Jumaat, 1 Februari 2013

KITA ADA HARI PEMBALASAN...YANG TERLEPAS DIDUNIA...AKHIRAT TAK TERLEPAS SERTA TAK BOLEH LARI....'PADAN MUKA KITA'

SAMM bersama pimpinan bekas Polis dedah penyelewengan 'dipayungi' Ment
Posted on Thursday, January 31 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Chegu Bard

Kenyataan Umum
31 Januari 2013

Jemputan Taklimat Media: Khas pimpinan Persatuan Bekas Anggota Polis Malaysia dedah penyelewengan 'dipayungi' Menteri

Bermula 20 Disember 2011 apabila SAMM mengiringi Tn Hj Mohamad Sabu bertemu dengan sekumpulan pimpinan Persatuan Bekas Polis Malaysia berkenaan kebajikan mereka yang terabai. Namun peringkat itu penerimaan mereka terhadap Hj.Mohamad Sabu agak sedikit terganggu mungkin kerana terpengaruh dengan media isu 'Mat Indera - Komunis' lebih lagi rata-rata masih kuat pro Umno. Perkongsian maklumat amat terhad pada ketika itu.

Berikutan satu set dokumen yang diperolehi dalam peti surat rumah che'GuBard di N.Tebal berkaitan penyelewenganwang kebajikan bekas polis. Dokumen tersebut menyebut dengan jelas bagaimana setiap bantuan kebajikan Jabatan Perdana Menteri untuk bekas Polis terpaksa dibayar komisyen dan dalam dokumen yang membongkar kegiatan ini menyebut dengan jelas nama pimpinan tinggi Bn sebagai orang tengah. Maka 16 September 2012, SAMM telah tampil membuat laporan SPRM yang sehingga kini tiada khabar tindakan susulan. klik sini untuk membaca berkenaan laporan SPRM

Pada 11 Januari 2013, salah seorang pimpinan Persatuan Bekas Polis telah membuat kejutan apabila muncul di Pentas Rakyat, countdown #KL112 di Kg. Baru, K.Lumpur, namun kerana masa agak terhad 5minit maka tidak banyak pendedahan boleh dibuat. Namun perkongsi maklumat bersama wakil tersebut menyedarkan Persatuan Bekas Polis ini sememangnya ada banyak isu dan masalah yang berpanjangan dan tidak selesai. Bukan itu sahaja malah dalam hieraki persatuan jelas menyebut peranan beberapa Menteri namun penyelewengan sememangnya terang - terang wujud dalam persatuan yang akhirnya secara tidak langsung kezaliman berlaku terhadap ratusan ribu bekas polis yang terabai.

Sehubungan dengan itu semua pihak media dijemput untuk satu sesi taklimat media ;

Tajuk : SAMM bersama pimpinan bekas Polis dedah penyelewengan 'dipayungi' Menteri

Tarikh : 4 Febuari 2013 (Isnin)

Masa : 10.45 pg - 11.45 pg

Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat bawah, Dewan Perhimpunan Cina Selangor, KL

Taklimat media ini bertujuan untuk menerangkan masalah kemelut persatuan yang berpanjangan, korupsi yang berlaku dan peranan Menteri dalam perkara ini. Taklimat media ini akan disertai oleh pimpinan Persatuan Bekas Polis peringkat Kebangsaan dan Negeri.

Sekian

Norazizi Abd Aziz
Pengarah Seketeriat
Solidariti Anak Muda Malaysia
0123696474

Sumber: chegubard.blogspot.com


  Amaran Dr M: Perubahan akan sekat kemajuan ekonomi
Posted on Thursday, January 31 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR,31 Jan—Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perubahan seperti dikatakan oleh pembangkang bukanlah terbaik untuk Malaysia kerana ia hanya akan membantutkan kemajuan ekonomi yang cuba dibawa ... Mahathir menegaskan berbeza dengan negara lain, Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak pernah bertukar pemerintahan sejak mencapai kemerdekaan dan menggambarkan perubahan kerajaan bakal memberi kesan teruk terutamanya dari segi ekonomi khususnya.

“Malaysia tidak pernah bertukar pemerintahan sejak Merdeka.

“Oleh sebab itulah negara terus-menerus mencapai kemajuan sehinggalah sekarang ini,” kata beliau dalam satu forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.
Beliau turut berkata walaupun negara sudah bertukar perdana menteri sebanyak lima kali, setiap pemimpin baru tersebut adalah masih dikalangan parti pemerintah maka hala tuju negara masih dilandasan yang tepat.
“Walaupun Malaysia bertukar perdana menteri, hala tuju negara masih lagi sama.
“Malahan kita berjaya mengecapi kejayaan dan menjadi sebuah negara yang membangun,” tambah mantan perdana menteri itu lagi.
Mahathir juga mengecam pembangkang walaupun berjaya memenangi lima negeri pada pilihan raya 2008 lalu, mereka masih lagi gagal untuk menjadi sebuah kerajaan yang kukuh hingga kini.
“Mereka (pembangkang) memenangi lima negeri pada pilihan raya lalu tetapi masih lagi tidak dapat menjadi sebuah kerajaan yang kukuh malahan antara mereka juga terdapat perbezaan.
“Mereka tidak dapat mencapai persetujuan bersama dalam polisi malahan tiada persefahaman dikalangan mereka,”ujar beliau lagi.
MENYUSUL LAGI
Amaran Dr M: Perubahan akan sekat kemajuan ekonomi


  Mahathir Terus Melontar Najis Ke Mukanya
Posted on Thursday, January 31 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh MS0

Mahathir: Nafikan dulu buku ini. Selepas bekas KM Sabah Salleh Said Keruak membuat dakwaan Anwar Ibrahim terlibat dalam projek IC palsu di Sabah, saya sedang menunggu perkembangan selanjutnya. Saya tidak nampak kenyataan dan dakwaan Salleh itu memberi impak besar dan tidak akan tersambung. Tentu akan ada hulubalang lain akan menyambung dakwaan Salleh itu.  Apa dilakukan Salleh itu sekadar membuka idea, macam mana untuk mengelakkan rakyat Sabah membenci Umno.

Bagaimana pun Anwar Ibrahim terus membalas kenyataan Salleh itu secara ringkas dengan mengatakan dia tidak terlibat. Barang kali kenyataan itu sudah mencukupi bagi Anwar, tanpa memberi hujah dan bukti tambahan. Dan mereka yang mengikuti perbicaraan dan siasatan RCI ternanti-nanti dengan penuh minat untuk mengetahui perkembangan selanjut.

Setakat ini siasatan RCI tidak terkeluar nama Anwar dan nama-nama lain lebih besar yang terlibat dengan projek huduh nasional itu. Yang terkeluar ialah dua nama bekas menteri kabinet, Abdul Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayub di samping nama seorang bekas KM Sabah, Osu Sukam. Orang pun faham apabila dua nama bekas menteri kabinet itu disebut dan keluar. Orang tahu menteri kabinet itu menjadi 'anak ayam' kepada siapa. Menjadi boy kepada siapa?

Megat Junid (sudah mati) dan Abdul Aziz Shamuddin tidak mesra dengan Anwar. Walaupun mereka berada dalam parti sama, tetapi jarang malahan boleh dikatakan tiada langsung agenda Umno yang digerak oleh mereka bersama. Masing-masing bergerak mengikut arah pandu berbeza. Dalam kata lain Aziz bersama Megat Junid tidak akan berpakat dengan Anwar kerana mereka sebenarnya adalah 'bermusuh' di antara satu sama lain. Mereka bertentangan bukan saja dari ideologi atau aliran pemikiran, tetapi Abdul Aziz Shamsuddin adalah memusuhi Anwar secara tersendiri.

Berdasar chemistry itu jelas apa didakwakan oleh Salleh Said Keruak itu hanya tuduhan semata-mata. Satu palitan fitnah untuk memburukkan reputasi Anwar yang masa kini semakin mendapat sambutan di Sabah. Salleh sepatutnya mendedah apa-apa bukti penglibatan Anwar lebih jauh dari itu dan bukan sekadar membuat tunduhan bersifat 'lancau'.

Jadi hari ini bila orang yang pernah mendapat jolokan Mahafiraun, Mahathir Mohamad membuat pengakuan kononnya Anwar terlibat dalam projek IC palsu itu ia menempati apa yang saya bayangkan. Saya sudah merasakan idea Salleh Said Keruak itu akan diperpanjangkan oleh Mahathir, dan itu yang diharapkan kerana Salleh sendiri tahu powernya tidak sekuat mana.

Dalam penjelasan hari ini Mahathir tidak menyebut dengan jelas penglibatan Anwar hanya berandaian. Katanya Anwar suka berbuat sesuatu tanpa arahan, kadang-kadang melebihi daripada apa yang dia buat. Nah dengarlah, itulah jawaban mengubah jiwa orang (psykologi) yang selalu Mahathir guna. Itulah tektiknya. Dia suka memberi percakapan tanggung untuk diterjemah oleh orang ramai mengikut dendangan iramanya. Bagi orang yang bersujud sahwi dan taksub "dalalah" kepadanya akan mempercayai apa yang diucapkan oleh Mahathir.

Katanya lagi, dia akan dedahkan penglibatan Anwar itu di mahkamah sekiranya di panggil memberi keterangan. Kenapa tunggu di mahkamah. Mahathir boleh dedahkan hari ini juga. Bila masa pula Mahathir menghormati mahkamah. Dulu semasa dia mendedahkan afidavit untuk memenjarakan Anwar, Mahathir tidak pun pedulikan peraturan mahkamah? Tetapi kenapa hari ini perlu nanti mahkamah panggil?

Begitu pun kita alu-alukan Mahathir ke mahkamah dan begitu juga dengan Anwar. Kita harap RCI memanggil mereka berdua ini. Walaupun tiada tanda dan hubungan Anwar terlibat dalam projek itu tetapi kerana dia berada bersama Mahathir dalam Umno ketika itu, kita boleh mengandaikan ianya turut terlibat.

Memanggil Mahathir dan Anwar adalah tindakan terbaik.

Seperkara lagi saya hendak sebut di sini untuk difikir, siapakah terlibat atau tidak dalam projek IC palsu itu, ialah kehadiran sebuah buku berjudul "IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?" yang ditulis oleh Mutalib M.D. Buku setebal 1,180 muka surat itu sudah lenyai diperkatakan oleh rakyat Sabah. Mahathir kena jawab dulu dakwaan dalam buku itu sebelum mengheret songsang Anwar dalam kemelut projek busuk itu.

Walaupun buku itu itu bukan merupakan laporan sahih yang disahkan oleh mana lembaga, tetapi ia boleh dijadikan panduan. Di dalam buku itu nama yang disebut dengan projek itu ialah Mahathir bukannya Anwar. Gambar dan nama Mahathir tertera di muka depan, tiada wajah Anwar. Kalau apa yang didedahkan dalam buku palsu kenapa tiada tindakan ke atas penulis dan penerbitnya.

Kalau Anwar terlibat dengan projek IC palsu sudah tentu gambar Anwar juga tertera sama dengan gambar Mahathir. Semasa isu projek IC palsu itu Anwar masih bersama Umno dan wajar ia dihukum sama ketika itu kalau dia terlibat. Tetapi kenapa tidak. Kalau tidak kesemuanya sekurang-kurang ada nama Anwar dikaitkan dengan projek syaitan dikenali itu.

Mudahnya kenyataan Mahathir mengaitkan Anwar dengan projek IC palsu adalah ulangan kepada sikap dan fiilnya yang suka mengenakan getah nangka kepada orang lain. Itulah kerja licik dan bijak Mahathir menyebabkan dia kelihatan tidak bersalah walaupun dia adalah pemuka utamanya. Dalam serbi serbi Mahathir berbuat begitu.

Tragedi Memali tahun 1985, Mahathir langsung tidak bertanggungjawab dan kejadian itu diletakkan atas bahu Musa Hitam. Kerugian Perwaja Steel di Terengganu melibatkan kerugian lebih RM800 billion Mahathir letakkan atas Eric Chia. Kerugian projek kereta nasional, Proton, Mahathir letakkan atas menterinya yang memberi AP kepada kereta luar. Ah, bermacam-macam kerugian dan kejadian jenayah lain semuanya Mahathir mengelak dan mencari kambing hitam untuk dijadikan korban. Mahathir seorang yang berbohong tanpa berkerut kening, kata orang Kelantan.

Mengenai projek IC palsu ini Mahathir boleh elak tetapi orang tidak akan percaya yang dia tidak terlibat. Projek ini adalah skandal terbesar didalam negara ini yang menyebabkan negara boleh 'kalah perang' terlepas kepada orang lain. Tidak dapat tidak sebagai menteri dalam negeri dan perdana menteri Mahathir maha mengetahui mengenainya. Salah satu kes jenayah yang akan dituduh ke atas Mahathir sekiranya Pakatan Rakyat memerintahkan nanti ialah mengenai memalsukan warganegara ini.

Seluruh rakyat yang faham dan mengetahui kuasa seorang perdana menteri tidak akan menolak penglibatan dan peranan Mahathir, lagi pun beliau sendiri sudah membuat pengakuan di luar mahkamah yang beliau berikan taraf warganegara kepada warga asing atas alasan Tunku Abdul Rahman pun berbuat demikian.
Mahathir boleh lari dan mengelak tetapi orang tidak akan mempercayainya. Hanya dua manusia saja yang mempercayai apa yang beliau katakan, pertama anaknya Mukhriz dan penyokong nombor wahidnya yang sanggup menjilat punggungnya, Inchek Ibrahim Ali. [wm.kl.5:00 pm 31/01/13]

Mahathir Terus Melontar Najis Ke Mukanya

 Kedudukan menjelang PRU13 sengit
Posted on Thursday, January 31 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh NIZAM ZAIN

PROF Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, anak kelahiran Machang, Kelantan, antara pensyarah sains politik yang telah menggunakan banyak masa akademiknya untuk mengkaji perkembangan politik, selain mengkaji pola pengundi dan perkembangan pilihan raya di Malaysia dan Indonesia.

Selain tokoh akademik, beliau lebih dikenali sebagai penganalisis politik yang mempunyai kelas yang tersendiri dan penilaian terhadap perkembangan politik tanah air malah hasil kajiannya sentiasa mendapat rujukan pelbagai pihak khususnya ahli politik dan pihak berkepentingan terutamanya menjelang pilihan raya umum tahun ini.

Ikuti temu bual eksklusif Sinar Harian Online bersama beliau bagi mendapatkan gambaran sebenar politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai seorang penganalisis dan pemerhati politik, apakah telahan Prof berhubung peluang pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia?

AGUS: Jika melihat kepada ramalan dari hasil kajian yang dibuat oleh beberapa penganalisis sebelum ini, kedua-dua parti yang bersaing iaitu Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang sama rata.

Prof (Ulung Datuk) Dr. Shamsul Amri Baharudin meramalkan BN akan menang dengan 120 kerusi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang meramalkan PR akan menang dengan 125 kerusi, bekas Ketua Ekonomi Bank Islam memberikan peluang yang lebih baik kepada PR, dan begitulah juga dengan banyak kajian lain yang telah diberikan oleh para pengkaji dan penganalisis, lebih kurang seimbang sahaja peluangnya.

Tidak ada seorang pun penganalisis yang berani meramalkan mana-mana parti yang bersaing dapat memenangi dengan dua pertiga majoriti sepertimana yang biasa kita dengar sebelum ini.

Bagi saya pula, setelah penelitian dibuat kepada data yang ada, kedudukan sekarang adalah sengit.

Setiap parti masih mempunyai peluang yang seimbang untuk menang dengan kedudukan sekarang saya dapati BN selesa di 96 kerusi dan PR di 68 kerusi.

Selebihnya 58 kerusi lagi adalah kawasan menarik untuk diperhatikan kerana secara umumnya kerusi-kerusi tersebut mempunyai komposisi pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu sekitar 20 peratus.


Kelebihan dan kekurangan BN-PR

SINAR HARIAN ONLINE: Oleh kerana Malaysia satu-satunya negara Komanwel yang belum pernah menukar Kerajaan Persekutuan sejak lebih 50 tahun lalu, adakah Prof menjangkakan peralihan kuasa itu akan berlaku sepertimana yang berlaku di negara-negara jiran yang lain?

AGUS: Saya telah nyatakan bahawa, kedudukan setiap parti yang bersaing sekarang ini sengit dan masing-masing parti belum menunjukkan “winning posture” yang jelas bahawa mereka akan memenangi pilihan raya ini.

Banyak aspek lain yang perlu diberikan perhatian. Saya perhatikan isu-isu kempen, kekuatan jentera parti, janji-janji politik parti, kredibiliti calon, dan imej parti adalah seimbang. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.

Jika dilihat dari aspek kewangan dan media, saya fikir kekuatan BN melebihi PR dalam soal ini. Tetapi kelebihan BN tidak jauh kerana sekarang ini yang menentukan kemenangan sesebuah parti tidak bergantung semata-mata kepada 3M ('money', 'machinery' dan media) sepertimana dahulunya, tetapi adalah sikap pengundi.

Inilah yang menarik untuk dikaji iaitu tentang sikap pengundi muda, pengundi bandar, pengundi kelas menengah, pengundi kampung, pengundi wanita, pengundi atas pagar, pengundi diam, pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Dengan banyaknya faktor yang masih perlu diambil kira dan senario yang ada sekarang, terlalu awal untuk bercakap tentang perubahan kerajaan.

Satu yang saya pasti ialah jika kerajaan BN masih lagi dapat mengekalkan keselesaan hidup rakyat, maka peluang “status quo” kekal adalah tinggi.

 

Tsunami 2008 PRU13 berbeza

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula tsunami politik 2008, sejauh mana Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan berjaya melenyapkan gelombang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti?

AGUS: Tsunami 2008 dengan PRU 2013 adalah berbeza. Tsunami 2008 datang tanpa dijangka dan di luar dugaan. Dalam PRU ini, apa juga keputusannya rakyat telah menjangkakannya kerana tidak ada satu parti pun yang akan menang dengan majoriti yang besar.

Apakah kepimpinan Perdana Menteri dapat melenyapkan tsunami 2008 dalam PRU ini? Saya tidak fikir semudah itu kerana seperti yang saya katakan tadi, semuanya adalah seimbang.

Apatah lagi dalam banyak program transformasi yang diumumkan oleh PM, rakyat masih belum menikmati lagi kejayaan dari program tersebut, cumanya dapat menerima beberapa bantuan sosial yang diberi secara “one-off” sahaja. Saya tidak fikir sekadar bantuan “one-off” dapat melenyapkan tsunami 2008.

SINAR HARIAN ONLINE: Ada pihak mengatakan, tsunami 2008 itu berlaku disebabkan rakyat kecewa dengan kepincangan yang berlaku dalam BN, khususnya Umno baik dari segi salah guna kuasa, rasuah, sabotaj calon PRU12, politik wang dan perebutan kuasa. Oleh sebab itu, rakyat beralih arah kepada pembangkang untuk memberi pengajaran kepada BN supaya insaf dan perbaiki kelemahan parti. Sejauh mana pandangan itu mempunyai asasnya?

AGUS: Semua pandangan di atas mempunyai asasnya dan saling berkait antara satu sama lain.  Namun, masih ada empat lagi faktor besar yang menyumbang kepada berlakunya tsunami 2008.

Pertama ialah kemarahan rakyat kepada kenaikan kos hidup disebabkan oleh tindakan kerajaan waktu itu menaikkan harga minyak dalam kadar yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin pun sebelum ini.

Kedua, pengaruh media alternatif yang cukup luar biasa dalam mempengaruhi pengundi muda dan kelas menengah untuk menolak kerajaan.

Ketika itu, kerajaan BN tidak memberikan perhatian yang besar sangat kepada pengaruh dan keberkesanan media ini berbanding dengan sekarang ini.

Ketiga, faktor calon BN yang menimbulkan ketidakpuasan hati pemimpin dalam BN sendiri. Hal ini panjang untuk dihuraikan tetapi telah dibahaskan dengan baik oleh ramai penganalisis sebelum ini.

Satu lagi faktor yang mempunyai persamaan dengan kedudukan BN sekarang ialah tentang janji-janji politik.

Jika pada 2008, rakyat menaruh harapan yang menggunung tinggi kepada slogan bekerja bersama saya, menghapuskan rasuah, dasar pembangunan koridor bagi setiap wilayah, sekarang ini rakyat juga meletakkan harapan yang tinggi kepada kejayaan pelaksanaan gagasan 1Malaysia, NKRA dan pelbagai program transformasi kerajaan.

Jika pada 2008, harapan tinggi rakyat gagal diterjemahkan dengan baik oleh kerajaan, saya fikir rakyat juga sedang menilai dengan penuh teliti kejayaan pelaksanaan dasar kerajaan seperti yang saya tadi.


SINAR HARIAN ONLINE: Pembangkang sangat sinonim dengan budaya himpunan jalanan dan demonstrasi di negara ini, yang terbaru ialah Himpunan Kebangkitan Rakyat atau #KL112 di Stadium Merdeka yang telah mencatatkan sejarah apabila ia berlangsung dengan aman, tanpa provokasi pihak tertentu dan tanpa keganasan yang melampau. Adakah ia petanda awal Umno-BN akan berkubur pada PRU13 apabila majoriti yang menyertainya adalah orang Melayu?

AGUS: Saya tidak nampak kaitan sebuah perhimpunan  Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung aman dengan petanda bahawa kerajaan BN akan berkubur dalam PRU13 nanti. Jika perhimpunan berlangsung aman, maka itulah yang kita harapkan dan itulah yang kita mahu.

Biarpun majoriti yang hadir dalam  Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah orang Melayu, data yang kumpulan penyelidik saya kutip mendapati majoriti orang Melayu di desa, di tanah rancangan, hatta di bandar masih bersama dengan BN.

Yang menjadi masalah kepada BN sekarang ialah sokongan bukan Melayu kepada PR sekarang ini padu, satu kelainan ketara dari sikap pengundian mereka sebelum PRU 2008.
Jadi, masalahnya sekarang ialah BN menghadapi krisis keyakinan dari bukan Melayu, bukannya orang Melayu.

 

'One-off' hanya gula-gula sementara

SINAR HARIAN ONLINE: Sejak akhir-akhir ini Datuk Seri Najib dilihat mendahului pembangkang dengan mengguna pakai idea pembangkang yang diubah suai berhubung program kebajikan seperti BR1M, Bantuan Awal Persekolahan, rebat telefon pintar, PR1MA dan sebagainya. Adakah BN ketandusan idea untuk memikat hati pengundi dengan mengubahsuai idea pembangkang dan menjadikan BN semakin popular. Sejauh mana ia memberi kesan kepada sokongan dan menyumbang kepada peningkatan undi pada PRU13 nanti?

AGUS: Menerima pakai idea pembangkang untuk memberikan bantuan kepada rakyat adalah sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya kerajaan bersedia untuk melaksanakan apa juga idea pembangkang yang baik untuk kesejahteraan rakyat.

Persoalannya bukan itu pada saya. Yang penting dijawab ialah sejauh manakah idea pembangkang itu baik?  Dan sejauh manakah bantuan 'one-off' itu memberi kesan positif pada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat?

Saya harus nyatakan tawaran mana-mana parti yang berbentuk 'one-off' itu hanya sekadar gula-gula sementara kepada rakyat bagi mendapat sokongan dalam pilihan raya. Langkah PR yang menjanjikan banyak ‘barang percuma’ sekiranya memerintah dan selepas itu cuba diikuti rapat oleh BN bukanlah dasar ekonomi yang baik.

Saya kira dasar seperti itu tidak adil pada ekonomi negara yang memerlukan banyak wang untuk membayar hutang luar dan menyediakan pembangunan fizikal kepada rakyat.

Saya harap selepas PRU13 nanti, dasar ekonomi negara dan sistem percukaian negara perlu disusun semula supaya kerajaan boleh berlaku adil kepada semuanya sama ada kepada rakyat mahupun ekonomi negara.

Terakhir yang perlu saya jawab ialah sejauh manakah bantuan di atas mempengaruhi sokongan pengundi?  Saya tidak nampak memberikan kesan yang signifikan. Rakyat tidak lagi ghairah dengan bantuan tersebut sehingga ada yang sudah menganggap itu sebagai tanggungjawab kerajaan untuk memberikannya.

Rakyat yang tidak menyokong kerajaan juga sudah diberitahu supaya ambil sahaja bantuan yang diberi kerajaan, tetapi undi jangan bagi. Kesedaran politik rakyat kita sudah semakin banyak berubah.


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Prof melihat keterdesakan BN dan PR dalam meraih sokongan hingga menjadikan politik samseng sebagai salah satu cara untuk menjajah minda pengundi dan menyekat kebebasan menyampaikan dakyah masing-masing kepada rakyat.

AGUS: Rakyat tanpa mengira dari parti apa pun tidak boleh menerima politik samseng. Jadi, bagi mana-mana parti yang menggunakan taktik ini, yakinilah itu bukannya yang rakyat mahu.

Oleh itu, harapnya kita sama-samalah meraikan perbezaan parti dan pendapat dengan penuh semangat demokrasi. Buat apa takut pada parti lawan sehingga perlu kepada politik samseng? Saya tidak nampak relevannya sikap seperti ini untuk mendapatkan undi rakyat.

 

Maksimumkan isu

SINAR HARIAN ONLINE: Politik menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Sejauh manakah Prof melihat pelbagai isu kontroversi yang ditimbulkan pelbagai pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang. Adakah mereka ingin menjadikannya sebagai polemik hingga pilihan raya nanti?

AGUS: Isu hudud, isu kalimah ALLAH, isu cincin, isu rasuah, isu Teoh Beng Hock, isu air di Lembah Klang dan Kelantan dan apa juga isu yang boleh dipolitikkan akan digunakan sampai ke tahap maksimum untuk mempengaruhi rakyat dalam kempen pilihan raya nanti.

Ini kerana isu adalah sentimen yang boleh mempengaruhi pemikiran pengundi. Saya tidak ada masalah dengan penggunaan isu-isu dalam kempen politik, tetapi masalahnya ialah apabila ada isu yang digunakan itu adalah bersifat peribadi dan mengaibkan. Inilah yang tidak baiknya sehingga menampakkan sikap politik kita yang jauh dari matang.

Oleh sebab itulah, saya melihat ahli politik negara kita ini, adalah antara yang terkuat mentalnya di dunia. Ini kerana untuk terjun dalam arena politik negara, maka mereka mesti bersedia bukan hanya sekadar menadah telinga untuk mendengar pujian dan cacian, tetapi juga bersedia untuk ditelanjangkan dan diaibkan.

Saya sendiri jika ditanya bersediakah untuk terjun dalam dunia politik praktis, saya akan segera jawab tidak mahu dan tidak mungkin kerana saya tidak mempunyai kekuatan itu.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula dengan layanan kerajaan kepada pembangkang dari segi kebebasan bersuara menerusi media arus perdana sepertimana yang diamalkan di Eropah dan negara barat yang lain? Permintaan Presiden Pas untuk menjelaskan Amanat Haji Hadi menerusi stesen tv kawalan kerajaan hingga ke hari ini menjadi persoalan dan pembangkang melihat BN tidak mengamal dasar demokrasi yang luhur dalam hal ini.

AGUS: Saya tidak lihat pembangkang mempunyai peluang untuk mendapat liputan berita yang baik dalam media perdana di negara kita. Sebab itulah ramai sarjana mengatakan pilihan raya di negara kita ini bebas tetapi tidak adil.

Bebas kerana kita adakan pilihan raya secara berkala apabila tiba masanya dan kita boleh terlibat dalam politik tanpa banyak gangguan, tetapi tidak adil kerana media massa perdana dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.

Mujurnya, bagi mengimbangi penguasaan media perdana kerajaan, wujud media alternatif yang membolehkan parti pembangkang turut bermain ‘politik dalam ruangan.’

Tetapi melihat dari sudut yang lain, saya dapati media pembangkang juga mensensasikan berita sama seperti media kerajaan sahaja.  Itu sudah menjadi tahap profesionalisme kewartawanan berlesen yang ada di negara kita.

Mengenai kebenaran untuk (Presiden Pas Datuk Seri) Tuan Guru Haji Hadi (Awang) muncul di TV kerajaan bagi menjelaskan isu Amanatnya, saya sudah nyatakan sebelum ini bahawa Pas perlu mencari alternatif lain bagi membolehkan Tuan Guru Haji Hadi memberi penjelasannya secara langsung, iaitu melalui media online.

Hujah saya ialah untuk menamatkan Amanat Hadi ini dari terus dipolemikkan. Hujah orang kampung tidak boleh menontonnya jika diadakan secara langsung melalui TV online kerana tidak ada kemudahan internet di rumah.

Telah saya jawab dengan menyatakan perkara ini boleh dimuat naik dalam Youtube atau jualkan sahaja kaset sepertimana amalan Pas sebelum ini.

Saya kira, itu jawapan kepada kekangan yang ada. Tetapi nampaknya cadangan saya tidak diterima. Jika begitu, maka kesemuanya, baik di pihak BN atau PR, sama-sama akan mempolitikkan apa juga isu asalkan di akhirnya akan mendapat laba politik daripadanya.


Sidang Parlimen lebih segar

SINAR HARIAN ONLINE: Pada pandangan Prof, sejauh mana pembangkang mempamerkan kualiti perdebatan yang diharapkan di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (Dun)?

AGUS: Pembangkang memainkan peranan yang efektif di Parlimen dan Dun (jika di Dun, ini termasuklah peranan wakil rakyat BN sebagai pembangkang di negeri yang dikuasai oleh PR). Mereka banyak menimbulkan isu-isu substantif yang wajar diberi perhatian oleh rakyat dan juga kerajaan. Tindakan mereka di Parlimen dan Dun, suka atau tidak suka telah membuatkan rakyat kita celik politik hari ini.

Masalahnya adalah dari segi masa perbahasan yang singkat. Masalahnya adalah dari segi mutu perbahasan sesetengah ahli parlimen yang menjadikan Parlimen seperti pasar ikan atau pasar malam. Harus diingat, yang menjadikan sidang Parlimen itu kecoh bukan hanya dari parti pembangkang sahaja, tetapi juga di pihak kerajaan. Ada ketikanya mencelah tanpa izin, ada ketikanya tidak ikut peraturan Dewan, ada ketikanya menggunakan 'point of order' di tempat yang tidak betul.

Tapi keseluruhannya, saya lihat Parlimen kita lebih segar dengan adanya pembangkang yang kuat. Cuma yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana hendak munculkan pembangkang yang sihat?



SINAR HARIAN ONLINE: Apakah yang dapat Prof rumuskan berhubung landskap politik di negara ini? Adakah masih di takuk lama atau sudah berganjak kepada politik baru sepertimana yang dikatakan Datuk Saifuddin Abdullah?

AGUS: Politik kita masih di takuk lama. Di kala dunia bercakap tentang keterbukaan, politik kita masih lagi dipenuhi dengan fitnah memfitnah, caci memaki, benci membenci dan keengganan elit politik untuk berubah. Kempen mereka masih lagi dengan tawaran lama, tanpa ada satu tawaran baru yang lebih menarik. Ini saya lihat kekurangan utama yang ada pemimpin BN khususnya, mungkin kerana sudah cukup selesa setelah sekian lama berada di tampuk kuasa.

Selain itu, di kala kita bercakap tentang hak-hak asasi rakyat, pemimpin kita meminda undang-undang tetapi di akhirnya tidak banyak pun perubahan substantif yang dibuat ke atas undang-undang tersebut. Ia sekadar menukar minuman lama ke dalam botol baru sahaja.

Begitu juga dengan pemimpin pembangkang, banyak juga yang masih belum selesai dari segi tingkah laku mereka. Apabila berceramah, mereka akan menimbulkan kebencian dan menyumpah seranah orang. Ini bukan jiwa seorang pemimpin yang besar. Bercakap juga dengan modal idea yang tidak berkembang dengan isu-isu lama yang sudah luput.

Pendekatan politik Datuk Saifuddin Abdullah luar biasa pada saya. Jiwa besar beliau yang memahami aspirasi generasi kini akan menjadikan beliau relevan dalam politik negara dan beliau berada dalam kelasnya yang tersendiri. Semoganya selepas PRU13 nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Datuk Saifuddin Abdullah dalam pentas politik negara.


Saifuddin ikon politik

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah kerana Prof berkawan rapat dengan Datuk Saifuddin menyebabkan Prof berkata demikian?

AGUS: Saya mengenali Datuk Saifuddin dan beliau mengenali saya, tapi kami tidak pernah berbincang soal politik secara bersama.  Saya berkata demikian kerana saya tahu ramai anak muda mengangkat beliau sebagai ikon politik yang negara mahukan, bukan kerana beliau BN atau timbalan menteri, tetapi kerana pendekatan politiknya yang mahu membawa perubahan minda kepada ahli-ahli politik.
Saya setuju dengan beliau dalam soal ini, menerima yang baik itu sebagai baik dan yang buruk itu sebagai buruk.


 Dakwaan Utusan Tak Berasas
Posted on Thursday, January 31 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh KLDaily

Dakwaan Utusan berkaitan dengan kontrak Pengurus Besar PKNS, jelas mempunyai niat untuk cuba jatuhkan kredibaliti PKNS. Demikian kenyataan media dari pengurusan PKNS.

Dalam keratan akhbar Utusan tersebut telah mengatakan bahawa sepanjang perkhidmatan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar, perbadanan sering kali dilanda pelbagai isu yang mencetuskan bantahan antaranya rancangan projek komersial di tapak padang PKNS di Petaling Jaya, pemberian bonus sebanyak tujuh bulan kepada kakitangan PKNS, bantahan peniaga Kompleks PKNS Shah Alam ke atas kenaikan sewa kedai, penjualan lima aset PKNS serta isu hutang Talam Corporation Bhd (Talam).


Berkaitan dakwaan pemberian Bonus sebanyak tujuh bulan kepada kakitangan PKNS, Ishak menyifatkan ianya sebagai satu penghargaan Ahli Perbadanan terhadap sumbangan dan produktiviti tinggi yang telah ditunjukkan oleh warga kerja PKNS.
“ Pemberian bonus ini telah mendapat kelulusan Ahli Perbadanan PKNS dan turut disokong oleh semua Persatuan di PKNS iaitu Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja (PKP), Persatuan Pegawai Kanan (SOA), Persatuan Pegawai Eksekutif (EOA),  Kesatuan Pekerja-Pekerja PKNS, Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) serta Badan Islam.
“ PKNS dibenarkan membayar insentif berpandukan Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964 di mana PKNS boleh membayar insentif dengan jumlah tertentu berdasarkan kepada jumlah keuntungan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember tahun sebelumnya.” demikian menurut kenyataan media tersebut.
Pada tahun 2010, PKNS telah meraih keuntungan sebanyak RM206.3 juta berbanding tahun 2009 iaitu RM166.1 juta iaitu kenaikan sebanyak 24.3%. Berdasarkan keuntungan yang telah dicatatkan pada tahun 2010, PKNS yang merupakan agensi pemaju hartanah telah mencatatkan pendapatan kedua tertinggi iaitu RM1.2 bilion jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat pemaju hartanah swasta yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Berdasarkan pencapaian PKNS tersebut, maka pembayaran insentif sebanyak 7 bulan gaji adalah wajar dan merupakan satu jumlah yang munasabah kerana:
1. 87 peratus daripada keuntungan yang diperolehi adalah daripada aktiviti-aktiviti operasi (jualan hartanah, sewa dan projek penswastaan)
2. Skala gaji kakitangan PKNS adalah mengikut skala gaji perkhidmatan awam yang jauh lebih rendah daripada sektor swasta.  Walhal cara anggota PKNS bekerja adalah setanding dengan anggota-anggota di sektor swasta. Sebagai contoh, anggota PKNS terutamanya di Bahagian Jualan Hartanah menjalankan promosi produk PKNS saban minggu bagi mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.
3. Dengan pembayaran insentif 7 bulan, secara puratanya gaji yang diperolehi oleh anggota adalah bersamaan dengan gaji yang diperolehi oleh anggota swasta sebulan.
Contoh : Jawatan Akauntan
Gaji kasar sebulan = RM3,500.00
Purata gaji kasar sebulan termasuk insentif = RM5,541.00
RM3,500 x 19 bulan (12 bulan + 7 bulan)/12)
4. Sebagai sebuah badan yang membayar cukai berdasarkan prestasi keuntungan, PKNS setaraf dengan syarikat swasta lain yang memberi insentif kepada kakitangan mereka. Sebagai sebuah agensi kerajaan  yang bertanggungjawab, PKNS telah membayar cukai sebanyak RM43 juta pada tahun 2010.
5. Pemberian insentif kepada anggota juga mengambil kira prestasi kerja mereka. Penetapan insentif bagi setiap kakitangan dibuat berdasarkan pemarkahan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) kakitangan.
Dalam pada itu, PKNS juga menunaikan tanggungjawab mengeluarkan zakat di mana pada tahun lalu sahaja (2010) sebanyak RM6.7 juta telah disumbangkan kepada zakat. Ini tidak termasuk anak-anak syarikat PKNS yang tetap melunaskan tanggungjawab mereka untuk membayar zakat setiap tahun.
PKNS juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat Selangor. Secara purata PKNS menyumbang sebanyak RM30 juta hingga RM40 juta setahun untuk subsidi perumahan kos rendah, rumah mampu milik, aktiviti pendidikan serta program kerajaan prihatin untuk rakyat negeri Selangor.
Oleh yang demikian, semua Persatuan di PKNS berpendapat pemberian insentif tersebut adalah wajar dan merupakan satu galakan dan dorongan serta motivasi kepada anggota yang telah menyumbang yang terbaik kepada organisasi. Sesungguhnya, kerja keras anggota PKNS ini secara tidak langsung turut memberi kesan positif kepada pembangunan negeri Selangor secara amnya.- KLdaily.com

 Harga Air Murah : Bukti Kebajikan Rakyat Dijaga Bukan Punca Krisis
Posted on Thursday, January 31 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Yusapiza

Dewan Pemuda PAS (WP) menyelar kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang menyalahkan harga air murah sebagai punca krisis bekalan air di Selangor. Dalam kenyataannya dalam satu majlis anjuran Institut Strategi Dan Kepimpinan Asia, Peter Chin Fah Kui berkata bahawa langkah kerajaan negeri memberikan harga air yang murah bukanlah sesuatu kaedah terbaik kerana ia hanya akan menyebabkan kepada lebih banyak pembaziran.


Kenyataan Datuk Peter Chin Fah Kui ini jelas menunjukkan kedangkalan beliau dalam memahami isu sebenar krisis air di Selangor ini. Pemberian harga air murah di Selangor bukanlah alasan untuk menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Bahkan air murah merupakan salah satu manifestasi Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat di negeri Selangor. 

Apakah kerana kerajaan UMNO/BN tidak mampu menyediakan khidmat murah kepada rakyat maka itu perlu disalahkan Pakatan Rakyat yang mampu? DPPWP ingin menasihati Datuk Peter Cin Fak Kui supaya berhenti memperbodohkan diri sendiri. Rakyat Selangor begitu bersyukur kerana memperolehi 20 meter padu percuma yang tidak pernah diberikan oleh mana-mana negeri pimpinan UMNO/BN. Ianya juga telah banyak membantu dalam meringankan bebanan golongan yang berpendapatan rendah. 

Kenyataan Datuk Peter Chin Fah Kui ini juga memberikan gambaran bahawa kerajaan UMNO/BN sememangnya tiada niat dalam memperjuangkan kebajikan rakyat. Bahkan ianya menunjukkan bahawa UMNO/BN seboleh-bolehnya ingin menaikkan kadar bil utiliti rakyat sehingga tahap semaksima mungkin. Kononnya supaya rakyat tidak membazir! Biarlah rakyat hidup melarat dan menderita membayar bil yang tinggi. 

Justeru, DPPWP menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya menolak UMNO/BN dalam PRU 13 akan datang demi memastikan kebajikan rakyat terjaga. Signal yang jelas menunjukkan bahawa UMNO/BN pasti akan menaikkan bil-bil utiliti terutamanya air sekiranya mereka menang PRU13 kelak. Mengundi UMNO/BN umpama mendukung biawak yang hidup, tidak ada manfaat apa pun dengan kemenangan mereka. Ianya akan kembali menjerat leher pengundi mereka semula. 

YUSAPIZA YA'ACOB
Ketua Penerangan 
Dewan Pemuda PAS WP
 Mazlan Aliman Fail Semakan Kehakiman Di Mahkamah Tinggi Kuantan
Posted on Thursday, January 31 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Pahang Daily

Susulan Tindakan Felda Menghalang Aktiviti Pakatan Rakyat!!

KUANTAN, 31 Jan - Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) telah menfailkan Semakan Kehakiman dibawah Aturan 53 kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), berkaitan arahan menyekat sebarang aktiviti parti pembangkang di kawasan tanah rancangan Felda seluruh negara.

Permohonann semakan tersebut telah dibuat oleh Peguam Mohd Harris Abdullah dari The Law Office of Mohd Harris di Mahkamah Tinggi Kuantan sekitar jam 10.45 pagi tadi. Antara lain, Mazlan mahu suatu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan. "Pemohon iaitu saya selaku Penyelaras Kembara Oren dan Hj Hashim Ahmad, Ketua PAS Cawangan Felda Jengka 12, memohon untuk satu perintah interim agar Mahkamah menggantung kesemua arahan oleh responden terhadap sekatan atau halangan kebebasan bergerak di mana2 tanah rancangan Felda seluruh negara.

Tuntutan gantirugi juga dibuat terhadap Felda selaku responden pertama dan Mohd Yazid Abdullah (Pengurus Felda Jengka 12) iaitu responden kedua", kata Mazlan yang juga merupakan Penyelaras Kembara Oren. Tindakan ini dilakukan susulan kejadian yang tidak diingini apabila rombongan Kembara Oren dihalang memasuki beberapa buah tanah rancangan Felda baru-baru ini.

Permohonan ditangguhkan kerana dimaklumkan Hakim mahkamah tiada pada hari ini. "Esok, Peguam Haris akan mendapatkan tarikh untuk mendengar permohonan dan serahan permohonan agar kes ini didengar secepat mungkin juga dilampirkan. Adalah sangat penting untuk diketahui, jika permohonan ini berjaya, ia menjadi rujukan utama terhadap semua aktiviti di Felda seluruh negara. Mana-mana Pengurus termasuk JKKK yang cuba menyekat kebebasan bersuara dan berhimpun dianggap menghina mahkamah.

Bukan itu sahaja, menariknya, permohonan boleh dilakukan untuk memenjarakan pengurus Felda dan JKKK yang engkar dengan keputusan Mahkamah! ", kata kenyataan di Facebook bekas calon PAS bagi kerusi Parlimen Bera pada PRU-12 itu.





[Turut bersama-sama memberi sokongan di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong, Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad, Bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation, Md Said Jonit, Pengerusi ANAK Pahang, Yohanis Ahmad, Blogger Gaya Peneroka, Cucumatkilau serta beberapa orang peneroka Felda.

Tindakan melarang mana-mana rakyat Malaysia menjalankan sebarang aktiviti di kawasan adalah bercanggah dengan perlembagaan. Tambahan pula Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP adalah pertubuhan atau parti politik yang sah di negara ini sebenarnya]

Sumber: pahangdaily.blogspot.com
  PDRM Telah Terima Maklumat Mengenai Perhimpunan Anjuran UMNO...
Posted on Thursday, January 31 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Blog Omak Kau!!!

PDRM Telah Terima Maklumat Mengenai Perhimpunan Anjuran UMNO Melanggar Syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 Kerana Membawa Kanak-kanak????

Adakah pihak polis juga akan menyiasat semua pengajur Himpunan Rakyat Bersama Najib Razak mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012?

Bukan sedikit kanak-kanak diangkut untuk meramaikan angka kehadiran menyambut Najib Razak.

Sudah pasti ini akan membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut.

Harap pihak polis kena tegas dalam hal keselamatan kanak-kanak yang tidak berdosa ini.

















TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH.

Sumber: omakkau.blogspot.com
  Isu Yang Menghantui PRU13
Posted on Thursday, January 31 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh Dr. Halimah Ali

Pengerusi SPR menyatakan terdapat 242,294 pengundi pos terdiri daripada 147,681 anggota tentera dan 94,613 anggota polis. Jumlah ini tidak termasuk mereka yang berada dalam kategori lain. Sehingga pertengahan tahun 2012, Talent Corporation menganggarkan seramai tidak kurang 700 ribu pekerja Malaysia bekerja di luar negara.

SPR telah mengumumkan hak mengundi secara pos bagi mereka yang layak tetapi tidak dapat hadir kerana bekerja dan tinggal di luar negara. Permohonan mengundi secara pos ini dibuka bermula 21 Januari 2013 hingga tarikh pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, yang boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum terbubar sendiri tidak lebih tiga bulan daripada sekarang.






Mereka yang termasuk dalam kategori tersebut boleh memohon mengundi secara pos dengan empat syarat khusus: i) warganegara Malaysia, ii) pemilih berdaftar, iii) menetap di luar negara, kecuali di Singapura, selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia dan iv) pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berkuat-kuasa

Menuju PRU-13: Pengundi tidak hadir? Amin Ahmad
January 30, 2013

30 JAN: Antara persoalan penting yang sering dibincangkan setiap kali menjelang pilihan raya ialah tentang pengundi tidak hadir.

Umumnya, berdasarkan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, semua nama yang diperakukan (digazet) di dalam Daftar Pemilih Induk atau Daftar Pemilih berhak mengundi.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mendaftarkan dua jenis pemilih iaitu pemilih biasa dan pengundi tidak hadir (PTH). Dalam artikel lalu saya telah menjelaskan tentang pemilih biasa. Artikel kali ini akan cuba membincangkan tentang PTH.

Impak Pengundi Tidak Hadir

Secara mudahnya, PTH ialah pengundi berdaftar yang tidak dapat berada di kawasan pengundiannya pada hari pengundian kerana sebab tertentu yang dianggap munasabah oleh SPR membenarkannya memohon kelayakan mengundi secara pos.

Dalam Peraturan 2 Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, mereka yang dikategorikan sebagai PTH termasuklah anggota tentera dan pasangannya; anggota perkhidmatan awam yang telah ditugaskan di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya; serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. Selain daripada ini, Peraturan 3 Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 juga boleh dirujuk.

Dalam satu kenyataan lain, SPR menjelaskan terdapat 112 kategori lain turut disenarai layak untuk mendapatkan kemudahan mengundi secara pos, seperti petugas media, juruelektrik, penerbit dan lain-lain.

Setakat suku pertama tahun lalu, Pengerusi SPR menyatakan terdapat 242,294 pengundi pos terdiri daripada 147,681 anggota tentera dan 94,613 anggota polis. Jumlah ini tidak termasuk mereka yang berada dalam kategori lain. Sehingga pertengahan tahun 2012, Talent Corporation menganggarkan seramai tidak kurang 700 ribu pekerja Malaysia bekerja di luar negara.

Secara kasarnya bolehlah dikatakan bahawa terdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang mungkin akan mengundi secara pos. Jumlah ini tentulah tidak kecil. Ia pasti boleh menentukan kedudukan di banyak kerusi yang dipertandingkan.

Pertikaian

Namun pertikaian timbul apabila rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi tidak dapat hadir pada hari pengundian kerana bekerja di luar negara tidak dikategorikan layak menjadi pengundi pos. Ia dilihat menjengkelkan kerana hak yang dijamin melalui perlembagaan persekutuan boleh dinafikan oleh peraturan pilihan raya.

Selain daripada kelayakan mengundi, kesahihan undi pos juga sering dipertikaikan. Bahkan terdapat kenyataan serius daripada sejumlah pihak tentang “pencemaran” terhadap undi pos ini. Ada dakwaan kertas undi pos yang tidak ditanda telah diambil dan ditanda oleh pihak lain.

Setakat ini belum dapat dipastikan sejauh mana kesahihan dakwaan yang dibuat kerana belum ada sebarang siasatan telah dijalankan. Sekiranya ada siasatan dibuat maka ia patut dihebahkan untuk mengurangkan persepsi negatif rentetan dakwaan yang dibuat.

Sekiranya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat “pencemaran undi pos”, maka ia mesti dilaksanakan. Semua pihak berhak mendapat sebuah kerajaan yang dipilih secara berintegriti.

Perkembangan

Dalam cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya, SPR telah diminta untuk mengubah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. Sayangnya cadangan ini dibuat hanya selepas SPR menjalankan proses pendaftaran pengundi di luar negara selama enam bulan di mana tidak sampai 500 pengundi yang layak mendaftarkan diri.

Seharusnya hal ini diuruskan lebih awal memandangkan semua perubahan dan penambahan yang dibuat terhadap peraturan ini memerlukan kelulusan Yang di-Pertuan Agong serta dengan seberapa segera dimajukan ke Dewan Rakyat untuk dibahas.

Dalam perkembangan terkini, meskipun boleh dikatakan agak lewat, SPR telah mengumumkan hak mengundi secara pos bagi mereka yang layak tetapi tidak dapat hadir kerana bekerja dan tinggal di luar negara. Permohonan mengundi secara pos ini dibuka bermula 21 Januari 2013 hingga tarikh pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, yang boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum terbubar sendiri tidak lebih tiga bulan daripada sekarang.

Mereka yang termasuk dalam kategori tersebut boleh memohon mengundi secara pos dengan empat syarat khusus: i) warganegara Malaysia, ii) pemilih berdaftar, iii) menetap di luar negara, kecuali di Singapura, selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia dan iv) pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berkuat-kuasa.

Saya berharap warga Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi bekerja di luar negara akan memanfaatkan kemudahan ini. Ambillah sedikit masa untuk membaca maklumat berkenaan ini di laman web SPR atau berhubung dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Proses dan pemerhatian undi pos


Selepas urusan penamaan calon, kertas undi pos akan dicetak dan dihantar kepada pemilih berdaftar bersama sampul khas dengan satu borang akuan identiti (Borang 2) dan juga satu panduan tatacara pengundian pos.

Tempat pengeluaran undi pos ini akan diwartakan dan ejen calon atau parti bertanding boleh hadir. Sepatutnya ejen akan menanda nama-nama mereka yang telah diedarkan kertas undi pos ini agar tidak berlaku pengundian berulang oleh pemilih yang sama.

Kertas undi yang telah ditanda bersama borang akuan identiti (yang turut ditandatangani seorang saksi) mestilah sampai kepada Pegawai Pengurus di bahagian pilihan raya berkenaan sebelum pukul 5 petang hari pengundian.

Ejen calon atau parti boleh hadir ketika undi pos dibuka dan dikira. Ia mengambil masa lebih lama kerana nombor siri pada sampul, kertas undi dan borang akuan identiti akan disemak. Sepatutnya ketiga-tiga dokumen ini mempunyai nombor siri yang sama.

Pengundi pos akan mengundi lebih awal kerana perlu memulangkan kembali kertas undi. Pengundi pos di kalangan tentera dan polis yang perlu bertugas pada hari pengundian juga akan membuang undi lebih awal. Ejen calon boleh hadir untuk melihat proses pengundian di kem-kem tentera atau tempat lain yang sesuai.

Pemerhatian pilihan raya


Sebagai pemerhati pilihan raya, peranan menyeluruh IDEAS serta organisasi lain yang dilantik agak terhad, terutama berkaitan pengundi pos di luar negara. Namun kami mengalu-alukan aduan orang ramai, termasuk para pemilih di luar negara, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi. Ini penting untuk direkodkan. Selain itu, sekiranya semua berjalan lancar, kami juga mahukan maklumat berkenaan. Pemerhatian yang dibuat tidak bertujuan mencatatkan hanya perkara-perkara negatif semata-mata.

Semasa tempoh kempen dan juga hari pengundian pos dijalankan, pemerhatian akan cuba dibuat di beberapa lokasi terpilih.

Sebenarnya, dalam banyak keadaan peranan ejen parti adalah penting. Mereka berpeluang untuk memastikan proses yang dibuat lancar dan mengikut peraturan pilihan raya. Berkaitan hal ini, pihak calon dan parti yang bertanding perlu melatih ejen parti untuk bertindak dengan cekap serta hemah untuk memastikan integriti pilihan raya terpelihara. Sumber: Malaysian Insider Post berkaitan Bersih 2.0 dan 3.0 memang patut.

Sumber: drhalimahali.blogspot.com



Tiada ulasan: