi musuh di dalam selimut seperti isu kalimah ALLAH," katanya

sumber"



 Najib tidak yakin terus jadi PM sebab itu tidak tetapkan tarikh PRU-13 – Kit Sia
Posted on Friday, February 01 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Roketkini

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ternyata tidak mermpunyai keyakinan dan optimis sebab itu masih berdolak-dalik serta ragu untuk mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, reputasi Najib sebagai Perdana Menteri juga berubah-ubah malah lebih teruk berbanding mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Menurutnya, pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Abdullah Ahmad pada Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15 yang dianjurkan Asian Strategy and Leadership Institute (Asli), semalam, berpendapat Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri terakhir UMNO.
Katanya, begitu juga dengan Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman yang memberitahu pertubuhan Cina di Kulai, kira-kira tiga minggu lalu bahawa Pakatan Rakyat boleh menawan Putrajaya pada PRU-13 walaupun hanya menang dengan majoriti tipis antara 5% hingga 10% kerusi parlimen iaitu majoriti antara 12 hingga 22 kerusi di Parlimen.
“Bagaimanapun manusia paling berkuasa dalam UMNO/BN, Tun Mahathir Mohamad pula kelihatan semakin pesimis mengenai peluang UMNO menawan Putrajaya pada PRU-13, membuatkan dia menyeru pengundi Malaysia menyokong “syaitan yang dikenali bukannya malaikat yang tidak dikenali”.
“Baru-baru ini Mahathir membuat kenyataan lebih semberono dan terdesak termasuk membuat tuduhan tidak berasas bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka (KL112) yang aman dan berjaya dengan kehadiran 100,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan tempat adalah cubaan menggulingkan kerajaan UMNO/BN melalui jalan keganasan.
“Mahathir juga menuduh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman sebelum Merdeka pada 1957 memberi kewarganegaraan kepada satu juta bukan Melayu yang tidak layak dalam cubaan untuk menjustifikasikan penipuan “kewarganegaraan untuk undi” dalam Projek M di Sabah, malah mencadangkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat isu berkenaan,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 70 Hari ke PRU-13, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, walaupun pemimpin UMNO/BN kurang yakin dapat mempertahankan Putrajaya pada PRU-13, pemimpin dan propagandis UMNO/BN mula berkempen untuk memberi gambaran mereka yakin bukan saja untuk menewaskan Pakatan Rakyat tetapi menang besar dengan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen.
“Sama ada Najib akan menjadi perdana menteri terakhir UMNO masih tidak pasti kerana ia akan diputuskan oleh 13 juta pengundi pada PRU-13 nanti.
“Jadi sekarang pengundi boleh memilih untuk membebaskan Malaysia daripada penguasaan UMNO selama 55 tahun selepas Merdeka dan menetapkan demokrasi normal yang mana pengundi boleh memilih kerajaan Persekutuan yang mereka mahu melalui peti undi pada PRU-13 nanti,” katanya. – Roketkini.com.

Adun PAS nafi halang undi calon non muslim PKR
Posted on Friday, February 01 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Ameno World

Adun nafi sebut pengundi Melayu boleh undi UmnoKOTA BHARU: Adun Gaal, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad menafikan beliau menyebut  pengundi beragama Islam perlu mengundi calon beragama Islam daripada Umno sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon kalangan bukan muslim.

Beliau berkata, wartawan yang menulis berita tersebut tidak faham apa yang beliau maksudkan kerana prinsip asas iaitu haram mengundi calon Umno dan BN kerana mereka terang-terangan menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS.

“Wartawan terbabit tanya saya apakah haram mengundi Umno, saya kata memang haram kerana parti tersebut secara jelas menentang perjuangan Islam seperti diperjuangkan PAS sekarang,” katanya dihubungi di sini.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris mendakwa Nik Mazian berkata, perlu mengundi calon Umno sekiranya PKR meletak calon bukan Islam. Berita itu dipetik daripada portal Mole.my.

Dr Nik Mazian yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri berkata, beliau menyebut pada prinsip asas dipersetujui Pakatan Rakyat di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam dari PAS atau PKR.

“Memang orang Islam wajib mengundi calon beragama Islam bagi memastikan agama Islam terus dipertahankan. Namun di kawasan majoriti bukan Islam sudah tentu calon yang bukan Islam dari Pakatan yang bertanding.

“Walaupun calon itu bukan beragama Islam, namun kita perlu memilih mereka bagi menumbangkan kerajaan yang zalim. Itu asas yang telah dipersetujui. Saya tidak kata kena pilih calon Islam daripada Umno, itu tidak masuk akal langsung,” ujarnya.

Menurutnya juga sebelum ini ada sedikit dilema dalam kalangan pengundi Melayu bagi memilih calon bukan Islam kerana dibimbangi kesucian Islam tidak mampu dipertahankan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak berbangkit berdasar kepada kaedah yang telah dipersetujui di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam seperti digunapakai pada pilihan raya umum lepas.

Pendapat aku

1. Bagusla kalau tak betul. Sebab kalau betul ini nama dia racist.

2. Adun pas kena desak the mole betulkan laporan dan salah faham tersebut. Berita tersebut ada impak negatif kepada pas.

3. Bab haram halal wajib dan etc2 neh aku takmo campur. Zaman sekarang aku tengok orang senang2 letak hukum itu neh padahal bukan ahlinya.

4. Aku menyokong pendapat mari la kita sama2 bagi peluang pada diri sendiri untuk try hidup di bawah pentadbiran pakatan rakyat. Tak cuba tatau. Jangan takutkan diri sendiri dengan ugutan dan tuduhan mengarut dari bn yang akan hilang kuasa. Orang yang bakal hilang kuasa memang kuat merapu sebab dah tatau nak buat apa bagi meraih kepercayaan orang ramai.

Walaupun ada juga benda baik yang bn buat, itu nama dia tanggungjawab. Urusan kita dengan bn dah settle. Mereka dah dapat gaji atas menjalankan tanggungjawab tersebut. Rakyat tak berhutang dengan bn okey.

Tetapi dalam pada itu ada juga benda buruk, jahat, lalai dan cuai yang bn buat. Untuk perkara2 neh bn tidak pernah menerima hukuman. Sebab tu mereka melampaui batas.

Nak tunggu dorang hukum diri dorang ibarat tunggu moyang2 kau bangkit dari kubur dan berterbangan naik unicorn. Which is dalam bahasa mudah pergi mampos la kau. Tunggu dalam mimpi kau je la.

Kah kah kah

Sumber: amenoworld.blogspot.com



 Misi memburu udang galah @ sg Bernam
Posted on Friday, February 01 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: modayu

"Hampir setiap hari kita menelaah berkenaan politik diMalaysia,ada panas dan ada kisah sejuk. Selagi PRU13 belum diumumkan,maka kepanasan politik itu pasti menggelegak dimana-mana. Untuk itu mari kita sejukkan sedikit kepanasan berpolitik itu dengan kita 'turun' kesungai bernam di hutan melintang perak untuk melihat bagaimana kehidupan seorang nelayan kampong dalam mencari sesuap rezeki diatas sungai ini.

Berbekalkan pengalaman yang kuat,walaupun beliau tidak tahu membaca sepenuhnya, tetapi dengan kudrat yang Allah beri kepadanya, dia mampu menyara keluarga seadanya demi menyambung hidup yang berbaki ini.

Demi ingin menyelami kehidupan beliau seharian disungai,saya memberanikan diri turun bersamanya bermula dari pagi, petang dan akhirnya pada tengah malam untuk mendapatkan situasi sebenar bagaimana seekor udang galah yang kita makan diatas meja makan dirumah kita itu, sebenarnya adalah penat lelah serta jerih payah seorang nelayan mencarinya untuk kita..Sungguh aneh kehidupan didalam sungai itu yang Allah jadikan semuanya tidak sia-sia..

mari kita selami kehidupan sebenar mereka dan kita lihat betapa segar dan besarnya udang galah yang hidup didalam sungai bernam ini.


 
Semoga kita semua yang melihat video ini mendoakan agar kehidupan para nelayan2 kita di Malaysia diberkati dan agar mereka mengetahui bahawa Allah itu Maha Pemberi rezeki walaupun siapa kita diatas bumi ini...insyaaAllah.

untuk lebih video udang galah, sila lawati di www.youtube.com/user/modayu73 .

subscribe my channel for more videos.

yang Hebat itu Allah dan yang lemah itu saya.

semoga bermanfaat.

md daud yusri alhutan melintangi

www.dadiydoo.com"

 Betulkah NAJIB Pakai Baju CINA MATI?
Posted on Friday, February 01 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Pulakdah

Menurut beberapa komen daripada Facebook apabila melihat gambar di atas, telah memaklumkan bahawa pakaian Najib ini adalah untuk si mati bagi kaum Cina.

Malah salah satu daripada komen tersebut turut memberi pautan sebuah laman web www.yingruixiang.com, sebuah syarikat di China yang pakar dalam menyediakan pakaian dan kelengkapan untuk upacara kematian China.

Laman web tersebut menyediakan pelbagai kelengkapan kematian seperti pakaian si mati untuk lelaki dan wanita, topi untuk si mati, kasut, keranda, pasu abu mayat dan pelbagai kelengkapan lagi. Antara gambar pakaian-pakaian untuk si mati lelaki yang di tunjukkan, adalah gambar pakaian seperti di bawah.








Jika benar pakaian yang dipakai oleh Perdana Menteri kita sempena ucapan Selamat Tahun Baru Cina ini adalah pakaian khas untuk si mati, maka pasti penasihat kepada Perdana Menteri tidak melakukan kerja. Ini seolah-olah sengaja untuk memalukan imej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib perlu berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) yang telah bertindak menurunkan banner-banner ini. Walaupun ia atas alasan ia tidak mendapat permit, namun sekurang-kurangnya banner Najib ini tidak menjadi bahan lelucon bagi masyarakat Cina.

Bagaimanapun jika pakaian ini adalah pakaian umum bangsa Cina, dan bukanlah pakaian untuk si mati, maka penasihat beliau juga perlu untuk memberi makluman ini kepada Perdana Menteri supaya beliau dapat membuat sama ada untuk memakai pakaian ini atau memakai pakaian lain yang lebih sesuai.

Mungkin Chua Soi Lek boleh membantu...



Sumber: pulakdah.blogspot.com


Nama Datuk Nasir Ibrahim tiada dalam senarai calon?
Posted on Friday, February 01 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: anaabdullah

"Mengapa jadi macam itu, kan nak jadi Menteri Besar Terengganu selepas PRU 13 nanti.

Jika namanya tiada dalam senarai calon untuk bertanding dalam PRU 13 macam mana nak jadi menteri besar.

Katanya, beliau akan bertanding Dun Bukit Tunggal kalau nak jadi menteri besar. Sebut sahaja yang dia akan betanding DUN Bukit Tunggal, Haji Ismail Nik dengan lantang mengatakan, ini dia wakil rakyat Bukit Tunggal.

Dengar kata kata itu, mengambarkan yang Nasir ini tidak akan dibenarkan untuk bertnding di dun Bukit tunggal miskipun pernah menang  PRU 11 (2004).

Sinar Harian Khamis (31 Januri 2013) nyatakan cantas mencantas berlaku di DUN Sebarang Takir. Siapa yang dicantas dan siapa pula yang mencantasnya.

Oleh kerana Nasirnamanya tiada dalam senarai calon PRU 13 nanti, maka dia akan cantas Razif Abdul Rahman yang dikatakan sudah kayaraya.

Rasa pelik juga, macam mana nama beliau tidak tersenarai sedangkan beliau, ketua Umno bahagian Kuala Nerus. Bagaimana namanya boleh tercicir.

Atas nama yang dia sudah kayaraya maka tak payah lagilah bertanding PRU 13 ini. Kalau tak mahu turun juga  kenalah dicantas agar Nasir dapat bertanding jugak, hatta namanya sudah tiada dalam senarai calon.

Kata salah seorang wanita umno Batu Raki, Nasir juga sudah kayaraya wajar undur diri beri peluang kepada orang lain pula untuk buat harta.

Kita sedia maklum sesiapa yang boleh jadi calon dan menang dalam PRU sudah tentu akan jadi orang kaya baru.

Bayangkan baru satu penggal jadi wakil rakyat dua ada tiga empat buah kereta dan dapat bina rumah yang berharga jutaan ringgit.

Atas sebab itulah mereka berebut rebut untuk jadi calon kerana ada cam jadi kayaraya dapat pelbagai projek yang mahal mahal belaka.

Cerita yang penulis dengar, Nasir akan bertanding di DUN Sebarang Takir dan Razif Abdul Rahman akan diberi bertanding Parlimen Kuala Nerus.

Dibuat begitu agar cerita cantas mencantas yang tersebar itu tidak menjejaskan nama baik Nasir yang mati matian mahukan jawatan menteri besar Terengganu selepas PRU 13 nanti."




 Nampaknya beban pendokong PAS semakin berat
Posted on Friday, February 01 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: PUTIQ

"Akhir akhir ini dilihat satu fenomena kebangkitan rakyat memprotes  BN semakin menjadi jadi. Luahan bantahan rakyat terhadap pemerintahan BN diutarakan melalui facebook, kartun, pantun sindiran dan berbagai lagi

Satu perkara yg para pejuang islam perlu fahami, tentangan kebanyakkan mereka terhadap BN berdasarkan asas yang tidak kukuh. Kebanyakkan mereka menentang dek kerana masih belum menerima apa yg dijanjikan oleh sang penguasa BN.

Adalah menjadi satu tanggung jawab para da'ie membetulkan asas penentangan mereka semasa mereka sedang merapati kita.Alhamdulilah, apa yg saya lihat sekarang, mereka mereka ini sedang sibuk membantu kita. Sebagai satu uslub dakwah kita tidak boleh menolak mereka walau kekadang mereka adalah orang orang yang dipandang serong oleh masyarakat ramai.

Pepatah melayu ada mengatakan seekor kerbau membawa lumpur maka semuanya akan terpalit. Ini yg membimbangi saya apabila mereka yg dipandang serong oleh masyarakat ini akan dijadikan peluru tomahan kpd PAS oleh parti lawan bahawa PAS adalah parti yg melindungi mereka. Massage yg terselindung yang ingin disampaikan oleh parti lawan  adalah "PAS adalah parti  jahat"

Maka dikesempatan yg ada ini, selain drpd kita terpaksa menyampaikan risalah islam yg syumul, kpd PKR, DAP dll maka jangan diabaikan jua memnyampaikan risalah ini buat mereka agar asas penentangan mereka kpd BN berubah kepada yg dituntut Allah. Dgn asas yg betul sahaja maka mereka mampu istiqamah dgn PAS didalam apa keadaan sekali pun."


 Meroyan Habis bila depa lihat Afdlin Shauki duduk Sebelah Anwar
Posted on Friday, February 01 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"

Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan bernilai USD700,000 kepada wakil pimpinan Hamas bagi tujuan pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin. Turut serta adalah pelakon dan pelawak terkenal Afdlin Shauki.



Anwar Ibrahim, Afdlin Shauki dan wakil NGO Aqsa merakam foto bersama sebaik selesai majlis penyerahan sumbangan pembinaan masjid di Gaza kpd wakil pimpinan Hamas


Walid Al Moudi Ketua Biro Politik HAMAS

Pertemuan Anak saudara kepada AS SYAHID Sheikh Ahmad Yassin, Hamas bersama Anwar Ibrahim..

Klik je Nukilan ABu Luqman"


  Ahli Umno terima geran tanah daripada MB
Posted on Friday, February 01 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Aslani M

GUA MUSANG: Tanpa mengendahkan amaran Umno, sebahagian besar ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lebir tetap hadir pada majlis penyampaian geran tanah semalam.

(Gambar kiri - Mat Omar menerima geran dari Tuan Guru Nik Aziz)

Lebih menggembirakan lagi apabila 54 ahli Umno yang hadir pada program berkenaan semalam menerima sendiri geran tanah disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seorang peneroka Mat Omar, 60 yang mendiami RKT Lebir sejak 1981 berkata, Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah sudah lama menjanjikan mahu menyelesaikan masalah pemilikan tanah.

“Namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan. Beliau hanya cakap sahaja. Selepas lama menunggu kami mengusahakan sendiri dengan menyertai jawatankuasa khas ditubuh kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri hanya mengenakan bayaran premium RM10 sahaja bagi lot rumah seluas suku ekar. Kalau ikut proses biasa saya difahamkan kena bayar RM2,000 bagi setiap lot,” katanya di sini semalam.

Beliau mengakui peneroka dibawa ke RKT Lebir pada 1980 bagi menguatkan Umno di Gua Musang. Malah tapisan dibuat memastikan hanya ahli Umno diterima sebagai peneroka di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Pada majlis semalam Mat Omar juga menyerahkan sumbangan yang dikutip dalam kalangan peneroka bagi mengisi dana lebuh raya rakyat kepada Menteri Besar.

Adun Paloh dalam kenyataan media hari ini memberitahu kerajaan negeri tidak sepatutnya memberi geran tanah kepada peneroka kerana kawasan itu diurus Kesedar sejak sekian lama.

Kemarahan Nozula dapat dilihat apabila kira-kira 40 peneroka warga emas dikumpul di simpang tiga di Paloh 2 membantah penyampaian geran tersebut. (gambar)

Mereka berhimpun dengan membawa pelbagai sepanduk yang ditulis tidak mahu kerajaan negeri campurtangan di Kesedar.

Ahli Umno di RKT Lebir, Mahmud Abdul Rahman, 61 berkata, beliau juga menerima panggilan telefon daripada seorang pemimpin Umno supaya keluar menyertai demontrasi.

“Saya pun pelik dengan perbuatan mereka, sedangkan kita susah payah datang dari kampung sejak berpuluh tahun lalu untuk mendapatkan tanah sendiri.

“Sebelum ini macam-macam pemimpin Umno buat tomahan termasuk kononnya geran tanah palsu. Biar pun sebagai ahli Umno saya tidak boleh terima tindakan mereka,” katanya.

Beliau juga berkata, geran hak tanah lebih penting berbanding demontrasi yang tidak ada tujuan dan merugikan peneroka sendiri.

Penghulu Mukim Chalil, Norazmi Abdullah berkata, kesemua 172 peneroka diberi peluang untuk memohon mendapatkan geran lot kediaman mereka tanpa mengira menyokong parti mana.

Katanya, sebahagian besar peneroka termasuk ahli dan penyokong Umno mengisi borang permohonan kecuali mereka yang mempunyai jawatan dalam Umno.

“Mereka takut kerana ada tekanan pemimpin Umno di atas. Namun saya percaya mereka juga akan mengikut jejak 54 ahli Umno yang sudah mendapat geran hari ini,” katanya.

Foto Mijie Yusoff,

Sumber: Harakahdaily

Tiada ulasan: