Sabtu, 2 Februari 2013

AGAK-AGAKLAH

Anwar semakin hilang sokongan?
Posted on Saturday, February 02 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: anaabdullah

"Apakah pendapat anda dengan kata kata Ruslan Kassim ketua penerangan perkasa Malaysia yang berbunyi: "Rakyat diminta buka mata untuk menilai agenda politik pembangkang ini supaya kerajaan yang memerintah selepas pilihan raya umum akan datang merupakan kerajaan berkaliber dan dapat memakmurkan negara,"

Pada penulis Ruslan Kassim yang pernah berjuang bersama sama dengan Datuk Seri Anwar percaya dan yakin BN akan tumbang PRU 13 nanti dan kerajaan Malaysia adalah kerajaan Pakatan rakyat.


Sebagai bukti kukuh, Ruslan berkata,supaya kerajaan yang memerintah selepas pilihanraya umum akan datang merupakan kerajaan berkaliber dan dapat memakmurkan Negara.Dan sah memerintah Negara ini tidak berkaliber dan tak memakmurkan rakyat.
Bermakna beliau sangat mengharapkan kerajaan pakatan rakyat yang menang pru 13 mesti menjadi kerajaan yang berkaliber jangan jadi macam kerajaan umno/BN yang memerintah selama lebih 50 tahun itu gagal memakmurkan Negara.
Umno bukan saja gagal membela nasib bangsa Melayu malah jelas dan nyata sudah menjadi pengkhianat agama, bangsa dan Negara.
Hal ini pernah dijelaskan oleh Tengku Razaliegh Hamzah semasa sepanjang menjadi presiden parti semangat 46

 Kerana Seluar Dalam Pun Boleh Masuk Islam?
Posted on Saturday, February 02 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Ibnu Hashim

MASUK Islam gara-gara pakaian dalam atau seluar dalam? Ye ke..

Fakta ini dikisahkan Doktor Sholeh Pengajar sebuah perguruan tinggi Islam di Saudi, semasa ditugaskan ke England. Ada seorang perempuan tua yang kerjanya mencuci pakaian mahasiswa di sana termasuk pakaian dalam mereka.

Suatu hari wanita tua ini menceritakan kehairanannya selama bertugas pada Doktor Sholeh, perihal adanya pakaian dalam yang ‘aneh’. Ada beberapa pakaian dalam yang tidak berbau seperti mahasiswa umumnya, apa sebabnya?

Maka ustadz ini menceritaka,. "...kerana pemiliknya adalah muslim. Agama kami mengajarkan bersuci setiap selesai buang air kecil mahupun buang air besar, tidak seperti mereka yang tidak perhatian dalam masalah seperti ini."

Betapa terkesan ibu tua ini dan tidak lama kemudian ia mengikrarkan syahadat, masuk islam dengan perantaraan pakaian dalam!

Subhanallah!

Di kutip dari : Majalah Al-Qawwam edisi 15, dzul qa’dah 1427 H Badiah, Riyadh. (IH)

 Isu gambar super impose gereja.
Posted on Saturday, February 02 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Ameno World

Sekarang neh kedua2 belah pihak iaitu bloggers pr dan bloggers umno mengatakan bahawa gambar yang masing2 sebarkan adalah original. Gambar yang pihak lain sebarkan adalah versi super impose.Kalau tanya aku, aku sendiri pun tak tahu sangat. Tapi aku akan tulis ikut apa yang aku nampak la kan. Aku cakap balik je la. Kalau tak betul tue pandai2 la lue betulkan. Oke.

Lihat dulu gambar bawah neh. Gambar neh bloggers umno yang sebarkan. Kata mereka ini versi ori. Tetapi bloggers pr kata ini versi super impose.


Dan ini pula hujah mereka ;



Dan kat bawah neh pula hujah bloggers umno ;


Dan gambar kat bawah neh pula ialah gambar super original yang didakwa
oleh bloggers pr ;


Pendapat aku ;

1. Aku suspect gambar yang bloggers umno sebarkan adalah version ori.

2. Ini kerana wajah lelaki tue nampak jelas berbanding gambar yang bloggers pr sebarkan. Ia kabur. Rekod HD turut siarkan isu neh menerusi portal mereka. Rujuk sini ==> http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/16390-kantoi-kursus-pra-perkahwinan-diedit-kononnya-gadis-melayu-dimurtad

3. Aku rasa lantai yang dikatakan tak rata tue ialah meja kot.

4. Lepas tue macam mana nak tahu itu piano? Tak nampak macam piano pun.

5. Apa pun aku rasa kalau bloggers umno sedang sebarkan gambar yang merujuk kepada gerakan memurtadkan akidah umat islam, kenapa perlu takut? Berikan lah lokasi yang merujuk kepada gambar di atas. Ko nak main politik atau ko nak selamatkan akidah dorang? Hehe.

6. Berikan saja lokasi tersebut, nama majlis dan bila ia diadakan. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk lakukan siasatan. Berlaku di perak ek? Under bn tue weh. Hehe.

7. Aku rasa mungkin kita tak patut fikir bahawa gambar neh semestinya kursus kahwin kalau bukan di bilik salah sebuah gereja ataupun sebaliknya. Boleh jadi ia bukan merujuk kepada mana2 perkara yang sedang disebarkan kot.

Bukan kursus kahwin.

Dan bukan juga aktiviti memurtadkan umat islam.

Tak siapa tahu kesahihannya selagi individu yang sebarkan tak buka cerita dari A sampai Z. Macam2 spekulasi boleh timbul oke.   

Apa pun gua memang tak sokong gambar super impose. Siapa yang buat gua tak sokong. Gambar2 macam neh akhirnya akan mengelirukan kita kembali pada masa akan datang. So better elak daripada terjebak.

Bai. Isu gambar super impose gereja.


Gembar - Kisah Politi Dalam Kelas
Posted on Saturday, February 02 @ 00:42:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: Dukunpasir

"
Adaptasi kisah ni penulis dapat semasa termanggu manggu diatas bangku tunggu anak balik sekolah...Mungkinkah perkara perkara begini pernah berlaku dulu...mugkinkah juga ianya cuma satu khayalan untuk menyedapkan cerita politik kita.....bak kata Nabil...anda baca dan fikirlah sendiri


........Pagi itu macam biasa suasana disekolah agak sibuk dengan murid murid dan ibubapa murid termasuk guru guru dan pekerja sekolah.....DIDALAM Kelas  kelihatan...
" Waa ...hebat la ko Nazri ,datang sekolah naik hammer....aku ni cuma mampu ketuk hammer aje tolong bapak aku siapkan rumah orang..." Puji Mahfuz Omar.
" Alah....biasa ajalah...yang penting kita kena ikut undang undang ". jawab Nazri
"Phewittttttttttt!! Ehem...ehem...." Sapa Jamaludin Jarjis takkala Abby Abadi rakanya Yatt Hamzah dan  Aishah jalan lenggang kangkung masuk ke dalam kelas.
" Ko ni Jamaludin Jarjis...pantang tengok awek...nak sambar selaluu..." Tanya Musa Aman yang tidak pernah aman kesekolah sejak ICnya hilang .
"Bangunnnnnnnnn....selamat pagi cikguuu!! Murid murid semua bangun bila guru kelas Pandikar Amin masuk sambil memegang rotan.
" Emm...baiklah...sebelum kita mulakan kelas...kita baca doa duluuu...Nik Aziz sila bacakan doa......." kata Guru Pandikar .
" Saya tak sihat cikguu...minta Azhar Idruslah baca...tak pun Khazim Elias" Nik Aziz berkata sambil terbatuk batuk..."
" Tak adil pulok nanti...camnilah cikgu..apa kata doa nak mula kelas ni kita minta Azhar dulu baca, bila habis kelas nanti Khazim pula baca...lagipun saya suka ADIL dan saksama..." Triba triba Azmin Ali bersuara dari kerusi belakang.
" Setujuuuuuuuuuu!! " Semua murid sepakat bersuara.
" Oklah...dah habis doa...Najib Razak ...ada berita tak untuk disampaikan selaku ketua kelas

" Ada cikgu...cuma Lim Guan Eng dan Hadi Awang tak dapat datang hari ni kerana mereka sibuk siapkan kitab apa tahhh...tak pasti pulokkk" Jawab Najib Razak
" Ok tak pa ..tak pa...Cikgu ada panggilan dari Guru besar pulak ni...semua buat kerja  apa yang cikgu tulis dipapan hitam ni..." Pandikar Amin mula menulis sesuatu dipapan hitam...tetapi kerana nak cepat..dia tersalah tulisss...dia mencari mula mencari...
" Mana pulak pemadam dalam kelas ni...Dah tiga kali cikgu beli asyik hilang jaaa" Sambil memandang murid Cikgu Pandikar bertanya...
" Anwar Ibrahim ambik cikguuu...saya nampak tadi". Triba tiba Mahathir Mohamad bersuara sambil menunjukkan pada Anwar Ibrahim yang berada dibelakangnya.
" Ko ni asyik salahkan orang saja Mahathir, kan ko yang last padam semalam..." Jawab Anwar Ibrahim pula.


 Abdullah Sammah Tanding Atas Tikit Umno?
Posted on Saturday, February 02 @ 00:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh MSO

Satu maklumat yang baru saya terima dari Kelantan, guru pondok tersohor di Tumpat yang lantang mengkritik Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdullah Samaah katanya akan diletakkan sebagai calon UBN di salah stau kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.
Beberapa orang tertentu yang menganggotai satu unit kajian bebas mengenai bakal calon Umno di Kelantan mengemukakan cadangan ini langsung kepada presiden parti Mohd Najib Razak tanpa melalui Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed.

Alasan untuk menurunkan Abdullah untuk mempengaruhi pengundi Melayu di Kelantan mengenai isu-isu agama seperti kalimah Allah, doa KO Umno, Umno KO dan juga 'keceluparan' Nik Aziz dalam ceramahnya seperti menyebut 'Tuhan mencarut', Nabi Muhammad sama dengan budak kampung bernama Mamat saja dan sebagainya.
Unit kajian itu juga mencadangkanh kepada Najib agar Umno menguar-uarkan Abdullah bakal dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan. Alasannya keilmuan dan kedudukan beliau sebagai guru pondok amat sesuai dilantik sebagai MB Kelantan.

Menurut unit ini satu survey telah diadakan di kalangan pengundi Melayu berusia 55 tahun ke atas bersetuju kalau Abdullah diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun menurut kajian itu mereka tidak setuju kalau Abdullah diuar-uarkan bakal MB Kelantan kerana beliau tidak ada pengalaman sebagai seorang adimstratif.

Sementara itu difahamkan kerusi yang kemungkinan akan diberikan kepada Abdullah ialah di Pengkalan Kubur yang kini disandang oleh Nur Zaidi Omar. Kerusi itu tepat kerana pusat pengajian Abdullah berada dalam kawasan berkenaan iaitu di Genting Tumpat.

Sementara Nur Zaidi pula katanya dicadangkan supaya dipindah ke kerusi parlimen.

Sebelum ini setiap kali pilihan raya UBN menurunkan tokoh-tokoh atau guru agama menjadi mereka calon tetapi semua tewas. Antara calon UBN bertaraf ustaz atau tok guru termasuklah Mustapa Taib, Wan Ismail Wan Ahmad, Dusuki Ahmad, Mohd Nor Deris, Zainal Abidin Abdul Kadir dan Shukeri Mohamad dan lain-lain. [wm.kl.9:09 pm 31/01/13]

 Abdullah Sammah Tanding Atas Tikit Umno?

 Himpunan Kebangkitan Rosmah: Najib terpaksa bagi beras untuk kumpul 15,000 orang
Posted on Sunday, January 13 @ 03:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: AnakSgDerhaka

"
Selain Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Merdeka , satu lagi himpunan yang bertemakan rakyat juga telah berlangsung di semenyih dan ianya adalan anjuran Barisan Nasional.

Dengan bertemakan "Himpunan Rakyat bersama Perdana Menteri” ianya telah diadakan pada hari yang sama dengan hari “Himpunan Kebangkitan Rakyat “ iaitu pada 12 Jan (Sabtu) di Dataran TESCO, Bandar Rinching Semenyih pada jam 9.00 pagi.


SMS mengenai perkara ini telah disebarkan beberapa hari yang lalu kepada kebanyakkan penduduk Selangor oleh Barisan Nasional Selangor.

Bernama melaporkan lebih dari 15,000 ahli Barisan Progresif India (IPF) dan ahli-ahli dari lain-lain komponen Barisan Nasional telah hadir dalam majlis tersebut sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap Najib. baca di ( SINI )

Tapi Pencacai UMNO laporkan lebih dari 40,000 hadir dengan bermodalkan sekeping gambar..


Kalau BN Pusat yang anjur boleh tenggelam pusat bandar Kuala Lumpur?.. Kah.. kah..kah.. kesiannya kat dia..

Berikut pula adalah video dari TV3 yang memaparkan Najib sedang berucap dalam majlis itu, jangan dengar apa Najib auta tu lihat berapa orang yang hadir dalam majlis Najib itu sebenarnya..
Video sila lihat di ( SINI )
Berapa orang??.. Kameraman pun malu nak fokus kepada hadirin..

Tetapi adakah anda yakin bahawa kehadiran mereka adalah benar-benar kerana untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Najib??.. gambar-gambar di bawah memberikan jawapannya...


Lautan? Manusia juga hadir..

Mereka dilayan umpama pelarian..
Hanya untuk mendapatkan sedikit imbuhan..
Ada yang pengsan kerana bersesak-sesak untuk mendapatkan habuan
Habuannya hanya sekampit beras dan juga tepung.

Lagi gambar dan video sila lihat di ( SINI )


 Wow... Bernama lapor 50 000 sambut Najib di Kelantan [Gambar]
Posted on Monday, January 21 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: laniismaa

"Kalaulah sebelum ini polis, Bernama, Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM melaporkan HKR #KL112 hanya disertai oleh 45 000 orang.

Tuan puan boleh bayangkan bagaimana sesaknya Kota Bharu hari ini kerana ia dihadiri oleh 50 000 menyambut Najib seperti laporan Bernama di atas. Gambar HKR #KL112 hanya 45 000 boleh memenuhkan KL [SINI], bagaimana pula gambar 50 000 tersebut.

Kelantan_Najib

Gambar di bawah sebagai bukti Bernama kehadiran 50 000 orang. Hanya gambar ini yang Bernama tunjukkan melaluiBernama Images, hairan juga tak pula ditunjukkan gambar yang 50 000 tu!! BacaChe Ta bakal dapat laki muda, tahniah!!

Kelantan_Najib1

Kelantan_Najib2
Wow!! kaya peniaga di Kelantan dengan kehadiran 50 000 tersebut.

Ikalan LAGI.MY"


 Perbuatan Sultan Selangor laga pipi dengan Kavita Kaur amat memalukan
Posted on Thursday, January 24 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita KaurDalam satu majlis pertunjukan fesyen di mana Kavita Kaur menjadi salah sorang modelnya, Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah telah turut menjadi tetamu. Melihat kepada kelaku Sharafuddin Idris Shah, timbul beberapa persoalan dihati saya.
Lihat dulu turutan gambar yang dipaparkan dan kemudiannya saya amat berharap Mufti Selangor dapat menjawab beberapa soalan saya di sini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur

Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur

Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur
Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur
Sultan Sharafuddin Idris Shah berlaga pipi dengan Kavita Kaur

Persoalan:
- Apakah Mufti Selangor sedar majlis sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam itu dihadiri oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah?

- Apakah wajar seorang yang diwartakan sebagai Ketua Agama Islam negeri menghadiri majlis seumpama itu?

- Apakah tindakan Mufti Selangor setelah mengetahui seorang yang diwartakan sebagai Ketua Agama Islam negeri bukan hanya menghadiri majlis sosial yang mengkhayalkan, malah kelakuan Sultan Sharufuddin Idris Shah yang terlalu lucah dengan melagakan pipinya dengan wanita bukan muhrimnya, Kavita Kaur?

- Apakah Mufti Selangor tidak berasa malu dan bersalah kerana gagal menjadi penasihat agama kepada Sultan Selangor?

- Apakah orang yang berkelakuan sepertimana yang dilakukan olih Sharafuddin Idris Shah layak diangkat sebagai Ketua Agama Islam negeri?

Perakuan: Saya, Mohd Sofi Yassin bertanggungjawab terhadap titipan dan gambar-gambar yang dipaparkan di sini kerana rasa bertanggungjawab untuk menegur sesama Islam dan saya juga rasa bertanggungjawab terhadap kesucian agama junjungan saya, ISLAM. Saya merasa malu, sedih dan tercabar apabila orang yang diangkat menjadi ketua agama Islam negeri berkelakuan amat bertentangan dengan apa yang dituntut dalam ajaran Islam.

Pada hemat saya, Sultan Sharafuddin Idris Shah seharusnya menjadikan ikon dalam membudayakan keagongan dan kesucian Islam sepertimana yang telah dilakukan olih sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra.

Salaam Persaudaraan Islam,
Mohd Sofi Yassin"


"

Tiada ulasan: