Jangan politikkan tarikh bubar Dun, Parlimen
1 Februari 2013
Kelmarin, Kerajaan Negeri Selangor dipetik berkata akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan perayaan Cap Goh Meh.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya percaya yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada tarikhnya, yang sesuai untuk membubarkan Parlimen.
Menurutnya, di dalam sejarah politik negara, tidak pernah Parlimen terbubar dengan sendirinya.
Justeru, Wan Ahmad berkata, isu pembubaran Parlimen tidak boleh dijadikan isu politik untuk kepentingan parti.
"Memang Menteri Besar (Selangor) ada hak nak bubar, tapi mereka kena minta perkenan sultan dahulu.
"Jangan politikkan isu tarikh pembubaran Parlimen ini, saya yakin Perdana Menteri sudah ada tarikhnya sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.
Kelantan dan Pulau Pinang bercadang untuk membubarkan serentak dengan tarikh pembubaran Parlimen.
Selain Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, Pakatan Rakyat juga menerajui Kerajaan Negeri Kedah.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, kerajaan negeri dan Pusat perlu bekerjasama dalam isu ini.
Katanya, jangan jadikan isu ini untuk menunjukkan kuasa kepada rakyat.
"Kedua-dua kerajaan mesti bekerjasama dan tunjukkan persamaan," katanya lagi.
Husni, Zambry nafi hubungan renggang
1 Februari 2013
- Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai.
- Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula disebut-sebut bertanding di dua kerusi sama ada Dun Hulu Kinta atau Dun Manjoi.
- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini pernah menjadi Timbalan Pengerusi BN Perak pula dijangka akan bertanding di Dun Rungkup jika beliau menjadi calon menteri besar.
Saya jarang jumpa Zambry
TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menafikan hubungannya dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir semakin renggang.
Menurutnya, dakwaan kononnya hubungan antara beliau dengan Zambry tidak begitu baik adalah tidak benar sama sekali. Katanya, mungkin faktor tempat tinggal yang menyebabkan mereka jarang berjumpa menyebabkan timbul spekulasi hubungan mereka renggang.
“Saya tinggal di Kuala Lumpur manakala Zambry berada di Perak. Disebabkan kekangan tersebut, kami tidak rapat seperti dahulu terutama untuk minum bersama.
“Sebagai Menteri Kewangan II, banyak kerja yang perlu saya lakukan begitu juga dengan menteri besar yang perlu laksanakan tugas-tugasnya,”katanya ketika ditemui pada Majlis Pra-Pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, disini, semalam.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tiada apa-apa yang berlaku antara beliau dan Zambry kerana mereka saling menyokong antara satu sama lain.
Menurut beliau, orang ramai tidak perlu percaya dengan khabar angin tersebut kerana politik bukan hanya tentang pilihan raya.
“Kita perlukan pilhan raya untuk membentuk kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi masa depan rakyat. Setelah apa yang kami buat, takkan tiba-tiba kami berdua bergaduh pula,” katanya.
Ahmad Husni berkata, Zambry mempunyai matlamat dan kerjanya sendiri termasuk dirinya menyebabkan mereka jarang bertemu kerana rajin bekerja.
Ini kerja pembangkang
Tindakan pihak pembangkang yang dilihat cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN memperlihatkan mereka kekeringan idea untuk menarik sokongan rakyat.
Zambry berkata, cubaan untuk melaga-lagakan beliau dengan Husni bertujuan menunjukkan Umno dan BN Perak lemah.
“Ia (isu berkenaan) bukanlah khabar angin tetapi satu spekulasi yang sengaja digembar-gemburkan. Mereka tak tahu apa yang boleh dilakukan, isu timbul apabila sesetengah pihak melihat kekuatan Umno dan BN Perak.
“Oleh itu, mereka cucuk sana, cucuk sini. Jadi jangan layanlah,” katanya ketika mengulas isu itu selepas bersama-sama Ahmad Husni dalam Majlis Pra Pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, di sini semalam.
Zambry menegaskan, isu itu juga merupakan satu lagi agenda politik yang cuba dibawa oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN.
“Mereka seperti sudah kekeringan idea dengan mereka-reka cerita kononnya kami tidak sehaluan.
“Mereka turut menimbulkan isu bahawa Husni akan menggantikan saya untuk kerusi Menteri Besar,” katanya.
Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang tidak menolak kemungkinan Zambry akan bertanding di kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Malah dalam isu itu turut didedahkan kolumnis Sinar Harian, Yusof Harun yang menjelaskan wujudnya usaha melaga-lagakan pemimpin di Perak bertujuan melemahkan Umno.
Anwar: RCI kena panggil Pak Lah, Najib
1 Februari 2013
Hal ini kerana katanya, pasukan khas yang ditubuhkan merupakan sebuah pasukan yang menjalankan kerja-kerja itu secara berterusan.
"Sepatutnya tanya kepada Tun Abdullah dan Datuk Najib. Najib sebagai Perdana Menteri masih terus mengendalikan pasukan petugas itu di bawah perdana menteri sehinggalah mungkin sampai tahun lalu," kata Anwar.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa bertanggungjawab ke atas "projek IC" ini.
Anwar menambah, tindak tanduk Dr Mahathir yang turut mengaitkan beliau dalam "projek IC" sebenarnya tidak dapat menangkis siapa sebenarnya di sebalik projek terbabit.
"Soal Tun Dr Mahathir memang cara dia. Soalnya apakah dia boleh nafikan dia bertanggungjawab, dia yang mengasaskan pasukan petugas, dia yang melantik (bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Tan Sri) Aziz Shamsuddin dan (bekas anggota Kabinet, Tan Sri) Megat Junid (Megat Ayub) dan semua laporan itu sampai kepada pengetahuan beliau. Ini yang patut dijawab terlebih dahulu," tegas Anwar lagi.
Beliau dalam pada itu turut membidas tindakan kerajaan Malaysia yang seolah-olah melindungi individu dikehendaki polis Filipina, Manuel Kringal Amalilio untuk pulang ke negaranya.
"Keadaan ini serius. Agak tidak baik untuk menjaga hubungan dua negara apabila kita kelihatan melindungi penjenayah," tegas beliau.
Amalilio dikehendaki polis Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) dan turut dikatakan sebagai anak saudara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, namun dinafikan oleh polis Malaysia.
"Walaupun orang itu dipercayai ada kaitan keluarga dengan Musa Aman. Saya tahu ada kaitan saudara. Kalau ada kes sepatutnya pihak polis atau Kementerian Dalam Negeri ambil tahu kes itu dan apabila nampak ada asas, terus bagi kerjasama kepada kerajaan Filipina untuk meneruskan siasatan dan pendakwaan sekiranya perlu," ujar beliau lagi.
ends
Bubar Dun awal: PR belum buat pendirian muktamad
1 Februari 2013
"Ada perbincangan, perbincangan berterusan, sekarang sedang diteruskan," kata Anwar menjawab pertanyaan pemberita.
Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dun selepas sambutan Cap Goh Meh bulan ini.
Namun katanya, cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama," kata Khalid yang turut memberitahu, ia juga tertakluk kepada tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengumumkan atau memberi apa-apa indikator berhubung tarikh pilihan raya selepas Cap Goh Meh ini.
Namun Khalid tidak menolak akan mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan.
Kelantan dan Pulau Pinang memutuskan akan mengadakan pilihan raya serentak dengan pusat.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata, beliau belum terfikir untuk membubarkan Dun bagi memboleh pilihan raya negeri diadakan secar berasingan.
Pembubaran katanya, bergantung kepada keadaan semasa di negeri dan ia terserah kepada beliau untuk menilainya sendiri.
Nik Zawawi: Kes Nasha dan Daud Al-Iraqi berbeza
1 Februari 2013
Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, itu tidak menjadi masalah memandangkan keanggotaan sedia ada dalam majlis itu mencukupi.
Menurutnya, sehingga semalam, majlis tidak membincangkan soal siapa yang akan menggantikan Nasharudin.
"Setakat ini kita tidak menyenaraikan sesiapa pun untuk menggantikan kekosongan itu. Kita berharap jika ada pengganti nanti, orang itu akan lebih baik," katanya, semalam.
Sementara itu, mengulas dakwaan ada seorang lagi anggota majlis itu yang mempunyai masalah kedatangan iaitu Datuk Muhammad Daud Al-Iraqi, Nik Zawawi berkata, dakwaan itu tidak benar.
Katanya, ketidakhadiran Muhammad Daud dalam mesyuarat Majlis Syura adalah dengan keizinan majlis.
"Majlis Syura akan membenarkan anggotanya yang uzur dengan izin syarak sahaja untuk tidak hadir dalam setiap mesyuarat yang diadakan," katanya.
Hadi: Pas, Umno tidak boleh bekerjasama
1 Februari 2013
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam.
“Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah.
“Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja,” katanya di sini, kelmarin.
Beliau berkata, begitulah keadaan Melayu yang mudah lupa kerana menyalahkan PR menjadi punca masalah air walaupun ia baru memerintah empat tahun di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Mahathir: Umno tidak pernah sokong bakar Bible
1 Februari 2013
Beliau berkata, kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali tidak mencerminkan pendirian Umno.
"Ibrahim bukan anggota Umno. Beliau mungkin menyokong Umno tetapi beliau bukan jurucakap bagi Umno," katanya dalam entri terbaharu blognya www.chedet.cc.
Dr Mahathir berkata adalah malang Ibrahim harus mencadangkan agar kitab Bible menggunakan kalimah Allah, yang baharu dicetak dibakar.
"Itu mungkin cara untuk kita melupuskan sebarang penerbitan yang tidak diingini. Namun ia tidak boleh dilakukan untuk kitab suci seperti Bible dan al-Quran.
"Tetapi apa yang diperkatakan Ibrahim tidak mencerminkan pendirian Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menganggapnya sebegitu untuk meraih publisiti politik," katanya.
Dr Mahathir berkata, beliau menganggap cubaan untuk membayangkan sokongan Ibrahim terhadap Umno "bermaksud apa yang diperkatakan ialah apa yang dilanggan Umno sebagai nakal".
Beliau berkata, walaupun rakyat Malaysia boleh menganuti perbezaan fahaman politik, namun mereka tidak harus menggunakan perbezaan agama untuk meraih sokongan pengundi bagi memenangi pilihan raya.
"Ia umpama pedang bermata dua, dan mereka yang hidup dengan pedang akhirnya mati oleh pedang.
"Biarlah kontroversi ini diselesaikan oleh orang yang bertanggungjawab secara tertutup. Jangan biarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu agama. Ia mungkin menafikan kebebasan bersuara tetapi kebebasan tersebut, di dalam demokrasi yang liberal, mempunyai kekangan jika mahu demokrasi terus subur.
"Saya ingin merayu semua pihak supaya menghentikan tindakan menyalahgunakan isu ini," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan