Jumaat, 1 Februari 2013

JIKA ILMU DAKWAH SETENGAH TIANG...TIRU SUNNAH...IKUT SYARIAT YANG SEDAP2 AJE...IKUT HALUAN KEHENDAK MAJIKAN...ESOK KESAL TAK SUDAH...INSAF PUN TAK GUNA SETELAH MELIHAT API MENJULANG2

Maaf Mufti Perak, boleh saya bertanya?

Mohamed Hanipa Maidin, 01 Feb 2013
Baru-baru ini Mufti Perak mengeluarkan kenyataan tentang isu penggunaaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam khususnya penganut Kristian.

Kenyataannya dilaporkan di Mingguan Malaysia di bawah tajuk "Jangan terus cabar, hina Islam" (Mingguan Malaysia 27/1/2013).

Antara lain beliau menyatakan jika Islam terus dicabar termasuk isu penggunaan nama Allah dibimbangi boleh membawa pertumpahan darah kerana menurut beliau umat Islam wajib berjihad mempertahankan kesucian Islam dan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam yang tidak mentauhidkan Allah.

Beliau berkata "kalau diberikan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, kalimah Allah akan digantung di gereja dan diletakkan pada salib yang ada patung Nabi Isa di situ, seolah-olah Nabi Isa itu Allah. Maka itu tidak boleh dibenarkan kerana menghina akidah Islam."

Beliau juga menegaskan umat Islam sama sekali tidak boleh benarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam kerana ia sama seperti mereka bersetuju dengan perbuatan menyekutukan Allah dan persetujuan itu juga menjadikan mereka kafir.

Pembaca dapat melihat betapa kerasnya kenyataan Mufti Perak tersebut. Tidak pula kita dengar dan lihat kenyataan keras seperti itu dikeluarkan oleh Mufti Perak ke atas kenyataan ramai pemimpin Umno sebelum ini yang menghina Islam seperti kenyataan Nabi Muhammad s.a.w tidak bercukur kerana tiada pisau cukur, jika laksana hudud ramai akan kudung tangan, bertafakur di Tugu Negara, membuang nama Islam dari parti politik dan kenyataan atau tindakan seumpama itu.

Saya tidak berniat untuk berdebat dengan Mufti Perak kerana siapalah saya dibandingkan dengan orang berilmu sepertinya. Bagaimanpun saya rasa tidak salah untuk saya bertanya meminta penjelasan atas pendapatnya yang keras itu.

Apabila ada umat Islam yang berpandapat bahawa tidak salah orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tidakkah pendapat itu sendiri diasaskan atas tindakan Rasulullah s.a.w.? 

Mufti Perak, saya percaya arif tentang seerah Rasulullah s.a.w. Saya ingin berkongsi dua buku mengenai seerah, satu dalam bahasa Arab dan satu lagi dalam bahasa Inggeris.

Dalam buku "qiraatun siyasiyatun li seeratin nabawiyyatin" (pembacaan politik di dalam seerah kenabian) karangan Dr Muhammad Rawwas Qal'aji terbitan Dar An Nafaes, Beirut dan buku "Muhammad his life based on the earliest sources" oleh Almarhum Dr Martin Lings (Abu Bakar Siraj al-Din) kedua-duanya menceritakan kisah sulh al-Hudaibiyyah.

Kedua-dua buku itu menceritakan bagaimana apabila Suhayl Al Amru, wakil Quraysh Mekah yang datang bersama sama Mikraz dan Huwwytib untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w. menyuruh Syaidina Ali r.a menulis muqadimmah perjanjian damai itu dengan kalimah "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih". Suhayl menentang penggunaan kalimah tersebut dengan berhujah bahawa dia tidak tahu kalimah itu dan beliau meminta ditulis kalimah "Bismik Allahumma" (Dengan namaMu Wahai Allah).

Meskipun para sahabat mahu kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" digunakan namun Rasulullah s.a.w menunjukkan toleransi (tasamuh) Islam dengan membenarkan kalimah " Bismik Allahumma" digunakan oleh orang kafir.

Bukankah kisah tersebut menunjukkan pertamanya penggunaan nama Allah adalah satu perkara rutin oleh orang-orang Arab termasuk yang kafir.

Keduanya meskipun nama Allah yang orang kafir Arab gunakan adalah berbeza dengan pemahaman orang Islam tentang kalimah suci tersebut, kenapakah Rasulullah s.a.w tidak melarang malah benarkan pula mereka menggunakan kalimah Allah.

Pernahkan dalam mana-mana masa dalam fasa da'wah Rasulullah s.a.w, Baginda menyeru jihad untuk memerangi Arab yang kafir kerana menggunakan nama Allah?

Jika Rasulullah membenarkan Suhayl yang kafir itu menggunakan nama Allah bagaimanakah Mufti Perak mengatakan umat Islam yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah dikira menyekutukan Allah. Bagaimanakah mengikut teladan Rasulullah dikira menyekutukan Allah..?

Tentang kenyataan Mufti bahawa orang kafir seperti Kristian tidak boleh guna nama Allah kerana kalimah Allah adalah suci dan yang demikian ia tidak boleh digunakan oleh mereka yang menyekutukan Allah.
Persoalannya sejak bila pula orang kafir tidak menyekutukan Allah? Jika mereka menyekutukan Allah, apa bezanya mereka guna nama Allah atau tidak?

Bukankah kerana mereka salah memahami bahawa Allah itu tiga dan bukan Esa, maka kita kena sampaikan mereka tentang siapakah Allah yang sebenar.

Bukankah surah al Ikhlas dimulakan dengan kalimah "qul" (Katakan atau ceramahkan atau beritahu) bahawa Allah itu Esa. Mengapa perlu adanya kalimah "qul " jika sejak awal Kristian beriman dengan Allah itu Esa.
Perlukah diberitahu kepada orang yang beriman Allah itu Esa bahawa Allah itu Esa?

Apabila Nabi Sulaiman a.s menulis surat kepada Ratu Balqis yang menyembah matahari ketika itu kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" digunakan. Bukankah dengan menghantar surat yang mengandungi nama Allah kepada Balqis, Nabi Sulaiman hakiktnya menyuruh Balqis membaca/menggunakan nama Allah? Bukankah Balqis kafir ketika itu jadi kenapakah dibenarkan beliau membaca /menggunakan kalimah Allah?

Bukankah penganut Kristian percaya Isa anak Allah dan kepercayaan itu tidak sama dengan kepercayaan orang Islam. Kalau digunakan logik Mufti maka kita juga seharusnya halang penganut Kristian guna kalimah Nabi Isa kerana apa yang mereka percaya tidak sama dengan kita?

Bukankah apabila di dalam Al Quran Allah menyatakan bahawa orang Nasrani menyatakan Nabi Isa adalah anak Allah, Allah menyatakan itu adalah kata kata yang keluar dari mulut mereka. Mulut adalah terjemah kata hati.

Mengapa Allah tidak kata lancarlah jihad dan bakar bible mereka kerana mereka kata Isa anak Allah !!

Tentang dakwaan Mufti Perak jika dibenarkan guna kalimah Allah maka Kristian akan gantung kalimah Allah di gereja atau digantung pada patung Nabi Isa, isunya adakah perkara itu telah berlaku? Jika tidak, mengapa harus kita membuat spekulasi?
Bukankah di zaman Rasulullah jika ada sahabat bertanya soalan spekulasi Rasulullah akan bertanya adakah perkara itu telah berlaku?

Kerana sayangkan umatnya Rasululah larang soalan spekulasi kerana jika ditanya soalan tersebut masa wahyu diturunkkan bukankah ia akan membebankan kita semua?

Wajarkah menghukum orang Kristian atas dasar spekulasi.? Jika perkara itu dah berlaku, bukankah Negara ini ada undang undang? Mengapa perlu nak menumpakan darah?

Mengapakah kita tidak pandang kawan kawan kita di kalangan Kristian dengan kacamata kasih sayang, sesuai Islam adalah agama Rahmah. Bukankah samahah (toleransi) adalah sifat agama ini? 

 Masih Ada Lagi Kampung Dalam Bandar Yang Tiada Kemudahaan Asas
Posted on Friday, February 01 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Jofri Jaraiee

Hak milik tanah serta masalah kemudahan asas penduduk Sealine Baru masih diabaikan

MIRI - Kampung Sealine Baru terletak hanya 11 km dari bandaraya Miri, terletak di simpang ke SK Senadin / Desa Senadin / Universiti Curtin. Kebanyakan penduduk di situ adalah kaum Iban dan terdapat juga orang Melayu.

Kampung Sealine telah bergabung dengan Kampung Senadin Tetap untuk membentuk Kampung Senadin Jaya sebagai sebahagian daripada program lanjutan kampung. Malangnya, DUN Senadin yang telah mendapat nama 15 tahun yang lalu dari Kampung Senadin telah diabaikan oleh wakil rakyat BN, kepentingan penduduk kampung atau kebajikan mereka tidak dijaga dengan baik atau masalah mereka tidak diketengahkan oleh wakil BN kepada kerajaan negeri untuk diselesaikan setelah sekian lama mereka menunggu.

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk kampung ialah tidak mempunyai bekalan air bersih dan juga bekalan elektrik. Penduduk kampung berkongsi satu meter air dengan 10 orang lain dan untuk mendapatkan bekalan elektrik mereka terpaksa menggunakan bateri kereta atau Genset .

Mereka sudah beberapa kali mengadu dan merayu kepada bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan ahli Dewan Undangan Negeri dan juga ahli Parlimen bagi kawasan mereka untuk menyalurkan bekalan air dan elektrik ke kampung mereka tetapi sehingga kini janji hanya tinggal janji kosong saja.

Mereka hanya datang membuat berbagai janji sewaktu musim pilihanraya tetapi selepas itu jarang sekali mereka datang semula berjumpa dengan penduduk kampung di situ. Ini semua sebahagian daripada gimik pilihan raya saja untuk meraih undi, menurut penduduk kampung yang tidak mahu namanya disiarkan kepada pihak kami.

Katanya lagi, orang-orang kampung yang telah diberikan lot tanah pada Mac 2011 menghadapi masalah untuk masuk ke tanah mereka disebabkan tiada jalan masuk serta tiada sistem perparitan yang sempurna di mana ada kawasan tertentu mudah dilanda banjir kilat sewaktu musim hujan lebat.

Kita juga mendapat maklumat yang wakil BN bekerjasama dengan Jabatan Tanah dan Ukur telah mengeluarkan surat tawaran tanah (surat tawaran lot kediaman) pada Mac 2011 sebelum pilihan raya negeri yang lepas kepada 288 penerima berkelayakan daripada 460 lot yang dikeluarkan.

Pihak kerajaan perlu mempercepatkan penyerahan hak milik tanah dan menyediakan infrastruktur serta kemudahan asas (sistem perparitan, jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik) ke kampung Sealine Baru di Lutong.

Kita menggesa agar pihak berkuasa tempatan dan mereka yang berkenaan untuk segera menunaikan janji dan menyediakan kemudahan asas seperti yang dikehendaki oleh penduduk kampung Sealine selama ini.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung ini dari terus berlarutan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Land Title and the problem of basic amenities of New Sealine residents are still neglected

MIRI
- New Sealine village is located only 11 km from Miri city, situated at the junction of the SK Senadin / Desa Senadin / Curtin University. Most of the residents are Ibans and there are Malays also.

Sealine village have merged with Senadin Tetap village to form Senadin Jaya village as part of the village extension program. Unfortunately, the Senadin state assembly which have obtained the name 15 years ago from the village of Senadin has been neglected by the BN representatives, the interest or welfare of the residents there is not been treated with care or their problems is not highlighted by the BN representatives to the state government to be solved after so long they wait.

The main problem faced by the villagers for not having a clean water supply and electricity. Villagers share a water meter with 10 other people and to get their electricity had to use a car battery or generator.

They had repeatedly complained and appealed to former Sarawak deputy chief minister and a member of the State Assembly and also a Member of Parliament for them to deliver water and electricity to their village, but until now remaining empty promises only.

They just come to make various promises during the election season, but after that they rarely come back to see the villagers. This is all part of an election gimmick just to get votes, according to residents who wished to remain anonymous to us.

He added that the village people who were given plots of land in March 2011 having problems to get to their land because there is no access road and no proper drainage system in which certain areas prone to flash flooding during a rain storm.

We also gets the information that the BN representatives collaborate with the Department of Lands and Survey has issued land offer letter (offer letter residential lots) in March 2011 before the last state election to 288 qualified recipients from 460 lots issued.

The government should speed up the submission of land titles and providing infrastructure and basic facilities (drainage, roads, water and electricity) to New Sealine village in Lutong.

We urge local authorities and those concerned to immediately fulfill its promise and provide basic facilities as required by the Sealine villagers all this while.

The cooperation with the relevant authorities to resolve the problem of these villagers from persisted is highly appreciated.

Sumber: pas-miri.blogspot.com


 Tarik balik saman AES, pulangkan denda, bekas AG memberitahu Gani Patail
Posted on Friday, February 01 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Amin Iskandar

1 Feb — Pejabat Peguam Negara seharusnya menarik kembali semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan memulangkan semula wang saman dibayar oleh pesalah trafik yang didenda kerana sistem diswastakan itu terbukti tidak befungsi dengan baik, kata Tan Sri Abu Talib Othman memberikan pandangannya berhubung topik panas itu menjelang Pilihan Raya 2013.

Pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun, beliau yang sekarang seorang penjawat awam bersara menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat.

“Ia adalah benar-benar tidak adil dan tidak munasabah untuk membenarkan saman dikeluarkan tetapi tidak membenarkan pendakwaan kes itu jika seseorang atau orang-orang yang disaman ingin mencabar tindakan pihak berkuasa itu.
“Di manakah mereka pergi untuk mendapatkan keadilan? Mahkamah mesti bertindak secara bebas dan tidak menerima arahan daripada Pendakwa Raya,” kata beliau dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
Pejabat Peguam Negara dan kerajaan persekutuan dikritik hebat bulan lepas diatas pembekuan pendakwaan pesalah trafik di bawah AES akan tetapi membenarkan sistem itu untuk terus beroperasi.
Pembekuan saman itu diarahkan selepas bantahan terhadap sistem tersebut yang telah mengeluarkan 300,000 saman sejak ia bermula pada 23 September tahun lalu.
Keputusan itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang meluas dan mendorong pentadbiran Najib memikirkan untuk menghentikan pelaksanaan sistem yang menyebabkan pengguna menerima dua saman termasuk dari perangkap kelajuan polis di sepanjang lebuh raya.
Tidak berapa lama selepas pembekuan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengatakan sistem AES akan beroperasi seperti biasa dan saman akan terus dikeluarkan, membangkitkan lebih banyak kritikan dari mereka yang menentang sistem tersebut.
“Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu,” kata Kong pada 26 Disember.
Namun, Kong turut mengakui saman AES tersebut bermasalah dari sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan tersebut.
Bulan lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.
Dalam satu kenyataan, mereka bagaimanapun menegaskan saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.
Abu Talib, walau bagaimanapun, menyimpan kritikan terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar), yang dilaporkan telah mengakui kelemahan dalam AES.
Abdul Gani dilaporkan berkata saman masih lagi sah akan tetapi mengakui terdapat kelemahan dalam aspek undang-undang saman tersebut dan pejabatnya masih lagi dalam perbincangan tentang bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Pada 13 Januari, akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia melaporkan peguam tertinggi negara itu keputusan berkenaan dengan ribuan saman yang telah dikeluarkan setakat ini masih tidak boleh didedahkan kerana ianya melibatkan beberapa jabatan.
“Hakikat beliau mengatakan pejabatnya memerlukan masa untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan AES serta memastikan semua peraturan dan tatacara berada di tempatnya  sebelum prosiding mahkamah dimulakan adalah satu pengakuan bahawa sistem tersebut tergesa-gesa dilaksanakan tanpa memikirkan dengan mendalam untuk undang-undang dan hak rakyat,” katanya.
Menurut Abu Talib, kenyataan Abdul Gani membuktikan sistem AES tidak diperincikan dengan teliti terlebih dahulu oleh kerajaan sebelum ianya dilaksanakan.
“Jika ia benar, bahawa semua peraturan dan tatacara masih belum tersedia, perkara yang betul untuk beliau lakukan adalah untuk menarik balik semua saman yang dikeluarkan dan memulangkan semula semua denda yang dibayar, jika ada,” kata beliau yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi JPJ berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.
Pihak polis, yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk pemandu ingkar.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) telah menggunakan isu ini menjelang kempen pilihan raya yang perlu diadakan pada April selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat.
Tarik balik saman AES, pulangkan denda, bekas peguam negara memberitahu Gani Patail


 Najib tak perlu mandat baru!
Posted on Friday, February 01 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,..

Pada 2004, Dollah Badawi dengan bangganya membubarkan Parlimen untuk mendapatkan mandat baru dari rakyat, Maka terkapai kapailah kerajaan PAS Terengganu yang sempat memerintah selama 4 tahun sahaja. Akhirnya Dollah Badawi menang besar dan hampir hampir mencetuskan pertumpahan darah yang besar di Kuala Terengganu sejurus selepas PRU selesai. Derih Jusoh pula berjalan dengan dada ke depan kerana BN menang besar dan mendapat mandat baru dari rakyat.

Pada 2008, Dollah badawi sekali lagi dengan nada yang angkuh membubarkan Parlimen untuk mendapat mandat baru sekali lagi. Cuma empat tahun memerintah, Dollah sudah meminta mandat baru dari rakyat. Tetapi kali ini, apabila tiba gikiran Najib, jangkamasa empat tahun sudah berlalu, mandat baru masih belum ditagih oleh Najib. Apakah Najib tidak perlukan mandat baru itu?

Parlimen sudah tinggal nyawa nyawa ikan tetapi Najib masih lagi galak melakukan perkara yang didakwanya terbaik untuk rakyat. Najib masih mengarahkan anak buahnya untuk bertemu rakyat untuk mengagihkan bantuan sekolah RM100. 00 dan bulan ini bantuan BRIM pula.

Sementara steven tv terutamanya RTM dan TV3 suku, sibuk memutarkan rancangan rancangan meningkatkan pendapatan rakyat miskin seperti diumumkan dalam bajet 2013. Sibuk benar Najib dengan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat di ambang Parlimen menuju ke penghujungnya.

Sehingga kini, belum ada khabar tentang mandat baru dari Najib, tidak seperti PM yang lepas. Najib sibuk melawat Gaza, sibuk memberitahu rakyat bahawa semua janjinya sudah ditepati, tetapi tidak ada permintaan mandat baru. Najib mungkin tak perlukannya.

Najib nampaknya bersungguh sungguh mahu menampakkan imejnya sebagai seorang pemimpin negara yang hebat, sanggup melakukan apa saja untuk rakyatnya kecuali menurunkan harga minyak, tetapi Najib masih tidak menyebut tentang mandat baru. Kalau memang Najib hebat dan diterima majoriti rakyat kenapa mesti tunggu begitu lama untuk meminta mandat baru dari rakyat yang sebelum ini hanya mengambil masa empat tahun sahaja?

Sedangkan Najib kelihatan menunggu Parlimen terbubar sendiri untuk kembali berdepan dengan rakyat bagi mendapatkan mandat baru. "


 Bila Afdlin Shauki DiTempias Kerana Anwar Ibahim
Posted on Friday, February 01 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: Dukunpasir

"Kepentingan agama biarlah melebihi dari kepentingan politik dan tidak seharusnya isu isu begini dipolitikkan. Dalam isu kita membantu rakyat palestine jurang politik TIDAK harus diletakkan berada ditengah...Apabila menatap gambar ini rasa bersyukur yang amat sangat sebab kita tahu Afdlin Shauki adalah ahli UMNO tapi dalam kesungguhan beliau membantu rakyat Palestine kepentingan politik beliau letak ditepi. Itu satu pendirian yang patut kita contohi dan banggakan.

Malangnya ada pihak yang tidak berpuas hati dan mula mempertikai kan apa yang sedang PKR melalui DS Anwar Ibrahim lakukan...hingga pahitnya turut dirasai oleh Afdlin Shauki sendiri....kenapa begitu sempit pemikiran kita dalam isu PALESTINE INI?

Jadikan keperibadian Afdlin ini sebagai contoh sebelum kita mengeluarkan segala pendapat dan sokongan dalam isu Palestine dan jangan terlalu terikat dan berburuk sangka disebabkan POLITIK yang akan anda lihat komen komennya dibawah nanti. 

Sebelum ini ada juga cemuhan dan makian yang dilempar kepada Perdana Menteri dan DS Rosmah selepas balik dari berkunjung ke sana...dan pastinya sama, baik dipihak pembangkang dan kerajaan, tidak semua yang dilakukan itu mendapat nilai positif...sebab apa?? Sebab kita berpaksi pada sandaran Politik dalam isu Palestine ini.

Pada pandangan penulis, biar apapun pendapat dan huraian anda, bila kita berada dalam isu Palestine...politik tidak perlu kerana yang akan  mengundi bukan rakyat Palestine dan BIARLAH KITA BIJAK MENILAI DAN TIDAK MENYIMPANG JAUH DARI MATLAMAT ASAL SEPERTI INI ........


 PANAS! Zambry Kena Tendang Macam Ali Rustam?
Posted on Friday, February 01 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Jalan Pulang

1) ADUN Pangkor, Zambry Abd Kadir dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai.

2) Ahmad Husni Hanadzlah pula disebut-sebut bertanding di dua kerusi sama ada Dun Hulu Kinta atau Dun Manjoi.

3) Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini pernah menjadi Timbalan Pengerusi BN Perak pula dijangka akan bertanding di Dun Rungkup jika beliau menjadi calon menteri besar.

Saya jarang jumpa Zambry

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Ahmad Husni Hanadzlah menafikan hubungannya dengan Menteri Besar Haram, Zambry Abd Kadir semakin renggang.

Menurutnya, dakwaan kononnya hubungan antara beliau dengan Zambry tidak begitu baik adalah tidak benar sama sekali. Katanya, mungkin faktor tempat tinggal yang menyebabkan mereka jarang berjumpa menyebabkan timbul spekulasi hubungan mereka renggang.

“Saya tinggal di Kuala Lumpur manakala Zambry berada di Perak. Disebabkan kekangan tersebut, kami tidak rapat seperti dahulu terutama untuk minum bersama.

“Sebagai Menteri Kewangan II, banyak kerja yang perlu saya lakukan begitu juga dengan menteri besar yang perlu laksanakan tugas-tugasnya,”katanya ketika ditemui pada Majlis Pra-Pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, disini, semalam.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tiada apa-apa yang berlaku antara beliau dan Zambry kerana mereka saling menyokong antara satu sama lain.

Menurut beliau, orang ramai tidak perlu percaya dengan khabar angin tersebut kerana politik bukan hanya tentang pilihan raya.

“Kita perlukan pilhan raya untuk membentuk kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi masa depan rakyat. Setelah apa yang kami buat, takkan tiba-tiba kami berdua bergaduh pula,” katanya.

Ahmad Husni berkata, Zambry mempunyai matlamat dan kerjanya sendiri termasuk dirinya menyebabkan mereka jarang bertemu kerana rajin bekerja.

Ini kerja pembangkang

Tindakan pihak pembangkang yang dilihat cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN memperlihatkan mereka kekeringan idea untuk menarik sokongan rakyat.

Zambry berkata, cubaan untuk melaga-lagakan beliau dengan Husni bertujuan menunjukkan Umno dan BN Perak lemah.

“Ia (isu berkenaan) bukanlah khabar angin tetapi satu spekulasi yang sengaja digembar-gemburkan. Mereka tak tahu apa yang boleh dilakukan, isu timbul apabila sesetengah pihak melihat kekuatan Umno dan BN Perak.

“Oleh itu, mereka cucuk sana, cucuk sini. Jadi jangan layanlah,” katanya ketika mengulas isu itu selepas bersama-sama Ahmad Husni dalam Majlis Pra Pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, di sini semalam.

Zambry menegaskan, isu itu juga merupakan satu lagi agenda politik yang cuba dibawa oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN.

“Mereka seperti sudah kekeringan idea dengan mereka-reka cerita kononnya kami tidak sehaluan.

“Mereka turut menimbulkan isu bahawa Husni akan menggantikan saya untuk kerusi Menteri Besar,” katanya.

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang tidak menolak kemungkinan Zambry akan bertanding di kawasan Parlimen pada Pilihanraya Umum ke-13.

Jika spekulasi ini benar, Zambry bakal menerima nasib yang sama seperti ketua menteri Melaka, Ali Rustam yang dikatakan akan ditendang ke Pusat dan bertanding di parlimen Jasin, itu pun sekiranya BN menang dalam keadaan Pakatan Rakyat bersiap sedia memerintah Malaysia buat kali pertama sejak merdeka 55 tahun lalu.

Sumber: jalanpulang1978.blogspot.com


Yahudi tanam pokok gharqad bagi menangkis roket Hamas
Posted on Friday, February 01 @ 17:11:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: detikislam

"detik islam blogTentera Israel tidak hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menangkis serangan roket dari Jalur Gaza. Mereka juga menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.

Pohon-pohon yang ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Jalur Gaza berfungsi untuk menghalang pandangan pejuang Palestin yang ada di Jalur Gaza. Dengan itu diharapkan serangan roket Mujahidin akan menjadi tidak tepat.

"Dengan cara ini rakyat "Israel" yang tinggal di sekitar Gaza lebih dilindungi dan selain itu juga boleh menikmati pemandangan hijau," ujar salah satu pejabat tentera Israel, Brigjen Elkabetz, seperti dilaporkan Israel National News, Jumaat (25/1/2013).

MINOLTA DIGITAL CAMERA
Para pemimpin Zionis Israel ketika melakukan gerakan menanam pohon ghorqod

Tentera Israel sendiri berkata ketika ini orang yahudi di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak berlaku gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah penjajah Yahudi menggempur wilayah Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama "Pillar of Defence" (Tonggak Pertahanan) November 2012 lalu.

Kaedah pertahanan dengan menanam pohon sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Pada penjajahan awal ke atas Palestin, Zionis Israel menanam banyak pokok di wilayahnya untuk menghalang tentera pasukan Arab yang berperang dengannya.

Dalam sebuah hadis sahih, apa yang dilakukan pihak Zionis Yahudi ini sebenarnya adalah menanam pokok gharqad. Ternyata Yahudi percaya akan hadis ini, sehingga mereka menanam pohon gharqad sebagaimana disebut dalam hadis.

Jadi, mereka sangat yakin akan dapat mengalahkan seluruh umat manusia, khususnya umat Islam dan menjadi pemimpin dunia, namun di sisi lain mereka juga berlumba-lumba menanam Tanah Palestin yang mereka duduki secara tidak sah dengan pohon gharqad (nama saintifik: Nitraria retusa).

Hadis sahih tentang hari akhir mengenai pokok ini adalah:

"Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon berkata: 'Wahai Muslim! Hai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia! Kecuali pohon ghorqod, maka, itu adalah dari pohon-pohonnya orang Yahudi, "(HR Muslim VII/188, Bukhari IV/51, Lu'lu 'wa al-Marjan III/30).

Dari hadis tersebutlah Zionis Yahudi berlumba-lumba menanam Tanah Palestin dengan pohon gharqad, maka kenyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa mereka itu sesungguhnya memahami hakikat hari akhir zaman, di mana mereka akan dikejar oleh umat Islam dan hanya pohon gharqad lah satu-satunya tempat yang bersedia untuk dijadikan tempat berlindung.

Oleh itu, tidak hairanlah, projek menanam pokok ini dilakukan secara besar-besaran sejak 1984 hingga sekarang. Yahudi percaya dengan hadis di atas, bahawa pohon gharqad akan melindungi mereka dari dikejar dan serangan umat Islam.

Detik Islam "

'Satukan perkara sama, raikan perkara berbeza'

Harakahdaily, 31 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh yakin, konsep pakatan yang dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat akan memberikan hasil yang terbaik untuk rakyat dan negara ini.

Ini kerana, kata beliau, konsep yang diterima oleh Pakatan adalah "mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza.

"Memang kita ada perbezaan tetapi dengan pakatan kita akan dapat capai yang terbaik," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas pendapat yang mengatakan Pakatan sukar untuk memerintah negara akibat dari perbezaan yang ada dalam Pakatan Rakyat.

Bagi beliau, sekiranya Pakatan  tidak boleh bersama, sudah lama berkecai Pakatan Rakyat ini tetapi sampai kini masih boleh bersama.

"Kita masih dapat bermesyuarat bersama, berhimpun bersama, dapat anjur Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka secara bersama dan pelbagai lagi.

"Apa yang berlaku adalah berbeza pendapat. Ya memang ada perbezaan pendapat, tetapi kita memilih titik-titik pertemuan yang boleh menyatukan.

"Kita menerima konsep pilihan raya yang adil, yang telus, pilihanraya yang sebenarnya, menentang kezaliman, keadilan untuk semua. Ini konsep yang diterima oleh semua pihak," jelas beliau.

Beliau mengakui memanglah halal dan haram berbeza antara Islam dan bukan Islam "tetapi Islam membenarkan kita berniaga dengan bukan Islam, membenarkan kita bermuamalah dengan bukan Islam. Ini semua diajar oleh Islam."

Menurut beliau, Pakatan mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza.

"Dengan sebab itu kita namakan Pakatan bukan Barisan. Pakatan ini bermakna kita berpakat dalam perkara yang sama. Dalam perkara yang berbeza masing-masing berpakat juga," katanya.

Bagi beliau, konsep ini wujud sejak zaman Nabi Muhamad saw lagi apabila menyatu Islam dan bukan Islam di bawah negara Madinah.

"Semua diizinkan bebas dengan syarat tidak menimbulkan huru hara. Apa yang penting tidak menimbulkan huru hara," katanya.

Bagi beliau perbezaan pendapat dan perbalahan ada di mana-mana.

"Dalam satu keluarga pun ada tetapi jangan bercerai. Inilah pendekatan yang kita ambil dalam Pakatan," katanya.

Menurutnya, dalam melaksanakan semua ini, ada flexible dan ada juga konsisten.

Dalam pelaksanaan sebuah kerajaan jika Pakatan memerintah juga satu perkara yang mudah, tegasnya.

"Ini perkara mudah. Kita apa sistem federalisme. Ada kuasa negeri ada kuasa pusat.

"DAP misalnya boleh melaksanakan dasarnya di negeri Pulau Pinang yang dia perintah. Dalam masa yang sama kerajaan negeri memberikan hak kepada orang Islam dalam bidang agama kita.

"Kita (PAS) pula boleh menunjukkan konsep Islam di Kelantan yang kita perintah. Dalam masa yang sama orang bukan Islam tidak tertindas di Kelantan," katanya.

Di peringkat pusat pula, katanya, pelaksanaan dibuat secara pakatan.

"Dalam masa yang sama, kita ada kerajaan pusat yang boleh menyelaraskan perkara-perkara yang umum. Saya yakin ia sangat mudah," katanya.

Bagi beliau, ia tidak berlaku semasa BN kerana tidak menangani hal ini dengan baik dan berlaku kecelaruan.

"Negeri-negeri yang kaya seperti Sabah, Sarawak, Terengganu paling miskin rakyatnya, paling ketinggalan infrastruktornya daripada negeri-negeri lain.

"Negeri pantai barat lebih maju dari negeri pantai timur. Negeri Malaysia Timur lebih teruk, ini warisan British dan Umno dan BN tidak boleh selesaikan warisan Bristih ini dalam kadar yang sepatutnya selepas 50 tahun kita mencapai kemerdekaan," jelas beliau lagi.

Tiada ulasan: