Sabtu, 2 Februari 2013

ORANG PUNYA HAL KITA KALUT WAT PE...JAGA PERIUK BELANGA DAN PINGGAN MANGKUK SENDIRI...RUMAH TANGGA SENDIRI DAH GOYANG@RAPUH

Zahid: Tindakan Pas lucut Nasha 'makan diri'

1 Februari 2013
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
BAGAN DATOH - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan tindakan Pas memecat Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama sebagai 'memakan diri'.
  
Beliau berkata selama ini parti itu membuat pelbagai tuduhan antaranya Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak boleh menerima teguran atau tidak membenarkan anggota bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak lain dalam membuat kebajikan serta program kemanusiaan.
  
"Jelas daripada apa yang dilakukan kepada Nasharuddin, (Datuk Dr) Hasan Ali dan ramai pemimpin Pas yang lain memperlihatkan parti itu 'menepuk air di dulang terkena ke muka sendiri'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat di sini hari ini.
  
Menyentuh pendirian Pas yang dilihat mengikut 'citarasa musim', beliau berkata Pas perlu lebih rasional dalam menentukan hala tuju kepimpinan dalam partinya jika mereka mahu dihormati.
  
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan menyeru mereka yang telah 'terlanjur' menyokong Pas secara membuta-tuli supaya membuka mata dan hati melihat apa yang dilakukan parti itu.
 
"Bagi mana-mana golongan yang berada atas pagar dan penyokongnya, inilah masanya untuk membuat keputusan tinggalkan parti yang tidak boleh membantu mereka, parti yang tidak ada pendirian, parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik...tinggalkanlah," katanya.
  
Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa pemergian Nasharuddin ke Gaza baru-baru ini diperalatkan oleh BN, Ahmad Zahid berkata mereka sepatutnya membezakan antara soal kemanusiaan dan kepartian.
  
"Siapa peralatkan siapa. Ini soal kemanusiaan, ini bukan soal parti, cuba bezakan Nasharuddin sebagai pemimpin NGO kerana itu soal kemanusiaan. Saya harap Pas bukalah mata, bukalah hati dan fikiran supaya soal kemanusiaan ini dapat dibezakan dengan kepartian," katanya.  - Bernama


SUKA SAMA SUKA ELOK KAHWIN...SEKARANG ORANG MINAT MINAT ISLAM...JANJI JE ORANG TAK TERLIUR...ORANG TENGOK AMALAN ISLAM...ORANG TAHU KITA BERPURA2...SEKARANG ORANG TAHU SAPE TAKWA DAN SAPE TAK BOLEH PAKAI

SUDAHLAH...... kalau najib nak sangat ... silakan ambik... dia...
kami pon ''no heart feeling'' tak perlu dipersolkan lagi lah.....


'Jangan jadikan lawatan ke Palestin gimik PRU'
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu menggunakan lawatan beliau ke Palestin baru-baru ini sebagai satuk gimik politik untuk pilihan raya umum, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apa pun, katanya, rakyat Malaysia tidak akan berhenti menyokong perjuangan rakyat Palestin, untuk tanahair mereka, hak mereka dan wanita dan kanak-kanak yang dibunuh.

"Saya berbeza dengan orang-orang yang mahu menggunakan isu itu sebagai gimik politik sebelum pilihan raya," kata Anwar.

"Hubungan kami (Pakatan Rakyat) dengan Fatah dan Hamas sudahpun diketahui umum, begitu juga hubungan mereka dengan parti Islam PAS ... kita tidak perlu untuk mengiktrif mereka (Palestin) sebelum Mac," katanya dengan nada yang menyindir Najib.

Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan usaha Najib menyokong perjuangan Palestin, dan, sekurang-kurangnya untuk pertama kalinya, untuk mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan yang sah di negara itu.

"Kita tidak harus membenarkan politik domestik Malaysia menggagalkan fokus kita untuk menyokong perjuangan Palestin," kata Anwar.

Lawatan Najib ke Palestin tidak putus-putuskan dilaporkan oleh media arus perdana selama lebih seminggu, dengan menyifatkan lawatan tersebut sebagai bersejarah dan mengisytiharkan bahawa ramai yang menerima lawatannya ke sana.

Anwar berkata demikian selepas menerima kunjungan delegasi lima anggota dari Hamas, diketuai oleh pengerusi biro politiknya, Dr Walid Alamudi, di ibupejabat PKR pagi ini.

Semasa lawatan tersebut, NGO Aqsa Syarif menyumbangkan lebih AS$700,000 (RM2.175 juta) kepada delegasi Hamas itu untuk membina semula Masjid Nur Al Hamidi di Gaza, yang musnah dalam pengeboman Israel.
Bekas pemandu Zahida Rafik dipanggil ke SPRM
 
Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONEBeliau yang ditemani Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya serta ibu saudaranya, yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan memasuki bangunan SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10 pagi.

Latheefa yang ditemui pemberita di luar bangunan SPRM berkata, beliau percaya Azman dipanggil berhubung kes dakwaannya sebelum ini yang melibatkan Zahida (kiri) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

"Saya tak tahu kenapa dia dipanggil. Tapi saya percaya benda ni ada kaitan dengan dakwaan dia sebelum ini tentang Shafie dan Zahida. Kena tunggulah," katanya.

NONEPada 16  Mei tahun lalu, Azman (tengah) dilaporkan mendakwa, beliau pernah menemani
Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie.
Shafie dan Zahida sebelum ini telah menafikan dakwaan Azman dan PKR serta mengugut akan menyaman pihak-pihak yang didakwa cuba menfitnah mereka.

Sementara itu, Azman bersama Latheefa keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 1.17 tengahari.

Pada sidang media yang diadakan selepas itu, Latheefa memberitahu, Azman dipanggil ke SPRM sebagai saksi dalam kes melibatkan dakwaan Zahida terhadap bekas pemandunya itu.

Menurut Latheefa lagi, Azman memberi keterangan kira-kira satu jam setengah.

Bagaimanapun, beliau berkata, kandungan keterangan itu tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA).

"Keterangan telah diambil selama kira-kira satu jam setengah. Tapi kita tak boleh dedahkan sebab terikat dengan AMLA.

"Saya percaya Azman dipanggil hari ini berkaitan dengan pendedahan Azman mengenai wang RM1 juta tahun lalu.

"Tetapi sehingga hari ini beliau belum didakwa atau dituduh di mahkamah," kata Latheefa.

Menurut Latheefa lagi, Azman telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 29 Januari lalu tetapi memilih pada hari cuti am, hari ini kerana kesibukan masa.

Katanya lagi, Azman dipanggil ke SPRM berkemungkinan daripada laporan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung isu tersebut sebelum ini.

Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |

KAHWIN DENGAN ORANG LAIN TAPI MAKAN ANGIN DENGAN WANITA LAIN....BOLEHKE...JANGANLAH KITA INGAT 'KITA NI BAGUS SANGAT'....MUHASABAHLAH...JANGAN KITA JADI KAKI AUTA DAN PEMBODEK DAN MENJADI JURU CAKAP TAGHUT...KALAU NAK JADI JAHAT PUN...AGAK2LAH 

 

SUDAHLAH...... kalau najib nak sangat ... silakan ambik... dia...
kami pon ''no heart feeling'' tak perlu dipersolkan lagi lah.....
 
Anwar ulangi tiada sebarang kaitan dengan Projek IC
 
Anwar Ibrahim terus menafikan sebarang peranan dalam Projek IC di Sabah, dengan berkata perkara itu tidak pernah dibawa ke kabinet,  ataupun menghadiri atau mempengerusikan mana-mana mesyuarat mengenainya.

Ketua pembangkang itu juga mendakwa projek memberikan kad pengenalan biru kepada pendatang, tidak berakhir pada 1990-an dan ia berterusan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri (PM), Tun Abdullah Ahmad Badawi dan berlanjutan sehingga tahun lepas, meliputi pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak juga.

NONEAnwar berkata, pasukan petugas itu dikendalikan oleh PM ketika itu,  Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang kanannya Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (setiausaha politik Mahathir ketika itu) dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayub (timbalan menteri dalam negeri ketika itu).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir semalam bahawa Anwar terlibat secara langsung dalam Projek IC itu.

Pemimpin umum PKR itu yang pernah menjadi timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir, mengulangi bahawa beliau bersedia memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah jika dipanggil untuk berbuat demikian.
"Saya dah kata saya bersedia ke situ dan boleh tanya semua menteri berkenaan yang ada dalam kabinet masa itu dan selepas, perkara itu tak pernah dibentangkan dalam kabinet, tak ada satu minit saya hadir dalam mesyuarat pasukan petugas, tidak ada laporan dikemukakan kepada saya selaku menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.

"Tidak pernah sama sekali ada rekod berkenaan kerana operasi itu adalah operasi khas. Pasukan petugas dikendali oleh perdana menteri dan diserahkan kepada Aziz dan Megat Junid

"Yang kita tahu pasukan petugas itu berterusan dan perlu kita tanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib terus jalankan pasukan petugas itu di bawah perdana menteri dan ini wajar disoalkan kepada mereka," katanya.

Anwar juga berkata, apakah Dr Mahathir boleh menafikan beliau bertanggungjawab kerana "dia asaskan pasukan petugas, dia yang lantik Aziz dan Megat Junid dan semua laporan itu disampaikan kepadanya dan dan ini patut dijawab oleh Tun Dr Mahathir".
PKR mahu Musa jawab dakwaan pegawai Filipina
11:50AM Feb 1 2013  
Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman digesa menjawab dakwaan para pegawai Filipina bahawa beliau campurtangan dalam urusan penghantaran pulang seorang suspek yang dikehendaki negara itu.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata perkara itu merupakan kepentingan awam dan ketua menteri mesti menjawabnya kerana ia boleh menjejaskan kredibilitinya.

NONEMusa, katanya, mesti tampil menyatakan sama ada terdapat kebenaran dalam dakwaan bahawa suspek tersebut, Manuel Karingal Amalilio (kiri) juga merupakan anak saudaranya.

Tambahnya, begitu juga sama ada atau tidak beliau ada kaitan dengan keputusan pihak polis untuk campurtangan dalam penghantaran Amalilio ke Filipina.

Azmin mengingatkan Musa bahawa sikap berdiam diri dalam hal ini boleh menimbulkan tanggapan sebagai pengakuan bersalah memandangkan akhir-akhir ini beliau sangat vokal dalam akhbar (mengenai isu-isu lain).

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis membantu Manila membawa suspek ke muka pengadilan.

"Proses sewajarnya mesti dipatuhi dan Amalilio mesti diberikan perbicaraan yang adil," katanya dalam satu kenyataan semalam.

"Pihak polis Malaysia mesti bertindak selaras dengan undang-undang dan tidak harus dilihat mengambil arahan dari tuan politik," tambahnya.

Jumaat lepas, Setiausaha Dalam Negeri Filipina Mar Roxas menuduh Musa menyekat cubaan untuk membawa Amalilio pulang ke Filipina.

Amalilio dikehendaki oleh Manila kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang yang membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta). Presiden Filipina Benigno S Aquino III telah berikrar untuk membawa Amalilio ke muka pengadilan.

Tiada perjanjian ekstradisi

Menurut Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima, Amalilio diambil oleh pihak berkuasa Malaysia 10 minit sebelum dia dijadual menaiki penerbangan ke Filipina.

NONEEmpat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina mengiringi Amalilio
pada masa itu. Mereka tidak diberikan alasan yang "jelas dan boleh diterima" untuk campurtangan, kata de Lima (kiri).

Ketua Polis Sabah, Hamza Taib telah menafikan dakwaan bahawa Amalilio dikaitkan dengan Musa dan menjelaskan bahawa deportasi itu dihentikan kerana prosedur tidak diikuti.

Beliau juga mendakwa bahawa pihak berkuasa Filipina tidak membuat permintaan untuk membawa pulang Amalilio. Tidak ada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Filipina dan dengan itu ia tidak terikat dengan sebarang permintaan untuk ekstradisi.

Menurut The Star, Amalilio telah ditangkap di Ranau, Sabah Khamis lepas kerana didakwa memegang pasport Filipina palsu.

Amalilio juga mendakwa dia warganegara Malaysia, tetapi Manila telah berhujah ia tidak penting kerana ejen NBI telah membawa dokumen, termasuk sijil kelahiran, untuk membuktikan suspek sememangnya rakyat Filipina.

Media blackout


Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa Filipina membisu bagi mengelakkan menjejaskan usaha untuk membawa pulang Amalilio.

Menurut akhbar Manila Standard Today, de Lima berkata laporan media di Kota Kinabalu telah menyumbangkan kepada situasi semasa.

"Saya rasa laporan media - terutama di Kota Kinabalu - menyumbang kepada apa yang telah berlaku. Itulah penilaian kami.

"Sekarang, kita memilih untuk berada di pihak yang selamat dan berhati-hati. Berhentilah melaporkan mengenainya untuk seketika bagi memudahkan proses tersebut," beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, jurucakap bagi Presiden Filipina Edwin Lacierda berkata adalah "tidak baik" untuk Filipina mendedahkan setiap langkah mereka.

"Saya rasa ia adalah bijak bagi kita untuk tidak mendedahkan setiap langkah sesuatu operasi."


BR1M 2.0: K'jaan lulus 34,000 permohonan Orang Asli
 
Kerajaan meluluskan 34,700 atau 66 peratus daripada 52,415 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) masyarakat Orang Asli membabitkan peruntukan RM14.8 juta.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata mereka yang layak itu akan menerima BR1M 2.0 masing-masing bermula awal bulan ini.

"Pecahan penerima BR1M dari kalangan masyarakat Orang Asli ialah bagi individu bujang yang akan menerima RM250 seorang, berjumlah 10,139 orang melibatkan peruntukan RM2.5 juta.

"Manakala bagi ketua isi rumah yang akan menerima RM500 setiap seorang berjumlah 24,561 orang dan melibatkan peruntukan RM12.2 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Perpaduan Jabatan Kemajuan Orang Asli, (JAKOA) kesembilan di Kuantan hari ini.

Hasan berkata baki 34 peratus lagi permohonan akan disemak lebih mendalam oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memastikan mereka benar-benar layak menerima bantuan berkenaan.

"Kita melihat permohonan BR1M kali ini adalah respons positif kepada inisiatif kerajaan dalam usaha membantu masyarakat Orang Asli menjalani kehidupan seperti kaum-kaum yang lain di negara ini.

"Ini sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang sering membuat tohmahan yang mengatakan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional mengabaikan kebajikan masyarakat Orang Asli di negara ini," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata karnival berkenaan bakal menjadi medan mencungkil atlet berpontensi dalam kalangan masyarakat Orang Asli menerusi acara sukan.

"Mereka ini sebenarnya mempunyai tenaga dan kudrat yang kuat, dan jika diketengahkan bakat-bakat yang berpotensi dalam apa juga jenis sukan, sebenarnya masyarakat Orang Asli juga mampu mengharumkan nama negara dalam bidang sukan.

"Ia turut membuktikan masyarakat Orang Asli juga mampu mengukir nama dan berjaya seperti kaum-kaum lain di negara ini, asalkan mereka diberi peluang membuktikan kebolehan mereka dalam apa jua bidang, termasuk sukan," katanya.

Karnival empat hari itu disertai kira-kira 900 tenaga kerja JAKOA dan masyarakat Orang Asli dari seluruh Semenanjung.

- Bernama
Tahanan polis mati ketika dirawat di hospital HSAS Temerloh
 
Seorang lelaki yang dalam tahanan polis kerana disyaki terbabit dalam kes samun, mati ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS), Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata kematian lelaki berusia 43 tahun itu diklasifikasi sebagai mati mengejut selepas mengalami sesak nafas dan berlaku pendarahan dalaman, kesan daripada penyalahgunaan dadah.

"Mohd Ropi Yaakob disahkan mati pada pukul 5.50 petang semalam. Dia ditahan di lokap polis Temerloh sejak 24 Januari," katanya kepada pemberita di Temerloh hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat pihak hospital, mendapati lelaki itu mati akibat 'upper gastrointestinal bleeding' (pendarahan gastrousus).

"Pemeriksaan terhadap mayat si mati turut dilakukan Majistret Temerloh Najwa Hashim, dan mendapati tiada kesan kecederaan dan tanda-tanda lebam pada badan si mati, serta tidak ada unsur jenayah atau kekerasan," katanya.

Beliau berkata lelaki itu mengadu sesak nafas semasa dalam lokap pada pukul 4.20 petang semalam dan dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Lelaki terbabit ditahan bersama empat lagi lelaki berusia antara 23 dan 48 tahun.

Mohd Ropi yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan, mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan dua kes dadah dan enam kes samun termasuk satu kes cubaan membunuh yang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

- Bernama
Polis klasifikasi kematian suri rumah sebagai cubaan bunuh
10:35PM Feb 1 2013  
Polis Selangor hari ini menjelaskan bahawa siasatan ke atas kematian seorang suri rumah berusia 22 tahun yang didakwa ditembak dalam kereta oleh anggota polis pada 18 Januari lalu, masih berterusan dan kes itu telah diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata polis telah mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan untuk cubaan membunuh.

"Buat masa ini, pihak polis masih belum menerima laporan kimia dan laporan balistik.

"Sekiranya terdapat keterangan dan bukti untuk menuduh mana-mana pihak termasuk anggota polis yang melepaskan tindakan, pertuduhan akan dicadangkan.

"Semua pihak adalah tertakluk kepada undang-undang. Sebagai contoh dalam kes OKT (suspek) melarikan diri daripada tahanan polis di Klang, seorang anggota polis berpangkat koperal telahpun dituduh di mahkamah baru-baru ini," kata Mohd Adnan dalam satu kenyataan di laman Facebook polis Selangor.

Kesalahan bagi cubaan membunuh boleh dihukum penjara antara 10 hingga 20 tahun di bawah seksyen itu.

25 peluru ditembak
Semalam, pemandu lori Foo Voon Kong, 26, dilaporkan menuduh polis menembak isterinya  Pua Bee Chun, mengakibatkan dia mati dalam kereta yang sedang dinaikinya dengan seorang rakan lelaki.

Dua puluh lima peluru telah ditembak ke atas kereta tersebut dan satu daripadanya telah mengenai dada Pua dalam kejadian pada 18 Januari lalu.



1. Suri rumah ditembak mati oleh polis, suami mahu keadilan
FAM keluar surat disiplin, Shahidan letak jawatan

1 Februari 2013
Datuk Seri Shahidan Kassim
Datuk Seri Shahidan Kassim
BEKAS Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim meletak jawatan dalam dua jawatankuasa kecil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas menerima surat pertuduhan daripada badan induk itu mendakwa beliau membuat kenyataan kepada media yang menyentuh kepimpinan FAM.

Beliau menerima surat itu hari ini, yang memintanya mengemukakan surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya.

Shahidan, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Perlis, berkata, beliau tidak akan menjawab surat itu, sebaliknya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai anggota jawatankuasa kewangan dan anggota jawatankuasa bola sepak wanita FAM.

"Saya juga berhasrat untuk meletak jawatan sebagai Presiden PFA, tetapi buat masa ini, saya perlu menjadi penasihat kepada persatuan tersebut untuk membantu mencari wang bagi membayar gaji pemain dalam skuad negeri sekarang.

"Keputusan muktamad mengenai perkara ini (peletakan jawatan) akan diumumkan beberapa hari lagi," katanya pada sidang akhbar di Kangar, hari ini. - Bernama
Mursi yakin Perlembagaan diperakui

1 Februari 2013
Mursi yakin Perlembagaan diperakui
Mesir kembali tenang selepas seminggu berlaku rusuhan di Kaherah.
BERLIN - Presiden Mohamed Mursi menegaskan pentadbiran Mesir berlandaskan kedaulatan undang-undang dan bukannya dipengaruhi kuasa tentera atau agama.

Beliau berkata, Parlimen baru akan dibentuk April ini dan kerajaan akan membuat keputusan untuk mengatur semula sistem Perlembagaan supaya rakyat dapat memahami dan menerima kandungannya.

“Mesir kini mencapai tadbir urus yang baik dan cekap merangka draf undang-undang. Kerajaan berhasrat menjadikan Mesir sebagai negara moden yang bukannya dikuasai tentera atau golongan ekstremis,” katanya.

Sementara itu, tempoh perintah berkurung diumumkan minggu lalu di Port Said, Ismailia dan Suez dipendekkan selepas rusuhan dapat dikawal.

Gabenor Suez, Samir Aglan berkata, di Ismailia, tempoh berkurung bermula dari 9 malam hingga 2 pagi diikuti Port Said dan Suez dari 9 malam hingga 1 pagi.

“Selepas ketua tentera memberikan amaran akan bertindak balas, kawasan itu kembali tenang dan segalanya berjalan seperti biasa,” katanya.

Minggu lalu, lebih 50 dilaporkan maut selepas bertempur dengan anggota keselamatan ketika sambutan revolusi penggulingan Hosni Mubarak di daratan Tahrir, Kaherah. - AFP

Tiada ulasan: