Selasa, 1 April 2014

BUKAN MARAH BERSELAWAT ATAU CEMBURU TAPI DIMAJLIS NI ADA DENGAN BERUBAH KULIT....DIMAJLIS MAKSIAT PUN ADA BERKULIT LAIN...SEBENARNYA TINGGAL SEGALA MAKSIAT/SEGALA DOSA....JANGAN KITA NAK SYURGA TAPI PERBUATAN TAK KEARAH ITU.....NI JADI TANDA TANYA

KUALA PILAH: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menangguhkan buat sementara waktu 'road show' promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di negara China ekoran tragedi pesawat MH370.
  
Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah ini dibuat untuk menunjukkan kerajaan bersimpati dengan tragedi yang berlaku.
  
"Kalau kita meneruskan 'road show' ini, ia menunjukkan seolah-olah kita tidak mengendahkan tragedi itu.
  
"Walaupun kita menangguhkannya...tapi kita mengalihkan tumpuan pasaran ke negara yang lain seperti negara Asean, India, Timur Tengah dan Eropah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, dekat sini, semalam.


  
Katanya, kerajaan amat memahami perasaan rakyat negara China yang meluahkan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia dalam perkara ini.

"Kita kena terima hakikat ini dan tidak langsung menganggap ini sebagai satu penghinaan negara China terhadap Malaysia. Kita pun bersedih dan bersimpati dengan apa yang menimpa rakyat mereka.
  
"Kita tidak menafikan memang hakikatnya kedatangan pelancong dari negara China terjejas akibat tragedi MH370," katanya.
  
Mengenai kedatangan pelancongan ke negara ini setakat ini, beliau berkata bulan Januari dan Februari menunjukkan pertambahan. - Bernama
DIPERCAYAI untuk mempertahankan kenyataan Perdana Menteri, Najib sebelum ini yang mendakwa bahawa duit BR1M cukup untuk belanja selama setahun, satu info grafik disebar di laman sosial facebook dan twitter.

Info grafik tersebut mendedahkan fakta bahawa duit BR1M yang diterima sebanyak RM650 cukup untuk perbelanjaan berhemah selama setahun. Malah masih ada baki RM22.10.

Berikut info grafik yang dimaksudkan.



Namun hasil pengiraan aku, sebenarnya duit BR1M RM650 itu sebenarnya cukup untuk perbelanjaan selama 17 tahun, malah masih ada baki RM29.20 jika dibelanjakan sehari "seposen"~ MiLoSuaM

.. Apa yang macai dah tolong kira tu nampak macam untuk seorang makan saja tu..

Bagaimanapula kalau dalam keluarga tersebut  terdapat lima atau enam orang?.. cukup ke?

Kalau nak tahan lebih lama duit BR1M tu makan kangkung sajalah... mahu lima atau enam belas tahun boleh tahan duit tu.. ha..ha..ha...
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

ADMIN(ABI NUR)mengucapkan tahniah kepada KERAJAAN BRUNEI DARUSALAM.....diatas perlaksanaan enakmen undang2 islam khususnya hukuman hudud.........
Semoga kerajaan Tuan ku mendapat jaminan keselamatan dan rahmat dari ALLAH SWT......
Malaysia.....ambil lah iktibar

 Ahli Parlimen PAS bidas Ridhuan Tee: Allah sendiri berselawat kepada Rasulullah
Posted on Tuesday, April 01 @ 08:36:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Selawat “berlebihan” ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad tidak akan menenggelamkan keagungan Allah, malah satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam, kata Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar).

Manurut Ahli Jawatankuasa PAS itu, selawat ke atas Nabi Muhammad bukan sahaja satu perbuatan yang dianjurkan kepada umat Islam, malah Allah dan para malaikat turut berselawat kepada penghulu segala nabi itu.

“Allah sendiri berselawat pada nabi. Semasa solat Jumaat dibacakan ayat Al-Quran, ‘sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas nabi’

“Itu bermakna selawat, bukan sahaja manusia, tetapi Allah dan malaikat sendiri (juga berselawat),” katanya kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen semalam.

Pensyarah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah menerusi kolumnya di Sinar Harian semalam tidak bersetuju dengan majlis selawat perdana yang terlalu “berlebihan” memuji Nabi Muhammad sehingga membawa kepada tahap pemujaan.

Pendakwah bebas itu berkata, penonjolan berlebihan ke atas Rasulullah semasa majlis Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul baru-baru ini di Putrajaya menenggelamkan penonjolan kepada Allah.

Katanya, lagu cinta Rasul seperti qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan sehingga membawa kepada tahap “pemujaan” terhadap Nabi Muhammad.

"Adakah Rasulullah mahukan kita memuja baginda? Sudah tentu tidak.

"Kita memang dituntut mencontohi Nabi Muhammad dalam apa jua keadaan dan cara hidup baginda, tetapi janganlah terlalu berlebihan sehingga mengidolakan baginda," katanya.

Hanipa yang juga merupakan seorang peguam menyifatkan selawat ke atas Nabi Muhammad tidak perlu dipersoalkan sama ada ia melebihi daripada memuji Tuhan.

“Tak timbul apabila orang memuji Nabi Muhammad lebih daripada memuji Tuhan,” katanya.

Menerusi artikel sama, Ridhuan menggesa umat Islam memperkukuhkan akidah dan mengenali Allah terlebih dahulu sebagai tunjang kepada agama Islam.

"Bersolat dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak betul, semuanya menjadi sia-sia.

"Sebab itulah akidah perlu dimantapkan sebelum yang lain. Kenalkan manusia kepada Allah sebelum kenalkan kepada pesuruh-Nya iaitu baginda Rasulullah," katanya.

Baru-baru ini, program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 diadakan di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta tetamu VIP lain.

Program itu bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid Putra dengan diimamkan Abdul Manaf Mat, disusuli solat hajat bagi memohon supaya dipermudah operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Selepas itu, majlis selawat dan qasidah dimulakan pada 9 malam diikuti pengisian lain seperti zikir terapi, bacaan Al-Quran serta tazkirah.

HASBULLAH AWANG CHIK
THE MALAYSIAN INSIDER
– 1 April, 2014. 


 'Saya tak akan maafkan Daily Mail'
Posted on Tuesday, April 01 @ 08:34:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Aishah Zaharie, anak perempuan juruterbang penerbangan Malaysia Airlines MH370, membidas laporan negatif berkenaan bapanya yang disiarkan dalam tabloid British Daily Mail.

"Kepada Daily Mail, anda harus mempertimbangkan untuk menerbitkan filem kerana anda begitu pandai mereka cerita dan skrip.

"Semoga Tuhan merahmati roh anda. Yakinlah saya tidak akan memaafkan anda," katanya dalam satu tulisan di Facebook semalam.

Beliau merujuk kepada laporan Daily Mail pada 29 Mac lalu, yang mendakwa sumber "terdekat keluarga itu" mendakwa Aishah telah berkata kononnya Zaharie "terganggu dan hilang dalam dunia sendiri" sebelum penerbangan terakhir MH370.

Tabloid itu juga mendakwa isteri Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan, berkata suaminya mengasingkan diri dan tidak bercakap dengan beliau.

Pada 15 Mac, tabloid itu melabelkan Zaharie sebagai "penyokong fanatik" pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tabloid itu menimbulkan spekulasi bahawa Zaharie mungkin terganggu akibat hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Anwar baru-baru ini. - MK


 Anwar, Karpal masih kekal MP
Posted on Tuesday, April 01 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pengerusi DAP Karpal Singh setakat ini kekal menjadi anggota Dewan Rakyat sehingga keputusan kes masing-masing diputuskan oleh mahkamah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said beliau setakat ini masih belum menerima apa-apa arahan berhubung status keanggotaan kedua-dua MP.

"Eloklah, perkara ini, oleh kerana kedua-dua ahli Yang Berhormat yang terlibat (iaitu) Permatang Pauh dan Bukit Gelugor sudahpun membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi, eloklah kita tunggu keputusan mahkamah.

"Dan pada masa yang sama , saya akan merujuk perkara ini kepada Yang Dipertua Speaker untuk membuat runding kerana tiada arahan kepada saya setakat ini," katanya.

Ismail menjawab soalan Karpal (DAP-Bukit Gelugor) mengenai kemungkinan kedudukan mereka dilucutkan susulan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman yang membolehkan hak terlucut.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan pula membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sehubungan itu, Anwar dihukum penjara lima tahun dan membenarkan penangguhan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan memerintahkan Anwar membayar ikat jamin RM10,000.

Sementara pada 11 Mac lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda terhadap Karpal atas kesalahan menghasut bahawa tindakan boleh diambil terhadap Sultan Perak ekoran pertukaran Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar pada 2009.

Seksyen 4 Akta Hasutan memperuntukkan maksimum denda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Anwar dan Karpal telah memfailkan rayuan ke atas kesalahan mereka.

MALAYSIAKINI


 Wasiat Penting Untuk Anak-Anak
Posted on Tuesday, April 01 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Agama "Apakah nasihat atau wasiat penting yang seharusnya kita sampaikan kepada anak-anak kita?

Dalam surah Al-Baqarah, ayat ke-132 dan 133 ada diceritakan contoh wasiat yang diberikan oleh para Nabi yang mulia `alahimus solatu wassalam kepada anak-anak mereka. Justeru, sewajarnya contoh dari mereka kita jadikan ikutan dan cuba untuk amalkan.

ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:


Maksudnya: “Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”. “

(Surah Al-Baqarah, 2:132)
Itulah wasiat yang penting untuk kita sampaikan pada anak-anak kita. Sekurang-kurangnya kita cubalah sampaikan walau sekali dalam kehidupan mereka. Supaya mereka maklum akan nasihat penting ini, lalu menyematkannya kemas di dalam dada mereka, in shaa’ ALLAH.

Apakah wasiat penting itu?

“Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.”
Jangan berlengah lagi. Terus sampaikannya kepada anak-anak kita sekarang! Supaya kita tidak terlupa.

Di dalam ayat yang seterusnya, ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:


Maksudnya: “(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”.”

(Surah al-Baqarah, 2:133)
Daripada ayat di atas, bolehlah kita jadikan contoh buat diri kita tatkala sudah tua atau hampir meninggal dunia nanti mengenai apakah nasihat atau wasiat penting yang mesti kita sampaikan kepada anak-anak kita selain wasiat-wasiat yang lain?

Ya, inilah contoh wasiat yang baik dan penting untuk kita sampaikan:

“Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?”
Dan dengarkan apa jawapan mereka…!

Semoga dengan menyampaikannya, kita berasa lega dan tenang kerana telah memastikan anak-anak kita faham dan tekad bahawa kepada ALLAH lah mereka akan sembah dan abdikan diri selepas kematian kita. Semoga ikrar bahawa “tiada tuhan selain ALLAH” dan “hanya kepadaNYA lah mereka berserah diri!” menjadi pegangan dan ingatan buat mereka selama-lamanya. Semoga jiwa tauhid terus mekar walau setelah ketiadaan kita.

Kepada ALLAH lah kita serahkan urusan yang penting ini. Moga-moga ALLAH pelihara iman kita dan zuriat kita, amin…

- muzir.wordpress.com


*Sumber: http://muzir.wordpress.com"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
al-bahanj
Posted on Tuesday, April 01 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Tiada ulasan: